GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Memaparkan catatan dengan label Gembira. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gembira. Papar semua catatan

Sabtu, 14 Disember 2013

LIVE STREAMING MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 MINGGU KE 5

Kumpulan Sepahtu antara kumpulan yang sering meraih kedudukan terbaik pada setiap minggu

Maharaja Lawak Mega untuk minggu ke 5 . kita akan saksikan 1 lagi penyingkiran ..pendapat admin pada Maharaja Lawak Mega minggu ke 4 ..Bocey di antara peserta/kumpulan memberi saingan hangat.

Namun tema parodi  / Spoof bukan senang bagai disangka.. 

Maharaja Lawak Mega 2013 dihoskan oleh Dato’ Ac Mizal dan mula bersiaran secara langsung dari Dewan MBSA, Shah Alam pada 15 November bermula jam 10 malam di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Kita saksikan Video Kumpulan Bocey untuk minggu ke 4 .. kumpulan ini pun tidak kurang hebatnya ... 




Link ( LIVE STREAMING ASTRO WARNA )


Read more...

Khamis, 12 Disember 2013

4 Gambar,Zain Saidin dan Rozita Che Wan sah Bergelar Suami Isteri

Zain Saidin bergelar suami dengan sekali lafaz. - Foto: IKRAM ISMAIL
SHAH ALAM: Dengan sekali lafaz, pelakon Zain Saidin, 29, kini sah menjadi suami kepada aktres Rozita Che Wan, 40, di Gazebo Setia City Convention Centre, di sini.
Majlis berlangsung kira-kira pukul 9.10 malam Rabu.
Pasangan itu dinikahkan oleh Ketua Pendaftar Nikah Negeri Selangor, Ustaz Alwi Parman.
Rozita diwalikan oleh adiknya, iaitu Roshidi Che Wan.
Pelakon itu menerima sembilan peti hantaran termasuklah wang hantaran dalam bentuk cek berjumlah RM23,200, mas kahwin RM9,300 dan juga cincin nikah bernilai RM93,000.
Peti hantaran yang dibawa turut mengandungi telekung dan sejadah, set minyak wangi, beg tangan, sepersalinan kain, kasut, sirih junjung, telefon bimbit dan cincin.
Manakala pihak lelaki pula menerima sebanyak sembilan peti hantaran berupa baju Melayu, kemeja-T, kasut, beg dan tali pinggang, sirih junjung, set minyak wangi, gelang tangan dan jam serta cincin.
Pada majlis tersebut, Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin yang memakai baju Melayu warna krim masuk ke dewan lebih awal dan diikuti oleh Rozita kira-kira pukul 8.30 malam.

Rozita menggayakan kebaya moden berwarna sama rekaan Man Kajang.
Wanita itu kemudian disarungkan cincin pertunangan oleh ibu Zain iaitu Siti Aishah Abdullah sebelum majlis akad nikah bermula.
Suasana majlis pernikahan Zain Saidin dan Rozita di Shah Alam, Selangor.
Pada majlis itu Rozita turut menggayakan barangan kemas pertama delima terdiri daripada tiara berlian, dua bentuk cincin, sepasang anting-anting labuh, rantai leher dan dua pasang rantai tangan bernilai RM6.5 juta tajaan Habib Jewels.
Sementara itu Zain berkata, dia gembira akhirnya dia menjadi suami kepada Rozita dan berharap agar perkahwinan mereka akan mekar sehingga ke akhir hayat.
"Selama ini kami susah senang bersama. Walaupun masing-masing sibuk dengan karier, Alhamdulillah, kami akhirnya disatukan juga.
"Harap-harap tiada lagi gosip berkaitan dengan kami selepas ini," selorohnya.
Seramai 200 tetamu termasuklah keluarga dan rakan media menghadiri majlis akad nikah bertemakan ala taman itu.
Zain menyarungkan cincin ke jari manis isterinya, Rozita. - Gambar ihsan: IKRAM ISMAIL
Antara selebriti yang hadir ialah Tasha Shilla, Nur Fathia, Ayu Raudhah, Mazlan (Pet Pet), kakak Zain iaitu Sasha Saidin, Micheal Ang dan Azza (Elite).
Majlis persandingan kedua-dua mempelai akan diadakan pada Jumaat ini di Grand Ballroom, Pusat Konvensyen Setia City pada pukul 8 malam.
Sementara itu, Astro Ria menerusi saluran 104 merupakan penyiar rasmi bagi majlis akad nikah dan persandingan kedua-dua pengantin itu.
Rozita yang merupakan seorang janda mempunyai dua orang anak iaitu Aniq Ezzra, 15, dan Ammar Effendy, 17, hasil perkahwinan terdahulu dengan Azuar Effendy Zulkafly, 41. Mereka berpisah pada 2003.
Sumber mStar Online

Read more...

Rabu, 11 Disember 2013

Rozita Che Wan Gayakan Barang Kemas RM11 Juta Pada Malam Berinai

Che Ta dan Zain menggayakan busana berona ungu pada majlis berinai mereka.
SHAH ALAM: Pelakon Rozita Che Wan tampil menawan apabila menggayakan barangan kemas tajaan Habib Jewels bernilai RM11 juta sempena malam berinai yang berlangsung di Dewan N'Dah Shah Alam di sini, malam Selasa.
Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta, 40, memasuki dewan kira-kira pukul 9 sambil menggayakan kebaya moden berwarna ungu gelap rekaan Rizman Ruzaini ditemani bakal suaminya aktor Zain Saidin, 29.
Pelakon drama Kiah Pekasam itu menggayakan barangan kemas pertama delima terdiri daripada tiara berlian, dua bentuk cincin, sepasang anting-anting labuh, rantai leher dan dua pasang rantai tangan bernilai RM6.5 juta.
Duduk di atas pelamin yang dihiasi bunga putih, Rozita dan Zain turut memakai inai tajaan My Beautiful Henna.
Selepas selesai majlis berinai, pasangan tersebut menukar persalinan kedua dari rona putih rekaan Bianco Mimosa.

Pada sesi kedua itu Rozita turut menggayakan set berlian merangkumi sebentuk tiara, cokar mutiara kuning dan berlian, dua bentuk cincin berlian kuning, sepasang anting-anting labuh serta dua pasang rantai tangan berlian lebar bernilai RM5 juta.
Seramai 200 orang tetamu hadir yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat, media dan rakan-rakan artis antaranya Datuk Aznil Nawawi, Ayu Raudhah, Sharifah Shahora dan Mazlan Pet Pet.
Sementara itu, anak sulung kepada Rozita, Ammar Effendy, 17, gembira ibunya bakal mengakhiri zaman jandanya dan berharap kebahagiaan tersebut kekal ke akhir hayat.
"Tiada apa yang lebih penting dari melihat ibu gembira dan Uncle Zain juga saya lihat seorang yang bertanggungjawab dan baik hati," katanya.
Pasangan itu akan dinikahkan pada malam Rabu di Pusat Konvensyen Setia City di sini selepas solat Maghrib.

Sumber mStar Online


Read more...

Selasa, 10 Disember 2013

Nikah esok 11.12.13, Rozita Che Wan akui berdebar

TARIKH 11 Disember (esok), akan menjadi saksi penyatuan dua hati antara dua selebriti Zain Saidin dan Rozita Che Wan. Pasangan yang sudah empat tahun menjalinkan hubungan cinta ini dijangka diijabkabulkan di Gazebo Setia City Convention Centre, Setia Alam sekitar jam 7.30 malam.

Biarpun perkahwinan bersama Zain ini merupakan perkahwinan keduanya, Rozita atau mesra di sapa Che Ta mengakui debaran perkahwinan kedua ini lebih terasa.

Katanya, semua persiapan tela dilakukan dan dia hanya menanti majlis berinai yang akan diadakan di Ndah Mahligai Shah Alam pada jam 8 malam ini.

"Sejujurnya saya sangat berdebar, berbanding perkahwinan sebelum ini. Saya harap semuanya akan berjalan dengan lancar esok (hari ini).

"Alhamdulillah hari ini (semalam), saya hanya berehat-rehat di Ascott Kuala Lumpur yang menaja lokasi penginapan (complimentary) buat saya selama 7 hari 6 malam.

"Memang rasa teruja sebaik mendaftar masuk tadi, apabila setiap sudut bilik dihiaskan dengan bunga kegemaran saya iaitu lily dan turut ada gambar saya dan Zain," katanya kepada Zass.

Che Ta berkata, ke semua ahli keluarganya sudah berada di Kuala Lumpur dan mereka akan berkumpul di Ascott pagi esok sebelum ke majlis berinai.



Tak ambil hati

Sementara itu, dalam kemeriahan dan debaran perkahwinan Che Ta dan Zain, majlis pasangan ini turut di cemuh dan ada sesetengah pihak menganggap kedua-dua selebriti ini cuba menunjuk-nunjuk persiapan perkahwinan mereka yang mendapat tajaan sebanyak RM13 juta.

Bagaimanapun ujar Che Ta, dia dan Zain tidak mengambil hati dengan kata-kata orang lain dan menganggap ia adalah rezeki mereka.

"Soal tajaan itu, pada saya, masing-masing ada pandang. Tapi pada saya, saya sangat berterima kasih pada penaja yang sudi menaja majlis perkahwinan kami dari baju, katering, lokasi, spa dan sebagainya.

"Saya tidak ambil hati dengan apa yang orang hendak katakan," katanya yang akan kembali bekerja selepas pulang dari bulan madu, " katanya.

Sumber sinar


Read more...

Safee Sali pilih gadis Indon

KAD kahwin Mohd Safee
Kuala Lumpur: Penyerang skuad bola sepak kebangsaan Mohd Safee Sali bakal menamatkan zaman duda dengan memilih gadis dari Indonesia dikenali sebagai Shasha sebagai pasangan hidupnya.
Berita mengenai perkahwinan Safee yang bergelar jutawan bola sepak apabila menandatangani kontrak lumayan dengan kelab dari Indonesia Pelita Jaya FC mula tersebar di laman web sebelum ini. 
Bapanya, Sali Mian, 66, ketika dihubungi semalam mengesahkan mengenai perkara itu dan memberitahu Safee bakal mengadakan majlis pernikahannya di Indonesia. 

“InsyaAllah selepas itu majlis perkahwinan akan di adakan di sinilah (Bidor) pada 28 Disember ini,” katanya, namun enggan mengulas lebih lanjut.
Safee sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Sabrina Yusoff pada 2007 namun bercerai pada 2012. Hasil perkongsian hidup dengan Sabrina dia dikurnia dua cahaya mata.
Sumber berita myMetro

Read more...

11.12.13 tarikh popular untuk berkahwin

imej google

Tarikh 11 Disember 2013 - 11.12.13 - kini menjadi hari paling popular untuk pasangan yang mahu mendirikan rumahtangga selepas 10.10.10 (10 Oktober 2010), 11.11.11 (11 November 2011) dan 12.12.12 (12 Disember 2012). 

Malah, beberapa dewan di seluruh Mumbai sudah ditempah untuk hari paling bermakna itu. 

Lucknow, 3,000 majlis kahwin akan berlangsung esok, berdasarkan keterangan beberapa perancang perkahwinan. 

Di daerah Dadar, dewan Suryavanshi Kshatriya Dnyati Samaj menjadi tempat perkahwinan antara Mamta Ibrampurkar dan Shreyas Wadkar. 

Mamta berkata: Saya dan tunang berazam untuk kahwin pada 11.12.13 selepas membaca laporan mengenai pasangan yang berkahwin pada 12.12.12. 

Pada mulanya, keluarga mereka tidak begitu menyokong sebelum mengubah fikiran. 
Pencetak kad perkahwinan, Joaquim D'souza mengakui terlalu sibuk untuk mencetak kad perkahwinan membabitkan tarikh tertentu. 


Kami sudah mencetak kad membabitkan tarikh tertentu sejak 7 Julai 2007 (7.7.7) kerana ia dianggap detik istimewa, katanya. 

Joaquim sudah mencipta kad jemputan khas 11.12.13 untuk pasangan Darshan Kakkar dan tunangnya, Sharon Bangera yang berkata semuanya adalah kebetulan. 
Kami buat keputusan tahun lalu untuk kahwin sebelum 14 Disember kerana bapa saudara Darshan akan ke luar negara pada hari itu. 

Pada ketika itulah kami mula merancang majlis dan mendapati tarikhnya 11.12.13, kata Sharon dan Darshan yang merancang perkahwinan itu berbulan lalu. 

Tukang tilik, Kanika Khatwani berkata tarikh 11.12.13 merujuk kepada suasana romantik dan kasih sayang. 

Seorang ahli perniagaan, Devesh Garg, berkahwin pada 10 Disember 2012 (10.11.12) menyebabkan dia mahu meneruskan tradisi tarikh unik menerusi adiknya, Garvit untuk berkahwin pada 11.12.13. 

Jika seseorang itu berkahwin pada tarikh unik, ia menjadikannya lebih istimewa dan kenangan yang pasti diingati sampai bila-bila, kata Garg.


-AGENSI 



Read more...

Isnin, 25 November 2013

Rozita Che Wan dan Zain Saidin Sahkan Bernikah Pada 11 Disember

Zain dan Rozita
SHAH ALAM: Pasangan pelakon Zain Saidin, 29 dan Rozita Che Wan mengesahkan akan bernikah pada 11 Disember depan iaitu pada Rabu di Gazebo Setia City Convention Centre, di sini, selepas solat maghrib.
Manakala, majlis persandingan akan diadakan pada 13 Disember di Grand Ballroom, Setia City Convention Centre, pada pukul 8 malam.
Sementara itu, bagi majlis berinai akan diadakan di Ngah Mahligai, dekat sini pada 10 Disember, pukul 8 malam.
Rozita, 40, akan turut menerima wang hantaran sebanyak RM23,200 dan mas kahwin bernilai RM9,300.
Sumber

Read more...

Stacy Ciplak style Rambut Miley Cyrus ?

Imej terbaharu Stacy yang diambil daripada Facebook miliknya.
SHAH ALAM: Penyanyi Stacy menganggap imej baharunya dengan penampilan berambut pendek dan berwarna perang bukan menciplak imej artis popular antarabangsa, Miley Cyrus.
Stacy atau nama sebenar Stracie Angie Anam, 23, berkata, fesyen rambut tersebut adalah merupakan trend semasa dan digayakan oleh kebanyakan wanita bukan oleh penyanyi lagu Wrecking Ball itu sahaja.
"Saya tidak meniru Miley Cyrus, gaya ini adalah trend rambut semasa dan digayakan oleh semua wanita seluruh dunia.
"Sebelum Miley, Rihanna juga pernah mengayakan fesyen rambut ini, cuma mungkin ketika ini Miley sedang popular dan orang banyak bercakap tentangnya," katanya kepadamStar Online.
Stacy ketika persembahan lagu Bosan di Separuh Akhir Muzik Muzik 28.
Tambahnya, fesyen rambut tersebut sangat sesuai dengan konsep lagu dan album baharunya yang bakal dikeluarkan awal tahun depan.
Bagaimanapun, jelas Stacy, dia tidak menafikan ada segelintir peminat yang kurang gemar dan mengkritik fesyen rambut tersebut.
"Ramai juga yang tidak suka tapi biasalah sesuatu perkara ada orang yang suka, ada yang tidak.
"Pada saya gaya rambut ini sesuai dengan lagu-lagu rancak yang sering saya bawakan," katanya.
Persembahan bersama Akim untuk lagu Kembali.
Bercakap tentang lagu Bosan yang layak menempatkan dirinya ke Anugerah Juara Lagu 28 pada Januari depan, Stacy berkata lagu tersebut adalah karya yang paling sukar untuk dinyanyikannya.
"Lagu Bosan ini sangat tinggi dan saya perlu menyanyi sambil menari. Ia memerlukan stamina yang sangat kuat.
"Lepas ini saya akan mula berlatih dan joging untuk mendapatkan stamina menyanyikan lagu tersebut di pentas AJL28 nanti," katanya.
Sumber mStar Online

Read more...

Sabtu, 16 November 2013

Murid cemerlang UPSR terima hadiah kereta Mini Cooper dari Bapa

SITI Nur Fatini bersama kereta Mini Cooper yang bakal dihadiahkan bapanya.

KOTA BHARU - "Saya tak sangka ayah akan tunaikan hajat untuk menghadiahkan kereta Mini Cooper kepada saya,” kata pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Siti Nur Fatini Zulaika Zukila, 12.

Anak pembekal ayam di Kota Bharu itu yang juga murid Sekolah Kebangsaan Zainab 1, memperoleh keputusan 5A dalam semua lima mata pelajaran yang diduduki dalam peperiksaan UPSR, diumumkan semalam.

Menurutnya, hadiah itu anugerah istimewa baginya kerana sebelum ini dia pernah menyatakan minatnya terhadap kereta tersebut yang kelihatan comel dan menarik kepada bapanya, Zukila Deraman, 36, dan ibunya, Nor Aishah Mahmud, 31.

“Ayah beritahu saya, jika saya dapat keputusan cemerlang dalam UPSR, dia janji untuk hadiahkan kereta tersebut.

“Memang pada mulanya seperti tidak percaya dan tidak sangka impian untuk memiliki kereta idaman tercapai selepas memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Taman Tanjung Chat, di sini, hari ini.

Anak sulung daripada empat beradik ini bercita-cita menjadi juruterbang dan berhasrat melanjutkan pelajaran ke tingkatan satu di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

“Insya-Allah, mungkin enam tahun lagi apabila saya dapat lesen memandu, saya akan pandu sendiri kereta kesayangan saya ini.

“Ayah dan ibu banyak bagi semangat untuk saya belajar. Mungkin hadiah ini agak pelik bagi saya yang baru berusia 12 tahun tapi inilah pendorong semangat untuk saya berjaya dan berharap akan terus capai keputusan cemerlang di peringkat menengah nanti,” katanya.


Sumber 

Read more...

Rabu, 13 November 2013

Acara cari jodoh untuk golongan pertengahan

BEBERAPA peserta lelaki dan wanita mencari calon pasangan yang sesuai pada acara mencari jodoh.

SHANGHAI - Kerajaan tempatan Shanghai menganjurkan acara mencari jodoh yang melibatkan penduduk berumur 45 tahun ke atas di sini pada 9 November lalu.

Seorang janda, Liu Fenqin yang berusia 53 tahun berkata, dia berharap akan dapat mencari calon suami selepas bercerai lebih 10 tahun lalu.
"Saya mencari seseorang (bakal suami) yang wajahnya tidak hodoh," katanya semasa dia merenung beberapa lelaki yang menyertai acara tersebut.
Menurutnya, dia mahu mencari seorang suami semasa umurnya masih muda.
Namun, seorang anak perempuannya tidak merestui hasratnya ketika itu menyebabkan dia menangguhkan usaha untuk mencari cinta buat sementara waktu.
SEORANG peserta lelaki dan wanita berbual pada acara mencari jodoh di Shanghai, 9 November lalu.

Seorang jurutera, Zheng Zhixin, 68, yang turut hadir pada acara itu berkata, dia telah bercerai dengan isterinya di Jepun.

"Dia (isterinya) mahu tinggal di Jepun tetapi saya mahu pulang ke tanah air. Hala tuju hidup kami tidak sama," katanya.
Acara mencari jodoh itu diadakan di sebuah gudang perabot di sini.
Kira-kira 40,000 orang menghadiri acara tersebut berbanding 30,000 pada tahun lalu.
Pada tahun lalu, had umur peserta yang ditetapkan untuk menyertai majlis itu adalah 60 tahun ke atas. 
- Reuters(kosmo!)

Read more...

Selasa, 12 November 2013

Sofi Jikan Nekad Tinggalkan Bidang Lakonan ?

Sofi Jikan
HULU KLANG: Pelakon Sofi Jikan tetap mengotakan janjinya untuk meninggalkan bidang lakonan selepas patah hati dengan situasi industri perfileman di negara ini.
Sofi atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan, 43, berkata, dia kecewa apabila pelakon sepertinya masih lagi dipandang rendah dengan diberi watak stereotaip selain bayaran yang tidak setimpal dengan usahanya.
"Saya sudah terlibat dalam bidang seni sejak tahun 1995 dan pernah melakukan pelbagai kerja belakang tadbir sebelum bergelar pelakon tetapi keadaan masih tidak pernah berubah.
"Jujurnya memang saya patah hati dengan keadaan industri perfileman hari ini dan saya nekad untuk meninggalkan dunia lakonan," katanya kepada mStar Online.
Sofi ditemui ketika majlis perasmian filem Hantu Tok Mudim di Pertubuhan Rumah Pendidikan Anak Yatim Selangor di sini pada Isnin.
Filem arahan Wan Hafiz itu menampilkan barisan pelakon seperti Izzue Islam, AR Badul, Harun Salim Bachik dan Adrea Abdullah.
Ia bakal ditayangkan di pawagam pada 15 November ini.
Dalam perkembangan sama, Sofi berkata, bukan mudah untuk dia membuat keputusan tersebut namun dia tidak dapat bersabar lagi dengan keadaan industri perfileman yang semakin hancur.
Pun begitu kata Sofi, dia hanya akan sudi berlakon kembali sekiranya jalan cerita dan watak ditawarkan mencabar kredibilitinya sebagai pelakon.
"Sampai bila saya hendak berlakon sebagai gengster? Adakah setakat itu sahaja bakat lakonan saya?," soalnya.
Jelas Sofi lagi, dia juga telah menubuhkan syarikat produksi sendiri iaitu 1Man Film Sdn Bhd dan berhasrat untuk menerbitkan karyanya sendiri selain mahu bergelar pengarah.
Mengulas mengenai lakonannya dalam filem Hantu Tok Mudim, Sofi berkata dia tertarik untuk berlakon dalam karya itu kerana peranannya sebagai Lebai Kulup sarat dengan elemen komedi dan romantik.
Jelas Sofi, walaupun ia watak antagonis namun korektornya berkembang sehingga dia berjaya mencari sisi lain dalam dirinya sebagai pelakon.
"Jarang saya dapat peranan komedi sebegini dan peluang diberikan saya ambil kerana ia adalah sebuah filem komedi dan pada masa sama saya perlu menterjemahkan sifat romantik pada karakter Lebai Kulup," katanya.
Dalam pada itu, Sofi berkata, walaupun tidak lagi berlakon namun selepas ini dia ingin bergiat aktif dalam bidang muzik sebagai penyanyi.
Malah katanya, dia telah pun merakamkan sebuah single bersama kumpulan Aisunam berjudul Madu dan yakin dapat diterima sebagai penyanyi.
"Selepas ini saya ingin buat kemunculan semula sebagai penyanyi kerana sebelum ini saya memang berhasrat untuk menjadi penyanyi," katanya.
Sumber mStar Online

Read more...

Isnin, 11 November 2013

Penyampai TV Venezuela dinobat Miss Universe

REAKSI Gabriela selepas dinobatkan sebagai Miss Universe dalam pertandingan di Moscow, kelmarin.
Moscow: Penyampai televisyen berusia 25 tahun dari Venezuela, Gabriela Isler kelmarin dimahkotakan sebagai Miss Universe di Moscow dalam upacara gilang-gemilang.
Hakim, termasuk bintang rock Steven Tyler daripada kumpulan Aerosmith memilih pemenang itu daripada sejumlah 86 peserta dalam acara pertandingan terbabit yang ditonton oleh jutaan penonton di seluruh dunia. 
MARIA GABRIELA ISLER menghadiahkan ciuman selepas menenangi pertandingan ratu cantik Miss Universe di Moscow, Rusia kelmarin.- AFP

Pemenang tahun lalu Olivia Culpo memakaikan mahkota berlian di kepala Gabriela yang mengenakan gaun malam bertatahkan batu permata perak. 

Olivia sebelum itu tampil di pentas memakai baju renang putih yang bertatah berlian, delima dan zamrud yang dikatakan penganjur bernilai AS$ 1 juta (RM3.17 juta).
“Baju renang itu dibawa dengan kawalan keselamatan 24 jam seminggu,” komen pengacara bersama Thomas Roberts, penyampai televisyen Amerika.
Gabriela turut menggayakan baju renang sama semalam. 

Roberts yang menjadi pengacara bersama pertandingan akhir ratu cantik itu bersama bekas kumpulan Spice Girl, Melanie Brown mendedikasikan acara itu kepada mereka yang menjadi mangsa taufan di Filipina. 
- AFP

Read more...

Ahad, 10 November 2013

Fizo Omar Sah Bergelar Suami Mawar dengan Sekali Lafaz

Dengan bersaksikan 1000 orang tetamu, pelakon terkenal Fizo Omar akhirnya selamat bergelar suami kepada Mawar Abdul Karim dengan sekali lafaz kira-kira jam 9.32 pagi tadi.
Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar diijabkabulkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Hulu Langat Ustaz Mohd Arif Abdul Samat berwalikan Hakim Pejabat Agama Islam Hulu Langat  dengan mas kahwin berjumlah RM506.
Majlis pernikahan ini menyaksikan pihak lelaki memberi tujuh dulang hantaran yang berupa mas kahwin, jam tangan, tas tangan, kasut, cincin berlian putih, motosikal, jongkong emas bertulis ‘Fizo Love Mawar’ seberat 1.011 kilogram.
Apa yang menariknya, terdapat tujuh orang selebriti lelaki diketuai oleh Datuk Rosyam Nor, Johan As’ari, Fahrin Ahmad, Shaheizy Sam, Kamal Adli, Karl Shafek dan Nazim Othman yang membawa dulang-dulang hantaran bagi pihak pengantin lelaki.
Manakala pihak perempuan pula membalas dengan hantaran yang mewakili tas tangan lelaki, jam tangan, kaca mata hitam, kasut, 2 naskah Al-quran, komputer riba, cincin, plat motosikal WWF120, jaket, motosikal berkuasa tinggi.
Untuk pengetahuan anda, majlis penuh meriah ini telah berlangsung di kediaman keluarga Mawar di Country Heights, Kajang sambil dihadiri oleh kaum keluarga serta kenalan terdekat.
Menurut pasangan pengantin baru ini, mereka akan mengadakan sebuah majlis resepsi di Kelantan, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur selepas mereka pulang dari berbulan madu di Eropah.

Sumber artikel www.ohbulan.com


Read more...

Selasa, 29 Oktober 2013

Lelaki paling tinggi dalam Dunia akhirnya bertemu Jodoh

PERBEZAAN ketinggian yang ketara tidak halang pasangan itu untuk bercinta.
London: Selaku lelaki paling tinggi di dunia, Sultan Kosen sudah pasti sukar untuk mencari teman hidup yang sesuai dengan ketinggiannya 252 sentimeter (8 kaki 3 inci).
Tidak hairanlah apabila dia menganggap perkahwinannya dengan Merve Dibo yang setinggi 173 sentimeter (5 kaki 8 inci) sebagai satu keajaiban. 
Meskipun perbezaan ketinggian mereka begitu ketara, Sultan, 30, meraikan hari paling bersejarahnya kelmarin apabila berkahwin dengan wanita berusia 20 tahun itu di negara asalnya, Turki. 

Sebelum berkenalan dengan Merve, Sultan pernah meluahkan kekecewaannya untuk mencari rakan hidup memandangkan kebanyakan calon terlalu rendah berbanding ketinggiannya.

SULTAN melambai tangan tanda gembira ketika majlis perkahwinannya bersama Merve.
Namun, kelmarin, petani separuh masa itu yang terpaksa menempah khas pakaian perkahwinan dan kasut saiz 28 untuk majlis itu berkata, dia begitu gembira kerana menemui Merve.
“Agak malang kerana saya tidak menemui calon sama tinggi dengan saya. Tetapi kini, saya sudah mempunyai keluarga dan kehidupan peribadi sendiri,” katanya dalam satu kenyataan. 
Sultan, seorang daripada 10 lelaki yang menjangkau ketinggian lapan kaki menghidap kecelaruan pertumbuhan yang dinamakan ‘pituitary gigantism,’ yang menyebabkan tubuhnya mengeluarkan hormon pembesaran secara berterusan. 

Tubuhnya mula tinggi pada usia 10 tahun dan dinobatkan sebagai lelaki tertinggi di dunia pada 2009 dan akhirnya berhenti membesar pada 2011.

Pemegang rekod lelaki paling tinggi di dunia ialah Robert Wadlow dari Illinois, Amerika Syarikat yang mati pada 1940 dengan ketinggian melebihi 272 sentimeter.
- AFP(myMetro)


Read more...

Tuah ! Nabil Ahmad Terkejut Dapat Rumah bernilai Lebih RM1 Juta

Nabil Ahmad 
PETALING JAYA: Hasrat pelawak Nabil Ahmad untuk membeli sebuah kondominium Antara di Persiaran Gurney, Kuala Lumpur membawa tuah apabila pemaju perumahan itu bersedia memberikan rumah berkenaan secara percuma bernilai RM1.036 juta.
Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 29, berkata, pada mulanya dia sekadar ingin bertanya mengenai kondominium yang ingin dibelinya itu tetapi pihak pemaju, sanggup memberikannya satu unit percuma jika dia bersedia menjadi duta perumahan itu.
"Saya terkejut kerana pada asalnya saya sekadar melakukan 'house hunting' dan berminat dengan sebuah unit di kondominium Antara yang bernilai RM600,000 kerana harganya murah berbanding dengan perumahan lain yang agak mahal.
"Selepas membuat perbincangan, tiba-tiba pihak pemaju (Faber Development Holdings Sdn. Bhd) berminat pula untuk menjadikan saya sebagai duta kondominium tersebut selama setahun dan menawarkan sebuah unit bernilai RM1.036 juta secara percuma pada 23 Oktober lalu," katanya.
Tambah Nabil, kondominium tersebut masih lagi dalam pembinaan dan dijangka siap pada tahun 2016.
Dalam pada itu, Nabil menyifatkan pemberian kondominium tersebut merupakan hadiah terbesar yang pernah diterima sejak bergelar selebriti, lima tahun lalu.
Malah ia juga sebahagian daripada rezeki anaknya, Naera Mikayla yang akan berumur setahun pada 25 November ini.
Sementara itu, Nabil berkata, dia kini bergiat aktif dalam membuat pelaburan hartanah selepas didorong oleh rakan-rakannya dan sudah memiliki tiga buah rumah termasuklah kondominium berkenaan.
"Saya juga banyak belajar daripada seorang lelaki yang hebat dalam pelaburan hartanah bernama Ahyat Ishak.
"Dan setakat ini saya telah membeli sebuah kondominium di Jalan Duta (Kuala Lumpur), dan rumah itu dihadiahkan kepada emak saya. Manakala sebuah lagi di Ara Damansara yang mana di situ saya tinggal bersama isteri (Nazirah Ayub)," tuturnya.
Nabil juga merupakan duta kepada kasut jenama Vans sejak dua tahun lalu.
Sumber mStar Online

Read more...

Isnin, 28 Oktober 2013

Fizo Omar dan Mawar Nikah 10hb November Depan

Fizo Omar
PETALING JAYA: Teka teki mengenai tarikh pernikahan pelakon Fizo Omar dengan anak kepada pengasas tudung jenama Fareeda iaitu Mawar Abdul Karim, 24, terjawab apabila pasangan itu mengesahkan untuk melangsungkannya pada 10 November depan.
Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 28, berkata, majlis akad nikah akan diadakan pada tarikh berkenaan di rumah keluarga perempuan iaitu di Country Heights, Kajang dekat sini.
“Majlis nikah akan diadakan pada pukul 9 pagi dan akan disiarkan secara langsung menerusi slot Nasi lemak Kopi O di TV9. Majlis bertunang pula akan diadakan sehari sebelum majlis nikah iaitu pada 9 November,” ujarnya yang juga pengacara rancangan itu.
Terdahulu Fizo melakukan gimik dengan melamar Mawar, 24, di panggung wayang Cathay @e-curve, Damansara di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari Isnin sambil disaksikan oleh pihak media.
Kejutan itu turut disaksikan oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan kenalan rapat pasangan itu.
Dalam perkembangan sama, Fizo berkata, mereka mengambil keputusan untuk bertunang terlebih dahulu atas permintaan keluarga yang ingin mengikut adat Melayu.
Jelas Fizo, majlis khatam Al-Quran dan berinai juga turut diadakan selepas selesai majlis pertunangan yang hanya akan dihadiri oleh keluarga pihak perempuan.
"Saya dan Mawar sebenarnya tidak mahu bertunang dan terus bernikah tetapi atas menghormati permintaan keluarga kami bersetuju tambahan pula ini adalah perkahwinan pertama dalam keluarga bakal isteri saya," katanya.
Bercakap mengenai kejutan yang dibuat kepada Mawar, Fizo berkata, idea berkenaan dirancang dalam masa tiga hari dan dia sempat mengarahkan sebuah video pendek untuk kekasih hatinya itu yang diberi judul Paranormal.
Fizo berkata, ia adalah sebagai salah satu hadiah kepada Mawar sebelum mereka melangkah ke alam perkahwinan sebelum ini.
"Saya juga pilih untuk membuat kejutan di panggung wayang kerana saya adalah seorang pelakon dan ini adalah kehidupan saya yang ingin saya kongsi bersama Mawar.
"Lega rasanya apabila pelan melamarnya menjadi kerana bimbang juga jika 'terkantoi'," katanya.
Mawar ketika ditemui berkata, dia tidak menyangka Fizo akan melakukan kejutan itu kerana pada awalnya teman lelakinya mengajaknya menghadiri sebuah sidang media sebelum mengambil keputusan untuk menonton wayang.
Jelas Mawar, dia mula merasakan sesuatu bakal berlaku apabila muncul sebuah video lakonan Fizo bersama pelakon cilik Mia Sara di skrin panggung yang berkisar mengenai hubungan mereka.
"Memandangkan sidang media itu berlangsung pada sebelah petang Fizo mengajak saya menonton wayang terlebih dahulu dan saya langsung tidak mengesyaki apa-apa.
"Tiba-tiba video itu keluar dan Fizo yang kononnya keluar untuk ke tandas telah muncul daripada hadapan panggung membawa sejambak bunga dan melamar saya," katanya.
Tambah Mawar, dia sangat terharu dengan kesungguhan lelaki itu walaupun perbincangan tentang perkahwinan mereka telah dibuat lebih awal.
"sudah tentu saya kata 'ya' kepada lamarannya kerana persiapan telah pun bermula tetapi kesungguhannya amat menyentuh hati saya," jelasnya lagi.
Sementara itu, Fizo berkata, persiapan perkahwinan mereka sedang berjalan walaupun masing-masing sibuk dengan pelbagai komitmen.
"Walaupun kami jarang berjumpa tetapi kami sering berhubung antara satu sama lain dan urusan mengenai majlis pertunangan dan perkahwinan tetap berjalan walaupun kami tidak bertemu," jelasnya.
Keluarga Fizo pada 28 Ogos lalu telah menghantar rombongan merisik Mawar selepas hampir setahun berkenalan.
Sumber mStar Online

Read more...

Asam Pedas Madu 3,Tiga isteri 1 bisnes

NOR Yunos (kiri) bersama Sarah (dua dari kiri) dan anak serta kakitangannya.
Johor Bahru: “Kedua-dua cawangan gerai asam pedas diberi nama Gerai Asam Pedas Madu Tiga, hasil idea isteri pertama yang merasakan nama itu unik, menggambarkan kehidupan saya bersama tiga isteri.
“Alhamdulillah, bukan saja kehidupan bersama tiga isteri dan 11 anak bahagia, malah kehidupan kami kini semakin stabil berkat perniagaan yang dijalankan,” kata Nor Yunos Gareng, 67. 
Beliau berkata, dia menjalankan perniagaan asam pedas sejak enam tahun lalu bermula dengan gerai pertama di Pekan Nenas, Pontian yang kini diuruskan isteri kedua Trisunarti Ningsih, 53, dan ketiga Mursita Herman, 40. 

Gerai asam pedas kedua di Kulaijaya yang dibuka pada empat tahun lalu pula diuruskan isteri pertama Sarah Sirat, 64.
“Sejak kecil saya kerap ke dapur membantu ibu memasak dan daripada situ saya mempelajari pelbagai resipi masakan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Read more...

Jumaat, 25 Oktober 2013

Bajet 2014,Bonus Setengah Bulan Gaji Atau Minimum RM500 Kepada Penjawat Awam

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memegang buku Bajet 2014 selepas membentang anggaran perbelanjaan persekutuan itu di Perkarangan Bangunan Parlimen pada Jumaat. Turut kelihatan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan. -Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kira-kira 1.4 juta penjawat awam akan menerima bonus setengah bulan gaji atau minimun RM500, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata bagi meringankan lagi beban golongan pesara, kerajaan juga akan memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM250. "Bayaran bonus dan bantuan khas kewangan ini akan dibayar pada awal Januari 2014," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2014 di Dewan Rakyat.
Pada Ogos lepas, sebagai persiapan Hari Raya, Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 dan RM250, masing-masing telah dibayar kepada penjawat awam dan pesara.
Bayaran bantuan khas kepada penjawat awam itu adalah untuk Gred 1 hingga Gred 54
.-BERNAMA


Read more...

Khamis, 24 Oktober 2013

Neelofa nak tinggalkan Dunia Seni ?

Neelofa
MALE ATOLL SELATAN (MALDIVES): Pelakon dan pengacara Neelofa mahu meninggalkan dunia seni untuk memberi tumpuan dalam bidang perniagaan dan rumah tangga yang bakal dibinanya sebelum mencecah usia 30 tahun.
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 24, berkata, dia tidak percaya bakatnya akan diperlukan dalam tempoh lima tahun akan datang kerana ketika itu sudah ada pelakon-pelakon baharu yang lebih menjadi perhatian.
“Terus-terang saya katakan, saya tidak pernah berhasrat untuk berlakon sampai bila-bila. Insya-Allah, dalam masa lima tahun ini saya akan kurangkan aktiviti seni dan seterusnya meninggalkan dunia glamor ini untuk beralih kepada bidang lain apabila usia saya 30 tahun,” katanya kepada mStar Online.
Aksi manja Neelofa ketika bergambar di sisir pantai.
Neelofa ditemui semasa menyertai percutian bersama syarikat penerbangan tambang murah AriAsia X selama lima hari bermula 18 Oktober lalu di Holiday Inn Kandooma di sini.
Selain Neelofa, pengacara Fara Fauzana turut bersama dalam percutian berkenaan bagi merasai perjalanan laluan terbaharu syarikat penerbangan itu selain melihat keindahan pulau terbabit.
Neelofa berkata, dia tidak menyesal membuat keputusan berkenaan memandangkan ketika ini semakin ramai artis baharu muncul dan tentunya pada masa depan, pelakon lain lebih menonjol sebagaimana yang dialami pelakon senior lain ketika ini.
Antara pemandangan indah di Maldives.
Ujarnya, sebagai permulaan dia mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan termasuklah memperkenalkan produk penjagaan kesihatannya iaitu Bellavita.
Pengacara rancangan Nona dan Meletop ini turut membayangkan akan mendirikan rumah tangga pada usia 29 tahun.
“Saya merancang selewat-lewatnya pada usia 29 tahun saya akan berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Pada waktu itu tumpuan saya adalah dalam perniagaan dan bukan lagi lakonan,” jelasnya sambil memberitahu buat masa ini masih belum mempunyai teman istimewa.
Dalam perkembangan lain Neelofa berkata dia sudah mendapat surat tawaran untuk mengikuti kursus jangka pendek di New York Film Academy, di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Neelofa akan mengambil kursus dalam bidang lakonan selama sebulan bermula 6 Januari 2014.
“Saya sudah bersedia untuk meneroka bidang seni dengan mengikuti kursus jangka pendek di Amerika Syarikat. Ketika itu saya sedang cuti semester di kolej saya sekarang. Jadi, mudah untuk saya untuk menyambung pelajaran,” katanya yang ketika ini merupakan pelajar Kolej Universiti Sunway, Petaling Jaya, peringkat ijazah sarjana muda pemasaran dan perdagangan antarabangsa.
Sumber mStar Online

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP