GILA GAJET II


Terkini dari relevan Sokmo

Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 31 Mei 2014

Cinta tak mengenal Usia,Nenek 113 tahun langsung perkahwinan

AZATIHAN dan Aimti.
Xinjiang: Seorang wanita berusia 113 tahun, Azatihan Sawuti semalam melangsungkan perkahwinan dengan lelaki berusia 70 tahun, Aimti Ahemti di wilayah Bachu, Xinjiang, selepas berkenalan enam bulan lalu.
Menurut laporan, Azatihan sebelum ini pernah menolak lamaran Aimti kerana merasakan dirinya terlalu tua. 
Aimti ketika ditemui wartawan selepas majlis perkahwinan itu berkata, dia tidak mempedulikan faktor usia.

“Saya yakin kami akan bahagia bersama. Saya tidak peduli sama ada dia lebih tua daripada saya. Dia menjaga saya dengan baik dan sanggup berkongsi makanan dengan saya sebelum ini.”
 - Agensi

Read more...

Ulama Arab Saudi Haramkan Lelaki dan Wanita Chatting Online

imej

RIYADH - Seorang ulama terkemuka Arab Saudi menyatakan bahawa perbualan secara online antara lelaki dan wanita adalah haram kerana boleh mencetuskan perbuatan dosa. 

Seperti dikhabarkan harian terbitan Saudi, Al-Eqitisadiya, Kamis (29/5/2014), Sheikh Abdullah al-Mutlaq, anggota Jawatankuasa Ulama Senior Arab Saudi, berkata sembang dalam talian melalui jejaring sosial meletakkan lelaki dan wanita dalam sebuah bilik persendirian yang menurutnya adalah terlarang . 

Sheikh al-Mutlaq, dalam wawancara dengan sebuah stesen radio tempatan, memberi amaran bahawa syaitan akan hadir saat perempuan berbicara dengan seorang lelaki. 

Sehingga, Sheikh al-Mutlak melarang para perempuan bercakap sendirian dengan seorang lelaki, meski tujuan perbincangan itu adalah untuk meminta petunjuk dan nasihat. 

Kenyataan Sheikh al-Mutlaq ini mengundang reaksi pelbagai pengguna media sosial di Arab Saudi. 

Sebahagian warga Saudi menyokong namun tak sedikit yang mengecam fatwa Sheikh al-Mutlaq ini.

tribunnews.com

Read more...

Jumaat, 30 Mei 2014

Tidak Ada Bahagian Masjidil Haram Runtuh - Abdul Azeez


TELUK INTAN: Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim meminta rakyat di negara ini tidak terpedaya dengan dakwaan yang tersebar bahawa ada bahagian Masjidil Haram runtuh dalam kejadian malam Khamis.

Sebaliknya kata Abdul Azeez, yang berlaku ialah insiden rempuhan apabila orang ramai berasak-asak mahu melihat ke dalam Kaabah apabila pintunya dibuka semasa struktur itu dicuci.

"Saya terima laporan daripada pihak Lembaga Tabung Haji tiada bangunan yang runtuh. Semalam hari mencuci Kaabah dan pintu Kaabah dibuka. Jadi orang ramai berpusu-pusu untuk lihat proses itu," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Beliau berkata kejadian menyebabkan empat orang cedera namun tidak membabitkan rakyat Malaysia.

"Saya harap rakyat Malaysia tidak terpedaya dengan laporan tidak benar yang tersebar di laman sosial," katanya yang ditemui selepas menghadiri taklimat akhir persiapan pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Abdul Azeez diminta mengulas kejadian yang berlaku di Makkah malam tadi, termasuk dakwaan terdapat bahagian Masjidil Haram yang runtuh. 

Proses mencuci Kaabah termasuk bahagian dalam dilakukan dua kali setahun iaitu pada bulan Muharram dan Syaaban, bulan pertama dan kelapan dalam kalendar Hijrah.

Sementara itu, mengulas taklimat tertutup bersama Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Abdul Azeez berkata taklimat merangkumi tugas jentera parti bagi beberapa jam terakhir sebelum tempoh kempen tamat tengah malam ini.

"Seluruh jentera juga diminta keluar mengundi awal dan kemudian teruskan tugas membantu pengundi," katanya dan menambah taklimat yang berlangsung lebih sejam itu turut dihadiri wakil parti-parti komponen BN.

Sumber mStar Online


Read more...

Sepertiga penduduk dunia gemuk

London: Hampir sepertiga penduduk dunia kini gemuk dan tiada negara mampu membendung kadar obesiti sejak 30 tahun lalu.
Menurut satu kajian terbaru lebih dua bilion penduduk di seluruh dunia mempunyai berat badan berlebihan atau obes.
Kadar tertinggi dicatatkan di Asia Barat dan utara Afrika dengan 60 peratus lelaki dan 65 peratus wanita gemuk.

Selain itu, Amerika Syarikat pula mempunyai 13 peratus populasi gemuk dunia, satu jumlah yang tinggi berbanding negara lain.
Jumlah penduduk gemuk yang digabungkan di China dan India hanya 15 peratus.
Seorang pakar dari Institut Metrik dan Penilaian Kesihatan Universiti Washington, Christopher Murray menyifatkan keadaan itu sebagai ‘menggerunkan.’

Beliau dan rakan penyelidik lain mengkaji lebih 1,700 kajian meliputi 188 negara dari 1980 hingga 2013. 

“Ia menggerunkan. Bila kami menyedari tiada satu negara mampu mengurangkan tahap obes, ia pasti menyedarkan kamu betapa sukarnya untuk mengatasi masalah itu,” kata Murray.

Murray berkata, terdapat hubungan kukuh antara jumlah pendapatan dan obes, semakin kaya, semakin gemuk, 

Dia juga berkata saintis turut mendapati peningkatan dalam kes diabetes dan kanser berkait dengan berat badan.

Kajian baru itu ditaja oleh Yayasan Bill dan Melinda Gates dan diterbitkan dalam talian Khamis melalui jurnal Lancet.

Minggu lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menubuhkan suruhanjaya tinggi untuk menamatkan obesiti dalam kalangan kanak-kanak.

“Anak-anak kita semakin gemuk. Sebahagian daripada penduduk dunia ini makan sehingga mati,” kata Pengarah WHO ketika mesyuarat tahunan agensi itu di Geneva.

Awal tahun ini WHO menegaskan kadar gula yang diambil untuk kalori seharian sepatutnya tidak melebihi lima peratus daripada gula.

Seorang lagi pakar obes dari Universiti Emiriah Arab Bersatu mendedahkan kadar kegemukan itu menjangkau lima kali ganda dari 20 tahun lalu walaupun di kawasan terpencil seperti di Pakistan. 

Hasil penyelidikannya dibentangkan di sidang media Bulgaria.

“Permodenan menjejaskan kesihatan. Beberapa tahun lalu manusia terpaksa berjalan berjam-jam untuk membuat panggilan telefon berbanding zaman sekarang yang mempunyai telefon bimbit,” katanya.

Di Britain pula, pemerhati kesihatan menggesa orang gemuk dihantar mengikuti kelas penurunan berat badan secara percuma bagi mengurangkan sebanyak tiga peratus berat badan mereka.

Sekurang-kurang dua daripada tiga orang dewasa negara itu terlebih berat, menjadikan ia ‘negara tergemuk’ di Eropah Barat.
- AP

Read more...

BAPA DAN 2 ANAK DIANTARA SASPEK ROGOL GADIS 12 TAHUN

Salah seorang saspek

PASIR MAS - Seorang bapa bersama dua anaknya antara 14 yang ditahan bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan lebih 30 suspek dalam satu kejadian di Ketereh pada 20 Mei lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, tiga beranak yang berumur antara 15 hingga 38 tahun itu ditahan pagi semalam di sekitar Ketereh.

"Anak beranak itu ditahan untuk membantu siasatan kes rogol itu dan terbaharu kita menahan seorang lagi lelaki berumur 20-an juga di sekitar Ketereh pagi ini.

"Pagi ini, seramai sembilan lelaki termasuk tiga beranak itu direman selama seminggu yang menjadikan keseluruhan direman adalah seramai 13 orang termasuk seorang gadis berumur 17 tahun semalam," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Yong Heng berkata, seorang lagi suspek yang ditahan pagi ini akan direman esok.

Beliau berkata, gadis yang direman semalam turut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Polis Kota Baharu mendakwa dirinya dirogol dalam kejadian itu.

Polis kini sedang memburu saki-baki suspek yang terbabit dalam kes berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan, katanya.

Dalam kejadian 7.30 petang itu, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dari Kuala Krai dan gadis berusia 17 tahun yang tidak bersekolah dari Ketereh itu mendakwa dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki di sebuah rumah kosong yang dijadikan tempat penagih dadah melepaskan gian.

Sementara itu, Yong Heng berkata polis menahan seorang lelaki berumur 20-an kerana membelasah dua lelaki disyaki merogol adiknya yang berusia 12 tahun dalam satu kejadian di Tawang, Bachok, pada 24 Mei lepas.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata, katanya.

 - Bernama


Read more...

2 GADIS DIPERKOSA BERAMAI RAMAI DAN DIGANTUNG


NEW DELHI  - Dua orang gadis ditemui mati digantung di sebuah pokok di sebuah desa di negara bahagian Uttar Pradesh , India . Polis setempat , Khamis ( 29/5/2014 ) mengatakan keduanya diperkosa beramai - ramai sebelum dibunuh .

Seorang pegawai polis senior Atul Saxena kepada BBC berkata , kedua-dua gadis itu , yang ternyata adalah saudara sepupu , dijumpai tergantung di sebuah pokok di desa Katra Shahadatganj , daerah Badaun , Rabu ( 28/5/2014 ) pagi .

Saxena berkata polis sudah menangkap seorang lelaki yang disyaki berkaitan dengan kes ini . Kini polis mengejar dua lelaki lagi yang diyakini terlibat dalam insiden kejam ini .

Saxena menambah pemeriksaan post mortem dan pembakaran mayat para gadis itu sudah selesai pada Rabu dan hasil ujian lebih jauh diterima polis dalam waktu dekat .

" Kami masih menyiasat bagaimana gadis - gadis itu hilang sebelum akhirnya diperkosa beramai - ramai dan digantung , " tambah Saxena .

Awal tahun ini , seorang gadis berusia 20 tahun dirogol beramai - ramai di negara bahagian Bengal Barat akibat perintah kepala desa yang menolak hubungan gadis itu dengan seorang pemuda .

Kes - kes rogol berkesudahan pembunuhan masih terus berlaku di India meski kerajaan negara itu sudah menerbitkan hukum yang lebih keras terhadap para pelaku perkosaan 

kompas.com


Read more...

Khamis, 29 Mei 2014

Coklat Cadbury halal - Majlis Fatwa Kebangsaan

Ia termasuk dalam kategori keadaan 'Umum al-Balwa', iaitu keadaan musibah atau kesukaran yang berleluasa dan sukar dielak.

PUTRAJAYA: Hukum produk Cadbury yang disahkan halal sebelum didakwa mengandungi Asid Deoksiribonukliek(DNA) babi adalah seperti hukum asalnya iaitu 'halal dimakan', demikian menurut Fatwa Majlis Kebangsaan.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ia termasuk dalam kategori keadaan 'Umum al-Balwa', iaitu keadaan musibah atau kesukaran yang berleluasa dan sukar dielak.

“Dalam kes produk siap diproses dan telah dipasarkan kepada pengguna yang pada asasnya telah dihasilkan melalui pemprosesan serta menggunakan bahan-bahan yang suci dan halal, dan juga telah disahkan sebagai HALAL tetapi kemudian didapati telah berlaku kontaminasi DNA babi pada sebahagian produk (kelompok tertentu sahaja), maka dalam keadaan ini, Muzakarah telah memutuskan bahawa ia adalah dikategorikan sebagai 'Umum al-Balwa'.

"Hukum produk tersebut adalah merujuk kepada hukum asal iaitu halal dimakan kerana pencemaran atau kontaminasi yang berlaku adalah di luar kawalan dan amat sukar dielakkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kementerian Kesihatan sebelum ini mengesan dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel dan Coklat Susu dengan Buah Badam mengandungi DNA babi atau porsin.

DNA babi dikesan dalam sampel coklat susu dengan kacang Hazel bernombor kelompok NO200813M01H I2 bertarikh luput 13 Nov 2014 dan coklat susu dengan buah badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Jan 2015.

Abdul Shukor berkata umat Islam yang termakan coklat itu juga tidak perlu ragu-ragu atau terlalu gusar terhadap kesucian tubuh badan mereka dan tidak perlu menyamak perut, mulut atau menukar darah.

"Islam bukanlah agama yang terlalu ketat (rigid) dan menyusahkan umatnya, lebih-lebih lagi dalam keadaan atau perbuatan yang di luar pengetahuan dan kawalan," katanya.

Beliau berkata pendekatan hukum yang dibuat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan itu adalah selaras dengan ajaran Islam yang bersifat rahmah dan tidak memberatkan umatnya dalam kedaan yang mereka tidak ketahui atau tidak sedari sehingga menyukarkan kehidupan seperti pencemaran DNA babi dalam produk makanan seumpama ini.

Bagaimanapun, katanya, pihak berautoriti perlu mengambil tindakan sewajarnya sebagai peringatan terhadap pihak terbabit jika didapati perkara itu dilakukan secara sengaja dan lalai terhadap tanggungjawabnya terhadap pengguna.

Beliau turut menasihati umat Islam agar bertenang dan tidak bersikap terlalu emosional dalam memperkatakan isu itu dan mengelak daripada melakukan perkara yang dilarang Islam.

"Sewajarnya kita memberi kepercayaan kepada pihak autoriti yang telah diamanahkan untuk melaksanakan tugas dalam pengesahan halal haram sesuatu produk kerana pelbagai proses telah ditetapkan bagi memenuhi standard halal yang selaras dengan hukum syarak dan telahpun diiktiraf di peringkat dunia," katanya.

Abdul Shukor berkata hasil kajian mendapati pencemaran atau kontaminasi produk dengan DNA bahan yang diharamkan seperti babi boleh dikawal dari peringkat awal penyediaan bahan mentah lagi, dan jika sesuatu produk itu didapati mengandungi DNA babi semasa proses akhir penghasilannya dan sebelum dipasarkan, maka ia tidak boleh dikategori sebagai halal.

Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebelum ini melantik pasukan penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk menjalankan kajian saintifik selama setahun berhubung isu pencemaran DNA babi dalam pelbagai produk makanan siap diproses dan disahkan halal supaya hukum yang tepat dapat diputuskan, katanya.

Beliau berkata hasil kajian juga mendapati DNA babi boleh menyerap masuk ke dalam produk makanan sama ada ia disengajakan atau tidak, dan kontaminasi DNA babi yang berlaku boleh diukur dan diketahui jika berlaku melalui sentuhan secara fizikal.

Kontaminasi juga mungkin berlaku melalui edaran udara apabila daging babi dan bahan lain disimpan di tempat yang sama dan kedua-duanya dalam keadaan tidak bertutup, walaupun tiada persentuhan fizikal berlaku, katanya.

"Kontaminasi DNA babi tidak akan berlaku sekiranya daging babi dan bahan halal lain disimpan di dalam bekas yang bertutup kemas dan tiada sentuhan secara fizikal," katanya.

Abdul Shukor juga berkata keputusan muzakarah itu tidak bermakna sesuatu produk yang didakwa dicemari DNA bahan haram boleh dibiarkan begitu sahaja.

"Adalah lebih baik tindakan menggantung sementara diambil dan siasatan terperinci dilaksanakan bagi mengenal pasti kesahihan dakwaan dan untuk mengetahui bagaimana pencemaran tersebut boleh berlaku, sama ada disengajakan atau sebaliknya," katanya.


Sumber BERNAMA ( aStar Awani )

Read more...

VIDEO,Perogol Dibelasah Oleh Ibu Mangsa Di Kelantan

Seorang lelaki cedera parah dibelasah sekumpulan individu selepas dipercayai telah merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dalam kejadian di Pantai Seri Tujuh, Tumpat semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, sekumpulan individu yang dipercayai ahli keluarga kepada mangsa rogol membelasah lelaki berkenaan yang berusia 30-an di hadapan orang ramai.
Mangsa yang berasal dari Jertih, Terengganu dipercayai datang ke rumah saudaranya di Bachok sebelum menjadi mangsa nafsu lelaki berkenaan.
Berang dengan berita malang itu, keluarga mangsa bertindak mencari suspek dan berjaya mengesan salah seorang dari mereka yang dikesan berniaga di Pantai Seri Tujuh, Tumpat.
Sebaik melihat mangsa, kumpulan individu terbabit terus menyerang dan melucutkan seluar mangsa sebelum memukulnya dipercayai dengan rotan sambil disaksikan orang awam. Perlakuan itu turut dirakam pihak tertentu dan dimuat naik sebelum tersebar secara meluas di Internet sejak semalam.
katakcomel.my


Read more...

PERANGAI PELIK LELAKI LONTAR AIR KENCING KEPADA WANITA MUDA

Tokyo: Polis bandar raya ini melancarkan gerakan memburu seorang lelaki yang didakwa melontar air kencingnya menyasarkan wanita muda.
Setakat ini, enam laporan diterima membabitkan lelaki berkenaan.
Kes pertama dilapor berlaku pertengahan April di utara Tokyo apabila lelaki berkenaan melontar cecair ke atas seorang wanita di jalan raya, lapor akhbar Asahi Shimbun.
Polis merumuskan cecair itu air kencing selepas meneliti warna dan ciri-cirinya.
Sejak itu, menurut sumber, lima kes yang sama dilapor berlaku di sekitar kawasan berkenaan.

Polis tidak menolak perbuatan itu dilakukan oleh suspek yang sama, katanya.
Mangsa yang terdiri daripada remaja dan wanita dalam lingkungan usia 20-an berkata, suspek yang memakai topi keledar itu menyimbah cecair itu pada muka dan bahagian atas badan mereka.
- AFP

Read more...

ABBY ABADI FAILKAN CERAI HARI INI

Rumah tangga Abby dan suami mungkin tidak dapat diselamatkan lagi
Kuala Lumpur: Spekulasi pergolakan rumah tangga Abby Abadi terungkai apabila pelakon itu mengesahkan perbicaraan kes cerai dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar akan berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini, kira-kira jam 9 pagi ini.
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, yang dihubungi berkata, bagaimanapun dia tidak dapat mengulas lanjut dan berharap agar proses itu berjalan dengan lancar.
“Maafkan saya. Esok (hari ini) insya-Allah ya,” katanya secara ringkas menerusi mesej WhatsApp di sini, petang semalam.
Abby dan Farhan bernikah pada 9 Julai tahun lalu di selatan Thailand selepas dua minggu berkenalan.
Difahamkan, Abby sudah memfailkan perceraiannya di mahkamah sama pada minggu lalu.
Sumber turut mendakwa lafaz cerai antara mereka sudah berlaku menerusi mesej SMS, baru-baru ini dan perbicaraan pagi ini adalah bagi mengesahkan lafaz yang sudah disebut itu.
Terdahulu, konflik dalaman perkahwinan Abby dengan Farhan, 24, mula diperkatakan berikutan status Instagram miliknya pada 17 Mei lalu yang meminta agar peminat mendoakan keadaan rumah tangganya.
Menerusi laporan Harian Metro pada 23 Mei lalu, Abby tidak mahu mengulas lanjut ketika ditanya mengenai kesahihan masalah itu.
Katanya, dia tidak mempunyai apa-apa untuk dikongsikan sehingga tiba waktu yang sesuai untuk mendedahkan perkara itu.
Sebelum berkahwin dengan Farhan, Abby pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Norman Hakim dan mereka dikurniakan tiga anak.
Sumber 

Read more...

MANGSA ROGOL 38 LELAKI,BELI UBAT TAHAN SAKIT 2 KALI


Kota Bharu: Seorang daripada remaja perempuan yang didakwa dirogol bergilir-gilir oleh 38 lelaki dikatakan membeli ubat penahan sakit dari sebuah kedai runcit di Ketereh, beberapa hari selepas kejadian 20 Mei lalu. 

Berita Sebelum

Seorang peniaga kedai runcit berusia 40-an di Kampung Hutan Pasir, mendedahkan gadis belasan tahun itu datang ke kedainya bersama seorang lelaki dengan menaiki sebuah motosikal untuk membeli ubat terbabit. 


Mereka datang dan beli ubat pada sebelah pagi minggu lalu, sebelum membeli ubat sama buat kali kedua pada sebelah petangnya. Pada sebelah pagi itu, saya tak syak apa-apa dan jual ubat seperti biasa tanpa bertanya lanjut. 

Datang semula ke kedai 

Namun, pada sebelah petang, mereka datang semula membeli ubat sama, katanya. 

Dia mengesyaki gadis terbabit adalah mangsa rogol selepas kejadian itu disiarkan media, semalam. 

Seorang lagi penduduk kampung yang enggan dikenali, berkata jam 6.30 pagi semalam, dia melihat beberapa lelaki ditahan dalam serbuan di sebuah rumah kosong yang terbiar sejak 10 tahun dan disyaki lokasi kejadian. 


Semalam, akhbar melaporkan dua remaja perempuan, berusia 15 dan 17 tahun, dipercayai dirogol bergilir-gilir oleh 38 lelaki. Seorang rakan lelaki mangsa juga dikatakan turut dipaksa menyaksikan perbuatan kejam berkenaan. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman, berkata seramai 12 individu berusia antara 17 hingga 40 tahun dari Kampung Hutan Pasir termasuk remaja perempuan 17 tahun yang mendakwa seorang mangsa jenayah itu, ditahan polis bagi membantu siasatan kes berkenaan. 

Empat suspek ditahan awal pagi semalam (kelmarin) sebelum lapan lagi ditahan hari ini (semalam) di sekitar Ketereh. Polis percaya semua dalang utama kejadian itu berjaya ditahan dan kita tak tolak kemungkinan salah seorang mangsa membantu menyebabkan kejadian itu, namun siasatan terperinci masih dilakukan, katanya.


BH

Read more...

Video Bogel Puteri Srirasmi Isteri Putera Thailand tersebar ketika merayakan Ulang Tahun Anjing Kesayangan


Putri Srirasmi terakam kamera

Putri Srirasmi isteri Pangeran Putra mahkota Thailand terakam kamera video tanpa pakaian yang mencukupi Saat itu Pangeran bersama putri sedang merayakan pesta ulang tahun anjing kesayangannya di taman tropika diiringi lagu George Michael .

Anjing pudel kesayangan putra mahkota dan bininya itu bernama Foo Foo . Peristiwa itu terakam kamera video . Memetik laman Daily Mail pada video itu melukiskan peristiwa pemanjaan diri berlebihan dan kemerosotan moral di Istana Kerajaan Thailand di Bangkok , tampak Putri Srirasmi , seorang bekas pramu saji , hanya berbalut G - string mini ketika memberikan kek kepada anjing kesayangannya .

Sejak hari Ahad ( 25/4/2014 ) , laman web harian asal Inggeris itu disekat di Thailand . Sekatan itu didakwa berkaitan laporan tersebut . Dalam salah satu adegan di video itu , sang putri yang telanjang dada ( topless ) tampak bengkok untuk makan dari sebuah mangkuk anjing , sementara dalam adegan lain seorang pelayan melutut di depannya . Pasangan kerajaan itu kemudian bernyanyi Happy Birthday buat anjing mereka .

Video tersebut muncul saat Thailand kembali digouncang rampasan kuasa tentera terbaru . Mantan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra ditahan di Bangkok pada Jumaat lalu , dan beratus-ratus orang sudah turun ke jalan - jalan untuk membantah pengambilan kuasa oleh tentera .



Putra Mahkota dan isterinya itu , Jumaat lalu , meninggalkan Tylney Hall , sebuah hotel lima bintang di Hampshire , Inggeris , di mana mereka dan 30 anggota rombongannya telah tinggal selama hampir satu minggu .

Video tersebut , yang beredar di Youtube , diyakini akan memperhebat kebimbangan tentang kelayakan Pangeran Maha untuk menggantikan ayahnya , Raja Bhumibol Adulyadej yang telah berusia 86 tahun . Raja Bhumibol , yang dikatakan mengidap penyakit Parkinson , belum terlihat di depan umum sejak junta tentera melaksanakan darurat tentera di negara itu .

Tahun lalu , pelbagai kawat diplomatik AS yang bocor ke awam mendedahkan , banyak pejabat senior Thailand menyatakan keraguan serius terhadap Putra Mahkota itu . Dalam salah satu bocoran , bekas duta besar AS di Bangkok menceritakan bagaimana Puteri Srirasmi mengaku kepadanya dalam sebuah jamuan makan malam kenegaraan bahawa Foo Foo " berpangkat Panglima Tentera Udara . "



Empat anak laki - laki Putra Mahkota itu dari perkahwinan sebelumnya telah diasingkan dari Thailand oleh ayah mereka sejak tahun 1996 dan sekarang tinggal di Amerika Syarikat .

Khamis lalu , salah satu dari mereka , Juthavachara Vivacharawongse ( 34 tahun ) , mengatakan kepada Mail on Sunday di rumahnya di dekat San Diego , California , " Saya lebih suka untuk tidak bercakap tentang hal ini ( rampasan kuasa ) atau ayah saya . Ini merupakan urusan peribadi , masalah keluarga . "

Putra Mahkota itu menikahi Puteri Srirasmi tahun 2001 . Mereka punya seorang putra berusia sembilan tahun . Sebuah sumber di Thailand , yang meminta untuk tidak disebutkan namanya . 

Sumber [ Tribunnews.com ]

Read more...

Rabu, 28 Mei 2014

Soalan Peperiksaan Percubaan UPSR Berbaur Lucah


Beberapa keping gambar telah tersebar yang memaparkan soalan bernombor 23 yang jelas sekali membuktikan kertas peperiksaan percubaan itu dibuat di Malaysia.
Jika dibaca seimbas lalu, ia tidak akan dapat dikesan. Tetapi bila menatap pilihan jawapan dengan teliti satu persatu, jika tersalah baca pasti mengundang padah.
Soalan-soalan seperti ini boleh merosakkan minda-minda pelajar dengan soalan berunsurkan kelucahan melampau ini.
Tetapi apa yang pasti ialah, ini adalah kertas peperiksaan percubaan UPSR berdasar pemerhatian keratan gambar di bahagian bawah.
katakcomel.my

Read more...

AKHBAR SIAR GAMBAR BONTOT KATE MIDDLETON

GAMBAR yang disiarkan akhbar Bild.
London: Sebuah akhbar Jerman berdepan dengan kemarahan keluarga diraja Britain apabila ia menyiarkan gambar punggung Kate Middleton.
Gambar itu dirakam ketika lawatan Kate ke Australia apabila gaunnya terselak kerana ditiup angin. 
Seluar dalam nipis yang dipakainya tidak dapat membantu melindungi punggungnya. 
Akhbar tabloid Bild am Sonntag menyiarkan imej berkenaan dengan tajuk yang kurang enak didengar. 
Gambar itu turut digandingkan bersama pelakon realiti televisyen Amerika Syarikat, Kim Kardashian dan adiknya Khloe yang terkenal kerana bentuk pinggul mereka dengan kapsyen bermakna: “Khloe, Kim dan Kate – punggung yang menarik perhatian kita sejak beberapa hari lalu.” 
Pencabulan privasi itu berlaku kurang dua tahun selepas Putera William dan Kate memfailkan tindakan undang-undang terhadap majalah Perancis yang menyiarkan gambar separuh bogel Kate ketika bercuti. 

Gambar terbaru itu diambil ketika Kate hendak menaiki helikopter ke Sydney selepas melakukan lawatan rasmi ke Blue Mountains bersama William bulan lalu. 

Seorang jurugambar sempat merakam gambar ketika gaun Kate terselak dan menawar menjualnya kepada beberapa akhbar antarabangsa. 

Ia dilaporkan dijual kepada pembida tertinggi selepas akhbar Britain enggan menyiarnya. 

Bild turut menyiarkan gambar itu di laman webnya dengan kapsyen nakal bermaksud: “Terima kasih kepada angin kerana menampakkan dalaman keluarga diraja.” 
- Agensi

Read more...

PELAJAR TINGKATAN 2 DIROGOL 38 LELAKI

imej dari google
PETALING JAYA: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang keluar untuk bertemu rakan perempuannya dipercayai menjadi mangsa rogol berkumpulan oleh lebih 30 lelaki di sebuah rumah kosong di Ketereh, Kelantan pada malam Selasa lalu.
Sumber polis berkata, seorang rakan telah meminta pelajar Tingkatan 2 dari Guchil, Kuala Krai itu untuk mengambilnya di Ketereh.
Mangsa kemudiannya menghubungi rakan lelakinya untuk membawanya ke Ketereh yang terletak kira-kira 30 kilometer dari Kuala Krai.
Sumber berkata, selepas mengambil rakan mangsa di Ketereh, sahabat lelakinya membawa mereka ke sebuah rumah kosong di Ketereh untuk berehat.
Sebelum meninggalkan rumah tersebut, mereka telah ditahan oleh seorang lelaki.
Selepas itu, sekurang-kurangnya 40 lelaki masuk ke rumah kosong tersebut dan membawa dua remaja perempuan itu ke dalam sebuah bilik dan merogol mangsa secara bergilir-gilir.
Tidak dapat dipastikan sama ada rakan mangsa turut dirogol kerana dia belum membuat sebarang laporan polis berhubung insiden itu.
Mangsa, yang pengsan selepas diperkosa sekumpulan lelaki itu tersedar pada keesokan harinya dengan mengadu sakit dibahagian kemaluannya.
Menurut sumber, mangsa yang takut untuk memberitahu kedua-dua ibu bapanya mengenai insiden itu, tinggal di rumah saudara teman lelakinya sehingga 24 Mei lalu.
Selepas itu barulah mangsa memaklumkan kepada bapanya di Kuala Krai mengenai insiden tersebut.
“Apabila di pulang ke rumah pada Ahad, mangsa dibawa ke hospital Kuala Krai kerana kemaluanya mengalami pendarahan yang teruk,” kata sumber.
Bapa mangsa kemudiannya membuat laporan polis mengenai insiden tersebut pada hari yang sama.
Sumber berkata kes tersebut masih dalam siasatan polis.

Sumber

Read more...

Selasa, 27 Mei 2014

Jika menang saya akan menetap di Teluk Intan - Dyana Sofya

Calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud

TELUK INTAN: Calon DAP dalam pilihan raya kecil parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud sekali lagi menegaskan beliau akan menetap di daerah tersebut sekiranya dipilih sebagai ahli parlimen kawasan itu.

Dyana Sofya yang membentangkan manifestonya hari ini turut berazam untuk memperjuangkan perwakilan wanita sebanyak 30% di Parlimen selain jawatan utama dalam sektor swasta dan kerajaan.

"Sekiranya diberi mandat, saya juga akan menetap di Teluk Intan dan menggunakan amanat sebagai duta pekan yang indah ini untuk menarik perhatian Parlimen kepada isu yang penting buat rakyat.

"Saya juga menuntut caruman sosial wanita dilaksanakan seperti mana yang dinyatakan Pakatan Rakyat (PR) di mana setiap isteri berhak dilindungi di bawah skim ini," katanya pada satu sidang media di Bilik Gerakan DAP di sini, hari ini.

Lulusan Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) berkata, sekiranya pengundi di Tluk Intan memilih beliau, apa yang ingin diperjuangkannya adalah memecahkan benteng pekauman yang sekian lama membelenggu rakyat Malaysia.

Katanya, beliau akan mengenegahkan politik berlandaskan dasar yang membawa pembangunan dan kebajikan rakyat.

“Saya mewakili generasi muda untuk membawa satu politik baru buat masa depan negara. Jika dipilih saya akan berusaha melawan rasuah, salah guna kuasa dan pembaziran kewangan negara.

“Saya juga akan memperjuangkan tadbir urus yang baik, bersih dan telus sebagai mana yang dilakukan kerajaan negeri PR,” katanya.

aStro Awani




Read more...

Lelaki selamatkan bayi jatuh tingkat dua


Li dibantu seorang lelaki cuba menangkap bayi yang terjatuh dari tingkat dua sebuah bangunan di Guangdong, China, barubaru ini. - AGENSI

GUANGDONG 25 Mei - Stesen televisyen China, CCTV berjaya merakamkan babak dramatik seorang lelaki yang berjaya menyelamatkan seorang bayi berumur 12 bulan yang terjatuh dari tingkat dua sebuah bangunan di bandar Zhongshan di wilayah ini, baru-baru ini.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Li itu berjaya menyambut bayi tersebut dengan kemas, sebelum terjatuh ke tanah, dalam kejadian yang berlaku pada waktu hujan lebat, di sini.

Ajaibnya, bayi itu langsung tidak mengalami sebarang kecederaan sebelum lelaki itu menyerahkan semula kanak-kanak tersebut kepada ibunya, lapor Mail Online.

Dalam rakaman CCTV itu, Li kelihatan agak gementar apabila melihat bayi berkenaan yang berada di tepi tingkap bangunan tersebut selepas kanak-kanak tersebut dipercayai mahu mencari ibunya.

Orang ramai yang berada di lorong jalan dan melihat kejadian itu kemudiannya meletakkan sebuah sofa dan kotak-kotak kadbod bagi mengurangkan risiko kecederaan jika bayi itu terjatuh.

Li yang dibantu seorang lelaki yang melihat kejadian itu kemudiannya berjaya menyambut bayi itu selepas kanak-kanak itu terjatuh.

“Saya tidak berfikir banyak pada masa itu, Saya hanya takut jika saya gagal menyambutnya.

“Tindakan saya itu didorong oleh naluri saya untuk menyelamatkan bayi itu, tanpa mengharapkan apa-apa,'' katanya yang kemudian menyerahkan bayi tersebut kepada seorang wanita dipercayai ibu kanak-kanak itu, yang kemudian bergegas beredar dari situ.

Utusan

Read more...

Cebisan kertas buruk ini berharga RM30,000

KEPINGAN kertas yang tercatat perkataan ‘The’ dibida hingga RM30,000.
Canberra: Lelongan secebis kertas dengan perkataan ‘The’ saja di eBay Australia menarik sekurang-kurang 44 bidaan hingga mencecah $9,320 (RM30,000).
Menurut ebay, lelongan bermula pada 22 Mei dengan harga serendah $0.99 (RM3.20).
Pada awalnya pembida meletakkan harga sebanyak beberapa dollar, tetapi keadaan bertukar menjadi ‘hangat.’

Tiga hari selepas lelongan bermula, tawaran mula mencecah sehingga ribuan dolar.
 - Agensi

Read more...

GEMPAR! Bayi Lahir dari Bawah Tanah


Bayi muncul dari dalam tanah , ini benar - benar cerita nyata dan bukan cerita cerita dongeng untuk menarik pembaca . Mungkin anda membuat kesimpulan bahawa bayi tersebut adalah bayi jadi - jadian , bayi ajaib atau bayi yang di buang oleh orang tuanya kerana berasal dari hubungan gelap mereka .

Ketika di temukanpun bayi ini memunculkan banyak soalan , bagaimana mungkin seorang bayi muncul dari dalam tanah ? Mungkinkah bumi melahirkan seorang anak manusia secara nyata ? Berikut ini ceritanya . Seperti yang dilansr TakasihTahu .

Kisah ini terjadi di Bangladesh.Suatu petang seorang lelaki melintas pada sebuah jalan yang rosak dan telah porak peranda di gerus ganasnya banjir di bandar Bangladesh . Secara tidak sedar telinganya menangkap suara tangisan bayi , menurut lelaki ini suara bayi tersebut adalah sebuah keanehan kerana disekitar tempat tersebut sudah tidak lagi di dapati rumah , kerana bangunan - bangunan di kawasan tersebut sudah rata dengan tanah . Yang membuat lelaki ini semakin penuh tanda tanya adalah suara tersebut seolah - olah berasal dari dalam tanah .

Tidak menunggu lama lelaki tersebut langsung mencari sumber suara bayi yang sepertinya berasal dari dalam tanah . Sahabat yang paling aneh ... ! ! ! alangkah terkejutnya lelaki ini ketika melihat pemandangan ganjil di depan matanya , seorang bayi kecil masih merah ada di antara belahan lumpur bekas banjir dan seperti muncul dari dalam tanah .

Masyarakat setempat ketika itu diliputi pelbagai macam soalan , bagaimana mungkin bayi muncul dari dalam tanah . Akhirnya salah seorang warga mencari sebuah idea yang didasari oleh perkiraannya . dia menganggarkan bayi tersebut lahir dari perempuan korban banjir yang belum lama menimpa daerah tersebut . Idea penggalian tempat di temukannya bayi tadipun muncul , ternyata benar di tempat tersebut di dapati mayat yang di kenali oleh masyarakat setempat sebagai perempuan yang hampir melahirkan sebelum terjadinya bencana banjir di tempat tersebut . Saat mayat di dapati , pada mayat wanita malang ini masih terdapat tanda - tanda seperti orang baru melahirkan .

Sungguh menyedihkan , lahir di dunia dengan keadaan yang tidak tepat tanpa kasih sayang orang tua asalnya.

Sumber tribunnews.com


Read more...

Isnin, 26 Mei 2014

5 GAMBAR ANGGOTA POLIS MAUT DIREMPUH PENJENAYAH

Parit Buntar: Seorang anggota polis maut manakala seorang lagi parah selepas dirempuh penjenayah yang menaiki sebuah kereta dalam kejadian di sini, jam 1 petang tadi.
Sumber polis berkata, kejadian berlaku selepas dua anggota polis unit rondaan bermotor (URB) yang menerima maklumat bertindak mengejar suspek yang baru melakukan samun di kawasan berhampiran.
"Anggota yang mengejar sebuah Toyota Wish yang dinaiki suspek bagaimanapun tiba-tiba dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta lain yang dipercayai dinaiki rakan suspek sehingga menyebabkan mangsa tercampak kira-kira 50 meter ke tepi jalan.

"Anggota yang dipercayai bertugas Di Balai Polis Kuala Kurau di sini, dikenali sebagai mohd Azuan, 24 tahun maut ditempat kejadian akibat cedera parah di anggota badan.
"Sementara rakan setugasnya parah dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk menjalani rawatan," katanya.
Menurutnya, gerakan mengesan suspek bersama kenderaan terbabit sedang giat dijalankan.

Kali terakhir kenderaan suspek dilihat menghala ke jalan Alor Pongsu.
Sumber




Read more...

Orang ramai akan dibantu saman Cadbury untuk RM100juta

JMM dan SUKAGUAM akan membantu orang ramai secara percuma untuk menuntut ganti rugi.

AMPANG JAYA: Beberapa NGO telah menyeru rakyat Malaysia untuk tampil untuk membantu dalam usaha meyaman syarikat Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd yang baru-baru ini menarik balik dua produk yang dikesan mengandungi DNA babi iaitu porcine.

Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan SUKAGUAM hari ini berkata pihak mereka akan membantu orang ramai secara percuma untuk menuntut ganti rugi sebanyak RM100juta daripada syarikat coklat tersebut di makhamah.

"Bagi kalangan masyarakat Islam di Malaysia ia merupakan satu penghinaan yang amat dahsyat sekali, satu penipuan yang sangat jahat dan harus dibendung supaya menjadi satu pengajaran kepada mana-mana syarikat yang sengaja mahu menghancurkan umat Islam secara halus dari segi pemakanan halal," kata presiden JMM Azwanddin Hamzah hari ini.

"Syarikat itu tidak sepatutnya mengeluarkan produk tersebut di pasaran Malaysia apatah lagi di dalam syarikat tersebut terdiri dari orang Islam dan juga sengaja menganiaya pekerja Islam di dalam organisasi mereka," katanya.

Sementara itu, peguam untuk kedua-dua NGO itu berkata tindakan untuk menyaman Cadbury mungkin akan menggunakan Akta Perlindungan Pengguna dan saman atas kecuaian syarikat tersebut.

Pada masa kini, sudah ada 50 orang yang telah tampil untuk memberi keterangan atas pembelian coklat Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok 200813M01H I2 tarikh luput November 13, 2014; dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok 221013N01R I1 tarikh luput Januari 15, 2015.

"Kamu perlu hormati majoriti, iaitu Melayu Muslim di negara ini. Ini langsung tiada sensitiviti kaum. Kalau tidak halal, cakap saja. Kenapa mahu tipu. Dah berapa ramai bapa-bapa yang sudah bagi anak mereka makan, termasuk saya," kata Azwanddin.

Azwanddin berkata jikalau Cadbury tidak dapat membayar ganti rugi yang sesuai, ia patut tutup kedai dan keluar dari Malaysia.

Azwanddin juga berkata pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) serta Kementerian Kesihatan juga perlu bertanggungjawab atas kontroversi ini.

"Saya hairan bagaimana boleh berlaku. Saya tidak mahu menuduh tetapi kemungkinan ada ketirisan berlaku oleh kedua-dua agensi ini, ataupun melibatkan salahguna kuasa. Ini perlu disiasat," katanya.

Menurut Azwanddin, JMM juga telah menerima maklumat bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 syarikat lain yang disyaki juga membuat perkara yang sama. Senarai itu telah diserahkan kepada pihak berkuasa.

Sumber aStro Awani


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

Google+ Followers

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP