GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 30 November 2013

Isu hamba 30 tahun di London, Siti Aishah Beritahu Dia Gembira - Kakak

Paparan skrin siaran berita Kamar Mautum mengenai adiknya Siti Aishah di 'Daily Telegraph'.
PETALING JAYA: Menurut laporan oleh Daily Telegraph, Siti Aishah Abdul Wahab yang merupakan salah seorang daripada tiga wanita yang "diperhambakan" oleh satu pasangan di London, memberitahu kakaknya Kamar Mautum bahawa dia gembira dan disayangi semasa berada di London.
Kedua-dua adik-beradik itu berhubung selama 45 tahun sejak Aishah berpindah ke London.

Siti Aishah terputus hubungan dengan keluarganya dan hanya mengetahui mengenai ibu mereka meninggal dunia pada 1994.
Siti Aishah dipercayai berada di hospital selepas mengalami strok.
Kedua-dua beradik itu berpelukan dan menangis pada pertemuan mereka, Kamar Mautum berkata, adiknya menegaskan bahawa dia gembira dan mempunyai ramai kawan di London.
"Apabila saya bertanya kepadanya tentang apa yang telah berlaku dia hanya membisu. Satu-satunya perkara yang dia mahu saya untuk lihat adalah dia gembira. Dia memberitahu saya, 'Saya telah mendapat rakan-rakan di sini, saya bekerja di sini. Saya membuat kerja penting di sini', tetapi dia tidak boleh mendedahkan apa yang dia lakukan," Kamar memberitahu Daily Telegraph.
Siti Aishah juga berjanji bahawa selepas siasatan selesai dia akan pulang ke Malaysia.
Difahamkan dia tidak lagi fasih berbahasa Melayu.
Pertemuan itu dihadiri oleh kira-kira 10 pegawai polis dan wakil-wakil Suruhanjaya Tinggi Malaysia.
Sementara itu, aktivis Hishamuddin Rais, yang terbang ke UK dengan Kamar, memberitahu portal berita bahawa Siti Aishah kini menafikan yang dia diperhambakan dan gembira di UK.
Menurut Hishamuddin, Siti Aishah tidak berminat untuk kembali ke Malaysia secara tetap.
Sumber

Read more...

Rugi RM500,000 akibat Love Scam

imej google

SERDANG – Polis menahan lima lelaki warga Afrika di sebuah apartmen mewah di Bukit Serdang yang dipercayai terbabit sindiket penipuan internet dikenali  love scam.

Penahanan dibuat selepas polis menerima laporan daripada seorang wanita yang mendakwa mengalami kerugian hampir RM500,000 diperdaya seorang lelaki warga Afrika.

Bertindak atas laporan, polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields menyerbu sebuah rumah dan menahan suspek berusia lingkungan 20 hingga 30-an itu kira-kira jam 2 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, lokasi persembunyian suspek diperoleh hasil maklumat dan risikan dilakukan pihaknya.

Beliau berkata kelima-lima lelaki yang menghuni rumah itu ditahan untuk pemeriksaan.

Siasatan lanjut akan dijalankan untuk mengetahui sama suspek mempunyai kaitan dengan mana-mana kes penipuan internet pernah dilaporkan sebelum ini.

“Pemeriksaan termasuk status pasport dan ujian air kencing turut dilaksanakan,” katanya.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.


Sumber sinarharian

Read more...

Hebat ! Doktor Lumpuh bedah pesakit

KINI Dr Rummel boleh membedah bahagian paling digemari iaitu bahu pesakit.
Doktor yang lumpuh dari pinggang ke bawah masih mampu melakukan pembedahan secara berdiri menggunakan kerusi roda khas.
Seorang pakar bedah ortopedik di Missouri yang tiba-tiba lumpuh dari paras pinggang ke bawah pada 2010 membuktikan semangat kentalnya apabila kembali bertugas di bilik pembedahan.
Dr Ted Rummel dari O'Fallon, Missouri, hilang keupayaan berdiri atau berjalan apabila ketumbuhan berisi darah di tulang belakangnya pecah, tiga tahun lalu.

Selepas melalui proses pemulihan intensif selama setahun, beliau berjaya mengatasi kekurangannya apabila kembali menjalankan pembedahan menggunakan kerusi roda khas yang membolehkannya berdiri.
Pakar bedah itu kini mampu melakukan semua jenis pembedahan seperti biasa dan memastikan dirinya kekal sihat dengan senaman harian selain sokongan keluarganya.
“Apa yang saya kecapi hari ini amat istimewa kerana masih mampu bergerak dan melakukan apa yang saya mahu. 

“Umpama saya dapat semula kehidupan sebelum sakit,” katanya.

Masalah kesihatannya bermula pada 2009 apabila beliau didiagnos mempunyai hemangioma kaverna, iaitu sejenis ketumbuhan yang berisi darah pada tulang belakangnya.
WALAUPUN berkerusi roda Dr Rummel tidak menjadikan kekurangan itu sebagai penghalang.

Doktor enggan melakukan pembedahan kerana bimbang menyebabkannya lumpuh.

Bagaimanapun, pada September 2010, ketumbuhan itu pecah menyebabkan pembedahan kecemasan terpaksa dilakukan dan Rummel lumpuh separuh badan.
Rummel berkata, beliau yang sebelum itu melakukan hampir 1,000 pembedahan setahun tiba-tiba mengalami perubahan gaya hidup drastik apabila berdepan kemungkinan tidak lagi mampu bekerja sepanjang hayatnya.
“Perkara pertama yang terlintas di fikiran saya adalah kehidupan saya tidak akan sama lagi.

“Sebelum ini saya dikenali kerana hasil kerja di bilik pembedahan, namun selepas kejadian itu saya terpaksa mengubah persepsi mengenai diri saya sendiri,” katanya.

Bagaimanapun, beliau enggan mengalah dan berazam kembali bertugas di bilik pembedahan. 

Impiannya tercapai setahun kemudian apabila dibenarkan melakukan pembedahan sambil diperhatikan pakar bedah lain yang bersedia menghulurkan bantuan jika diperlukan.

“Jelas beliau masih mempunyai kebolehan tinggi untuk melakukan pembedahan,” kata Ann Abad dari Pusat Penjagaan Kesihatan Progress West yang menjadi tempat Rummel bekerja.

Pada awalnya Rummel melakukan pembedahan yang boleh dikendalikan secara duduk, iaitu pada tangan, siku, kaki, lutut dan buku lali pesakitnya.

Bagaimanapun, beliau masih terhalang daripada melakukan pembedahan paling digemarinya, iaitu membabitkan bahagian bahu kerana perlu dilakukan secara berdiri.
DR Rummel bersiap sedia melakukan pembedahan menggunakan kerusi roda khas yang membolehkannya berdiri.

Masalah itu berjaya diatasi apabila dia menggunakan kerusi roda khas yang membolehkannya berdiri sepanjang melakukan pembedahan.

“Saya mendapat kekuatan daripada keluarga saya dan orang disayangi. 

“Akibat kejadian itu, saya diberi peluang lebih mengenali mereka dan hubungan kami jauh lebih akrab. Pengalaman ini amat bermakna buat saya.

“Paling penting isteri saya Kathryn. Tak mungkin saya mampu melalui semua ini jika tidak kerana sokongannya,” katanya.

Rummel mengakui ada kalanya berdepan kesukaran, namun beliau memilih bersikap positif dan berazam melakukan kebaikan.

“Saya bernasib baik kerana walaupun perkara ini terjadi, saya mempunyai kerjaya, pendidikan, wang, keluarga dan rakan sekerja yang menyuntik semangat dan menyokong saya.

“Ramai orang berdepan keadaan seperti ini namun nasib mereka tidak sebaik saya.

“Berikutan itu, saya sentiasa memikirkan cara untuk membantu orang lain. Saya harap satu hari nanti impian itu menjadi kenyataan,” katanya.
Sumber

Read more...

Nak cakap apa cakaplah! begitu kata Nabila Huda

Nabila Huda
Wanita ini memang seksi. Raut bibir dan gemersik suaranya, dua perkara seksis yang jelas lagi nyata ada pada sifat luarannya sekalipun tanpa mendedahkan tubuh.
Biar pun ada mata kurang senang melihat penampilan Nabila Huda Suhaimi, 29, dia yang penulis kenali sejak 13 tahun lalu, adalah seorang insan yang jauh daripada hipokrasi. 
Berlaku jujur pada diri sendiri adalah kualiti diri paling bernilai yang harus ada pada setiap seseorang. Andai tidak senang, sesak nafas atau sakit mata melihat dia, menghakimi bukannya adil. 

Senang membahasakan dirinya Abil, kisah hidup wanita dilahirkan pada tanggal 2 Disember 1984 yang juga anak kepada penyanyi rock tersohor negara, Amy Search ini penuh cabaran dan liku. Namun dia tabah. Jarang sekali melihat dia melatah walaupun terkadang kritikan yang dihambur bisa membunuh jiwa raga mereka yang lemah.

Memilih penerima anugerah Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2012 ini sebagai perasmi muka depan RAP sempena wajah baru isu Sabtu hari ini, rentetan kisah hidupnya bagai ada persamaan dengan perjalanan akhbar ini yang seawal penerbitannya dilempar berbagai persepsi.
Sumber myMetro

Read more...

Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) Mawar Putih Tanda Perpisahan sebagai Drama Terbaik

Umie Aida dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama menerusi drama Aku Bukan Malaikat.
SHAH ALAM: Drama terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd berjudul Mawar Putih Tanda Perpisahan diangkat sebagai Drama Terbaik Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) yang berlangsung di Stadium Melawati di sini pada malam Jumaat.
Diterajui oleh pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Nad Zainal dan Ruminah Sidek, karya arahan Bade Azmi itu menewaskan drama lain seperti Aku Bukan Malaikat, Di Bawah Langit Mu, Neraka Abah dan Fatihah Untuk Abah.
Drama tersebut turut menggondol dua lagi anugerah iaitu Videografi Terbaik dan Lakon TV Terbaik.
Bagi Pengarah Terbaik, Erma Fatima menewaskan suaminya menerusi arahan cemerlang dalam drama berjudul Aku Bukan Malaikat.
Manakala adik kepada Erma, aktres terkenal, Datin Umie Aida pula dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama menerusi drama tersebut dan aktor Wan Hanafi Su (Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman) pula memenangi bagi kategori lelaki.
Antara calon yang tewas dalam kategori tersebut adalah Sharnaaz Ahmad, Faizal Hussien, Nora Danish, Sharifah Amani dan Nad Zainal.
Dalam pada itu bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Drama dimenangi oleh Hasnol Rahmat menerusi lakonan cemerlangnya dalam Tunggu Sekejap .
Manakala Izreen Azminda membuat kejutan apabila memenangi kategori Pelakon Pembantu Wanita Drama menewaskan calon-calon hebat lain seperti Khatijah Tan, Ruminah Sidek dan Liza Abdullah.
ASK 2013 turut menganugerahkan pelakon drama Kawan, Shasha Al Khred sebagai penerima Anugerah Artis Harapan Pantene.
Bagi kategori Filem Terbaik berpihak kepada karya terbitan Grand Brilliance berjudul KILarahan Nik Amir Mustapha yang dibintangi oleh Cristina Suzanne dan Redza Minhat.
Nik Amir turut dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik Filem dan anugerah Lakon Layar Terbaik Filem.
Lakonan berkesan Cristina dalam KIL telah membawa tuah kepadanya apabila dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Filem.
Manakala Shaheizy Sam mengulangi sejarah apabila merangkul trofi Pelakon Lelaki Terbaik Filem menerusi filem SAM.
Shaheizy sam menang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Filem menerusi filem SAM.
Pada ASK 2012, Sam memenangi kategori sama hasil lakonan mantapnya dalam filemSonglap.
Sementara itu, bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem dimenangi oleh Khir Rahman (Rock Oo) dan Miera Liyana ( Pecah).
Kesemua pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan menerima sebuah trofi.
ASK 2013 pada tahun ini mengangkat tema 'Kaca' dan siaran langsung itu dihoskan oleh Awal Ashaari, Nad Zainal dan Faizal Ismail.
Ia disiarkan secara langsung pada pukul 9 malam di TV3.
Turut hadir ke majlis berprestij itu adalah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Rahim.
Rohani turut menyampaikan dua anugerah ASK 2013 iaitu Drama Rantaian Terbaik (Surat Dari Langit Biru dan Drama Terbaik.
Kategori lain turut menampilkan barisan artis seperti Datuk Aznil Nawawi, Wan Zaleha Radzi, Nubhan, Nora Danish, Syafie Naswip, Rita Rudaini, Emma Maembong sebagai penyampai anugerah.
Manakala persembahan pada malam itu diserikan oleh penyanyi seperti Datuk Jamal Abdillah, Fauziah Ahmad Daud, Hazama, Hafiz dan Adira.
Secara keseluruhan, ASK 2013 mempertandingkan sebanyak 30 kategori meliputi drama, filem dan penerbitan dalaman.
Berikut adalah senarai penuh pemenang Anugerah Skrin 2013.
KATOGERI DRAMA
1. DRAMA TERBAIK
Mawar Putih Tanda Perpisahan – Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
2. PELAKON LELAKI TERBAIK DRAMA
Wan Hanafi Su – Har-Hari Terakhir Seorang Seniman
3. PELAKON WANITA TERBAIK DRAMA
Datin Umie Aida - Aku Bukan Malaikat
4. PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK DRAMA
Hasnol Rahmat – Tunggu Sekejap
5. PELAKON PEMBATU WANITA TERBAIK DRAMA
Izreen Azminda – Perempuan Itu Ibuku
6. PENGARAH DRAMA TERBAIK
Erma Fatima - Aku Bukan Malaikat
7. ARTIS HARAPAN PANTENE
Shasha Al Khred - Kawan
8. DRAMA RANTAIAN TERBAIK
Surat Dari Langit Biru – Rashbir Media Sdn Bhd
9. DRAMA KOMEDI TERBAIK
Mentua VS Menantu – Primeworks Studios
KATEGORI FILEM
10. FILEM TERBAIK
KIL – Grand Brilliance
11. PENGARAH TERBAIK FILEM
Nik Amir Mustapha - KIL
12. PELAKON WANITA TERBAIK
Cristina Suzanne - KIL
13. PELAKON LELAKI TERBAIK FILEM
Shaheizy Sam - SAM
14. PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK FILEM
Miera Liyana – Pecah
15. PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK FILEM
Khir Rahma – Rock OO
KATEGORI PENERBITAN DALAMAN
16. RANCANGAN DOKUMENTARI/MAJALAH TERBAIK
Salam Muslim (ASTRO OASIS)
17. RANCANGAN BUAL BICARA TERBAIK
Bella (Ntv7)
18. RANCANGAN HIBURAN TERBAIK
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (TV3)
19. RANCANGAN MUZIKAL TERBAIK
Anugerah Juara Lagu 27 (TV3)
20. RANCANGAN REALITI TERBAIK
Maharaja Lawak Mega (Astro Warna)
21. LAPORAN KHAS / BERITA TERBAIK
Kanta K-Pop (Buletin Utama, TV3)
Sumber mStar Online

Read more...

Jumaat, 29 November 2013

LIVE STREAMING MAHARAJA LAWAK MEGA MINGGU KE 3

Untuk Minggu ketiga akan berlaku lagi satu penyingkiran.. kumpulan mana ?.. Persoalan dapatkah SEPAHTU berada ditangga teratas .. adakah JAMBU akan memintas..begitu juga SHIRO .. dan tidak memandang ringan juga kepada kumpulan SYJ..Kita saksikan bersama disini.. ( LINK )



INFO : Maharaja Lawak Mega merupakan sebuah lagi program terbitan Astro dan pertama kali dalam sejarah Asia, pelawak-pelawak terhebat dari 3 buah negara digabungkan dalam satu pentas. Program yang dihoskan oleh pengacara Dato' AC Mizal ini bakal menyaksikan persaingan sengit di kalangan pelawak-pelawak dan pelakon komedi profesional terbaik dari Malaysia , Singapura dan Indonesia.

Setiap pelawak yang bertanding mempunyai portfolio seni yang mengagumkan dalam bidang ini. Program ini juga menggunakan konsep dan format yang hampir sama seperti Raja Lawak Astro dan Maharaja Lawak. Bersiaran secara langsung pada hari Jumaat, jam 10.00 malam bermula 28 Oktober 2011 menerusi Astro Warna (saluran 132) dalam Pakej Mustika. (wikipedia)

( LINK ) ASTRO WARNA

Read more...

Gagal menyiapkan tugasan diberi,Pelajar IKBN cuba bunuh diri

Pelajar lelaki yang cuba terjun dari sebuah asrama di Institut Kemahiran Belia Negara.
MIRI: Gara-gara gagal menyiapkan tugasan diberikan selain didakwa menghadapi konflik dengan tenaga pengajar, seorang pelajar lelaki cuba terjun dari sebuah asrama di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini, pagi ini.
Bagaimanapun, dalam kejadian jam 7.43 pagi itu, kecekapan pihak bomba memujuk dengan bantuan kehadiran bapa pelajar tahun pertama jurusan Lokomotif berusia 18 tahun itu berjaya mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
Difahamkan, kejadian mula disedari beberapa rakan mangsa yang memaklumkan perkara itu kepada beberapa kakitangan serta tenaga pengajar di institut berkenaan sebelum menghubungi polis dan bomba bagi mendapatkan bantuan.

Pihak pengurusan IKBN terpaksa memanggil bapa pelajar terbabit supaya datang ke tempat kejadian untuk memujuk mangsa.

Sumber myMetro




Read more...

Pulak dah ! Bekas Suami Nafi Dakwaan Rogol Nor Fazira

Mohd Fahmi ketika ditemubual oleh The Star di rumahnya di Kampung Nagalilit.
KULIM: Mohd Fahmi Mohamed Alias, 20, menafikan dakwaan bahawa dia telah merogol Nor Fazira Saad dan mengahwininya untuk mengelakkan diri daripada didakwa.
"Kami hanya mengadakan hubungan seks selepas berkahwin," katanya ketika ditemui dirumahnya di Kampung Nagalilit dekat sini.
Dia mendakwa isterinya menjalin hubungan sulit dengan seorang lelaki dari Kuala Ketil, tiga atau empat bulan sebelum dia menyedarinya.
"Rakan-rakan saya yang ada di sana melihat dia (Nor Fazira Saad) begitu mesra dengan seorang lelaki. Dia mengenali lelaki itu ketika bekerja di pekan Padang Serai (dalam daerah Kulim).
"Kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, saya membuat keputusan untuk menceraikannya," kata Mohd Fahmi.
Mohd Fahmi menceraikan Nor Fazira dengan talak satu.
Dia berkata, mereka merupakan pasangan bahagia sebelum lelaki itu mengganggu rumah tangga mereka.
"Dia amat biadap terhadap ibu bapa saya dan tidak pernah memasak.
"Dia akan lari dari rumah setiap kali dia tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara," kata Mohd Fahmi.

Ibu Mohd Fahmi yang enggan namanya didedah berkata, turut menyangkal dakwaan Nor Fazira tidak diberi makan.
"Kami menjaganya dengan baik dan menerimanya walaupun dia berperangai jahat," katanya.
Mohd Fahmi yang bekerja di ladang kelapa sawit menerima gaji RM1,000 sebulan.
Dia berhenti sekolah ketika berumur 16 tahun untuk bekerja.
Dia mendakwa bertemu Nor Fazira dua bulan sebelum perkahwinan mereka, November tahun lalu.
"Pada mulanya hubungan kami tidak ubah seperti hubungan adik beradik tetapi perasaan cinta mula wujud selepas itu," kata Mohd Fahmi.
Sumber mStar Online

Read more...

Lelaki hidup miskin tertukar ketika lahir

Tokyo: Seorang lelaki Jepun berusia 60 tahun yang tertukar ketika lahir berkata, beliau berharap untuk memutar semula masa beberapa hari selepas memenangi saman terhadap hospital yang melakukan kesilapan menyebabkannya hidup dalam kemiskinan.

Lelaki terbabit memberitahu, beliau terkejut apabila mengetahui bahawa kehidupan sebenar adalah sebaliknya. 


Saya hairan bagaimana perkara ini boleh berlaku. Saya langsung tidak mempercayainya. Secara jujur, saya tidak dapat menerimanya. 

Saya sepatutnya mempunyai kehidupan yang berbeza. Saya mahu (hospital) memutarkan semula masa kepada hari saya dilahirkan, katanya. Lelaki terbabit tidak didedahkan namanya.

Bayar ganti rugi RM1.2 juta

Sebuah mahkamah daerah Tokyo minggu ini mengarahkan hospital terbabit membayar sejumlah 38 juta yen (RM1.201 juta) terhadap kesilapan yang dilakukan pada 1953 di mana lelaki terbabit tertukar dengan bayi lelaki lain yang dilahirkan 13 minit selepas kelahirannya.

Sebanyak 32 juta yen (RM1.01 juta) turut diberikan kepada lelaki terbabit manakala selebihnya enam juta kepada tiga lagi adik-beradik kandungnya. 


AFP


Read more...

Mahkamah Israel denda wanita kerana anak tidak dikhatankan

BAITULMUQADDIS - Sebuah mahkamah agama Yahudi mendenda seorang wanita kerana dia enggan mengkhatankan bayi lelakinya.
Mahkamah itu membuat keputusan pada minggu lalu bahawa wanita tersebut perlu membayar denda hampir AS$150 (RM484.87) setiap hari sehingga anaknya dikhatankan.
Wanita tersebut memberitahu mahkamah bahawa dia tidak mengkhatankan anaknya itu kerana tidak mahu kerosakan fizikal berlaku ke atas bayinya.
Keputusan itu adalah yang pertama kali dibuat oleh sebuah mahkamah agama di Israel.
Tidak ada undang-undang yang mewajibkan anak lelaki dikhatankan di Israel.
Bagaimanapun, ramai penduduk lelaki Yahudi yang berkhatan disebabkan amalan agama di negara itu.
Kementerian Kehakiman yang mewakili wanita itu akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan tersebut. 
- AP

Read more...

Jamban paling ekstrem di dunia

TANDAS paling ekstrem di Pergunungan Altai terletak di tebing setinggi 2,600 meter dari paras laut.
London: Tandas dengan pemandangan indah ini dipilih sebagai tandas paling ekstrem di dunia.
Tandas ini digunakan pekerja di stesen cuaca terpencil di Kara-Tyurek, Pergunungan Altai dan terletak di cenuram setinggi 2,600 di atas paras laut.
Pekerja yang bekerja di stesen itu dikunjungi sebulan sekali oleh posmen yang mengumpul data cuaca dan helikopter yang menghantar makanan, air dan kayu untuk dijadikan bahan bakar pada setiap musim luruh.

Namun, mereka pasti memerlukan keberanian untuk menggunakan tandas menakutkan itu dan pastinya tidak kerap ke tandas ketika ditugaskan bekerja di stesen itu.
Tandas berbahaya itu sudah digunakan sejak 1939, di daerah yang bernama “Black Heart” dalam bahasa Altaya Selatan.
Satu kaji selidik terbaru mengenai tandas luar biasa di seluruh dunia mendapati tandas di Altai itu menduduki tempat pertama sebagai tandas paling ekstrem.

Tandas lain yang berkualiti turut dinamakan dalam kategori berbeza dalam kaji selidik itu. 
- Agensi(myMetro)

Read more...

Khamis, 28 November 2013

Rumah sewa mahal antara alasan khalwat ?

Imej google
Shah Alam: Rumah sewa mahal, tiada tempat tinggal dan baru tiba dari kampung. Itu antara alasan yang sering digunakan pasangan yang ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana berkhalwat.
Majoriti yang ditahan terdiri daripada pasangan berusia 20-an hingga 30-an dan tinggal serumah dengan pasangan masing-masing dengan memberi alasan kos sara hidup yang tinggi.
Mendedahkan perkara itu, Timbalan Pengarah JAIS Ahmad Zaki Arshad berkata, melihat kesalahan jenayah syariah itu antara yang tertinggi di negeri ini, pihaknya mengambil langkah proaktif untuk mengekang masalah ini daripada terus berlaku. 

Beliau berkata, JAIS kini mempunyai 200 anggota penguat kuasa yang ditempatkan di semua Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) bagi memantau perlakuan sumbang ini selain memantau jenayah syariah lain.
“Walaupun khalwat antara kes jenayah syariah yang tertinggi dicatatkan di negeri ini, namun ia masih lagi terkawal.
“Kerjasama erat semua pihak diharap dapat meningkatkan penguatkuasaan jenayah syariah, sekali gus dapat mengawal masalah ini daripada terus merebak dan menjadi wabak dalam masyarakat,” katanya selepas merasmikan Seminar Isu Perundangan Jenayah Syariah 2013, di sini, semalam. 

Beliau berkata, operasi berterusan membanteras pusat maksiat seperti rumah urut dan hotel bajet yang dijalankan agensi penguat kuasa seperti polis dan Jabatan Imigresen banyak membantu mengurangkan kadar jenayah syariah di negeri ini. 

Selain itu, katanya, kesedaran anggota masyarakat juga semakin meningkat dengan menyalurkan maklumat mengenai kegiatan jenayah syariah yang berlaku di kawasan masing-masing.
Sumber myMetro

Read more...

Cerai isteri hanya kerana sekotak rokok

RIYADH - ARAB SAUDI. Seorang suami di Arab Saudi sanggup menceraikan isterinya yang baru dikahwini tiga bulan selepas menemui sekotak rokok di dalam beg tangan wanita itu.

Gara-gara berang dengan penemuan itu, lelaki dari selatan Saudi di Jizan yang enggan identitinya didedahkan bertindak memfailkan perceraian dengan segera tanpa usul periksa.

Usaha wanita itu untuk meyakinkan suaminya bahawa rokok yang ditemui bukan miliknya juga dilaporkan tidak berjaya.

Difahamkan, laporan dipetik dari DailyMail, angka rasmi yang dikeluarkan oleh kementerian kesihatan negara tersebut menunjukkan kira-kira 600,000 wanita Saudi adalah perokok tegar.

Sumber


Read more...

1 lagi untuk Rakyat ,Kenaikan Tarif Elektrik 10 - 20 % Tahun Depan

KUALA LUMPUR: Malaysia mungkin menaikkan tarif bekalan elektrik antara enam dan tujuh sen bagi satu kilowatt tahun depan, kata Menteri Tenaga. Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili.
Bagaimanapun, Ongkili berkata kerajaan akan memastikan kenaikan tarif tidak menjejaskan kumpulan berpendapatan rendah.
"Kerajaan masih mengkaji kadarnya. Ia mungkin antara 10 peratus dan 20 peratus," katanya dan menambah angka di bawah 20 peratus adalah munasabah. "Kadarnya adalah munasabah. Ia merupakan semakan minimum bagi Tenaga Nasional Bhd yang memastikan ia mencerminkan kos modal, pengurusan dan gaji," katanya kepada pemberita pada Rabu.
Ongkili membayangkan kerajaan akan mengekalkan struktur semasa dengan pengguna yang menggunakan 300 kWh sebulan atau kurang, tidak dikenakan tarif baharu itu.Oleh itu, tiada kenaikan tarif dijangkakan untuk 75 peratus pengguna isi rumah (4.4 juta pengguna), pengguna 'lifeline' (3.3 juta pengguna) dan pengguna 201-300 kWh (1.1 juta pengguna).
Ongkili berkata kadar itu juga bergantung kepada sejauh mana kerajaan mahu mengurangkan subsidi dan menyalurkannya kepada pembangunan sosioekonomi.
Beliau berkata kerajaan sentiasa memberi isyarat bahawa subsidi akan dikurangkan dan ia akan dilakukan secara berperingkat-peringkat.
Ongkili berkata kerajaan membelanjakan kira-kira RM130 juta untuk subsidi setiap tahun untuk tarif manakala selebihnya ditanggung oleh Petronas kira-kira RM8 bilion hingga RM10 bilion setahun untuk sektor tenaga.
Berbanding tarif semasa negara anggota Asean, Ongkili berkata Malaysia lebih rendah berbanding Thailand dan Filipina, namun tinggi berbanding Indonesia memandangkan republik itu merupakan negara yang paling banyak memberi subsidi kepada sektor tenaga.
"Kami (menteri kabinet) akan bermesyuarat minggu ini. Kami akan mengkajinya," katanya.Kali terakhir tarif elektrik dinafikan pada Jun 2011 apabila harga gas subsidi dinaikkan kepada RM13.70 (mmbtu) daripada RM10.70 mmbtu sebelumnya. 
-BERNAMA


Read more...

Ni dia ,Buku paling mahal di dunia


Gambar fail bertarikh 12 April lalu, menunjukkan buku The Bay Psalm Book yang berjaya dilelong pada harga RM45.44 juta di New York, semalam. - AFP


NEW YORK 27 Nov. - Buku pertama dicetak di Amerika Syarikat (AS) pada 1640, berjaya dilelong pada harga AS$14.2 juta (RM45.44 juta), sekali gus menjadikannya buku termahal di dunia.

Buku terjemahan kitab Injil The Bay Psalm Book itu dihasilkan oleh penduduk Puritan di Cambridge, Massachusetts yang datang ke AS untuk mencari kebebasan beragama.

Naskhah berkenaan dilelong di sini oleh sebuah syarikat jualan lelong multinasional, Sotheby's, dan ia sebelum ini dianggarkan mencatat nilai bidaan antara (RM48.43 juta) dan AS$30 juta (RM 96.86 juta).

Sebelum ini rekod buku termahal dipegang oleh buku karya John James Audubon bertajuk Birds of America yang dijual pada harga AS$11.5 juta (RM37.13 juta) pada 2010.
Pengarah Sotheby's, David Redden berkata, nilai sejarah yang terdapat pada buku tersebut memberi makna yang lebih besar daripada menjadi buku pertama dicetak atau ditulis di AS.

"The Bay Psalm Book merupakan naskhah mitos yang jarang ditemui dan sudah tiada di pasaran lebih daripada dua generasi. Ia merupakan satu khazanah yang begitu bernilai.

"Buku kecil yang diterbitkan pada 1640 itu digunakan di kawasan Lexington dan Concord, khususnya oleh ahli politik bebas AS. Buku ini juga telah membawa kepada New England mengisytiharkan kemerdekaannya daripada Church of England,'' jelas Redden.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Projek Khas Sotheby's, Selby Kiffer menyifatkan buku tersebut sebagai satu ikon dan juga artifak sejarah AS.

Terdapat 1,700 salinan buku tersebut dan hanya 11 naskhah yang masih terselamat dan kini menjadi sebahagian daripada koleksi di Perpustakaan Kongres di New York dan Perpustakaan Kolej Harvard. 

- AGENSI

Read more...

Gila ! Artis berahi pada bayi ?

PENYANYI Lostprophets Ian Watkins mengaku salah terhadap tuduhan seks termasuk merogol bayi.
London: Penyanyi rock Ian Watkins semalam mengakui mengambil kesempatan atas statusnya sebagai selebriti untuk melakukan salah laku seks terhadap bayi dua peminatnya.
Aksi penyanyi kumpulan Lostprophets itu yang dikatakan pedofilia tegar dan komited mendera seorang bayi di depan ibu dapat dilihat pihak berkuasa dalam klip sepanjang 17 minit.
Dalam klip rakaman lain Watkins turut dipaparkan melakukan aksi seks maya melalui Skype dan memujuk seorang wanita lain mencabul anaknya sendiri. 

Pegawai penyiasat, Peter Doyle menganggap bukti dikemukakan itu sebagai kes penderaan kanak-kanak paling kejam pernah diketahuinya.
“Saya yakin Ian Watkins menyalahgunakan statusnya sebagai seorang selebriti untuk mencabul kanak-kanak,” katanya.
Sebuah komputer riba yang dirampas dari rumah Watkins di Pontypridd turut menggunakan kata laluan lucah membabitkan kanak-kanak.

Malah, beberapa pesanan ringkas dihantar kepada seorang daripada ibu terbabit juga merujuk kepada perlakuan lucah terhadap budak selain mahu menggunakan bayi wanita itu sebagai hamba seks.
Watkins turut dikatakan menggunakan dadah, malah pernah mendedahkan keinginannya meniup dadah ke muka kanak-kanak dengan tujuan supaya mangsa pengsan.

Ujian dijalankan menunjukkan seorang daripada bayi terbabit turut didedahkan kepada dadah.

Dua ibu terbabit masing-masing berusia 21 dan 24 tahun turut menghadapi hukuman penjara kerana pembabitan mereka dalam kes itu.

Peguam belanya Sally O’Neill QC dilaporkan berkata, anak guamnya tidak ingat kejadian yang dirakamkan dalam video berkenaan.

Mahkamah dijangka menjatuhkan hukuman bulan depan.
- Agensi(myMetro)

Read more...

Kejam ! Campak kekasih sehingga mati

Lisa Harnum
SYDNEY - Hakim sebuah mahkamah di sini membuat keputusan bahawa seorang warga Australia didapati bersalah kerana mencampak teman wanitanya dari balkoni sebuah unit apartmen yang didiami pasangan tersebut dua tahun lalu.
Keputusan itu sekali gus menamatkan satu siri perbicaraan pembunuhan yang menarik perhatian masyarakat di Australia.
Warga Australia itu, Simon Gittany mencampakkan tunangnya, Lisa Harnum yang merupakan seorang bekas penari.
Gittany mencampak tunangnya itu dari tingkat 15 apartmen mereka selepas berlaku pertengkaran pada bulan Julai 2011 sejurus mengetahui Harnum merancang mahu meninggalkannya.
Warga Australia yang berusia 40 tahun itu hadir di mahkamah tersebut bersama teman wanita baharunya.
Ketika perbicaraan, dia tidak mengaku bersalah dan mendakwa Harnum tergelincir dan dia cuba untuk menyelamatkannya.
Namun, Hakim Lucy McCallum yang mendengar perbicaraan itu menyatakan, kekurangan cap jari Harnum pada pagar berkaca di balkoni apartmen itu menyebabkan kenyataan Gittany tidak boleh diterima.
Hakim akan menjatuhkan hukuman ke atas Gittany pada Februari depan.
Mahkamah Tinggi New South Wales turut mendengar keterangan bahawa telefon Harnum diintip Gittany secara rahsia.
Gittany turut memasang kamera pemantauan di luar dan di dalam apartmen tersebut.
Salah satu kamera itu menunjukkan lelaki itu mengheret Harnum ke dalam apartmen pada malam kematiannya. 
- AFP(kosmo!)

Read more...

Julia Perez Bantu Polis Tangkap Perompak Menerusi Twitter

Julia Perez
PELAKON kontroversi Indonesia Julia Perez telah membantu pihak polis untuk menangkap beberapa penjenayah yang dipercayai melakukan rompakan di sebuah premis di Jakarta pada Rabu lalu.
Portal Kapan Lagi melaporkan Julia atau lebih mesra dengan sapaan Jupe, ketika kejadian dia sedang memandu sendirian dan kebetulan terlihat perompak cuba melarikan diri selepas melakukan rompakan lalu melaporkan kejadian menerusi Twitter rasmi pihak polis Indonesia.
Jupe yang ketakutan tidak berani untuk turun daripada kenderaannya kerana perompak berkenaan membawa senjata tajam.
Selain memaklumkan lokasi kejadian, Jupe juga turut memberitahu pihak polis perompak berkenaan telah masuk ke sebuah kawasan semak selepas dia mengekori kenderaan mereka.
Pihak polis yang tangkas bertindak dengan laporan yang dibuat Jupe menerusi Twitter terus mengambil tindakan dan memberitahu telah berjaya menangkap penjenayah berkenaan atas maklumat wanita itu.
Sumber mStar Online

Read more...

Isu hamba 30 tahun di London ,KPN sahkan Siti Aishah dikehendaki pada 70-an

Siti Aishah

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia yang dijadikan hamba selama 30 tahun di London ialah individu yang dikehendaki pada tahun 70-an di negara ini kerana aktiviti berhaluan kiri, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
   
Mengesahkan identiti wanita itu, yang diselamatkan pada 25 Oktober lepas di London sebagai Siti Aishah Abdul Wahab, Khalid berkata wanita itu terlibat dalam aktiviti pelampau komunis berhaluan kiri.
    
"Siti Aishah ketika itu ialah aktivis mahasiswa berhaluan kiri dan dipercayai ke London untuk melanjutkan pelajaran. Dia seorang daripada penuntut pelampau berhaluan kiri masa zaman 70-an dahulu dan kegiatan mereka berpusat di London.


    
"Pada masa tu London bebas, bebas bersuara, bebas segala-galanya, so dia berpusat di sana. Jadi masa 70-an kita memang nak dia tapi dia dah pergi ke sana," katanya pada sidang media di sini hari ini selepas majlis penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara (PKN) kepada 156 anggota polis yang terlibat dalam Op Daulat di Lahad Datu, Sabah, Februari lepas.
 
Khalid berkata setakat ini tiada keperluan untuk menangkap Siti Aishah sekiranya dia pulang ke negara ini.
    
Bagaimanapun, katanya, polis akan sentiasa memantau sekiranya terdapat sebarang kegiatan komunis selepas ini.
   
Sabtu lalu, akhbar melaporkan wanita 69 tahun itu antara tiga wanita yang dibebaskan 25 Oktober lepas di London, selepas seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan. Dua wanita lain ialah warga Ireland dan Britain.
    
Siti Aishah berasal dari Jelebu, Negeri Sembilan dikatakan meninggalkan negara pada 1968 untuk melanjutkan pelajaran di London School of Economics (LSE) di United Kingdom.
    
Namun, ketika berada di sana, dia dikatakan terpengaruh dengan pergerakan Maoist iaitu politik melampau sehingga mengabaikan pengajiannya.
    
Berikutan pendedahan itu, kakak Siti Aishah, Kamar Mahtum diterbangkan ke London malam tadi bagi membuat pengecaman dengan membawa barang milik adiknya.
    
Ketika dalam kurungan, Siti Aishah dan dua wanita itu dilaporkan hanya dibenarkan keluar seketika untuk menjemur pakaian atau menemani suspek membeli barang.

 - Bernama


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP