GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Memaparkan catatan dengan label Jenayah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jenayah. Papar semua catatan

Rabu, 15 Oktober 2014

Penoreh getah mengaku tidak salah liwat isteri


TEMERLOH – Seorang penoreh getah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan meliwat isteri sendiri.

Tertuduh dituduh meliwat isterinya di rumah mereka kira-kira jam 2 pagi 7 Oktober lalu.

Tertuduh mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah.
Lelaki terbabit yang berusia 48 tahun dan mempunyai empat anak hasil perkongsian hidup bersama isteri ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh selepas isterinya membuat laporan polis.

Berdasarkan laporan, kejadian itu bukan kali pertama sebaliknya sudah beberapa kali berlaku tanpa kerelaan isteri.

Mangsa bekerja sebagai buruh am membuat laporan polis selepas mendakwa mengalami tekanan akibat kejadian itu.

Hakim Jamaludin Mat memerintahkan tertuduh diikat jamin RM5,000 selepas tertuduh merayu wang jaminan dikurangkan sebelum menetapkan 13 November depan sebagai sebutan semula kes.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana meliwat dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Sumber Sinar Harian


Read more...

Jururawat Disyaki Bunuh 38 Pesakit Kerana Sakit Hati

Daniella Poggiali kini ditahan untuk siasatan lanjut.
Seorang jururawat di sebuah hospital di sini disyaki membunuh 38 pesakit selepas dituduh menyuntik seorang daripadanya menggunakan kalium klorida hanya kerana sikap pesakit atau keluarga mereka menyakitkan hatinya.

Daniela Poggiali ditahan di Lugo, utara Itali selepas kematian mengejut pesakit berusia 78 tahun yang dimasukkan ke hospital kerana demam biasa.

Berikutan kejadian itu, polis Itali sedang menyiasat dan memperluaskan skop membabitkan kematian 38 pesakit kerana disyaki dibunuh jururawat itu.

Terdapat laporan yang menyebut dia dipercayai membunuh pesakitnya menggunakan kalium, manakala seorang rakan sekerjanya pula memberitahu, Daniela pernah memintanya merakam gambarnya bersebelahan seorang pesakit yang baru meninggal dunia.

Jururawat berusia 42 tahun itu juga pernah secara berseloroh mahu memberikan kalium klorida kepada seorang pesakit yang tenat.

Daniela juga didakwa pernah memberi ubat pelawas buang air besar kepada pesakit sebelum menamatkan syifnya kerana dengan sengaja mahu menyusahkan rakan sekerja pada syif seterusnya.

Wanita ini menjadi suspek berikutan siasatan kes kematian mengejut pesakit di bawah jagaannya, Rosa Calderoni, 78, April lalu.

Ujian menunjukkan saluran darah pesara itu mengandungi sejumlah besar kalium klorida di mana jika ia diberi dalam dos tinggi boleh menyebabkan serangan jantung.

Bahan itu digunakan ke atas banduan yang menjalani hukuman mati di Amerika Syarikat.

Ketua Pendakwa Raya Alessandro Mancini memberitahu sidang akhbar, pihaknya berdepan dengan kesukaran dalam siasatan ke atas Daniela.

mStar Online


Read more...

Padah tiduri suami orang

SEKUMPULAN wanita membelasah Lin yang dituduh meniduri suami salah seorang daripada mereka.

Dia dibogelkan secara paksa dan dipukul tanpa belas kasihan oleh sekumpulan wanita di jalan raya yang sibuk. 

Bukan saja polis tidak datang membantu, malah orang ramai juga tidak campur tangan ketika kumpulan wanita berkenaan menendang celah kelangkang dan payu dara Lin Yao Li, 38, walaupun dia meraung kesakitan. Saksi berkata, Lin tidak layak dibantu kerana dia tidur dengan suami orang. 

Ia kejadian terbaru seumpamanya di China yang menyaksikan wanita dimalu dan dipukul di khalayak ramai kerana menjadi punca lelaki bersikap curang terhadap isteri. 

Dalam kejadian kelmarin, Lin diserbu empat wanita ketika berjalan pulang dari membeli-belah di Puyang, wilayah Henan, di timur China. Dengan menumbuk dan menendangnya sehingga Lin terjatuh sambil meraung kesakitan, penyerangnya kemudian menanggalkan pakaiannya sebelum memukulnya lagi, menarik rambut dan menendang celah kelangkang dan payu daranya. 

Serangan ganas itu dikatakan dirancang oleh isteri lelaki yang didakwa tidur dengan Lin. Dia dibantu tiga rakannya. Orang ramai yang berada di tempat kejadian hanya memerhatikannya. Seorang lelaki tempatan, Jun Feng, 30, yang membantu Lin selepas penyerangnya meninggalkan tempat itu memberitahu stesen televisyen tempatan: "Kejadian ini sudah menjadi perkara biasa. 

"Isteri dan teman wanita membalas dendam terhadap lelaki mereka dengan menyerang wanita lain. Orang ramai tidak berminat membantu." Lin yang calar-balar dan lebam kemudian dibawa ke hospital selepas merayu dipanggilkan ambulans.

-Agensi - 

Read more...

Selasa, 14 Oktober 2014

Dibunuh kerana memadu kasih dengan isteri orang

imej Carian

KULIM - Seorang warga Nepal ditemui mati dipercayai akibat ditikam di rumah kekasihnya yang merupakan isteri orang di Taman Bersatu di sini awal pagi tadi.

Lelaki tersebut dipercayai telah diserang oleh anak lelaki wanita itu dan beberapa rakannya yang menyedari mangsa berada di rumah tersebut.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Abdullah Arshad berkata mayat mangsa yang dikenali sebagai Kamal Singh, 27, dijumpai tertiarap dalam sebuah bilik di rumah teres di kawasan perumahan itu oleh seorang keluarga wanita tersebut kira-kira 4 pagi tadi.

"Anggota keluarga berkenaan telah melaporkan kejadian itu kepada polis yang berkejar ke tempat kejadian dan menemui mangsa berlumuran darah akibat kesan tikaman dengan senjata tajam di dalam bilik berkenaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Abdullah berkata siasatan awal mendapati mangsa yang merupakan rakan sekerja wanita tersebut di sebuah kilang di sini dipercayai mempunyai hubungan intim dengan wanita berusia 37 tahun itu sejak akhir-akhir ini.

"Terdahulu mangsa bersama wanita berkenaan telah pulang ke rumah tempat tinggal wanita tersebut dan seorang lelaki berusia 18 tahun dipercayai anak wanita tersebut telah menyedari kehadiran mangsa lalu memanggil beberapa orang rakannya.

"Mereka dikatakan telah menyerang mangsa dengan senjata tajam menyebabkan mangsa maut dan berlumuran darah," katanya.

Katanya anggota polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati mangsa telah meninggal dunia dan setelah pemeriksaan dibuat terdapat satu kesan tusukan senjata di dada kiri mangsa.

"Mayat mangsa telah hantar ke Hospital Kulim untuk tujuan bedah siasat," katanya.

Abdullah berkata suspek dipercayai telah melarikan diri dan polis sedang mengesan mereka.    

"Senjata yang digunakan masih belum dijumpai. Pihak polis kini menyiasat kes tersebut di bawah Kanun Keseksaan 302 kerana membunuh," katanya. - Bernama


SH

Read more...

Jumaat, 10 Oktober 2014

PELAJAR PEREMPUAN TINGKATAN SATU DILIWAT

imej Carian

IPOH – Seorang pelajar perempuan tingkatan satu diliwat seorang lelaki dalam sebuah rumah kosong berhampiran sebuah ladang di Pangkor, di sini, baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa yang berusia 13 tahun dipercayai mengikuti suspek yang dikenalinya ke sebuah rumah kosong terletak bersebelahan dengan rumahnya.

Menurut sumber, setelah berada di rumah rumah kosong itu suspek memaksa mangsa melakukan hubungan seks.

“Mangsa melawan dengan tidak menuruti permintaan suspek. Melihat mangsa meronta-ronta, suspek bertindak membuka pakaian mangsa dan terus meliwat menyebabkan mangsa menjerit kesakitan,” katanya.

Bagaimanapun, kata sumber, mangsa berjaya diselamatkan seorang lelaki yang mendengar  jeritan mangsa dari rumah kosong itu.

“Lelaki itu segera mengetuk pintu rumah terbabit untuk melihat individu di dalam rumah berkenaan. Keadaan itu menyebabkan lelaki tersebut melarikan diri.

“Mangsa kemudian dibawa ibu bapanya ke balai untuk laporan dan membuat pemeriksaan di hospital,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Jaafar Baba mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.

“Kita sedang berusaha mengesan dan menangkap suspek. Kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan,” katanya.


Sinar Harian


Read more...

BUNUH DAN NODA MAYAT EMAK

imej Carian
Texas: Sebuah mahkamah di sini semalam diberitahu bagaimana seorang remaja belasan tahun membunuh ibunya dengan tukul besi dan kemudian memperkosa mayat mangsa.
Kevin Davis, 18, mengaku membunuh ibunya, Kimberly Hill, 50, di kediaman mereka di Corpus Christi, Texas. 
Semalam, juri ditunjukkan dokumen soal siasat Davis dengan polis selepas dia ditangkap. 

Davis menceritakan kepada penyiasat bagaimana dia mula cuba membunuh ibunya dengan menjerut mangsa mengguna wayar elektrik.
Apabila ibunya tidak mati, Davis mengambil tukul besi dan mengetuk mangsa kira-kira 20 kali.
Disoal apa yang berlaku kemudian, Davis berkata: “Saya mengadakan seks dengan mayatnya. Itu pertama kali saya mengadakan seks dan ia dengan ibu saya.” 

Menurutnya, dia tidak keluar dari apartmen berkenaan kerana menunggu adiknya pulang dengan niat untuk membunuhnya juga. 

Tetapi kerana bosan menunggu, dia meninggalkan kediaman itu. 

Dalam soal siasat berkenaan, Davis juga memberitahu pegawai, dia sudah sekian lama mengimpikan untuk membunuh ibu dan adiknya dan akan melakukannya sekali lagi jika dibenarkan. 

Dia menceritakan bagaimana dia berangan melakukan pembunuhan itu - berpakaian suit, memenggal mangsa, memakainya dengan pakaian cantik sebelum mengadakan seks dengan mayat itu. 

Apabila ditanya alasan dia membunuh ibunya, Davis berkata, dia bosan dengan hidupnya dan tidak suka bergaul. 

“Saya tidak gila. Saya waras. Saya tahu apa yang saya lakukan,” katanya. 
Davis hanya tersenyum sepanjang perbicaraan semalam. 

Juri mengambil masa kurang sejam untuk mendapatinya bersalah dan menghukumnya penjara seumur hidup. 
- Agensi

Read more...

Khamis, 9 Oktober 2014

Seorang Mangsa Letupan Di Bukit Bintang Maut


PETALING JAYA: Seorang mangsa dalam kejadian letupan bom di hadapan Kompleks Sun di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada pagi Khamis meninggal dunia.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, mangsa yang merupakan pekerja joki kereta disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pagi Khamis.
Terdahulu, Khairi berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4.20 pagi Khamis, sebanyak dua bom dilemparkan dari aras dua tempat letak kereta bangunan itu.
"Suspek dipercayai membalingkan bom dari tingkat atas bangunan. Satu daripada bom itu meletup di hadapan kelab malam. Satu lagi tidak meletup dan berada di bawah kereta Toyota Camry, yang terletak berhadapan kelab malam tersebut," katanya.
Sekurang-kurangnya 13 yang lain cedera dalam kejadian itu.
Mayat mangsa letupan yang meninggal, Tiong Kwang Yie  tiba di Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira pukul 3 petang Khamis.

Kwang Yie, 36 yang berasal dari Sarawak adalah joki di kelab malam di tempat kejadian.

Mangsa terbabit meninggal dunia ketika di dewan bedah hospital selepas mengalami kecederaan parah dalam kejadian itu.

Selain itu, jurucakap HKL memaklumkan, tiga mangsa insiden letupan bom di Jalan Bukit Bintang telah dipindahkan ke Hospital Ampang.

Bagaimana pun sebab permindahan ke Hospital Ampang tidak diperjelaskan.

"Salah seorang daripada mangsa tersebut merupakan warganegara Thailand dan dua lagi tidak didedahkan," katanya.
Menurut sumber (pengurusan mayat), isteri mangsa akan tiba dari Sarawak malam ini. 
Bedah siasat mayat akan dilakukan pada pagi Jumaat.
mStar Online

Read more...

PUNCA SEBENAR LETUPAN BOM DI BUKIT BINTANG

KUALA LUMPUR: Pergaduhan melibatkan kumpulan gengster dipercayai sebagai punca insiden letupan di Kompleks Sun di Jalan Bukit Bintang pada Khamis.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kumpulan gengster mungkin menjadi punca kejadian letupan, yang dipercayai menggunakan bom tangan, tetapi polis sedang menyiasat kes itu dari semua sudut.
Seorang joki kereta cedera parah dalam letupan itu dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Sekurang-kurangnya 13 yang lain cedera dan dimasukkan ke HKL dan Hospital Tung Shin.
Khairi berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam pada kira-kira pukul 4.25 pagi.
"Ketika kejadian, sebahagian mangsa mahu menaiki sebuah kereta Toyota Vellfire apabila satu bahan letupan jatuh ke arah mereka dari tingkat dua bangunan itu.
"Mangsa-mangsa merupakan pelanggan pub dan penghuni di hotel-hotel berdekatan.
"Sebuah kereta Toyota Camry, Mazda dan BMW turut rosak dalam letupan itu," tambahnya.
Kes itu diklasifikasikan sebagai cubaan untuk membunuh di bawah Akta Senjata Api.
Sumber mStar Online

Read more...

14 cedera terkena bom di Bukit Bintang

DUA bahan letupan dibuang dari tingkat dua di mana satu tidak meletup dan ditemui di bawah kereta.
Kuala Lumpur: Seorang lelaki parah manakala 13 lagi cedera selepas terkena bom yang dibaling dari tingkat dua di Sun Complex, Bukit Bintang, hari ini.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 4.25 pagi. 
Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian polis mendapati 12 lelaki dan dua wanita yang berada di lokasi kejadian cedera di mana seorang daripada mereka mengalami kecederaan parah. 

"Siasatan awal mendapati bahan letupan itu dipercayai dibuang dari tingkat dua kompleks ini. Kita sedang mengenal pasti bahan letupan itu.
"Setakat ini dua bahan letupan dibuang dari tingkat dua di mana satu tidak meletup dan ditemui di bawah kereta Toyota Camry," katanya.
Khairi berkata, pihaknya akan menyiasat motif kejadian dan akan semak latar belakang mangsa untuk siasatan lanjut. 

Kes disiasat Seksyen 4 Akta Senjata dan 307 Kanun Keseksaan.
myMetro

Read more...

Dibelasah angkara jelingan

Kuala Lumpur: Jelingan membawa padah. Itu nasib malang menimpa dua lelaki yang dibelasah dengan kerusi, meja dan botol kaca di sebuah restoran di Metro Prima Kepong, di sini, oleh sekumpulan lelaki menyebabkan mangsa menerima beberapa jahitan di kepala dan badan.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi Isnin lalu, kedua-dua mangsa yang berusia 19 dan 20 tahun sedang makan di restoran itu sebelum didatangi sekumpulan lelaki tidak berpuas hati dan mempertikaikan tindakan mangsa menjeling mereka.
Menurut sumber, mangsa menafikan ada menjeling mereka dan mendakwa hanya makan, namun tidak dipedulikan sebelum diserang.
“Suspek bertindak ganas dengan menghentak kerusi dan meja ke badan mangsa yang tidak mampu melawan kerana dikepung kumpulan itu.
“Tidak cukup dengan itu suspek turut mengambil botol kaca dan menghentak ke kepala dan badan kedua-dua mangsa menyebabkan mereka berlumuran darah,” katanya.
Sumber berkata, selepas membelasah mangsa, suspek kemudian terus melarikan diri dan akibat kejadian itu mangsa cedera di kepala dan badan serta dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut. Menurutnya, mereka hanya diberi rawatan sebagai pesakit luar.
Bimbang kejadian sama berulang, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kepong.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
myMetro

Read more...

Rabu, 8 Oktober 2014

WANITA YANG DIBUNUH DIKERAT KEKASIH ADALAH SEORANG PELACUR KOMERSIAL BERTARAF ANTARABANGSA

MAYANG bersama Volke.

Brisbane: Wanita Indonesia yang dibunuh dan dipotong mayatnya kelmarin didakwa pelacur komersial bertaraf antarabangsa.

Media Australia Couriermail.com.au melaporkan, Mayang Prasetyo mengenakan bayaran sehingga lebih RM1,300 sejam. 

“Mangsa kemudian dipotong dan ditanak suaminya di sebuah apartmen adalah pelacur kelas tinggi,” lapor laman sesawang itu.

Memetik sumber, media itu mendakwa mayang turut memasarkan dirinya dan mencari pelanggan secara dalam talian.


Semakan di Internet menunjukkan Mayang - seorang pondan - menulis promosi di sebuah laman sesawang: “Rebut saya sekarang sebelum terlambat.”

Ibu Mayang, Nining Sukarni, berkata anaknya itu adalah orang yang banyak membantu keperluan kewangan mereka seharian.

“Mayang sering menghantar wang terutama untuk dua adiknya yang baru berusia 15 dan 18 tahun,” katanya.

Polis Australia menemui mayat busuk Mayang di apartmen didiaminya bersama Marcus Volke, 28, kelmarin selepas penduduk setempat mengadu terhidu bau busuk di situ. 


- Agensi


Read more...

Lagi Hebat,Curi wang di mesin ATM dengan getah Nangka ?

Pencuri di Filipina dilaporkan menggunakan getah pokok nangka untuk merompak mesin pengeluaran wang auto­matik (ATM) dari bank, lapor polis negara ini, semalam.
Getah nangka itu menurut polis akan dicalit pada logam yang terdapat di dalam tempat pengeluaran wang yang mengakibatkan sebahagian wang yang dikeluarkan orang ramai akan melekat pada getah tersebut.

Pencuri kemudiannya akan datang mengambil habuan mereka selepas pelanggan beredar dari mesin tersebut, tanpa menyedari baki wang yang dikeluarkan masih terlekat pada mesin itu. 

- AFP

Read more...

Isnin, 6 Oktober 2014

NINJA BOGEL ganggu pelajar UiTM


PANGSAPURI Astana Alam 3 di Puncak Alam dihantui ‘ninja bogel’ yang mengganggu penghuninya terutama pelajar UiTM.

KUALA SELANGOR – Puluhan pelajar perempuan (UiTM) kampus Puncak Alam yang tinggal menyewa di Pangsapuri Astana Alam 3 dekat sini bukan sahaja hidup dalam ketakutan malah diselubungi seribu misteri apabila kawasan perumahan itu diganggu ‘ninja bogel’.


Ninja bogel’ yang menimbulkan ketakutan dalam kalangan pelajar itu dikatakan akan muncul secara tiba-tiba di depan pelajar perempuan yang pulang lewat malam ke pangsapuri itu.
Dalam beberapa kes, ‘ninja bogel’ itu pernah mengetuk pintu rumah yang disewa pelajar-pelajar wanita terbabit pada lewat malam. ‘Ninja bogel’ itu dikatakan hanya berhenti mengetuk pintu sehingga penghuninya membuka pintu rumah.
Semasa kemunculan ‘ninja bogel’ yang digambarkan tanpa seurat benang kecuali bahagian muka dan kepala ditutup dengan baju-T berwarna hitam, ‘ninja bogel’ itu hanya berdiri kaku dan melihat gelagat mangsa-mangsanya yang menjerit ketakutan dan lari lintang-pukang.
‘Ninja bogel’ itu hanya meninggalkan lokasi selepas mangsanya lari akibat ketakutan.
Kejadian itu dikatakan sudah berlarutan sejak tahun 2012 sebelum dalam tempoh dua minggu lalu ‘ninja bogel’ itu semakin kerap menunjukkan diri kepada pelajar institusi pengajian tinggi itu (IPT).
Penuntut IPT terbabit mendakwa gangguan itu disyaki dilakukan oleh seorang lelaki yang tinggal di kawasan berkenaan. Ini kerana ketika kemunculannya, ‘ninja bogel’ itu seolah-olah mengetahui masa pengawal keselamatan atau ahli persatuan penduduk membuat rondaan.
KOSMO!

Read more...

HARUAN MAKAN ANAK,HARAP KAN PAGAR MAKAN PADI

Kapar: Seorang lelaki layak digelar ‘bapa syaitan’ apabila tergamak memperkosa anak perempuannya berusia sembilan tahun sejak setahun lalu.
Sumber polis berkata, perbuatan lelaki berusia 30-an itu terbongkar selepas ibu mangsa bertanya sama ada suspek pernah membuka seluar anak perempuannya itu pada Jumaat lalu.
Menurutnya, mangsa mengaku suspek ada membuka seluar sebelum merogolnya di rumah sejak setahun lalu.
“Mangsa pada mulanya tidak mahu menceritakan kejadian dialami kerana pernah diugut suspek.
“Mangsa akhirnya mengaku suspek merogolnya terutama ketika ibu mangsa tiada di rumah,” katanya.
Sumber itu berkata, ibu mangsa kemudian segera membuat laporan polis petang Jumaat lalu selepas yakin dengan maklumat diberikan anak perempuannya itu.
“Susulan laporan diterima itu, polis berjaya menahan suspek tidak lama kemudian,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa berhubung kejadian itu.
myMetro

Read more...

Ahad, 5 Oktober 2014

Lelaki tikam kepala bekas kekasih

AGENSI - KEADAAN dos Santos yang berlumuran darah ketika dirawat di sebuah hospital di Sao Paolo, Brazil.

SAN PEDRO – Seorang wanita di Brazil bernasib baik kerana masih hidup selepas dia ditikam pada dahi dengan sebilah pisau oleh bekas teman lelakinya, lapor MailOnline kelmarin.
Beberapa anggota polis menemui Alcileide Rodrigues dos Santos, 22, dengan pisau tertusuk ke dalam tengkoraknya ketika dia duduk di sebuah bangku di bandar ini, dalam negeri Sao Paolo.
Di sebalik kecederaan yang dialami, Santos masih sedarkan diri dan memberitahu polis bahawa dia diserang oleh bekas teman lelakinya, Roberto Martins dos Anjos, 19.
“Saya diserang bekas teman lelaki saya sekitar pukul 5 petang (waktu tempatan) ketika kami bertengkar,” katanya,
Namun, wanita itu tidak mendedahkan punca mereka bertengkar atau mengapa bekas teman lelakinya naik berang sehingga sanggup menyerang­nya.
Doktor di hospital Estadual Mario Covas di sini berkata, pisau itu tertusuk beberapa sentimeter ke dalam tengkoraknya tetapi ia tidak mengenai otak mangsa. 
– Agensi(kosmo!)


Read more...

Sabtu, 4 Oktober 2014

Selisih Faham Jualan Lembu, Seorang Maut, Seorang Lagi Parah Dirempuh

KEADAAN kereta yang digunakan suspek untuk melanggar mangsa.

SETIU: Gara-gara perselisihan faham berhubung penjualan lembu, seorang lelaki maut manakala rakannya parah dilanggar seorang lelaki yang dikenali mereka dalam kejadian di Kampung Jelapang, Permaisuri di sini, Khamis.

Ketua Polis Daerah Setiu DSP Ab Rahman Raja Mohamad berkata kejadian kira-kira pukul 6 petang itu menyebabkan mangsa Rohadi Yaacob, 44, maut manakala Zakaria Taib, 43, parah selepas dirempuh kereta Proton Gen 2.

Katanya ketika kejadian, kedua-dua mangsa bersama seorang lagi rakannya sedang menunggang motosikal secara berasingan pulang ke rumah selepas bertengkar bersama suspek di sebuah kedai kopi di kampung berkenaan.

"Ketika ketiga-tiga rakan tersebut dalam perjalanan meninggalkan kedai berkenaan, suspek yang berusia 40 tahun itu bertindak mengejar dan melanggar dua mangsa itu dengan keretanya.


"Sebelum kejadian, kedua-dua mangsa dan suspek telah bertengkar sebelum seorang rakan mangsa mengajaknya pulang dan ketika mereka meninggalkan kedai kopi tersebut, suspek telah berkata kepada Rohadi 'aku langgar kamu'," kata Ab Rahman.
Susulan rempuhan tesebut, kedua-dua mangsa terpelanting ke tengah jalan dan suspek terus bergerak ke depan dengan membuat pusingan U sebelum sekali lagi merempuh kedua-dua sahabat berkenaan dan terus melarikan diri.

Ab Rahman berkata seorang lagi rakan mangsa yang menyaksikan insiden itu, dengan bantuan orang kampung bergegas membawa kedua-dua mangsa ke Hospital Setiu.

Bagaimanapun Rohadi yang berasal dari Kampung Bukit Loyat, Setiu maut ketika dalam perjalanan ke hospital manakala Zakaria yang berasal dari Kampung Jelapang kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu.

Ab Rahman berkata suspek yang bekerja sendiri itu diberkas 8.20 malam pada hari kejadian dan turut merampas kenderaan yang digunakan melanggar mangsa.

Suspek yang berasal dari Kampung Jelapang itu kini ditahan reman untuk siasatan lanjut.


mStar Online


Read more...

Jumaat, 3 Oktober 2014

Padah wanita hina polis


IPOH – Tindakan seorang wanita memuat naik gambar dua anggota polis yang menyamannya dalam laman sosial, Facebook membawa padah apabila dia bakal dikenakan tindakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Sebelum ini, wanita berusia 29 tahun itu ditahan oleh dua anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) terbabit atas kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar ketika memandu kereta jenis Proton Saga FLX di Kampar, dekat sini.

Menerusi status Facebooknya, wanita terbabit menyatakan tindakan dikenakan terhadapnya itu bertujuan untuk mendapatkan ‘duit kopi’ dan dia turut menulis ‘tidak guna polis dan kerajaan’.

Susulan status yang dilihat menjejaskan imej polis, anggota terlibat membuat laporan di Balai Polis Kampar pada jam 2.15 petang, 29 September lalu.

Anggota berpangkat Lans Koperal itu membuat laporan setelah berasakan status ditulis wanita terbabit berunsur hinaan kerana menjatuhkan maruah, reputasi dan kredibiliti pengadu sebagai anggota polis dan menjatuhkan imej PDRM.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kampar, Asisten Superintendan Noor Janihan Nanyan berkata, pihaknya menerima laporan polis terbabit namun kes berkenaan diserahkan kepada SKMM untuk siasatan lanjut.

“Wanita terbabit telah dipanggil untuk ambil keterangan dan disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana kandungan statusnya menghina seseorang,” katanya.

Sumber Sinar Harian


Read more...

Selasa, 30 September 2014

Penggodam ATM,PDRM Buru penyangak Latin

WAJAH beberapa lelaki disyaki warga Amerika Latin yang dicari polis bagi membantu siasatan kes godam ATM.
Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM)melancarkan Ops Albatross untuk mengesan dan mengheret suspek kumpulan penggodam ATM menyebabkan kehilangan wang tunai RM2.5 juta, ke muka pengadilan.
Berdasarkan rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV), polis berjaya mendapatkan imej wajah beberapa lelaki disyaki warga Amerika Latin yang dikatakan terbabit dalam kegiatan menggodam ATM milik cawangan empat bank tempatan dan antarabangsa di Lembah Klang, Johor dan Melaka. 
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Seri Mortadza Nazarene berkata, polis komited untuk membanteras jenayah ini hingga ke akar umbi bagi mengekalkan keyakinan rakyat terhadap institusi kewangan negara.
Beliau berkata, PDRM meminta anggota masyarakat tampil membantu siasatan polis sehingga tertangkapnya penjenayah terbabit.
Menurutnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu atau melihat lelaki yang dicari ini diminta menghubungi Senior Asisten Komisioner Mohd Kamarudin Md Din di talian 019-6000135 atau 03-26163839. 

Mortadza berkata, berdasarkan siasatan awal, beberapa lelaki dipercayai warga Amerika Latin itu didapati membuka panel bahagian atas ATM dengan menggunakan 'common key' kemudian satu cakera padat dimasukkan ke dalam CD Rom mesin ATM untuk menyuntik virus dikenali sebagai ulssm.exe. 

Menurutnya, selepas mengeluarkan CD panel akan ditutup semula dan suspek akan mengeluarkan semua wang di dalam ATM menggunakan panel kekunci selepas memasukkan kod tertentu yang diterima melalui panggilan telefon dari rakan sejenayah. 

"Slot kad ATM akan disumbat dengan objek seperti kad sim, kertas atau putung rokok bagi menyekat akses pengeluaran wang oleh pengguna lain,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sumber myMetro

Read more...

Isnin, 29 September 2014

Warga emas ditahan noda anak jiran

imej Carian
Kajang: Seorang lelaki warga emas ditahan kerana mencabul dua kanak-kanak perempuan yang juga anak jirannya, di Jalan Tenaga, Hulu Langat di sini, antara Mac 2013 hingga Februari lalu.
Penahanan lelaki berusia 63 tahun itu dilakukan selepas ibu mangsa membuat laporan polis dan dia ditahan di rumahnya, Jumaat lalu. 
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, kanak-kanak perempuan berusia 10 dan kakaknya berusia 12 tahun itu dipercayai dicabul suspek di rumah mereka. 

“Kejadian bagaimanapun dirahsiakan dua kanak-kanak ini sehingga mereka menceritakannya kepada seorang jiran baru-baru ini.
“Ibu mangsa berusia 48 tahun, turut membawa kedua-dua anaknya ke Hospital Kajang bagi melakukan pemeriksaan,” katanya.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan doktor mengesahkan tiada kesan koyakan pada kemaluan kedua-dua mangsa. 

“Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang dan siasatan lanjut mendapati dia tidak mempunyai sebarang rekod jenayah. 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK),” katanya.
myMetro


Read more...

CULIK BUDAK UNTUK BUAT BINI

Seorang lelaki yang mendakwa disisihkan oleh wanita, menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun untuk membesarkannya sebelum dijadikan isteri.
Lelaki itu dilapor menculik kanak-kanak berkenaan minggu lalu ketika keluarga mangsa tidur. 
Dia kemudian menyembunyikan kanak-kanak itu di hutan di Wellawa dan memberikannya makanan yang dicuri dari rumah jirannya. 

Selepas mendapati sukar untuk berbuat demikian, lelaki itu membawa pulang kanak-kanak berkenaan ke rumahnya dan menyorok mangsa di bawah katil.
Dia dilapor mengikat mulut kanak-kanak itu untuk memastikan dia tidak menjerit.
Perbuatan lelaki itu terbongkar apabila abangnya yang tinggal di sebelah rumahnya, terserempak dengan kanak-kanak itu. 

Apabila dia menyoal suspek mengenai kanak-kanak itu, lelaki berkenaan bertindak menikam abangnya. 

Bagaimanapun, si abang berjaya menangkap lelaki itu dan menyelamatkan kanak-kanak itu sebelum membuat laporan polis. 

Sementara itu, suspek sempat melarikan diri sebelum polis tiba. 

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahinya apabila dia berjaya ditangkap oleh orang ramai dan dibelasah sebelum polis mengambil keputusan untuk campur tangan. 

Lelaki itu sebelum ini dipercayai menculik tiga kanak-kanak lain dengan tujuan yang sama. 

Mangsa dihantar menjalani permeriksaan di hospital tetapi disahkan tidak diapa-apakan. 

Dalam pada itu, lelaki berkenaan mengaku kepada polis dia menculik kanak-kanak berkenaan bukan untuk dibunuh, sebaliknya untuk memelihara dan membesarkan mangsa untuk dijadikan isteri kerana selama ini tidak ada wanita yang sudi menerimanya menjadi suami.
-AFP

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP