GILA GAJET II


Terkini dari relevan Sokmo

Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 31 Oktober 2014

Gambar,Sekitar Daerah Kota Setar dilanda puting beliung


Alor Setar: Lebih 30 rumah di sekitar daerah Kota Setar rosak teruk selepas dilanda puting beliung dalam kejadian kira-kira 5 petang tadi.

Difahamkan, antara kampung yang terbabit ialah Kampung Batin, Taman Mergong Jaya Fasa Satu, Taman Inang dan Kampung Sungai Baru.

SATU daripada rumah yang ranap akibat puting beliung. FOTO ihsan pembaca

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima laporan awal berhubung kejadian pada jam 5.22 petang dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja dengan kekuatan enam anggota diketuai Pehawai Bomba Khairil Anuar Said dikejarkan ke lokasi salah sebuah lokasi iaitu di Taman Mergong Jaya.



"Sebaik tiba di lokasi, anggota mendapati rata-rata rumah penduduk rosak teruk di bahagian bumbung dan garaj rumah akibat diterbangkan angin.




"Berikutan kejadian angin kuat pokok-pokok landskap berhampiran rumah penduduk dan di tepi jalan utama juga tumbang. Jumlah sebenar rumah yang rosak masih dalam siasatan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku," katanya.

Sumber




Read more...

Pakai baju T bertanda umur kerana menipu

Kerana berang dengan sikap anak perempuannya yang menipu tentang umur sebenar di dalam akaun laman media sosial rahsia untuk janji temu bersama orang yang lebih dewasa, seorang bapa memaksa anaknya memakai beg kanak-kanak dan baju T yang memaparkan umurnya yang sebenar. – AGENSI 

LOUSIVILLE 30 Okt - Kerana berang dengan sikap anak perempuannya yang menipu berkenaan umur sebenarnya di dalam akaun laman sosial rahsia untuk mengadakan temu janji dengan orang yang lebih dewasa daripadanya, seorang bapa memaksa anaknya itu memaksa anaknya itu memakai beg kanak-kanak dan baju T yang memaparkan umurnya yang sebenar.

Portal Mail Online melaporkan, Kevin Jones dari Louisville, Kentucky terkejut mendapati anaknya berusia 10 tahun itu cuba menipu tentang umurnya dan mendakwa mempunyai teman lelaki serta pernah bercinta.

Kanak-kanak itu yang mempunyai ketinggian 1.5 meter kelihatan lebih matang daripada umurnya yang sebenar. Kesempatan itu digunakannya untuk menyamar sebagai seorang yang berusia 15 tahun.

Menyedari perbuatan anaknya itu, Jones memutuskan untuk menghukum anak perempuannya itu supaya perbuatannya itu diketahui umum.

“Dia mendakwa sedang bercinta dan keluar bersama seorang teman lelaki yang menyalahi peraturan yang saya tetapkan.

“Saya mendapati dia telah melakukan perbuatan ini untuk tempoh yang lama. Maka hukuman ini adalah setimpal dengan perbuatannya itu,” kata Jones di laman Facebooknya.
Jones telah menempah sehelai baju T yang comel yang tertera umur sebenar anaknya itu, meletakkan penyepit rambut dan menyediakan sebuah beg bercorak puteri untuk anak kesayangannya itu.

Anaknya didapati tidak gembira dengan hukuman berkenaan.

Sementara itu, ibu bapa dari seluruh dunia menyokong tindakan Jones itu, sambil menyifatkan Jones melakukan tindakan yang betul dan menganggap dia seorang bapa yang baik.

Gambar anaknya itu dimuat naik di Internet pada 21 Oktober lalu dan seramai 250,000, pengguna menekan butang likes dan dikongsi hampir 77,000 kali.

UTUSAN


Read more...

Wanita cuba kahwin anggota kumpulan IS didakwa

SEPANG: Seorang wanita hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan cuba menjadi anggota kumpulan militan digelar Negara Islam (IS).
Ummi Khalsom Bahok, 25, didakwa cuba memberi sokongan kepada IS dengan mengambil penerbangan pesawat Airasia dari klia2, Sepang ke Brunei dan Istanbul, Turki untuk berkahwin dengan anggota kumpulan itu, Aqif Huessin Rahaiza.
Ummi Khalsom, seorang penolong pegawai kredit yang tidak diwakili peguam, didakwa melakukan kesalahan itu di kaunter Imigresen Balai Pelepasan Antarabangsa, klia2, pada pukul 5.20 pagi, 5 Oktober 2014.
Bagi kesalahan itu, Ummi Khalsom didakwa mengikut Seksyen 130J9(1)(a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 kanun yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 130J.
Ia memperuntuk hukuman penjara tidak lebih daripada setengah daripada tempoh hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak melebihi 30 tahun, atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniatkan untuk digunakan bagi melakukan kesalahan itu.
Ummi Khalsom turut didakwa atas tuduhan pilihan iaitu dengan cara mengambil penerbangan pesawat AirAsia dari klia2 ke Brunei kerana cuba memberi sokongan kepada IS dengan memasuki Syria dari Brunei ke Istanbul, Turki untuk berkahwin dengan Aqif Huessin bagi manfaat kumpulan itu.
Kesalahan itu dituduh dilakukan pada waktu, tarikh dan tempat yang sama.
Tiada sebarang pengakuan direkodkan bagi kedua-dua pertuduhan itu.
Hakim Aizatul Akmal Maharani menetapkan 20 Nov untuk sebutan bagi membolehkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Aizatul Akmal tidak membenarkan sebarang jaminan kerana kes berkenaan tidak memperuntukkan tertuduh dijamin dan akan ditahan sementara menunggu perbicaraan selesai.
Sepanjang prosiding, Ummi Khalsom yang bertudung labuh dan berjubah hitam kelihatan tenang dan mengangguk sebagai tanda faham atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Sharuddin Wan Ladin. 
- BERNAMA (BH)


Read more...

CEO Apple Tim Cook Bangga Jadi Gay

Tim Cook

WASHINGTON: Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook mengaku sebagai seorang pengamal seks songsang dan berkata hasrat untuk memperjuangkan hak sama rata adalah falsafah peribadi dan perniagaannya.

Menurutnya, kecenderungan seksnya tidak pernah menjadi rahsia di syarikatnya.

"Biar saya jelaskan, Saya bangga menjadi gay dan saya anggap ia adalah hadiah kepada saya," kata Cook dalam satu kenyataan kepada Bloomberg BusinessWeek.

"Saya bernasib baik untuk bekerja di sebuah syarikat yang sukakan kreativiti dan inovasi serta menerima perbezaan. Tidak semua orang bernasib baik," katanya.

Cook mengambil alih pengurusan Apple pada 2011 selepas kematian bekas CEO, Steve Jobs.


mStar Online


Read more...

Gali tanah jumpa tengkorak manusia

KEADAAN tengkorak yang semakin mereput.

Kuala Lumpur: Polis menyiasat kemungkinan berlaku pembunuhan susulan penemuan serpihan tengkorak dan tulang manusia tertanam di kawasan tapak pembinaan gimnasium dan makmal di Jalan Temerloh, Titiwangsa di sini.

Tengkorak itu ditemui pekerja di kawasan terbabit kira-kira jam 12 tengah hari semalam ketika mereka menjalankan kerja menggali tanah sedalam 1.2 meter.

Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Deputi Superintendan A Asmadi Abdul Aziz berkata, serpihan tulang dan tengkorak yang ditemui itu kemudian dikumpul sebelum pekerja itu memaklumkan penemuan berkenaan kepada pihak polis.

“Hasil pemeriksaan forensik mendapati usia tengkorak itu dipercayai sekitar lima tahun dan ia sudah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

“Maklumat diperoleh dari pekerja di tapak pembinaan itu memberitahu bahawa kawasan itu pernah menjadi tapak rumah kongsi pekerja asing,” katanya.

Asmadi berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dan bedah siasatan akan dijalankan hari ini untuk mengenal pasti jantina, identiti dan pengumpulan DNA.

Sumber myMetro


Read more...

Dewi Liana (Mentor) Dikecam Sertai Ratu Cantik Kerana Disangka Muslim

Dewi bakal ke London untuk menyertai pertandingan Miss World 2014. - Foto Miss World 2014.

PETALING JAYA: Bekas peserta Mentor, Dewi Liana Seriesta kesal apabila segelintir pihak masih mempertikaikan penyertaannya dalam pertandingan ratu cantik, Miss Malaysia World 2014 kerana dia disangka wanita beragama Islam.

Dewi, 25, yang merupakan protege kepada penyanyi Liza Hanim dalam program realiti Mentor musim pertama itu berkata, dia sudah menjelaskan tentang status agama itu sejak memasuki pertandingan realiti terbitan TV3 empat tahun lalu.

"Ketika memenangi pertandingan Miss Malaysia World 2014 pada Jun lalu, ramai yang mempertikaikan penglibatan saya dalam pertandingan itu.

"Saya faham wanita beragama Islam tidak dibenarkan menyertai pertandingan itu dan saya juga sudah jelaskan kepada mereka bahawa saya beragama Kristian sejak kecil lagi," ujarnya kepada mStar Online.

Tambah Dewi, perkara tersebut menjadi kekeliruan apabila nama yang diberikan oleh ibu bapanya itu seperti nama yang digunakan oleh kebanyakan orang Melayu.

Bagaimanapun dia tidak mempunyai sebarang masalah dan menganggap ia sebagai sesuatu yang unik.

"Bapa saya berasal dari Indonesia dan berketurunan Cina, manakala ibu saya dari Sarawak sebab itu nama saya tiada binti seperti nama orang Islam.

"Saya memang tiada sebarang masalah dengan nama ini dan saya anggap ia sebagai unik, cuma ramai yang keliru tentang agama sahaja," katanya.

Dalam pada itu, Dewi berkata, dia layak ke pertandingan Miss World 2014 yang akan dipertandingan di London penghujung tahun ini.

Dewi merupakan antara 130 peserta di serata dunia yang bakal merebut gelaran ratu cantik itu.

"Selepas memenangi Miss Malaysia World 2014, saya layak untuk bertanding bagi mewakili Malaysia di Miss World 2014 di London Disember depan. Saya akan bertolak November ini dan kami akan dinilai selama sebulan untuk diangkat sebagai Miss World 2014," katanya.

Sementara itu dalam bidang nyanyian Dewi masih aktif memenuhi undangan selepas tamatnya program Mentor musim pertama lalu.

Malah, dia baharu sahaja berjaya memenangi lima kategori utama pada pertandingan ‘World Championships of Performing Arts’ (WCOPA) di Los Angeles, Amerika Syarikat, Julai lepas.

"Saya tidak tinggalkan bidang nyanyian, selepas Mentor saya banyak tawaran persembahan untuk majlis korporat dan Julai lalu saya mengikuti pertandingan WCOPA di Los Angeles.

"Saya memenangi juara keseluruhan dengan meraih lima pingat dalam beberapa kategori dipertandingakan," ujarnya.


mStar Online


Read more...

MALANG TIDAK BERBAU,PARANG TERCACAK DIMUKA

Gambar sumber FB

Jerantut: "Seram apabila saya melihat dia memegang parang yang tertusuk di mukanya sambil membonceng motosikal untuk ke Klinik Kesihatan Kuala Tahan sejauh lebih dua kilometer," kata Mat Tohor Ahmad, 43, bapa kepada seorang lelaki yang bertarung nyawa selepas parang melekat di mukanya dalam kejadian di FELCRA Tembeling Tengah, Kuala Tahan, dekat sini, semalam.

Kejadian jam 8 pagi itu berlaku apabila anaknya, Mohd Ridhuan, 20, dari Kampung Labu, dekat sini, menebas semak bersama rakannya di kawasan berhampiran di ladang FELCRA, dekat sini.

Gambar sumber FB

Namun, secara tiba-tiba, hulu parang rakannya tercabut lalu bilahnya 'terbang' dan tertusuk hampir lima sentimeter dalam di kepala Mohd Ridhuan menyebabkannya rebah serta terbaring kesakitan.

Ketika kejadian Mat Tohor menunggang motosikal berseorangan dari rumahnya ke kawasan ladang berhampiran sebelum terserempak dengan mangsa yang membonceng motosikal rakannya.

"Dalam keadaan kesakitan itu, Mohd Ridhuan sempat memanggil saya untuk ke Klinik Kesihatan Kuala Tahan sambil memegang parang sepanjang 30 sentimeter yang melekat di kepalanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Read more...

LELAKI MILIKI PAYUDARA SEPERTI WANITA

Payudara Edgeworth membesar seperti seorang wanita.
Charlie Edgeworth, 19, mengalami tekanan pera­saan kerana memiliki payu­dara seperti seorang wanita sehingga terpaksa menjual sebuah kereta miliknya hanya untuk menampung kos pembedahan bagi mengecilkan payudaranya itu.
Payudara remaja lelaki itu mula membesar ketika dia ber­usia 13 tahun dan dia digelar ‘Mooby’ oleh rakan-rakan sebaya­nya selain menjadi mangsa buli di sekolah selama bertahun-tahun sejak itu.
Pekerja pusat panggilan dari Hastings, East Sussex itu mengalami gynaecomastia iaitu ketidakseimbangan hormon di dalam tubuh badan yang menyebabkan dia mempunyai hormon estrogen melebihi daripada hormon testosteron.
Keadaan itu menyebabkan tisu payudaranya menjadi berlebihan. Disebabkan keadaannya itu, dia tidak pernah mempunyai teman wanita kerana tiada wanita yang sudi menjadi kekasihnya.
Dia juga malu untuk membuka baju di tempat awam dan sering mengelak untuk pergi ke pantai hanya disebabkan tidak mahu membuka baju.
Terdesak untuk mengembalikan saiz payudaranya, Edgeworth mengamalkan diet ketat dengan harapan payudaranya itu kembali seperti saiz payudara lelaki normal yang lain.
Tindakannya itu menyebabkan berat badan Edgeworth menurun kepada paras bahaya ketika dia masih berada di sekolah sehingga membuatkan saiz payudaranya lebih menonjol berbanding keadaan biasa.
Jual kereta
Setelah bertahun-tahun terpaksa menanggung malu, dia akhirnya mengambil keputusan untuk menjual keretanya bagi menampung kos pembedahan dan berharap menemui cinta selepas itu.
“Saya tidak pernah membuka baju sejak di sekolah rendah lagi, malah saya juga akan sentiasa memakai baju ketika di rumah bagi mengelakkan ibu mengetahui masalah saya ini.
“Setiap kali kami pergi bercuti, saya akan sentiasa memakai baju-T di dalam kolam renang dan hanya menggunakan alasan kulit saya mudah terbakar,” jelasnya yang sudah mencuba pelbagai cara untuk menyembunyikan bahagian dadanya itu.
Ujarnya, penurunan berat badan yang dialaminya semakin membuatkan bahagian tersebut kelihatan lebih menonjol.
“Saya akhirnya menaikkan kembali berat badan bagi mewujudkan jurang antara bahagian dada dan perut,” tambahnya.
Dalam usaha untuk menyem­bunyikan rasa malunya itu, dia akan memakai pakaian yang mempunyai saiz lebih besar berbanding saiz badannya.
Walaupun sudah melepasi zaman persekolahan, tahap keyakinan dirinya diuji apabila tidak pernah mempunyai kekasih sepanjang zaman persekolahan.
“Sukar bagi saya mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih disebabkan keadaan fizikal saya ini.
“Sepanjang enam tahun lalu, saya tidak pernah mempunyai pasangan dan ia turut menambah tekanan perasaan yang saya alami,” katanya.
Pembesaran tidak normal yang dialami oleh Edgeworth itu dikenali sebagai gynaecomastia dan dipercayai ia menjejaskan kira-kira 40 peratus daripada lelaki dan jumlahnya dilaporkan semakin meningkat.
Keadaan itu disebabkan ketidakstabilan yang berpunca daripada hormon estrogen dan testosteron.
Gangguan perasaan
Pengambilan ubat-ubat tertentu seperti antikemurungan dan penyakit hati dalam jangka panjang juga boleh menyebabkan gynaecomastia. Ubat-ubatan terbabit bertindak mengubah payudara secara terus dengan mengganggu aktiviti biasa kelenjar pituitari.
Penyakit itu hanya boleh dirawat melalui pembedahan unt­uk mengembalikan payudara kepada keadaan asal.
Kebanyakan kes gynaecomastia tidak menyebabkan sebarang risiko penyakit fizikal tetapi ia boleh menyebabkan gangguan perasaan yang mungkin memberi impak kepada kehidupan harian.
Gynaecomastia biasanya dapat dikenal pasti dengan pemeriksaan fizikal oleh doktor tetapi pemeriksaan tertentu sepe­rti imbasan tomografi berkomputer, ujian ultrasound dan ujian darah mungkin diperlukan untuk memastikan punca terjadinya penyakit itu.
Edgeworth kini perlu memakai bengkung bagi menutupi bahagian dadanya dan disebabkan itu, dia berasa seperti orang lain.
Tahap keyakinan dirinya semakin hilang apabila dia ditegur oleh majikan lamanya yang berpendapat bahagian dadanya kelihatan lebih besar berbanding biasa.
Selepas itu, dia mula berfikir untuk menjalani pembedahan sebagai jalan keluar kepada masalahnya itu.
Tiga tahun kemudian, dia membuat keputusan untuk menjalani pembedahan membuang lebihan lemak yang terdapat di kedua-dua bahagian payudaranya itu.
Edgeworth menjual sebuah kereta jenis Volkswagen Polo bagi menjalani pembedahan mengecilkan payudaranya yang menelan belanja sebanyak £1,750 (RM9,164) di sebuah hospital di Poland.
“Saya lebih yakin dengan penampilan terbaharu ini dan ia memberi kesan kepada tahap keyakinan saya untuk berdepan dengan masyarakat, malah saya tidak sabar untuk membuat temu janji dengan seorang wanita dan mempunyai kekasih.
“Saya tidak menjangkakan keputusan untuk menjalani pembedahan ini memberi peluang baharu kepada saya untuk menjalani kehidupan. Jika saya tidak mengambil tindakan drastik dengan menjual kereta, saya tidak akan mampu untuk membiayai kos pembedahan,” jelasnya.
Menurut pakar bedah, Adam Kalecinski, dia amat berpuas hati dengan hasil pembedahan Edgeworth dan ia penting bagi membuang tisu kelenjar dan lemak bagi menghentikan penyakit tersebut kembali.
KOSMO! ( kesihatan )

Read more...

Khamis, 30 Oktober 2014

Sanggup Tiduri lelaki mahu biayai percutian

Ju Peng

Shanghai: Seorang gadis berusia 19 tahun mengharapkan pembiayaan untuk menjelajah seluruh China dengan meniduri lelaki berlainan di setiap bandar.

Remaja berkenaan, Ju Peng mengiklankan di laman sosial Weibo, dia mencari ‘kekasih sementara’ yang mesti ‘kacak, bawah usia 30 tahun, tinggi lebih 1.75 meter dan sudah pasti, kaya.’

Ju yang berasal dari Shanghai menawar untuk menghabiskan sepanjang malam dengan lelaki yang sanggup membiayai perjalanan dan perbelanjaan hariannya.

“Mereka mesti membiayai tambang saya ke bandar mereka dan semua perbelanjaan saya di sana. Mereka mesti yang bukan kedekut.

“Sebagai balasan, mereka boleh bermalam dengan saya. Saya akan memberi tumpuan tidak berbelah bagi kepada mereka.” katanya dalam iklan berkenaan.

Bagaimanapun, tindakan Ju dikecam oleh pengkritik yang menganggap iklan itu lebih kepada tawaran melacur.

Mereka juga menggesa supaya iklan berkenaan dipadamkan.

Bagaimanapun Ju berkata, dia sudah menjelajah seluruh timur China dengan cara itu dan kini mahu meneruskan perjelajahannya ke bahagian lain negara berkenaan.

“Ia seperti mengembara. Tidak ada apa yang hendak dimalukan,” katanya.

 - Agensi(myMetro)



Read more...

'Orang Mati' Dihukum Penjara 30 Tahun Kerana Menipu Pelabur

Dua penampilan berbeza Price, iaitu ketika menjadi pengurus bank (kiri) dan ketika ditahan (kanan) pada Disember tahun lalu.

Bekas penasihat pelaburan dihukum penjara 30 tahun kerana menipu sehingga menyebabkan sebuah bank muflis, pelabur mengalami kerugian dan mengelirukan mahkamah sehingga membolehkan dia diisytihar mati.

Aubrey Lee Price, 48, kembali ke Mahkamah Daerah Statesboro pada Selasa untuk mendengar penghakiman hukuman ke atasnya selepas dia mengaku salah atas tuduhan menipu bank dan syarikat pelaburan Jun lalu.

Dia kehilangan AS$40 juta (RM131 juta) yang dikumpul daripada 115 pelanggan syarikat pelaburan persendiriannnya.

Pendakwa berkata, Price juga secara salah membelanjakan wang dan menyebabkan Bank Montgomery kerugian AS$21 juta (RM68.8 juta) ketika bertugas sebagai pengarah bank.

Price menghilangkan diri pada Jun 2012, beberapa minggu sebelum bank berkenaan menutup operasinya dengan semua aset dan simpanan habis tergadai.

Sebelum melarikan diri, Price meninggalkan surat mendakwa dia bercadang terjun dari bot untuk membunuh diri.

Pada Disember 2013, setahun selepas seorang hakim di Florida mengisytiharkan Price mati berdasarkan permohonan isterinya, dia ditangkap dalam pemeriksaan polis trafik berhampiran Brunswick, Georgia.

Menyedari tembelangnya pecah, Price membuat perjanjian dengan pendakwa dengan bersetuju mengaku salah atas tiga tuduhan menipu dan menerima hukuman penjara 30 tahun.

Price juga bersetuju membayar semula puluhan juta dolar duit bank dan pelabur yang dihanguskannya selepas berjaya meyakinkan mahkamah supaya melantik peguam bela bagi pihaknya kerana dia pokai.

Ketika diberi peluang bercakap di mahkamah, Price mengaku bersalah tetapi turut menuding jari kepada pegurus lain di bank terbabit kerana menyumbang kepada penutupan institusi kewangan berkenaan.

Dia kemudian berjanji untuk mengumpul semula wang berkenaan.

"Kepada semua pelanggan yang ada di sini atau di luar sana, adalah penting untuk mereka memahami bahawa saya mencuba sedaya upaya mendapatkan semula wang mereka," katanya.

Dalam perbicaraannya pada 5 Jun lalu, Price memberitahu dia menipu pelanggannya dengan memberikan mereka penyata kewangan palsu untuk menutup kerugian dialami hasil aktiviti perdagangan spekulatif dan pelaburan berisiko tinggi.
mStar Online

Read more...

BOLASEPAK PIALA MALAYSIA 2014,3 penyokong Pahang pengsan beli tiket

RIBUAN penyokong bola sepak Pahang bersesak di kaunter jualan tiket Stadium Darul Makmur bagi mendapatkan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia yang mula dijual pada pukul 9 pagi hari ini. Perlawanan akhir Piala Malaysia 2014 bakal menyaksikan juara bertahan Pahang menentang Johor DT pada 1 November ini di Stadium Putra Bukit Jalil.

TEMERLOH 30 Okt. - Penjualan tiket di Stadium Mini Temerloh tidak terkawal sehingga menyebabkan peminat-peminat bola sepak terpaksa berebut dan berasak-asak untuk mendapatkan tiket sebaik sahaja kaunter tiket dibuka pada pukul 10 pagi ini.



Keadaan tersebut menyebabkan tiga peminat bola sepak termasuk seorang warga emas pengsan dan terpaksa di bawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh.


Malah terdapat juga peminat yang cedera ringan akibat dibaling objek keras dan juga terjatuh ke dalam longkang.

UTUSAN ONLINE




Gambar Sumber BH


Read more...

BOLASEPAK PIALA MALAYSIA AKHIR 2014,3,000 penyokong JDT banjiri kaunter tiket stadium

RATUSAN penyokong tegar JDT beratur dan bermalam perkarangan Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor Bahru berdekatan kaunter tiket dibuka jam 9 pagi ini untuk jualan tiket Final Piala Malaysia 2014 antara JDT dengan Pahang. - Foto NSTP
LARKIN: Kira-kira 3,000 penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) membanjiri perkarangan Stadium Tan Sri Hassan Yunos, di sini pagi ini bagi mendapatkan tiket final Piala Malaysia antara Harimau Selatan dan Pahang di Stadium Bukit Jalil, Sabtu ini.
Sebanyak empat kaunter tiket disediakan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor di stadium berkenaan yang dibuka pada jam 9 pagi ini.
Tinjauan BH awal pagi ini mendapati sebahagian besar penyokong JDT mula membanjiri pekarangan stadium seawal jam 10 malam tadi bagi memastikan mereka dapat membeli tiket.
Selain membawa tikar, ada juga penyokong yang membawa khemah bagi memastikan mereka menjadi penyokong terawal mendapatkan tiket final Piala Malaysia tahun ini.
Kali terakhir Johor menjulang Piala Malaysia adalah pada 1991.
Sumber BH

Read more...

Anggota Polis kemaruk Cium kaki wanita

imej Carian

Seorang anggota polis ditahan selepas dia didakwa menawar untuk melepaskan seorang wanita yang didakwa melakukan kesalahan sekiranya dia dibenar mencium kaki wanita itu.

Patrick Quinn, 26, dilapor menahan kereta wanita itu pada Ogos lalu kerana insurans kenderaan itu tamat tempoh.

Quinn memberitahu wanita itu dia terbau ganja di dalam kereta berkenaan. Wanita itu menafikannya.
Anggota polis itu kemudian melakukan pemeriksaan di dalam kenderaan tersebut sementara wanita itu menunggu di dalam kereta peronda.

Quinn didakwa memberitahu wanita itu mengenai kegemarannya mencium kaki wanita dan menawar melepaskannya jika dia dibenar mencium kakinya.

Dia juga memberitahu mangsa mengenai keinginan menjilat kaki itu, menurut penolong pendakwa raya Daniel Werlinger.

Wanita itu menanggalkan kasutnya tetapi Quinn mengubah fikiran.

“Dia memberinya satu lagi pilihan. Memandangkan wanita itu memakai skirt, Quinn menawar melepaskannya jika dia memberi seluar dalamnya,” kata Werlinger.

Dia melepaskan wanita itu tanpa mencium atau menjilat kaki wanita berkenaan.

Wanita itu membuat laporan polis dan penyiasat mengenal pasti Quinn menerusi kesan jari pada kad insurans mangsa.

- Agensi


Read more...

DNA 'Lelaki Y' bukan milik Anwar Ibrahim - Peguam

PUTRAJAYA: Profil DNA 'Lelaki Y' yang dijumpai dalam rektum Mohd Saiful Bukhari Azlan bukan milik pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mahkamah Persekutuan diberitahu hari ini.
Sangeet Kaur Deo, dalam hujahnya di hadapan lima panel hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, berkata tiada bukti sama sekali untuk mengaitkan "Lelaki Y" dengan Anwar.
Beliau menjelaskan tiada seorang pegawai polis yang bertugas di lokap melihat Anwar menggunakan tiga barangan - berus gigi, tuala Good Morning dan botol air mineral - yang telah diberikan kepadanya oleh pihak polis ketika beliau ditahan semalaman dari 16 Julai 2008 hingga 17 Julai 2008.
Sangeet berkata, seorang pegawai polis memberitahu mahkamah bahawa dia hanya mendengar bunyi seolah-olah Anwar memberus giginya.
"Dia melihat Anwar menggunakan tandas sel tetapi dia tidak melihat perayu (Anwar) memberus gigi," katanya.
Oleh itu, beliau berkata, adalah tidak mungkin untuk menghubungkan profil DNA 'Lelaki Y' untuk Anwar kerana ia boleh menjadi sesiapa sahaja.
Ketika ditanya Hakim Arifin sama ada terdapat orang lain dalam sel itu, Sangeet berkata Anwar adalah penghuni tunggal.
Beliau berhujah bahawa pihak pendakwaan hanya bergantung kepada keterangan mengikut keadaan bahawa Anwar telah menggunakan barangan itu, bagaimanapun, pegawai polis tidak pernah melihat Anwar menggunakannya.
"Keterangan mengikut keadaan biasanya bergantung kepada bila tidak ada keterangan langsung. Tetapi dalam kes ini, kita mempunyai saksi yang melihat perayu tidak menggunakan barang-barang itu," katanya.
Namun, Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Abdull Hamid Embong, menjelaskan bahawa dalam undang-undang, keterangan mengikut keadaan boleh digunakan, tidak semestinya hanya mengarahkan keterangan, ia boleh menjadi kedua-duanya.
- BERNAMA

Read more...

Mencuri, Wanita Ini Ditelanjang Pemilik kedai


Seorang perempuan di Zhejiang, China, ditelanjangi oleh pemilik kedai yang mengaku menangkap basah perempuan itu ketika berusaha mencuri baju di kedai beliau. Demikian dilaporkan Mirror, Isnin 27 Oktober 2014. 

Pemilik kedai, Mei Hsueh, mengatakan pada polis bahawa dia hanya ingin memberikan hukuman. Dia juga melucutkan perempuan berusia 28 tahun bernama Yu Chung itu, agar tidak melarikan diri sebelum polis datang. 

"Pencuri itu berusaha mencuri baju dari kedai, jadi Saya mengambil juga pakaiannya. Dia akan berfikir semula kalau berusaha melakukannya lagi. Itu juga untuk peringatan bagi pencuri lain," kata Mei. 

Mei melepas baju dan bra Yu Chung, lalu menolaknya ke jalanan untuk memalukan dia. Jurucakap polis Chi Tuan, mengatakan Yu Chung ditangkap dengan tuduhan pencurian dan tidak ada tindakan yang akan dilakukan polis terhadap pemilik kedai.

Vivanews


Read more...

Rabu, 29 Oktober 2014

Pengembara Tawar Seks Jika Sanggup Tanggung Kos perjalanan

Seorang gadis berusia 19 tahun dikenali Ju Peng (gambar) sanggup meniduri mana-mana lelaki yang sanggup membiayai perjalanannya ke seluruh China.
Namun, dia menetapkan syarat hanya lelaki yang kacak, berusia bawah 30 tahun, tinggi melebihi 1.7 meter, kaya-raya dan boleh menjadi teman lelaki sementara.
Dia menawarkan untuk bersama lelaki tersebut selama semalaman dan sebagai ganti, mereka perlu membayar perbelanjaan dan pengangkutannya.
“Mereka perlu membiayai perjalanan saya ke bandar mereka dan mereka juga perlu baik hati. Sebagai ganjaran, mereka boleh menghabiskan masa semalaman dengan saya,” katanya.
katakcomel.my

Read more...

VIDEO RISNA MENGHADIRI PERNIKAHAN RAIS KEKASIHNYA

Melalui artikel yang bertarikh 21 Oktober lepas, satu gambar tersebar luas mengenai kejadian unik yang berlaku di Sulawesi Selatan, Indonesia.
Diberitakan, seorang wanita yang hanya dikenali sebagai Risna, 22 tahun hadir ke majlis perkahwinan bekas teman lelakinya, Rais.
Ketika sesi bersalaman dengan pengantin, satu ‘drama’ berlangsung apabila Risna dan Rais berpelukan dan bercucuran air mata. Ya, persis tajuk lagi Pelamin Anganku Musnah dendangan penyanyi Azie tau!
Hari ini, rakaman video majlis perkahwinan tersebut yang berdurasi 1.29 minit pula menjadi viral di laman sosial dan Youtube.
Ketika kedua-dua mempelai sedang bersalaman dengan para jemputan, tiba-tiba sang mantan kekasih, Risna muncul. Situasi pada awalnya terkawal apabila dia bersalaman dengan pengantin perempuan.
Namun, senario bertukar 360 darjah apabila dia berhadapan dengan Rais. Ketika sedang bersalaman, secara tiba-tiba Risna memeluk Rais dan hadirin termasuk pengantin perempuan kelihatan mengalirkan air mata.
Tertanya-tanya juga, apa yang ditangisi mereka? Adakah simpati terhadap pengantin perempuan yang diperlakukan sedemikian rupa ketika hari persandingannya, atau kisah percintaan tak kesampaian antara Risna dan Rais?
Menurut sumber, lamaran yang dibawa keluarga Rais ditolak dengan pelbagai alasan oleh keluarga Risna, mengakibatkan cinta mereka terhalang. Kesian kan?
Cuba bayangkan kalau kes seperti ini terjadi di Malaysia? Rasa-rasanya ada tak adegan tarik tudung antara pengantin perempuan dan bekas teman wanita? 
Sumber - MYNEWSHUB.CC Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

Read more...

Bayi ditusuk 12 jarum oleh ibu saudara

Wanita itu telah membunuh diri selepas dipercayai mendera anak saudaranya itu. - Gambar hiasan

Seorang wanita di China telah disyaki mendera dengan menyucuk anak saudaranya yang berumur 11 bulan dengan 12 jarum suntikan dan jarum peniti, sebelum membunuh dirinya sendiri.

Agensi beritaXinhuamelaporkan, doktor telah menemui jarum-jarum tersebut dalam badan bayi tersebut yang turut terkena buah pinggang, hati serta organ-organ lain pada bayi tersebut.

Bayi yang bernama Fan Zixuan dari Shandong itu bagaimanapun, dilaporkan dalam keadaan stabil dan dijangka sembuh dalam masa seminggu selepas doktor membedah dan membuang jarum-jarum itu.

Pembedahan itu telah dilakukan di Hospital Kanak-kanak di Beijing.

Awal tahun ini pula, seorang wanita dari daerah Hubei telah ditahan kerana disyaki memotong telinga anak saudaranya yang berumur enam tahun.


Sumber



Read more...

Lelaki Gagal Dapat Hak Berbogel

Gough hanya gemar memakai topi dan beg sandang besar sahaja, tanpa pakaian.

Seorang lelaki yang menghabiskan masa tujuh tahun di dalam penjara kerana berbogel di khalayak ramai, kalah dalam tuntutannya mendapatkan hak untuk tidak perlu berpakaian.

Hakim Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah yang berpangkalan di Strasbourg berkata, Stephen Gough mesti menghormati perasaan orang lain yang tidak bersetuju dengan keinginannya itu.

Gough yang digelar "Perewang Bogel" mengemukakan tuntutan di mahkamah untuk mendapatkan hak mengenakan hanya topi dan beg sandang besar ketika berada di tempat awam.

Sebelum ini dia pernah disabitkan dengan 30 kesalahan mengganggu ketenteraman awam serta jenayah berkaitan kegemarannya berbogel.

Kata Gough, undang-undang Eropah menghormati kehidupan peribadi rakyatnya, selain mengiktiraf hak kebebasan bersuara.

Dengan undang-undang itu, kata Gough, dia berhak untuk berbogel pada bila-bila masa yang dirasakan sesuai.

Namun hakim berpendapat, peruntukan undang-undang itu tidak diguna pakai terhadap kelakuan antisosial berulang.

"Gough mempunyai banyak cara lain untuk menyatakan pendapat," katanya.
mStar Online

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

Google+ Followers

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP