GILA GAJET II


Terkini dari relevan Sokmo

Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 31 Julai 2013

Lelaki Ini Nekad Jual Buah Pinggang untuk bayar hutang Rp100 Juta

Ramski Oyong berniat jual ginjal (Foto: Nugroho S/Okezone)

SEMARANG - Ramski Oyong (33), warga Kelurahan Bongsari, Kecamatan Semarang Barat, Kota Semarang, Jawa Tengah, sudah kehabisan akal. Dia terjerat hutang Rp100 juta hingga berniat menjual ginjalnya untuk membayar tanggungan tersebut.

Dia memutuskan untuk menjual salah satu organ tubuhnya itu pada awal 2013. Ginjalnya ditawarkan seharga Rp100 juta kepada siapa pun yang ingin membeli. Penagih hutang yang selalu datang serta tuntutan mertuanya, membuat Ramski yang bekerja sebagai pemandu itu terpaksa mengambil keputusan tersebut.

Sijil rumah mertuanya yang disita seorang pegawai polis, selalu saja ditagih oleh mertuanya. Awalnya, Ramski berhutang sekira Rp50 juta lebih kepada pegawai polis dengan jaminan sijil tanah dan rumah milik mertua.

"Saya sudah bingung, segala cara sudah dilakukan. Saya sedar ini semua akibat polah kenakalan dahulu. Hutang bertumpuk dan tidak pernah saya cuba lunasi, sampai akhirnya saya sempat dipenjara selama tiga hari di sebuah polsek. Saya dibebaskan setelah ada jaminan sijil tersebut," cerita Ramski, ketika ditemui di rumahnya, Rabu (31/07/13).

Hampir setahun Ramski menanggung hutang kepada sejumlah teman, termasuk seorang anggota polis itu. Dia akhirnya dipecat dari pekerjaannya. Padahal, Ramski harus membiayai sekolah dua anaknya, sekaligus mencicil hutangnya.

"Niat saya sudah bulat untuk menjual buah pinggang saya ini. Rp100 juta saya kira cukup untuk membayar hutang, selebihnya akan saya pakai untuk menampung keperluan hidup sehari-hari. Setiap hari ditagih membuat saya memutuskan untuk menjual buah pinggang saya ini, "bebernya.

Selain untuk membayar hutang, wang hasil penjualan buah pinggang itu juga akan digunakan guna kos perubatan ibunya, Uming Kustiah (55), yang terkena serangan stroke.

"Ibu saya pasrah dengan rencana saya, begitu juga dengan isteri dan adik. Cuma mertua saya saja yang tidak setuju, belakang dia juga pasrah dengan rencana saya," tambah Ramski.

Dia berharap ada seseorang yang memerlukan ginjalnya. Dia sudah beberapa kali menemui doktor di beberapa rumah sakit, namun kerana belum ada peminat, dia selalu ditolak.

Lelaki asal Kampung Sekayu, Semarang, tersebut sudah siap dengan segala risiko usai menjual buah pinggang yang berfungsi sebagai penapis, pengatur volume darah, dan penghasil hormon ini.

Sumber okezone.com


Read more...

Foto.Aksi berani mati Wanita ini bermeSra bersama Buaya

Daring Ashley Lawrence merupakan seorang wanita yang berani yang melakukan adegan dengan binatang buas ,Buaya di Florida Everglades, Amerika Syarikat. dailymail.co.uk
Aksi Wanita Pemberani Bergulat Bersama Buaya Buas
Daring Ashley Lawrence (25) adalah seorang wanita yang berani yang bekerja di Animal Planet Gator Boys, di Amerika Syarikat. Wanita ini tidak mempunyai rasa takut untuk menyelamatkan kehidupan sejumlah Buaya buas di Florida Everglades. dailymail.co.uk

Aksi Wanita Pemberani Bergulat Bersama Buaya Buas
Daring Ashley Lawrence (25) menunjukkan keberaniannya saat bergelut bersama Buaya besar yang buas di Florida Everglades, Amerika Syarikat. dailymail.co.uk

Aksi Wanita Pemberani Bergulat Bersama Buaya Buas
Daring Ashley Lawrence berkata pada media The Sun bahawa dirinya dapat mengetahui apa yang difikirkan oleh binatang buas sehingga itu yang mempbuat dirinya tidak takut saat menjadi Gator aid di Florida Everglades, Amerika Syarikat. dailymail.co.uk

Aksi Wanita Pemberani Bergulat Bersama Buaya Buas
Wanita cantik ini, Daring Ashley Lawrence mempunyai tugas dan pekerjaan yang sangat berbahaya yang seharusnya dilakukan oleh para lelaki iaitu Gator Boys, yaitu melindungi kepupusan Buaya buas di Florida Everglades, Amerika Syarikat. dailymail.co.uk

Aksi Wanita Pemberani Bergulat Bersama Buaya Buas
Aksi wanita berani yang bekerja sebagai Gator Boys dalam melindungi kepupusan Buaya buas di Florida Everglades, Amerika Syarikat. dailymail.co.uk

Sumber tempo.com


Read more...

Pelatih Anjing,Chetz Yusof Ditahan Isu Video Hina Islam

Rakaman menunjukkan Chetz menghidangkan kuih raya kepada anjing-anjingnya sambil duduk makan bersama. 
PETALING JAYA: Wanita yang mencetuskan kontroversi menerusi video sambutan Aidilfitri bersama tiga anjing peliharaannya ditahan polis bagi membantu siasatan.
Peguamnya, Latheefa Koya berkata, Maznah Mohd Yusof, 38, disiasat di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana disyaki melakukan kesalahan atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan, kebencian sehingga memudaratkan perpaduan.
Latheefa bagaimanapun berkata, beliau tidak mengetahui kesalahan yang dilakukan Maznah iaitu seorang pelatih anjing.
Maznah, yang juga dikenali sebagai Chetz, mencetuskan kontroversi apabila video yang memaparkan aksinya tiga tahun lalu menyambut Aidilfitri bersama tiga anjingnya dimuat naik ke malam YouTube pada Isnin.
Video itu menunjukkan Chetz membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar dekat pekarangan masjid dengan suara latar takbir raya.
Rakaman berdurasi 1 minit 44 saat itu turut menunjukkan Chetz memakai baju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya, kemudian seolah-olah mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula dan mengelap anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga ekor anjing itu.
Video itu juga menyiarkan kata-kata: "Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga ekor anjing itu)."
Video itu turut memuatkan ucapan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada Chetz sekeluarga" dengan gambar lelaki duduk bersama tiga ekor ekor anjing di atas sofa.
Sumber mStar Online


Read more...

Polis Siar Gambar Suspek Bunuh Hussain Najadi

Sei Ngan Chai
KUALA LUMPUR: Polis telah mengenal pasti suspek utama di sebalik pembunuhan kejam pengasas bank, Hussain Ahmad Najadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata, lelaki itu, yang dikenali sebagai Sei Ngan Chai, dipercayai masih berada di ibu negara.
Ku berkata polis telah mengeluarkan satu gambar CCTV suspek.
Polis turut menahan seorang pemandu teksi berusia 44 tahun, yang memandu kenderaan tersebut untuk suspek.
Pada Selasa, polis berjaya mendapatkan gambar suspek dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran Lorong Ceylon dan Tokong Kuan Yin.
Pada petang Isnin, Hussain Najadi sedang berjalan ke arah kereta dengan isterinya di Jalan Ceylon, Kuala Lumpur selepas berunding mengenai urusan perjanjian tanah di tokong berkenaan.
Seorang lelaki kemudiannya datang dari arah belakangnya dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa.
Mangsa rebah dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya, rakyat Malaysia, Cheong Mei Kuen, 49, cedera di bahagian lengan.
Lelaki itu kemudiannya melarikan diri menaiki teksi yang sedang sedia menunggunya.
* Sumber mStar Online

Read more...

Keranda didalam keranda ditemui

Beberapa ahli arkeologi sedang mengangkat penutup sebuah keranda batu di kawasan cari gali di bekas tapak gereja Grey Friars, Leicester.

LEICESTER, Britain - Sepasukan ahli arkeologi menemui sebuah keranda misteri di dalam sebuah keranda batu dekat sebuah tempat letak kereta di sini kelmarin.


Tapak itu juga merupakan lokasi penemuan makam bekas pemerintah England, Raja Richard III. Kubur lama itu berusia 500 tahun.
Pasukan pakar arkeologi berkenaan kembali ke tapak tersebut awal bulan ini untuk melakukan kajian lebih terperinci.
Usaha mereka membawa kepada penemuan sebuah keranda batu yang di dalamnya berisi sebuah keranda kecil.
Pasukan arkeologi itu menemui keranda batu tersebut di bawah bangunan Jabatan Perkhidmatan Sosial, Dewan Bandaraya Leicester di sini.
"Ia sesuatu yang menarik selepas penemuan rangka Richard III," kata Pengarah Perkhidmatan Arkeologi Universiti Leicester, Mathew Morris.
"Kami masih mencari cara selamat untuk membuka keranda tersebut kerana kami tidak mahu isinya rosak," tambah ahli arkeologi berkenaan.
Menurut Morris, seramai lapan orang diperlukan untuk mengangkat penutup keranda batu tersebut.
Keranda luar itu panjang lebih dua meter dan lebar 60 sentimeter di satu bahagian serta 30 sentimeter di sudut lain.
 - Reuters (myMetro)

Read more...

Isu Ditangkap Tidak Puasa Tak Jejaskan Lana Nordin

Lana Nordin
PETALING JAYA: Pelakon Lana Nordin menyifatkan isu kononnya dia ditangkap gara-gara tidak berpuasa dan meminum arak di sebuah pusat siber di Bandar Puteri, Puchong pada 12 Julai lalu langsung tidak menjejaskan kedudukannya sebagai seorang selebriti.
Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin, 33, berkata, dia sudah lali dengan pelbagai kontroversi yang dikaitkan dengannya dan menganggap perkara itu hanyalah perkara kecil.
"Gosip saya ditangkap tidak berpuasa sedikit pun tidak menjejaskan saya dan saya tak kisah pun apa orang nak kata.
"Sama ada betul atau tidak kesahihan berita itu, saya sudah membuat penjelasan. Jadi terpulanglah sama ada mereka mahu percaya atau tidak. Kalau saya tegaskan saya tidak melakukan perkara terkutuk itu, tidak semua yang percayakan saya.
"Lebih baik saya ketepikan perkara itu dan meneruskan kehidupan seperti biasa," katanya kepada mStar Online.
Tambah Lana, dia juga sering membuat lawak dengan isu diri ditangkap dengan teman-temannya kerana menganggap ia satu perkara yang tidak berasas lebih-lebih lagi dikatakan meminum arak sedangkan dia tidak pernah mengambil minuman keras.
"Diakui, saya seorang yang gemar ke kelab, tetapi tidak pernah menyentuh alkohol atau dadah. Saya dah biasa orang selalu memberi tafsiran negatif berdasarkan apa yang mereka lihat secara luaran," ujarnya.
Sementara itu, mengenai perkembangan terbaharunya, Lana bakal muncul menerusi drama Jodoh Itu Milik Kita yang akan ditayangkan pada setiap Isnin hingga Rabu pukul 10 malam bermula 19 Ogos depan di saluran 134, Mustika HD.
Bagaimanapun, Lana berasa kesal apabila ramai penerbit menganggap dia sudah meletakkan harga bayaran yang tinggi sejak dicalon untuk Pelakon Pembantu Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25) tahun lalu.
"Sejak dicalonkan dalam FFM, saya semakin kurang menerima tawaran lakonan. Tak faham dibuatnya, saya bukannya menang, tetapi ramai penerbit menganggap harga saya dah naik.
"Jadi mereka takut untuk mengambil saya berlakon. Sedangkan, harga bayaran lakonan saya masih lagi macam biasa. Saya harap menerusi kenyataan ini, mereka tidak salah anggap lagi," tuturnya
Sumber mStar Online

Read more...

Bayi gergasi pecah rekod

Berlin: Seorang bayi mempunyai berat 6.1 kilogram (kg) dan berukuran 57.4 sentimeter dilahirkan di Jerman pada 26 Julai lalu.
Bayi sebesar itu biasa dilahirkan melalui pembedahan Caesarean, tetapi Jasleen dilahirkan secara normal.
Akhbar Der Spiegel melaporkan Jasleen dilahirkan di Hospital Universiti Leipzig dan ibu bayi itu berdepan masalah diabetes yang tidak dikesan.

Keadaan itu yang berlaku pada minggu ke-24 kehamilan boleh menyebabkan saiz bayi membesar lebih daripada biasa.
Foto
PETUGAS hospital memeriksa Jasleen yang mempunyai berat 6.1 kilogram.
Walaupun kedua-dua ibu dan anak terbabit dalam keadaan baik, Jasleen masih berada di unit rawatan neonatal.
Dia kini secara rasminya menjadi bayi baru lahir terbesar di Jerman memecahkan rekod bayi lelaki bernama Jihad yang dilahirkan di Berlin pada 2011 dengan berat 5.8 kilogram.

Seorang ibu rakyat Britain melahirkan seorang bayi lelaki bernama George dengan berat 6.8kg pada Mac lalu.

George dilahirkan secara semula jadi dan menjadi bayi baru lahir kedua terbesar di Britain. 

Yang mengejutkan tiada siapa menyedari ibu George bakal mendapat anak yang besar.

“Dia adalah satu kejutan besar kepada saya.

“Secara jujur, saya tidak ingat langsung. Saya berasa sakit dan kemudian dia keluar. Saya hanya ingat saya meneran dengan kuat,” katanya.

Menurut Buku Rekod Guiness, bayi baru lahir paling berat dilahirkan oleh wanita Kanada Anna Bates pada 1879.

Anak lelakinya mempunyai berat 10 kilogram ketika dilahirkan, tetapi meninggal 11 jam kemudian. 
- Agensi(myMetro)

Read more...

Selasa, 30 Julai 2013

Saya Tiada Niat Hina Islam, Orang Melayu Terlebih Sensitif kata Chetz Yusoh


KUALA LUMPUR – “Saya tiada niat hina Islam”.
Itulah kata-kata yang diungkapkan oleh pembikin video yang kini menjadi viral di laman sosial Facebook, Chetz Yusof, yang merupakan seorang penganut Islam.
Menurut wanita berusia 38 tahun ini, tujuannya memuat naik video itu adalah untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat di luar sana mengenai penjagaan anjing seperti mana yang dilakukannya.
“Saya takde niat pun hina Islam sebaliknya video itu adalah pada mulanya saya memang buat suka-suka tapi alang-alang baik saya ‘educate’ orang di luar mengenai penjagaan anjing dan kebersihan,” katanya eksklusif ketika dihubungi Mynewshub sebentar tadi.
Selain itu, Chetz yang merupakan seorang jurutera, turut berasa pelik apabila video yang sudah lama dimuat naik sejak 2010 itu, hanya kini hendak diperkatakan.
“Benda ni dah lama kenapa dia (video) timbul sekarang? Orang Melayu terlebih sensitif,” katanya yang memiliki lapan ekor anjing yang semuanya merupakan anjing jalanan.
Chetz turut menyatakan tujuan video itu direkod adalah untuk menunjukkan kebersihan dalam menjaga haiwan peliharaan selain menyatakan anjing itu tidak haram untuk dibela.

Chetz Yusof
Anjing-anjing yang dibela itu kesemuanya merupakan anjing terbiar dan dibuang di jalanan malah ada di antaranya yang buta serta pernah dilanggar orang.
“(Bela) Anjing ini tak haram, kalau basah, kita samak,” katanya lagi.
Ketika ditanya tidakkah dia takut sekiranya pihak berkuasa bakal mengambil tindakan terhadapnya, Chetz mengatakan, “saya risau ambil masa saya, buat report polis, kena buat ‘statement’ kepada polis, itu yang saya risau sebab ia mengambil masa saya”.
Chetz yang masih bujang ini tinggal bersama dua lagi rakan serumahnya yang beragama Islam malah mereka turut sama menjaga anjing-anjingnya yang merupakan baka Mix Breed atau Mongrel itu.
Menurutnya lagi, keluarganya turut menyokong tindakannya menyelamatkan anjing jalanan dan terbiar walaupun ada di antara ahli keluarganya tidak bersetuju pada mulanya.
“Ada ahli keluarga pada mulanya tak bersetuju, tapi bila saya terangkan, mereka boleh terima benda ini,” katanya yang mengharapkan semua pihak tidak cepat melatah dengan perkara ini.
Menerusi video berdurasi satu minit 14 saat itu, Chetz meraikan Aidilfitri bersama tiga ekor anjingnya dengan berlatar belakangkan audio Takbir Raya sekali gus menimbulkan kemarahan segelintir pihak kerana dikatakan menghina umat Islam di Malaysia.
* Sumber mynewshub

Read more...

Wanita dipaksa Menikah dan diperkosa sebagai Hukuman untuk saudaranya yang telah kawin Lari

Tunjuk perasaan warga India yang protes terhadap kes pemerkosaan - AP






Seorang perempuan India berusia 24 tahun dipaksa berkahwin dan diperkosa beramai-ramai sebagai hukuman "kehormatan" brutal setelah saudaranya kawin lari dengan teman lelakinya, lapor Daily Mail, Senin (29/7/2013). Pacar saudaranya itu ternyata telah bersuami.

Perempuan itu, yang tidak disebut namanya demi keselamatannya sendiri, diberi tahu bahawa ia akan menikahi suami dari pacar baru saudaranya sebagai "balas dendam" atas perzinaan kakak laki-lakinya dengan teman lelakinya.

Dan dalam beberapa jam selepas mengikat tali perkahwinan dengan pasangannya itu, perempuan tersebut diserang dan diperkosa "tanpa ampun" oleh beberapa saudara dari suaminya itu.

Gilanya, seram mengerikan itu diduga bahkan diluluskan oleh para sesepuh desa di perdesaan di Uttar Pradesh, India utara, yang menyatakan bahawa "mata ganti mata merupakan keadilan yang sesungguhnya."

"Saya setuju dengan keputusan (mereka) kerana saya tahu akan ada pertumpahan darah di desa jika saya menolak untuk berkahwin dengannya," kata perempuan itu kepada polis. "Saudara-saudara ipar saya memerkosa saya tanpa ampun pada hari saya berkahwin. Ini menjadi sebuah rutin. Ayah mertua saya mendakwa bahawa ia telah meluluskan perkahwinan saya kerana dia ingin membalas dendam (pada keluarga saya) dengan cara seperti itu."

Insiden brutal itu terungkap ketika korban meraih keberanian untuk mengadukan tragedi itu kepada polis.

Panchayat, atau dewan desa, dilaporkan telah memaksa perempuan itu untuk melakukan pernikahan tersebut pada 15 Februari lalu. Sidang panchayat, yang diadakan kira-kira sepuluh hari selepas saudara perempuan itu dan teman lelakinya melarikan diri, menuntut pernikahan itu dilakukan. Selain itu, dewan desa itu juga meminta ibu bapa perempuan itu untuk membayar 75,000 Rs sebagai pampasan kepada mertua barunya. Panchayat itu kemudian bersetuju situasi mengerikan itu.

Perempuan itu entah bagaimana berjaya melarikan diri cengkaman para suspek pada 21 Julai pagi, dan mengadukan apa yang dialaminya kepada polis di Muzaffarnagar pada 27 Julai. Pemeriksa Senior Polis Manzil Saini mengatakan, "Korban telah bertemu saya. Sebuah kes telah berdaftar. Para suspek akan segera ditangkap."

Ketua Panchayat mengesahkan keputusannya kepada Mail Today. Dia mengaku telah meminta mereka untuk mencapai penyelesaian damai.

Kes itu merupakan yang terbaru dari siri kes rogol mengerikan yang telah menggoncang India dalam beberapa bulan terakhir, yang menimbulkan pertanyaan di masyarakat antarabangsa atas perlakuan terhadap wanita di negara itu.

Sumber kompas.com


Read more...

Hidangan daging Lailatul Qadar ?

Menu dikhuatiri mengelirukan tetamu yang datang berbuka puasa di sebuah hotel di Kuantan.

KUANTAN – Sinar Harian menerima emel daripada seorang individu yang kurang senang dengan menu kari daging Lailatul Qadar dalam senarai menu berbuka puasa di sebuah hotel yang mempunyai sijil Halal sah daripada Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) di sini.

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman berkata, nama menu itu tidak haram diletakkan kepada makanan tetapi tidak sesuai kerana boleh mengelirukan tetamu yang datang berbuka puasa.

Katanya, nama berkenaan tidak menjadi masalah namun pihak pengurusan hotel terbabit perlu menjaga sensitiviti orang ramai kerana mungkin akan mewujudkan kekeliruan.

“Jadi elok tukar kepada nama lain yang lebih sesuai. Bimbang mengelirukan orang ramai. Ada pula yang fikir kalau makan daging itu dapat malam Lailatul Qadar, memang bercanggah dengan hukum syarak,” katanya.

Sementara itu Ketua Unit Pengurusan Halal Jaip, Noridzuan bin Abdul Manan mengesahkan hotel berkenaan mempunyai Sijil Halal yang diiktiraf Jaip tetapi menu berkenaan belum disenaraikan ketika pemeriksaan Jaip.

“Pengurusan hotel sebenarnya masih boleh menggunakan nama lain yang lebih baik jika bertujuan menarik pelanggan,” katanya.

* Sumber sinarharian


Read more...

Kekasih Sengkek pukul teman Wanita

Kuala Lumpur: Seorang janda beranak dua berusia 42 tahun cedera di badan dan kepala selepas dibelasah teman lelakinya dalam kejadian di kawasan perumahan di Pantai Dalam, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 10 malam itu, janda terbabit bukan saja diterajang malah kepalanya dihentak dengan topi keledar oleh teman lelakinya yang berusia awal 30-an. Tambah malang, dua tangan mangsa dicucuh dengan puntung rokok. Menurut sumber, teman lelaki bertindak kerana berang mangsa enggan memberikannya wang.
Beliau berkata, sebelum kejadian, mangsa dan teman lelakinya itu bersembang di taman berhampiran rumahnya.
“Teman lelakinya meminta wang daripada mangsa bagi membeli baju raya. Namun mangsa mendakwa tidak mempunyai wang.
“Mangsa menegur teman lelakinya itu supaya tidak terlalu bergantung kepadanya setiap kali mahukan wang kerana dia perlu membesarkan dua anak lelakinya yang masih bersekolah,” katanya.
Sumber itu berkata, teguran mangsa menyebabkan mereka bertengkar lebih 10 minit.
“Teman lelaki mangsa yang hilang pertimbangan mencapai topi keledar sebelum menghentak kepala mangsa beberapa kali. Mangsa yang terjatuh kemudian dipijak di perut.
“Kedua-dua tangan mangsa dicucuh dengan puntung rokok,” katanya.
Teman lelaki mangsa hanya berhenti memukul mangsa apabila melihat beberapa penduduk sekitar menghampiri mereka selepas mendengar jeritan janda berkenaan.
Katanya, lelaki itu meninggalkan kawasan berkenaan manakala mangsa membuat laporan di Balai Polis Pantai di sini.
Mangsa yang cedera di tangan, kepala dan badan dirawat di hospital berhampiran.
Difahamkan, mangsa mendakwa sering dipukul lelaki terbabit sekiranya tidak memberikannya wang namun sebelum ini tidak tampil membuat laporan polis kerana mencintai lelaki itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Muhamad Azlee Abdullah ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.
Sumber myMetro

Read more...

Ada Syarat untuk Ibu Mertua Farid Kamil jika mahu jumpa Cucu

Farid Kamil.
KUALA LUMPUR: "Kalau ingin jumpa cucu, dia perlu jumpa saya terlebih dahulu" kata pelakon dan pengarah Farid Kamil ketika mengulas tentang hubungannya dengan ibu mertua, Norsiah Ramli.
Farid, 32, berkata beberapa perkara perlu diselesaikan antara dia dan ibu mertuanya sebelum membenarkan wanita itu bertemu dengan cucu dan anaknya, Diana Danielle.
"Saya risau perkara tidak diingini berlaku, saya tidak berdendam tetapi sekadar melindungi isteri dan anak saya. Saya dapat merasakan ibu mertua saya akan melakukan sesuatu yang tidak diingini kepada mereka.
"Sebelum ini juga banyak cerita negatif tentang kami yang keluar daripada mulut ibu mertua yang menyebabkan saya lebih berhati-hati," katanya.
Farid ditemui pada majlis sidang media drama Jodoh Itu Milik Kita di sini, pada Isnin.
Tambahnya lagi, Diana turut berasa kecewa dengan sikap ibunya yang tidak merestui perkahwinan tersebut.
"Sepanjang Diana berada di Australia saya tidak pernah dengar tentang ibunya telefon atau menghubungi untuk bertanya khabar.
"Apa yang saya lihat Diana sendiri berasa sangat kecewa dengan sikap ibunya yang tidak suka kami berkahwin," ujarnya.
Gambar fail Norsiah (kiri) bersama Farid dan Diana pada majlis pernikahan pasangan itu pada tahun lalu.
Sebelum ini Farid pernah menyatakan perasaan marah dan kecewa terhadap ibu mertuanya melalui laman sosial twitter peribadinya.
Farid Kamil dan Diana Danielle selamat diijab kabul pada 3 November 2012 di Hotel Flamingo, Ampang.
Dalam pada itu, bercerita tentang kelahiran anak sulungnya pada 2 Julai lalu, Farid berkata dia tidak dapat mengambarkan perasaannya bergelar bapa.
"Saya sukar untuk mengambarkan perasaan saya yang gembira, banga, sedih yang bercampur baur ketika melihat bayi lelaki itu.
"Buat masa ini kami belum memberi nama dan belum pun mendaftarkan kelahiran bayi ini lagi kerana tidak digalakkan untuk membuat proses tersebut di sana," katanya.
Farid berkata, proses tersebut akan dilakukan di Malaysia selepas mereka pulang bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri ini.
Sementara itu, Farid berkata isterinya berada dalam keadaan sihat selepas bersalin dan masih berada dalam pantang.
"Diana sihat cuma selepas bersalin dia lebih emosi dan bersikap "mother blues" iaitu terlalu melindungi anaknya.
"Saya sendiri tidak dibenarkan memegambil bayi itu terlalu lama dan sentiasa takut orang ambik anaknya," katanya.
* Sumber mStar Online

Read more...

Ngeri,Ranting kayu tusuk leher

Foto
RANTING kayu yang tertusuk di leher Wood.
London: Seorang penunggang basikal tertusuk ranting kayu sepanjang 38 sentimeter di lehernya.
Kejadian berlaku selepas Adrian Wood, 34, terjatuh ketika menunggang basikal.
Ranting itu tertusuk pada vena jugular, peti suara dan esofagus bapa dua anak itu. 

Dia bernasib baik kerana ranting itu tidak mengena arterinya yang boleh menyebabkan dia mengalami pendarahan teruk hingga meragut nyawanya.
Wood dikejarkan ke hospital Petersborough oleh rakannya dan doktor memberi harapan 50-50 untuk dia diselamatkan.
Foto
WOOD berhasrat untuk menyimpan ranting itu sebagai kenang-kenangan.
Bagaimanapun, pakar bedah berjaya membuang ranting itu dalam pembedahan yang memakan masa lima jam.

Wood kini semakin pulih dan berharap dapat pulang ke rumahnya tidak lama lagi.

“Saya akan menunggang semula secepat mungkin. Dan saya akan menyimpan ranting itu sebagai kenang-kenangan,” katanya. 
- Agensi (myMetro)


Read more...

Isnin, 29 Julai 2013

Gambar : Pengasas AmBank Group Ditembak Mati Di Tempat Letak Kereta

Pengasas AmBank Group, Hussain Ahmad Najadi ditembak mati di tempat letak kereta di sini pada petang Isnin. Isteri beliau turut ditembak tetapi terselamat. Insiden itu berlaku pada kira-kira pukul 1.30 petang di tempat letak kereta dekat kuil di Lorong Ceylon di sini
KUALA LUMPUR: Pengasas AmBank Group, Hussain Ahmad Najadi ditembak mati di tempat letak kereta di sini pada petang Isnin
Isteri beliau turut ditembak tetapi terselamat.
Insiden itu berlaku pada kira-kira pukul 1.30 petang di tempat letak kereta dekat kuil di Lorong Ceylon di sini.
Menurut polis, Hussain, 75, sedang berjalan menuju ke kenderaannya apabila suspek melepaskan tembakan terhadap beliau dan isterinya yang merupakan rakyat Malaysia.
Beliau ditembak di bahagian dada dan bahagian rusuk kiri, dan mati di tempat kejadian manakala isteri beliau menerima kecederaan di lengan.
Sumber gambar MatKilauPenang
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek memakai kemeja lengan panjang dan berseluar coklat.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa mengesahkan Hussain merupakan pengasas AmBank Group.
* Sumber

Read more...

Manusia menyerupai patung Barbie pertama kini tidak Langsing Lagi

Jenny Lee

Setiap wanita sepertinya tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki, dan rela melakukan siri operasi plastik untuk menjadikan mereka tampil sempurna. Nah, ketika puluhan kali operasi sudah dilakukan tetapi kemudian mereka diserang penyakit yang membuat kesempurnaan mereka sirna, tak terbayang bagaimana perasaan mereka.

Itulah yang terjadi pada Jenny Lee. Ia begitu taksub dengan sosok Barbie, sehingga melakukan pelbagai prosedur operasi hingga 59 kali. Jenny, yang tampil dalam Oprah Show pada tahun 2004, mengejutkan penonton kerana wajahnya yang amat menyerupai Barbie.

Tujuh tahun kemudian, Jenny kembali tampil dalam Oprah, di episode Where Are They Now? (Episode yang mengisahkan kabar terbaru dari tokoh-tokoh yang pernah dipaparkan di acara ini). Jenny kembali mengejutkan penonton kerana mendedahkan mendedahkan bahawa ia mengidap fibromyalgia. Kemolekan wajah dan tubuhnya beransur-ansur menghilang kerana penyakit yang membuatnya mengalami kenaikan berat badan itu.

"Awalnya ini merupakan pukulan besar bagi harga diri saya," kata ibu dua anak asal Austin, Texas ini kepada Oprah. "Saya harus benar-benar berdamai dengan fakta bahawa untuk pertama kali dalam hidup saya, saya tidak boleh mengawal badan saya."

Ketika pertama kali bertemu Oprah, dia bercakap tentang "pertempuran" dengan harga dirinya mengenai kecantikan yang sempurna ketika masih muda. "Saya merasa seperti tidak menjadi diri sendiri, kerana saya berusaha keras untuk diterima. Ketika melihat sosok saya lagi, saya masih tidak suka dengan apa yang saya lihat sekarang ini," jelasnya.

Ketidakpuasan Jenny terhadap penampilannya menyebabkan dirinya rela menjalani pembedahan plastik sebanyak 26 kali pada saat berusia 28 tahun, termasuk tiga kali implan bibir, dua kali pembesaran payudara, tiga kali pengencangan payudara, dan sedot lemak.

Usai bertemu Oprah, Jenny berkahwin dan mempunyai anak. Saat itu keinginan untuk melakukan operasi plastik sempat terkawal kerana ingin fokus mengasuh anaknya. Namun hal itu tidak berlangsung lama, dan Jenny kembali menjalani 33 prosedur operasi, termasuk empat kali rhinoplasty (operasi mengubah bentuk hidung).


Jenny Lee ketika pertama tampil di Oprah Show (kiri), dan Jenny Lee sekarang.

Tetapi peristiwa lain dalam hidupnya tidak berjalan sesuai apa yang ia inginkan. Setelah didiagnosis menderita fibromyalgia, ia merasakan kesakitan yang luar biasa.

"Saya selalu kesakitan, setiap saat, setiap hari, 24 jam sehari, tujuh hari seminggu," kata perempuan yang asalnya berambut ikal, coklat gelap, dan berlesung pipi ini.

Saat ini Jenny terus berjuang dengan citra tubuhnya sendiri, sekaligus berusaha memastikan putri sulungnya, Kaleigh, tidak akan pernah melakukan hal yang sama.

"Saya akan membuat Kaleigh untuk tidak pernah melakukan seperti apa yang saya lalui sekarang ini. Saya selalu meyakinkan dirinya bahawa ia sudah sempurna secara semula jadi, "katanya termenung.

"Dia terlahir cantik dengan caranya sendiri, dan secara peribadi saya akan lebih suka ia tidak akan melakukan apa pun untuk mengubahnya."

Sumber: Dailymail (vivanews)


Read more...

Perompak tersangkut dalam Serombong aSap kedai Pajak

Michael Wayne Case Jr., 38 tahun, ditangkap polis ketika tersepit di dalam serombong asap sebuah kedai di Arkansas. Dailymail.co.uk

Arkansas - Krismas datang lebih cepat di salah satu negara bahagian Amerika ini. Kehadiran krismas bertanda dengan hadirnya "Santa Claus" melalui cerobong di sebuah kedai pajak gadai. Namun, rupanya ia sudah terjebak selama 10 jam di sana tanpa makanan dan minuman.

"Saya sangka ada seekor burung atau binatang di cerobong asap. Saya memeriksanya kerana ada suara mengaduh. Setelah saya periksa, tahu-tahu ada seseorang yang menatap saya, "ujar Ernest Raney kepada KSPR-TV seperti dikutip laman Daily Mail hari ini. Ia pun langsung memanggil polis.

Rupanya, lelaki yang diketahui bernama Michael Wayne Case ini berniat ingin mencuri barang di kedai pajak gadai dengan masuk melalui cerobong asap. Nahas, ia justru terperangkap di sana. Case dijumpai bertelanjang dada dan tampak keringatan.

Cerobong yang ia masuki begitu sempit hingga ia malah tersangkut. Kalaupun ia berjaya mencapai dasar cerobong, ia tetap tak akan beruntung. Pasalnya, pendiangan ini sudah bertahun-tahun tidak digunakan. Pemilik kedai pajak gadai memutuskan untuk menutupnya.

"Sesungguhnya, saya merasa kasihan melihatnya," kata Raney lagi. Namun, rupanya si "santa" tak patut dikasihani. Selepas polis dan petugas pemadam kebakaran berusaha berjam-jam untuk menolongnya, ia justru berusaha melawan dan melarikan diri. Ia berdalih bahawa ia tergelincir ke dalam cerobong saat sedang berjalan-jalan. Tentu saja, polis tak percaya. Kini, ia menjadi penghuni penjara dengan tuduhan pencurian.

Sumber tempo.co


Read more...

Lelaki Tinggalkan Anak Perempuan Bersendirian Dalam Kereta Kerana Dadah

MELAKA: Seorang lelaki sanggup meninggalkan anak perempuannya berusia empat tahun bersendirian dalam kereta di tepi jalan semata-mata untuk membeli dadah di satu kawasan berhampiran Penjara Sungai Udang di sini, Sabtu.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Salehhudin Abd Rahman berkata, polis yang membuat serbuan Ops Tapis di sebuah ladang kelapa sawit kemudian berjaya menahan lelaki berusia awal 30-an itu.
"Semasa dicekup, lelaki itu memberitahu kepada pihak polis bahawa anaknya ada di dalam Perodua Alza...kanak-kanak perempuan itu kemudian dibawa ke Balai Polis Sungai Udang sebelum diserahkan kepada ibunya," katanya dalam satu kenyataan di sini, Ahad.
Salehhudin berkata, dalam operasi pada 6 pagi dan berakhir 6 petang Sabtu di kawasan ladang itu, polis turut menahan 33 lagi lelaki berusia antara 26 hingga 62 tahun mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983.
Katanya hasil pemeriksaan, seorang daripada mereka berusia 20-an didapati memiliki empat tiub straw dadah dipercayai heroin dan disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah
- BERNAMA

Read more...

Liyana Jasmay Dedah Sikap Cemburu Suami

Liyana Jasmay
PETALING JAYA: Pelakon Liyana Jasmay menjelaskan suaminya, Fathuddin Mazlan masih mempunyai sifat cemburu yang menebal jika melihat dia berlakon dalam adegan-adegan cinta walaupun sudah hampir enam bulan mereka mendirikan rumah tangga.
Liyana, 25, berkata, Fathuddin, 29, juga mengambil pendekatan untuk tidak menonton adegan-adegan romantik lakonannya semata-mata mahu menepis perasaan itu.
“Sudah hampir enam bulan kami kahwin, suami saya masih tidak dapat menerima sepenuhnya perjalanan dunia seni saya malah dia sering kali meluahkan perasaan cemburunya jika melihat saya melakonkan adegan romantik.
“Tetapi saya faham, perasan itu wujud kerana dia mahu menjaga isterinya dan saya harus menjaga hatinya pula,” kata Liyana kepada mStar Online.
Pasangan itu selamat diijabkabulkan pada 2 Februari 2013 dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Hotel Seri Pasific, dekat sini.
Gambar fail majlis pernikahan Liyana dengan suaminya.
Jelas Liyana lagi, suaminya juga memberi syarat agar dia tidak melakonkan adegan keterlaluan selain perlu membatasi babak-babak bersentuhan dengan pelakon lelaki lain.
“Setakat ini jika ada mana-mana tawaran yang memerlukan saya bersentuhan dengan mana-mana lelaki, saya akan maklumkan kepada suami terlebih dahulu dan dia meminta saya agar tidak keterlaluan melakonkan adegan berkenaan,” katanya.
Menurut Liyana, dia menggemari sikap cemburu itu kerana ia adalah petanda betapa si suami benar-benar mengambil berat dan sayangkan seseorang isteri.
Katanya, adalah satu masalah besar kalau seseorang suami tidak ada perasaan itu apatah lagi bagi seseorang pelakon yang perlu melakonkan watak-watak romantik, bersentuhan dan juga sesetengahnya di ranjang.
Bagaimanapun Liyana telah membuat keputusan untuk tidak menerima watak-watak romantik yang memerlukan dia berpelukan selepas berumah tangga.

Read more...

Wanita Brutal potong Kemalu@n Doktor

PREETI yang menutup mukanya diiringi anggota polis ke penjara.
New Delhi: Seorang wanita mengaku membunuh seorang doktor Satish Chandra selepas menyerah diri di balai polis.
Mangsa ditemui mati dengan tekak dan kemaluannya dikerat di rumah tetamu kerajaan pada 21 Julai lalu di Govindnagar, Kanpur. Keesokan harinya, petugas kurier muncul di balai polis Govindnagar dengan sebuah bungkusan. Polis terkejut mendapati kemaluan lelaki di dalam bungkusan berkenaan. Mereka kemudian mengaitkannya dengan kes pembunuhan Chandra.
Polis kemudian menahan Preeti Balmiki, 25, yang disyaki terbabit dalam pembunuhan itu. Selepas disoal siasat, Preeti mengaku melakukan jenayah itu dan mendakwa Chandra menderanya secara fizikal dan mental sejak 13 tahun lalu dan kini menjadikan adik perempuannya sebagai mangsa.
“Pada 2001, dia datang ke rumah saya untuk merawat adik saya.
“Disebabkan kami miskin, dia menunjukkan simpati dan mempelawa saya bekerja di kliniknya pada 2003. “Pernah dia menyuntik saya sebelum merogol saya. Saya menjadi ketagih dengan dadah dan dia mula mengeksploitasi saya secara seksual,” katanya.
Preeti berkata, dia pernah mengadu kepada isteri Chandra mengenai perkara itu, tetapi sebaliknya dia di usir dan dimaki hamun.
“Sebab itulah saya menghantar bungkusan berisi kemaluan suaminya kepada wanita itu,” katanya.
Bercakap mengenai pembunuhan itu Preeti berkata: “Dia menghubungi saya agar datang ke rumah tetamu itu pada 21 Julai lalu. Saya mencampur ubat bius dalam minuman keras yang diminumnya. “Kemudian saya kerat tekak dan kemaluannya dengan pisau bedah,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Kanan Polis Kanpur, Superintendan Kanan Yashasvi Yadav berkata, Preeti mungkin sakit jiwa. “Kami akan merayu mahkamah agar dia dirawat,” katanya.
 - Agensi

Read more...

Sembunyi dalam tandas rumah Kekasih untuk elak diCekup Pencegah Maksiat

imej google
Alor Gajah: Memalukan apabila seorang lelaki warga emas ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) ketika cuba bersembunyi di dalam tandas rumah kekasih di sekitar pekan ini, kelmarin.
Difahamkan, lelaki berstatus duda berusia 52 tahun dikatakan sering ke rumah ibu tunggal berusia 47 tahun itu dengan memberi alasan mahu membincangkan tarikh perkahwinan mereka.
Dalam serbuan kira-kira jam 10 pagi itu, pasangan terbabit dikatakan turut didapati berada dalam keadaan separuh bogel.
Sumber berkata, pemeriksaan awal mendapati, semua pintu dan tingkap rumah sewa berkenaan bertutup rapat seolah-olah tidak berpenghuni.
“Anggota JAIM cuba memberi salam dan mengetuk pintu berulang kali sebelum disahut suara seorang wanita yang membuka pintu rumah berkenaan dalam keadaan berkemban.
“Tanpa rasa bersalah, wanita yang membaluti tubuhnya dengan kain batik itu membuka pintu dalam keadaan kusut masai itu dan terkejut melihat kehadiran pihak berkuasa,” katanya, di sini, semalam.
Menurutnya, selepas memperkenalkan diri, pemeriksaan dilakukan di setiap bilik di dalam rumah itu, tetapi penguat kuasa gagal menemui sebarang perkara mencurigakan.
“Bagaimanapun, tidak lama kemudian, seorang lelaki yang hanya berkain pelekat bersembunyi di belakang pintu tandas dan enggan keluar dari tandas berkenaan.
“Lelaki terbabit cuba berdalih mengatakan sudah meminta izin daripada wanita berkenaan untuk menumpang membuang air besar. Selepas dipujuk, lelaki itu keluar sebelum soal siasat dijalankan,” katanya.
Sumber berkata, pasangan terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan, malah lelaki berkenaan yang mendakwa berpuasa merayu supaya dilepaskan kerana merancang berkahwin selepas Aidilfitri nanti.
Sementara itu, Ketua Penguatkuasa JAIM Rahimin Bani ketika dihubungi mengesahkan tangkapan khalwat berkenaan dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka.
* Sumber myMetro

Read more...

Model botak Renee Alway mahu bina hidup baharu

WANITA itu mencukur rambutnya ketika hadir di sebuah mahkamah California untuk sebutan kes pecah rumah dan memiliki dadah pada Khamis lalu.


CALIFORNIA - Bekas finalis program realiti televisyen America's Next Top Model 2007, Renee Alway membotakkan kepala sebagai tanda dia ingin memulakan hidup baharu.
Alway, 27, berbuat demikian selepas dia ditahan pada 28 Jun lalu bagi membantu siasatan polis dalam kes pecah rumah dan pemilikan dadah.
Saluran berita Amerika Syarikat, KESQ menyiarkan rakaman menunjukkan Almy hadir di sebuah mahkamah di Palm Spring di sini pada Khamis lalu dengan berkepala botak.
Kakak selebriti itu memberitahu portal hiburan TMZ.com bahawa adiknya ingin memulakan kehidupan baharu dengan perubahan drastik itu menjadi langkah pertama proses tersebut.
Menurut akhbar Daily Mail, perbicaraan lanjut kes tersebut dijadualkan pada Ogos depan.
Sementara itu, Alway ditahan di pusat tahanan Larry D. Smith dekat sini dengan ikat jamin ditetapkan sebanyak AS$150,000 (RM481, 200)
.- AGENSI (kosmo!)


Read more...

Trend mata bengkak di Korea Selatan


Patricia Cahiga menunjukkan ' aegyo sal' seakan-akan lingkaran gelap di bawah mata yang dibuat menggunakan teknik solekan. - Agensi

SEOUL 28 Julai - Wanita biasanya sanggup berbuat apa sahaja termasuk mengeluarkan duit lebih untuk menghilangkan lingkaran gelap di bawah mata, namun berbeza bagi golongan itu di Korea Selatan yang mahukan ciri-ciri tersebut yang dianggap menarik.


Satu trend baharu dikenali sebagai 'aegyo sal' atau membuatkan bahagian bawah mata nampak berbonjol, kini menjadi kegilaan kerana ia disifatkan mampu menonjolkan mata wanita Korea yang kebiasannya kecil.

Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan bentuk bawah mata idaman itu sama ada melalui solekan atau melekatkan pita khas di bawah kulit, malah ada juga sesetengah wanita sanggup melakukan pembedahan plastik.

Blogger myfatpocket.com, Patricia Cahiga berkata, aegyo sal bukanlah lingkaran bawah mata yang terbentuk akibat kurang tidur atau disebabkan oleh genetik, namun merupakan lapisan kulit comel di bawah kelopak mata yang boleh membuatkan mata kelihatan lebih besar.

Laman web China, Weibo turut memaparkan video tentang cara-cara untuk mendapatkan ciri-ciri tersebut dengan menggunakan pita pelekat dan solekan.

Sementara itu, pemilik laman web Asian Eyelid Surgery, Dr. Kenneth Kim menjelaskan, prosedur pembedahan itu menjadi pilihan golongan wanita kerana ia memberikan penampilan lebih muda.

"Aegyo sal bukanlah lingkaran gelap bawah mata, tetapi ia mampu membuatkan mata seseorang nampak lebih cantik," ujarnya. 

- AGENSI

Read more...

Isteri Sepak dan Maki Hamun Suami depan Mertua

imej google
Gombak: Seorang isteri bukan saja sanggup memaki hamun suami dan ibu mentua, tetapi juga bertindak kejam dengan meminta bantuan ahli keluarganya membelasah kedua-duanya di rumah mereka di Batu Caves.
Tindakan terlampau wanita berusia 30-an itu berpunca apabila suami berusia 34 tahun itu menegur sikapnya yang gemar memburukkan-burukkan ibu lelaki itu menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka.
Akibat dibelasah keluarga isteri, lelaki itu dan ibunya cedera pada muka, belakang badan dan tangan sebelum membuat laporan di Balai Polis Selayang.
Si suami turut diugut bapa mentua yang mahu mematahkan kakinya.
Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, dalam kejadian jam 9.30 pagi Jumaat itu, wanita itu bertengkar dengan suaminya apabila dia dimarahi kerana menghina ibu lelaki terbabit.
“Wanita terbabit yang tidak berpuas hati dimarahi suaminya naik angin lalu menyerang lelaki terbabit dengan menendang dan menumbuk mukanya.
“Tidak cukup dengan itu, dia turut menghubungi ahli keluarga untuk mengadu masalah dan meminta mereka datang ke rumah membantunya,” katanya.
Sebaik tiba di rumah berkenaan, kata sumber itu, ahli keluarga wanita terbabit yang dalam keadaan marah menyerang lelaki itu, malah abang iparnya yang hilang kawalan diri memukul mangsa hingga terjatuh.
Menurutnya, mujur bapa saudara si isteri meleraikan pergaduhan terbabit sebelum meminta mangsa menjelaskan perkara sebenar.
“Mangsa menceritakan apa yang berlaku dengan isterinya. Malah, dia juga menghubungi ibunya supaya datang ke rumah bagi membantu menyelesaikan masalah terbabit,” katanya.
Bagaimanapun, sebaik ibu lelaki itu sampai, dia dimaki hamun dan diserang menantunya itu.
“Pertengkaran berlaku beberapa minit sebelum kedua-dua beranak itu keluar rumah untuk membuat laporan polis,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit.
Sumber myMetro

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

Google+ Followers

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP