GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Memaparkan catatan dengan label Muzik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Muzik. Papar semua catatan

Ahad, 28 April 2013

Gwyneth Paltrow Dikecam Kerana Cantik


Gwyneth menerima kritikan apabila dipilih sebagai wanita tercantik 2013 oleh majalah People.
PELAKON Gwyneth Paltrow yang dinobatkan sebagai wanita tercantik 2013 mendapat pelbagai kecaman menerusi internet ekoran gelaran yang diberikan oleh majalah Peopleitu.
Daily Mail melaporkan, banyak pihak tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dan merasakan lebih banyak calon sesuai untuk gelaran itu.
Mereka juga turut mempertikaikan cara penjurian yang dilakukan terhadap bintang filem Iron Man itu.
Majalah People dalam satu kenyataan memberitahu Gwyneth memiliki wajah yang indah selain mempersonakan.
Tahun lalu gelaran itu diberikan kepada penyanyi Beyonce Knowles.
* Sumber mStar Online

Read more...

Rasukan sindrom Comel @ Gwiyomi


Beberapa artis muda turut memuat naik aksi Gwiyomi mereka dalam Youtube, Keek.
Selepas Gangnam Style, kini muncul satu lagi produk seni terbaru Korea Selatan, Gwiyomi yang menjadi kegilaan generasi muda di negara ini, termasuk golongan artis.
Artis muda yang ‘dirasuk’ sindrom itu termasuk Wawa Zainal, Nora Danish dan Elfira Loy. Aksi Gwiyomi ketiga-tiga pelakon comel dalam laman sosial YouTube dan Keek itu dilayari hampir dua juta pengunjung sejak awal bulan ini.
Gwiyomi bermaksud comel. Lagu Gwiyomi pada mulanya berasal dari band K-Pop iaitu kumpulan BtoB (Born To Beat). Tajuk asal lagu itu ialah Gwiyomi Player atau bermaksud pemain comel.

Namun kehadiran artis indi negara itu, Hari menaikkan nama lagu berkenaan, seterusnya mencetus fenomena di beberapa negara seperti Thailand, Filipina, Singapura dan Malaysia.
Di negara ini, aksi Gwiyomi yang dimuat baik dalam beberapa laman sosial, terutama YouTube dan Keek, sebahagian besarnya membabitkan remaja perempuan dan wanita berusia 20-an.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Read more...

Sabtu, 13 April 2013

Adele Penyanyi Muda paling Kaya Dengan Aset RM140 Juta


Adele
PENYANYI Adele telah diberikan gelaran penyanyi muda terkaya Britain apabila dia berjaya mempunyai nilai aset sebanyak RM140 juta (£$30 juta).
Menurut laporan portal Femalefirst, penyanyi berusia 24 tahun itu telah disenaraikan antara penyanyi terkaya pada usia bawah 30 tahun menerusi Sunday Times' Rich List 2013.
Pada tahun lalu Adele diisytiharkan mempunyai harta bernilai RM93 juta (£$20 juta).
Cheryl Cole pula menduduki tempat kedua dengan memiliki nilai harta berjumlah RM65 juta (£$14 juta) manakala Leona Lewis dan Katie Melua masing-masing memiliki nilai harta RM56 juta (£$12 juta)
Florence Welch menduduki tempat kelima dengan mempunyai aset bernilai RM42 juta (£$3 juta).
* Sumber


Read more...

Khamis, 11 April 2013

Lindsay Lohan marah ditanya tentang masalah ketagihannya


LOHAN dikerumuni jurugambar semasa dia tiba untuk diwawancara oleh Letterman di New York kelmarin.- AP

NEW YORK - Aktres bermasalah, Lindsay Lohan kelihatan marah apabila dia ditanya oleh pengacara terkenal, David Letterman berhubung masalah ketagihan yang dihadapinya, lapor akhbar The Sun semalam.

Lohan muncul dalam rancangan perbualan popular, Late Show With David Letterman ketika dia ditanya soalan tersebut kelmarin.
Lohan kelihatan tidak selesa dan terkejut dengan beberapa pertanyaan berhubung program pemulihan yang akan diikutinya pada awal bulan depan.
Aktres itu yang berusia 26 tahun diarah oleh hakim sebuah mahkamah untuk menjalani hukuman mengikuti program pemulihan selama 90 hari.
Dia diarah untuk memasuki sebuah pusat pemulihan sebagai sebahagian daripada satu perjanjian kes jenayah selepas aktres itu terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Lohan sebelum ini terkenal dengan masalah ketagihan dadah dan alkohol. 
- Agensi (kosmo! Online)


Read more...

Isnin, 8 April 2013

#ABPBH 2012 : Shaheizy Sam Bintang Paling Popular


Pelakon Shaheizy Sam mengungguli Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012). Dia turut menerima trofi Pelakon Lelaki Filem Popular pada acara yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil pada malam Ahad.
KUALA LUMPUR: Pelakon Shaheizy Sam dipilih sebagai Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) apabila mengungguli hadiah tertinggi pada majlis tersebut dengan undian sebanyak 79,656 undi.
Shaheizy turut menerima trofi Pelakon Lelaki Filem Popular pada acara yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil pada malam Ahad.
Ia adalah kemenangan kedua buat pelakon itu selepas memenangi anugerah sama pada 2010.
Kemenangan itu membolehkan Shahiezy membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta sumbangan Tan Chong Motor Sdn Bhd dan barangan kemas sumbangan Habib Jewels bernilai RM150,000.
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat diberikan kepada kumpulan Search sebagai mengiktiraf sumbangan dan jasa mereka dalam bidang muzik selama 32 tahun.
Majlis gilang-gemilang lebih dua jam setengah itu disiarkan secara langsung menerusi TV3 dan stesen radio Hot FM.
Dalam pada itu, Yana Samsudin mencipta kemenangan dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular, sementara Hafiz menepati ramalan apabila menggondol gelaran Penyanyi Lelaki Popular.
Kategori Artis Berkumpulan/Duo Popular dimenangi oleh Black dan Malique yang manakala Penyanyi Wanita Popular dirangkul oleh Shila Amzah.
Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon TV Wanita Popular, masing-masing dimenangi Aaron Aziz dan Nabila Huda.
Hero drama bersiri Vanilla Coklat, Aiman Hakim Ridza memenangi Artis Baru Lelaki Popular, manakala Wawa Zainal meraih gelaran Artis Baru Wanita Popular.
Pelakon dan pengacara, Didie Alias pula merangkul Artis Komedi Wanita Popular, manakala Zizan Razak memenangi Artis Komedi Lelaki Popular.
Kategori Penyampai Radio Lelaki Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular, masing-masing dimenangi Faizal Ismail dan Fara Fauzana dari stesen Hot FM.
Fara juga berjaya mengekalkan kemenangannya sebagai Pengacara TV Wanita Popular pada tahun ini.
Manakala Datuk Aznil Nawawi kembali merampas gelaran Pengacara TV Lelaki Popular yang disandang oleh Zizan Razak tahun lalu.
Bagaimanapun pengacara terkenal menerusi program Macam-Macam Aznil itu tidak hadir untuk menerima trofi kemenangannya.
Acara gilang gemilang itu diacarakan oleh Johan, Fara Fauzana dan Zizan Razak selain beberapa pengacara jemputan seperti Awi Rafael, Hanes Suraya, kumpulan Forteen, Emma Maembong dan Iqram Dinzly.
Majlis turut diserikan dengan pelbagai persembahan daripada artis seperti Adira, Asmidar, Datuk AC Mizal, Projek Pistol, Ziana Zain, Ella, Datuk M.Nasir dan sebagainya.
ABPBH 2012 edisi ke-26 anjuran Berita Harian adalah acara pengiktirafan berdasarkan undian peminat menerusi borang disiarkan akhbar dan Khidmat Pesaan Ringkas (SMS) untuk artis dan selebriti tanah air dalam bidang perfileman, muzik dan penyiaran.
* Sumber mStar Online

Read more...

Rabu, 13 Mac 2013

Kilafairy bukan Artis murahan

 Kilafairy 

Kehadirannya dalam dunia seni pernah dipertikaikan apabila dianggap sebagai menambahkan lagi bilangan artis yang bersandarkan pada publisiti murahan semata-mata. 


Jika disorot kembali kemunculan anak dara penyanyi veteran, Rohana Jalil ini, semuanya berkisar kepada kisah cinta, ditaja VIP dan dakwaan menyuntik bibir agar kelihatan lebih seksi. 

Walaupun cerita itu dinafikan empunya badan, namun ia terus membelenggu Kilafairy sehingga dia bangkit membuktikan dirinya juga punya bakat besar untuk dipertaruhkan dalam industri. Sebagai bukti, drama Saiful Nita yang disiarkan di TV3 tahun lalu menjadi titik tolak untuknya menepis dakwaan dirinya sekadar artis picisan. 


Lakonannya sebagai Nita yang terheret dalam pelbagai masalah selepas dipaksa kahwin dikira membanggakan dan mendapat pujian ramai. Kejayaan itu sekali gus membenamkan pandangan skeptikal khalayak terhadap artis sepertinya. 

Mengulas lanjut, Kilafairy atau lebih akrab disapa sebagai Kila berkata, apabila mengambil keputusan menceburkan diri dalam bidang seni, dia bukanlah main-main atau hanya mengejar glamor. 

Gosip lumrah hidup artis 

“Saya faham ramai yang mempunyai pandangan sebegitu kerana melihat dan membaca pelbagai gosip terutama membabitkan artis muda yang semakin ramai hari ini. Percayalah, tidak semua mengharapkan publisiti sebegitu walaupun ada yang menganggap itulah jalan mudah untuk popular. 
“Namun, mengenangkan inilah jalan yang mereka pilih, mahu atau tidak, mereka harus berdepan gosip seperti itu. Sebagai cara untuk mengelakkan diri daripada terus dihimpit cerita kontroversi, kita kena bijak untuk mengelak tempias sedemikian. Apa yang saya buat sekarang, saya akan tolak semua karakter yang mahu saya memegang watak gedik dan penggoda kerana saya tak mahu dikaitkan dengan karakter seperti itu lagi,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012 di Holiday Villa Hotel & Suites, Subang baru-baru ini. 

Dia tidak lagi mahu membawakan watak sebegitu kerana tidak ingin dilabel stereotype, selain mendengar nasihat ibunya sendiri. 

Menyanyi di malam kemuncak ABPBH 

Pada malam kemuncak ABPBH nanti, pemilik nama Syakila Nisa Jahangir Khan akan mempamerkan kebolehannya menyanyi bersama beberapa artis remaja lain. 

Terlanjur bercakap soal nyanyian, gadis berusia 20 tahun ini sudah pun muncul dengan single kedua berjudul Pasti, yang kini rancak diputarkan di corong radio. Meskipun sebelum ini dia dikenali sebagai penyanyi yang mampu membawakan lagu Bollywood dengan baik, namun untuk single terbaru, dia mencuba rentak soul. 

“Ramai juga yang hairan kenapa saya tak rakamkan lagu Bollywood? Kalau ada yang tak tahu, irama soul ialah muzik kegemaran saya. Memang dari dulu saya teringin untuk membawakan lagu berjiwa seperti ini. Kini tiba masanya saya mempromosikan lagu ini selepas selesai menjalani penggambaran sebuah drama untuk siaran RTM. 

“Saya memang tak suka buat dua tiga kerja dalam satu masa," katanya


Sumber BH


Read more...

Justin Bieber hisap rokok ganja di Amsterdam


Justin Bieber
AMSTERDAM, Belanda - Bintang pop remaja, Justin Bieber dilihat menghisap rokok ganja di sebuah kedai kopi terkenal di sini, lapor portal hiburan Entertainmentwise semalam.
Penyanyi lagu Boyfriend berusia 19 tahun itu menghisap rokok tersebut di kedai Easy Time sambil menikmati kek yang dibuat dengan dadah pada hujung minggu lalu.
Dia berhadapan mimpi buruk semasa berada di London sebelum datang ke sini.
Semasa berada di London, dia menimbulkan kemarahan sejumlah peminatnya kerana lewat tiba di Arena O2 untuk membuat persembahan.
Bieber juga menghadapi kesukaran bernafas yang menyebabkan dia terhenti seketika semasa membuat persembahan pada Khamis lalu.
Pada Januari lepas, Bieber pernah mencetuskan kontroversi apabila satu siri gambarnya yang menunjukkan dia menghisap rokok ganja pada sebuah parti di California tersebar di internet.-Agensi
* Sumber

Read more...

Ahad, 10 Mac 2013

Misha Omar Beri Sebab Kenapa Tangguh Kahwin?


Misha memberitahu kesibukan dengan kerjaya telah menyebabkan perkahwinannya dengan tunang, Firos terpaksa ditangguhkan.
PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Misha Omar menafikan hubungannya dengan juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), Firos Ezzwan Rossly, 31, menghadapi masalah sehingga perkahwinan mereka tertangguh.
Misha atau nama sebenarnya, Samihah Omar, 31, berkata, dia sebenarnya sedang menanti waktu sesuai untuk disatukan sebagai suami isteri ekoran jadual kerja masing-masing yang padat ketika ini.
"Hubungan kami langsung tiada masalah cuma kami berdua sibuk sehingga sukar menepis tanggungjawab dalam kerjaya ketika ini.
"Kami berdua telah berbincang mengenai perkara ini dan berpendapat ia bukan masalah besar selagi kami berdua pandai menjaga diri," jelasnya kepada mStar Online.
Misha dan Firos mengikat tali pertunangan dalam satu majlis tertutup di kediaman keluarga penyanyi itu di Kampung Guchil Bayam, Kota Baharu, Kelantan pada 20 Februari tahun lalu.
Mengikut perancangan awal, kedua-dua pihak bersetuju untuk bertunang selama setahun.
Dalam pada itu, Misha berkata, dia menyedari kelewatannya melangsungkan perkahwinan selepas setahun bertunang akan menimbulkan tanda tanya ramai pihak.
Misha dan Firos mengikat tali pertunangan pada 20 Februari tahun lalu.
Namun kata penyanyi lagu Bunga-Bunga Cinta ini, peminat dan masyarakat tidak perlu risau mengenai perkara itu sebaliknya meminta mereka berdoa agar hubungan berkenaan berjalan dengan baik.
"Saya faham peminat dan masyarakat risau dan ambil berat tentang saya dan berharap mereka mendoakan perkara yang baik untuk saya dan tunang," katanya.
Tambah Misha, menguruskan perkahwinan adalah perkara besar dan memerlukan masa. Sebagai wanita dia mahu majlis bersejarah itu nanti diuruskan dengan teliti.
"Saya kalau boleh sebulan atau dua bulan sebelum berkahwin saya nak bercuti dari sebarang aktiviti lakonan dan nyanyian supaya dapat memberikan fokus sepenuhnya kepada kerja kahwin," katanya.
Dalam perkembangan lain, Misha berkata, dia semakin yakin bergelar seorang pelakon dan berhasrat untuk mengukuhkan namanya dalam bidang berkenaan.
Walaupun sibuk dengan karier nyanyian, Misha dapat membahagikan masanya dengan baik terhadap dua bidang tersebut yang menuntut tumpuan tinggi.
"Semakin lama saya terlibat dalam bidang lakonan ia memberi keyakinan dalam diri dan berhasrat untuk mengukuhkan lagi kedudukan sebagai pelakon," jelasnya.
Dalam pada itu Misha juga bersyukur apabila ‘single’ terbaharunya berjudul Angin Syurgamendapat tempat di hati pendengar manakala album penuhnya pula akan berada di pasaran sekitar Mei depan.
* Sumber mStar Online

Read more...

Selasa, 5 Mac 2013

Dayang Nurfaizah takut lelaki ?


FIGURA yang memiliki vokal gemersik ini enggan berkongsi kisah peribadi dirinya dengan umum.

SEHINGGA kini penyanyi bersuara gemersik, Dayang Nurfaizah Awang Dowty atau Dayang, mengakui belum pernah bercinta dan tidak mempunyai kekasih.


Bukan sebab memilih atau tiada lelaki yang mendekati dirinya, tetapi ujar Dayang yang kini sudah menginjak usia 33 tahun itu, dia fobia untuk bercinta dan juga takut untuk mempunyai ikatan dengan insan bergelar lelaki.
Ditemui pada majlis sidang akhbar Pencalonan Anugerah Tribute P. Ramlee anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) bersama Kumpulan Utusan serta Syarikat Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. (Suhan Movies) di Hotel Holiday Villa, Subang, Dayang juga bercerita tentang nilai eksklusif diri serta perkembangan terbaharu karier seninya.
Kosmo!: Kenapakah Dayang fobia dengan lelaki dan takut untuk bercinta?
DAYANG: Setelah melihat dan membaca mengenai gosip percintaan rakan-rakan artis, saya jadi fobia dan takut untuk bercinta. Sebabnya, saya takut jika berkenalan dan bercinta nanti akan timbul gosip-gosip liar seterusnya memusnahkan karier nyanyian saya.
Adakah anda takut dengan gosip-gosip liar mengenai anda?
Gosip-gosip seperti itu (bercinta) tidak membantu dalam karier saya. Gosip percintaan artis menakutkan saya.
Mungkin juga anda terlalu memilih sehingga menyebabkan anda masih belum menemui lelaki dalam usia yang sudah mencecah 33 tahun?
Ya, saya akui agak memilih kerana saya percaya setiap wanita di dunia ini ada hak untuk memilih pasangan hidup. Kalau boleh saya mahu jumpa dengan seorang lelaki, bercinta dan berkahwin. Saya mahu buat semua itu sekali seumur hidup.
Apakah ciri-ciri lelaki idaman anda?
Saya tidak mahu meletakkan sebarang ciri-ciri kerana ia akan menutup peluang saya berkenalan dengan lelaki. Kalau saya letak dan tidak jumpa dengan ciri-ciri yang dimahukan, saya juga yang kecewa nanti.
Anda kini dilihat kurang muncul dalam sebarang majlis hiburan yang melibatkan media. Adakah anda meletakkan diri terlalu eksklusif?
Saya tidak pernah rasa diri eksklusif. Saya sebenarnya sibuk dengan jemputan mengadakan persembahan di majlis-majlis makan malam dan juga korporat.
Bagaimanakah peminat mahu tahu perkembangan terbaharu mengenai anda?
Saya ada Facebook dan Twitter. Jika saya ada persembahan, saya akan beritahu peminat menerusi dua medium tersebut. Saya juga baru ada Instagram dan menggunakan medium tersebut untuk lebih mendekatkan diri dengan peminat. Tetapi, perkara peribadi saya tidak akan kongsikan. Peribadi tetap peribadi bagi saya.
Beralih pada karier nyanyian, apakah perkembangan terbaharu anda?
Walaupun orang kenal saya, ia tidak bermakna saya perlu leka dan tidak mengeluarkan sebarang produk. Saya kini sedang mengumpul bahan untuk album terbaharu. Album rakaman konsert Anuar Zain bersama Dayang Nurfaizah yang berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas tahun lepas juga sudah berada di pasaran. Saya juga merancang untuk mengadakan mini showcase buat peminat-peminat pada tahun ini.
* Sumber kosmo! Online

Read more...

Ahad, 3 Mac 2013

Gambar Dimanipulasi, Shila Amzah Akan Ambil Tindakan


Gambar yang dicuri oleh individu dan dimuat naik ke akaun palsu yang mendakwa Shila mengkritik produk 1Malaysia.
HULU LANGAT: Penyanyi Shila Amzah, 23, mengakui kesal dengan tindakan segelintir individu tidak bertanggungjawab yang telah mencuri dan memanipulasi gambar miliknya melalui akaun palsu Instagram.
Menurut Shila, dia akan mengambil tindakan jika perkara tersebut terus berlanjutan sehingga menjejaskan kredibilitinya sebagai artis dan duta kepada program IM4U.
"Saya sangat sedih melihat perkara itu apabila gambar saya yang di muat naik di Instagram di curi oleh pemilik akaun palsu yang menggunakan identiti saya.
"Mereka menulis kata-kata yang tidak sepatutnya tentang 1 Malaysia sedangkan saya adalah duta kepada program kerajaan IM4U," katanya kepada media, baru-baru ini.
Shila berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan beliau mengkritik produk yang dilabelkan sebagai barangan 1 Malaysia dan penyanyi ini turut difitnah cuba mempersendakan slogan ’1 Malaysia’ yang selama ini diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia.
Shila Amzah
Shila turut mengesa agar individu yang tidak bertanggungjawab menghentikan perbuatan tersebut sebelum menjadi lebih serius.
"Perkara ini jika tidak dikawal selia akan jadi lebih serius, saya harap individu tersebut hentikan perbuatan tidak berfaedah ini," ujarnya.
Jelasnya, tujuan sebenar gambar itu dimuat naik ke akaun Instagram miliknya adalah hanya untuk berkongsi bersama peminat yang sentiasa ingin mengetahui perkembangan dan aktiviti sehariannya.
"Saya memang sering muat naik gambar-gambar terkini dan tidak sangka akan dicuri dan dimanipulasi. Apa yang pasti peminat saya tahu itu bukan akaun saya dan orang ramai pasti dapat menilai sendiri mana yang benar dan salah," katanya.
Dalam perkembangan lain, Shila sekeluarga yang akan berangkat ke tanah suci Mekah selama dua minggu bagi menjalani ibadah umrah pada 6 Mac ini berharap dapat melalui segala dugaan dan kontroversi yang menimpa dia dan keluarga dengan tenang.
* Sumber mStar Online

Read more...

Khamis, 28 Februari 2013

Selebriti Top Korea paling berpengaruh 2013



Majalah Forbes Korea membuat daftar 40 seleb Korea paling berpengaruh.

SNSD

Demam Kpop yang melanda dunia, melambungkan populariti artis-artis dari Negeri Ginseng. Tak hanya di negaranya, tetapi juga di negeri-negeri jauh hingga ke Amerika Syarikat. Majalah Forbes Korea membuat senarai 40 artis Korea yang paling berpengaruh. Siapa saja mereka?

Sebagaiman ditulis Allkpop, senarai ini terdiri daripada pelakon, pengacara, penyanyi, dan juga atlet. Mereka yang masuk daftar dan penilaian dilakukan berdasarkan pendapatan, pengaruh, nama besar, dan juga profesionalisme.

Dan mengikut semua kadar itu, di tahun 2013, kedudukan pertama berjaya diraih PSY. Penyanyi bertubuh tambun ini berjaya menghebohkan dunia lewat lagu Gangnam Style. Ia berjaya mengalahkan Girls Generation atau SNSD, yang dua tahun berturut-turut selalu dipucuk.

PSY

Di tahun ini, sembilan wanita cantik SNSD harus puas berada di peringkat kedua. Sedangkan kedudukan ketiga ditempati atlet kebanggan Korea, Son Yeon Jae. Peringkat keempat adalah Kim Soo Hyun dan di kedudukan kelima ditempati Big Bang.

Atlet renang Korea, Park Tae Hwan masuk dalam 10 besar. Ia berada di kedudukan keenam. Disusuli oleh pelakon, Song Joong Ki di peringkat ketujuh. Penyanyi IU menduduki kedudukan ke lapan. Atlet Kim Yuna harus puas hanya berada di kedudukan ke sembilan. Dan diposisi ke-10 terdapat boyband Super Junior.

Dalam senarai ini, terdapat 16 selebriti, yang baru pertama kali masuk dalam senarai tersebut, seperti bintang Running Man, Lee Kwang Soo.

* Sumber VIVAnews.com


Read more...

Sabtu, 16 Februari 2013

Lady Gaga Perlu Lakukan Pembedahan Di Punggung


Lady Gaga
LADY Gaga telah mengesahkan bahawa konsert rangkaian jelajahnya, Born This Way Ball yang hanya perlu diadakan di beberapa lokasi sahaja lagi terpaksa dibatalkan.
Menurut laporan portal DigitalSpy kenyataan itu dibuat menerusi akaun Twitter miliknya iaitu Little Monster pada Rabu lalu.
Pembatalan itu disebabkan keadaan Gaga yang harus menjalani pembedahan untuk memulihkan kecederaannya di pinggul. Doktor yang merawat penyanyi ini menyarankan untuk dia berehat sehingga pinggulnya kembali sembuh.
Lady Gaga saat konsert di London.
"Live Nation Global Touring mengumumkan bahawa lokasi konsert Gaga yang lain telah dibatalkan.
"Selepas ujian kesihatan dibuat, sendi pinggul kanan Gaga mempunyai sedikit masalah dan dia perlu menjalani pembedahan secepat mungkin dan perlu berehat untuk kembali sembuh," kata jurucakap penyanyi tersebut.
* Sumber mStar Online

Read more...

Rabu, 13 Februari 2013

Persembahan PSY Oppa Gangnam Style tidak libatkan wang rakyat


PERSEMBAHAN mantap artis Korea, Psy di Pulau Pinang kelmarin tidak melibatkan wang rakyat.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, persembahan megastar dari Korea Selatan, Psy pada majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baru Cina di Pulau Pinang kelmarin tidak melibatkan wang rakyat.
Perdana Menteri juga berkata orang ramai tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk menonton persembahan artis itu yang popular dengan lagu hitnya Oppa Gangnam Style.
"Sekadar untuk mengulangi, persembahan Psy langsung tidak melibatkan wang rakyat. Orang ramai juga tidak dikenakan bayaran untuk menontonnya," kata beliau menerusi mesej Twitter semalam.
Persembahan Psy adalah antara kemuncak majlis anjuran Barisan Nasional Pulau Pinang yang dihadiri 80,000 orang di Kolej Han Chiang, George Town. 
- Bernama

Read more...

Khamis, 24 Januari 2013

Video Gangnam Style Raih Pendapatan RM24.3 juta Untuk YouTube


SAN FRANCISCO: Google pada Rabu mengumumkan laman YouTube yang memaparkan video "Gangnam Style" nyanyian penyanyi rap Korea Selatan, Psy meraih lebih AS$8 juta (RM24.3 juta) menerusi pendapatan iklan.
Ketua Pegawai Perniagaan Google, Nikesh Arora mendedahkan angka itu ketika membincangkan potensi pendapatan YouTube untuk suku pertama tahun ini bersama penganalisis kewangan.
Pendapatan iklan dari video popular YouTube dikongsi bersama dengan pencipta kandungan video berkenaan.
Pada Disember, "Gangnam Style" menjadi video pertama yang mencecah satu bilion penonton di YouTube.
Ia menjadi satu peristiwa bersejarah dalam dunia alam maya.
Berdasarkan rekod, video itu ditonton lebih 1.23 bilion penonton sejak dimuat naik pada Julai tahun lalu.
* Sumber

Read more...

Ahad, 20 Januari 2013

Nenek dengan senang Hati lakukan Tarian Tiang


Nenek Sun Fengqin (Foto: Orange)

NANJING - Seorang nenek menjadi terkenal ketika ia menjadi seoarang Pole Dancer atau penari erotis tertua di China. Gerakannya pun tidak kalah lentur dengan penari muda.

Sun Fengqin, mempunyai hobi yang terbilang unik di mana ia senang melakukan tarian Pole Dancing. Hal itu ia lakukan kerana merasa bosan dengan sukan tai chi yang sudah lama ia dalami.

Nenek dari empat orang cucu ini sering diminta untuk tampil di siaran televisyen atau media online.

"Saya tidak pernah boleh menolak permintaan penonton, kerana memang saya suka menari dan saya suka berada di pentas," ungkap Sun, seperti dikutip Orange, Jumaat (18/1/2013).

"Tapi keluarga dan rakan-rakan saya tidak setuju dengan hobi baru saya ini," tambahnya.

Pole Dancing adalah sebuah tarian dimana seorang penari menggunakan media sebuah tiang untuk menari. Namun, Pole Dancing kerap diidentikan dengan hal-hal yang mengandungi unsur seksual dan industri seks di China.

( Ini ada lagi satu Kisah Nenek Hot

* Sumber okezone.com




Read more...

Isnin, 14 Januari 2013

Julia Perez mohon maaf


Kuala Lumpur: Pelakon kontroversi Indonesia, Julia Perez menyatakan permohonan maaf kepada rakyat di negara ini terutama penggiat seni tanah air dan pelakon berhubung kritikan dikeluarkan kononnya drama dan filem negara ini tidak berkualiti.

Permohonan maaf itu dikemukakan Julia menerusi e-mel kepada Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zed Zaidi dua minggu lalu dan beliau menyatakan kekesalan terhadap tindakannya itu.
Zed berkata, kini terpulang kepada semua artis Malaysia terutama pelakon dan pengarah filem sama ada memaafkan pelakon itu atau sebaliknya.

“Bagi SENIMAN, permohonan maaf itu sudah mencukupi dan sekurang-kurangnya Julia menghormati budaya dan sensitiviti negara ini. Tambahan pula dia (Julia) adalah pekerja asing yang mahu berlakon di sini,” katanya.
Foto
Julia Perez
Julia sebelum ini pernah mencetuskan kemarahan dan kontroversi industri seni tanah air sejurus belum menjalani penggambaran filem Sentuhan Malam Pertama arahan Murali Abdullah, dia sudah mengutuk drama dan filem negara ini.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Read more...

Isnin, 7 Januari 2013

Juara AJL27,Terukir Di Bintang, Yunalis Zarai


Yuna.
KUALA LUMPUR: Lagu ciptaan penyanyi bertaraf antarabangsa iaitu Yunalis Zarai berjudul Terukir Di Bintang dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-27 di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, Ahad.
Dengan kemenangan lagu yang dnyanyikan oleh Aizat Amdan itu telah berjaya membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai keseluruhan sebanyak RM35,000.
Terukir Dibintang telah berjaya mengalahkan 11 buah lagu lain iaitu Lagu (Bedroom Sanctuary), Teman Pengganti (Black dan RJ), Patah Seribu (Shila Amzah), Pelangi Senja (Stacy), Ombak Rindu (Hafiz dan Adira), Tanpamu (Amir Jahari).
Aizat Amdan yang menggantikan Yuna dengan membawa lagu Terukir DI Bintang memenangi Anugerah Juara Lagu 27. Foto IZZRAFIQ ALIAS / THE STAR.
Diikuti dengan lagu Andaiku Bercinta Lagi (Mojo), Simetri (Hazama dan Amy Search) dan Anak Kampung (Jimmy Palikat dan One Nation Emcees).
Sementara bagi naib juara dimenangi oleh lagu Idola ciptaan Audi Mok serta lirik oleh Azlan yang dinyanyikan oleh Azlan & The Typewriter sekaligus membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM15,000.
Dalam pada itu, pemenang tempat ketiga berjaya dimenangi oleh lagu Ku Akui ciptaan sepenuhnya Ajai nyanyian Hafiz yang turut berjaya menggondol hadiah trofi dan wang tunai sebanyak RM12,000.
Hafiz turut membawa pulang trofi vokal terbaik dengan menerima trofi dan wang tunai RM10,000.
Ia adalah kemenangan kali ketiga buat penyanyi kelahiran Sabah itu untuk kategori tersebut.
Bagi pemenang persembahan terbaik diraih oleh Black dan RJ menerusi lagu Teman Pengganti menerima trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000.
Hadiah disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar.
Lagu "Terukir Di Bintang" ciptaan Yunalis Zarai (Yuna) yang disampaikan oleh Aizat Amdan (kiri) bagi menggantikan Yuna dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu Ke-27 di Stadium Putra Bukit Jalil di Kuala Lumpur pada malam Ahad. Foto IZZRAFIQ ALIAS / THE STAR 
Persembahan 12 finalis AJL27 diadili seramai 10 juri profesional dari pelbagai latar belakang dalam bidang muzik diantaranya Hetty Koes Endang, Yasin, Aubrey Suwito, Edrie Hashim, Helen Yap, Azmeer dan Ad Samad.
Penjurian dilakukan berdasarkan markah sebanyak 80 peratus yang diadili terlebih awal manakala 20 peratus lagi melalui persembahan pada malam kemuncak.
Sementara itu, bagi kategori Anugerah 'Juara Mobile' yang pertama kali diperkenalkan tahun lalu bagi mengiktiraf lagu yang mendapat muat turun Nada Dering Pemanggil (Call-Me-Tones) terbanyak menerusi The Cube dimenangi oleh lagu Ombak Rindu ciptaan sepenuhnya oleh Nurzaidi Rahman yang dinyanyikan Hafiz dan Adira.
Pertandingan bertemakan 'Ekspresi Seni' memaparkan grafik seperti kaleidoskop, pop-up art, doodle art, light trail, typography, papercraft, pencil sketch dan imej 3 Dimensi (3D) yang memberikan impak mendalam pada persembahan.
Acara tersebut dihoskan oleh gandingan dua pengacara hebat iaitu Faizal Ismail dan Cheryl Samad.
Selain menyaksikan finalis-finalis yang bertanding, AJL turut menjemput penyanyi tersohor, Ziana Zain, Misha Omar dan Royal FT Force untuk persembahan pembukaan yang hebat dan memukau.
Manakala segmen interlud menampilkan empat lagenda Rock Malaysia iaitu Rahmat (Mega), Aris Ariwatan, Joey (Bumiputera Rockers) dan Ramli Sarip.
Menyampaikan lagu-lagu seperti Bayangan Gurauan, Lamunan Terhenti, Seribu Tahun Takkan Mungkin dan Kamelia, segmen 'Rock Kapak' itu turut menampilkan empat gitaris iaitu, Rodi (Kristal), AG Coco, Edrie Hashim dan Man Kidal.
Pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS mengetuai persembahan pada malam itu.
* Sumber penuh mStar Online

Read more...

Sabtu, 29 Disember 2012

Peminat marah nama Psy ( Gangnam style ) diguna untuk watak Perogol


GAMBAR fail menunjukkan muzik video Psy di laman YouTube yang sudah ditonton lebih satu bilion kali.

TOKYO - Penyanyi Korea Selatan yang terkenal di seluruh dunia dengan tarian kuda, Psy digambarkan sebagai seorang perogol dalam komik manga Jepun, lapor akhbar The Japan Daily Press semalam.
Komik itu akan diterbitkan pada 31 Disember ini yang menunjukkan satu watak mirip Psy.
Ia mengisahkan watak tersebut mengetuai satu kumpulan penculik dari Korea Selatan dan merogol sekumpulan gadis Jepun.
Bagaimanapun, menurut laman Digital Journal, penduduk Korea Selatan menyuarakan kemarahan mereka tentang tindakan komik Jepun itu.
Ia melaporkan, kemarahan tersebut dinyatakan di laman-laman internet.
Psy menjadi terkenal di dunia menerusi muzik video Gangnam Style di laman YouTube yang dimuat naik sejak 15 Julai lalu.
Klip video itu yang menunjukkan Psy menari tarian kuda telah ditonton lebih satu bilion kali.
Psy kemudian menjadi kebanggaan warga Korea Selatan sehingga mengatasi populariti Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon yang juga berasal dari negara yang sama.
Penyanyi itu juga diundang ke Amerika Syarikat (AS) untuk menghadiri banyak majlis muzik ekoran kejayaannya itu.
Tarian kuda itu juga dipersembahkan bukan sahaja oleh artis AS tetapi juga ahli-ahli sukan terkenal dunia. - Agensi
* Sumber

Read more...

Jumaat, 28 Disember 2012

Penyanyi disiasat jalin Hubungan dengan Isteri Orang


JAKARTA - Penyanyi kumpulan muzik Noah, Ariel (gambar) disoal siasat pihak polis kelmarin ekoran dakwaan dia menjalin hubungan dengan seorang pramugari, lapor akhbar dalam talian Kompas.com semalam.
Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham, 31, dilaporkan disoal siasat selama lebih 90 minit di ibu pejabat polis Metro Jaya di sini.
Pramugari berkenaan, Magdalena Awuy yang sudah bersuami dan mempunyai seorang anak didakwa berkenalan dengan Ariel sejak konsert jelajah kumpulan Noah di lima negara pada November lalu.
Namun, bekas penyanyi kumpulan Peterpan itu menafikan dia menjalin hubungan dengan wanita tersebut dan mendakwa ada pihak sengaja menuduhnya.
Berita hubungan sulit mereka mula tersebar di Internet pada 21 November lepas.
Pada 31 Januari 2011, Ariel dihukum penjara tiga tahun setengah kerana terlibat dalam penerbitan pita video seks melibatkan wanita mirip dua selebriti Indonesia, Luna Maya dan Cut Tari.
Dia dibebaskan dari Rumah Tahanan Kebon Waru, Bandung pada Julai lalu. - Agensi
* Sumber kosmo! Online

Read more...

Rabu, 26 Disember 2012

Main Gitar ditengah Jalan Raya


GIRI duduk di bahagian tengah jalan raya untuk bermain gitar di Gauhati, New Delhi semalam.


NEW DELHI - Seorang pengarah muzik dan aktivis sosial, Kishor Giri duduk di tengah-tengah jalan raya dan bermain gitar di Gauhati di sini semalam.

Giri membawa kain yang mengandungi mesejnya yang menentang kejadian rogol beramai-ramai terhadap seorang wanita yang belajar di sebuah universiti di sini.
Dia merupakan antara sejumlah besar penduduk yang membantah kejadian rogol beramai-ramai ke atas wanita berusia 23 tahun itu.
Kejadian itu berlaku pada 16 Disember lalu apabila pelajar berkenaan dirogol di dalam sebuah bas sebelum dicampak keluar.
Pelajar itu kini berada dalam keadaan kritikal di sebuah hospital selepas dia dipukul dengan batang besi dan mengalami kecederaan di bahagian usus.
Semua penyerangnya kini telah ditahan.
Kejadian itu juga telah mencetuskan bantahan ganas dalam kalangan penduduk di sini sejak Ahad lalu hingga kelmarin.
Para penunjuk perasaan tersebut menuntut perlindungan keselamatan terhadap wanita selepas kejadian kejam itu berlaku. - Agensi
* Sumber

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP