GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Memaparkan catatan dengan label Jenayah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jenayah. Papar semua catatan

Isnin, 29 September 2014

Curi Cincin Berlian RM500,000 Untuk Beli Ganja RM60


Seorang bekas pekerja syarikat perkhidmatan kargo udara di lapangan terbang di sini dituduh mencuri berlian bernilai hampir £100,000 (RM500,000) sebelum menukarkannya dengan ganja yang cuma bernilai £12 (RM60).

Walter Earl Morrison, 20, masih bertugas dengan syarikat UPS apabila dia didakwa mencuri satu bungkusan berisi berlian itu dan menyembunyikannya di dalam baju ketika mengendalikan satu kargo memasuki kapal terbang.

Laporan mahkamah menyatakan, Morrison percaya bungkusan itu berisi wang tunai sebaliknya apabila memeriksanya kemudian, dia terkejut mendapati ada sebentuk cincin di dalamnya.

Dia kemudian menukarkan cincin itu dengan ganja kerana ketagihan dadah.

Siasatan dalaman ekoran laporan kehilangan cincin itu mendorong pihak berkuasa menangkap Morrison dan mendakwanya di mahkamah, manakala UPS memecatnya serta-merta.

Jurucakap UPS berkata, cincin itu berjaya ditemui dan dipulangkan kepada pemiliknya.
Bercakap kepada media mengenai insiden itu, jurucakap berkenaan berkata, kejadian berlaku di Lapangan Terbang Sky Harbor.
mStar Online


Read more...

Ahad, 28 September 2014

Berang Dipecat, Lelaki Penggal Kepala Rakan Sekerja

Alton Nolen
Berang dipecat, seorang lelaki kembali ke tempat kerja lalu memenggal kepala seorang wanita menggunakan pisau di Oklahoma City, Amerika Syarikat.
Lelaki berkenaan turut menikam dan mencederakan seorang lagi pekerja sebelum ditembak oleh pegawai keselamatan.
Penyerang dikenali sebagai Alton Nolen, 30 tahun, manakala mangsa yang dipenggal, Collen Hufford, 54 tahun.
Kejadian berlaku di kilang pemprosesan makanan Oklahoma.
Nolen menikam Traci Johnson, 43 tahun beberapa kali sebelum ditembak Ketua Pegawai Operasi kilang yang juga Syerif, Mark Vaughan.
Polis meminta Biro Penyiasatan Persekutuan FB, untuk memeriksa latar belakang nolen kerana caranya dilapor seakan sama dengan video penggal kepala oleh kumpulan IS.
Rekod Nolen menunjukkan dia pernah dikenakan hukuman penjara serta dikenakan tempoh pengawasan ekoran kes menyerang pegawai polis.
Sumber


Read more...

TOK BOMOH DAN ISTERI DIDAKWA CABUL KEHORMATAN WANITA

imej Carian

RASAH 26 Sept. - Seorang bomoh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret, Seremban di sini hari ini atas tiga pertuduhan jenayah seksual termasuk mencabul kehormatan dan memasukkan jari ke dalam kemaluan seorang wanita, Sabtu lalu.

Mohd. Rashid Mohd. Din, 59, yang merupakan bapa kepada lapan anak mengaku tidak bersalah selepas ketiga-tiga pertuduhan tersebut dibacakan kepadanya.

Isteri tertuduh, Noralia Daie, 51, turut mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan bersubahat dengan suaminya atas kesalahan melakukan seks luar tabii itu dan mencabul mangsa.

Di Mahkamah Sesyen, Mohd. Rashid didakwa memasukkan jari ke dalam kemaluan mangsa yang berusia 26 tahun di sebuah rumah di Ampangan di sini di antara pukul 2.30 petang dan 7 malam, 20 September lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan di hadapan Hakim Jagjit Singh Bant Singh mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun atau sebatan.

Di Mahkamah Majistret, Mohd. Rashid menghadapi dua pertuduhan iaitu didakwa mencabul kehormatan dan melakukan kelucahan melampau terhadap mangsa tersebut pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Bagi pertuduhan mencabul, dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan.

Dakwaan melakukan kelucahan melampau pula dibuat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Kedua-dua pertuduhan itu masing-masing dikemukakan di hadapan Majistret Mohamed Izwan Mohamed Noh dan Majistret Siti Khairiah Abdul Razak.

Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM25,600 bagi ketiga-tiga pertuduhan dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan kes pada 27 Oktober ini.

Selain itu, tertuduh dilarang menghampiri dan berkomunikasi dengan mangsa sama ada secara langsung atau tidak sebagai syarat tambahan.

Sementara itu, Noralia didakwa di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan Seksyen 354/377CA kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda atau sebatan.

Mahkamah membenarkan jaminan RM11,600 dengan seorang penjamin terhadap Noralia bagi kedua-dua pertuduhan itu dan menetapkan tarikh sama bagi sebutan semula kes.

Pasangan suami isteri itu diwakili peguam, A. Partheeban.

Utusan

Read more...

Sabtu, 27 September 2014

KEJAM ! Cincang mayat anak,campak dalam Lubang Tandas Awam

Tempat kejadian Sutain dibunuh dan dicincang bapanya. Gambar kecil, Sutain.
Seorang lelaki mencekik anaknya hingga mati sebelum mencincang mayat mangsa dan membuangnya ke dalam lubang tandas awam.
Zhang Li, 46, bertindak demikian kerana mendakwa anaknya, Sutain, 12, memalukan keluarga mereka selepas tidak mencapai keputusan baik di sekolah.
Dia membuang mayat anaknya yang sudah dicincang itu di tandas awam tidak jauh dari rumah mereka di Bandar Wengzhou, wilayah Zhejiang, timur China.
Seorang jurucakap polis berkata, Zhang, membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya selepas didesak oleh isterinya.
“Bagaimanapun, kami ragu-ragu dengan laporan itu. Dia tidak kelihatan kecewa atau bimbang,” kata jurucakap itu.
Menurutnya, jiran Zhang yang disoal polis berkata, lelaki itu tidak berusaha untuk mencari Sutain. Sebaliknya, dia dilihat gembira dengan ketiadaan anaknya itu. 

Tiga hari selepas laporan itu dibuat, polis menemui mayat mangsa setelah seorang pekerja penyelenggaraan membuat laporan menemui tangan manusia ketika membersihkan tandas berkenaan.

Zhang disyaki kerana tingkah lakunya tidak sama seperti kebanyakan ibu bapa yang kehilangan anak.

“Selepas disoal siasat, dia mengaku membunuh Sutain kerana kecewa mangsa gagal menjadi anak yang baik dan memalukan keluarga,” kata jurucakap itu.

Zhang kini berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup.
- AFP

Read more...

Jumaat, 26 September 2014

Pencuri kereta hisap puting bayi diburu

Suspek 
Polis di bandar raya ini melancarkan operasi memburu seorang lelaki penghisap puting kerana mencuri kereta.
Suspek yang digelar ‘Binky Bandit’ (gambar) didakwa merompak dan mencuri kereta minggu lalu. 
Rakaman video berhampiran tempat kejadian menunjukkan lelaki itu menghisap puting. 
Walaupun gambar itu agak menggelikan hati, jurucakap Jabatan Polis Oklahoma City mengingatkan penduduk bahawa lelaki terbabit penjenayah berbahaya. 
Sarjan Jennifer Wardlow berkata, suspek mungkin kelihatan keanak-anakan tetapi jenayahnya serius. 
“Mangsa pertama tidak cedera tetapi mangsa kedua mungkin tidak bernasib baik,” katanya. 

Dalam kejadian minggu lalu, lelaki kulit hitam itu dipercayai penagih dadah berusia 18 tahun, merompak mangsa dan merampas kunci kereta sebelum melarikan kenderaan mangsa. 
- AFP(myMetro)

Read more...

Khamis, 25 September 2014

PUKUL ANAK SAMPAI MATI KERANA TAK SIAPKAN KERJA RUMAH


Seorang budak lelaki berusia sembilan tahun dipukul hingga mati oleh bapanya hanya kerana dia gagal menyiapkan kerja rumah diberi gurunya.

Jurucakap polis wilayah Phayao berkata, kejadian berlaku di sebuah rumah di daerah Muang pada malam Isnin.

Ketika polis tiba di tempat kejadian, katanya, budak itu dalam keadaan tidak sedarkan diri dan darah dilihat keluar dari hidung dan mulutnya.

“Tangan kirinya juga patah,” katanya.

Budak malang itu sempat dikejarkan ke Hospital Phayao dan menjalani rawatan imbasan pada kepala tetapi disebabkan kecederaannya serius, dia dirujuk kepada Hospital Chiang Rai Prachanukroh.

Bagaimanapun, budak itu disahkan meninggal dunia pagi.

Sementara itu, bapa mangsa – seorang juruteknik penyaman udara yang berusia 36 tahun mengaku mabuk ketika membelasah anaknya.
Kata jurucakap polis, lelaki terbabit berang dan tidak dapat mengawal dirinya apabila mendapati mangsa belum menyiapkan kerja rumah.

Sumber mStar Online


Read more...

Rabu, 24 September 2014

Rogol Anak Saudara: Lelaki Dijatuhkan Hukuman 80 Tahun Penjara, 20 Sebatan

imej Carian

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen Sandakan menjatuhkan hukuman 80 tahun penjara dan 20 sebatan ke atas seorang lelaki selepas didapati bersalah merogol anak saudaranya selama enam tahun.

Yohanes Kopong,40, mengaku bersalah terhadap enam pertuduhan di hadapan Hakim Egusra Ali dengan melakukan kesalahan itu sejak 2009 ketika anak saudaranya berusia sembilan tahun.

Mangsa kini berumur 14 tahun dan sedang mengandung tujuh bulan anak lelaki tersebut.

Hakim Egusra menjatuhkan hukuman ke atas lelaki Indonesia itu dengan lapan tahun penjara dan 10 sebatan bagi pertuduhan pertama, 10 tahun (pertuduhan kedua), 12 tahun (pertuduhan ketiga), 14 tahun (keempat), 16 tahun (kelima), dan 20 tahun serta 10 kali sebatan untuk kiraan terakhir.

Hukuman itu dijalankan secara serentak.

Berdasarkan fakta yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Filanny Siji, Yohanes adalah abang kepada bapa mangsa tidak bekerja dan tinggal bersama keluarga mangsa di sebuah ladang di hilir Kinabatangan dan bertanggungjawab menjaga mangsa dan adik-beradiknya.

Walau bagaimanapun, dia mula mencabul ketika ibu bapa mangsa keluar bekerja dan kemudiannya merogol  beberapa kali sehingga tahun ini.

Tertuduh juga telah memaksa mangsa untuk melakukan seks oral kepadanya, memberi minuman yang dicampur dengan dadah dan menonton video lucah sebelum merogolnya.

Dia terus tinggal bersama keluarga ini walaupun telah mendapat pekerjaan sebagai buruh dan mengancam untuk membunuh mangsa dan keluarganya jika mendedahkan perkara ini kepada sesiapa atau menolak untuk mengadakan hubungan seks dengannya.

Bagaimana pun nasib malang mangsa akhirnya terbongkar pada 29 Ogos lalu apabila ibunya melihat perubahan badan mangsa dan mereka membuat laporan polis pada 3 September lalu.


Sumber mStar Online


Read more...

Kiai Dituduh Rogol 11 Anak Murid

imej carian

Seorang pemimpin pondok pengajian Islam di Ambulu, Jember, Jawa Timur, dituduh mencabul dan merogol 11 remaja perempuan yang mengikuti pengajian di situ.


Jurucakap polis berkata, kiai yang cuma dikenali sebagai IK itu berdepan hukuman penjara 15 tahun jika sabit kesalahan.

Katanya, setakat ini tiga mangsa, masing-masing berusia 15, 16 dan 17 tahun, sudah membuat laporan polis.

"Berdasarkan keterangan mangsa dan siasatan polis, IK berada dalam keadaan sedar ketika melakukan perbuatan terkutuk itu," katanya.

Jurucakap itu berkata, perlakuan jahat IK terbongkar selepas seorang daripada mangsanya bercerita mengenai insiden dia dicabul kepada saudara suspek yang ingin menikahinya.

Katanya, mangsa enggan menipu pemuda terbabit dan mengaku dia tidak lagi perawan.

"Mangsa mengaku kepada pemuda terbabit dia dirogol IK pada suatu malam," katanya.

Menurut polis, pesantren itu mengadakan majlis berdoa bersama hampir setiap malam dan IK mengambil kesempatan daripada acara itu untuk memuaskan nafsunya dengan berselindung di sebalik agama. 
Sumber

Read more...

ATUK TERAJANG PEROGOL BERBOGEL

RUMAH milik Ahmad yang diceroboh, semalam. Gambar kecil, kain batik milik mangsa.
Gombak: “Saya tergamam melihat lelaki itu dalam keadaan berbogel menindih tubuh isteri menyebabkan saya terus menyepaknya sekuat hati,” kata seorang lelaki yang sempat menyelamatkan isterinya dari diperkosa pagi semalam.
Suami mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 50-an berkata, kejadian berlaku jam 7 pagi apabila dua lelaki berusia 20-an dan 40-an menceroboh masuk kediamannya di Kampung Laksamana, di sini. 
Menurutnya, insiden berlaku ketika isterinya yang berusia 50-an berada di dalam rumah bersendirian sebelum diserang kedua-dua suspek. 

“Isteri saya yang ketika itu berada di ruang tamu kediamannya terus menjerit memanggil nama saya. Saya kemudian berlari masuk ke dalam rumah sebelum terkejut melihat keadaan isteri.
“Kedua-dua suspek sedang berbogel manakala seorang dari mereka sedang menindih isteri saya,” katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Read more...

Selasa, 23 September 2014

Wanita Cuba Bunuh Ibu, Masukkan Racun Dalam Minuman


Meena Patel (kiri) dan anak perempuannya, Kuntal Patel.

SEORANG wanita didakwa cuba membunuh ibunya dengan memasukkan racun ke dalam minuman ringan yang diminum ibunya.

Tertuduh didakwa melakukan cubaan bunuh itu dengan mengikut plot pembunuhan daripada siri televisyen Amerika Syarikat (AS) Breaking Bad yang ditontonnya.
Kuntal Patel, 37, didakwa memasukkan racun ke dalam minuman Coke Diet milik ibunya, Meena Patel.
Tertuduh melihat ibunya minum minuman tersebut.

Bagaimanapun ibu tertuduh tidak meninggal dunia.

Kuntal yang juga seorang pereka grafik bertindak sedemikian kerana ibunya melarang dia daripada berkahwin dengan teman lelakinya.

"Bukti menunjukkan bahawa Meena bukan wanita yang baik. Namun dia tidak boleh mati dengan cara sebegitu," kata pendakwa Jonathan Polnay di Mahkamah Southwark Crown, London.

Kuntal didakwa membeli racun tersebut dari sebuah laman web pasaran gelap dan dia ditahan selepas disiasat oleh FBI.

Dia mengaku bersalah atas pertuduhan cuba memperolehi toksin tetapi menafikan cuba membunuh ibunya yang berusia 60 tahun itu.

Perbicaraan kes bersambung.
Sumber mStar Online

Read more...

TERPUKAU UNTUK BERBOGEL DALAM SKYPE

imej carian
Ampang: Terpukau dengan tindakan seorang kenalan baru wanita yang berbogel di laman sosial Skype menyebabkan seorang pemuda diperangkap sebelum dipaksa membayar RM1,500.
Dalam kejadian jam 10.30 malam kelmarin, mangsa berusia 25 tahun dikatakan menggunakan laman sosial itu untuk berbual dengan suspek warga Filipina.
Sumber polis berkata, mangsa bagaimanapun teruja apabila wanita terbabit tiba-tiba berbogel dan mengajak mangsa turut melakukan tindakan sepertinya.
“Mangsa bagaimanapun enggan melakukan perkara itu dan cuba menamatkan perbualan mereka namun dia mendakwa bagai dipukau dan tidak menyedari turut sama berbogel.
“Mangsa kemudian menerima mesej melalui laman sosial Facebook empat jam kemudian meminta dia membuka pautan yang diberikan suspek,” katanya.
Sumber berkata, mangsa bagaimanapun terkejut apabila aksi dia berbogel dirakam di dalam laman You Tube menyebabkan dia panik.
“Suspek kemudian sekali lagi menghubungi mangsa dan mengugut bayaran wang RM1,500 jika dia tidak mahu video aksi itu disebarkan.
“Mangsa diarahkan membuat bayaran ke akuan bank diberikan wanita itu sebagai ‘tebusan’ bagi memastikan video itu dipadamkan,” katanya.
myMetro

Read more...

Dipaksa tidur dengan 1,800 lelaki,Siang ke sekolah malam jadi PELACUR

imej
Anak seorang wanita yang terbabit dalam satu ajaran sesat berikrar dia tidak akan memaafkan ibunya, Jacqueline Marling, yang kejam kerana memaksanya tidur dengan 1,800 lelaki.
Wanita itu, Annabelle Forest berkata, dia dipaksa melihat ibunya melakukan seks dengan pemimpin ajaran sesat, Colin Batley sebagai sebahagian proses memasukkannya ke dalam kumpulan itu ketika dia berusia tujuh tahun.
Pada usia 11 tahun, dia diperkosa Batley, kejadian yang disifatkannya sebagai ‘paling sakit dan mengejutkan pernah dialaminya.’ Annabelle mendedahkan pengalamannya itu dalam wawancara dengan Wales Online, semalam.
Dia juga menceritakan secara terperinci mengenai pengalaman perit dilaluinya selama 10 tahun dalam buku berjudul ‘The Devil on the Doorstep: My Escape from a Satanic Sex Cult.’ “Selepas diperkosa, dia (Batley) bertanya sama ada saya seronok.
“Saya tahu apa yang perlu saya jawab.
Saya kata seronok.

“Tetapi di dalam hati, saya merasakan seperti hendak mati,” kata Annabelle dalam bukunya itu.
Bagaimanapun, kejadian paling buruk menyusuli apabila dia didera secara seksual oleh ibu kandungnya sendiri ketika berusia 14 tahun.
“Ibu saya wanita jahat dan saya tidak boleh memaafkannya,” kata Annabelle.
Menurutnya, dia dipaksa tidur dengan 1,800 lelaki untuk mengutip dana bagi gereja milik agama itu.
“Saya menjadi pelacur untuk membantu kumpulan itu.
Siang saya ke sekolah.
Malam saya dipaksa melacur,” kata Annabelle di dalam bukunya itu.

Batley dan Jacqueline dipenjara pada 2011 selepas didapati bersalah mendera Annabelle secara seksual.
Fahaman ajaran mereka berdasarkan buku berjudul Book of the Law karangan Aleister Crowley.
Mereka membuat kanak-kanak beranggapan cara mendekatkan diri dengan tuhan ialah dengan melakukan seks.
Sumber

Read more...

Rabu, 17 September 2014

Bapa rayu cari anak gadis hilang

IPOH: Seorang bapa merayu orang ramai membantu mengesan anak perempuannya Puteri Nur Sabrina, 17, yang hilang selepas keluar membeli nasi lemak di kawasan rumahnya di Taman Klebang Utama, Chemor sejak 30 Julai lalu.
Megat Kamarudzzaman Megat Talib, 45, berkata anak perempuannya itu yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini hilang tanpa membawa sebarang beg pakaian dan dipercayai mengikut teman lelakinya yang hanya dikenali sebagai Myzan dan berasal dari Gombak, Selangor.
"Ketika keluar pada hari kejadian, Sabrina memberitahu saya yang dia mahu keluar membeli nasi lemak di kawasan berdekatan dengan menaiki motosikal jenis Yamaha LC Ego. Ketika itu dia hanya memakai seluar trek berwarna gelap dan baju T berwarna putih.
"Bagaimanapun anak saya tidak kembali ke rumah selepas beberapa jam keluar dan saya mula mencari dia di beberapa rumah rakan sekolahnya namun dia gagal ditemui," katanya kepada BH sebentar tadi.
Megat Kamarudzzaman berkata, dia juga beberapa kali cuba menghubungi telefon bimbit anaknya namun tidak berjawab dan kini ia gagal dihubungi langsung.
Katanya, beliau sudah membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya itu di Balai Polis Chemor pada awal pagi 1 Ogos lalu.
"Selepas sebulan laporan kehilangan anak saya dibuat, pelbagai ikhtiar sudah dibuat termasuk cuba mencarinya di Kuala Lumpur dan mendapatkan maklumat lengkap lelaki yang dipercayai teman lelaki anak saya tetapi semuanya masih buntu," katanya.
Sumber BH

Read more...

Isnin, 15 September 2014

Kebocoran Soalan UPSR,Guru besar ditahan reman

EMPAT individu yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes kebocoran soalan UPSR 2014 dibawa ke kamar Mahkamah Majistret Putrajaya.
Putrajaya: Seorang guru besar, dua cikgu dan seorang ejen insurans ditahan reman selama empat hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan kes kebocoran soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nur Dahlia Azmi di sini, hari ini ke atas guru besar dan dua guru berusia 30 hingga 54 tahun dari Pulau Pinang serta ejen insurans berumur 31 tahun dari Kuala Lumpur. 
Keempat-empat suspek yang diiringi polis tiba di mahkamah pada jam 10.20 pagi dengan berpakaian lokap itu, disiasat mengikut Seksyen 8(1) Akta Rahsia Rasmi 1972 dan kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya. 

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, keempat-empat tahanan reman itu adalah antara enam individu termasuk lima guru yang ditahan polis semalam, bagi membantu siasatan kes kebocoran soalan kertas Science dan Bahasa Inggeris UPSR.
Beliau berkata, daripada enam tangkapan itu, tiga guru ditahan di Pulau Pinang dan masing-masing seorang guru di Parit Buntar, Perak serta Kuala Ketil, Kedah.
Manakala seorang agen insurans berusia 31 tahun ditangkap di Sentul, Kuala Lumpur. 
Gan berkata, dua daripada guru terbabit sudah dibebaskan dengan jaminan polis, malam tadi. 
Menurutnya, sehingga kini polis juga sudah merakam percakapan 12 indiviu membabitkan enam pegawai Lembaga Peperiksaan (LPM), lima guru dan seorang wartawan selain merampas gajet komunikasi untuk siasatan lanjut. 
Kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan selepas murid menduduki peperiksaan itu pada Khamis lalu manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 turut ditangguhkan sebelum mereka mengambilnya pada hari berkenaan. 

LPM menetapkan 30 September ini sebagai tarikh baru bagi peperiksaan kedua-dua kertas itu. 
Susulan kes kebocoran itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pengarah LPM Dr Na'imah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi badan itu Dr Wan Ilias Wan Salleh digantung tugas berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas-kertas peperiksaan itu selesai. 
Sumber myMetro

Read more...

Wanita tak ingat rogol lelaki

imej google
Seorang wanita Chantae Gilman, berdepan dengan tuduhan merogol selepas seorang lelaki mendakwa wanita berkenaan memecah masuk ke rumahnya pada tengah malam lalu menindih serta memperkosanya ketika dia tidur.
Mangsa yang berusia 31 tahun itu berkata, dia menghadiri satu majlis hari jadi pada malam berkenaan sebelum pulang dalam keadaan letih dan terus tertidur. 
Mangsa terjaga apabila menyedari tangannya ditekan di bawah kepala sementara suspek berada di atas badannya.
Mangsa mendakwa tidak mengenali suspek tetapi tahu dia kenalan seorang lelaki lain dalam bangunan berkenaan. 
Sementara itu, wanita berkenaan memberitahu polis dia tidak kenal mangsanya atau mengingati memasuki rumah lelaki terbabit dan mengadakan seks dengannya. 
Laporan memetik, penyiasat sebagai berkata, suspek menghidap masalah mental dan gangguan bipolar dan psikosis. 

Baru-baru ini suspek memuat naik komen dalam laman Facebooknya dengan berkata, dia yang sudah mempunyai dua anak, mengandung dua bulan. - Agensi
Sumber

Read more...

PEROMPAK KANTOI SEBAB TERKENTUT

PELBAGAI barangan antaranya peralatan kimpalan dan beberapa unit tong gas yang cuba dilarikan dua lelaki.
Segamat: Seorang perompak yang bersembunyi di sebalik susunan tong gas ketika memecah masuk sebuah gudang di Paya Pulai di sini, kelmarin, berjaya ditahan polis.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 malam itu, suspek berusia 21 tahun memecah masuk sebuah gudang milik syarikat pembinaan bersama seorang rakannya sebelum kehadiran mereka dikesan sepasukan polis yang menjalankan rondaan.
Ketika itu, seorang daripada perompak berkenaan terus melarikan di ke dalam semak manakala suspek bersembunyi di sebalik susunan tong gas di dalam gudang itu.

Ketua Polis Daerah Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, pihaknya menerima laporan berlaku kejadian pecah masuk di gudang berkenaan dan bergegas ke lokasi bagi menjalankan siasatan awal.
“Apabila tiba di lokasi, anggota kami dapat melihat dua lelaki memasuki gudang itu dan terus menghampiri kawasan berkenaan.
“Anggota kami memperkenalkan diri dan meminta mereka menyerah sebelum salah seorang daripada mereka melarikan diri ke kawasan gelap berhampiran semak dan gagal dikesan.

“Anggota yang menjalankan pemeriksaan di dalam gudang itu menggunakan lampu suluh sebelum terdengar bunyi kentut dan terhidu bau busuk,” katanya.
Sumber myMetro


Read more...

Ahad, 14 September 2014

Bapa Ditahan Paksa Anak Lima Tahun Laku Seks Oral


MELAKA: Seorang wanita membawa anaknya yang berusia lima tahun ke hospital kerana mengadu sakit tekak.

Bagaimana pun wanita itu terkejut selepas mengetahui anaknya perempuan itu tercedera kerana dipaksa melakukan seks oral oleh bapanya.

Ibu berusia 29 tahun itu membawa anaknya ke Hospital Jasin pada 11 September untuk rawatan selepas kanak-kanak itu tidak berhenti menangis ketika makan tengah hari.

Kanak-kanak itu tidak boleh menelan makanannya.

Apabila kanak-kanak itu memberitahu mengenai kelakuan bapanya itu ketika berada di hospital, ibu mangsa terus membuat laporan di Balai Polis Bemban pada Jumaat, 10 pagi.

Bapa mangsa, 37 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai ditahan di Asahan oleh sepasukan polis dari ibupejabat negeri pada pukul 3 petang hari yang sama.


mStar Online


Read more...

Mangsa cemburu buta

DU (tengah) bersama Qin (kanan). Di belakang, mayat Zhou diperiksa pasukan perubatan.
Seorang lelaki bertindak di luar jangkaan apabila menikam rakan sekerja isterinya berulang kali hingga mati hanya kerana melihat mereka berjalan bersama.
Media tempatan melaporkan Qin Han, 39, yang sudah lama menyangka isterinya Du, 33, mempunyai hubungan sulit menyerang dan menikam mangsa dikenali sebagai Zhao di khalayak ramai.
Seorang saksi berkata, kejadian berlaku dengan begitu pantas dan Qin tidak melarikan diri selepas melakukannya.

“Mangsa mati dalam keadaan berlumuran darah. Namun Qin cuma duduk di situ seolah-olah menunggu polis datang menahannya.
“Isterinya menjerit dan meraung. Saya mendengarnya menjerit ‘Apa saya nak buat sekarang’” katanya.
Jiran pasangan itu berkata, mereka sering bertengkar kerana sifat suami yang cemburu buta malah Qin kerap menuduh Du meniduri lelaki lain.

Sifat cemburu itu dikatakan mendorong Qin mengekori isterinya ke tempat kerja untuk ‘mencari bukti’ kecurangannya.

Dia juga tidak mempedulikan cubaan Zhao yang menafikan tuduhannya dan cuba meredakan keadaan.

“Malah dia nampak semakin marah walaupun mangsa berkali-kali cuba memberi penjelasan,” kata saksi.

Menurutnya, Qin mengeluarkan pisau dan menikam Zhou ketika mangsa cuba beredar dari situ.

Ketika ditahan, Qin yang juga berlumuran darah didengar berkata kepada isterinya: “Jagalah anak-anak kita. Ini bukan salah kamu.” 
- Agensi(myMetro)

Read more...

Jumaat, 12 September 2014

Kerana melahirkan anak perempuan Wanita dikurung dalam tandas selama 3 tahun


WANITA yang dikurung suaminya dalam tandas menunjukkan tempt di mana dia dikurung. - AGENSI

Seorang wanita warga India berumur 25 tahun dikurung dalam tandas selama tiga tahun dan dihalang bertemu anaknya, semata-mata kerana dia melahirkan seorang anak perempuan.

Portal berita International Business Times melaporkan wanita yang namanya tidak didedahkan itu ditemui berpakaian koyak dan berkuku panjang, selain tidak boleh membuka matanya akibat silauan matahari.

International Business Times melaporkan wanita tersebut diselamatkan selepas polis memecah masuk tandas yang diubah suai itu di Darbhanga, timur Patna selepas bapanya membuat laporan polis.

Wanita itu didera sejak berkahwin pada 2010 selepas didakwa gagal membawa wang dan barangan hantaran yang mencukupi.

Apabila dia melahirkan anak, wanita itu telah dikurung oleh suaminya, Prabhat Kumar Singh.

Ketua Polis Darbhanga, Seema Kumari berkata, wanita itu tidak boleh membuka matanya akibat silauan matahari kerana dia dikurung dalam bilik yang sempit dan gelap selama tempoh yang lama.

"Mangsa juga tidak dibenarkan berjumpa dengan ibu bapa apabila mereka datang melawatnya," katanya.

Prabhat dan ibu bapanya, Dhirendra Singh dan Indra Devi kini ditahan polis untuk membantu siasatan berhubung kes itu.

Sumber Utusan


Read more...

Khamis, 11 September 2014

JURURAWAT DIPERKOSA DALAM AMBULAN

imej google

MERSING - Seorang jururawat berdepan detik hitam selepas mendakwa dirogol di dalam ambulans oleh seorang pemandu di belakang asrama hospital di daerah ini, 4 September lalu.

Dalam kejadian yang berlaku awal pagi itu, mangsa berusia 31 tahun mendakwa semasa mengemas barang untuk dibawa turun  dari ambulans, dia yang keletihan terlelap seketika di dalam kenderaan terbabit.

Sebelum itu,  dia dan suspek serta seorang lagi pembantu baharu sahaja sampai dari sebuah hospital di Johor Bahru.

Bagaimanapun, sebaik sahaja sedar, mangsa mendapati ambulans sudah berada di belakang asrama hospital dan pintu kenderaan itu berkunci.

Bimbang keselamatan dirinya, mangsa cuba mencari sesuatu untuk membuka pintu ambulans  terbabit, namun keadaan gelap menyukarkan usahanya.

Tanpa disedari oleh mangsa, pemandu terbabit yang berseorangan didakwa berada di dalam ambulans itu terus memperkosa dan merogolnya, walaupun dia bergelut untuk menyelamatkan diri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superitendan Zulkepli Hashim ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
“Repot telah diterima dan kita sedang siasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Lelaki itu telah kita tangkap untuk siasatan lanjut,” katanya di sini semalam.

Difahamkan lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu itu direman selama tujuh hari bermula semalam.

Sumber


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP