GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Memaparkan catatan dengan label Bencana Alam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bencana Alam. Papar semua catatan

Isnin, 29 September 2014

Bapa geram tiru aksi biawak,gigit pipi anak

WANITA menunjukkan keadaan pipi anak yang digigit suaminya.
Kuala Lumpur: Seorang lelaki berusia lewat 20-an kini menjadi buruan polis kerana selepas ‘menggigit’ pipi anak lelakinya hingga cedera parah di rumah mereka di Subang Jaya, di sini, Jumaat lalu selepas isterinya enggan memberi wang dimintanya.
Perbuatan kejam suspek jam 11 malam menyebabkan kanak-kanak berusia setahun tiga bulan itu menerima sekurang-kurangnya empat jahitan di pipi.
Menurut sumber, sebelum kejadian suspek bertengkar dengan isterinya yang berusia awal 20-an kerana wanita terbabit tidak mahu memberinya RM200 yang dimintanya dipercayai untuk membayar hutang.

“Suspek mengancam akan menggigit anak mereka seperti biawak yang menyerang kanak-kanak perempuan di Pulau Tioman minggu lalu, namun ugutannya itu tidak diendahkan isterinya kerana menyangka suaminya hanya mahu menggertaknya,” kata sumber itu.
Menurut sumber itu, suspek terus mendesak isterinya memberinya wang menyebabkan pasangan itu bertengkar selama lebih 30 minit.
Sumber myMetro

Read more...

Sabtu, 27 September 2014

Ibu, janin maut di landasan keretapi

Alor Setar: Seorang wanita bersama janinnya maut dipercayai digilis kereta api barang yang dalam perjalanan dari Bukit Kayu Hitam ke Pulau Pinang, berhampiran Kampung Kuala Alor, Alor Merah, dekat sini, pagi ini.
Mayat Ku Nurul Shuhada Ku Rosli, 28, yang juga ibu kepada kanak-kanak lelaki berusia 18 bulan ditemui penduduk kampung yang kemudiannya memaklumkan kejadian kepada polis. 
Difahamkan, mangsa difahamkan ke kedai berhampiran rumahnya kira-kira 8 pagi, namun gagal pulang selepas 30 minit menyebabkan ahli keluarga termasuk suaminya keluar mencarinya. 

Bagaimanapun, mereka kemudian dimaklumkan penemuan mayat dan janin cukup sifat dalam keadaan menyayatkan hati di landasan kereta api terbabit.
Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Md Jan mengesahkan kejadian berkata, pihaknya menerima laporan kejadian 10 pagi.

"Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah," katanya.
Sumber myMetro

Read more...

Rabu, 24 September 2014

Biawak Serang Bayi Mungkin Kelaparan - Perhilitan

Keadaan muka seorang bayi yang cedera akibat diserang seorang biawak di kuarters pekerja di Berjaya Resort, Pulau Tioman, pagi Isnin.

KUANTAN: Biawak yang menyerang bayi berusia lapan bulan dalam kejadian di kuarters pekerja di Berjaya Resort, Pulau Tioman pagi Isnin berkemunginan dalam keadaan lapar.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang, Khairiah Mohd Shariff berkata biawak daripada spesies biawak air itu amat jarang menyerang manusia kecuali merasa terancam atau lapar.

"Haiwan liar itu mungkin terlalu lapar dan menganggap bayi berkenaan sebagai makanannya sehingga menyerang dan menggigit muka mangsa," katanya ketika dihubungi di sini Selasa.
Khairiah berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian serangan biawak terhadap Nurhidayah Abdul Rahman yang mengakibatkan luka sepanjang enam sentimeter di bahagian muka bayi malang tersebut.

Seorang pemuda memegang biawak air yang menyerang adik Nurhidayah.

Beliau tidak menolak kemungkinan ia juga berpunca daripada faktor pengabaian soal kebersihan di kawasan sekitar sehingga menjadi tarikan kepada haiwan liar itu memasuki rumah untuk mencari makanan. 
Sehubungan itu, Khairiah menyeru pihak pengurusan resort berkenaan supaya mempertingkat aspek kebersihan.

Antaranya termasuk memastikan pembuangan sisa makanan dilakukan secara lebih teratur untuk mengelak kawasan itu menjadi tarikan kepada haiwan berkenaan.

Dalam masa sama, katanya Perhilitan juga telah menghantar anggotanya ke kawasan kejadian bagi menyiasat punca sebenar haiwan itu menyerang manusia.
Sumber mStar Online

Read more...

Selasa, 23 September 2014

Budak Parah Otak Tertusuk Penyepit Makanan


Seorang budak berusia dua tahun cedera parah akibat tertusuk kayu penyepit makanan pada hidung hingga kira-kira 7.6 sentimeter ke otaknya.

Budak yang berasal dari Wuhan, Hobei, dikejarkan ke hospital untuk diselamatkan.

Jurucakap hospital berkata, pakar pembedahan mengambil masa selama empat jam untuk mengeluarkan penyepit makanan berkenaan.

“Budak itu dijangka pulih dan dibenarkan pulang tidak lama lagi,” katanya.

Doktor berkata, walapun kayu itu menusuk jauh ke dalam otak, ia tidak merosakkan sebarang saraf atau salur darah penting.

Sementara itu, bapa budak berkenaan berkata, dia tidak tahu bagaimana kejadian mengerikan itu boleh berlaku.

Katanya, dia sedang memandang ke arah lain apabila anaknya tiba-tiba menjerit.

“Saya berpaling melihat dia dan terkejut apabila penyepit makanan masuk ke kepalanya melalui lubang hidung,” katanya.
Sumber

Read more...

Isnin, 22 September 2014

VIDEO,Maut tersepit di pintu lif

Rakaman video menunjukkan sebuah lif yang rosak turun naik hingga menyebabkan seorang pelajar mati ketika memasukinya, menjadi viral di China semalam.
Pelajar berkenaan yang terperangkap tidak dapat bertindak cepat ketika lif itu naik tiba-tiba ketika dia memasukinya.
menyebabkan separuh badannya terperangkap dalam lif dan separuh lagi terjulur keluar.
Video itu dirakam kamera pengawasan dalam lif yang rosak itu di Universiti Huaqiao di bandar Xiamen, tenggara China.
Klip video selama tiga minit itu menjadi antara paling banyak dikongsi dalam media sosial di China sepanjang semalam.
Mangsa itu yang namanya tidak disiarkan dikatakan pelajar arkitek universiti berkenaan, berdiri di depan sekumpulan pelajar lain apabila pintu lif terbuka.
Seorang lagi pelajar berkata, dia dan mangsa menunggu lif itu di tingkat tiga.
Pintu lif itu terbuka dan bergerak ketika mangsa melangkah masuk.
Dia memberitahu media tempatan, mangsa kelihatan terkejut, tetapi tidak bimbang apabila lif itu naik ke atas.
Dia tidak sempat berundur apabila lif itu tutup mengheretnya naik hingga terkena rangka pintu, memerangkap separuh badannya dan kaki kiri di dalam lif, sementara bahagian lain terjulur keluar.
Pekerja penyelamat cuba membantu mangsa, tetapi dia disahkan mati di tempat kejadian kerana peparunya terhimpit menyebabkan dia tidak boleh bernafas.
Pihak berkuasa universiti berkata, mereka terkejut dengan kejadian itu.
Bagaimanapun, ini bukan kejadian pertama menyaksikan lif menjadi punca kematian.
Baru-baru ini, enam kejadian serius membabitkan lif dilaporkan dalam masa sebulan dan lima daripadanya menyebabkan kematian.
Sumber


Read more...

Jumaat, 19 September 2014

Penuntut UiTM Maut Dirempuh Kereta Dipandu Pensyarah

SHAH ALAM: Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) maut akibat dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang pensyarah universiti berkenaan di dalam kawasan kampus di sini, Khamis.
Mangsa, Fatin Farradia Yusof, 20, dilanggar kenderaan itu ketika berjalan selepas bergambar bersama rakan-rakannya di kawasan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media sehingga menyebabkannya terjatuh dari kawasan berbukit ke perhentian bas berdekatan.
Fatin Farradia merupakan penuntut tahun kedua Diploma Sains Sukan dan Rekreasi meninggal dunia kira-kira 7.30 malam, di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, berikutan pendarahan dalaman.
Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM, Prof Dr Azizul Halim Yahya ketika dihubungi berkata dalam kejadian 5.20 petang itu, mangsa yang baru selesai menghadiri kuliah, dikatakan sedang berjalan bersama rakannya sebelum dirempuh kereta itu, menyebabkannya tercampak.

FATIN alami pendarahan dalaman.
"Kereta pensyarah itu kemudian melanggar pembahagi jalan manakala mangsa jatuh ke bawah bukit setinggi kira-kira lima meter dan pengsan sebelum dia dikejarkan ke HTAR," katanya.
Menurut Azizul, pensyarah wanita berumur 58 tahun yang memandu kenderaan tersebut difahamkan mengalami sakit kepala sebelum kejadian itu, menyebabkan beliau gagal mengawal kereta tersebut.

"Pensyarah itu kini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di sini untuk pemantauan lanjut daripada doktor," katanya.
Sementara itu, jenazah Fatin Farradia difahamkan akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Dungun, Terengganu selepas proses bedah siasat selesai.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Azisman Alias ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Sumber


Read more...

Khamis, 18 September 2014

Penderma Tak Dikenali Tawar AS$30 Juta Kepada Sesiapa Dedahkan Dalang Tragedi MH17

LONDON: Seorang penderma yang tidak dikenali telah mendepositkan AS$30 juta (RM96.53 juta) ke akaun sebuah firma penyiasatan persendirian Jerman untuk ditawarkan kepada mana-mana pihak yang dapat mengemukakan bukti siapakah yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 pada 17 Julai lalu di ruang udara Timur Ukraine.
Ia adalah wang tawaran paling besar dalam sejarah dunia - mengatasi jumlah yang ditawarkan untuk menangkap Osama bin Laden.Tanggungjawab untuk memulakan penyiasatan persendirian itu diserahkan kepada Wifka, sebuah firma yang berpusat di Schleswig-Holstein di Utara Jerman.
Wifka dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh sebuah media berbahasa Inggeris Jerman, The Local, menegaskan sejak kejadian pembunuhan itu yang mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal, semua orang menyebut bahawa mangsa-mangsa itu memerlukan pembelaan dan sanak keluarga mereka serta masyarakat antarabangsa juga memerlukan jawapan siapakah yang sebenarnya bertanggungjawab menembak jatuh pesawat berkenaan.
Malangnya, kata Wifta, belum ada satu pun daripada persoalan ini dijawab walaupun siasatan ke atasnya sedang dijalankan oleh sebuah jawatankuasa antarabangsa.
Kini, tanggungjawab untuk mencari jawapan tersebut telah diserahkan kepada seorang pakar penyiasat persendirian yang berpengalaman selama 30 tahun dalam bidang ini iaitu Josef Resch.
"Setiap orang ada harganya. Ia hanyalah persoalan berapa banyak," kata Resch yang yakin tawaran AS$30 juta itu akan membuka mata mereka yang ada harga.
Resch juga mengesahkan yang dia telah pun menerima upah sebanyak Euro 40,000 untuk memulakan penyiasatannya dan dia tidak ragu-ragu akan menemui orang yang bersedia menerima wang sebanyak itu (AS$30 juta)  untuk mendedahkan kebenaran di sebalik insiden itu.
Wifka menegaskan, sesiapa sahaja yang dapat mendedahkan - siapakah yang bertanggungjawab dan terlibat dalam menembak pesawat MH17 itu, siapa yang menyembunyikan kebenaran di sebalik kejadian itu dan apa yang telah terjadi kepada senjata yang digunakan untuk menembak jatuh MH17  - akan menerima hadiah wang tunai AS$30 juta yang ditawarkan itu.
Malah Wifta juga memberi jaminan bahawa orang yang mendedahkan semua kebenaran ini akan diberikan identiti baru sebagai langkah perlindungan.
Wang hadiah tersebut kini tersimpan di Zurich, tetapi Wifka sekali lagi menegaskan yang mereka tidak tahu siapakah penderma nya. Identitinya menjadi rahsia.
Satu-satunya maklumat yang mereka ada ialah, pihak yang menjadi orang tengah dalam rundingan ini bertutur dalam loghat Switzerland.
Jumlah tawaran AS$30 juta itu melebihi jumlah wang yang ditawarkan kepada sesiapa yang dapat mendedahkan maklumat sehingga tertangkapnya Osama bin Laden iaitu sebanyak AS$25 juta (RM80.45 juta).
Sumber mStar Online

Read more...

Kanak-kanak Malaysia maut di taman tema Adelaide dikenal pasti

Kanak-kanak perempuan warga Malaysia, Adelene Leong, 8, yang terbunuh akibat tercampak daripada permainan berputar taman tema di Royal Adelaide Show, Adelaide, Jumaat lalu. - Foto ABC
SYDNEY: Kanak-kanak perempuan warga Malaysia berumur lapan tahun yang terbunuh akibat tercampak daripada permainan berputar taman tema di Royal Adelaide Show, Adelaide, Jumaat lalu, dinamakan sebagai Adelene Leong.
Polis Australia Selatan turut mendedahkan satu gambar Adelene ketika berada di taman tema berkenaan.
Menurut polis, ibu kepada kanak-kanak berkenaan menggambarkan anak perempuannya itu sebagai "anak kesayangannya, cantik dan satu-satunya bidadari dalam hatinya".
Laporan ABC semalam berkata, polis Adelaide masih berminat mendengar keterangan daripada mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan permainan berputar jenis Airmaxx 360 dan setakat ini sudah merakamkan keterangan daripada 40 saksi.
Cif Inspektor Selena Dinning berkata, polis berharap seseorang boleh memberikan petunjuk terbaik mengenai kejadian itu.
"Secara khususnya, kami berminat untuk mendengar daripada sesiapa saja yang mungkin mengambil gambar atau rakaman video kejadian yang membabitkan permainan berputar Airmaxx 360 di Showgrounds, Jumaat lalu," katanya.
"Kami juga berminat untuk mendengar daripada sesiapa saja yang berada di kawasan itu pada masa kejadian atau sesiapa saja yang pernah mengalami perkara pelik ketika menaiki permainan itu,
"Walaupun maklumat itu sedikit, namun ia mungkin menjadi maklumat penting yang membawa penjelasan terhadap apa yang berlaku," katanya. - ABC
BH

Read more...

Rabu, 17 September 2014

Belum sempat sampai ke rumah PorSche baru dibeli berharga RM263,000 kemalangan

KERETA Porsche Boxster yang baru dibeli Ping rosak teruk akibat kemalangan.
Sebuah Porsche baru berharga RM263,000 kemalangan selepas pemandunya merempuh beberapa kereta lain tidak lama selepas meninggalkan kedai tempat dia membeli kereta itu.
Kejadian berlaku apabila pemandu itu, Ping Ch’ang, 27, membelok keluar dari garaj kedai berkenaan untuk pulang. Dia tertekan pedal minyak dan merempuh deretan kereta di lampu isyarat.
“Dia cuba menukar lorong tanpa memberi isyarat dan tertekan pedal minyak menyebabkan keretanya meluncur laju dan melanggar kereta di depan,” kata seorang saksi.
Jurujual Porsche, Qiang Chiu berkata: “Kami masih melambai ke arahnya apabila dia menekan minyak dan melanggar kereta lain. “Kami meluru ke tempat kejadian. Pemandunya selamat, tetapi keretanya teruk. Kami sudah mengingatkan dia kereta itu memang laju.” Ping mungkin perlu berbelanja RM300,000 lagi untuk kereta Porsche Boxster putih itu dan empat kereta lain yang dilanggarnya.
Jurucakap polis berkata, wanita itu perlu bertanggungjawab terhadap kemalangan itu memandangkan kereta lain semua berhenti ketika kejadian.
 -Agensi(myMetro)


Read more...

Rabu, 3 September 2014

Akibat Telefon Sambil Memandu, Bontot Wanita ini Tertusuk Kayu

Jahnz terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan kayu pada punggung dan pehanya.

HANYA kerana sibuk menghantar mesej menerusi telefon bimbitnya ketika memamdu, seorang wanita terpaksa menanggung kesakitan apabila punggung dan pehanya tertusuk tiang kayu.

 Kemalangan itu berlaku ketika Christina Jahnz bergegas untuk menghadiri mesyuarat selepas menghantar anak perempuannya ke sekolah di Elizabeth, Colorado, Amerika Syarikat.

Sebaik tunduk dan merakam suara menerusi telefon bimbitnya, tiba-tiba Jahnz hilang kawalan dan terlanggar penyangga jalan.

Hentaman yang kuat menyebabkan tiang kayu penyangga jalan merodok keretanya dan tertusuk peha serta punggung wanita malang itu.

Pasukan bomba terpaksa dipanggil untuk memotong tiang kayu itu sebelum Jahnz dikejarkan ke hospital untuk menjalani pembedahan bagi mengeluarkan tiang itu.

Doktor yang merawatnya berkata, Jahnz yang dimasukkan ke wad selama empat hari bernasib baik kerana tusukan kayu itu tidak mencederakan saluran darah utama.

Berikutan kejadian itu, Jahnz menasihatkan orang ramai supaya mengambil iktibar daripada apa yang berlaku padanya.
mStar Online

Read more...

Selasa, 2 September 2014

4 Gambar,Jurufoto cedera ditumbuk Ahli Keluarga mangsa MH17


KUALA LUMPUR – Seorang jurugambar akhbar tempatan cedera selepas ditumbuk seorang lelaki di Pusat Peringatan Nirvana, Sungai Besi, di sini, kira-kira jam 11 pagi, tadi.

Difahamkan, lelaki dipercayai kenalan ahli keluarga mangsa MH17, mendiang Subashni Jretnam dikatakan bertindak demikian bagi menghalang mangsa, Aizuddin Saad, 29, dari mengambil gambar.

Menurut mangsa, dia ditugaskan untuk membuat liputan ketibaan jenazah MH17 di memorial berkenaan.
 
"Namun, ketika sedang merakamkan gambar, salah seorang dipercayai ahli keluarga mangsa menendang ke arah kameranya dan menyebabkan kamera rosak selain lensa patah.



Aizuddin Saad
 
"Selepas itu, saya membawa komponen kamera tersebut ke tempat lain untuk diperiksa dan bagi mengelakkan insiden menjadi lebih teruk sebelum rakan media lain mengambil gambarnya bersama kamera yang rosak. Bagaimanapun, datang seorang lagi lelaki juga dipercayai ahli keluarga mangsa tiba-tiba menumbuk muka dari arah belakang," katanya.

Tambah Aizuddin lagi, dia kemudiannya dibawa ke lobi oleh pekerja memorial di situ untuk membersihkan luka di muka.

Katanya lagi, dia kemudian dibawa ke sebuah klinik berhampiran sebelum laporan polis dibuat di Balai Sungai Besi kira-kira jam 1.06 petang.




Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

"Individu yang terlibat akan dipanggil bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan," katanya.


Sumber


Read more...

Jumaat, 29 Ogos 2014

3 GAMBAR,PANTANG MAUT SEBELUM AJAL

KEADAAN Ho sebelum pasukan perubatan tiba.
Seorang lelaki terselamat walaupun selepas kepalanya ditembusi batang besi tebal ketika dia melakukan kerja di rumah lamanya.
Lelaki yang hanya dikenali sebagai Ho dilapor cuba membersihkan rumah berkenaan di Leye, wilayah Guangxi apabila batang besi itu jatuh dari atas, menembusi dahi dan keluar menerusi bahagian kiri rahangnya.
HO bernasib baik kerana batang besi itu tidak menembusi otaknya.
Ho, 50, berjaya diselamatkan selepas menjalani pembedahan kecemasan di sebuah hospital.

Pasukan perubatan yang dipanggil untuk merawat Ho terkejut melihat kecederaan yang dialami dan pada masa sama hairan dia bukan saja masih hidup tetapi sedar sepenuhnya.
Ho dikejarkan ke hospital berhampiran. Doktor bagaimanapun terpaksa meminta bantuan bomba yang datang membawa bersama mereka alat untuk memotong sebahagian besar besi berkenaan.
HO menjalani pembedahan dan kini semakin pulih.
Mereka kemudian memindahkannya ke sebuah hospital lebih besar, tempat pembedahan kecemasan yang lebih rumit dijalankan bagi mengeluar baki besi yang masih berada dalam kepalanya.

Kakitangan hospital berkata, Ho kini semakin pulih dan dianggap tidak lagi dalam bahaya.

Ujian sinar-X yang dilakukan sebelum pembedahan menunjukkan batang besi padu itu menembusi bahagian kanan dahinya dan keluar menerusi bahagian bawah pipi kirinya.

Andai besi berkenaan tertusuk pada sudut yang berbeza, walaupun sedikit, ia pasti menembusi otak atau mata Ho yang akan menyebabkan dia cedera parah atau mati.

Dalam kejadian lain di selatan China, seorang wanita putus kepala selepas kereta yang dipandu anaknya merempuh pembahagi jalan raya.
- Agensi(myMetro)

Read more...

Isnin, 25 Ogos 2014

MAUT DIPATUK KEPALA ULAR TEDUNG

KEPALA ular yang dipotong tukang masak.
Seorang chef mati dipatuk ular tedung 20 minit selepas kepala reptilia berkenaan dipisahkan dari badannya untuk dimasak.
Dalam kejadian itu, tukang masak berasal dari Foshan, Peng Fan dilaporkan sedang menyiang seekor ular tedung. Restoran berkenaan memang dikenali ramai kerana menyediakan hidangan istimewa menggunakan daging ular tedung Indochina.
Media semalam melaporkan, Peng bercadang membuang kepala ular itu ke dalam tong sampah apabila dia dipatuk. Sumber berkata, badan ular itu biasanya dimasak sup manakala kepalanya dibuang begitu saja. Ia adalah hidangan popular di Guangdong dan banyak ditawarkan di restoran mewah wilayah berkenaan.
Pelanggan restoran itu, Lin Sun, 44, berkata, dia datang bersama isterinya ke restoran berkenaan untuk meraikan hari lahir apabila tiba-tiba suasana menjadi kecoh.
“Kami tidak mengetahui apa yang berlaku, tetapi dapat mendengar jeritan dari dapur. “Kami nampak pekerja restoran menghubungi doktor. “Apabila bantuan perubatan tiba, dia sudah meninggal dunia,” katanya.
Selepas mendengar berita itu, dia dan isterinya segera meninggalkan restoran berkenaan. Mangsa patukan ular tedung Indochina biasanya mengalami sesak nafas kerana toksik dalam bisa ular melumpuhkan sistem pernafasan.
Jurucakap polis berkata, ia adalah kes luar biasa tetapi dikategorikan sebagai kemalangan.
“Tiada apa yang dapat dilakukan untuk menyelamatkan Peng. “Sepatutnya vaksin antibisa boleh membantu, namun ia tidak sempat diberikan. Ia memang tragik,” katanya.
Pakar ular, Yang Hong-chang berkata, menyatakan semua reptilia boleh hidup sehingga satu jam selepas terputus sebahagian atau keseluruhan badannya.
“Memang ada kemungkinan ular itu masih hidup walaupun kepala dan badannya sudah terpisah. “Apabila kepala ular dipotong, sistem badannya terhenti namun masih ada tindak balas boleh berlaku dan ia mampu mematuk,” katanya. 
- Agensi

Read more...

Khamis, 21 Ogos 2014

Senarai nama kumpulan pertama jenazah mangsa tragedi MH17


SEPANG: Berikut adalah senarai jenazah mangsa tragedi pesawat MH17 warganegara Malaysia yang akan tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA, esok, untuk istiadat penghormatan.

Anak Kapal:
1) Mastura Mustafa (P)
2) Ahmad Hakimi Hanapi (L)
3) Hamfazlin Sham Mohamed Arifin (P)
4) Nur Shazana Mohamed Salleh (P)
5) Dora Shahila Kassim (P)
6) Lee Hui Pin (P)
7) Angeline Premila Rajandaran (P)
8) Chong Yee Pheng (P)
9) Azrina Yakob (P)

Penumpang:
1) Foo Ming Lee (L)
2) Karamjit Singh Karnail Singh (L)
3) Ng Qing Zheng (L)
4) Mabel Anthony Samy (P)
5) Paul Rajasingam Sivagnanam (L)
6) Elisabeth Ng Lyeti (P)
7) Ariza Ghazalee (P)
8) Muhammad Afif Tambi (L)
9) Noor Rahimmah Mohd Nor (P)
10) Mohd Ali Md Salim (L)
11) Hasni Hardi Parlan (L)

Sumber


Read more...

Selasa, 19 Ogos 2014

2 ANGGOTA TENTERA MAUT,KERETA PERISAI TERBALIK

Sandakan: Dua anggota tentera maut manakala empat lagi cedera ringan selepas kereta perisai Adnan yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dan terbalik di Labuk Bay, Jalan Sungai Tiram, Batu 19, di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 11.15 pagi itu, mangsa yang maut Ahmad Fikri Mansur, 23, berasal dari Kelantan dan Mohd Hanif Fattahur Rahim, 31, berasal dari Johor. 
Sementara itu, empat mangsa yang cedera kini menerima rawatan di Hospital Duchess Of Kent Sandakan. 

Difahamkan, ketika kejadian semua anggota tentera dalam perjalanan dari Kampung Sungai Titam menuju ke Kem Sri Kinabatangan Batu 7, di sini.
Apabila tiba di lokasi kejadin kereta perisai berkenaan hilang kawalan lalu terbalik menyebabkan dua anggota tentera maut di tempat kejadian manakala empat anggota tentera cedera ringan dikejarkan ke hospital.
Sumber myMetro

Read more...

Isnin, 18 Ogos 2014

Bot Karam, Pelancong Minum Air Kencing Untuk Hidup

Antara penumpang yang berjaya menyelamatkan diri dalam tragedi bot karam di Indonesia.

BEBERAPA pelancong terpaksa berenang selama enam jam dan minum air kencing untuk terus hidup selepas sebuah bot karam di Indonesia, malam Sabtu.

Dua warga Britain dimasukkan ke hospital manakala 15 orang lagi masih hilang.

Sebuah bot yang membawa sekumpulan pelancong dalam perjalanan dari Lombok ke Kepulauan Komodo di selatan Indonesia dekat Bali sebelum karam kira-kira pukul 7 petang waktu tempatan, malam Sabtu.
Seramai 10 penumpang yang dipercayai warganegara New Zealand, Sepanyol, Perancis, Jerman, Belanda dan Britain berjaya diselamatkan.

Mereka berenang selama beberapa jam sebelum tiba di sebuah pulau terpencil.

Sekumpulan pelancong itu dilaporkan bermalam di sana dan terpaksa minum air kencing untuk menghilangkan dahaga.

Seorang jurucakap Kementerian Luar berkata: 'Kami mengetahui dua warganegara Britain dimasukkan ke hospital selepas tragedi bot karam di Barat Nusa Tenggara, Timur Indonesia pada Sabtu. Kami sedang menyediakan bantuan konsular. 

"Kami turut berhubung dengan pihak berkuasa mengenai tragedi itu dan bersedia menawarkan bantuan konsular kepada mana-mana warga Britain yang terlibat".


mStar Online


Read more...

Penyelidik temui asteroid akan hentam Bumi pada tahun 2880

GAMBAR lakaran artis menunjukkan sebuah asteroid menghentam Bumi.

WASHINGTON - Sekumpulan penyelidik di Universiti Tennessee, Amerika Syarikat (AS) menjumpai sebuah asteroid gergasi yang berkemungkinan menghentam Bumi pada tarikh 16 Mac 2880, lapor akhbar MailOnline semalam.
Semua kehidupan dijangka mati ekoran hentaman tersebut.

Walaupun peluang untuk asteroid sepanjang satu kilometer yang dikenali sebagai 1950 DA menghentam Bumi adalah satu bagi setiap 300 tetapi bagi pandangan para saintis, peluang objek berkenaan berlanggar dengan Bumi tetap ada.
Menurut laporan yang disiarkan di jurnal Nature, para saintis memberitahu, asteroid berkenaan mempunyai diameter hampir satu kilometer dan bergerak dengan kelajuan kira-kira 14 kilometer sesaat menuju ke Bumi.
Asteroid berkenaan juga berputar dengan sangat pantas iaitu sekali dalam tempoh dua jam dan enam minit.
Dengan putaran sepantas itu, asteroid berkenaan sepatutnya berpecah tetapi satu tenaga yang dikenali sebagai van der Waals menjadikan batu angkasa itu tetap tidak terbelah.
Menurut para saintis, mereka tidak pernah menemui tenaga seperti itu pada sesebuah asteroid.
Sekiranya asteroid berkenan menghentam Bumi ia akan berlanggar pada kelajuan 61,155 kilometer sejam dan menghasilkan tenaga menyamai kuasa 44,800 megatan trinitrotoluena (TNT).
Impak pelanggaran itu menyebabkan letupan yang sangat besar dan kejadian tsunami serta mengubah iklim Bumi serta memusnahkan semua kehidupan di Bumi.
 - AGENSI(KOSMO!)


Read more...

Ahad, 17 Ogos 2014

MH17, 2 lagi mayat rakyat Malaysia dikenal pasti

THE HAGUE: Pihak berkuasa Belanda mengenal pasti dua lagi mayat warga Malaysia , menjadikan setakat ini 26 jenazah rakyat Malaysia mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang disahkan identiti mereka.
 Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata perkembangan terbaharu itu telah dimaklumkan kerajaan Belanda kepada Kedutaan Malaysia dan MAS.
 "Saya dimaklumkan mengenai perkara itu dalam perjumpaan dengan Duta Besar kita di Belanda, Datuk Dr Fauziah Mohamad Taib dan Naib Presiden Perkhidmatan Operasi MAS, Datuk Baharom Mohd Yatim semalam.
 "Perkara ini telah dimaklumkan kepada keluarga. Proses dokumentasi kini sedang dijalankan dan akan disiapkan secepat mungkin sebelum upacara sembahyang atau pembakaran mayat dilakukan.
 "Juga untuk makluman, kedua-dua kerajaan sedang berusaha keras bagi memastikan dua mayat ini dapat dihantar pulang segera," kataya.
 Pada 14 Ogos lepas, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata 24 jenazah rakyat mangsa tragedi MH17 telah dikenal pasti oleh pihak berkuasa Belanda, iaitu 14 penumpang dan 10 anak kapal.
 Beliau turut berkata, 16 jenazah mangsa nahas yang berlaku 17 Julai itu, termasuk seorang bukan warga Malaysia, akan dihantar pulang ke Kuala Lumpur dengan sebuah pesawat khas yang dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 10 pagi, Jumaat ini.
 Tarikh itu juga diumum sebagai hari berkabung negara dan satu istiadat penghormatan jenazah mangsa tragedi itu akan diadakan pada hari berkenaan di Kompleks Bunga Raya, KLIA.
 Wee yang sebelum ini dilantik untuk menguruskan proses pengurusan mayat rakyat Malaysia beragama Buddha, berkata pihaknya menjangkakan untuk mengumpul semua abu dan mayat bukan Islam pada Khamis untuk proses penghantaran pulang ke Kuala Lumpur.
 Katanya, perbincangan berterusan dengan kerajaan Belanda sentiasa diadakan dan dikemas kini bagi memastikan segala prosedur operasi standard dan dokumentasi dilakukan dengan betul dan lancar.
 Mengulas kehadiran pelbagai ketua agama bukan Islam yang dibawa khas dari Malaysia untuk upacara pengurusan mayat dalam konteks keagamaan, Wee berkata pihaknya berpuas hati dengan sambutan baik yang diberikan untuk penyempurnaan upacara berkaitan.
 "Kita tidak tahu bila lagi akan ada mayat bukan Islam untuk diletakkan di bawah mereka selepas ini dan oleh itu kita akan terus berbincang dan bekerjasama untuk memastikan upacara ini terus berjalan lancar.
 "Kita juga dapat sambutan yang sangat baik daripada persatuan Buddha di sini untuk sukarela adakan sendiri atau menyertai upacara pengurusan mayat," katanya.
 Dilaporkan, Ketua Agama Buddha, Sing Han; Ketua Agama Tao Daozhang, Tan Boon Sin; Ketua Agama Hindu, S Mohanshan; dan Ketua Agama Sikh, Sardar Harcharan Singh diterbangkan khas dari Malaysia sejak beberapa hari lepas untuk upacara pengurusan mayat bukan Islam.
 Penerbangan MH17 milik Malaysia Airlines yang membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal, terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Russia, dipercayai akibat ditembak jatuh.
 - BERNAMA

Read more...

Sabtu, 16 Ogos 2014

Lelaki Pakistan diburu ekoran kehilangan wang lebih RM100,000 dari akaun milik 4 penumpang MH370

Ali Farran suspek buruan polis.
Kuala Lumpur: Polis memburu seorang lelaki warga Pakistan dikenali sebagai Ali Farran bagi membantu siasatan berhubung kehilangan wang lebih RM100,000 dari akaun milik empat penumpang Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Izany Abdul Ghani berkata, suspek berusia awal 30-an dan bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel motosikal di Pandan Indah.
“Alamat terakhir suspek yang dikesan ialah di Nombor 2B, Lorong Kemajuan Dua Kampung Pandan, Ampang dan kali terakhir dilihat berada di kawasan berkenaan pada hari raya keempat lalu.
“Siasatan lanjut di tempat kerjanya mendapati suspek sudah enam bulan tidak datang bekerja,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Difahamkan, Ali Farran adalah individu yang menerima wang pemindahan sebanyak RM35,000 daripada akaun keempat milik penumpang MH370.
Izany berkata, kelmarin, polis menahan sepasang suami isteri di dua lokasi berbeza di Ampang kira-kira jam 4 petang untuk membantu siasatan.
“Wanita kerani bank berusia 33 tahun ditahan di rumah di Saujana Ampang manakala suaminya yang bekerja sebagai mekanik ditahan di sebuah bengkel di Pandan Indah,” katanya.
Menurutnya, kedua-dua suspek ditahan reman sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan.
Dalam pada itu, beliau berkata, polis sudah merakam keterangan enam individu termasuk pengurus bank yang membuat laporan berkenaan.
Beliau meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai lelaki warga Pakistan itu menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nor Azmi Mohd di talian 012-7790686.
Maklumat juga boleh disalurkan kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi Asisten Superintendan Musa Masidi di talian 017-3434060 atau IPD Dang Wangi 03-26002222 untuk membantu siasatan.
Rabu lalu, akhbar melaporkan lebih RM100,000 daripada empat akaun bank milik penumpang MH370 lesap dipercayai dipindah dan dikeluarkan kakitangan bank tanpa kebenaran.
Empat mangsa berkenaan adalah dua penumpang warga China, Ju Kun dan Tian Jun Wei, satu akaun pramugara warga Malaysia, Tan Size Hian dan satu akaun penumpang warga Malaysia, Hue Pui Heng.
Difahamkan, wang daripada tiga akaun mangsa dipindahkan ke akaun milik seorang lagi mangsa tanpa kebenaran melalui e-banking atau pemindahan melalui perbankan Internet.

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP