GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Memaparkan catatan dengan label Dunia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dunia. Papar semua catatan

Sabtu, 25 Oktober 2014

Kasanova cetus ketakutan kepada wanita wanita yang pernah ditidurinya selepas mati

DECU si kasanova membawa virus HIV.

Majlis pengebumian seorang kasanova tiba-tiba kecoh apabila sejumlah wanita panik kerana mendapati lelaki terbabit dijangkiti virus HIV.

Puluhan wanita di sebuah bandar di daerah Dolj terpaksa mengambil ujian HIV kerana menyedari mereka pernah menjalin hubungan dengan Daniel Decu.

Ketika hidup, Decu, 24, mengetahui statusnya, tetapi dia merahsiakan daripada orang lain.

Hanya selepas dia mati dan pihak hospital menjalankan bedah siasat, keadaan kesihatannya terdedah.

Sesetengah bekas kekasih Decu dimaklumkan mengenai perkara itu ketika hari pengebumiannya.

Media semalam melaporkan, kebanyakan wanita terbabit berang kerana sikap Decu itu menyebabkan mereka mungkin dijangkiti virus maut berkenaan.

Sumber berkata, 40 orang wanita menjalani ujian darah dan kini berdebar-debar menunggu keputusannya.

“Selain mereka, ada beberapa wanita lain mengetahui keadaan kesihatan Decu sebelum dia mati.
“Sekurang-kurangnya dua orang disahkan positif HIV,” katanya. 
- Agensi

Read more...

MARIAH CAREY TAYANG PUNGGUNG DI MALAYSIA ?

Mariah Carey

DIVA Pop antarabangsa, Mariah Carey tayang punggung ketika beraksi dalam konsert 'The Elusive Chanteuse Show" Tour in Malaysia 2014'? Biar betul!?

Bintang barat itu dikatakan menarik perhatian penonton membuat beberapa ‘pose’ atau aksi nakal yang mendedahkan punggungnya kepada peminat.


VIDEO

Dengan hanya mengenakan jaket hitam pendek paras punggung, aksi-aksinya dikatakan menggamatkan lagi kehangatan konsert yang berlangsung di Dataran Merdeka malam semalam.

Setiap kali bintang ini membuat aksi tersebut, stadium dikatakan gegak gempita dengan sorakan peminatnya.

Konsert Carey dilapor bermula pada jam 9.15 malam semalam.

Bagi membuka tirai persembahan, Carey memilih untuk mendendangkan singlenya yang bertajuk ‘'Fantasy', 'Touch My Body' dan 'Shake It Off'.

Namun kehangatan konsert terhenti dan bertukar suasana panik akibat kebakaran kecil di pentas stadium.

Menurut sumber, kebakaran tersebut terjadi ekoran percikan bunga api yang menyambar bahagian bawah tirai yang melatari pentas.

Kebakaran tersebut disedari oleh kru dan segera dipadamkan sebelum keadaan menjadi tidak terkawal.

Menurut laporan, insiden tersebut berlaku sebaik Mariah Carey menamatkan alunan single ‘Hero’.

"Oh, ada kebakaran rupanya di situ? (sambil menunjukkan ke arah tirai yang terbakar itu)".

"Ini berereti konsert saya pada malam ini bukan saja diterangi cahaya gemerlapan (spotlight, percikan bunga api), hujan tapi... juga ada kebakaran. Tak mengapa..., apa pun yang berlaku persembahan harus diteruskan juga", katanya dengan tenang.


SH



 

Read more...

Jumaat, 24 Oktober 2014

Diperkosa Ayah Kandung dan Guru, Siswi Hamil 5 Bulan

imej Carian

Dunia pendidikan kembali tercoreng. Kali ini nasib tragis menimpa seorang gadis berinisial M berusia 14 tahun. Gadis yang masih duduk di bangku sekolah dasar (SD) kawasan Johor Bahru Utara ini mengaku telah dicabuli oleh ayah kandung dan gurunya. Akibatnya, saat ini M hamil lima bulan. 

Kes tersebut mendapatkan pengendalian khas dari Lembaga Perlindungan Anak (LPA) Jawa Timur. Ketua Bahagian Data dan Penyelidikan, Lembaga Perlindungan Anak (LPA) Jatim, Isa Anshori berkata, saat ini korban dalam pengendalian LPA Jatim. Menurut Isa, dalam persoalan ini Keluarga menjadi sebahagian dari masalah sehingga korban harus dipisahkan. 

"Yang terpenting anak ini selamat. Artinya, kita pisahkan dari keluarga kerana keluarga menjadi sebahagian dari masalah itu. Selain itu, yang terpenting adalah hak untuk mendapatkan pendidikan menjadi keutamaan utama dari LPA," kata Isa kepada Okezone, Jumat (24/10/2014 ). 

M memang berasal dari keluarga kurang mampu dan tinggal bersama ayahnya sejak ibu bapanya bercerai. Hasil pendalaman LPA, M kerap dicabuli oleh ayah dan gurunya sendiri. Ayah dan gurunya sempat lempar tanggung jawab saat diketahui M sedang hamil. Namun kes tersebut sudah dilaporkan ke polis. 

"Lembaga pendampingan sebelumnya memang telah melaporkan ke Polisi. LPA sendiri memang mempunyai bahagian undang-undang. Untuk saat ini yang terpenting adalah hak-hak korban tetap dipenuhi," katanya. 

Isa menambah, hak tersebut adalah M tetap boleh belajar walaupun tidak berada di sekolah atau di rumah. Pihaknya, sudah meminta agar secara pentadbiran siswi ini tetap tercatat. 

"Meski tidak berada di sekolah tetapi secara pentadbiran tercatat di sekolah tersebut. M belajar di rumah di bawah koordinasi LPA Jatim," tambahnya.

Okezone.com


Read more...

Lelaki 'Dengar' Rama-Rama Kibas Kepak Dalam Telinga

Mikey lega selepas rakan berjaya keluarkan rama-rama dalam telinganya.

SEORANG lelaki menjadi tidak keruan apabila pendengarannya diganggu dengan bunyi seolah-olah ada sesuatu sedang bergerak-gerak dan mengibaskan kepak dalam telinganya.

Hanya dikenali sebagai Mikey, lelaki itu ditemui rakannya terbaring di lantai sambil mengadu mengesyaki ada serangga masuk ke dalam telinganya dan ia mungkin rama-rama.
Mikey juga memberitahu rakannya, dia dapat mendengar pergerakan serangga itu dalam telinganya terutama ketika kepaknya dikibas.

Menggambarkan saat serangga itu terbang ke dalam telinganya, Mikey berkata: "Saya dapat rasakan ia masuk, saya cuba menepis tetapi gagal."

Kejadian di Missouri, Amerika Syarikat ini menyebabkan rakannya terpaksa menggunakan lampu suluh dan penyepit untuk mengeluarkan rama-rama itu.

Tambah menyukarkan keadaan apabila telinga Mikey juga dipenuhi tahi telinga menyebabkan rakannya perlu membersihkannya dahulu, sebelum meneruskan usaha untuk mengeluarkan rama-rama yang bersembunyi jauh ke dalam lubang telinga lelaki malang itu.

Selepas beberapa kali cubaan gagal, akhirnya mereka berjaya menarik keluar rama-rama coklat sepanjang kira-kira tiga sentimeter dan ia masih hidup.

Sambil serangga itu mengibaskan kepaknya di lantai, Mikey yang ternyata lega berulang kali mengucapkan terima kasih kepada rakan yang membantunya.

Pada awal bulan ini, Mirror melaporkan bagaimana pengembara Britain terpaksa menahan rasa sakit dan tidak selesa apabila lintah melekat pada hidungnya.

Daniella Liverani ke Vietnam dan mengalami pendarahan hidung dan sebaik pulang ke Edinburgh dan mendapatkan rawatan, doktor mengesan adanya lintah pada hidungnya.

Selain itu, pada Ogos, Brit Rob Fielding dilaporkan menjalani pembedahan selama 90 minit untuk mengeluarkan rama-rama yang dikatakan berterbangan dalam kepalanya.
Sumber

Read more...

Cubaan terbaharu ceroboh Rumah Putih dipatahkan

Anggonta perkhidmatan perisik menjaga bahagian utara di rumah putih selepas kejadian dimana seorang lelaki memanjat pagar dan masuk ke Kompleks berkenaan semalam - Foto AP
WASHINGTON: Rumah Putih sekali lagi diceroboh apabila seorang lelaki melompat pagar dan diserbu anjing pasukan perisik sebelum suspek ditahan, semalam.
"Anjing berjaya menyerbunya," kata jurucakap perkhidmatan perisikan, Edwin Donovan.
Beliau mengenal pasti penceroboh itu sebagai Dominic Adesanya, 23, dari Bel Air, Maryland dan berkata dia tidak bersenjata ketika ditahan.
Gambar video menunjukkan ejen Perkhidmatan Perisik mengerumuni lelaki terbabit di bahagian utara Rumah Putih pada jam 7.15 petang yang menyebabkan Rumah Putih ditutup selama 90 minit susulan kejadian itu.
Kejadian berlaku kira-kira sebulan selepas seorang penceroboh bersenjatakan pisau memanjat pagar Rumah Putih dan masuk ke dalam dewan eksekutif, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai tahap keselamatan di kompleks yang dikawal rapi itu.
Insiden itu juga membawa kepada peletakan jawatan Pengarah Perkhidmatan Perisik, Julia Pierson. 
- REUTERS(BH)

Read more...

Pencuri sembunyi jam dalam kemaluan

Sumber Carian Google

Seorang pelancong menyangka tindakannya memanggil tukang urut ke bilik hotelnya di Manhattan selepas berkenalan di sebuah bar akan berakhir seperti yang diharapkan.

Namun Brenton Price nyaris terpaksa membayar ‘harga’ lebih apabila sebuah jam tangannya bernilai AS$25,000 (RM81,860) hilang.

Dalam kejadian Isnin lalu, Price membawa pulang tukang urut, Shacarye Tims, kira-kira jam 5.30 pagi.

Pada suatu ketika, Price mendapati jam tangan Rolex Yacht-Master II itu hilang kira-kira 10 minit kemudian, tetapi Shacarye berkata, ia mungkin terjatuh di tepi katil.

Apabila Price kelam-kabut mencari jam berkenaan, wanita terbabit tergesa-gesa meninggalkan bilik berkenaan, namun sempat ditangkap di lobi hotel.

Sumber polis berkata, pergaduhan itu menyebabkan muka Price bengkak-bengkak akibat ditampar Shacarye berkali-kali.

Shacarye kemudian ditahan dan selepas pemeriksaan dibuat, jam berharga itu akhirnya ditemui disembunyikan dalam kemaluan wanita terbabit.

“Dia kemudian ditangkap dan didakwa atas tuduhan merompak,” katanya, semalam.

Sementara itu, peguam bela Shacarye berkata, amat mengejutkan apabila seorang wanita dibuli pihak berkuasa semata-mata mahu mendapatkan objek pada anggota sulitnya.

Pemeriksaan lanjut mendapati Shacarye pernah ditangkap atas kesalahan lain sebelum ini, termasuk mencuri dan melacur. 

- Agensi


Read more...

Khamis, 23 Oktober 2014

Google padam gambar TANPA PAKAIAN SELEBRITI

Antara selebriti yang dipadam gambar bogel mereka.

Isu skandal ‘Celebgate’ atau penyebaran gambar bogel selebriti di internet menyebabkan laman carian Google memadam puluhan ribu gambar tersebut, selepas diancam dikenakan tuntutan mahkamah, lapor sebuah laman web, ZDNet.

Gambar HOT !
Dalam kenyataannya kepada laman web berkenaan, Google telah memadam puluhan ribu gambar selebriti serta menutup beratus-ratus akaun berkaitan skandal tersebut.

Bulan lalu, cache foto peribadi milik beberapa selebriti termasuk Jennifer Lawrence, Mari Elizabeth Winstead dan model baju renang Sports Illustrated, Kate Upton dicuri dan dimuatnaik di laman web popular seperti 4chan dan Reddit.

Peguam industri hiburan, Martin Singer memberitahu, Google mendapat keuntungan berjuta-juta dengan melakukan penindasan terhadap golongan wanita dan boleh dikenakan tindakan untuk ganti rugi lebih daripada 100 juta dolar.

 Singer turut menghantar beberapa notis pelanggaran Akta Hak Cipta Milenium kepada Google, agar penyedia perkhidmatan internet tersebut memadam bahan-bahan tersebut.


SH

Read more...

Selasa, 21 Oktober 2014

Lelaki buang suku tan bahan porno ditahan

Seorang pesara yang membuang hampir suku tan bahan pornografi di sebuah taman di sini ditahan tetapi berkemungkinan besar tidak dituduh di mahkamah kerana bahan terbabit adalah milik rakannya yang sedang sakit, menurut polis.
Hideaki Adachi dilihat memunggah 17 guni filem dan majalah, termasuk kira-kira 500 pita video VHS dari sebuah trak di sebuah taman kecil di Osaka.
Menurut polis, Adachi, 70, ditahan kerana disyaki membuang secara haram 200 kilogram bahan pornografi, tetapi dibebaskan pada hari berikutnya selepas dia memberitahu polis barangan terbabit ditemui di sebuah stor milik rakannya yang sakit.
"Dia ingin membuangnya bagi membantu rakannya," kata seorang jurucakap.
Ditanya apakah pesara berkenaan meninggalkan bahan terbabit di taman itu untuk diberikan kepada orang lain, jurucakap itu berkata polis tidak berpendapat sebegitu kerana pita video berkenaan tidak disusun untuk dilihat.
Adachi yang bekerja secara suka rela di taman berkenaan bagi membantu orang gelandangan, berharap koleksi itu akan dipungut dan dibawa ke tempat pelupusan.
 - AFP

Read more...

MAUT DIBUNUH KERANA KENCING ATAS TILAM

Polis wilayah Yunnan menangkap seorang lelaki kerana dipercayai membunuh anak lelakinya sebelum memotong kemaluan mangsa.

Berdasarkan laporan, tindakan tidak berperikemanusiaan berkenaan didorong rasa marah suspek terhadap anaknya yang suka kencing di atas tilam.

Jurucakap polis semalam berkata, Tang Minghua, 39, terpaksa bersendirian membesarkan anak lelakinya, Kao, 9, selepas ditinggalkan isteri.

“Pasangan berkenaan mengalami masalah rumah tangga.

“Tang ditinggalkan kerana isterinya menjalin hubungan dengan lelaki lain,” katanya.

Namun kesalahan mungkin bukan terletak pada isteri Tang semata-mata.

Berdasarkan kenyataan jiran, Tang tidak mempunyai pekerjaan sebaliknya sering menghabiskan masa mabuk di rumah.

Bosan dan kecewa dengan keadaan rumah tangga berantakan serta rindu kepada ibunya, Kao ‘memberontak’ dan mula kerap kencing di atas tilam.

Jurucakap polis berkata, Tang dipercayai hilang sabar kelmarin kerana Kao sekali lagi kencing di atas tilam walaupun sebelum itu disuruh ke tandas.

“Kao enggan ke tandas kerana mendakwa dia tidak berasa mahu kencing,” katanya.

Berdasarkan siasatan awal, Tang dipercayai mengheret Kao keluar dari rumah mereka di Zhenxiong dan memaksanya kencing.

Apabila budak itu berdegil, Tang mula mencekik anaknya sehingga mati.

Kemaluan Kao kemudian dipotong sebelum Tang kembali ke rumah untuk tidur.

Kejadian berkenaan hanya disedari selepas penduduk setempat ternampak mayat Kao terbaring di depan rumah.

Jurucakap polis berkata, Tang menyalahkan isterinya atas kejadian itu.

- Sumber



Read more...

Isnin, 20 Oktober 2014

Keluarga mangsa MH17 dari Belanda ke tapak nahas cari sendiri mayat sepupu yang belum dijumpai

SEORANG ahli keluarga mangsa nahas MH17 dari Belanda, Robby Oehlers pergi sendiri ke tapak lokasi nahas di timur Ukraine untuk mencari mayat sepupunya yang masih belum dijumpai. - Foto NOS/De Telegraaf
THE HAGUE: Seorang ahli keluarga mangsa nahas MH17 dari Belanda pergi sendiri ke tapak lokasi nahas di timur Ukraine untuk mencari mayat sepupunya yang masih belum dijumpai.
Stesen televisyen Belanda, NOS menunjukkan bagaimana Robby Oehlers berada di tapak nahas di mana pesawat Malaysia Airlines (MAS) terhempas pada 17 Julai lalu yang mengorbankan semua 298 orang di dalam pesawat.
Pakar forensik Belanda setakat ini sudah mengenal pasti identiti 278 mangsa, namun belum menemui Daisy Oehlers, 20, yang dalam penerbangan ke Bali bersama rakannya, Bryce Frederiksz, 23, ketika pesawat Boeing 777 itu terhempas.
SEORANG ahli keluarga mangsa nahas MH17 dari Belanda, Robby Oehlers pergi sendiri ke tapak lokasi nahas di timur Ukraine untuk mencari mayat sepupunya yang masih belum dijumpai. - Foto ANP/De Telegraaf
Keluarga Oehlers sebelum ini 'marah dan kecewa' kerana pihak berkuasa mengambil masa terlalu panjang untuk mengesan mayat mangsa.
"Justeru, Robby Oehlers memutuskan untuk melawat ke tapak nahas dan merancangkannya dengan menghubungi kumpulan pemisah," lapor stesen penyiaran itu.
Empat pakar Belanda kembali semula ke lokasi nahas yang kini dikuasai puak pemisah pro-Russia di timur Ukraine namun kerajaan Belanda berulang kali mendakwa mereka tidak diberi akses sepenuhnya ke kawasan kejadian.
Meskipun dalam keadaan tembakan masih kedengaran, Oehlers meneruskan pencarian dengan menjumpai beg pakaian berwarna biru berhampiran bangkai gear pendaratan dan enjin pesawat.
"Sukar untuk berkata-kata. Ia amat menyedihkan kerana siasatan belum boleh dilakukan sampai ke tahap ini," kata Robby. - AFP
BH

Read more...

Ahad, 19 Oktober 2014

SMS dari kubur

Sudah menjadi kebiasaan apabila seseorang yang dikasihi meninggal dunia, timbul persoalan mengenai apa yang hendak dibuat dengan nombor telefon bimbitnya.

Ada yang enggan memadamkan nombor telefon itu sementara ada yang berasa selesa menghantar mesej pesanan ringkas (SMS) kepada orang yang pernah mereka sayang.

Bayangkan apa yang berlaku jika SMS yang dihantar itu dijawab.

Sheri Emerson menghantar mesej pesanan ringkas kepada mendiang neneknya, Lesley, yang dikebumikan bersama-sama telefon bimbitnya.

Tetapi sehari kemudian, dia menerima jawapan: "Saya memerhatikan anda. Jangan risau. Anda akan berjaya mengatasinya. Anda akan selamat."

Sheri yang terkejut menerima mesej itu, menelefon nombor berkenaan dan orang yang menjawabnya mengaku menghantar mesej berkenaan.

Sebenarnya, syarikat telekomunikasi 02 menjual nombor yang pernah digunakan nenek Sheri kepada pelanggan lain selepas ia tidak digunakan selama tiga tahun.

"Saya terkejut menerima jawapan itu. Saya menghantar mesej Rabu lalu, menceritakan mengenai keluarga kami dan keesokannya, saya mendapat jawapan. Saya tahu nenek tidak akan menjawab. Tetapi, tiba-tiba saya menerima jawapan daripada nombornya.

"Anda sendiri boleh bayangkan keadaan saya ketika itu," katanya.

Sementara itu, 02 mengesahkan ia menjual nombor Lesley kepada seorang pelanggan barunya.

-AFP


Read more...

Sabtu, 18 Oktober 2014

Lelaki tertekan dipakaikan seluar dalam wanita selepas pembedahan

imej Carian

Seorang lelaki mengambil tindakan mahkamah atas alasan tertekan selepas mendakwa sedar dari satu pembedahan dengan memakai seluar dalam wanita berwarna merah jambu.

Andrew Walls, 32, dari Dover, Delaware, mendakwa dia dipakaikan seluar dalam itu ketika tidak sedarkan diri sewatu menjalani pembedahan di Pusat Pembedahan Delaware pada Oktober 2012.

Dia kini menuntut bayaran ganti rugi atas alasan mengalami tekanan mental dan kehilangan pendapatan.

Menurut laporan Delaware Online, Walls ialah kakitangan pusat pembedahan itu.

“Apabila Walls sedar daripada kesan anesthesia selepas menjalani pembedahan, dia mendapati dia dipakaikan seluar dalam wanita merah jambu

“Dia tidak memakai seluar dalam wanita itu ketika dimasukkan ke bilik bedah dan tidak pernah dengan secara sukarela menawar diri untuk memakainya,” menurut saman yang difailkan di Mahkamah Agung New Castle County, semalam.

Di samping itu, Peguam Gary Nitsche dalam aduan bagi pihak Walls berkata, rakan plaintif gagal melaksanakan dasar dan prosedur untuk pesakit.

Pengarah pusat pembedahan berkenaan, Jennifer Anderson enggan mengulas sebaliknya berkata: “Kami hanya mengetahui perkara ini semalam.” 

- AFP


Read more...

Khamis, 16 Oktober 2014

4 Gambar,Bekas pesakit kanser tulang jadi model

Elesha Turner

SEORANG bekas pesakit kanser tulang dari Hastings di Timur Essex, England berjaya mendapatkan kontrak sebagai model.

Elesha Turner, 20, dikesan menghidap kanser pada 2013 dan doktor memberi amaran bahawa kakinya mungkin terpaksa dipotong.




Bagaimanapun, kecekalan Turner berjaya menyelamatkan kakinya dan kini beberapa tulang di bahagian paha termasuk lutut terpaksa dibuang dan digantikan dengan titanium.

Elesha berkata, ketika dia mula-mula didiagnosis menghidap kanser, hidupnya umpama sudah berakhir.

Namun, selepas melakukan pembedahan hidupnya kembali ceria apabila disahkan bebas dan pulih daripada penyakit itu.





"Bukan mudah bagi saya berhadapan dengan situasi ini. Selepas pembedahan, saya terpaksa menunggu selama dua minggu sebelum doktor mengesahkan saya bebas daripada kanser," katanya kepada Daily Mail .

Menurut Elesha, impiannya memang mahu menjadi seorang model namun tidak memiliki ketinggian yang mencukupi.

Tuah gadis cantik ini akhirnya menjelma apabila dia terbaca satu artikel mengenai sebuah syarikat yang mencari model daripada kalangan orang kurang upaya.




"Selepas membaca artikel itu, saya terus menghubungi syarikat itu dan lulus uji bakat.

"Kini, saya bakal menjadi penghias dan model kepada kempen syarikat tersebut," katanya.

Kata Elesha lagi, dia mahu menjadi contoh dan inspirasi kepada bekas pesakit kanser untuk menjalani kehidupan seperti insan normal yang lain. 


Sumber


Read more...

ULTRAMAN MEROMPAK DAN MENCABUL

imej Carian
Kuala Lumpur: Tidak hanya diacu pistol malah seorang lelaki turut dibogelkan oleh sekumpulan empat perompak yang muncul dengan memakai topeng watak animasi Ultraman.

Suspek membabitkan tiga lelaki dan seorang wanita sebelum itu bertindak menceroboh kediaman mangsa di Brickfields, di sini, sekitar jam 4 pagi kelmarin.

Sumber polis berkata, mangsa berusia 30-an yang ketika itu berada di ruang tamu terkejut apabila diserang suspek bertopeng yang menyerbu masuk melalui pintu hadapan kediaman.

Menurutnya, suspek mengacukan pistol dan mengarahkan mangsa berdiam diri.

"Mangsa yang sebelum itu sedang melayari Internet dipaksa memindahkan wang tunai ke dalam akaun diberikan suspek.

"Bagaimanapun mangsa enggan akur dengan arahan itu menyebabkan suspek yang berang mengarahkan mangsa membuka baju dan seluar," katanya.

Menurutnya, suspek kemudian merakam gambar dan video bogel mangsa.

"Penjenayah mengugut menyebar video itu ke laman sesawang jika mangsa terus berdegil enggan menyerahkan wang diminta.

"Suspek memberi tempoh sehingga jam 7 pagi kepada mangsa supaya memindahkan wang diminta ke dalam akaun bank suspek," katanya.

Difahamkan suspek terus beredar dari kediaman itu tanpa mencederakan mangsa.
"Bimbang dengan kejadian itu, mangsa tampil membuat laporan polis di Balai Polis Brickfields di sini, untuk tindakan lanjut," katanya.

Sumber myMetro



Read more...

PADAH BILA E-Rokok Meletup

Aspinall menahan kesakitan sebaik dibawa ke hospital untuk menerima rawatan akibat letupan e-rokok.

TINDAKAN seorang perokok beralih kepada e-rokok kerana faktor kesihatan bertukar tragedi apabila alat itu meletup dan mencederakan kakinya.

Kejadian itu berlaku selepas David Aspinall dari Wigan mengecas alat itu terlalu lama hingga ia meletup dan serpihan besi terkena pada beberapa bahagian kakinya.

Malahan, sebahagian besar perabot rumah pangsa lelaki berusia 48 tahun itu juga rosak akibat letupan itu.

Akibat kejadian itu, Aspinall terpaksa menerima rawatan selama sembilan hari di hospital.
Dia mendakwa kakitangan dan doktor yang merawatnya menganggap kecederaan yang dialami itu umpama luka tembakan.
"Kaki saya berlubang akibat terkena serpihan alat e-rokok itu  dan pakar bedah memberitahu ia umpama luka terkena tembakan," katanya.
Akibat kecederaan itu, lelaki itu terpaksa menjalani rawatan kulit selama tiga tahun.

Dia bagaimanapun bernasib baik kerana ketika kejadian masih mampu memaklumkan kejadian itu kepada jirannya dengan menggambarkan insiden itu umpama babak ngeri dalam filem.

Berikutan kejadian itu, Aspinall akhirnya membuat keputusan untuk menggunakan rokok biasa yang dianggap lebih 'selamat'.

Dia juga mendakwa pekedai yang menjual alat e-rokok itu patut dipersalahkan kerana menyediakan bateri yang rosak.

Pada Ogos lalu, seorang lelaki berusia 62 tahun dari Merseyside meninggal dunia akibat kejadian sama, sekali gus kes pertama di United Kingdom membabitkan letupan e-rokok.
Sumber

Read more...

Rabu, 15 Oktober 2014

Lintah dalam hidung selama sebulan

Liverani menyedari terdapat seekor lintah berada di dalam hidungnya sebulan selepas dia pulang dari bercuti.

EDINBURGH - SCOTLAND. Pengalaman gembira seorang wanita selepas pulang bercuti dari Asia Tenggara bertukar mimpi ngeri apabila menemui seekor lintah berada di dalam hidungnya sejak lebih sebulan lalu.

Menurut laporan Straits Times, Daniela Liverani, 24, dari Scotland percaya haiwan sepanjang kira-kira 7.5 sentimeter itu masuk ke dalam hidungnya ketika berada Vietnam atau Kemboja ketika sedang berenang.

Pada awalnya, dia menyangka hidung berdarah berterusan yang dialami berpunca daripada saluran darah pecah akibat kemalangan motosikal ketika percutiannya itu.

"Ketika sedang mandi, ia keluar hingga ke bibir bawah dan saya boleh lihat ia melekat pada hujung hidung saya. Sebelum ini saya sangka objek hitam di dalam hidung itu adalah darah beku, tetapi selepas melihat dengan lebih dekat di cermin, baru saya sedar ia sebenarnya seekor haiwan," katanya.

Menurut doktor, jika Liverani terlewat membuat pemeriksaan, lintah itu berkemungkinan boleh masuk ke dalam otaknya.


Sumber


Read more...

Jururawat Disyaki Bunuh 38 Pesakit Kerana Sakit Hati

Daniella Poggiali kini ditahan untuk siasatan lanjut.
Seorang jururawat di sebuah hospital di sini disyaki membunuh 38 pesakit selepas dituduh menyuntik seorang daripadanya menggunakan kalium klorida hanya kerana sikap pesakit atau keluarga mereka menyakitkan hatinya.

Daniela Poggiali ditahan di Lugo, utara Itali selepas kematian mengejut pesakit berusia 78 tahun yang dimasukkan ke hospital kerana demam biasa.

Berikutan kejadian itu, polis Itali sedang menyiasat dan memperluaskan skop membabitkan kematian 38 pesakit kerana disyaki dibunuh jururawat itu.

Terdapat laporan yang menyebut dia dipercayai membunuh pesakitnya menggunakan kalium, manakala seorang rakan sekerjanya pula memberitahu, Daniela pernah memintanya merakam gambarnya bersebelahan seorang pesakit yang baru meninggal dunia.

Jururawat berusia 42 tahun itu juga pernah secara berseloroh mahu memberikan kalium klorida kepada seorang pesakit yang tenat.

Daniela juga didakwa pernah memberi ubat pelawas buang air besar kepada pesakit sebelum menamatkan syifnya kerana dengan sengaja mahu menyusahkan rakan sekerja pada syif seterusnya.

Wanita ini menjadi suspek berikutan siasatan kes kematian mengejut pesakit di bawah jagaannya, Rosa Calderoni, 78, April lalu.

Ujian menunjukkan saluran darah pesara itu mengandungi sejumlah besar kalium klorida di mana jika ia diberi dalam dos tinggi boleh menyebabkan serangan jantung.

Bahan itu digunakan ke atas banduan yang menjalani hukuman mati di Amerika Syarikat.

Ketua Pendakwa Raya Alessandro Mancini memberitahu sidang akhbar, pihaknya berdepan dengan kesukaran dalam siasatan ke atas Daniela.

mStar Online


Read more...

Padah tiduri suami orang

SEKUMPULAN wanita membelasah Lin yang dituduh meniduri suami salah seorang daripada mereka.

Dia dibogelkan secara paksa dan dipukul tanpa belas kasihan oleh sekumpulan wanita di jalan raya yang sibuk. 

Bukan saja polis tidak datang membantu, malah orang ramai juga tidak campur tangan ketika kumpulan wanita berkenaan menendang celah kelangkang dan payu dara Lin Yao Li, 38, walaupun dia meraung kesakitan. Saksi berkata, Lin tidak layak dibantu kerana dia tidur dengan suami orang. 

Ia kejadian terbaru seumpamanya di China yang menyaksikan wanita dimalu dan dipukul di khalayak ramai kerana menjadi punca lelaki bersikap curang terhadap isteri. 

Dalam kejadian kelmarin, Lin diserbu empat wanita ketika berjalan pulang dari membeli-belah di Puyang, wilayah Henan, di timur China. Dengan menumbuk dan menendangnya sehingga Lin terjatuh sambil meraung kesakitan, penyerangnya kemudian menanggalkan pakaiannya sebelum memukulnya lagi, menarik rambut dan menendang celah kelangkang dan payu daranya. 

Serangan ganas itu dikatakan dirancang oleh isteri lelaki yang didakwa tidur dengan Lin. Dia dibantu tiga rakannya. Orang ramai yang berada di tempat kejadian hanya memerhatikannya. Seorang lelaki tempatan, Jun Feng, 30, yang membantu Lin selepas penyerangnya meninggalkan tempat itu memberitahu stesen televisyen tempatan: "Kejadian ini sudah menjadi perkara biasa. 

"Isteri dan teman wanita membalas dendam terhadap lelaki mereka dengan menyerang wanita lain. Orang ramai tidak berminat membantu." Lin yang calar-balar dan lebam kemudian dibawa ke hospital selepas merayu dipanggilkan ambulans.

-Agensi - 

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP