GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Memaparkan catatan dengan label Muzik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Muzik. Papar semua catatan

Jumaat, 1 November 2013

Piala Malaysia 2013 Akhir, Artis Kelantan Beri Pahang Mata '0'

Artis Kelantan dari kiri; Izzue Islam, Pekin Ibrahim dan Neelofa
PETALING JAYA: Artis-artis dari negeri Kelantan memberikan Pahang dengan mata ‘0’ dalam perlawanan bola sepak Piala Malaysia melibatkan kedua-dua negeri itu di Stadium Shah Alam, dekat sini pada Ahad ini.
Artis-artis berkenaan iaitu Pekin, Izzue Islam dan Neelofa berkata, Pahang layak menerima mata berkenaan berdasarkan kekuatan yang dimiliki oleh pasukan Red Warriors yang disokong mereka.
Sementara itu artis-artis Pahang pula iaitu Azhar Sulaiman, Norkhiriah dan Norman Hakim menaruh keyakinan negeri itu mampu menjuarai perlawanan kali ini kerana mereka dilihat semakin kuat apabila berjaya mara ke peringkat akhir.
Ketiga-tiga artis Pahang itu berpendapat Piala Malaysia pada tahun ini wajar jatuh ke tangan skuad Tok Gajah itu setelah sekian lama negeri itu tidak menjadi juara.
mStar Online mendapatkan komen enam artis dari kedua-dua negeri berhubung pasukan bola sepak yang disokong.
Pelakon Izzue Islam menyifatkan, Kelantan masih mampu mengekalkan kejuaraan dengan mendapatkan skor sekurang-kurangnya 1-0 menewaskan Pahang.
"Perlawanan kali ini pastinya sengit apabila melihatkan pasukan Pahang kerana mereka semakin hebat di padang.
"Tetapi saya yakin bahawa Kelantan masih boleh mengekalkan kejuaraan mereka. Penyerang Fakri Shaarani merupakan pemain kegemaran saya dan saya yakin dia mampu memberikan satu skor," katanya.
Pekin Ibrahim pula mengharapkan Kelantan dapat menundukkan Pahang dengan 2-0 dan yakin pemain kegemarannya, Indra Putra mampu memberikan persembahan permainan yang terbaik pada perlawanan itu.
"Saya yakin Kelantan boleh menang kali ini cuma sayangnya saya tidak dapat berpeluang menyaksikan perlawanan tersebut di stadium kerana sibuk di set penggambaran. Bagaimanapun saya mendoakan kejayaan mereka," ujarnya.
Manakala Neelofa yakin Kelantan mampu membawa pulang kejayaan sebanyak 3-0 namun menasihati para penonton agar tidak terlalu beremosi andai kata negeri itu tewas.
"Saya faham, bagi masyarakat Kelantan, permainan bola sepak merupakan perkara yang sangat besar tetapi janganlah sampai terlalu beremosi jika perlawanan itu tidak berpihak pada negeri Kelantan.
"Jika kalah, tunjukkan kepada masyarakat dengan sikap yang lebih tenang pada perlawanan itu nanti," ujarnya.
Artis Pahang dari kiri; Azhar Sulaiman, Norkhiriah dan Norman Hakim.
Sementara itu, pelakon Azhar Sulaiman mengharapkan kemenangan berpihak kepada Pahang kerana ia merupakan pencapaian tinggi buat negeri itu untuk berada di peringkat akhir sejak beberapa tahun lalu.
"Saya nampak pasukan Pahang semakin kuat dengan memiliki perancangan teliti dalam setiap permainan.
"Tambah pula kekuatan pemain-pemain Pahang terletak kepada persefahaman masing-masing yang boleh membaca setiap pergerakan yang dilakukan.
"Saya yakin kali ini Pahang menjuarai perlawanan Piala Malaysia dengan mata 2-0," ujarnya.
Dalam pada itu, Norkhiriah pula berkata, ini merupakan kali pertama dia bersemangat untuk menyaksikan perlawanan bola sepak apabila ia membabitkan negeri kelahirannya.
"Saya bukanlah peminat tegar bola sepak tetapi apabila mendapat tahu Pahang berjaya ke peringkat akhir, mestilah saya nak sokong mereka.
"Insya-Allah saya dan keluarga akan berkumpul menyaksikan perlawanan itu beramai-ramai. Mungkin Pahang mendapat jaringan 3-2 atau lebih. Siapa tahu," katanya.
Norman Hakim pula menyasarkan Pahang mampu mengalahkan Kelantan sebanyak 2-0 namun mengakui perlawanan kali ini amat sengit kerana kekuatan kedua-dua pasukan.
"Kali terakhir Pahang pernah menang adalah pada tahun 1992 dan perlawanan di peringkat akhir ini pastinya satu perkara yang sangat besar buat pemain-pemain Pahang.
"Dan saya percaya mereka juga mengharapkan untuk menang. Apa yang boleh saya cakap, kedua-dua pasukan adalah hebat dan hanya permainan konsisten dan tuah mampu memberikan salah satu pasukan untuk meraih kemenangan," katanya.

Sumber mStar Online



Read more...

Isnin, 21 Oktober 2013

3 Gambar : Rihanna Bertudung Di Abu Dhabi

Rihanna ( Sumber gambar ohbulan.com )
ABU DHABI - Penyanyi terkenal, Rihanna mencuri tumpuan apabila dia menutup aurat dengan mengenakan hijab semasa mengunjungi sebuah masjid di Emiriah Arab Bersatu (UAE) kelmarin, lapor akhbar dalam talian MailOnline.
Dia yang sering berpakaian separuh bogel dilihat memakai sut labuh berwarna hitam semasa bergambar di luar Masjid Sheikh Zayed di sini.
Rihanna, 25, menyarung pakaian menutup aurat kerana menghormati cara berpakaian masyarakat Islam di negara Asia Barat itu.
Rihanna berada di hadapan Masjid Sheikh Zayed Grand
Walaupun tampil bergaya sopan, bekas kekasih penyanyi Chris Brown itu tetap mencuri tumpuan dengan mengenakan gincu bibir dan pengilap kuku berwarna merah serta kalung emas.
Penyanyi kelahiran Barbados itu baru tiba di UAE sempena konsert jelajah Diamonds selepas membuat persembahan di Afrika Selatan.
Namun, portal hiburan RadarOnline melaporkan bahawa sejumlah peminatnya di Johannesburg, Afrika Selatan marah apabila Rihanna didakwa hanya menyanyi menggunakan teknik gerak bibir.
"Saya tidak rasa harga tiket berpatutan memandangkan tahap persembahan," kata seorang peminat, Nicole Contini. 
- Agensi(kosmo!)

Read more...

Selasa, 8 Oktober 2013

7 Gambar,Scarlett Johansson, Wanita Terseksi di Dunia Versi Esquire

Majalah Lelaki Esquire menobatkan aktris cantik Scarlett Johansson sebagai wanita terseksi tahun ini. Ini adalah kali kedua Esquire menobatkan Scarlett sebagai yang terseksi. Esquire/Vincent Peters
Scarlett Johansson, Wanita Terseksi di Dunia Versi Esquire
Scarlett Johansson menjadiwanita pertama yang meraih gelar terseksi sebanyak dua kali dari Esquire. Sebelumnya ia meraih gelar ini pada tahun 2006. Esquire/Vincent Peters

Scarlett Johansson, Wanita Terseksi di Dunia Versi Esquire
Scarlett Johansson, 28 tahun, saat ini bertunangan dengan jurnalis Prancis Romain Dauriac. Johansson pernah menikah pada tahun 2010 dengan aktor Ryan Reynolds. Esquire/Vincent Peters

Scarlett Johansson, Wanita Terseksi di Dunia Versi Esquire
"Aku harus terus 'jual diri'. Usiaku 28 dan di dunia perfilman sebentar lagi aku hanya akan ditawarkan peran sebagai ibu dan kemudian stop, tak dipakai lagi," canda Scarlett Johansson ketika diwawancarai majalah Esquire. Esquire/Vincent Peters
Scarlett Johansson, Wanita Terseksi di Dunia Versi Esquire
Scarlett Johansson mengaku bisa merasakan perasaan cemburu setelah menjalin hubungan dengan tunangannya sekarang, Romain Dauriac. Esquire/Vincent Peters

Scarlett Johansson, Wanita Terseksi di Dunia Versi Esquire
Scarlett Johansson baru-baru ini bermain di film 'Don Jon' bersama Joseph Gordon-Levitt. Esquire/Vincent Peters

Sumber tempo.co



Read more...

Aeril Zafrel Jawab Kontroversi Nikah Wawa Zainal Jumaat Ini

Aeril akan membuat sidang media khas pada Jumaat ini selepas solat Jumaat bagi meleraikan segala persoalan mengenai hubungannya dengan Wawa.
KUALA LUMPUR: Kontroversi mengenai perkahwinan rahsia Aeril Zafrel dan Wawa Zainal masih lagi menjadi teka-teki apabila aktor itu enggan mengesahkan mengenai isu tersebut.
Aeril, yang ditemui di set penggambaran telefilem Kecoh Kuih Semperit di Tasik Ampang Hilir di sini pada Selasa berkata, dia akan membuat sidang media khas pada Jumaat ini selepas solat Jumaat bagi meleraikan segala persoalan mengenai hubungannya dengan Wawa.
"Saya tidak boleh komen buat masa ini dan akan membuat sidang media khas pada Jumaat ini bersama Wawa.
"Dan segala persoalan akan dijelaskan pada masa itu, tetapi bukan sekarang. Sidang media dibuat supaya sebarang kenyataan tidak bercanggah," katanya kepada wartawan.
Pada Ahad lalu sebuah akhbar menyiarkan laporan eksklusif kononnya Aeril atau nama sebenarnya Suharil Suhari, 25, sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Wawa Zainal, 22, pada 4 Februari lalu secara senyap.
Pihak media menyerbu Aeril yang turut ditemani oleh pengurus dan peguamnya semasa penggambaran telefilem Kecoh Kuih Semperit di Tasik Ampang Hilir pada Selasa.
Hasil perkahwinan itu mereka dikatakan telah mendapat anak pada 24 Ogos lalu yang diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar.
Sebelum ini Wawa dikatakan pulang ke negeri kelahirannya di Sabah untuk berubat kononnya akibat terkena buatan orang.
Ketika ditemui media pada Selasa Aeril bersikap terbuka memberi kerjasama untuk berhadapan dengan media selepas gagal dihubungi sebelum ini.
Malah ketika pelbagai persoalan diterjah, Aeril yang ditemani pengurusnya, Shahirman Wahab dan peguam, Zulhasmi Zakaria tetap menjawab soalan dengan tenang.
Aeril memberitahu dia menggunakan khidmat peguam untuk mendapat nasihat mengenai isu tersebut.
Dalam pada itu Shahirman berkata pada sidang media itu nanti pihaknya akan merakam segala sesi soal jawab untuk dijadikan bahan bukti bagi memudahkan pihaknya menjalankan siasatan berhubung kontroversi itu.
“Kami percaya, isu ini ditimbulkan kerana ada pihak lain sengaja mahu mengenakan kami. Jadi, kami akan rakamkan segala yang akan berlaku pada sidang media itu nanti,” katanya.
Sumber mStar Online

Read more...

Madonna Dedah Pernah Dirogol Atas Bumbung

Madonna
SATU pengakuan yang sangat mengejutkan daripada Madonna saat ditemu bual oleh majalah Harper's Bazaar apabila penyanyi itu mendedahkan dirinya pernah diperkosa.
Menurut laporan Showbizspy, pengalaman buruk itu terjadi saat Madonna pertama kali ke New York dan kejadian itu berlaku di bumbung bangunan sebuah pusat beli-belah.
"Ternyata New York tidak seindah yang dibayangkan. Tahun pertama di sana, saya sudah mendapat ancaman.
"Saya diperkosa di atas bumbung bangunan di mana perogol itu meletakkan pisau di punggung supaya saya mengikut kemahuannya," kata Madonna.
Bukan itu sahaja, pelantun lagu Like A Virgin itu juga pernah merasai hidup susah dan ada sahaja yang cuba memecah masuk untuk merompak di apartmen miliknya.
"Sekurang-kurangnya tiga kali seminggu rumah saya dirompak. Saya tak faham kenapa mereka berbuat demikian kerana saya tiada barang berharga di rumah itu. Mereka hanya mengambil radio pada rompakan pertama," ujarnya.
Tambah Madonna, walaupun hidup sengsara di kota New York, namun dia nekad untuk menjadi penari profesional ketika itu selepas membuat keputusan berhenti menyambung pengajian di Universiti Michigan.
Penyanyi itu berkata, demi mendapatkan duit, dia juga sanggup menjadi model dengan kasi bogel untuk sebuah kelas seni.
Sumber mStar Online

Read more...

Isnin, 7 Oktober 2013

Tato Seksi di Punggung Cheryl Cole Jadi bahan Ejekan

Cheryl Cole (fashdloops.com)

Baru- baru penyanyi seksi Cheryl Cole menjadi sorotan media kerana ulahnya mempamerkan tatu barunya di bontotnya. Kerana aksinya itu , Cheryl dicaci - maki banyak penggemarnya di twitter.

Tak hanya itu, salah satu juri X Factor , Louis Waish ikut -ikutan mengejek Cheryl . Louis mengatakan tatu bunga besar itu adalah sebuah idea yang tidak masuk akal.

" Hal itu tak pantas dilakukan Cheryl . Sangat memalukan dan bodoh, " ujar Louis , dilansir The Sun, Isnin 7hb Oktober 2013.

Sebelumnya sang Ibunda marah dengan ulah Cole . Ia menegur Cole untuk segera memadamnya. "Kenapa kau menutupi seluruh tubuh bawahmu yang indah," kata Joan .


Cheryl Cole

Namun Cheryl tetap santai dan tak mau ambil pusing soal sindiran banyak orang. Pelantun ' Fight For This Love ' ini pun dengan santai membocorkan kos dan masa pembuatan tatu seksinya itu kepada seorang sahabatnya.

Usut punya usut ternyata tato tersebut dibuat lebih dari dua hari dengan bayaran 14,000 poundsterling . Cheryl punya cara unik agar proses pembuatan tatu tak menyiksa dirinya.

"Orang- orang berhak atas pendapat mereka sendiri. Tapi saya tidak pernah benar -benar peduli dengan bahagian tubuh orang lain," ujar Cheryl .

Sumber vivanews.com


Read more...

Ahad, 6 Oktober 2013

Tiada yang pelik ! Ikon pop AS, Madonna kini belajar al-Quran ?

GAMBAR Madonna menghiasi majalah Harper Bazaar edisi November.
Los Angeles: Ikon pop AS, Madonna semalam mendedahkan dia sedang mempelajari Al-Quran.
“Adalah penting mempelajari semua kitab suci penganut agama lain,” kata penyanyi berusia 55 tahun itu kepada edisi terbaru majalah Harper Bazaar. 
“Seperti kata sahabat saya Yaman, seorang penganut Islam yang baik adalah juga Yahudi yang baik dan Yahudi yang baik adalah juga penganut Kristian yang baik dan seterusnya. Saya amat bersetuju dengannya,” kata Madonna. 
Dalam wawancara itu, Maddona mengaku pernah diperkosa dengan pisau diacu pada belakangnya ketika terkial-kial menempa nama sebagai artis di New York. 
Selain diperkosa, apartmen didiaminya turut diceroboh tiga kali dan berkata dia sentiasa dalam ketakutan sebelum muncul sebagai penyanyi dan penari tersohor. 

Dalam artikel itu, Madonna mengimbau kenangannya ketika di Britain. Dia berkahwin dengan pengarah Guy Ritchie dan tertarik dengan kehidupan dan pandangan desa di situ. 

“Kehidupan di New York bukan seperti apa yang saya impikan. Kedatangan saya di situ tidak diterima dengan tangan terbuka,” kata penyanyi itu. 

Madonna pernah menjadi model bogel untuk kelas lukisan. Kami duduk bertentangan dan saling berpandangan. 

“Ketika pertama kali diperkosa, saya diseret ke atas bumbung rumah sambil lelaki itu mengacu pisau di belakang badan. 

“Tiga kali apartmen saya dipecah masuk. Saya tidak tahu mengapa. Tiada barang berharga pun di situ. Kali pertama mereka cuma mengambil radio. 

“Saya sentiasa dalam ketakutan dan tidak selesa dengan bau kencing dan muntah terutama pintu masuk tangga ke apartmen saya,” kata penyanyi itu. 

Namun penyanyi itu kagum dengan kehebatan bangunan tinggi dan keluasan New York. 

“Kesesakan laluan pejalan kaki, bunyi bising trafik dan kesibukan warga kotanya memberi kejutan kepada urat saraf. 

“Saya seperti berada dalam dunia asing. Saya seperti pahlawan yang merempuh musuh untuk hidup. Saya rasa kembali hidup dan bertenaga,” katanya dalam temu bual berkenaan. 

Dalam temu bual itu, Madonna juga mengimbau kenangannya menjadi bintang dalam seawal usia 20-an, menganut Kabbalah dalam usia 30-an sebelum berkahwin dengan Ritchie dan berpindah ke Britain pada usia 45 tahun. 
- AFP(myMetro)

Read more...

Khamis, 3 Oktober 2013

Penarik kereta dituduh bunuh pengasas AmBank

Tertuduh Koong Swee Kwan
KUALA LUMPUR: Seorang penarik kereta dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh pengasas Kumpulan Perbankan Arab Malaysia (AmBank), Hussain Ahmad Najadi, 29 Julai lalu.
Koong Swee Kwan, 44, hanya mengangguk tanda faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah, Rosmaniar Zainuddin.
Mengikut pertuduhan, Koong didakwa membunuh Hussain, 75, di tempat letak kereta tokong cina Kuan Yin No 4, Lorong Ceylon, Dang Wangi, dekat sini, pada jam 1.30 petang hingga 2 petang, 29 Julai 2013. 

Bagi pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Koong turut berdepan dengan satu lagi pertuduhan cuba membunuh sehingga menyebabkan kecederaan terhadap isteri Hussain, Cheong Mei Kuen, 49, di tempat dan masa yang sama.
Dakwaan bagi pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun jika sabit kesalahan. 

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 9 Disember ini untuk sebutan kes.
Sumber myMetro

Read more...

Jumaat, 30 Ogos 2013

JAKIM bantah kehadiran kumpulan Heavy Metal 'Lamb Of God'

Lamb Of God
PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membantah kehadiran kumpulan Heavy Metal 'Lamb Of God' daripada membuat persembahan di Malaysia berdasarkan latar belakang kumpulan itu serta genre muzik yang dibawa.
Ketua Pengarah JAKIM Datuk Othman Mustapha berkata, pihak berkenaan diharap tidak meluluskan kemasukam artis itu dengan mengambil kira sensitiviti umat Islam dan menjaga kemaslahatan dengan tidak membuka pintu atau ruang kepada berlakunya pelbagai krisis akidah, permasalahan moral dan keruntuhan akhlak. 
"Kumpulan ini pernah membuat persembahan di Amerika Syarikat dengan mencampur aduk lagu metal dengan bacaan ayat suci al-Quran dan menyentuh unsur keagamaan seperti Walk With Me In Hell (berjalan denganku di dalam neraka), Sacrament (istilah majlis kerahmatan dalam agama Kristian), Resurrection (kebangkitan) serta menerbitkan album berjudul New American Gospel secara jelas bertentangan dengan syariat Islam dan nilai moral. 

"Justeru, Malaysia sebagai sebuah negara Islam seharusnya menonjolkan imej yang terbaik dengan tidak menganjurkan konsert hiburan melampau seumpama ini," katanya dalam kenyataan yang diedarkan pada Majlis Kibar Jalur Gemilang dan Pelepasan Kenderaan Merdeka Warga JAKIM di sini hari ini.
Kumpulan terbabit dijadualkan membuat persembahan di Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur pada 28 September ini.
Sumber myMetro


Read more...

Ahad, 28 Julai 2013

Perangai hodoh Justin Bieber

Justin Bieber
MELUDAH merata-rata sudah menjadi amalan biasa buat penyanyi muda Justin Bieber. Pernah dituduh meludah seorang DJ di sebuah kelab malam, kini dia sekali lagi membuat perangai tidak bermoral itu.
Menurut laporan TMZ, Justin telah meludah dari balkoni sebuah hotel di Toronto pada Khamis lalu.
Tidak jelas siapa sasaran pelantun lagu Boyfriend itu, namun berkemungkinan besar sejumlah peminat sedang melihat Justin dari bawah.
Bintang berusia 19 tahun itu juga sempat mengambil video suasana bawah hotel yang dipenuhi peminat-peminatnya. Dan berkemungkinan besar ludahnya mungkin terkena pada salah seorang daripada mereka.
Masalah kelakuan Justin yang suka meludah di khalayak menjadi bualan. Selepas meludahi seorang DJ, penyanyi Kanada itu turut dikhabarkan meludahi salah seorang jirannya yang membuat aduan kepada pihak berkuasa mengenai perikalu tidak sopan Justin di sekitar perumahan jiran.
* Sumber


Read more...

Khamis, 11 Julai 2013

Jennifer Lopez Pernah Hidup Gelandangan

Jennifer Lopez
DENGAN kekayaan yang dimiliki sekarang, Jennifer Lopez mampu memiliki apa-apa sahaja yang diinginkannya. Tetapi ramai yang tidak tahu kehidupan remaja penyanyi itu tidak seindah sekarang.
Menurut laporan contact music, penyanyi lagu Dance Again itu mendedahkan ketika di zaman remaja, dia hidup gelandangan dan sering menghabiskan waktu malamnya di sebuah studio tarian.
Pergaduhan dengan ibunya, Guadalupe Rodriguez, yang mahu dia melanjutkan pelajaran membuatkan dia nekad untuk keluar dari rumahnya di The Bronx, New York.
"Ibu dan saya saling bertelingkah kerana saya tidak mahu belajar dan ingin menjadi penari sepenuh masa.
"Kerana itu saya keluar dari rumah dan tumpang tidur di studio tarian. Saya berkata kepadanya (ibu) bahawa inilah yang saya inginkan. Beberapa bulan kemudian, saya mendapat tawaran kerja di Eropah," katanya.
Tambah Jennifer, dia bersyukur kerana kehidupannya itu hanya berlaku dalam masa setahun. Setelah sukses di bidang tarian, barulah dia kembali ke rumah ibunya.
* Sumber mStar Online

Read more...

Rabu, 10 Julai 2013

Kim Jin Sung Akui Wajah Wanita Malaysia Lebih Asli

Kim Jin Sung meminati wajah wnaita malaysia. Foto RAYMOND OOI
PETALING JAYA: Pelakon dari Korea Selatan, Kim Jin Sung menyifatkan wajah wanita di Malaysia mempunyai tarikan yang tersendiri selain berhasrat untuk memiliki kekasih dari negara ini.
Jin Sung, 27, atau lebih selesa dipanggil JS, berkata, wanita Malaysia mempunyai kecantikan yang asli berbanding wanita di negaranya yang kebanyakan melakukan pembedahan plastik.
"Sebenarnya saya bukan tergolong di kalangan orang yang membuat pembedahan plastik untuk perubahan wajah seperti kebanyakan masyarakat di Korea. Saya lebih suka wajah yang asli kerana ia memberi daya tarikan yang tersendiri.
"Apabila datang ke Malaysia pada Mei lalu, saya terkejut ramai wanita di negara ini memiliki wajah yang cantik tanpa perlu mengubah muka dengan pembedahan.
"Perkara itu membuatkan saya sudah mula berkenan dengan wanita Malaysia. kalau boleh saya mahu mencari kekasih dari negara ini," katanya kepada mStar Online.
Tambah JS, jika berpeluang memiliki kekasih di negara ini, dia inginkan wanita yang berwajah seakan-akan pelakon drama Autumn Di Hatiku iaitu Ezzaty Abdullah dan memiliki ketinggian seperti Hanez Suraya.
"Bunyi macam pelik, tetapi itulah ciri-ciri wanita yang saya idamkan," selorohnya.
JS yang juga membintangi Autumn Di Hatiku merupakan seorang model dan pelakon baru di negaranya.
Pada masa sama dia turut telah mempelajari Bahasa Melayu selama setahun di Universiti Kajian Luar Negeri, Hankuk, Seoul, sebelum berlakon dalam drama tersebut.
"Empat tahun saya bergelar model dan saya pernah menjadi pelakon tambahan untuk beberapa drama Korea.
"Tidak sangka pengajian Bahasa Melayu yang saya ambil pada mulanya kerana minat berubah menjadi satu platform untuk saya mengembangkan kerjaya seni saya di negara ini.
"Dan selepas menghantar video uji bakat, saya ditawarkan berlakon dalam Autumn Di Hatiku. Drama ini akan menjadi langkah sulung saya untuk bergerak lebih luas dalam industri seni tempatan," ujarnya.
Drama bersiri Autumn Di Hatiku akan bersiaran selama tiga hingga lima minit setiap hari bermula 3 Julai lalu menerusi laman www.tonton.com.my.
Ia turut dibarisi pelakon Hanez Suraya, Aiman Hakim Ridza, Anas Ridzuan dan Ezzaty serta
Drama ini mengisahkan seorang wanita bernama Nina lakonan Hanez Suraya yang meminati dunia K-Pop sehingga bertemu dengan seorang lelaki Korea bernama Park Au Tum.
Nina berusaha keras untuk mendapatkan cinta Au Tum dan terpaksa melalui pelbagai cabaran.

* Sumber mStar Online


Read more...

Khamis, 27 Jun 2013

Misha Cabar Individu Tuduh Dia Pernah Kahwin Tunjuk Bukti

Misha Omar
PETALING JAYA: Penyanyi Misha Omar mencabar individu yang menuduhnya pernah berkahwin sehingga menyebabkan pernikahannya dengan juruterbang Malaysia Airlines System (MAS) iaitu Fiross Ezwan Rosly tertangguh tampil mengemukakan bukti.
Misha atau nama sebenarnya Samihah @ Aisah Omar, 31, berkata, dia mengenali individu yang menyebarkan fitnah tersebut dan amat kesal kerana tuduhan itu benar-benar mencalarkan reputasinya.
"Saya tidak pernah berkahwin dengan mana-mana lelaki sekalipun. Jika benar saya pernah berkahwin tunjukkan buktinya dan anda boleh merujuk nama saya di mana-mana Pejabat Agama," katanya ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai jurucakap produk Colourland, di sini, Rabu.
Hadir sama pengarah produk kecantikan itu, Loh Boon Leong.
Misha diminta mengulas gosip kononnya perkahwinan dia dengan Fiross, 31, tertangguh disebabkan dia menanti surat cerai daripada bekas suaminya iaitu seorang ahli perniagaan di Kelantan.
Misha (kiri) bersama Loh Boon Leong.
Misha dan Firos mengikat tali pertunangan dalam satu majlis tertutup di kediaman keluarga penyanyi itu di Kampung Guchil Bayam, Kota Baharu, Kelantan pada 20 Februari tahun lalu.
Pada majlis itu keluarga kedua-dua pihak mencapai persetujuan untuk mengikat tali pertunangan selama setahun tetapi majlis berkenaan akhirnya tertangguh.
Misha menambah, dia telah mendengar isu berkenaan sejak Februari lalu dan telah mengenal pasti seorang lelaki yang membuat fitnah berkenaan.
"Saya sangat kecewa kerana betapa saya menjaga nama baik saya selama ini, ia dicalarkan dengan tuduhan berkenaan.
“Saya tahu siapa yang bercakap tentang hal ini dan dia sering mencari kesilapan dan perkara negatif tentang saya. Saya harap lelaki itu tampil jika benar saya pernah berkahwin," tegasnya.
Dalam pada itu Misha dan Fiross telah memilih Februari 2014 untuk diijabkabulkan sebagai suami isteri selepas mendapat persetujuan keluarga kedua-dua belah pihak.
Katanya, keputusan itu dibuat selepas mendapati terdapat kelapangan terhadap jadual masing-masing.
"Namun tarikh sebenar perkahwinan akan ditetapkan pada Hari Raya Aidilfitri nanti kerana keluarga kami akan berjumpa untuk berbincang semula,” katanya.
* Sumber mStar Online

Read more...

Rabu, 26 Jun 2013

Misha Omar tangguh perkahwinan hingga tahun hadapan

Misha Omar
KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal Misha Omar hari ini mengumumkan bakal melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya Firos Ezzwan Rossly pada Februari tahun depan.
Misha atau nama sebenarnya Samihah @ Aisah Omar, 31, berkata, keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan kesesuaian jadual mereka dan mendapat persetujuan keluarga kedua belah pihak. 
Penyanyi lagu Angin Syurga itu berkata, penangguhan selama dua tahun sejak bertunang pada Februari 2011 berpunca daripada kesibukan jadual mereka sebelum ini. 

Katanya, majlis pernikahan yang belum ditentukan tarikh itu bakal berlangsung di kampung halamannya di Kota Bahru, Kelantan.
* Sumber myMetro


Read more...

Ahad, 23 Jun 2013

Punca kematian Michael Jackson kerana tidak cukup tidur ?

Michael Jackson
Los Angeles: Michael Jackson mungkin menjadi manusia pertama yang tidak mendapat tidur sewajarnya sehingga 60 hari yang membawa kepada kematiannya, kata seorang pakar.
Memberi keterangan dalam perbicaraan, pakar tidur dari Universiti Harvard, Dr Charles Czeisler berkata, disebabkan kekurangan tidur, Michael, 50, tetap berdepan risiko mati akibat serangan jantung walaupun dia tidak diberi ubat penahan sakit berlebihan. “Simptom dialami Michael konsisten dengan seseorang yang mengalami kekurangan tidur menyeluruh untuk tempoh yang sangat lama,” katanya.
Czeisler memberi keterangan itu dalam saman dikemukakan keluarga Raja Pop berkenaan yang menuntut syarikat penganjur konsert, AEG Live, membayar pampasan £26 bilion (RM128.5 bilion).
Jumlah itu dianggap pendapatan yang diperoleh waris Michael jika dia tidak meninggal dunia pada Jun 2009.
Doktor peribadi Michael, Conrad Murray - yang digaji AEC - didapati bersalah dan menjalani hukuman penjara. Mahkamah semalam turut diberitahu, pengambilan sesetengah ubat menyebabkan pengambilnya tidak mendapat tidur semula jadi dan dalam keadaan tertentu, mereka sebenarnya hidup dalam keadaan koma. Czeisler juga berkata, kegagalan Michael melakukan langkah baru tarian serta mengingati lirik lagunya juga disebabkan masalah tidak cukup tidur.
 “Petugas memberitahu, Michael kehilangan berat badan, paranoid dan ia adalah petanda seseorang yang tidak mendapat tidur sempurna,” katanya. Czeisler berkata, kekurangan tidur kemungkinan besar disebabkan pengambilan ubat penahan sakit propofol. Bagaimanapun, keterangan Czeisler itu dibuat dengan hanya bergantung kepada keterangan dikemukakan peguam plaintif. Dia juga mengaku tidak melihat keterangan sebenar daripada kes itu, termasuk kenyataan daripada beberapa eksekutif AEG Live yang tidak melihat sebarang petanda luar biasa pada Michael.
Untuk mengkaji kes itu, Czeisler dibayar AS950 (RM3,043) sejam.
 - The Sun (myMetro)

Read more...

Sabtu, 22 Jun 2013

Rihanna belasah peminat


KONTROVERSI melibatkan penyanyi pop terkenal, Rihanna(gambar)  sudah menjadi lumrah dalam kariernya.

Terbaru, penyanyi lagu Diamonds ini mencipta kontroversi lagi apabila dia dikatakan memukul peminatnya dengan mikrofon ketika konsert Diamonds World Tour di United Kingdom (UK).

Menurut laporan media antarabangsa, insiden itu berlaku ketika Rihanna menyanyikan lagu We Found Love di kawasan penonton.

Namun, dia gagal mengawal perasaannya apabila dia ditarik oleh peminat fanatik. Rihanna terus menggunakan mikrofonnya dan memukul peminatnya itu.

Malang sekali, kejadian itu dirakam penonton yang berada di tempat kejadian. Pun begitu, reaksi Rihanna tidak menunjukkan rasa bersalah dan mengakui sengaja memukulnya.


* Sumber



Read more...

Selasa, 18 Jun 2013

Penyanyi Indonesia, Shea Tidak Anggap Bobo Burukkan Lagu 'Sayang'

Shea yang digandingkan bersama Bobo ketika persembahan di Anugerah Blockbuster 2, Sabtu lalu menganggap kerjasama itu adalah pengalaman manis buatnya. Foto ABDUL RAHMAN EMBONG
PUTRAJAYA: Penyanyi dari Indonesia, Shea tidak menganggap video parodi lagu popularnya iaitu Sayang yang dilakonkan oleh individu bernama Bobo dan tersebar melalui YouTube tidak memburukkan lagu tersebut.
Malah Shea, atau nama sebanar Sheryl Gething, 19, berkata, dia turut terhibur dengan gelagat Bobo yang secara tidak langsung mempopularkan lagu berkenaan di negara ini.
"Saya tidak marah kerana bagi saya dia buat parodi itu hanya untuk hiburan sahaja, ia tidak memburukkan lagu itu.
"Malah saya rasa parodi tersebut diterima oleh masyarakat. Saya gembira kerana dia pilih lagu saya," katanya ketika ditemui pada sidang media pelancaran album pertamanya iaituShae The First, di sini, Isnin.
Shea yang digandingkan bersama Bobo ketika persembahan di Anugerah Blockbuster 2, Sabtu lalu menganggap kerjasama itu adalah pengalaman manis buatnya.
"Dia sangat kelakar dan buat saya lebih terhibur ketika mengadakan persembahan," ujarnya.
Sementara itu, bercerita tentang kerjayanya di Malaysia, Shea berkata, dia menggunakan peluang dan tawaran yang diterimanya untuk mengembangkan bakat seni di negara ini.
"Saya ada berlakon beberapa telefilem untuk Astro namun masih lagi rahsia tajuknya.
"Saya akan terus mengambil peluang dan tawaran yang datang jika diterima masyarakat di sini," ujarnya.
Sementara itu, Shea yang melancarkan album pertamanya di Malaysia turut menampilkan lapan buah lagu termasuk Sayang.
Manakala, single kedua yang bakal dimainkan di radio adalah Cintaku Tlah Mati Untukmu.
* Sumber mStar Online

Read more...

Ahad, 16 Jun 2013

Anugerah Blokbuster 2012,Hantu Kapcai Menang Filem Terhebat

JOHOR BARU: Filem Hantu Kapcai arahan Ghaz Abu Bakar membawa tuah buat pengarahnya apabila dinobatkan sebagai Filem Terhebat Anugerah Blokbuster 2012.
Kemenangan itu membolehkan Hantu Kapcai terbitan Showbiz Sdn Bhd membawa pulang trofi serta wang tunai keseluruhan berjumlah RM15,000.
Hantu Kapcai turut memenangi kategori Filem Aksi Terhebat dan Filem Kelakar Terhebat termasuklah Hero Terhebat (Zizan Razak).
Antara aksi Zizan dalam filem Hantu Kapcai.
Sementara itu pengarah Dharma Harun Al-Rashid turut membuat kejutan apabila memenangi bagi kategori Direktor Baru Terhebat menerusi filem Adik Manja Returns.
Hadiah bagi anugerah PFM(Persatuan Filem Malaysia) yang diraih oleh penerbit David Teo dan Astro First Terhebat (Ombak Rindu) di sampaikan oleh presiden PFM iaitu Datuk Yusof Haslam dan Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh.
Anugerah Blockbuster 2012 merupakan penganjuran buat kali kedua bagi memartabatkan filem-filem serta penggiat seni tempatan.
Sebanyak 16 kategori yang melibatkan 49 pencalonan (bagi setiap kategori) diperkenalkan menggunakan 100 peratus undian daripada orang ramai.
Antara filem-filem yang bertanding termasuklah Chow Kit, Ngorat, Istanbul Aku Datang, Adnan Sempit 2, 29 Februari, Apa Celop Toqq, Mael Lambong, Untuk Tiga Hari, Jiwa Taiko, Kahwin Lima dan Zaiton Ceritaku.
Acara itu telah berlangsung di Stadium Tertutup MBJB (Majlis Bandaraya Johor Baru), Johor pukul 9.00 malam dan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria.
Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Blokbuster 2012:
1. Anugerah Filem Terhebat: Hantu Kapcai
2. Anugerah Tuan Direktor Terhebat : Syamsul Yusof (Jalan Kembali Bohsia 2)
3. Anugerah Direktor Baru Terhebat : Dharma Harun Al-Rashid (Adik Manja Returns)
4. Anugerah Filem Aksi Terhebat : Hantu Kapcai
5. Anugerah Filem Kelakar Terhebat : Hantu Kapcai
6. Anugerah Filem Takut Terhebat : Sumpahan Kum Kum
7. Anugerah Drama Muzikal Terhebat : Aku Ada Kau Ada?
8. Anugerah Hero Terhebat : Zizan Razak (Hantu Kapcai)
9. Anugerah Heroin Terhebat : Yana Samsudin (3 Temujanji)
10.Anugerah Watak Penyangak Terhebat : Sofi Jikan ( Jalan Kembali Bohsia 2)
11.Anugerah Lagu Tema Terhebat : Beginilah Caranya (Aku Ada Kau Ada?)
12. Anugerah Hero Baru Terhebat: Izzue Islam (29 Februari)
13. Anugerah Heroin Baru Terhebat: Neelofa (Azura)
14.Anugerah PFM : David Teo
15.Anugerah Astro First Terhebat : Ombak Rindu
* Sumber mStar Online

Read more...

Rabu, 15 Mei 2013

Gara-gara Steroid, kemaluan Rod Stewart Mengecil


Rod Stewart 

LOS ANGELES - Penyanyi rock legenda Rod Stewart harus menerima kenyataan pahit. Ya, kerana kecanduannya pada steroid memberi kesan buruk terhadap alat vitalnya yang mengecil.

Dalam perbincangannya dengan majalah Mojo, pelantun "Maggie May" itu mengaku kalau dirinya kerap kali mengambil ubat-ubatan tersebut demi membantu penampilan suaranya.

Stewart menuturkan dirinya punya masalah dengan membran suara yang kerap membengkak dan membuatnya tak boleh menyanyi.

Tak ada pilihan lain, mengambil ubat-ubatan itu diyakininya boleh menstabilkan pita suaranya yang tegang.

"Steroid akan menurunkan pembengkakan dalam membran, dan itu yang akan anda lakukan ketika berada dalam tekanan, harus manggung tapi tak boleh bernyanyi," ujar penyanyi berusia 68 tahun itu.

Kebiasaan itu, kata Stewart, dilakukannya saat menjalani siri lawatan yang padat di tahun 1980-an. "Ketika itu saya ketagih steroid. Saat itu, kita tak mempunyai monitor di telinga, sementara muzik mengalun kencang dan itu memaksa saya untuk menyanyi kian keras," kenangnya.

Sekian tahun berlalu, kesan dari kebiasaan mengambil ubat-ubatan itu kini terasa. Di lain pihak, ubat-ubatan itu boleh melenggangkan kariernya. Namun di sisi lain, ada kesan yang tak terbayarkan.

"Pernah suatu malam, saat manggung di Sheffield, saya fikir saya sedang berada di dapur bersama ibu saya kerana steroid telah memakan seluruh perut saya," kenangnya lagi.

"Saya mengalami pendarahan secara dalaman dan berhalusinasi. Entah apa yang difikirkan penonton saat itu."

Saat ini, Stewart mengaku telah mengatasi kesan sampingan dari ubat-ubatan itu. Di usia yang kini mendekati kepala tujuh, ia dikaruniai lapan anak dari perkahwinannya dengan empat isteri.

Di akhir pembicaraan, ia pun mengakui dirinya masih mengambil steroid yang disebutnya sebagai ubat paling mengerikan di dunia itu. "Saya menggunakannya setahun sekali. Itu pun jika benar-benar diperlukan ketika harus tampil," akunya.

* Sumber kompas.com


Read more...

Selasa, 7 Mei 2013

Adira kini bertudung?


KUALA LUMPUR 7 Mei - Kemunculan Adira dalam satu program di Wangsa Melawati baru-baru ini menimbulkan tanda tanya, adakah penyanyi itu sudah memilih imej bertudung?

Penyanyi Adira, 22, yang sering diterjah dengan pelbagai kontroversi tidak pernah menganggap itu semua sebagai penghalang untuknya meneruskan kerjaya.

Sebaliknya, Adira atau Siti Adira Suhaimi berkata, penampilannya bertudung ketika itu adalah untuk disesuaikan dengan majlis yang dihadiri.

Dia yang dilihat manis bertudung sewaktu menghadiri kelas agama bersama peserta Usrah Fitrah baru-baru ini berkata, kehadirannya ke situ selepas diberitahu oleh penyanyi Heliza Helmi.

"Sewaktu kami mengadakan persembahan di Perlis baru-baru ini, Heliza ada bercerita dan saya tidak sabar untuk datang ke kelas ini.

"Alhamdulillah, kawan-kawan yang sudah mengikuti kelas ini banyak membantu. Lagipun adalah menjadi kewajipan setiap insan untuk mendalami ilmu agama," katanya kepada Utusan Malaysia.

Penyanyi yang popular dengan lagu Ombak Rindu bersama Hafiz itu
berkata, walaupun dia bertudung ketika menghadiri kelas agama, itu tidak bermakna dia akan terus bertudung.

Jelas Adira, untuk tempoh ini dia lebih senang tampil dengan imej sedia ada dan apabila tiba masanya, dia juga akan mengenakan tudung seperti yang dituntut oleh agama Islam.

"Ya, saya pakai tudung ketika menghadiri kelas agama ini, di luar saya seperti biasa. Insya-Allah, bila sampai masanya saya juga akan bertudung tanpa dipinta oleh sesiapa.

"Sekarang ini saya ingin mendekatkan diri dengan ilmu agama sebagai pelengkap hidup. Di waktu yang sama, saya tetap meneruskan kegiatan dalam bidang seni kerana itu adalah sumber pendapatan saya," katanya yang kini aktif berlakon.

Dia yang pernah dikaitkan bercinta dengan Hafiz dan Aliff Aziz berkata, buat masa sekarang tumpuannya ialah pada kerjaya berbanding soal cinta. 

- UTUSAN


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP