GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Memaparkan catatan dengan label Teknologi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Teknologi. Papar semua catatan

Selasa, 5 Ogos 2014

Hina Azan, Polis Buka Kertas Siasatan Terhadap Kelvin Yip

Kelvin Yip
KUALA LUMPUR: Polis telah membuka kertas siasatan terhadap seorang pengguna laman sosial atau netizen yang mencetuskan kemarahan umat Islam kerana mengeluarkan kenyataan menghina azan dan umat Islam di pagi Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa berkata, pihaknya sehingga kini telah menerima sebanyak 28 laporan polis terhadap Kelvin Yip yang bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan itu dilaman sosial Facebook miliknya.
"Saya sedar bahawa terdapat banyak gesaan daripada orang ramai yang mahu tindakan diambil terhadap Kelvin Yip. Kami telah menerima laporan  dan akan mengambil tindakan selepas siasatan selesai," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada Selasa.
Yip didakwa memuatnaik status,"Eh, hello…I know it’s Hari Raya and all, but please keep your prayers to the almighty off some loudspeaker at 6.45 in the morning...annoying (Eh, hello ... saya tahu ia adalah hari raya , tetapi tidak perlu bersembahyang kepada maha kuasa dengan pembesar suara pada 6.45 pagi ... menjengkelkan.")
Status Yip itu telah menimbulkan kemarahan umat Islam yang mendesak polis mengambil tindakan tegas dengan pantas.
Berikutan itu, Pemuda Umno Pulau Pinang membuat laporan polis berhubung status berkenaan.
Ketuanya, Rafizal Abu Rahim kemudian mempersoal kredibiliti polis yang tidak mengambil sebarang tindakan walaupun ia mampu dilakukan terhadap Fairrah Ashykin Kamaruddin dan penceramah bebas, Shahul Hamid dengan pantas.
Kiki ditahan dan dikenakan tindakan di mahkamah dalam tempoh terdekat apabila mengetuk dan merosakan kereta seorang lelaki yang merempuh keretanya di Pahang.
Shahul pula didakwa mengeluarkan kenyataan menghina agama hindu dalam ceramahnya di Pulau Pinang.
Sumber mStar Online


Read more...

Isnin, 4 Ogos 2014

Gambar SELFIE tentera Russia cetus kontroversi


Moscow: Beberapa gambar yang dirakamkan seorang askar Russia mencetuskan kontroversi apabila didapati ia mungkin diambil di Ukraine, walaupun Moscow menafikan bahawa tenteranya campur tangan di kawasan konflik sempadan negara itu. 

Alexander Sotkin, 24, seorang askar Russia dan biasa berkongsi gambar di Instagram barubaru ini memuat naik satu siri imej ‘selfie’ beliau yang berpakaian seragam tentera. 


Ketika gambar terbabit tidak menunjukkan apaapa, data geolokasi aplikasi menunjukkan bahawa sebilangan gambar terbabit diambil di Ukraine. 

Gambar yang dikongsi di Instagram boleh dikesan menerusi geotag di mana lokasi gambar dirakamkan akan disiarkan bersama gambar terbabit. 

Satu siri imej terdahulu menunjukkan lokasi Sotkin adalah di kampung Voloshino, selatan Russia tempat tentera itu berpangkalan. Tetapi dua gambar yang dikirimkan pada 5 dan 6 Julai menunjukkan ia adalah 10 kilometer dari sempadan Ukraine. 

Pertama kali dilaporkan halaman berita Amerika Syarikat, BuzzFeed, dua ‘selfie’ terbabit menunjukkan bukti bahawa tentera Russia itu merentasi sempadan Ukraine walaupun ia dinafikan oleh Kremlin.


BH


Read more...

Ahad, 3 Ogos 2014

Impian Bercuti Musnah, CCTV Di Bilik Mandi


KUALA LUMPUR: Rancangan lima sekeluarga untuk bercuti akhirnya terbantut gara-gara menjumpai kamera tersembunyi di bilik air tempat penginapan mereka.

Keluarga tersebut bercuti pendek ke Ipoh sempena cuti Hari Raya dan menyewa sebuah homestay di sana.

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata, salah seorang ahli keluarga memberitahu, mereka bergilir-gilir untuk mandi.

"Dia adalah orang yang terakhir mandi. Ketika hendak menanggalkan pakaian, pandangannya tertarik kepada satu lubang di atas siling," kata Lim. 

"Dia dengan cepat kembali memakai pakaiannya dan mendapatkan kerusi untuk memeriksa lubang tersebut," katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Lim berkata, lelaki berusia 31 tahun itu menyedari bahawa ia adalah satu kamera CCTV (kamera litar tertutup). Dia terus menelefon polis, dan apabila mereka sampai pengurus homestay itu diarahkan agar tidak mengunci semua bilik, jelas Lim.

"Mereka menemui sebuah bilik kecil dengan sebuah komputer di dalamnya, yang merakam rakaman dari kamera".

Lim berkata, rakaman dalam komputer itu terkandung video teman wanita lelaki tersebut yang sedang mandi.

Pengurus mendakwa bahawa kamera diletakkan di bilik mandi untuk memeriksa kecurian. 

"Apabila lelaki itu membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam, dia berkata pegawai penyiasat tidak mengambil kenyataan, sebaliknya meminta lelaki tersebut menyelesaikan kes ini dengan pemilik homestay. 

"Kes ini diklasifikasikan sebagai kes sivil oleh pegawai penyiasat itu," kata Lim. 

Selepas tidak mendapat apa-apa maklum balas dari pihak berkuasa, salah seorang ghali keluarga itu mendapatkan pertolongan Lim.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata beliau mengambil perhatian kes ini sudah melihatnya.

mStar Online

Read more...

Isnin, 21 Julai 2014

Ber SELFIE sambil menempah MAUT !


Muda dan berani, itulah sosok yang boleh digambarkan untuk seorang jurugambar nekad yang bernama Alexander Remnev. Ia dan kelompoknya mencari sensasi di puncak bangunan-bangunan tertinggi hanya untuk sekadar foto selfie. Saat kita menikmati hasil karya mereka, serasa perut kita dikacau, mual, dan ngeri. Bagaimana tidak, mereka berdiri di ketinggian tanpa keselamatan yang kalau seandainya terjatuh dipastikan cerita hidup mereka berakhir. Tapi di sebalik itu semua, harus diakui bahawa karya mereka benar-benar sangat mengagumkan. 

Remnev baru-baru ini melakukan perjalanan dari Rusia ke Dubai untuk menaiki beberapa bangunan pencakar langit tertinggi di bandar itu dan mengambil gambar dari atas. Kumpulan ini naik ke puncak Dubai Princess Tower yang merupakan bangunan tertinggi di dunia. Mereka berdiri di ketinggian 1.350 meter dan berselfie ria.



alexander-remnev-9

alexander-remnev-7

alexander-remnev-6

alexander-remnev-1

alexander-remnev-3

alexander-remnev-4

alexander-remnev-5

alexander-remnev-8

alexander-remnev-2

Read more...

Wartawan letak jawatan, kecewa cara liputan tragedi MH17

Sara Firth

MOSCOW - RUSIA. Seorang wartawan Rusia dilapor mengumumkan meletak jawatan selepas kecewa dengan cara liputan agensi di mana dia bertugas membabitkan nahas MH17.

Sara Firth seorang wartawan dari stesen televisyen Russian Today (RT).

Dia merupakan wartawan kedua yang meletak jawatan dari stesen televisyen terbabit.

Mac lalu, seorang wartawan RT turut meletak jawatan atas alasan kecewa dengan cara pemberitaan membabitkan krisis di Ukraine.

“Saya meletakkan jawatan hari ini. Saya sangat menghormati rakan setugas saya tetapi berpegang kepada kebenaran,” kata Firth menerusi laman Twitternya @Sara_Firth.

Stesen RT yang dibiayai kerajaan Rusia bagaimanapun dalam reaksinya kepada AFP berkata, “Firth telah meluahkan pendiriannya yang memilih kebenaran tetapi pihak kami mempunyai versi tersendiri mengenai maksud sebenar kebenaran”, kata jurucakap stesen itu.

Firth membuat kenyataan selepas seorang blogger menuduh rakan sekerjanya, Polly Boiko menerima rasuah untuk membantu menyebarkan penipuan Presiden Rusia, Vladmir Putin mengenai perkara sebenar yang berlaku terhadap MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada Khamis.

“Apa yang yang telah saya sebarkan?” tanya Boiko dalam reaksi balasnya.

Menurut Firth itu satu "penipuan". Tambahnya "kami (wartawan) sememangnya bekerja untuk Putin. Kami diminta setiap hari untuk melaporkan perkara yang tidak benar.

“Kami hanya makan gaji dan kerana itu kami harus mematuhinya,” tegasnya.

Firth telah menukar nama akaun Twitternya @SaraFirth_RT bagi mengelak dari dikaitkan dengan saluran televisyen itu lagi.


Sumber Sinar Harian

Read more...

Khamis, 3 Julai 2014

TRAGEDI MH370,Penyiasat temui bukti ada gangguan kuasa misteri pada pesawat ?

Gangguan kuasa misteri berlaku pada peringkat awal penerbangan

KUALA LUMPUR: Pasukan penyiasat nahas udara yang menyiasat kes kehilangan penerbangan Malaysia MH370 percaya telah menemui bukti baharu berkaitan dengan penyalahgunaan peralatan di dalam kokpit pesawat.

Pihak penyiasat nahas udara Australia turut mendedahkan bahawa penerbangan Boeing 777 itu mengalami gangguan kuasa misteri pada peringkat awal penerbangan, lapor The Telegraph.

Menurut pakar, mereka percaya ia sebahagian daripada usaha untuk mengelak daripada dikesan radar.

Laporan itu juga menyebut unit data satelit pesawat telah membuat permintaan luar kebiasaan untuk “log masuk” kepada sebuah satelit 90 minit selepas berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur, KLIA.

Laporan berkata permintaan berkenaan, yang juga dikenali sebagai “handshake”, disebabkan gangguan elektrik di dalam pesawat.

“Permintaan log masuk di tengah-tengah penerbangan bukan  perkara biasa. Analisis telah dilakukan dan ciri-ciri serta masa permintaan log masuk dan setelah dipadankan adalah akibat gangguan kuasa,” kata laporan oleh  Biro Keselamatan Pengangkutan Australia itu.

Pakar keselamatan penerbangan dari Universiti Loughborough David Gleave berkata gangguan elektrik terhasil apabila seseorang di dalam kokpit cuba untuk mengurangkan penggunaan sistem pesawat.

“Mungkin seseorang bermain dengan sistem kokpit yang menyebabkan gangguan elektrik. Ia boleh menjadi satu gangguan yang disengaja untuk mematikan kedua-dua enjin untuk satu tempoh tertentu.
Dengan bermain dengan sistem, anda boleh mematikan kuasa elektrik dan menghidupkannya semula bila anda memerlukan sistem yang lain untuk menerbangkan pesawat itu,” kata beliau.

Inmarsat telah mengesahkan tentang penilaian yang dibuat namun berkata ia tidak tahu mengapa pesawat mengalami gangguan elektrik.

aStro Awani

Read more...

Sabtu, 21 Jun 2014

TATU ATAS PUNGGUNG CHERYL COLE BERHARGA SEBIJI KERETA

TATU bunga ros di belakang badan Cheryl Cole.
Britain: Penyanyi dan selebriti Britain, Cheryl Cole mendedahkan, dia membayar harga sama nilai dengan ‘sebiji kereta kecil’ untuk mendapatkan tatu bunga mawar besar pada pinggulnya.
Tatu itu yang mula ditayangkan kepada umum Ogos tahun lalu memberikan kejutan besar kepada peminatnya.
Kata Cheryl, kebanyakan peminat menyangka dia akan menyesali perbuatan itu kerana membelanjakan wang yang besar untuknya. 

“Namun saya tidak menyesal,” katanya dalam wawancara televisyen dan disiarkan media semalam.
Menurut Cheryl, dia nekad mencacah tatu itu selepas jatuh sakit
“Selepas dijangkiti malaria, saya menyenaraikan pelbagai perkara yang ingin dilakukan.

“Termasuk membuat tatu,” katanya.

Bekas vokalis kumpulan Girls Aloud itu berkata, tatu berkenaan dicacah seorang artis berbakat.

“Ia memang berbaloi walaupun harganya £1000 (RM5,500) - menyamai nilai sebuah kereta kecil di Britain,” katanya ketika ditemui media.

Cheryl kini kembali muncul sebagai juri dalam rancangan realiti televisyen X Factor.

Kata Cheryl, agak sukar baginya mendedahkan bahagian belakang tubuhnya setelah Simon Cowell menjadi juri.

Bercakap mengenai kemunculan semula, Cheryl berkata, ia seolah dia tidak pernah meninggalkan rancangan itu sebelum ini walaupun keadaan agak tegang antara dia dan juri Louis Walsh. 
- Agensi


Read more...

Jumaat, 13 Jun 2014

DOKTOR HANTAR SMS LUCAH KETIKA LAKUKAN PEMBEDAHAN KEPADA PESAKIT

imej google

Seattle: Pihak berkuasa perubatan menggantung lesen perkhidmatan seorang pakar bius di sini selepas disyaki menghantar “selfie” dan berbalas pesanan ringkas lucah ketika pembedahan sedang berlangsung. 

Penemuan bukti terhadap Arthur K. Zilberstein, 47, yang dikeluarkan Isnin lalu oleh Jabatan Kesihatan negeri Washington, menunjukkan 250 mesej terperinci serta berbaur seksual dan lucah dibalas sepanjang prosedur membabitkan semua jenis pembedahan, termasuk Cesarean, apendik, pediatrik, epidurals, mengikat tiub fallopian dan pemeriksaan jantung. 

“Beliau mempertaruhkan keselamatan pesakit dengan sikapnya yang “asyik dengan hal seksual” sekurang-kurangnya sepanjang April hingga Ogos 2013,” kata kenyataan pihak berkuasa perubatan negeri Washington Isnin lalu. 

Kenyataan pendakwaan rasmi menyatakan ketika prosedur pemeriksaan penyakit jantung, Zilberstein didakwa bertukar 26 mesej “termasuk komen seksual yang jelas. 

Sewaktu pembedahan perut, beliau dilaporkan saling berbalas 45 mesej “dengan bayangan seksual” dalam tempoh kurang daripada satu setengah jam. Beliau juga didakwa bertukar-tukar 18 mesej “dengan bayangan seksual” ketika pembedahan Cesarean dengan salah satu mesejnya berbunyi: “Saya sangat sibuk dengan pembedahan cesarean.” 

Pendakwaan itu juga menyatakan bahwa di dalam satu mesejnya pada Julai 2013, Zilberstein dilaporkan menjemput teman wanitanya untuk datang ke hospital tempat beliau bekerja dan memberitahunya secara terperinci dorongan seksual yang tidak tertahan terhadapnya. 
Zilberstein juga dikatakan menghantar selfie kepada pesakit ketika memakai pakaian hospital lengkap dengan lencana tetapi mendedahkan kemaluannya.

Imej itu datang bersama beberapa mesej lucah antaranya berbunyi: “Oh! Rakan setugas saya masuk ketika saya sedang memakai sseluar hospital. Saya agak pasti yang saya tertangkap.” 


- AGENSI


Read more...

Selasa, 10 Jun 2014

7 GAMBAR PEMBUATAN BEE HON CAP MASJID YANG SANGAT MELOYA UNTUK DILIHAT


Proses Kilang Mee Hun Cap Masjid milik Van Loong Bee Hoon Sdn Bhd yang tersangat kotor dan jijik cetus kontroversi telah tersebar di laman sosial.
Beberapa keping gambar pemprosesan bihun cap masjid yang cukup meloyakan. Dapat dilihat bihun tersebut diproses tanpa mengikut prosedur kebersihan yang betul dan persekitaran yang sangat kotor.
Saksi juga mendakwa lokasi kilang tersebut terletak di Jalan Ipoh KL berdekatan dengan pasar borong Selayang.








Read more...

Khamis, 5 Jun 2014

Perkenalan bawa ke RANJANG

AYU menunjukkan laporan dan mesej pesanan ringkas yang diterima.
Johor Bahru: Sudahlah maruah tergadai, wang pula digelapkan kekasih hati. Itu padah menimpa seorang wanita apabila dengan mudah mempercayai seorang duda yang baru dikenali menerusi laman sosial Tagged.
Wanita yang mahu dikenali sebagai Ayu, 38, berkata, dia bukan saja malu selepas maruahnya tergadai, malah bertambah sakit hati selepas wang pampasan diterima kerana berhenti kerja secara sukarela di sebuah kilang berjumlah kira-kira RM10,000 hangus di tangan lelaki berkenaan.
“Kalau ikutkan memang sakit hati dan sedih, tetapi apa boleh buat kerana saya tidak nampak permainannya sebab ketika itu saya sayangkannya kerana dia berjanji mahu menikahi saya.

“Dia sepatutnya berjumpa keluarga saya pada 25 Mei lalu, tetapi batang hidung pun langsung tidak nampak, saya memang menyesal,” katanya ketika ditemui, semalam.
Menurutnya, selepas putus tunang tujuh tahun lalu dan tidak mempunyai kekasih sehingga hatinya kembali berbunga selepas mengenali duda dua anak itu pada penghujung tahun lalu.
Sumber myMetro

Read more...

Isnin, 2 Jun 2014

Jurujual trauma diugut sebar gambar bogel

imej google ( gambar hiasan )
GEORGE TOWN - Taktik samun dan rakam gambar bogel mangsa dilihat semakin kerap digunakan penjenayah untuk mengugut mangsa yang disamun mereka.
Terbaharu, seorang jurujual lelaki menjadi mangsa samun menggunakan modus operandi yang sama apabila gambar bogelnya dirakam sejurus dia disamun oleh sekumpulan 10 lelaki di sebuah gudang di Seberang Perai dekat sini semalam.
Lebih malang, mangsa berusia 28 tahun itu turut diugut agar menyerahkan wang berjumlah RM72,000 sekiranya tidak mahu gambar bogelnya disebarkan di internet.
Sumber polis berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa yang sedang membuat promosi barangan komputer di sebuah pasar raya besar di Sungai Dua telah didatangi beberapa lelaki yang kemudian membawanya menaiki sebuah kenderaan ke Autocity di Seberang Perai yang terletak kira-kira 80 kilometer.
Menurutnya, mangsa yang matanya ditutup kemudian dibawa ke sebuah gudang yang tidak dapat dipastikan lokasinya lagi dan telah dipukul bertubi-tubi sebelum suspek mengambil duit mangsa dan telefon bimbitnya yang berjumlah RM500.
Sumber KOSMO

Read more...

Sabtu, 31 Mei 2014

Ulama Arab Saudi Haramkan Lelaki dan Wanita Chatting Online

imej

RIYADH - Seorang ulama terkemuka Arab Saudi menyatakan bahawa perbualan secara online antara lelaki dan wanita adalah haram kerana boleh mencetuskan perbuatan dosa. 

Seperti dikhabarkan harian terbitan Saudi, Al-Eqitisadiya, Kamis (29/5/2014), Sheikh Abdullah al-Mutlaq, anggota Jawatankuasa Ulama Senior Arab Saudi, berkata sembang dalam talian melalui jejaring sosial meletakkan lelaki dan wanita dalam sebuah bilik persendirian yang menurutnya adalah terlarang . 

Sheikh al-Mutlaq, dalam wawancara dengan sebuah stesen radio tempatan, memberi amaran bahawa syaitan akan hadir saat perempuan berbicara dengan seorang lelaki. 

Sehingga, Sheikh al-Mutlak melarang para perempuan bercakap sendirian dengan seorang lelaki, meski tujuan perbincangan itu adalah untuk meminta petunjuk dan nasihat. 

Kenyataan Sheikh al-Mutlaq ini mengundang reaksi pelbagai pengguna media sosial di Arab Saudi. 

Sebahagian warga Saudi menyokong namun tak sedikit yang mengecam fatwa Sheikh al-Mutlaq ini.

tribunnews.com

Read more...

Isnin, 19 Mei 2014

London pusat ‘selfie’ dunia

ORANG ramai mengambil gambar ‘selfie’ bersama Perdana Menteri Britain David Cameron di London.
London: Bandar raya London kini bukan lagi dikenali sebagai antara kota paling sibuk dan besar, sebaliknya dianggap sebagai pusat “selfie” dunia.
Menurut analisis daripada pakar media sosial London menjadi bandar raya paling banyak menjadi latar untuk seseorang melakukan “selfie”.
Suggestme.com berkata, sebanyak 14 peratus “selfie” mencatatkan kawasan seperti London Eye, bangunan parlimen dan Istana Buckingham sebagai antara kawasan paling popular untuk aksi berkenaan.
Mengikuti London ialah bandar raya New York apabila Time Square dan patung Statue of Liberty menjadi pilihan utama pengamal “selfie.” Suggestme.com menganalisis 6.3 juta jumlah mesej dalam Twitter, Facebook , Instagram dan laman sosial lain sebelum membuat kesimpulan itu.
Tempat ketiga diduduki Amsterdam manakala Barcelona, Paris, Berlin, Rome, Sydney, Istanbul, dan Athens berada dalam kedudukan sepuluh tangga teratas. 
- Agensi

Read more...

Jumaat, 16 Mei 2014

DOKTOR JUAL UBAT PERANGSANG SEKS DICEKUP

PEGAWAI penguat kuasa memeriksa ubat kuat yang dijual di kaki lima.
Kuala Lumpur: Seorang ‘doktor kaki lima’ yang giat menjalankan perniagaan menjual ubat kuat dan pil perangsang seks di beberapa lokasi sekitar ibu negara terkedu apabila ditahan anggota Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kuala Lumpur (CPFKL) di hadapan sebuah hotel di Brickfields di sini, semalam.
Lelaki tempatan berusia 40-an itu dikesan menjalankan perniagaan ubat kaki lima itu secara bergerak selain memilih lokasi yang menjadi tumpuan ramai seperti restoran dan pusat beli-belah.
Dalam serbuan jam 11.15 pagi itu, sebanyak 15 jenis pil perangsang seks dirampas disyaki diseludup dari China dan Indonesia. 

Ketua Seksyen Risikan Operasi CPFKL Azarudin Aziz berkata, lelaki itu dikesan menjalankan perniagaan di beberapa lokasi di Brickfields setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 5 petang sebelum berpindah ke lokasi lain. 

“Waktu malam, lelaki itu akan berniaga di Pasar Pudu, Plaza Kotaraya dan Pasar Seni, malah dia juga mengaku sudah ada pelanggan tetap terdiri daripada kalangan lelaki tempatan dan warga asing,” katanya.
Sumber myMetro


Read more...

Ahad, 27 April 2014

Tragedi Feri Sewol,Mayat dihantar silap alamat kepada waris

PENGUNJUNG pusat peringatan sementara gagal menahan sebak ketika memberi penghormatan kepada mangsa feri Sewol di Ansan,semalam.
Seoul: Ketika mayat 48 pelajar perempuan mengenakan jaket keselamatan ditemui dalam sebuah kabin feri Sewol, pegawai kerajaan terpaksa mengaku mereka tersilap menghantar sesetengah mayat kepada waris.
Keadaan itu menambahkan lagi kekecewaan dan kemarahan keluarga mangsa feri malang itu.
Sumber berkata, kebanyakan waris terkejut apabila mengetahui 48 pelajar terbabit ditempatkan dalam kabin yang sepatutnya hanya memuatkan 30 penumpang. 

Katanya, pegawai kerajaan kemudian akur apabila beberapa waris mempertikaikan ketelitian petugas mengendalikan kes berkenaan.
“Dalam beberapa kes, keluarga mangsa menerima mayat tidak dikenali dan ia berlaku secara tidak sengaja apabila petugas tersilap menghantar mayat berkenaan,” katanya.
Pihak berkuasa pula berkata, proses pengecaman rasmi sedang giat dijalankan melalui ujian DNA dan cap jari. 

Sementara itu budak lelaki yang mula-mula membuat panggilan kecemasan sejurus feri Sewol itu senget - dikenali sebagai Choi - dilaporkan tidak sempat menghubungi ibu bapanya sebelum meninggal dunia.

Kata sumber, mayat Choi ditemui kelmarin tanpa jaket keselamatan. 

Bapa Choi berkata, dia terlalu marah dengan apa yang berlaku menyebabkan dia tidak mampu berbuat apa-apa kecuali memandang ke arah laut dan berdoa. 

“Kalau Choi mengenakan jaket keselamatan, saya tidak terlalu kecewa begini, namun saya bangga kerana dia menghubungi talian keselamatan berbanding kami ibu bapanya,” katanya.
 - Agensi/Reuters

Read more...

Khamis, 24 April 2014

Meraba dalam gelap, dingin

SEORANG penyelam berehat dalam bilik penyahmampatan selepas menyertai operasi mencari mangsa kapal Sewol di Jindo, semalam.
Mokpo (Seoul): Penyelam Korea Selatan meredah gelap dan kedinginan air laut untuk masuk ke kapal Sewol yang tenggelam seminggu lalu dengan terpaksa bergantung kepada tangan masing-masing untuk meraba-raba mengesan ramai lagi mangsa yang belum ditemui.
Berbekalkan oksigen dan alat komunikasi, mereka hanya boleh melihat beberapa sentimeter di depan.
Kebanyakan mangsa adalah pelajar yang diberitahu supaya jangan berganjak dari kabin masing-masing pada detik awal kemalangan itu.

Arahan itu menyebabkan ramai mangsa terperangkap dan terbunuh.
Akhbar Donga Ilbo melaporkan, kebanyakan mayat yang ditemui dua hari lalu mengalami patah di bahagian jari, dipercayai kerana cuba memanjat lantai atau bumbung kapal bagi menyelamatkan diri di saat akhir.
Seorang penyelam, Hwang Dae-sik berkata, selama ini mereka dilatih untuk berhadapan situasi berbahaya.

“Namun, sukar untuk memberanikan diri untuk berdepan dengan mayat dalam air gelap,” katanya.

Kapal Sewol itu tenggelam pada 16 April lalu ketika dalam perjalanan rutin dari Pelabuhan Incheon ke selatan Jeju.

Daripada 476 penumpang dan anak kapal yang ada, hanya 174 dapat diselamatkan.
Jumlah kematian rasmi setakat ini ialah 150 orang. 

Hwang berkata, kumpulannya menjumpai 14 mayat. 

“Kami terpaksa menyentuh semuanya dengan tangan.

“Ia menggerunkan dan menjadi pengalaman paling menyedihkan sepanjang tempoh saya berkhidmat,” katanya.
- Reuters

Read more...

Rabu, 16 April 2014

Pengguna Facebook, waspada pepijat Heartbleed

KUALA LUMPUR - Pengguna laman sosial Facebook di negara ini perlu berhati-hati dengan pautan laman sesawang berantai yang disyaki mengandungi pepijat 'Heartbleed', iaitu sejenis penggodam akaun pengguna.

Bermula awal minggu lalu, pepijat Heartbleed atau CVE-2014-0160 yang belum diketahui asal-usulnya, membolehkan penggodam mencuri data peribadi pengguna Facebook bagi tujuan yang tidak baik.

Awal minggu ini, Reuters melaporkan kerajaan Amerika Syarikat mengeluarkan amaran kepada institusi perbankan dan perniagaan di negara itu agar memperketat kawalan keselamatan siber serta berwaspada dengan serangan penggodam yang ingin mencuri maklumat peribadi pelanggan melalui pepijat Heartbleed.

Presiden dan Pengasas Gerakan Belia Teknologi Informasi Khaireel Azlee Abdul Aziz, berkata pepijat Heartbleed disasar kepada pengguna media sosial kerana laman seperti itu mempunyai kandungan data peribadi yang banyak.

"Negara kita merupakan antara pengguna media sosial seperti Facebook yang tertinggi di rantau ini, dan ia menjadi lubuk kepada penggodam untuk mengambil data peribadi malah sehingga ke tahap mereka boleh mengawal akaun media sosial yang dijangkiti pepijat tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Khaireel Azlee juga berkata sebaik sahaja pautan itu ditekan, penggodam boleh mengakses semua data peribadi pengguna termasuk kata laluan, gambar, video, e-mel sehingga ke tahap mengawal akaun sosial pengguna berkenaan.

"Oleh itu, saya menyarankan semua pengguna berhati-hati ketika melayari Facebook dan tidak menekan mana-mana pautan berantai, yang mahukan akaun anda diakses sekiranya ingin melihat video atau gambar yang disertakan di laman sesawang tersebut," kata beliau yang lebih dikenali sebagai Kay Azlee melalui program ICT dan Anda terbitan Bernama Radio24, bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat dari 7.45 malam hingga 8 malam.

Beliau berkata setiap pengguna laman sosial seperti Facebook perlu mempunyai kesedaran yang tinggi sebelum mendedahkan perkara berhubung kehidupan mereka di laman itu.

"Perlu diingat, sebelum memuat naik apa sahaja, biarlah ia bersifat umum, sebagai contoh tidak memuat naik gambar ahli keluarga supaya orang yang berniat jahat tidak mempunyai akses kepada maklumat kehidupan peribadi anda," katanya.

Sementara itu, laman sesawang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memuat naik amaran berhubung serangan pepijat Heartbleed awal minggu lalu.

Amaran bertarikh 8 April itu dikeluarkan kepada semua agensi dan syarikat telekomunikasi di negara ini bagi memperketat kawalan keselamatan mereka daripada diceroboh penggodam menggunakan pepijat Heartbleed.

Menurut amaran itu, SKMM mengenal pasti 34 laman sesawang yang terjejas dan telahpun memaklumkan kepada mereka untuk memperbaiki kelemahan sistem keselamatan masing-masing dengan segera.

SKMM turut menasihati pengguna Internet agar menukar kata laluan terutama pada akaun media sosial dan e-mel untuk tujuan keselamatan.

Untuk keterangan lanjut berkaitan pepijat Heartbleed, pengguna boleh melayari laman sesawang http://heartbleed.com. 

- Bernama


Read more...

Isnin, 14 April 2014

India cipta kasut dilengkapi BLUETOOTH

Krispian Lawrence

HYDERABAD 13 April - Sebuah syarikat pembuat kasut India, Ducere Technologies berjaya menghasilkan sepasang sepatu yang dapat memandu penggunanya menuju ke destinasi dihajati, dengan hanya memberi isyarat getaran.

Menurut Mail Online, kasut yang dicipta secara bersama oleh Krispian Lawrence, 30, dan Anirudh Sharma, 28, yang dikenali sebagai Lechal itu mempunyai kelengkapan bluetooth yang dihubungkan dengan sistem pemetaan telefon mudah alih.

Menggunakan teknologi ‘pemandu arah kaki’, maklumat yang diterima daripada telefon mudah alih akan digunakan sebagai input untuk memandu arah dengan menggunakan isyarat getaran.

Selain memandu arah, Lechal juga dapat mengira langkah perjalanan dan kalori yang dibakar oleh penggunanya ketika terlibat dalam aktiviti seperti berlari dan berjalan.


Lechal dapat memandu arah dengan memberi isyarat getaran. - AGENSI


Menurut Lawrence, kasut yang dijual pada harga AS$100 (RM 323.81) itu mudah digunakan, selain dapat meningkatkan keselamatan di jalan raya.

“Jika saya sedang menunggang motosikal atau basikal, saya tidak lagi perlu melihat telefon untuk mengetahui sesuatu lokasi, kerana perbuatan itu boleh membahayakan diri. Sebaliknya saya akan dipandu oleh kasut ini," jelas Lawrence.

Kasut tersebut turut dijual dalam bentuk pelapik, yang boleh diletakkan di dalam mana-mana kasut mengikut kecenderungan seseorang pengguna.

Walaupun kasut ini hanya akan dipasarkan di seluruh dunia pada Jun ini, Ducere Technologies sudah menerima lebih 3,000 pesanan awal daripada pelanggan yang berminat.

Sumber

Read more...

Sabtu, 29 Mac 2014

Google perkenal cermin mata internet


CERMIN mata internet daripada Google dihasilkan dengan kerjasama pengeluar bingkai terkemuka dunia.

BERITA baik untuk mereka yang berkaca mata kerana pihak Google kini telah pun bekerjasama dengan pembuat bingkai kaca mata daripada jenama terkenal, Ray-Ban dan Oakley untuk menghasilkan kaca mata internet yang lebih bergaya.

Kerjasama terbaru antara Google dan syarikat pembuat kaca mata dari Itali, Luxottica Group itu merupakan usaha terbaru Google untuk mengembangkan lagi teknologi Google Glass bagi memastikan orang ramai dapat menggunakan perkhidmatan internet di mana sahaja mereka berada.

Sebelum pengumuman tersebut, Google turut mendedahkan bahawa pembuat aksesori fesyen, Fossil Group juga diumumkan sebagai rakan kerjasama dalam penghasilan jam tangan internet mudah alih yang membolehkan orang ramai menggunakan perisian Android Google yang dihubungkan kepada telefon bimbit.

Dengan kerjasama itu, Luxottica Group akan menghasilkan bingkai kaca mata berharga RM4,955 yang dilengkapi dengan peranti komputer Google Glass termasuk skrin bersaiz mini di cermin mata kanan pemakai yang membolehkan mereka melihat kandungan internet dan kamera yang boleh mengambil gambar serta video tanpa menggunakan tangan.

Setakat ini, Google menjual kaca mata Google Glass hanya kepada kumpulan terpilih yang dikenali sebagai Explorers yang didapati sangat fanatik untuk memakai kaca mata futuristik itu yang kelihatan seperti cyborg.
Dalam pada itu, Luxottica Group juga dijangka membantu Google memperluaskan pasaran penjualan kaca mata tersebut di 5,000 buah kedai milik syarikat Luxottica Group di Amerika Syarikat sebelum menembusi pasaran dunia.

Bagaimanapun, Google masih belum memaklumkanbila kaca mata Google Glass itu akan dijual secara meluas biarpun lebih 10,000 orang telah pun memilikinya terutama daripada kumpulan Explorers.

Selain langkah kerjasama itu, Google turut melancarkan empat bingkai kaca mata
yang boleh dilengkapi dengan kanta Google Glass yang lebih praktikal dengan kos tambahan sebanyak RM743 pada Januari lalu.

Dalam pada itu, harga untuk setiap model kaca mata yang dihasilkan oleh Luxottica Group tidak akan diumumkan sebelum ia dijual di cawangan kedai Luxottica Group. Jenama lain milik syarikat tersebut seperti Vogue Eyewear, Persol, Oliver Peoples, Alain Mikli dan Arnette juga akan dihasilkan dengan gabungan kaca mata Internet, Google Glass.

 - REUTERS

Read more...

Rabu, 26 Mac 2014

Diharam guna telefon bimbit lepas 9 malam

Tokyo: Kanak-kanak di sebuah bandar di Jepun dilarang menggunakan telefon bimbit selepas jam 9 malam dalam usaha menangani masalah pembulian siber.
Jurucakap lembaga pendidikan Kariya berkata, bermula April ini, 13,000 kanak-kanak berusia antara enam dan 15 tahun di bandar itu akan terikat dengan peraturan baru itu. 
Usaha ini diharapkan mampu menghalang golongan itu terjebak dalam kes pembulian siber, menghabiskan masa bertukar-tukar emel menggunakan telefon bimbit selain mengekang kesan negatif lain akibat penggunaan berlebihan aksesori itu. 

Inisiatif itu hasil usaha polis, pekerja sosial dan guru. Bagaimanapun, ibu bapa tidak akan dihukum jika anak mereka tidak mematuhi peraturan berkenaan.
Ibu bapa bagaimanapun diminta mengambil semua telefon bimbit selepas jam 9 malam dan memantau penggunaan laman web anak mereka dalam kempen yang membabitkan 21 sekolah itu.
Beberapa minggu lalu, kerajaan mendedahkan statistik menunjukkan penggunaan tinggi telefon bimbit dalam kalangan kanak-kanak Jepun. 

Mengikut statistik itu, kanak-kanak berusia antara 10 hingga 17 tahun menghabiskan masa online 107.4 minit secara purata sehari menggunakan telefon bimbit. 

Cadangan mengehadkan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan kanak-kanak Jepun pertama kali dibuat pada 2008 berikutan masalah pembulian siber kini dihadapi kanak-kanak dan ibu bapa di seluruh dunia.
- Agensi

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP