GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Memaparkan catatan dengan label Makanan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makanan. Papar semua catatan

Khamis, 13 Februari 2014

Polis serbu restoran saji daging manusia

imej
Abuja: Polis menahan 11 orang termasuk pemilik sebuah restoran dalam satu serbuan terhadap premis makanan yang menyajikan hidangan daging manusia.
Dalam serbuan itu, polis menemui dua kepala manusia yang masih segar di restoran yang terletak di Anambra. 
Jasad dan kepala ditemui berbungkus seperti daging haiwan biasa dan polis menyatakan hidangan kepala manusia panggang juga terdapat dalam menu restoran terbabit. 

Dua senapang jenis AK-47, senjata lain, ratusan peluru dan telefon bimbit turut ditemui.
“Kami selalu melihat orang yang mencurigakan keluar dan masuk restoran ini,” kata seorang penduduk tempatan.
Seorang paderi yang terkejut apabila mengetahui dia dihidangkan dengan sajian daging manusia membuat laporan polis. 

“Saya makan di restoran itu dan mendapati bilnya terlalu tinggi. Kemudian pelayan kedai memberitahu harga itu adalah untuk sajian daging manusia yang saya makan. Saya sangat terkejut,” katanya. 
-Agensi

Read more...

Selasa, 28 Januari 2014

Raja Perut Besar makan 40 mangkuk mi

YIZHONG memakan semangkuk mi sambil diperhatikan oleh peminat dan wartawan

LIUYANG - Selepas memakan 24 mangkuk mi, seorang lelaki yang agak langsing dan digelar 'Raja Perut Besar' di China masih lapar dan mampu makan dengan lebih banyak.

"Saya boleh teruskannya," kata lelaki berkenaan, Pan Yizhong selepas seorang demi seorang pencabarnya mengaku kalah.
"Teruskan Raja Perut Besar," kata penonton pada acara pertandingan makan berkenaan yang diadakan di sebuah sekolah di sini, dalam wilayah Hunan.
Sebaik sahaja dia menghabiskan mangkuk ke-25, tiada lagi pencabar yang kelihatan, manakala penonton pula terdiam kerana kagum.
"Raja Perut Besar ialah wira kami," kata seorang pencabarnya, Lu Nan.
"Dia mempunyai kuasa ajaib," tambahnya.
Yizhong, 45, merupakan selebriti pertandingan makan yang paling popular di China.
Dia pernah menelan 147 ladu dan memakan 40 mangkuk mi dalam masa cuma 15 minit.
Lelaki itu menyedari dia mempunyai bakat untuk makan banyak apabila dia mencabar seorang juara makan wanita dari Jepun pada tahun 2006.
Walaupun kecundang, Yizhong telah memakan selonggok mi diikuti 36 kek pulut.
"Ketika itu, saya menyedari bahawa saya boleh makan sebanyak tiga kilogram mi pada sesuatu masa.
"Sejak hari itu, keupayaan saya meningkat. Saya turut berlatih dengan makan hidangan bufet," tambahnya.
Dia yang pernah bekerja di sebuah kilang memproses daging, mengekalkan bentuk tubuh langsing dengan berenang di sebuah sungai berhampiran rumahnya.
"Saya tidak makan selama 24 jam sebelum menyertai sesuatu pertandingan untuk memastikan perut saya kosong dan saya benar-benar lapar," jelas Yizhong. 
- Agensi(kosmo!)

Read more...

Selasa, 21 Januari 2014

Piza wajah pengantin untuk kejutan

Manchester: Pasangan pengantin baru yang sangat menyukai makanan segera meraikan majlis perkahwinan dengan mengabadikan potret wajah mereka di atas dua keping piza.
Kieran dan Natasha Morris, dari Bury, Manchester, meminta restoran piza kegemaran mereka mengabadikan wajah mereka di atas dua piza yang berukuran 13 inci diperbuat daripada puri tomato, daging dan jagung.
Restoran piza itu pernah mengabadikan potret artis Nathan Wyburn yang pernah muncul dalam rancangan Britain's Got Talent, selain turut menghasilkan imej seperti ikan duyung, cokelat dan pelbagai lagi.
Dalam tempoh tiga jam, piza istimewa itu siap untuk dihantar kepada pasangan bahagia berkenaan Sabtu lalu.
Kieran berkata, mereka mendapat idea itu untuk memberi kejutan kepada tetamu yang hadir kerana rakan mereka sering berjenaka mengenai tabiat kedua-duanya yang gemar memakan piza.
“Piza yang menampilkan wajah kami menjadi hadiah perkahwinan kepada tetamu. Kami sangat gembira apabila melihat wajah kami di atas piza dan tetamu juga seronok dengan kejutan itu,” katanya dalam satu kenyataan. - Agensi
Foto
PIZA yang mengabadikan wajah Kieran dan Natasha.

Read more...

Isnin, 13 Januari 2014

Trending FB: Kangkung disana sini

SUSULAN tersebarnya video penuh ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di media sosial yang turut menyebut mengenai harga sayur kangkung, hari ini trending Facebook adalah berkaitan sayur tersebut.

Sinar Harian Online mendapati pengguna laman Facebook telah mengemaskini status dengan nama sayur kangkung beserta gambar sayur itu yang dijadikan pelbagai jenis hidangan.

Isu sayur kangkung itu juga turut mendapat perhatian Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar  yang turut berkongsi menu makan tengahari "pilihan", pada hari ini.

"Apa menu makan tengahari anda hari ini?...saya makan kangkung masak kurma!," tulisnya.

Semalam Najib dipetik sebagai berkata:

"...ada yang dah turun, kangkung yang dulunya naik sekarang sudah turun.

"Bila turun kenapa tak puji kerajaan, masa naik dipersalahkan kerajaan," katanya.

Sinarharian


Read more...

Gempar!!! gambar anggota Polis mabuk ditepi jalan

Gambar yang tersebar di Facebook dan blog

SHAH ALAM -  Gempar apabila di laman-laman media sosial tersebar gambar dua anggota polis peronda yang dipercayai mabuk dirakam tertidur dalam kereta peronda yang diberhentikan di bahu jalan.

Empat keping gambar yang disebarkan itu menunjukkan dua orang dalam pakaian seragam polis sedang nyenyak, dengan seorang daripadanya memegang tin minuman keras.

Dalam kereta polis itu juga kelihatan senjata api yang diletakkan di tempat duduk bahagian belakang kenderaan tersebut.

Selain itu, Sinar Harian Online juga mendapati sumber turut memuatkan gambar nombor pendaftaran kenderaan polis tersebut.

Namun seorang pengguna Facebook, Nordin Mansor yang memberi komen di laman Facebook Suara Rakyat mengatakan gambar itu bukanlah situasi sebenar dan turut menafikan anggota polis dalam gambar tersebut benar-benar mabuk.

Nordin yang juga dipercayai seorang anggota polis menjelaskan bahawa situasi berkenaan adalah latihan bagi menggambarkan kesalahan dalam waktu kerja.

Sinar Harian Online akan mendapatkan komen Ketua Polis Negara mengenai penyebaran gambar berkenaan.

Sumber sinarharian


Read more...

Selasa, 7 Januari 2014

Betul ke makan Makanan dari McDonald's boleh turun berat badan?

SEORANG guru Sains di Ankeny, Iowa meminta para pelajar untuk membantunya untuk menjayakan satu eksperimen iaitu apa keputusannya jika beliau hanya memakan McDonald’s untuk tiga bulan.
Sepanjang proses itu, guru berkenaan John Cisna bercadang untuk menghasilkan satu dokumentari perjalanan proses berkenaan.
Dengan mengikut diet melibatkan hanya 2,000 kalori, pelajar Cisna membantunya mengenalpasti hidangan yang sesuai mengikut jumlah kalori yang boleh diambil.
Mereka mengenalpasti hidangan berkenaan dengan hanya menggunakan maklumat kalori yang dipaparkan di laman web McDonald’s sahaja.
Dalam proses itu, mereka cuba mengikut perancangan diet dengan memastikan kandungan karbohidrat, lemak, protein dan kolesterol yang diambil seimbang.
Ketika melaksanakan diet itu, Cisna tidak pun terlalu mengawal dirinya, beliau akan mengambil sarapan dua Egg McMuffin dan semangkuk oat mapel, makan tengahari, Cisna hanya memakan salad dan pada waktu malam beliau akan menikmati Value Meal seperti Cheeseburger dan kentang goreng.
“Saya tidak mengatakan yang saya masuk ke McDonalds dan hanya memakan salad tetapi saya masuk saya telah makan Big Mac, Quarter Pounder With Cheese dan Sundae,” katanya.
Berminat dengan eksperimen Cisna, pemilik cawangan McDonad’s berkenaan bersetuju untuk menyediakan hidangan berkenaan selama 90 hari secara percuma.
Untuk menyeimbangkan jumlah kalori yang diambil, Cisna turut bersenam berjalan kaki selama 45 minit setiap hari.
Beliau mengakui, sebelum eksperimen itu Cisna tidak pernah memantau jumlah pengambilan kalori atau tabiat pemakanannya.
Selepas eksperimen itu, Cisna berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 16kg dan berjaya menurunkan paras kolesterolnya dari 249 kepada hanya 170.
Paras Lipoprotein atau dikenali sebagai kolesterol jahat turut menurun dari 173 kepada 113.
“Saya kini boleh makan apa sahaja makanan yang ada di McDonald’s asalkan saya masih bijak mengawal pengambilan kalori dan cara untuk menjadikan ia seimbang,” kata Cisna. 
Sumber – Mynewshub.my


Read more...

Ahad, 22 Disember 2013

Trend mok-bang landa Korea Selatan

SEORANG bintang mok-bang di internet, The Diva menghidangkan makanan yang banyak untuk dimakan dalam rakaman secara langsung di internet

SEOUL - Gaya hidup makan malam sangat banyak serta memuat naik aksi tersebut secara langsung di internet kini menjadi kegilaan golongan muda di Korea Selatan, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Menurut akhbar berkenaan, mereka yang menyiarkan aksi makan malam tersebut di internet turut berpeluang mendapat bayaran yang lumayan.
Dikenali sebagai mok-bang, ia menunjukkan seseorang individu makan hidangan yang banyak untuk tempoh masa yang agak lama.
Seorang bintang mok-bang yang cantik, The Diva dilapor memperoleh pendapatan ribuan dolar daripada kerja sampingannya itu di internet.
Setiap kali selepas kerja, beribu-ribu orang akan menonton sebuah saluran internet secara langsung untuk melihat The Diva menikmati pelbagai juadah.
Wanita itu mampu makan 30 biji telur goreng dan sekotak kaki ketam pada satu-satu masa.
Malah, dia sanggup berbelanja sebanyak £2,000 (RM10,741) sebulan untuk membeli pelbagai makanan.
Wanita itu mula merakam aksi dia makan malam selepas berasa bosan dan memerlukan hobi untuk mengisi masa lapangnya.
 - Agensi


Read more...

Jumaat, 13 Disember 2013

Rasa keenakan Tikus panggang yang sangat digemari di Vietnam


TIKUS dicucuk dengan dengan batang kayu sebelum dipanggang.

HANOI - Sebuah restoran di ibu kota Vietnam di sini menawarkan hidangan istimewa tikus panggang yang dicucuk pada kayu seperti kebab.
Daging haiwan perosak itu dianggap makanan istimewa di selatan Vietnam dengan semakin ramai penduduk Vietnam menggemarinya.


Menurut seorang pemburu tikus, haiwan itu banyak terdapat di sekitar Delta Merah dan di tebing Sungai Mekong terutamanya ketika musim menuai padi.
"Makanan istimewa ini dimakan oleh petani ketika musim menuai," katanya.
Menurut pemburu tikus tersebut, petani-petani akan menangkap tikus untuk dijual ke pasar.
Harga pasaran daging tikus di negara berkenaan adalah antara AS$4 (RM12.90) hingga AS$5 (RM16.20) sekilogram. 
- Reuters(kosmo!)

Read more...

Isnin, 25 November 2013

[Info Kesihatan ] Minuman jeruk cegah Selesema

  • Buah jeruk Jepun dipercayai mampu rawat selesema.

Sejenis air probiotik dihasilkan melalui buah jeruk dari Jepun dikatakan mampu mencegah selesema.

Menerusi satu hasil kajian terbitan jurnal Letters in Applied Microbiology, sekumpulan saintis mendapati, minuman tradisional itu boleh membantu mencegah selesema.

Menurut DailyMail, penyelidik makanan dari syarikat makanan Kagome, Naoko Waki mendapati, pepijat Lactobacillus terdapat dalam lobak jeruk Jepun atau lebih dikenali sebagai Suguki itu boleh membantu melawan virus.


“Ia boleh menghalang pembiakan virus selesema seperti H1N1 dan H7N9 yang baru-baru ini muncul di China,” katanya.

Beliau berkata, minuman probiotik mengandungi tekanan KB290  yang kini sedang diuji ke atas manusia telah diuji terlebih dahulu terhadap tikus.

“Keputusan kajian menunjukkan, apabila Brevis Lactobacillus dimakan oleh tikus, ia mempunyai kesan perlindungan terhadap jangkitan virus influenza,” katanya.

Menurutnya, kumpulan penyelidik percaya, satu lapisan perlindungan gula dipanggil exopolysaccharides dapat melindungi bakteria dan bertindak balas terhadap jus asid dalam perut.

Sumber


Read more...

Isnin, 18 November 2013

Penghidap diabetes maut setiap 6 saat

Pesakit terpaksa menyuntik insulin bagi membolehkan anggota tubuh mengubah gula dalam darah kepada tenaga. - Foto AGENSI

Tabiat pemakanan, gaya hidup antara punca masalah 

Geneva: Penyakit kencing manis atau diabetes adalah punca satu kematian setiap enam saat dengan penghidapnya seramai 382 juta orang di seluruh dunia. 


didedahkan oleh Persekutuan Diabetes Antarabangsa (IDF) yang sudah mendapatkan bantuan pelbagai pihak termasuk chef selebriti, Jamie Oliver hinggalah anak saudara raja reggae, Bob Marley bagi meningkatkan kesedaran mengenainya. 

Bilangan melonjak 

Bilangan penghidap diabetes melonjak 4.4 peratus sejak dua tahun lalu, lapor IDF yang menyiarkan data baru di Brussels. 

Bilangan penghidap diabetes juga diramal meningkat 55 peratus menjadi 592 juta menjelang 2035. 

Ini berpunca daripada tabiat pemakanan yang tidak baik, gaya hidup santai selain meningkatnya masalah obesiti dan jangka hayat lebih lama. 
Pada 2009, bilangan penghidap kencing manis di seluruh dunia adalah 285 juta. 

“Keadaan belum stabil lagi dan penghidap diabetes terus meningkat,” kata pakar epidemiologi dan penyelaras projek Atlas Diabetes untuk IDF, ketika dihubungi. 

“Diabetes terus menjadi masalah besar dan semakin teruk hingga melepasi daripada jangkaan.” 

Penyakit itu berpunca daripada kekurangan insulin, unsur yang membolehkan anggota tubuh mengubah gula dalam darah kepada tenaga. 

RM1.6t kos rawatan 

Pada tahun ini, masyarakat antarabangsa menghabiskan AS$548 bilion (RM1.6 trilion) bagi menanggung kos rawatan penghidap diabetes. 

“Semuanya bergantung kepada kesedaran seseorang itu. Diabetes juga adalah sejenis penyakit senyap, jadi adalah lebih baik kita dapat membincangkannya,” kata Mike Doustdar, naib presiden kanan Novo Nordisk, pengeluar insulin terbesar dunia. 

China mencatat negara paling ramai penghidap kencing manis iaitu 98 juta atau 10 peratus daripada penduduknya, peningkatan dramatik berbanding hanya satu peratus pada 1980, menurut laporan baru-baru ini. 


- AGENSI


Read more...

Ahad, 17 November 2013

Gadis hina Restoran Nasi Vanggey mohon maaf

ZE AIDA menyerahkan kenyataan permohonan maaf kepada Ahamed Azlan (kanan) sambil diperhatikan Ahmad Fazli di Restoran Nasi Vanggey Greentown di Ipoh malam kelmarin.


IPOH - Kontroversi membabitkan penyebaran maklumat palsu di laman sosial Facebook kononnya sebuah restoran nasi kandar di Ipoh diserbu pihak polis ekoran penemuan najis manusia di tempat memasak berakhir dengan kemunculan seorang gadis membuat permohonan maaf malam kelmarin.
Menggunakan nama Ze Aida, gadis berusia 23 tahun itu memberitahu, dia tidak berniat untuk menghina dan memburuk-burukkan Restoran Nasi Vanggey Greentown sehingga menjejaskan imej dan perniagaan restoran berkenaan.
Wanita itu mendakwa isu tersebut tercetus selepas dia menyalin status seorang pemilik akaun Facebook lain mengenai keburukan Restoran Nasi Vanggey ke akaun Facebook miliknya.
Status Facebook tersebut berbunyi: "Polis baru saja menyerbu restoran vanggey (nasi ganja) % mendapati terdapat 'najis manusia' di dlm peti simpan mknn yang dipercayai untuk salut periuk dgn tujuan ilmu penunduk (ilmu hitam)...patutlah restoren tu x penah kekeringan manusia..apa yg sdp sgt pon x tau lah..euww lah patutlah aku x berkenan!."
Selepas memuat naik status itu pada Khamis lalu, Ze Aida dari Bandar Lahat Baru, Lahat di sini berkata, ada pihak lain telah mencetak paparan statusnya lalu menyebarkan maklumat itu secara meluas menerusi telefon pintar dan internet.
Penyebaran maklumat palsu itu menyebabkan pihak pengurusan Restoran Nasi Vanggey menuntut Ze Aida, seorang graduan ijazah, membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pihak restoran sambil disaksikan wakil media.
Majlis permohonan maaf tersebut diadakan pada sidang akhbar di restoran itu pukul 10.30 malam kelmarin.
Sumber ksomo!


Read more...

Rabu, 30 Oktober 2013

Pelakon Almy Nadia jawab sindiran segelintir peminat 'Apa salahnya saya jual karipap'

Almy Nadia
Kuala Lumpur: Susulan pengakuannya yang terpaksa menjual karipap ekoran kekurangan tawaran berlakon setahun kebelakangan ini, pelakon Almy Nadia Aminuddin Shah, 27, dipersendakan sebilangan kecil peminat yang mendakwa dirinya mencari publisiti murahan dengan menjaja bahan berita seumpama itu.
“Saya ditemu bual dan diminta menjelaskan ke mana saya menghilang dan apa yang saya buat sepanjang tempoh saya menyendiri. Justeru, saya berterus-terang saya membantu ibu berniaga karipap. 
“Saya akui yang terpaksa menjadi penjual karipap untuk menyara hidup selepas kurang mendapat tawaran berlakon hampir setahun lalu. 

“Saya tidak mencari publisiti murahan apabila mendedahkan hal ini. Kalaulah benar saya ingin mencari publisiti, sudah lama saya boleh berbuat demikian,” katanya.
Almy menambah tiada apa yang perlu dimalukan dengan pekerjaan yang dilakukannya itu apatah pula membantu ibunya mencari rezeki yang halal. Perniagaan kecil-kecilan itu dilakukan bersama ibunya sepanjang menetap di kampung halamannya di Pulau Pinang.
“Saya bukannya jual dadah, jadi untuk apa saya berasa malu. Saya tidak tahulah kalau ada artis lain yang malu menjadi penjual karipap tetapi bagi saya berniaga adalah sesuatu yang biasa buat kami sekeluarga kerana saya orang kampung. 

“Kalau dalam kenyataan sebelum ini saya ada menyebut perkataan terpaksa itu bukan bermakna saya menjalankan perniagaan ini dengan keadaan terpaksa. Saya ikhlas membantu ibu saya. 

“Kadang-kadang orang salah tafsir dengan kehidupan artis yang sering disangkakan mewah dan banyak duit. Walhal mereka juga manusia biasa yang ada masanya dilanda kesulitan hidup,” katanya ketika dihubungi petang, semalam.
Sumber myMetro


Read more...

Sebuah Hotel kat Jerantut,Bubuh arak dalam Masakan

Dua jenis arak yang dipercayai digunakan chef sebuah hotel di Jerantut.

KUANTAN - Seorang tukang masak sebuah hotel terkenal di Jerantut yang cuba menipu penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) akhirnya mengaku menggunakan arak selepas disoal siasat.

Tukang masak berkenaan pada mulanya mengaku arak jenis wine itu adalah minumannya dan disimpan bersama bahan masakan lain termasuk sos dan kicap.

Bagaimanapun, selepas melihat tulisan tertera Gourmet Cooking Wine yang ditunjukkan penguatkuasa, dia bersetuju bahawa arak itu digunakan untuk memasak masakan Cina.

Penolong Pengarah Unit Pengurusan Halal Jaip, Noridzuan Abdul Manan berkata, dua jenis arak yang ditemui itu diimport dari China dan dipercayai digunakan ketika menyediakan masakan kepada pelanggan Islam kerana peralatan masakan sama tanpa sebarang pengasingan.

“Kandungan alkoholnya hanya satu peratus tetapi kita tetap serius dengan perkara ini bagi menangani kemaslahatan pelanggan Islam,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Noridzuan berkata, semua tukang masak di hotel berkenaan bukan Muslim dan hotel itu juga tidak pernah memohon sijil halal tetapi pemantauan dilaksanakan bertujuan untuk mengetahui status halal masakan yang disajikan.

Menurutnya, pengurusan hotel tidak berminat memohon sijil halal kerana restoran di hadapan dapurnya menghidangkan minuman keras bagi pengunjung bukan Islam.

“Mereka juga tetap mahu meneruskan penggunaan ramuan dan aneka sos yang tidak dapat disahkan status halal yang tidak dapat menepati syarat dan prosedur pensijilan halal,” katanya.

Noridzuan berkata, pemantauan dilaksanakan bersama Pejabat Agama Islam Jerantut dan Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut.

Selepas lebih satu jam membuat pemeriksaan, katanya, kumpulan pemantau itu mendapati amalan kebersihan tidak memuaskan secara keseluruhan terutama di bahagian dapur dan peti sejuk.

“Sarang telur dan telur yang tidak dibasuh dan diletak berhampiran dengan tempat memasak dan semua pekerja di bahagian dapur tidak mendapat suntikan anti typhod serta gagal menghadiri kursus pengendalian makanan.

“Pihak hotel sebenarnya tidak melakukan sebarang pelanggaran Akta Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal 2011) kerana tidak terdapat apa-apa pernyataan halal atau apa-apa perkataan atau objek yang boleh membawa pengertian halal di premis hotel itu,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan pelanggan Islam tidak mudah terpedaya dengan ajakan individu tertentu supaya mencuba masakan di hotel atau restoran terkenal yang tiada tanda halal.

Jaip juga menggesa premis makanan supaya lebih peka dengan keperluan penyediaan makanan halal bagi pengguna Islam terutama aspek ramuan yang jelas tidak halal.

Sumber sinarharian


Read more...

Pelakon Almy Nadia Jual Karipap kerana tiada Tawaran Berlakon

Walaupun tidak lagi mendapat tawaran berlakon namun Almy tidak mahu meraih simpati daripada mana-mana pihak.
PETALING JAYA: Pelakon Almy Nadia terpaksa menjadi penjual karipap untuk menyara hidup selepas kurang mendapat tawaran berlakon hampir setahun lalu.
Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 27, berkata, perniagaan kecil-kecilan itu dilakukan bersama ibunya sepanjang menetap di kampung halamannya di Pulau Pinang.
"Tawaran berlakon memang sudah lama tidak ada jadi daripada saya duduk tanpa berbuat apa-apa adalah lebih baik saya lakukan sesuatu untuk mengisi masa lapang dan mencari duit lebih seperti menjual karipap.
"Alhamdulillah karipap yang dihasilkan bersama ibu iaitu inti kentang, ayam, daging dan sardin mendapat sambutan. Ada kalanya kami menerima tempahan dalam jumlah yang besar," katanya kepada mStar Online.
Tambah Almy, hasil penjualan karipap tersebut dapat membantu meringankan beban untuk dia dan ibunya menampung kehidupan di kampung.
"Saya seboleh-bolehnya tidak mahu menyusahkan sesiapa walaupun tidak lagi mendapat tawaran berlakon dan sekurang-kurangnya rezeki menjual karipap itu halal.
"Malah jika ada yang menjemput menghadiri acara hiburan dengan bayaran RM100 pun saya terima kerana itu adalah rezeki saya," katanya.
Dalam pada itu, Almy berkata, kemunculan ramai artis wanita baharu turut menjadi penyebab dia tidak lagi dipilih untuk membintangi drama atau filem daripada pihak produksi.
Tambah Almy, sikapnya yang tidak pandai untuk melobi kepada penerbit dan pengarah juga turut menyebabkan masalah itu menjadi lebih teruk.
"Perasaan rindu hendak berlakon itu memang ada tetapi nak buat macam mana tawaran memang tiada. Hendak meminta-minta saya segan kerana saya tidak pandai melobi penerbit.
"Tambahan pula pelakon wanita baharu semakin ramai dan lebih menyerlah berbanding diri saya yang tidak seberapa ini," katanya merendah diri.
Bagaimanapun kata Almy, dia tidak pernah meminta simpati sebaliknya berharap pihak produksi memandang kepada bakat lakonannya untuk diambil berlakon dalam drama terbitan mereka.
Kepada mana-mana produksi yang bersimpati terhadap Almy bolehlah memanggilnya berlakon.
Sumber mStar Online

Read more...

Isnin, 28 Oktober 2013

Asam Pedas Madu 3,Tiga isteri 1 bisnes

NOR Yunos (kiri) bersama Sarah (dua dari kiri) dan anak serta kakitangannya.
Johor Bahru: “Kedua-dua cawangan gerai asam pedas diberi nama Gerai Asam Pedas Madu Tiga, hasil idea isteri pertama yang merasakan nama itu unik, menggambarkan kehidupan saya bersama tiga isteri.
“Alhamdulillah, bukan saja kehidupan bersama tiga isteri dan 11 anak bahagia, malah kehidupan kami kini semakin stabil berkat perniagaan yang dijalankan,” kata Nor Yunos Gareng, 67. 
Beliau berkata, dia menjalankan perniagaan asam pedas sejak enam tahun lalu bermula dengan gerai pertama di Pekan Nenas, Pontian yang kini diuruskan isteri kedua Trisunarti Ningsih, 53, dan ketiga Mursita Herman, 40. 

Gerai asam pedas kedua di Kulaijaya yang dibuka pada empat tahun lalu pula diuruskan isteri pertama Sarah Sirat, 64.
“Sejak kecil saya kerap ke dapur membantu ibu memasak dan daripada situ saya mempelajari pelbagai resipi masakan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Read more...

Ahad, 20 Oktober 2013

INFO KESIHATAN,Sayur Kobis pelindung radiasi

Sayuran seperti kobis dan brokoli dikatakan mampu menjadi pelindung radiasi.

SIAPA  sangka kubis mampu menjadi kunci untuk melindungi pesakit daripada radiasi.

Dr Eliot Rosen dari Pusat Kanser Komprehensif Georgetown Lombardi di Amerika Syarikat berkata, penyelidikan sebelum ini mendapati sayuran seperti kubis, brokoli dan kubis bunga mengandungi 3’-diindolylmethane (DIM)  yang dianggap sebagai ciri terbaik untuk mencegah barah.

"Kajian terbaru pula menunjukkan ia mampu menjadi pelindung kepada tisu normal penghidap barah yang sedang menjalani rawatan selain dipercayai dapat melindungi individu dari kesan akibat bencana nuklear," jelasnya dipetik DailyMail

Difahamkan, DIM juga dapat mengurangkan kesan sampingan terhadap pesakit yang terdedah dengan sinar radiasi ketika rawatan kemoterapi tersebut.

Sumber


Read more...

Sabtu, 19 Oktober 2013

Pulak dah ! Tiada kilang uli roti guna kaki

Abdul Malik menunjukkan keratan sebuah akhbar yang menyiarkan mengenai sebuah kilang roti menggunakan kaki untuk menguli.

GEORGETOWN - Pegawai Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) mengesahkan tiada kilang roti benggali ditemui menggunakan kaki untuk menguli roti, demikian menurut Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Abdul Malik Abul Kassim.

Menurutnya, dia juga bertemu dengan kakitangan JKNPP selepas operasi ‘Ops Food Court’ dijalankan awal Oktober ini.

Malah katanya, ketika itu, tiada mana-mana wartawan menyertai operasi yang dijalankan di sekitar Daerah Barat Daya itu.

“Selain pegawai JKNPP, operasi itu turut disertai kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK).

“Operasi yang memeriksa 115 premis itu tertumpu kepada kedai makan dalam kompleks penjaja,” katanya.

Terdahulu pada 10 Oktober lalu, sebuah akhbar berbahasa Melayu (bukan Sinar Harian) melaporkan sebuah kilang roti Benggali di Bayan Baru didapati menguli adunan roti menggunakan kaki.

Dalam laporan berkenaan juga, akhbar itu mendakwa tindakan pekerja kilang itu dikesan kakitangan JKNPP sendiri.

Abdul Malik berkata, selaku exco Kerajaan Negeri, beliau begitu kesal dengan laporan tidak tepat akhbar berkenaan yang menimbulkan keresahan dan salah sangka pengguna.

Dalam masa sama, ia juga tidak adil kepada pengilang dan penjual roti benggali Pulau Pinang yang terjejas perniagaan mereka kerana laporan tidak tepat itu.

“Saya ingin tegaskan kerajaan negeri memandang serius aspek kebersihan, khususnya di premis makanan dan pembuatan makanan Pulau Pinang,” katanya.

Sementara itu, sebuah blog mendakwa gambar yang digunakan akhbar berkenaan hanya diambil secara rawak di internet dan sebenarnya dirakamkan di sebuah kilang roti di India.

Sumber sinarharian



Read more...

Jumaat, 18 Oktober 2013

Menu Hebat ! Puting botol Susu dalam Nasi Kerabu

Zamri menunjukkan puting botol susu yang hampir ditelannya ketika menikmati sarapan nasi kerabu.

PASIR PUTEH - Seorang peniaga hampir tertelan puting botol susu bayi ketika bersarapan nasi kerabu yang dibeli di sebuah kedai di bandar ini, kelmarin.

Zamri Zainuddin, 47, berkata, dia merasakan sesuatu yang ganjil dalam mulutnya ketika menikmati nasi kerabu yang dibeli di kedai makan berkenaan.

“Saya beli bungkus dan memakannya di kedai lain, namun saya terkejut apabila mendapati benda yang saya kunyah adalah bahagian hujung puting botol susu bayi.

“Pengusaha kedai makan sepatutnya tidak mengambil sikap sambil lewa dalam menyediakan makanan, ini bukti mereka mengabaikan kebersihan,’ katanya.

Zamri berkata, dia bukan pelanggan tetap kedai makan itu kerana lebih gemar membeli sarapan di kedai berbeza untuk menukar selera.


Sumber sinarharian


Read more...

Ahad, 6 Oktober 2013

Akhirnya,Mengandung selepas berhenti makan roti


Julie Cummings disahkan IVF peluang untuk hamil selepas lima tahun mencuba tetapi tidak berjaya

LONDON 5 Okt. - Seorang wanita Britain yang mencuba pelbagai kaedah selama lima tahun untuk mendapat anak, akhirnya dikurniakan cahaya mata selepas dia berhenti makan roti.

Julie Cummings, 37, dari Bromsgrove, Worcestershire berkata, pada mulanya dia mengambil pil kesuburan selama dua tahun, tetapi masih gagal untuk mengandung.

Dia dan suaminya, David, 50, membuat keputusan untuk melakukan persenyawaan tabung uji (IVF) dan dia mula berhenti makan makanan yang mengandungi kandungan yis yang tinggi.

Namun, beberapa minggu sebelum memulakan prosudur itu, dia telah disahkan mengandung.

"Sebelum menjalani IVF, saya dinasihati oleh pakar makanan supaya berhenti makan makanan yang mempunyai kandungan yis yang tinggi dan mengamalkan gaya hidup sihat.

"Bagi tujuan itu, saya berhenti makan kentang, roti bawang putih serta roti bakar dan hanya makan sayur-sayuran, buah-buahan, selain makanan tambahan" katanya.

Cummings yang berkahwin dengan David pada 2005, akhirnya mengandung dan selamat melahirkan cahaya mata pada Januari 2011.

Menurutnya, sebelum ini dia disahkan dijangkitan kulat yang dikenali sebagai Candida Albicans kerana pengambilan makanan mengandungi yis, yang mengagngu kitaran haidnya. 

- AGENSI


Read more...

Khamis, 3 Oktober 2013

Hebat dan Aneh ! Lelaki Ini Tidak Makan apa pun Selain Daging Mentah

Derek Nance, lelaki pemakan daging mentah. Dailystar.co.uk

Kentucky - Entah bagaimana rasanya mengambil daging mentah. Tapi bagi Derek Nance , makan daging mentah adalah rutin setiap hari. Dia tidak makan apa-apa selain daging mentah.

Setiap hari, lelaki asal Lexington, Kentucky , Amerika, ini adalah tukang sembelih. Sebelumnya, dia seorang tukang elektrik. Awalnya dia makan normal. Tapi kebiasaan makan daging mentah ini adalah peralihan alami baginya. Itu berlaku kira-kira lima tahun yang lalu.

Saat itu , Derek putus asa mencari semua ubat diet untuk sakit pencernaannya . "Aku pernah sakit untuk masa yang lama , yang membuat aku bersedia mencuba sesuatu ," kata Derek , seperti dilansir News.com.au , Rabu , 2 Oktober 2013. Setelah mencuba pelbagai hal, Derek beralih ke konsep diet daging mentah yang pernah ada pada 1930 -an.

Awalnya Derek tidak langsung makan daging mentah, tapi dia mengektraksi gandum dan susu untuk dietnya . Dia juga pernah cuba menjalani diet Mediterranean, pernah juga menjadi seorang Vegan (gaya hidup yang mengurangkan makan makanan hewani yang tujuannya untuk menjaga kesihatan). Baru kemudian dia berubah 180 darjah dengan mengambil daging mentah.

"Setengah dari masalah pencernaan saya sebenarnya hanya soal kekurangan enzim. Tubuh saya tidak cukup menghasilkan enzim untuk mencerna makanan bertepung ," kata Derek soal alasannya memakan daging mentah. Untuk mengatasi masalah pencernaan ini, sebahagian diet Derek terdiri atas daging busuk yang dia anggap mengandung ' bakteria probiotik ' .

Diet yang dilakukan Derek ini mendapat sokongan dari pacarnya yang merupakan seorang vegetarian . Malangnya, tidak semua orang menyokong perubahan gaya hidup Derek , salah satunya dari keluarga.

"Keluarga saya merasa saya sudah kehilangan (pengakuan dari keluarga ) . Mereka benar- benar berfikir saya gila dan saya tidak tahu mengapa . Makan daging mentah hanya sesuatu yang tidak biasa bagi mereka. Ayahku mempunyai master dalam biologi dan memberitahu saya bahawa jika saya makan daging mentah, saya akan mendapatkan semacam patogen, "kata dia.

Kren mengaku menyesal merasa seperti " orang buangan " dalam keluarga. Meski begitu, kini dia merasa lebih sihat dan bahagia dari sebelumnya. Dia tidak berfikir untuk mengubah lagi pola dietnya . Apalagi , pekerjaannya sebagai jagal haiwan ternakan , membuat dia boleh membawa pulang daging secara percuma.

Sumber tempo.co


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP