GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Memaparkan catatan dengan label Lawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lawak. Papar semua catatan

Khamis, 9 Januari 2014

LIVE STREAMING MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 MINGGU KE 9

Minggu ke 8 tiada penyingkiran .. Kita saksikan Maharaja Lawak Mega pada minggu ke 9 ni.. apakah ada 2 kumpulan yang tersingkir.. WALA ,CHOMEY atau NABIL ..maupun SEPAHTU ..

Pasti tiap kumpulan akan memberikan persembahan mantap untuk ke peringkat akhir..

SAKSIKAN VIDEO PADA MINGGU ke 8 ( parodi rancangan TV)

Read more...

Isnin, 6 Januari 2014

Shiro Jawab Isu digam RTM dan Lawak bodoh depan Menteri

Shiro
PETALING JAYA: Kumpulan pelawak Shiro menolak dakwaan mereka digam Radio Televisyen Malaysia (RTM) berikutan lawak 'bodoh' dalam satu program terbitan stesen televisyen itu.
Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Bin Razak, 28, berkata, mereka tidak menerima sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara itu malah masih dipanggil untuk mengendalikan sebuah rancangan di RTM sempena malam tahun baharu 2014 pada Selasa lalu.
"Kami tidak tahu atau dimaklumkan apa-apa daripada pihak RTM tentang perkara tersebut, malah selepas rancangan itu, RTM masih memanggil kami untuk mengendalikan rancangan terbitan mereka.
"Boleh dikatakan hubungan Shiro dengan RTM setakat ini memang baik dan pihak stesen televisyen tersebut sentiasa memberi kami peluang dalam pelbagai rancangan mereka sejak kami muncul dalam industri," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.
Ajak berkata demikian ketika diminta mengulas tentang gosip di ruangan pojok akhbar mingguan yang mendakwa kumpulan tersebut bakal digam oleh RTM berikutan menyampaikan lawak 'bodoh' di hadapan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan beberapa artis veteran di Konsert Jubli Emas TV Malaysia, baru-baru ini.
Shiro dikatakan terlalu mencuba untuk menarik perhatian menteri tersebut dengan memanggil beliau sebagai bapa mentua setiap kali muncul di pentas.
Tambah Ajak, persembahan yang dilakukan pada malam tersebut hanya selingan ketika waktu iklan ke udara dan tidak disiarkan di televisyen.
"Ya...kami ada menyentuh tentang bapa mentua kerana kami tahu anak beliau baru sahaja berkahwin, namun bagi saya ia tidaklah sampai keterlaluan dan berniat untuk mempersenda-sendakan seperti dikhabarkan itu," ujarnya.
Bagaimanapun, mereka meminta maaf jika lawak tersebut ada mengguris hati mana-mana pihak yang menonton persembahan mereka pada malam tersebut.
Tambah Ajak, mereka akan lebih berhati-hati dalam membuat persembahan terutamanya program yang melibatkan orang kenamaan.

Sumber mStar Online


Read more...

Jumaat, 3 Januari 2014

LIVE STREAMING MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 MINGGU KE 8

Kumpulan Sepahtu kembali mengamat diminggu ke7.. kita tengok apa jadi kumpulan Sepahtu diminggu ke8 pula.. 

Saksikan Video MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 diminggu ke7
 

Read more...

Khamis, 2 Januari 2014

Trending FB: Ramai murid tersepit di kerusi?

  • Wajah murid-murid yang dirakam tersepit pada kerusi di hari pertama persekolahan yang tersebar di laman sosial Facebook. Foto Ihsan Facebook

SHAH ALAM - Hari ini merupakan hari pertama untuk sesi persekolahan bagi tahun 2014 bagi sesetengah negeri, pelbagai ragam dan keletah murid-murid yang menarik perhatian lensa kamera. 
 
Carian Sinar Harian Online di laman sosial Facebook mendapati ‘keterujaan serta kegembiraan’ murid yang baru memasuki alam persekolahan terselit dengan adegan ‘mencuit hati' tak kurang juga yang mencemaskann.

Gambar yang ini hanya kes terpencil
 
Mana tidaknya tindakan segelintir murid yang dirakam lensa kamera dari seluruh pelusuk negara melihatkan pelbagai ragam. Ada yang menangis, tertidur, gembira malah ada yang tersepit di kerusi. 
 
Benarkah gambar-gambar yang dikongsikan ini adalah senario sebenar, mungkin pembaca di luar sana ada jawapannya. 
 
Kepada pembaca, sekiranya anda maklumat sahih mengenai ‘kejadian’ ini bolehlah berkongsi bersama kami.

Sumber sinarharian


Read more...

Khamis, 26 Disember 2013

LIVE STREAMING MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 MINGGU KE 7


Saksikan malam ini kumpulan mana pula yang tersingkir .. Nabil ? Sepahtu ?..

Saksikan 4 Video Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu ke 6 .. antara yang terbaik pada malam tersebut..

Video Sumber dailymotion.com

LINK ( ASTRO WARNA )

 



Read more...

Zizan Razak Bangga Jika Emma Maembong Kekal Bertudung

Zizan Razak
PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak, Zizan Razak mengakui berasa bangga jika aktres yang sering dikaitkan bercinta dengannya, iaitu Emma Maembong membuat keputusan untuk terus bertudung.
Bagaimanapun, Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, 29, berkata, dia tidak pernah menyuruh wanita itu untuk berbuat demikian.
"Bapa saudara Emma ada hubungi saya untuk bertanya tentang perkara itu dan sama ada saya yang menyuruhnya bertudung, namun ketika itu saya pun tidak tahu tentang dia mahu bertudung.
"Dia baru mencuba-cuba untuk pakai tudung, bagi saya itu perkara yang baik dan membanggakan bagi seorang wanita, " katanya kepada mStar Online, di sini.
Emma Maembong
Tambah Zizan, Emma sudah lama memberitahu niat untuk berubah ke arah itu namun masih menunggu masa yang sesuai.
Sementara itu, Zizan yang juga Pengarah Urusan Wire Fame Entertainment berkata, dia masih belum mengetahui perancangan kerjaya artis di bawah naungannya itu selepas berhijab.
"Buat masa ini dia (Emma) sedang menjalani penggambaran drama yang memang memerlukannya bertudung iaitu Projek Memikat Suami (PMS) dan Yes Boss!.
"Untuk projek seterusnya saya tidak tahu lagi sama ada dia terus mengambil watak bertudung sahaja atau tidak," katanya.
Sumber mStar Online

Read more...

Jumaat, 20 Disember 2013

LIVE STREAMING MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 MINGGU KE 6

Kumpulan mana yang bakal tersingkir untuk Minggu ke 6 .. Nabil ? .. Kumpulan Boboi ?.. Jangan buat andaian dulu..apa pun bakal terjadi.. 

Kita tonton dulu Maharaja Lawak Mega 2013 minggu 5 full menyaksikan kumpulan Zero kecundang.. Nabil ketandusan Idea dan juga kumpulan Boboi yang bikin panas..



Sumber Video aStro Gempak


Read more...

Selasa, 17 Disember 2013

MLM 2013,Nora Danish Tersinggung 'Tuduhan' Kumpulan Boboi

Nora Danish
KUALA LUMPUR: Pelakon Nora Danish tersinggung terhadap Boboi apabila kumpulan lawak itu seolah-olah merendahkan fungsi juri Maharaja lawak Mega yang berlangsung pada Jumaat lalu.
Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 31, berkata, Boboi yang dianggotai oleh Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik tidak sepatutnya mempersoalkan kredibiliti juri yang tidak mempunyai pengalaman berlawak tetapi dilantik mengadili acara itu.
"Ketika Boboi membuat persembahan tersebut, saya serta barisan juri lain terkejut dan wajah kami masing-masing terus berubah.
"Jujurnya saya tersinggung dengan Boboi. Saya serta juri-juri lain sayangkan mereka tetapi rasanya mereka tidak patut membuat lawak menyindir sedemikian," katanya.
Nora ditemui pada pelancaran sebagai duta produk Sure White Beauty Plus dan C-Glow Factor di Flora Terrace, di sini pada Isnin.
Selain Nora Danish, juri tetap program itu ialah Datuk Yusof Haslam, Luna Maya (Indonesia) dan Syed Haikal (Singapore).
Afdlin Shauki (kiri) dan Harun Salim Bachik yang menububkan kumpulan Boboi.
Rancangan tersebut disiarkan secara langsung pada setiap hari Jumaat pukul 10 malam di Astro Warna.
Tambah pelakon filem Bencinta itu, para peserta perlu faham bahawa pihak Astro memilih juri MLM untuk memberi komen berdasarkan sisi pandangan mata mereka sebagai seorang penonton.
Bagaimanapun Nora Danish berkata, dia juga faham, para peserta memerlukan juru profesional agar kritikan yang diberi dapat memperbaiki lagi mutu persembahan pada episod seterusnya.
"Saya rasa, pihak Astro perlu menerangkan kepada para peserta MLM sebab-sebab kami dipilih. Mungkin ada sesetengah pihak yang tidak berapa jelas. Jujurnya, saya syangkan Afdlin dan Harun kerana mereka adalah 'otai' dalam industri ini.
"Cuma kalau boleh janganlah membuat lawak menyindir kami sebegitu," ujarnya.
Sementara itu, Afdlin yang dihubungi mStar Online pula berkata, Nora tidak sepatutnya berasa hati dengan persembahan Boboi kerana sindiran tersebut tidak ditujukan kepada sesiapa.
"Menjadi perkara normal dalam bidang lawak apabila seseorang pelawak itu menyindir dalam persembahan mereka. Bagi pelawak, mereka faham dengan situasi tersebut.
"Kenapa mereka (juri) tidak anggap persembahan itu hanyalah komedi semata-mata?" soalnya.

Sumber mStar Online


Read more...

Sabtu, 14 Disember 2013

LIVE STREAMING MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 MINGGU KE 5

Kumpulan Sepahtu antara kumpulan yang sering meraih kedudukan terbaik pada setiap minggu

Maharaja Lawak Mega untuk minggu ke 5 . kita akan saksikan 1 lagi penyingkiran ..pendapat admin pada Maharaja Lawak Mega minggu ke 4 ..Bocey di antara peserta/kumpulan memberi saingan hangat.

Namun tema parodi  / Spoof bukan senang bagai disangka.. 

Maharaja Lawak Mega 2013 dihoskan oleh Dato’ Ac Mizal dan mula bersiaran secara langsung dari Dewan MBSA, Shah Alam pada 15 November bermula jam 10 malam di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Kita saksikan Video Kumpulan Bocey untuk minggu ke 4 .. kumpulan ini pun tidak kurang hebatnya ... 




Link ( LIVE STREAMING ASTRO WARNA )


Read more...

Isnin, 9 Disember 2013

OMG Juara Liga Lawak Superstar

ULU KELANG: Kumpulan OMG telah dinobatkan sebagai juara program Liga Lawak Superstar (LLS) musim pertama yang diadakan di Studio Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pada malam Ahad.
Kumpulan yang dianggotai oleh Sathia, Akim Ahmad dan Anas Ridzuan itu berjaya mendapat markah sebanyak 70 peratus sekaligus menumpaskan kumpulan Apa Kasih Toq yang hanya mendapat dengan 58 peratus.
Kasih Toq yang dianggotai oleh Didie Alias, Kamal Adli dan Shafiq Kyle.
Juara menerima hadiah wang tunai berjumlah RM250,000 manakala naib juara membawa pulang hadiah berjumlah RM75,000.
Bagi pusingan akhir Liga Lawak Superstar musim pertama ini, kumpulan OMG dan Apa Kasih Toq dikehendaki melaksanakan tiga permainan iaitu Mengecut, Peniru Besar dan Penyanyi Berkepala Tiga.
Manakala untuk peringkat akhir kedua-dua kumpulan diberikan dua permainan baharu iaitu Awal & Akhir dan Karaoke Uncle.
Dalam pada itu, Sathia ketika ditemui berkata, mereka bersyukur telah dipilih sebagai pemenang dan mengakui bukan mudah untuk melunaskan semua tugasan diberikan.
"Saya sangat berterima kasih kepada Anas dan Akim kerana walaupun mereka bukan daripada bidang komedi tetapi tetap mampu melunaskan semua tugasan yang diberikan," katanya.
Pada pusingan separuh akhir kedua minggu lalu, kumpulan Aku Diandra (Ilya, Qazeem Nor dan Sheera Iskandar) telah diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga dan menerima wang tunai sebanyak RM50,000.
Manakala kumpulan Aku (Bell Ngasri, Hairi Safwan dan Idzham Ismail) diumumkan sebagai pemenang tempat keempat sekaligus membawa pulang wang tunai RM25,000.
Sementara itu, Ketua Pegawai Ekskutif Kumpulan Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar berkata, pihaknya amat teruja dengan sambutan diberikan oleh penonton terhadap LLS sehingga ia menjadi fenomena dikalangan penonton.
Jelas Ahmad Izham, dua kumpulan yang terpilih ke peringkat akhir telah memberikan persembahan paling kreatif dan menyerlah sepanjang tiga bulan bertanding.
"Mereka mampu menguasai pentas dengan bersahaja dan tidak berasa kekok untuk menjayakan setiap permainan diberikan.
"Program ini telah membuktikan bakat dan kreativiti setiap peserta bukan hanya terikat dengan watak mengikut skrip malah mampu menghiburkan para peminat," katanya.
Pemenang dipilih berdasarkan tiga bahagian iaitu 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus undian SMS dan 20 peratus juri awam di studio.
Liga Lawak Superstar dihoskan oleh Afdlin Shauki dan Adibah Nor manakala Ida Nerina, Vanidah Imran dan Adlin Aman Ramli bertindak sebagai juri profesional.
Sumber mStar Online

Read more...

Jumaat, 6 Disember 2013

LIVE STREAMING MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 MINGGU KE 4


Kumpulan mana bakal tersingkir malam ini.. gelanggang minggu ke 4 Maharaja Lawak Mega 2013? Atau bakal berlaku kejutan yang tidak dijangka buat para penonton malam ini? Pastikan ada menonton program Maharaja Lawak Mega 2013 dan teruskan mengundi kumpulan kegemaran anda.


Maharaja Lawak Mega 2013 dihoskan oleh Dato’ Ac Mizal dan mula bersiaran secara langsung dari Dewan MBSA, Shah Alam pada 15 November bermula jam 10 malam di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).




Apakah kumpulan SEPAHTU bakal menyengat lagi.. kita saksikan malam ini..



LINK ( ASTRO WARNA )


Read more...

Jumaat, 29 November 2013

LIVE STREAMING MAHARAJA LAWAK MEGA MINGGU KE 3

Untuk Minggu ketiga akan berlaku lagi satu penyingkiran.. kumpulan mana ?.. Persoalan dapatkah SEPAHTU berada ditangga teratas .. adakah JAMBU akan memintas..begitu juga SHIRO .. dan tidak memandang ringan juga kepada kumpulan SYJ..Kita saksikan bersama disini.. ( LINK )



INFO : Maharaja Lawak Mega merupakan sebuah lagi program terbitan Astro dan pertama kali dalam sejarah Asia, pelawak-pelawak terhebat dari 3 buah negara digabungkan dalam satu pentas. Program yang dihoskan oleh pengacara Dato' AC Mizal ini bakal menyaksikan persaingan sengit di kalangan pelawak-pelawak dan pelakon komedi profesional terbaik dari Malaysia , Singapura dan Indonesia.

Setiap pelawak yang bertanding mempunyai portfolio seni yang mengagumkan dalam bidang ini. Program ini juga menggunakan konsep dan format yang hampir sama seperti Raja Lawak Astro dan Maharaja Lawak. Bersiaran secara langsung pada hari Jumaat, jam 10.00 malam bermula 28 Oktober 2011 menerusi Astro Warna (saluran 132) dalam Pakej Mustika. (wikipedia)

( LINK ) ASTRO WARNA

Read more...

Khamis, 21 November 2013

Pulak dah ! Bangsa Viking Ramal Kiamat Terjadi 22 Februari 2014

Kiamat sepertinya menjadi misteri yang paling menarik untuk dibahas , yang bahkan sudah dilakukan berbagai peradaban di masa lalu. Sebelumnya , kiamat ramai diramalkan akan terjadi pada Disember 2012 , berdasarkan ' ramalan ' bangsa Maya. Ketika itu, bangsa Maya menyebut akhir dunia akan terjadi seiring berakhirnya tempoh ke-13 dari putaran Baktun .

Saat penanggalan bangsa Maya berakhir pada 21 Disember 2012 , kiamat akan datang bertanda dengan kehadiran dewa Bolon YOKTE sebagai simbol perubahan. Tapi 21 Disember 2012 berlalu, dan kiamat tak jua berlaku.

Kini muncul ' ramalan ' kiamat lain dari masa lalu. Kali ini sumbernya berasal dari kebudayaan Norse , yang lebih dikenali dengan sebutan bangsa Viking.

Kiamat menurut bangsa Viking ini merupakan rangkaian dari ' ramalan ' peristiwa masa depan yang disebut Ragnarok . Dikutip dari International Business Times , perhitungan kiamat ini ditandai dengan dibunyikannya sangkakala oleh dewa bernama Heimdallr .

Perayaan permulaan Ragnarok ini sudah dilakukan dengan dilakukan dalam pembukaan Festival Viking di Jorvik Viking Center yang terletak di York, United Kingdom . Sangkakala sebagai simbol bermulanya kiamat juga sudah dibunyikan. Dengan demikian , kiamat diramalkan akan berlangsung 99 hari selepas sangkakala itu dibunyikan , iaitu pada 22 Februari 2014.

Menurut mitologi bangsa Viking , kiamat mula berlaku selepas Odin dibunuh oleh Fenrir sang serigala. Dewa- dewa lain pun akan mati , termasuk juga Thor yang ditugaskan menjaga bumi.

Tapi kemudian bumi akan ' lahir ' kembali. Dua manusia berlawanan jenis akan muncul dan mula perkembangbiakan , sama halnya seperti Adam dan Hawa.

Sebelum kiamat , matahari disebut akan menghitam . Cuaca juga disebut tak lagi boleh diramal. Sejumlah tanda -tanda yang disebut mitologi juga sudah terlihat saat ini, di antaranya : "Saudara akan saling bertarung dan saling bunuh. "

" Ragnarok merupakan hasil kebudayaan mutakhir di mitologi Viking. Saat dewa- dewa akan jatuh dan mati, jadi tentu acara ( Festival Viking) ini tak boleh diremehkan , "kata Danielle Daglan yang merupakan Pengarah Festival Viking.

Festival Viking sendiri akan berlangsung meriah pada 15 hingga 23 Februari 2014 di bandar York . Sejumlah makanan dan minuman ala bangsa Viking akan dihidangkan. Tentu saja orang -orang akan berlalu lalang dengan berpakaian ala Viking.

Sumber vivanews.com

Read more...

Selasa, 19 November 2013

Kereta Pelawak Nabil Ahmad Dipecah Masuk Penjenayah

KUALA LUMPUR: Kereta pelawak Nabil Ahmad, 30, jenis Mitsubishi Lancer dipecahkan penjenayah kira-kira pukul 11 malam Isnin dalam kejadian di Sungai Buloh dekat sini.
Nabil berkata, kejadian tersebut berlaku ketika dia bersama isterinya Nazirah Ayub, 25, dan anak mereka Naira Mikayla yang berusia setahun sedang makan malam di kawasan tersebut.
"Selepas selesai makan, kami ke kereta untuk pulang dan pada awalnya kami tidak sedar sehinggalah ketika saya nak mengundurkan kereta, baru saya perasan cermin di tempat duduk kanan sebelah belakang pecah.
"Saya terkejut kerana risau jika ada pihak yang tidak puas hati sengaja memecahkan cermin tersebut. Lepas itu isteri beritahu yang beg galas saya hilang," katanya.
Aksi menarik Nabil bersama isteri dan anak.
Nabil ditemui pada majlis pengumuman barisan artis yang membuat persembahan serta pengacara bagi acara Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM 20) di Hotel Istana di sini pada Selasa.
Tambah Nabil dia dalam kejadian itu kad pengenalannya hilang dan juga beg galas yang diisi baju sukan.
Nabil membuat laporan di Balai Polis Damansara dekat sini sejurus selepas kejadian.
Sumber mStar Online

Read more...

Jumaat, 15 November 2013

Pelik Gila ! Kahwin dengan Pokok

TORRES memeluk dan mencium ‘pengantinnya’.
Buenos Aires: Aktor dan aktivis alam sekitar Richard Torres melakukan perbuatan pelik apabila dia berkahwin dengan sebatang pokok di Buenos Aires, Argentina Ahad lalu.
Torres (yang kelihatan seperti Johnny Depp dalam rakaman video pada acara itu) menggelar upacara terbabit sebagai “perkahwinan hijau” apabila berkahwin dengan pokok bernama Aliehuen Nehuen, sebagaimana disiarkan agensi akhbar Peru Netjoven. 
Dalam acara itu, Torres memakai sut putih, manakala Aliehuen Nehuen mengenakan tali leher. Selepas sesi membaca ikrar dan meletakkan simbol perkahwinan di depan ‘isterinya’, Torres mencium pokok itu sebagai pengesahan acara perkahwinan, menurut FOX59 WXIN-TV. 

Perkahwinan itu disahkan artis Argentina José María Muscari.
Acara berkenaan ialah sebahagian percubaan besar Torres untuk memupuk kesedaran memelihara alam sekitar di seluruh negara Amerika Latin itu.
Di negara asalnya, Peru, Torres sudah pun mendapat perhatian kerana ketaksubannya terhadap flora dan fauna. Dia ditahan tahun lalu kerana melancarkan bantahan secara berbogel sebagai membantah pemindahan pokok di sebuah taman di Peru. 

Sementara acara perkahwinan Torres menarik perhatian antarabangsa, ia bukan pertama kali aktivis berkenaan berkahwin dengan pokok. 

Pada Jun lalu, Torres mengahwini pokok pertamanya. Ketika itu, dia mengisytiharkan, “Perkahwinan saya adalah selama-lamanya dan saya akan berasmara dengan semua pokok. Dengan memeluk pokok, saya dapat merasakan tenaga tumbuhan itu.” 

Bagaimanapun, Torres bukan aktivis pertama yang berkahwin dengan pokok. Pada 2009, pasangan seni konsep, The Art Guys berkahwin dengan anak pokok Oak dalam satu acara di muzium Texas. 
- Agensi


Read more...

Rabu, 13 November 2013

Acara cari jodoh untuk golongan pertengahan

BEBERAPA peserta lelaki dan wanita mencari calon pasangan yang sesuai pada acara mencari jodoh.

SHANGHAI - Kerajaan tempatan Shanghai menganjurkan acara mencari jodoh yang melibatkan penduduk berumur 45 tahun ke atas di sini pada 9 November lalu.

Seorang janda, Liu Fenqin yang berusia 53 tahun berkata, dia berharap akan dapat mencari calon suami selepas bercerai lebih 10 tahun lalu.
"Saya mencari seseorang (bakal suami) yang wajahnya tidak hodoh," katanya semasa dia merenung beberapa lelaki yang menyertai acara tersebut.
Menurutnya, dia mahu mencari seorang suami semasa umurnya masih muda.
Namun, seorang anak perempuannya tidak merestui hasratnya ketika itu menyebabkan dia menangguhkan usaha untuk mencari cinta buat sementara waktu.
SEORANG peserta lelaki dan wanita berbual pada acara mencari jodoh di Shanghai, 9 November lalu.

Seorang jurutera, Zheng Zhixin, 68, yang turut hadir pada acara itu berkata, dia telah bercerai dengan isterinya di Jepun.

"Dia (isterinya) mahu tinggal di Jepun tetapi saya mahu pulang ke tanah air. Hala tuju hidup kami tidak sama," katanya.
Acara mencari jodoh itu diadakan di sebuah gudang perabot di sini.
Kira-kira 40,000 orang menghadiri acara tersebut berbanding 30,000 pada tahun lalu.
Pada tahun lalu, had umur peserta yang ditetapkan untuk menyertai majlis itu adalah 60 tahun ke atas. 
- Reuters(kosmo!)

Read more...

Batman bin Suparman berjaya ditangkap

KAD pengenalan yang mengandungi nama warga Singapura, Batman bin Suparman.

SINGAPURA - Seorang warga Singapura yang mempunyai nama mirip watak adi wira Superman dan Batman telah dihukum penjara selama dua tahun dan enam bulan kelmarin selepas didapati bersalah melakukan beberapa perbuatan jenayah.


Menurut beberapa laporan media, nama warga Singapura itu yang tercatat pada kad pengena- lannya ialah Batman bin Suparman.
Batman yang berusia 23 tahun dan merupakan seorang penganggur itu didapati bersalah mencuri kad mesin teler automatik milik abangnya, Nurazman Suparman dengan tujuan untuk mengeluarkan wang berjumlah S$850 (RM2,183).
Satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan dia memecah masuk bangunan SGF Billards & Marketing di Jalan Depot di sini dalam dua kejadian berasingan dan mencuri sebanyak S$500 (RM1,284).
Dia juga mengaku salah menggunakan dadah heroin antara Jun dan Ogos tahun ini.
Ketika dijatuhkan hukuman, mahkamah diberitahu, Batman masih muda dan dia telah ditangkap buat kali pertama kerana melakukan jenayah.
Gambar kad pengenalan yang mengandungi namanya telah disiarkan dalam internet.
Dalam gambar tersebut, tarikh lahir Batman itu ialah pada 13 Mei 1990.
Satu muka surat Facebook yang menggunakan nama warga Singapura tersebut, Kelab Peminat Batman bin Suparman juga telah dibuka dengan lebih 11,000 orang pengguna laman tersebut menyatakan suka dengan muka surat itu.
Salah seorang pengguna di laman itu memberikan komen bahawa Batman berada di penjara bagi menjalani latihan sama seperti permulaan kisah Batman.
Seorang pengguna, Kevin Yang memberikan komen: "Idola kita telah dipenjarakan."
Sumber kosmo!


Read more...

Selasa, 12 November 2013

Kerana Terlalu Gemuk, Sekeluarga Dilarang naik kapal terbang

REUTERS/Toby Melville

Chicago - Satu keluarga asal Perancis berkata, mereka terdampar di Chicago selepas British Airways menolak putra mereka untuk turut terbang dengan alasan terlalu gemuk. Mereka datang ke Negeri Abang Sam guna menjalani rawatan perubatan .

Kevin Chenais , 22 tahun, menghabiskan setengah tahun di Mayo Clinic untuk rawatan gangguan hormon. Gangguan ini menyebabkan berat badannya terus bertambah , hingga 500 pound atau setara 226,79 kilogram.

" British Airways membawa kami kemari , tapi mereka meninggalkan begitu saja , tak mau mengangkut kami pulang ," ujar Christina Chenais . "Jika mereka boleh membawanya ke sini , kenapa tidak boleh membawa kami kembali ? "

Keluarga itu menghabiskan seminggu di hotel lapangan terbang untuk berusaha menyelesaikan masalah ini hingga kehabisan wang. Mereka lalu memutuskan untuk mengambil satu- satunya pilihan , iaitu naik kereta api ke New York dan kembali ke Perancis dengan pelayaran Queen Mary .

Kevin Chenais memerlukan oksigen dan perhatian perubatan selama perjalanan. "Saya yakin banyak orang berbadan besar seperti saya atau lebih besar tidak boleh melakukan perjalanan kerana mereka mempunyai masalah yang sama," katanya.

Seorang jurucakap British Airways kepada CBS mengatakan, pasukan perkhidmatan pelanggan terus bekerja untuk mencari penyelesaian. "Malangnya , tidak mungkin untuk menampung yang bersangkutan secara aman pada salah satu pesawat kami ," kata juru bicara syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.

Sumber tempo.co


Read more...

Isnin, 11 November 2013

Polis kena baling kasut

Pegawai pendakwa mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan, selepas beratus-ratus orang yang marah membaling kasut ke arah polis pencegah rusuhan di Taichung, lokasi parti memerintah mengadakan kongresnya semalam. Gambar kecil, potret Presiden Taiwan Ma Ying-jeou turut dilempar kasut. - Foto AFP

Penunjuk perasaan gesa perpaduan terhadap kerajaan

Taichung: Beratus-ratus penunjuk perasaan yang marah membaling kasut ke arah polis pencegah rusuhan ketika parti pemerintah Taiwan, Kuomintang mengadakan kongres menggesa perpaduan berikutan rasa tidak puas hati rakyat terhadap kerajaan. 

Penunjuk perasaan terbabit, ada yang hilang kerja selepas penutupan kilang selain aktivis dan penyokong pembangkang, Parti Progresif Demokratik menyuarakan kemarahan mereka kepada Presiden Ma Ying-jeou yang juga Pengerusi Kuomintang. 

“Letak jawatan Ma Yingjeou!” laung orang ramai sambil membaling kasut ke arah polis pencegah rusuhan yang berlindung di sebalik perisai. 

Polis tahan lelaki Seorang lelaki ditahan polis selepas memanjat pagar berduri di luar sebuah gimnasium di bandar raya Taichung lokasi anggota Kuomintang bermesyuarat. 

Tekanan terhadap pentadbiran Ma memuncak selepas rakyat hilang pekerjaan berikutan perpindahan besar-besaran kilang dari pulau ke tanah besar China untuk memanfaatkan tenaga buruh dan harga tanah yang murah di sana. 

Ma menggesa wakil parti untuk bersatu di bawah nama parti berkenaan. 

“Hanya dengan meneruskan pemerintahan Kuomintang, Taiwan ‘berada di landasan yang betul dan memberikan banyak manfaat kepada rakyat,” kata Ma. 
“Tetapi sokongan dan penyatuan anda diperlukan jika kita ingin mencapai matlamat.” 

Singkir speaker 

Perbalahan tercetus dengan penyingkiran Speaker Parlimen Kuomintang, Wang Jinpyng, ahli politik kedua paling berpengaruh dalam parti itu yang mencetuskan kebimbangan parti terbabit akan berpecah. 

Ma mendakwa Wang menggunakan pengaruhnya dan berkata beliau tidak sesuai sebagai ketua perundangan tetapi ditolak oleh satu keputusan mahkamah yang membenarkan beliau meneruskan jawatan itu. 

Parti berkenaan memutuskan untuk tidak membuat rayuan terhadap perintah itu untuk kepentingan penyatuan. 

Wang turut hadir dalam kongres semalam. 

Ma meraih kemenangan dalam pilihan raya presiden pada 2008 untuk mengukuhkan hubungan dagangan dan pelancongan dengan bekas pesaing mereka, China. 

Beliau dipilih semula untuk kali kedua dan penggal terakhirnya pada Januari 2012. 


-AFP

Read more...

Jumaat, 8 November 2013

Sebab Utama kenapa Mamat (Sepah) Enggan Bersama Fida Ibrahim Dalam Maharaja Lawak Mega 2013

Mamat
PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Fida Ibrahim pernah meminta bekas kekasihnya Mamat (Sepah) untuk bergandingan bersama dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013).
Bagaimanapun Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Noor Murad, berkata, dia menolak ajakan Fida itu kerana menganggap kedua-dua mereka tiada keserasian dalam membuat persembahan lawak.
"Fida pernah mengajak saya bergandingan dalam MLM. Tetapi saya tolak dengan cara baik.
"Walaupun orang di sekeliling saya memberitahu gandingan kami mungkin boleh menambahkan kontroversi tetapi saya rasa itu bukan caranya.
"Saya lebih mementingkan kualiti berbanding mencari kontroversi tanpa sebab," katanya kepada mStar Online.
Fida
Tambah Mamat, penolakan itu juga bukan disebabkan dia risau sekiranya memori kenangan cinta lama mungkin akan kembali sebaliknya apa yang telah berlaku hanya dianggap sekadar pengalaman hidup.
Dalam pada itu Mamat memberitahu, dia lebih serasi bergandingan dengan Munir dan Arin dengan membentuk kumpulan Kucai untuk berentap di MLM 2013.
Dalam pada itu, Fida turut berentap dalam pertandingan lawak itu bergandingan bersama Datuk Ali Mamak dan Aziz Kota dengan menubuhkan kumpulan bernama Santan.
"Saya dapati Munir dan Arin mempunyai kelebihan. Munir mempunyai wajah yang mampu membuatkan orang ketawa, manakala Arin pula mempunyai karakter yang suka berjalan kengkang.
"Kelebihan yang mereka ada membuatkan saya terfikir untuk menarik mereka menyertai MLM 2013," ujarnya.
Sumber mStar Online


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP