GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 25 Februari 2014

2 LELAKI DITAHAN KERANA LAKUKAN SEKS DENGAN LEMBU

Michael Jones dan Reid Fontaine
New York: Seorang peladang dari Herkimer County, New York kebingungan apabila lembu ternakannya tiba-tiba berkelakuan pelik.
Disebabkan haiwan itu turut gagal menghasilkan susu yang banyak berbanding biasa, peladang terbabit memasang kamera pengawasan berhampiran ladangnya. Dia terkejut ketika memeriksa rakaman kamera itu apabila melihat dua lelaki cuba mengadakan seks dengan ternakan miliknya, lapor CNYCentral.com.
Peladang yang tidak mahu dikenali itu kemudian menghubungi pihak berkuasa. Susulan daripada itu, dua lelaki berkenaan, Michael Jones, 35, dan Reid Fontaine, 31, ditahan atas tuduhan salah laku seks terhadap haiwan.
Pihak berkuasa berkata, Fontaine cuba melakukan seks dengan beberapa lembu, manakala Jones merakam adegan berkenaan.
Kedua-dua lelaki itu bukan yang pertama dituduh cuba melakukan seks dengan lembu.
Pada 2008, tukang cuci warga Brazil Ferreira Paraizo dituduh mengadakan seks dengan 400 lembu. Paraizo mendakwa, dia lebih suka berasmara dengan haiwan daripada manusia.
Dalam satu penyelidikan yang dijalankan pada 2011, Jurnal Perubatan Seks mendapati lelaki yang cenderung mengadakan seks dengan haiwan berisiko menghidap kanser zakar sekali ganda berbanding mereka yang melakukannya dengan kaum sejenis. 
- Agensi

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP