GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 16 Oktober 2014

Mati 3 jam lepas kahwin

KEADAAN pikap yang dinaiki Bloomfield selepas kemalangan.

Seorang pengantin lelaki terbunuh pada hari perkahwinannya selepas lori pikap yang membawanya terbabas.

Andrew Bloomfield, 27, dan rakannya Elizabeth Shelton, 26, maut dalam kejadian berkenaan manakala isteri Bloomfield, Ruth Driskill, 37, dan pemandu, Timothy Tebbe, parah.

Syerif Michael R Hetzel berkata, pemandunya berkemungkinan mabuk ketika kejadian namun perkara itu masih belum dapat disahkan.

Menurutnya, empat rakan berkenaan dalam perjalanan ke majlis resepsi sempena perkahwinan itu tidak jauh dari rumah Tebbe.

Malangnya, Tebbe hilang kawalan kenderaannya dan terbabas sebelum melanggar tebing jalan serta tiang telefon dan bergolek beberapa kali.

Menurut penyiasat, semua mangsa didapati tidak menggunakan tali pinggang keledar.

Ruth dan Tebbe terpaksa dikeluarkan daripada kenderaan yang remuk teruk sebelum dibawa ke hospital. Elizabeth mati serta-merta manakala Bloomfield disahkan mati di hospital.

Rakan Bloomfield, Jessica Lehner berkata, kejadian itu berlaku hanya tiga jam selepas majlis perkahwinan dilangsungkan. 

- Agensi(myMetro)



0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP