GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 26 Oktober 2014

Gali 150 Mayat Untuk Ke Parti Hari Lahir

Moskvin bersama antara mayat yang dipakaikan dengan fesyen parti di kediamannya di tengah Rusia.

SEORANG ahli sejarah menggali 150 kubur supaya dia dapat memakaikan mayat itu dengan pelbagai fesyen pakaian umpama remaja yang menghadiri parti hari lahir.

Warga Rusia, Anatoly Moskvin mengeluarkan mayat kanak-kanak perempuan berusia antara tiga hingga 12 tahun itu semata-mata untuk memenuhi fantasinya yang pelik.

Dia kemudiannya membawa mayat itu pulang dan menghiasi setiap mayat di mana ada antaranya hanya tinggal rangka dengan stokin dan gaun dan juga patung beruang.

Moskvin yang fasih 13 bahasa dan digambarkan sebagai seorang yang 'pintar' itu turut memberikan nama kepada setiap mayat yang menghadiri parti yang dianjurkan itu.

Video yang dirakamkan Moskvin dan ditemui di pangsapurinya oleh penyiasat menunjukkan timbunan baju kahwin dan pelbagai jenis pakaian berwarna-warni diletakkan pada satu sudut kediamannya.

Dalam sebuah bilik pula, dapat dilihat wajar budak perempuan yang dibalut dengan fabrik kuning air dan ketika itu suara latar dalam video itu berkata: "Patung ini dibuat daripada mayat yang dimumia."

Polis berkata, Moskvin juga mengumpulkan maklumat dari semasa ke semasa mengenai kisah hidup setiap budak perempuan yang digalinya dan mencetak cara bagaimana menghasilkan patung daripada mayat manusia.

Obsesinya yang mengerunkan itu terbongkar apabila ibu bapanya melawatnya selepas pulang dari bercuti.

Lelaki berusia 46 tahun dari bandar Nizhni Novgorod di tengah Rusia itu ditahan pada 2011, tetapi kini timbul cerita dia tidak akan dihadapkan ke mahkamah atas perbuatan jenayahnya.

Selepas tiga tahun menjalani rawatan di klinik psikiatrik, dia didapati masih tidak bersedia untuk melalui proses perbicaraan.

"Dia akan terus ditempatkan di klinik untuk menjalani rawatan psikiatrik," kata jurucakap pihak pendakwaan.
mStar Online


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP