GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 3 Mei 2014

TRAGEDI MH370, Misteri kargo seberat 2.3 Tan


BALIK PULAU: Bateri ion litium kembali mencetuskan kontroversi di sebalik kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.

Menurut NNR Global Logistics (Malaysia) Sdn Bhd di Batu Maung, berat bateri tersebut hanya merangkumi sebahagian kecil daripada berat keseluruhan barangan penghantaran kargo iaitu 2.453 tan.

Berat bateri adalah kurang daripada 200 kilogram (kg), kata seorang jurucakap syarikat berkenaan.

Bagaimanapun beliau tidak boleh menyatakan mengenai baki 2.253 tan kargo lagi.

"Saya tidak boleh mendedahkan dengan lebih lanjut kerana siasatan sedang dijalankan.

"Kami diberitahu oleh penasihat undang-undang supaya tidak bercakap mengenainya, " katanya.

Katanya lagi, beliau juga tidak boleh menamakan syarikat pengeluar bateri tersebut kerana ia adalah rahsia.

Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya juga mengumumkan pada 24 Mac lalu bahawa 200kg bateri litium berada dalam MH370.

Malah beliau mengesahkan bateri tersebut dibungkus dengan selamat.

Sementara itu menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat, MAS berkata baki konsainan dalam MH370 adalah aksesori radio dan pengecas.

Namun maklumat ini tidak didedahkan sebelum ini.

Menurut kenyataan itu, MAS memperjelas bahawa kira-kira dua tan, bersamaan dengan 2,453 kilogram kargo, diisytihar sebagai 'consolidated under one (1) Master Airway Bill (AWB).

"Master AWB ini sebenarnya mengandungi 5 house AWB. Daripada 5 AWB ini, dua house AWB mengandungi bateri litium ion dengan jumlah berat 221 kilogram.

"Baki 3 house AWB lagi, seberat 2,232 kilogram, diisytihar sebagai aksesori radio dan alat pengecas," kata kenyataan itu.

Bagaimanapun menerusi laporan awal mengenai MH370 yang dikeluarkan pada Khamis menunjukkan bahawa NNR Global menghantar 133 barang iaitu seberat 1.99 tan setiap satu dan 67 barang lagi seberat 463kg menjadikan jumlah keseluruhan ialah sebanyak 2.453 tan.

Kesemua barangan itu mengandungi arahan supaya dikendalikan dengan cermat kerana dilabel sebagai bahan mudah terbakar.

Keadaan itu menjadi punca kepada banyak teori mengenai misteri kehilangan peswat berkenaan.

Kos penghantaran kesemua konsainan adalah RM32,082,48.

NNR Global terletak di Dis3plex Zon Perdagangan Bebas di Kompleks Kargo Udara iaitu kurang daripada 100 meter dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Kompleks ini dijaga oleh polis dan hanya mereka yang mempunyai pas dibenarkan masuk.

Sebelum ini dilaporkan bahawa kapal terbang yang hilang itu membawa bateri ion litium dan 4.566 tan manggis.

Laporan awal kehilangan MH370 mendedahkan bahawa bateri ion litium itu merupakan daripada NNR Global.


Sumber mStar Online


5 Merujuk kepada perkara diatas :

XUMNO 3 Mei 2014 pada 6:10 PTG  

Jangan2 yang dua tan lagi tu adalah jin2 Raja Dukun SeMalaysia tak? Itu sebabnya tikar terbangnya tak boleh terbang.

Tanpa Nama ,  4 Mei 2014 pada 3:33 PTG  

Mengapa export batteri dan peralatan mengecas dan elektronik ke China? Gila apa kah ini? Harga menda semua tu lagi murah kat China.

Sekarang ni musim Manggis???

Anak Pahang Blogger 8 September 2014 pada 6:13 PTG  

Relevan Sokmo Dalam Anak Pahang Blogger!

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP