GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 21 Oktober 2014

Kemaruk mabuk punya pasal

KEADAAN Chelsie sebelum diselamatkan anggota bomba. 

Seorang siswa perempuan terpaksa dibantu anggota bomba selepas kepalanya tersangkut pada tong sampah ketika dia menggeledah tempat itu untuk mencari lebihan arak.

Chelsie Redwood, 19, dilaporkan berfoya-foya dengan rakannya dari Universiti Solent di Southampton apabila dia mengambil keputusan memasukkan kepalanya ke lubang tong sampah khas untuk botol itu untuk menyelongkar tempat berkenaan.

Bagaimanapun, sejurus kemudian dia gagal menarik keluar kepalanya.

Jurucakap bomba Hampshire berkata kejadian berlaku di kawasan taman Pusat Sivik Southampton.
“Pada jam 3.29 pagi seorang remaja berjaya dibebaskan dari bekas kitar semula menggunakan alat pemotong khas dikenali sebagai Redbridge,” katanya.

Sementara itu saksi, Chris Rashleigh berkata, dia percaya Chelsie dan rakannya sedang bergembira sebelum kejadian.

“Saya rasa dia mahu arak lagi,” katanya.

Berdasarkan keadaan Chelsie, Rashleigh percaya siswa terbabit tersangkut pada lubang tong itu untuk tempoh agak lama.

“Apabila anggota bomba tiba, remaja itu dikelilingi ramai rakannya yang menunggu bantuan tiba,” katanya.

Sementara itu, Chelsie berkata, dia amat malu kerana terpaksa membiarkan kepalanya pada lubang tong sampah itu.

“Saya tidak akan melakukannya lagi,” katanya. 

- AP


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP