GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 30 Julai 2014

Wanita Jual Tiket £10,000 Untuk Saksikannya Bersalin

Josie Cunningham
SEORANG wanita nampaknya begitu terdesak untuk menjadi tumpuan ramai apabila dia mengambil keputusan menjual tiket berharga £10,000 (RM53,949.38) kepada 'peminat' yang mahu menyaksikan dia bersalin.
Tindakan itu benar-benar mengejutkan ramai sehingga mempersoalkan kenapa ada yang mahu melakukan perkara itu mahupun membayar untuk tiket berkenaan kerana ia dilihat terlalu pelik.
Wanita itu, Josie Cunningham sebelum ini menarik perhatian ramai apabila melakukan implan payudara di Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS). Dia kini kecewa apabila satu tawaran untuk menjual DVD yang menyiarkan rakamannya melahirkan anak dengan sebuah syarikat tidak menjadi.
Josie yang berhasrat untuk menjadi seorang model yang terkenal, dijangka bersalin pada Oktober ini, memberitahu majalah Closer: "Saya sakit hati apabila tawaran DVD itu tidak menjadi. Saya dijangkakan mendapat beribu-ribu (pound) menerusi tawaran itu dan mahu berkongsi pengalaman berharga itu. Saya kemudiannya menyedari perkara terbaik seterusnya adalah menjual tiket untuk menyaksikan saya melahirkan anak di rumah.
"Saya sudah pun teruja dengan rancangan ini. Saya menjual dua tiket pada harga £5,000 (RM26,962.15) setiap satu dan dua tiket berharga £10,000 (RM53,949.38) untuk VIP. Kesemua tiket termasuk kemudahan pengangkutan dan penginapan, dan mana-mana tiket yang berharga lebih tinggi dapat merakamkan kelahiran ini dan mengambil gambar. 
"Saya akan menggunakan wang ini untuk membuat bayaran balik kepada NHS yang melakukan pembedahan saya, dan akan membelanjakan bakinya untuk anak-anak saya."
Bagaimanapun, sukar untuk dipercayai apabila Josie, 23, sudahpun mempunyai seorang 'peminat' yang telah membeli sekeping tiket untuk menghadiri ke acara yang dikatakan amat pelik itu.
Paul Mills-Ash, 29, berkata: "Saya mengikuti perkembangan kerjaya Josie sejak dia mula menjadi tumpuan ramai. Saya menggunakan wang simpanan saya untuk membeli sekeping tiket berharga £5,000. Ia sememangnya satu jumlah wang yang banyak tetapi ia berbaloi. Ia boleh dikatakan sebagai sesuatu yang manis apabila mengenangkan mengenai saya menyaksikan kelahiran itu, pada masa akan datang." - mirror.co.uk
Sumber mStar Online

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP