GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 21 Oktober 2014

Video, Puting Beliung Di Pandamaran Klang

PETALING JAYA: Dua rakaman video yang mendakwa berlakunya puting beliung di Pandamaran, Klang tersebar di media sosial termasuk aplikasi whatsapp pada petang Selasa.
Menerusi rakaman berdurasi 46 saat itu menunjukkan angin kuat yang kelihatan seperti pusaran angin kecil menerbangkan atap dan serpihan lain di kawasan berkenaan. 

Sebuah lagi video ayai dirakamkan dari sebuah sekolah menunjukkan angin kuat di kawasan perumahan.
Beberapa bumbung flat di kawasan Pandaraman, Klang diterbangkan angin ribut.
Menerusi video berdurasi 14 saat itu, beberapa benda dipercayai atap rumah berterbangan dalam kawasan pusaran angin kecil.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, satu kejadian ribut telah berlaku di kawasan Pandamaran, Klang pada kira-kira pukul 2 petang Selasa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, satu kejadian ribut telah berlaku di kawasan Pandamaran, Klang pada kira-kira pukul 2 petang Selasa.
Katanya, hasil tinjauan mendapati kawasan yang terjejas adalah di Kunci Air Jalan Banting Pandamaran apabila terdapat beberapa pokok tumbang dan bumbung bangunan berterbangan dibawa angin ribut.
Tambahnya, beberapa bot yang berada di jeti berhampiran turut tenggelam.


Bumbung bangunan yang tercabut diterbangkan angin ribut.

Antara bangunan yang terlibat adalah gudang penyimpanan tong gas, Tokong Aji San, Flat PKNS dan Flat Pandamaran Damai.

"Akibat kejadian ribut yang berlaku, bekalan elektrik terputus dan pihak TNB (Tenaga Nasional Bhd) telah dihubungi berhubung perkara itu," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Kamarul Zaman, tiga laporan polis berhubung kejadian telah dibuat setakat ini.
Sumber mStar Online

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP