GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan

Isnin, 7 Julai 2014

BOLA SEPAK PIALA DUNIA FIFA 2014,Jururawat dipecat rakam video Neymar

Sao Carlos: Kecederaan Neymar Jr. menjadi topik utama Piala Dunia di Brazil selepas doktor pakar yang merawat beliau mengesahkan Neymar terpaksa direhatkan akibat patah tulang vertebra.
Namun disebalik tragedi yang menimpa Selecao selepas kehilangan bintang harapan pasukan mereka, kontroversi tercetus apabila video Neymar yang di bawa masuk di pintu masuk Hospital Sao Carlos tersebar luas. 
Seorang jururawat yang hanya dikenali sebagai Cinthia, merakam video ketibaan Neymar di hospital itu sekaligus membuatkan peminat-peminat Neymar berang serta mengecam tindakannya mengambil video kesakitan Neymar dengan senyuman dan menunjukkan tanda ‘V’ pada akhir video berdurasi 25 saat itu. 

Menurut laporan laman bola sepak Brazilan UOL, akibat perbuatan itu, jururawat tersebut bakal dipecat.
Dalam temu bual bersama pihak pengurusan hospital, Marcia Real berkata, jururawat itu tidak hadir bekerja hari ini dan berkemungkinan akan dipecat. - Agensi(myMetro)

Read more...

BOLA SEPAK PIALA DUNIA FIFA 2014,10 Pasukan Paling Mahal

Belgium tersenarai
SAINGAN Piala Dunia Brazil 2014 merupakan kemuncak kegilaan terhadap bola sepak dari seluruh dunia pada tahun ini.
Selain menyokong negara yang bersaing, watak dalam pasukan iaitu pemain-pemain yang beraksi merupakan pengaruh utama ia menjadi tumpuan.
Sehubungan itu mStar Online menyenaraikan 10 pasukan paling mahal dalam Piala Dunia kali ini.
10. Belanda (£184.1 juta)
Netherlands
9. Portugal (£262.1 juta)
Portugal
8. England (£272.1 juta)
England
7. Belgium (£286.5 juta)
Belgium

6. Itali (£333.2 juta)
Italy
5. Perancis (£359.8 juta)
France
4. Argentina (£375.5 juta)
Argentina
3. Brazil (£380.8 juta)
Brazil

2. Jerman (£501.8 juta)
Germany

1. Sepanyol (£611.7 juta)
Spain
Sumber mStar Online

Read more...

TAWARAN KAWIN SAMA GADIS SYRIA PAKEJ MURAH

IKLAN tersebar dalam kalangan pemilik telefon bimbit kononnya gadis Syria yang ingin dikahwini.
Kuala Lumpur: “Bukan saja gadis Syria, malah nak berkahwin dengan gadis Mesir sekalipun bukan mudah kerana kosnya tinggi. Jadi, ini semua bohong dan mengarut.”
Itu kata Duta Besar Malaysia ke Mesir Datuk Ku Jaafar Ku Shaari mengenai iklan tawaran harga murah untuk lelaki Malaysia berkahwin dengan gadis Syria yang melarikan diri ke Mesir akibat pergolakan di negara mereka. 
Iklan itu tersebar luas dalam kalangan pengguna telefon pintar menggunakan aplikasi WhatsApp di negara ini yang memaparkan wajah empat gadis jelita didakwa dari Syria, kononnya sedia untuk dikahwini dengan bayaran cuma RM4,420. 

Antara maklumat yang tertera di iklan berkenaan, semua gadis itu kini berada di beberapa masjid sekitar Kaherah, Mesir dan mana-mana lelaki Malaysia yang berminat mengahwini mereka boleh menghubungi Ustaz Azizul dengan nombor telefon disediakan.
Ku Jaafar berkata, iklan tawaran berkahwin dengan gadis Syria pernah tersebar di laman sosial Jun tahun lalu, dan kini ia sekali lagi berlaku dalam kalangan pengguna telefon bimbit di Malaysia.
myMetro

Read more...

Ahad, 6 Julai 2014

BOLA SEPAK PIALA DUNIA FIFA 2014,Argentina Bertemu Belanda Di Separuh Akhir

Pasukan Belanda meraikan kemenangan selepas menewaskan Costa Rica menerusi penentuan penalti, awal pagi Ahad.

ARGENTINA akan bertemu Belanda di pentas separuh akhir Piala Dunia mengikut jejak Brazil dan Jerman.

Argentina mara menerusi kemenangan tipis 1-0 menentang Belgium hasil rembatan Gonzalo Higuain pada minit kelapan perlawanan.

Kali terakhir Argentina beraksi di pentas separuh akhir adalah pada tahun 1990 namun tewas kepada Jerman pada peringkat akhir.

Sementara itu, saingan di antara Belanda dan Costa Rica menjadi satu-satunya perlawanan suku akhir Piala Dunia edisi ini yang terpaksa diheret ke masa tambahan dan penentuan penalti apabila kedua-dua pasukan terikat 0-0 sehingga tamat masa.

Dalam perlawanan di Arena Fonte Nova  awal pagi Ahad, Belanda memperolehi banyak peluang menjaringkan gol, termasuklah pada minit ke-92 menerusi sepakan Van Persie di hadapan gawang namun berjaya ditepis keluar oleh pemain Costa Rica.

Costa Rica nyata tidak banyak menguasai bola, malah hampir tidak melakukan serangan namun kehebatan penjaga golnya, Keylor Navas banyak membantu menyelamatkan gol Costa Rica daripada bolos.

Kedudukan 0-0 bagaimanapun masih tidak berjaya dileraikan apabila perlawanan terpaksa diheret ke tendangan penalti.

Belanda akhirnya menempah tiket ke separuh akhir menentang Argentina apabila menang penalti 4-3.
Sumber mStar Online

Read more...

Sabtu, 5 Julai 2014

BOLA SEPAK PIALA DUNIA FIFA 2014, Neymar terlepas aksi temu Jerman, retak tulang belakang


Neymar diusung keluar padang selepas dikasari pemain Colombia

FORTALEZA: Brazil menerima tamparan hebat selepas layak ke separuh akhir, pagi tadi apabila penyerang utama, Neymar disahkan tidak dapat beraksi lagi dalam baki perlawanan Piala Dunia selepas doktor mendapati dia mengalami keretakan pada segmen tulang belakang (vertebra). 

Berita sebelum

Bintang Barcelona itu dilanda kecederaan pada lewat babak permainan dengan saingan suku akhir menentang Colombia yang berakhir kemenangan 2-1 kepada tuan rumah untuk layak bertemu Jerman memburu tiket ke final edisi kali ini. 


Berita terbaru itu hanya mengundang rasa pilu kepada pasukan dan penyokong serta rakyat negara tuan rumah itu yang mengharapkan ayam tambatan pasukan dapat memacu pasukan memburu mahkota kejuaraan buat kali keenam. 

Doktor perubatan skuad itu, Rodrigo Lasmar yang mengesahkan perkara itu berkata apa yang dialaminya bukan serius dalam erti kata bahawa ia tidak memerlukan pembedahan, namun memerlukan masa untuk pulih. 

“Malangnya, dia tidak akan dapat bermain,” kata beliau sambil memaklumkan tempoh pemulihan pemain itu dijangka mengambil masa beberapa minggu.” 

Neymar yang sudah menjaringkan empat gol sepanjang kejohanan Piala Dunia kali ini kelihatan kesakitan dan terbaring diatas padang selepas menerima asakan dari bahagian belakang oleh pemain Colombia, Juan Zuniga pada minit ke-88. 

Pemain berusia 22 itu kemudian terpaksa diusung keluar padang dan terus dibawa ke hospital. Tempat beliau digantikan pemain pertahanan, Henrique pada minit akhir permainan. 
Skuadnya akan bertemu Jerman pada saingan separuh akhir di Belo Horizonte, Selasa ini dan ketiadaan tonggak Brazil itu sedikit meresahkan penyokong tuan rumah. 

  “Kami kehilangan Neymar pada permainan itu (aksi separuh akhir). Berdasarkan apa yang saya lihat, saya fikir ia akan menjadi sukar bagi dia untuk terus bermain,” kata jurulatih Brazil, Luiz Felipe Scolari kepada pemberita. 

  Sementara itu, di perkarangan hospital Fortaleza, ratusan peminat Brazil berkumpul menjerit “tabah Neymar” ketika pemain itu sedang menerima rawatan. 

Brazil juga akan beraksi tanpa kapten, Thiago Silva pada pertemuan menentang Jerman selepas dia digantung perlawanan. 

  Presiden Brazil, Dilma Rousseff, turut memberi sokongan pada Neymar. Dia menulis di tweetnya: “Sama seperti penyokong Brazil lain, saya salah seorang yang bersorak mahukan bintang kami supaya berada dalam keadaan baik.” 


- Agensi(BH)


Read more...

BOLA SEPAK PIALA DUNIA FIFA 2014,Brazil Mara Ke Separuh Akhir, bertemu Jerman



 Luiz melengkapkan gol kemenangan Brazil untuk mara ke separuh akhir Piala Dunia.

FORTALEZA: David Luiz muncul penyelamat Brazil selepas menjaringkan rembatan padu untuk membantu pasukan tuan rumah membenam Colombia 2-1, pada saingan suku akhir Piala Dunia, awal pagi Sabtu.


Kemenangan itu membolehkan Brazil mara ke peringkat separuh akhir di mana pasukan itu akan bertemu dengan Jerman yang melangkah lebih awal selepas menewaskan Perancis 1-0.

Namun, Brazil pastinya berdepan laluan sukar dalam memburu trofi Piala Dunia keenam.

Brazil memperoleh gol seawal minit ketujuh menerusi jaringan kapten pasukan, Tiago Silva selepas menyempurnakan sepakan percuma yang diambil oleh Neymar.

Pasukan kendalian pengurus Felipe Scolari itu tampak berada pada kedudukan selesa apabila Luiz menggandakan jaringan pada minit ke-69.

Namun, Colombia bangkit untuk merapatkan kedudukan menerusi sepakan penalti Rodriguez pada minit ke-79.

Ia merupakan gol keenam Rodriguez yang mengekalkan beliau sebagai penjaring terbanyak setakat ini.

Disebalik kejayaan Brazil itu, penyokong tuan rumah kelihatan resah selepas ayam tambatan mereka, Neymar terpaksa diusung keluar padang selepas dikasari pemain lawan pada lewat babak permainan.

Neymar diusung keluar padang selepas dikasari pemain Colombia.
Namun Brazil berjaya mengekalkan kedudukan sehingga wisel penamat dibunyikan.

Sementara itu, Scolari mengesahkan Neymar akan terlepas aksi menentang Jerman selepas bergelut dengan kecederaan belakang.

Neymar dilihat berlanggar dengan pemain Colombia, Juan Camilo Zuniga pada aksi suku akhir itu.

"Kami kehilangan Neymar pada saat-saat akhir, berdasarkan pemerhatian saya, saya rasa agak sukar untuk dia beraksi di separuh akhir," kata Scolari.


Sumber mStar Online


Read more...

Jumaat, 4 Julai 2014

BOLA SEPAK PIALA DUNIA FIFA 2014,Luiz Suarez suka mengigit kini jadi bahan untuk IKLAN

Produk pembuka botol yang memaparkan aksi Suarez menggigit akan dipasarkan mulai minggu depan.

Pembuka botol memaparkan imej bintang Uruguay, Luiz Suarez yang menggigit bahu pemain pertahanan Itali tersebar luas di laman web di China untuk tempahan.

Ternyata insiden membabitkan Giorgio Chiellini itu kini bertukar menjadi peluang bisnes untuk golongan peniaga di negara ini.

Setakat ini, lebih 200 penjual di laman web Taobao menjual pembuka botol itu pada harga serendah 15 yuan.
Luiz Suarez

Bagaimanapun, pembuka botol itu masih belum dihasilkan dan pengeluar berusaha menyiapkan tempahan sebelum ia mula dipasarkan minggu depan.

Penjual, yang dikenali sebagai Lin Mumu0393 memaklumkan dia menerima  108 tempahan dan masih berurusan dengan pengeluar untuk menghasilkan produk itu.

Dia mendakwa akan mempunyai bekalan yang terhad dalam tempoh dua minggu.

Sementara itu, pemilik kilang yang menghasilkan produk itu berkata, syarikatnya sudah menerima banyak tempahan daripada peniaga.
Sumber 

Read more...

Selasa, 1 Julai 2014

Presiden Uruguay Gelar Fifa 'Anak Haram Tua'

Jose Mujica
PRESIDEN Uruguay, Jose Mujica menggelar Fifa sebagai 'sekumpulan anak haram tua' dalam serangan terhadap badan bola sepak dunia itu yang menghukum penyerang negara tersebut, Luis Suarez.
Suarez digantung pembabitannya dalam bola sepak selama empat bulan selepas mengigit pertahanan Itali, Giorgio Chiellini.
Mujica, 79, menggelar Fifa sedemikian selepas ditanya pemberita mengenai nasib Uruguay yang tewas kepada Colombia pada saingan kalah mati.
Sejurus berkata demikian, kumpulan wartawan bertanya kepada Mujica adakah ingin menarik semula kenyataan itu.
Bagaimanapun, dengan ringkas Mujica menjawab, "Siarkannya."
Reaksi wajahnya kelihatan marah ketika mengeluarkan kenyataan tersebut.
Luis Suarez holds his teeth after he appeared to bite Italy's Giorgio Chiellini in their group clash
Sumber mStar Online

Read more...

Ahad, 29 Jun 2014

BOLA SEPAK PIALA DUNIA FIFA 2014,Brazil Pasukan Pertama Mara Ke Suku Akhir

David Luiz jaringan pertama

TUAN rumah, Brazil menjadi pasukan pertama menempah tiket ke aksi suku akhir Piala Dunia selepas menewaskan Chile 3-2 melalui penentuan sepakan penalti pada perlawanan awal pagi Ahad.

Aksi penuh dramatik kedua-dua pasukan pada pusingan kalah mati ini terpaksa diheret ke masa tambahan selepas terikat 1-1 pada masa perlawanan sebenar.


Berita Sebelum

David Luiz menjaringkan gol tunggal Brazil minit ke-18, namun Alexis Sanchez menyamakan kedudukan 14 minit selepas itu.

Babak kedua menyaksikan Hulk berjaya menambah jaringan kedua Brazil, namun tidak dikira selepas pengadil Howard Webb memutuskan bola terkena bahagian lengan pemain itu.

Kedua-dua pasukan gagal mencari gol kemenangan dalam tempoh masa tambahan sehingga membawa ke sepakan penentuan penalti.

Tiga sepakan penalti Brazil dilakukan David Luiz, Marcelo dan Neymar. 

Manakala dua gol penalti Chile oleh Aranguiz dan Diaz.

Brazil bakal berdepan dengan Colombia atau Uruguay pada aksi suku akhir yang keenam pasukan kendalian  Felipe Scolari ini.


Sumber mStar Online



Read more...

Selasa, 24 Jun 2014

BOLASEPAK PIALA DUNIA FIFA 2014,Pasukan Brazil versi Khairy Jamaluddin

Sumber: Facebook Khairy Jamaluddin


KUALA LUMMPUR: Gambar ‘pasukan’ Brazil yang dimuat naik oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin di laman Facebook beliau kian mendapat perhatian. 

Merupakan satu gurauan setelah pasukan Brazil layak ke peringkat seterusnya dalam Piala Dunia, gambar berkenaan turut disertakan dengan mesej, "Ini sebab Brazil kembali menang semalam. Nombor 11 score dua bijik (up sendiri). Nombor 4man of the match(up boss). Yang pakai songkok kad merah." 

Gambar itu menampilkan pasukan Brazil yang terdiri dari Khairy dan juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,  Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat Rafizi Ramli.

Ia turut menampilkan dua pemain negara iaitu penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat  dan Pemain Johor Darul Takzim FC Safiq Rahim.

Raja Bomoh Ibrahim Mat Zain dan pelakon Mr. Bean Rowan Atkinson turut dimuatkan dalam gambar berkenaan. 

Ramai memuji sikap ‘sempoi’ Khairy yang memuat naik gambar berkenaan.

“Lawak paling kelakar sejak bermulanya Piala Dunia,” tulis Andrew Kish.

Namun ada juga yang kurang senang dengan tindakan Khairy.

“Tidak wajar. Sebagai menteri dalam kerajaan, kenalah mempromosikan budaya menghormati pemimpin negara,” tulis Mohd Yunus Sharum.

Penampilan Tun Mahathir mendapat reaksi positif. 

“Tun M Nampak gagah,” tulis Siti Ct.

Tambah Pami Nasir, “Dr Mahathir ada yang paling ‘best’.”

Ada yang bertanya tentang kelibat seorang lagi mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi sambut menulis mungkin beliau menjadi jurulatih pasukan, kata Rahim Alie.

Setakat ini, gambar berkenaan menerima 18745 ‘Likes’, 2909 ‘Shares’ dan 2266 komen.


aStro Awani



Read more...

TERLALU TAKSUB TONTON PIALA DUNIA FIFA 2014

Riyadh: Seorang suami yang taksub kepada bola sepak dilapor meminta isterinya mengikuti peraturan yang dia tetapkan sepanjang kejohanan Piala Dunia 2014 berlangsung bagi memastikan perkahwinan mereka tidak terjejas.
Sebagai mengakui kebenaran pepatah ‘mencegah itu lebih baik daripada mengubati’, si suami menulis beberapa peraturan dan membuat salinan sebelum menampalnya di beberapa tempat dalam rumah mereka supaya isterinya tidak terlepas pandang atau terlupa mengenainya. 
Menurut peraturan sementara itu, si isteri harus memberitahu lebih awal kepada suaminya mengenai sebarang rancangan melawat keluarga atau rakan, sekurang-kurangnya dua jam sebelum perlawanan bermula.

Untuk ke pusat beli-belah yang boleh memakan masa sehingga berjam-jam, ia hanya boleh dilakukan jika tiada perlawanan dijadualkan, kata suami.

Wanita dilarang memandu di Arab Saudi, justeru mereka bergantung kepada suami atau anggota keluarga lelaki untuk ke mana-mana jika tidak mahu menaiki teksi.

Warga Saudi boleh menonton perlawanan yang disiarkan secara langsung dari Brazil pada jam 7 malam, 11 malam dan 1 pagi.

Selain itu, si isteri juga diberi amaran supaya mengelak memberi sebarang komen apabila suaminya dalam keadaan kecewa atau terlalu gembira dengan keputusan sesuatu perlawanan.

“Emosi saya mungkin tertekan. Mungkin saya akan melontar alat kawalan jauh kerana marah. Dan saya tidak mahu anda menjadi sasarannya. Saya mahu menjaga kesempurnaan kecantikan anda,” tulisnya dalam peraturan itu.

Menurut suaminya, peraturan itu berkuat kuasa sehingga perlawanan terakhir pada 13 Julai dan berharap pasukan Itali menjadi juara.

Rakyat Saudi sungguh meminati bola sepak dan gambar yang beredar di media sosial menunjukkan ketaasuban mereka kepada Piala Dunia. 

Antaranya, seorang penduduk telah mengubah suai ruang tamu rumahnya menjadi replika stadium dengan dihiasi bendera pasukan kegemarannya. 
- Agensi

Read more...

BOLA SEPAK PIALA DUNIA FIFA 2014,Bekas pekerja lombong kini wira kebanggaan Chile

Alexis Sanchez 

Siapa sangka, pemain bola sepak Chile yang juga bintang Barcelona, Alexis Sanchez dahulunya hidup dalam serba kepayahan sebelum menjadi pemain profesional.

Alexis Alejandro Sanchez dilahirkan pada 19 Disember, 1998, di Tocopila, Chile. Pertama kali bermain bola sepak secara serius bersama pasukan remaja Cobreloa pada 2004, dan diserap masuk dalam skuad utama pada 2005.

Beliau kemudian berpindah ke kelab Itali, Udinese pada 2006 dan mula mencuri tumpuan sejak itu. Dengan kebolehan memecah benteng pertahanan lawan, Sanchez merekodkan 21 gol dalam 95 penampilan bersama kelab itu. Pada 2011, bakatnya berjaya memikat Barcelona dan berpindah ke kelab itu dengan yuran €26 juta.

Sekaligus, Sanchez menjadi pemain Chile pertama beraksi bersama kelab Catalan itu.

Alexis Sanchez menempuh zaman kanak-kanak yang sukar. Semasa kecil, bapanya meninggalkan keluarganya. Kemiskinannya menyebabkan Sanchez tidak mampu untuk membeli but bola bagi kejohanan bawah 14 yang disertainya, memaksanya meminjam daripada rakan sepasukan.

Bagaimanapun selepas menjaringkan 8 gol dalam setiap perlawanan, dia dihadiahkan sepasang but bola oleh Datuk Bandar Tocopila. kepayahan hidup yang terpaksa ditempuh Sanchez memberikan kesan mendalam terhadap karier bola sepaknya.

Sanchez pernah bekerja di lombong sebelum bergelar pemain bola sepak profesional
Sanchez pernah bekerja di lombong sebelum bergelar pemain bola sepak profesional. - trollfootball.me

“Saya pernah mencuci kereta untuk mendapatkan wang yang cukup buat saya beli but bola. Keluarga saya cukup miskin dan saya menganggap bola sepak satu-satunya cara untuk membawa kami keluar dari kemiskinan. Sejak kecil lagi saya memberitahu ibu saya, ‘Jangan risau, saya akan jadi seorang pemain bola sepak dan kita tak akan bersusah lagi’. Sekiranya saya gagal, saya mungkin akan bekerja 15 jam sehari di kawasan pembinaan dan masih tidak memperoleh cukup wang untuk hidup. Bola sepak menyelamatkan saya”.

Kini, Alexis Sanchez menjadi antara watak penting Barcelona dalam memburu kejuaraan berprestij di peringkat tempatan dan Eropah. Dalam kempen Piala Dunia FIFA 2014 Brazil, dia memainkan peranan penting dalam membantu negaranya mara ke pusingan kalah mati selepas membenam Australia dan penyandang juara, Sepanyol.

Sumber aStro Awani


Read more...

Khamis, 19 Jun 2014

Tak tidur 3 hari 3 malam kerana tonton Piala Dunia terus tewas

GELAGAT rakyat China menonton perlawanan Piala Dunia.
Shanghai: Seorang peminat bola sepak di China mati akibat serangan jantung kerana dipercayai berjaga selama tiga malam berturut-turut untuk menonton perlawanan Piala Dunia FIFA 2014.
Zhou Meng, 39 rebah di atas sofa selepas diserang sakit jantung ketika menonton perlawanan antara pasukan Uruguay dan Costa Rica, Sabtu lalu. 
Dia sebelum ini dikatakan berjaga sepanjang malam pada Khamis dan Jumaat untuk menonton siaran langsung liputan perlawanan itu yang diadakan di Brazil dan bekerja pada siang hari. 

Zhou dikejarkan ke hospital selepas ditemui tidak sedarkan diri tetapi disahkan mati beberapa jam kemudian.
Menurut pengarah bahagian pembedahan saraf, Gao Liang, mangsa pernah mengalami tekanan darah tinggi sebelum ini.
Zhou bukannya satu-satunya orang yang mengalami masalah seperti itu sejak perlawanan Piala Dunia bermula 13 Jun lalu. 

Hospital Shanghai menerima lebih banyak kes kecemasan berbanding kebiasaannya minggu lalu, minggu pertama kejohanan Piala Dunia. 

Ini termasuk peminat bola yang menerima kesan akibat berjaga sehingga ke awal pagi dan mengorbankan waktu tidur untuk menonton siaran langsung itu. 

Menurut doktor di hospital Huashan, jumlah pesakit meningkat sebanyak 50 peratus hujung minggu lalu. 
- Agensi


Read more...

Rabu, 18 Jun 2014

Gara-gara Piala Dunia, rumah tangga terancam

Hampir 47 peratus rumah tangga di Emiriah Arab Bersatu (UAE) mungkin runtuh atau berakhir dengan perceraian kerana gara-gara kejohanan bola sepak Piala Dunia.
“Sehingga 47 peratus keluarga terdedah kepada perkelahian dan perdebatan sengit yang boleh membawa kepada keruntuhan rumah tangga kerana keputusan perlawanan Piala Dunia. 
“Suami, isteri, bapa, ibu dan anak perlu menyedari tindakan mereka ketika menonton perlawanan Piala Dunia dan bersorak untuk pasukan kegemaran. Kesannya mungkin amat teruk,” kata Ketua Majlis Runding Keluarga Khalifa Mohammad Al Muharrazy. 

Beliau berkata, kadang-kala keputusan perlawanan boleh mencetuskan perkelahian antara suami isteri dan mungkin berakhir dengan sengketa yang tidak boleh didamaikan atau perceraian.
Beliau berkata demikian selepas pendedahan hasil kajian terhadap 300 pasangan di UAE yang antara lain mendapati 87 peratus wanita bimbang rumah tangga mereka tegang apabila pasukan yang disokong suami masing-masing kalah.
Keadaan itu akan mencetuskan perkelahian antara mereka walaupun si isteri tidak menonton perlawanan berkenaan. 

Sebanyak 12 peratus isteri pula berkata, Piala Dunia tidak memberi kesan kepada rumah tangga mereka. 

Kajian itu dijalankan selepas seorang wanita berusia 32 tahun diceraikan suaminya setelah mereka bertengkar kerana lelaki itu tidak dapat mengawal perasaan apabila pasukan yang disokongnya tumpas dalam satu kejohanan lain sebelum ini. - Agensi

Read more...

Selasa, 17 Jun 2014

GAMBAR BOGEL PEMAIN BOLASEPAK PIALA DUNIA CROATIA TERSEBAR


KUALA LUMPUR: Pemain pasukan Croatia enggan melayani pihak media di Piala Dunia Brazil selepas gambar mereka berenang bogel diambil secara curi-curi.

Dua orang jurugambar telah bersembunyi di belakang semak berdekatan dan mengambil gambar tersebut yang kini tersebar luas di laman web.

Bercakap lewat pada hari Ahad dengan pihak media, jurulatih pasukan Niko Kovac berkata beliau tidak akan memaksa pemainnya bercakap semula dengan pihak media, dan tidak tahu bila mereka akan kembali selesa.


Bercakap dari kem latihan mereka di Praia do Forte, Kovac berkata: "Saya tidak boleh memaksa mereka ditemubual selepas mereka dan keluarga mereka dimalukan begitu.

"Kalau berlaku pada anda, adakah anda suka? Gambar bogel anda disebarkan tanpa sebab? Mereka berkeras tidak mahu ditemubual dan saya tidak tahu sehingga bila mereka akan terus senyapkan diri, mungkin esok, mungkin selepas kempen kami di Piala Dunia kali ini berakhir," Kovac bertegas.

"Saya hormati pendapat pemain saya dan walaupun anda semua telah bersikap profesional setakat ini, anda memang bersalah mengambil dan menerbitkan gambar itu."

Croatia tewas pada perlawanan pembukaan Piala Dunia kali ini pada Brazil dan akan beraksi seterusnya bertemu Camerron di Manaus pada hari Rabu.

Sumber


Read more...

Ahad, 25 Mei 2014

LIVE STREAMING MALAYSIA VS JEPUN AKHIR PIALA THOMAS 2014

MALAYSIA akan menamatkan penantian selama 22 tahun sekiranya berjaya menjulang trofi Piala Thomas 2014. Berdasarkan prestasi semasa, skuad badminton negara berpeluang untuk menewaskan Jepun pada perlawanan akhir yang akan berlangsung di Stadium Siri Fort, New Delhi, India hari ini.

( LINK ) -- Siaran Langsung
Bagaimanapun, para pemain negara tidak boleh memandang rendah Jepun yang turut memberikan aksi konsisten dan melakar kejutan dengan menewaskan China 3-0 pada aksi separuh akhir kelmarin. Bekas pemain negara, Razif Sidek (gambar) yang juga merupakan salah seorang daripada ahli pasukan ketika menjulang trofi Piala Thomas 1992 berkata, ini adalah peluang terbaik Malaysia untuk menjadi juara.
“Atas kertas, Malaysia mempunyai peluang yang lebih cerah. Saya percaya inilah peluang mereka untuk mengulangi sejarah yang pernah dilakar pada 1992.

Tube Sejarah piala Thomas 1992

Read more...

Jumaat, 9 Mei 2014

Bekas pemain JDT didakwa mencuri

MOHAMMAD Hadin dibawa ke lokap mahkamah selepas mengaku tidak bersalah mencuri wang rakan sepasukan. FOTO Hairul Anuar Abd Rahim
Johor Bahru: Seorang bekas pemain bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) dituduh di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencuri wang milik rakan sepasukannya, 1 April lalu.
Tertuduh, Muhammad Hadin Azman, 20, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Mohd Azlan Shah Mohd Allias. 
Mengikut kertas pertuduhan, Muhammad Hadin didakwa dengan sengaja melakukan kesalahan mencuri di dalam bangunan yang digunakan sebagai tempat menyimpan barangan peribadi pemain. 

Dia dituduh mencuri wang milik Mohd Asraruddin Putra Omar sebanyak RM500 di bilik persalinan pemain bola sepak, padang bola Seri Gelam di sini pada 8.30 pagi, 1 April lalu.
Bagi perbuatan itu, Muhammad Hadin didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan.
Sumber myMetro

Read more...

Sabtu, 26 April 2014

HARI PUKUL BANTAL SEDUNIA


KECERIAAN jelas terpancar pada wajah salah seorang peserta.

Acara pukul bantal diharap dapat mengurangkan tekanan mereka yang tinggal di bandar-bandar besar di seluruh dunia sambil berseronok.


BERATUS-RATUS orang berkumpul di lebih 100 bandar raya di seluruh dunia pada awal bulan ini bagi meraikan Hari Lawan Bantal Sedunia.
Sambutan tahun ini merupakan kali kelapan diadakan secara berturut-turut yang disambut pada 5 April. Dalam acara ini, para peserta akan memenuhi ruang awam untuk bertarung antara satu sama lain menggunakan bantal.
Di Washington, sekumpulan profesional muda yang dikenali sebagai Capitol Improv menggunakan laman sosial untuk mengelola satu acara lawan bantal secara besar-besaran di National Mall.

PARA peserta diwajibkan memukul bantal ke arah lawan masing-masing.

Acara yang berlangsung tepat pada pukul 2 petang itu, disertai berpuluh-puluh ahli kumpulan tersebut. Mereka berlari secara bertentangan di antara Monumen Washington dan Memorial Nasional Perang Dunia Kedua sambil membawa bantal dan menjerit-jerit kegembiraan.


Pertempuran yang berlangsung itu berjaya menarik perhatian orang ramai yang berada di taman tersebut. Bantal-bantal dipukul ke arah lawan masing-masing, manakala isi kekabu atau bulu-bulu ayam berterbangan.
Pada hari itu sahaja beratus-ratus biji batal telah pecah akibat pertempuran hebat ahli-ahli Capitol Improv.

KANAK-KANAK tidak melepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkan acara dengan berpakaian seperti adi wira Spider-Man.

Ketua pengelola acara tersebut, Oscar Soto berkata, acara itu telah berjaya menarik lebih 500 pelajar dari dalam dan luar negara, golongan profesional serta kanak-kanak.


Menurut Soto, tarikan sejagat terhadap acara lawan bantal telah menjadi kunci kepada mereka untuk menjadikannya sebagai acara tahunan.
"Semua orang mengingati detik seperti ini ketika bergelar kanak-kanak.
"Kini, setelah dewasa dan menetap di kawasan bandar seperti Washington diharap acara ini dapat mengurangkan tekanan sekeliling," kata Soto.
Adegan yang sama turut berlaku di berpuluh-puluh lagi bandar lain di Amerika Syarikat, Eropah dan Asia. Pihak penganjur menjadikan taman permainan sebagai lokasi acara tersebut.
"Jika anda mahu acara lawan bantal di bandar anda, sila layari laman web, pillowfightday.com.
"Acara ini berlaku di seluruh dunia dan anda perlu menjadi sebahagian daripadanya," ujar Soto.
KOSMO!


Read more...

Khamis, 10 April 2014

Ultimate Warrior meninggal dunia

GAMBAR fail menunjukkan Ultimate Warrior semasa zaman kegemilangannya.
LOS ANGELES - Bintang gusti terkenal, Jim Hellwig atau lebih dikenali sebagai Ultimate Warrior meninggal dunia kelmarin selepas dia terjatuh ketika berjalan ke keretanya di sebuah hotel di Arizona.
World Wrestling Entertainment (WWE) dalam satu kenyataan kelmarin mengumumkan kematian ahli gusti berusia 54 tahun itu.
Hellwig meninggal dunia selepas dia diiktiraf antara jaguh gusti terhebat di WWE Hall of Fame di New Orleans pada Sabtu lalu.

WAJAH Ultimate Warrior ketika dia menghadiri majlis World Wrestling Entertainment di New Orleans pada Sabtu lalu.
Portal hiburan. TMZ.com melaporkan, dia pengsan kira-kira pukul 5.50 petang waktu tempatan ketika berjalan ke keretanya di sebuah hotel di Arizona pada Selasa lalu.
Dia kemudiannya disahkan meninggal dunia ketika dirawat di sebuah hospital berhampiran.
Hellwig memulakan kariernya pada tahun 1987 dan menjadi antara bintang gusti terkenal apabila menjadi Juara WWE selepas menewaskan Hulk Hogan pada tahun 1990.
Ahli gusti yang mempunyai ketinggian 1.88 meter dan berat 127 kilogram itu terkenal dengan aksi rambutnya yang panjang dan muka yang dicat ketika berada di dalam gelanggang. 
- Agensi(KOSMO!)

Read more...

Sabtu, 1 Mac 2014

IBU HEBAT,HAMIL 8 BULAN MASIH BOLEH BERLARI

XU yang sarat mengandung berlari di Taman Olimpik Beijing, baru-baru ini.
Beijing: Sarat hamil tidak menghalang Xu Yunyun mengambil bahagian dalam pertandingan larian di Beijing, baru-baru ini.
Xu, pelari amatur berusia 28 tahun itu kini hamil lapan bulan dan percaya aktiviti itu mampu memudahkannya bersalin nanti.
“Saya pelari yang bersemangat dan tiada sebab untuk saya tidak boleh meneruskan aktiviti ini hanya kerana saya hamil.

“Saya berlari mengikut kesesuaian dan tidak memaksa diri,” katanya.
Menurut Xu, dia diberitahu bahawa senaman ialah cara terbaik bagi memastikan bayi yang dikandung sihat.
Bakal ibu itu menjadikan Paula Radcliffe yang berlari dua kali sehari pada lima bulan pertama kehamilannya pada 2006 sebagai inspirasi utamanya. 

Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Kemanusiaan AS pula berkata, wanita yang aktif berlari boleh mengambil bahagian dalam sukan lumba lari ketika hamil. 
- Agensi

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP