GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Memaparkan catatan dengan label Teman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Teman. Papar semua catatan

Ahad, 24 November 2013

Air kencing Lady Gaga jadi minyak wangi ?

Lady Gaga
New York: Seorang penyampai televisyen mendakwa dia menjadikan air kencing Lady Gaga minyak wangi selepas mengumpulkan air kencing penyanyi itu yang di dalam tong sampah.
Pengacara rancangan kabel AS Watch What Happens Live, Andy Cohen memberitahu rancangan Late Night With Jimmy Fallon yang superstar itu kencing di dalam tong sampah di bilik persalinannya.
“Ia cerita lama tetapi memang Gaga melakukan demikian. Ketika ingin keluar, dia berkata: “Saya tidak dapat cari tandas, minta maaf saya membuang air kecil dalam tong sampah.
“Dia Lady Gaga dan seorang superstar. Setakat yang saya tahu, dia boleh buang air di mana saja dia mahu,” katanya.
Cohen berkata, dia meminta pembantu peribadinya mencari petua dan resipi untuk menyimpan air kencing itu dan menjadikannya minyak wangi. “Jadi, kami masukkannya ke dalam botol yang cantik. Saya tahu, ia perbuatan yang salah tetapi jika anda tanya mengapa, saya lakukannya, saya akan berkata ia adalah artifak bintang pop yang bernilai,” katanya. Sementara itu, Gaga memberi amaran kepada peminatnya di Twitter dengan berkata: “Anda sudah diberi amaran jika dia cuba menyembur ke arah anda”. 
- Agensi

Read more...

Sabtu, 23 November 2013

Model Sasar RM4.3 juta untuk jual dara

Catarina Migliorini
New York: Model Brazil yang mencetuskan kontroversi apabila menawarkan daranya untuk bidaan di Internet tahun lalu kembali lagi untuk mengemukakan tawaran yang sama.
Sebelum ini, jutawan Jepun menawarkan Catarina Migliorini AS$780,000 (RM2.5 juta) dalam bidaan di Internet yang dihubungkan dengan siri dokumentari televisyen Virgins Wanted oleh penerbit filem Australia, Justin Sisely. Bagaimanapun, kini Catarina menawarkan daranya melalui laman web VirginsWanted2.com, menurut akhbar The Huffington Post.
Bidaan itu dibuka hingga 12 Disember depan.
Catarina berkata, bidaan minimum ialah AS$100,000 (RM322,016) tetapi dia memberitahu laman web Brazil, PurePeople yang sasarannya ialah $1.5 juta (RM4.3 juta).
Catarina berkata, dia menarik diri daripada bidaan asal selepas curiga dengan persetujuan yang dicapai. 
- AFP

Read more...

Jumaat, 22 November 2013

Penyampai TV tunai janji berbogel dengan berhelah

Tunai Janji: Penyampai kaji Cuaca Doria Tillier berikrar telanjang jika Perancis layak ke Piala Dunia
Paris: Tidak seperti selalu, penonton sebuah rangkaian televisyen di Perancis menjadi begitu teruja menunggu laporan cuaca disampaikan Doria Tillier semalam.
Puncanya, penyampai televisyen itu sebelum ini berjanji untuk berbogel andai pasukan bola sepak Perancis berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia di Brazil tahun depan. Disebabkan skuad itu benar-benar berjaya, Doria, 27, perlu mengotakan janjinya. Dan memang Doria tidak memungkiri janji tetapi ia pasti mengecewakan jutaan penonton stesen Canal+.
Bekas model dan aktres itu memutuskan untuk berbogel di kawasan padang dan hanya membenarkan bahagian belakangnya dirakam kamera itu pun dari jarak jauh. Melalui gambar itu Doria dilihat berlari tanpa seurat benang di kawasan terbuka. Doria juga pintar berhelah apabila berjanji untuk tampil “poi” (bahasa Perancis bermaksud bogel) tetapi sebaliknya perkataan itu juga merujuk kepada sebuah kampung berhampiran Paris.
Skuad Les Bleus tewas 0 - 2 kepada Ukraine dalam perlawanan pusingan kedua hujung minggu lalu tetapi mereka tetap layak ke Brazil berdasarkan agregat 3 - 2.
Seorang penonton Canal+, Remy Jacob berkata dia kecewa melihat aksi-aksi Doria.
“Ia tidak lucu langsung,” katanya dalam satu kenyataan. “Ramai orang berharap Doria bersikap terbuka dengan mengotakan janjinya seperti dibayangkan,” menurut Jacob.
Doria menjadi penyampai ramalan cuaca untuk siaran malam, selain mengendalikan rancangan bual bicara sejak Ogos tahun lalu.
 - Agensi

Read more...

Khamis, 21 November 2013

Hina umat Islam,Alvin, Vivian gagal batal pertuduhan

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi sebentar tadi menolak pasangan kontroversi, Alvin Tan dan Vivian Lee untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapkan kepada mereka kerana mempersendakan umat Islam ketika bulan Ramadan lalu.

Hakim Kamardin Hashim dalam penghakimannya berkata, tiada merit dalam permohonan pemohon dan Seksyen 298 (1)(a) Kanun Keseksaan adalah terpakai untuk semua penganut agama.

 - KOSMO!

Read more...

Selasa, 19 November 2013

Protes keganasan Seksual Lelaki dan Wanita pakai mini Skirt


BOGOTA: Berpuluh-puluh lelaki dan wanita memakai skirt mini kelmarin dalam satu bantahan menentang keganasan seksual di Colombia. 

Demonstrasi itu diadakan di luar sebuah restoran Bogota popular selepas pemiliknya, Andres Jaramillo, baru-baru ini berkata seorang daripada pelanggannya layak dirogol kerana berpakaian menjolok mata. 


“Dia muncul sambil memakai kot bersama skirt mini. Permainan apa yang dimainkannya? Kemudian dia berkata dirinya dirogol, untuk menebus dosanya!” kata Jaramillo kepada media tempatan. 

Wanita muda itu berkata, dia dirogol sebulan lalu di tempat letak kereta restoran berkenaan. 

“Apa yang menyakitkan saya ialah ramai wanita berfikir seperti itu,” kata Mar Candela ketika mengutuk ulasan Jaramillo. 

Di luar restoran, penunjuk perasaan menjerit: “Skirt mini bukan satu tawaran!” Apabila kami berkata tidak, ia adalah tidak!” 

Namun, wakil Bogota, Angela Robledo ditemui ketika bantahan, berkata ramai sependapat dengan Jaramillo. 


Polis berkata, 100 orang menyertai bantahan sementara penganjur yang menggunakan media sosial berkata 200 mengambil bahagian. 

Serangan seksual ke atas wanita adalah biasa di Colombia, menurut Majlis Tertinggi untuk Kesaksamaan Jantina. 

Menurut data terbaru majlis, dari 2010, ada 44 kes serangan seksual bagi setiap 100,000 penduduk. 


- AFP(BH)


Read more...

Isnin, 18 November 2013

Penjelasan penuh Marsha Milan Londoh tentang adegan ranjang dalam Filem Laga

Marsha Milan

BUKAN mudah bertapak dalam lapangan seni, resam menjadi artis seharusnya menjadi contoh kepada masyarakat dan jika tersilap langkah pasti tohmahan akan dilemparkan.

Begitulah yang dilalui oleh penyanyi yang juga pelakon, Marsha Milan Londoh apabila adegan ‘panas’ melibatkan dia dan Wan Hanafi Su dalam filem Laga, arahan Ismail Yaacob  menimbulkan kontroversi. Ini kerana Marsha dikatakan sangat berani mendedahkan sebahagian dadanya dan menjayakan adegan ranjang.




Adegan ranjang bersama Aktor Wan Hanafi Su

Ramai yang berpendapat pelakon muda itu sanggup berbuat demikian kerana terdesak ingin mengecap populariti kembali seperti dulu sekali gus mahu penerbit lain melihat potensi dan keberanian yang ditunjukkannya.

Bagaimanapun, aktres kelahiran borneo ini menyangkal kenyataan itu.

Katanya, tidak timbul soal ingin populariti kembali seperti dulu, atau dia terdesak berbuat begitu semata-mata ingin  penerbit lain mengambilnya untuk berlakon selepas ini.

“Saya ingin memperbetulkan sedikit persepsi kolot sesetengah orang. Bagi saya, lakonan itu mempunyai seni tersendiri yang tidak mampu ditafsirkan dengan mudah atau dilihat dengan mata kasar.

“Pada dasarnya, saya sudah diberitahu oleh pengarah Laga, tentang adegan ini. Awal-awal lagi saya sudah berbincang tentang teknik pengarahan untuk babak ini.

"Sebenarnya, babak ini dihasilkan berpaksikan kepada jalan cerita. Bukan sengaja diwujudkan bagi mempopularkan filem ini bagi meraih ‘box-office’ atau sebagainya,” katanya pelakon yang pernah popular dengan drama televisyen internet Kerana Karina ini.

Menurutnya, jika sesiapa sahaja yang menonton filem ini dan memahami plot keseluruhan cerita, maka baru akan tahu mengapa perlu dan pentingnya adegan ini.

Pelakon berketurunan Kadazan-Dusun meminta orang ramai tidak melatah atau membuat andaian sendiri hanya kerana babak ini.

“Sebagai pelakon, saya puas dapat merealisasikan watak ini seperti yang dikehendaki oleh pengarah. Saya tidak mahu memandang hal ini sebagai satu tembok untuk saya memperbaiki mutu lakonan saya.



“Yang pasti, peluang berlakon dan bekerjasama dengan aktor-aktor seperti Wan Hanafi Su, Datuk Rosyam Nor, Eman Manan sudah dianggap satu penghormatan kepada orang seperti saya yang ingin meningkatkan kualiti lakonan dari semasa ke semasa,” katanya yang tidak nampak adegan itu sebagai kesalahan besar kerana mengikut prosedur lakonan.

Sorok identiti kekasih

Dalam pada itu, kisah percintaan Marsha kembali menjadi perhatian apabila bekas kekasih Kefli AF ini sekali lagi memilih jejaka Melayu sebagai pasangan.

Biarpun berusia dua tahun lebih muda darinya, namun Marsha tidak menganggap ia sebagai satu halangan mereka menjalinkan hubungan yang lebih serius.

“Saya suka lelaki yang matang dan bersifat pelindung kepada pasangannya. Saya kenal dia pun dah lama, lebih kurang tujuh tahun. Tapi baru empat bulan lalu kami menjalinkan hubungan yang lebih serius.

“Bagaimanapun atas pengalaman lalu, saya tidak mahu dedahkab identitinya sehinggalah hubungan kami benar-benar pasti. Maksud saya ke alam perkahwinan, “ katanya.

Di tebak bilakah dia mahu menamatkan zaman bujang memandangkan akan menginjak ke usia 28, tahun depan, Marsha berkata dia tidak mempunyai sebarang sasaran ke arah itu.

“Dulu saya sasar nak kahwin pada usia 25 tahun tapi tak tercapai.  Jadi kini saya tak mahu letak sebarang sasaran. Bimbang bila dah sampai target, saya tak kahwin, ia akan menjadi tekanan kepada saya,” jelasnya.

Masih menyanyi

Dalam pada itu, berkongsi perkembangan terbarunya, Marsha berkata, dia baru saja muncul dengan single terbaru, Jujur Bilang Cinta yang juga hasil ciptaannya sepenuhnya.

Menurut Finalis Akedemi Fantasia musim ketiga ini, dia akan terus mempromosikan Jujur Bilang Cinta dan sebuah lagi singlenya yang berjudul Bebaskan.

Katanya, walaupun dia banyak terlibat dalam dunia lakonan, namun, nyanyian adalah merupakan prioritinya.

“Saya tidak mahu mensia-siakan kebolehan bermain piano dengan menghasilkan lagu dan lirik sebagai kelangsungan saya sebagai anak seni.

“Saya juga sering diundang menjayakan persembahan korporat yang tidak mendapat liputan media. Mungkin kerana itu, ramai menganggap saya sudah tidak aktif dalam bidang nyanyian, sedangkan hakikatnya saya mempunyai minat yang mendalam untuk merancang kerjaya nyanyian saya.

“Saya juga sedang berjinak-jinak dengan dunia penggubahan lagu sekarang dengan menghasilkan beberapa buah lagu untuk dinyanyikan sendiri atau diberikan kepada penyanyi lain yang berminat. Saya akan merakam lagu ciptaan saya hujung bulan ini di Jakarta dengan Randy Pangalila bertanggungjawab sebagai pengubah muzik ,” katanya yang sangat meminati dunia nyanyian.

Selain itu, Marsha terlibat dalam filem animasi terbitan Walt Disney Studios bertajuk Frozen: Anna & Permaisuri Salji yang mana suaranya digunakan untuk watak Elsa.

“Menariknya, saya diberi peluang keemasan untuk menyanyikan lagu tema filem ini yang alih bahasa Melayu, Bebaskan. Dalam versi Inggeris, lagu ini dinyanyikan oleh Demi Lovato berjudul Let It Go,” katanya.



Sementara itu, filem lakonannya, Laga bakal ditayangkan pada 23 Januari 2014 nanti. Selain tiga lagi filemnya bakal ditayangkan pada tahun sama iaitu 7UJUH, Juanita dan Pak Pong.

Marsha juga mahu menceburi bidang perniagaan. Katanya, dia bersama seorang teman baiknya yang sudah memulakan rancangan menghasilkan t-shirt sendiri. Dimana t-shirt itu yang menampilkan variasi corak menarik yang tidak seperti t-shirt biasa yang dijual di pasaran.

Katanya, setiap corak yang dihasilkan adalah hasil idea perkongsian bersama dan rakan baiknya.

“Kalau tiada aral, tahun depan rasanya perniagaan menjual t-shirt ini akan direalisasikan. Dan saya akan menjualnya secara online saja,” katanya yang turut merancang untuk membuka sebuah kafe bersama keluarganya di Sabah tidak lama lagi.


Sumber artikel sinarharian


Read more...

Jumaat, 15 November 2013

Kes naya ! Wanita disamun turut dinoda dalam kereta

imej
Alor Setar: Tempoh 30 minit menjadi pengalaman sengsara dalam hidup seorang wanita apabila bukan saja menjadi mangsa samun, malah turut dirogol seorang lelaki di tempat duduk belakang sebuah kereta Proton Persona di satu lokasi, di sini.
Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam 5 November lalu berkenaan turut disaksikan anak lelaki mangsa berusia empat tahun selepas wanita itu ke sebuah bank untuk mengeluarkan wang. 
Sebelum itu, seorang lelaki lingkungan 20-an dipercayai masuk di tempat duduk hadapan lalu mengacukan sebilah pisau kepada mangsa. 

Wanita berkenaan kemudian diarahkan memandu kereta terbabit ke kawasan lain sebelum merogol dan menyamun sejumlah wang tunai termasuk telefon bimbit sebelum melarikan diri.
Susulan kejadian itu, gerakan menjejaki suspek dijalankan sehingga sepasukan anggota Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah berjaya menahan dua lelaki lingkungan 20-an, malam kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, tangkapan dibuat selepas pihaknya mendapat maklumat berhubung lokasi suspek dan kedua-dua lelaki itu ditahan secara berasingan. 

“Tangkapan pertama dibuat kira-kira jam 11 malam (kelmarin) di Kampung Kesop, Jitra, dan kami berjaya memberkas seorang lelaki yang dipercayai membeli telefon bimbit mangsa sebelum tangkapan kedua dilakukan tidak lama selepas itu. 

“Kami dapati kedua-duanya penagih dadah hasil daripada ujian saringan awal air kencing yang dilakukan terhadap mereka,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam. 

Mohd Nashir berkata, siasatan lanjut yang dilakukan terhadap suspek berjaya menemui semula barang-barang milik mangsa termasuk telefon bimbit. 

Katanya, kes berkenaan dianggap selesai dan kedua-dua suspek ditahan reman sehingga 20 November depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392/397, Kanun Keseksaan serta Seksyen 376, kanun sama.
Sumber myMetro

Read more...

Khamis, 14 November 2013

Kaki Godam Foto Bogel

Wolf menerima e-mel berserta beberapa gambar bogelnya, selain ugutan menyiarkan lebih banyak foto jika enggan menurut arahan Abrahams (gambar kecil). - Foto AGENSI


California: Seorang penggodam membuat pengakuan mengakses komputer milik pemenang ‘Miss Teen USA,’ Cassidy Wolf, untuk mendapat foto bogelnya dan wanita lain. 

Jared James Abrahams, 19, mengambil foto Wolf tanpa pengetahuannya dan menyiarkan satu gambar berkenaan di internet, menurut laporan Sky News. 

Abrahams yang berasal dari daerah Temecula juga adalah pelajar di sekolah menengah yang sama dengan Wolf. 

Dia ditahan pada September lalu kerana disyaki menggunakan perisian bermotif jahat untuk menggodam ‘webcam’ dan mengambil alih komputer milik mangsa bagi mendapatkan gambar atau video bogel, kata Biro Siasatan Persekutuan (FBI). 

Dia menghadapi kemungkinan dipenjara 11 tahun selepas mengaku bersalah kepada tiga dakwaan peras ugut dan satu tuduhan mengakses komputer tanpa kebenaran. 


Sumber


Read more...

Pengikut Siti Nurhaliza dan KJ Berbalah Kerana Twitter

PETALING JAYA: Gara-gara status Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang menegur Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) menerusi akaun Twitter miliknya, pengikut kedua-dua selebriti itu berbalah sehingga ada di antara mereka mengeluarkan kata-kata kurang manis.
Kebanyakan status Twitter lebih dilihat menghentam Siti apabila mereka menyifatkan penyanyi itu tidak sepatutnya mengeluarkan status berkenaan kepada seorang menteri.
"Kalau dah orang tua tak faham bahasa ini, kena lantang sedikit. Oh lupa, akak (Siti) tidak pernah beratur beli tiket," kata salah seorang pengikut Khairy.
Pada Selasa lalu, Siti melalui akaun Twitter miliknya @CTNurhaliza11 telah menegur Khairy dengan menyifatkan menteri itu terlalu lantang menegur sesuatu dan perbuatan tersebut dilihatnya seolah-olah agak biadab terhadap pemimpin yang lebih veteran.
Siti kepada sebuah akhbar pada Rabu berkata, beliau sekadar menegur kerana perkataan ‘budak suruhan’ yang dikatakan oleh Khairy i agak kurang manis apatah lagi beliau merupakan seorang menteri muda yang dipandang tinggi.
Terdahulu Khairy telah mengkritik bekas kapten skuad kebangsaan, Datuk Jamal Nasir apabila menyifatkannya sebagai ‘budak suruhan’ Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Dalam pada itu, pengikut Twitter Khairy (@Khairykj) meminta Siti supaya tidak masuk campur dengan perbalahan tersebut selain menganggap Siti kurang peka mengenai perasaan penonton bola sepak negara.
Bagaimanapun peminat Siti dilihat lebih berhemah dalam membalas komen-komen peminat Khairy dengan mengatakan mereka tidak faham maksud yang cuba disampaikan oleh penyanyi itu.
"Datuk Siti tegur tentang hormat antara tua dan muda. Tiada kaitan dengan politik atau bola. Yang beri respons, pandai baca ke tidak?" kata salah seorang pengikut Twitter Siti.
Dalam pada itu Siti Nurhaliza yang dihubungi melalui pengurusnya, Rozi Razak pada Rabu bagi mengulas mengenai perbalahan berkenaan enggan memberi komen kerana tidak mahu perkara itu terus berpanjangan.
Sumber mStar Online

Read more...

Rabu, 13 November 2013

Acara cari jodoh untuk golongan pertengahan

BEBERAPA peserta lelaki dan wanita mencari calon pasangan yang sesuai pada acara mencari jodoh.

SHANGHAI - Kerajaan tempatan Shanghai menganjurkan acara mencari jodoh yang melibatkan penduduk berumur 45 tahun ke atas di sini pada 9 November lalu.

Seorang janda, Liu Fenqin yang berusia 53 tahun berkata, dia berharap akan dapat mencari calon suami selepas bercerai lebih 10 tahun lalu.
"Saya mencari seseorang (bakal suami) yang wajahnya tidak hodoh," katanya semasa dia merenung beberapa lelaki yang menyertai acara tersebut.
Menurutnya, dia mahu mencari seorang suami semasa umurnya masih muda.
Namun, seorang anak perempuannya tidak merestui hasratnya ketika itu menyebabkan dia menangguhkan usaha untuk mencari cinta buat sementara waktu.
SEORANG peserta lelaki dan wanita berbual pada acara mencari jodoh di Shanghai, 9 November lalu.

Seorang jurutera, Zheng Zhixin, 68, yang turut hadir pada acara itu berkata, dia telah bercerai dengan isterinya di Jepun.

"Dia (isterinya) mahu tinggal di Jepun tetapi saya mahu pulang ke tanah air. Hala tuju hidup kami tidak sama," katanya.
Acara mencari jodoh itu diadakan di sebuah gudang perabot di sini.
Kira-kira 40,000 orang menghadiri acara tersebut berbanding 30,000 pada tahun lalu.
Pada tahun lalu, had umur peserta yang ditetapkan untuk menyertai majlis itu adalah 60 tahun ke atas. 
- Reuters(kosmo!)

Read more...

Foto bogel artis Korea Selatan berharga RM11,230

Seoul: Pemilik gambar bogel penyanyi Korea Selatan, Ailee, dilaporkan cuba menjual imej lucah penyanyi berkenaan kepada media dengan harga tawaran AS$3,500 (RM11,230) lapor media semalam.
Firma 6Theory Media yang memayungi syarikat AllKPop menjadi media pertama dihubungi pihak terbabit kerana mereka dilaporkan tidak mempunyai akses kepada media tempatan seperti Sports Seoul dan Dispatch. 
Sumber berkata mereka dihubungi wakil pemilik gambar berkenaan dan meminta bayaran dibuat secara tunai.

“Tawaran berkenaan dibuat pada Jun lalu, manakala gambar bogel Ailee mula tersebar melalui sebuah laman sesawang forum pada Ahad lalu,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut jurucakap berkenaan, mereka menerima berita daripada pembaca yang mengirimkan pautan laman sesawang berkenaan.
“Sebagai laman sesawang berita, katanya, menjadi tugas 6Theory Media melaporkan perkembangan berkenaan,” katanya kepada media. 

Sementara itu, sumber lain berkata gambar bogel artis Korea Selatan berkenaan sudah mula tersebar di Internet sejak tiga bulan lalu. 
- Agensi

Read more...

Kes khalwat Shahrizal Jaszle,'Saya Tetap Lawan Untuk Pertahankan Diri'

Shahrizal Jaszle sempat melemparkan senyuman kepada jurugambar ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah, Petaling pada Selasa bagi sebutan kes khalwatnya. Foto: Faizal Hishan.
PETALING JAYA: Pelakon Shahrizal Jaszle nekad untuk memastikan kebenaran berpihak kepadanya selepas membuat pengakuan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di sini pada Selasa atas tuduhan khalwat.
Shahrizal atau nama sebenarnya Shahrizal Jaszle Jasmin, 25, berkata, walaupun pasangan khalwatnya Farah Nurizzati Salleh, 21, mengaku bersalah terhadap tuduhan itu, dia tetap akan membuktikan telah diperangkap oleh wanita berkenaan.
"Saya tidak akan mengaku kalah dengan menyatakan diri saya bersalah atas tuduhan itu kerana ia tidak benar.
"Saya sebenarnya sudah diperangkap dan kini sedang mengumpulkan bukti-bukti untuk meneruskan kes ini," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Selasa. Beritahu Shahrizal, pengakuan bersalah wanita itu di mahkamah membuatkan kerjanya menjadi lebih mudah untuk mengendalikan kes tersebut.
"Sekarang ini saya hanya fokus kepada pihak saya sahaja dan kini saya dan peguam, Asyraf A.Ranee akan membentangkan beberapa perkara kepada pihak mahkamah agar mereka menilai semula kes saya ini," ujarnya.
Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada Selasa memerintahkan Shahrizal Jaszle membayar wang jaminan sebanyak RM1,500 selepas pelakon itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan khalwat dengan Farah Nurizzati, seorang pegawai bank.
Farah Nurizzati ditemani seorang lelaki dan cuba mengelak gambarnya dirakamkan.
Bagaimanapun wanita tersebut mengaku bersalah dan mahkamah memerintahkannya membayar denda maksimum iaitu RM3,000 atau penjara selama tiga bulan jika gagal membayar denda.
Dalam kejadian 16 Mei lalu, pasangan tersebut telah ditahan atas tuduhan khalwat di Apartmen Taman Sri Subang, kira-kira pukul 3.30 pagi oleh unit penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hasil aduan orang ramai.
Mereka ditahan di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.
Kejadian itu menyebabkan pertunangan Shahrizal dengan Redzwani Puteri, 25, terpaksa diputuskan oleh keluarga perempuan tetapi telah disambung semula pada Hari Raya Aidiladha lalu.
Mahkamah menetapkan 21 Januari 2014 sebagai tarikh perbicaraan terhadap Shahrizal.
Sumber mStar Online


Read more...

Isnin, 11 November 2013

Rupanya,Leo Fender tiada asas petik gitar

 Leo Fender

GEMERSIK petikan gitar ciptaan Leo Fender terus hidup hingga hingga ke hari ini.

Sungguh pun dianggap lagenda pencipta gitar, hakikatnya, beliau tidak tahu bermain gitar. Antara nama besar menggilai gitar ciptaannytermasuklah, Bob Dylan, Bruce Springsteen, Jimmy Page (Led Zepplin), Dick Dale, Dave Murray (Iron Maiden), Billy Corgan (Smashing Pumpkins), Stevie Ray Vaughan, Jimi Hendrix, Eric Clapton, George Harrison (Beatles) dan ramai lagi.

Clarence Leonidas atau lebih dikenali sebagai Leo Fender merupakan pengasas Syarikat Fender Electric Instrument Manufacturing (Fender).

Pada Januari 1965, beliau menjual syarikat itu kepada CBS dan kemudian mengasaskan dua lagi syarikat peralatan muzik, Music Man and G&L Musical Instruments.

Awal usia

Leo Fender dilahirkan pada 10 Ogos 1909. Anak kepada pemilik dusun oren Clarence Monte Fender dan Harriet Elvira Wood ini membesar di Anaheim Fullerton, California, Amerika Syarikat (AS).

Ketika berusia 13 tahun, Fender menunjukkan minat dalam muzik elektronik. Bapa saudaranya yang dapat menghidu minat Fender dalam bidang itu akhirnya mengirimkan satu set radio kereta dan bateri kepadanya.

Ketika Fender melawat kedai elektronik muzik milik bapa saudaranya di Santa Maria, beliau terpesona dengan ciptaan radio bapa saudaranya termasuk teknologi pembesar suara hingga memberi kesan mendalam dalam dirinya.

Pada 1928, Fender menamatkan persekolahannya di Sekolah Tinggi Fullerton Union dan menyambung pengajian dalam bidang perakaunan di Kolej Junior Fullerton. Sungguhpun mengambil bidang akauntan, minatnya terus mendalam dalam bidang elektronik bunyi.

Selepas tamat pengajian di kolej, Fender bekerja di budak penghantar barang di syarikat Ice Consolidated dan Syarikat Cold Storage di Anaheim. Ketika itu beliau sedang sibuk menghantar barang, sebuah band tempatan menanyakan kepadanya sekiranya beliau boleh membuat sistem pembesar suara yang boleh digunakan di tempat awam untuk pesta di Hollywood. Rezeki datang bergolek itu diterima lalu Fender menandatangani kontrak pembinaan enam sistem audio.

Pada 1933, Fender bertemu Esther Klosky dan berkahwin setahun kemudian. Ketika meniti alam rumahtangga beliau berkhidmat sebagai akauntan di Jabatan Lebuh Raya California di San Luis Obispo.  

Namun, disebabkan kemelesetan ekonomi ketika itu, beliau kemudiannya berhenti kerja dan bekerja sebagai akauntan di syarikat tayar hanya untuk enam bulan selepas syarikat itu terpaksa ditutup.

Perkhidmatan radio Fender

Pada 1938, dengan meminjam AS$600 (RM1,900) Fender dan Esther kembali ke Fullerton dan membuka kedai membaiki radio diberi nama, Fender Radio Service.

Tidak lama kemudian, ahli muzik dan band sering berkunjung ke kedainya untuk membaiki, menyewa dan menjual sistem PA. Bukan itu sahaja, ketika demam muzik Jazz ramai pemain gitar berkunjung ke kedainya untuk memodifikasi gitar akustik supaya mengeluarkan bunyi lebih kuat.

Awal penciptaan gitar



Ketika, Perang Dunia ke-2, Fender bertemu penjual gitar keluli terkenal dari syarikat Rickenbacker, Clayton Orr Doc Kauffman,

Walaupun Kauffman berpengalaman dalam industri gitar keluli beliau lebih mengagumi kesenian bunyi dari gitar kapok. Sepanjang bersahabat dengan Fender, Kauffman mencipta satu alat yang dipasang pada gitar yang digelar Vibrola.

Vibrola ini mampu mencipta getaran lebih kuat pada setiap petikan gitar. Mereka akhirnya bekerjasama dengan menubuhkan syarikat K & F Manufacturing Corporation.

Pada 1944, Fender mempatenkan gitar keluli ciptaan Kauffman dengan arus elektrik. Gitar elektrik ciptaan Fender akhirnya mendapat permintaan tinggi setahun.
Pembangunan gitar elektrik

Selepas kejatuhan kumpulan okestra Big Band pada akhir Perang Dunia II, gabung kumpulan band kecil boogie- woogie, blues, western swing , dan honky-tonk tumbuh seperti cendawan di AS.

Ketika itu juga kumpulan muzik terbabit cenderung memilih gitar elekrik sebagai pelengkap kepada kumpulan muzik mereka hingga lahirnya lead gitar atau gitar utama sekitar 1940-an.

Pada 1950 Leo mengeluarkan gitar elektrik Fender Esquire lengkap dengan telecaster. Bermula dari situ, penggunaannya dikatakan meluas dan menjadi pilihan gitaris terkemuka dunia.

Meninggal dunia

Pada 1980, isterinya  Esther meninggal dunia akibat kanser dan 11 tahun kemudian pada 21 Mac 1991, beliau menyusul akibat derita penyakit Parkinson.

Beliau disemadikan di Fairhaven Memorial Park di Santa Ana, California. Pencapaian dan sumbangan dalam bidang teknikal audio kepada bidang rakaman diiktiraf dengan meraih Anugerah Teknikal Grammy pada 2009.

Petikan artikel sinarharian


Read more...

Penyampai TV Venezuela dinobat Miss Universe

REAKSI Gabriela selepas dinobatkan sebagai Miss Universe dalam pertandingan di Moscow, kelmarin.
Moscow: Penyampai televisyen berusia 25 tahun dari Venezuela, Gabriela Isler kelmarin dimahkotakan sebagai Miss Universe di Moscow dalam upacara gilang-gemilang.
Hakim, termasuk bintang rock Steven Tyler daripada kumpulan Aerosmith memilih pemenang itu daripada sejumlah 86 peserta dalam acara pertandingan terbabit yang ditonton oleh jutaan penonton di seluruh dunia. 
MARIA GABRIELA ISLER menghadiahkan ciuman selepas menenangi pertandingan ratu cantik Miss Universe di Moscow, Rusia kelmarin.- AFP

Pemenang tahun lalu Olivia Culpo memakaikan mahkota berlian di kepala Gabriela yang mengenakan gaun malam bertatahkan batu permata perak. 

Olivia sebelum itu tampil di pentas memakai baju renang putih yang bertatah berlian, delima dan zamrud yang dikatakan penganjur bernilai AS$ 1 juta (RM3.17 juta).
“Baju renang itu dibawa dengan kawalan keselamatan 24 jam seminggu,” komen pengacara bersama Thomas Roberts, penyampai televisyen Amerika.
Gabriela turut menggayakan baju renang sama semalam. 

Roberts yang menjadi pengacara bersama pertandingan akhir ratu cantik itu bersama bekas kumpulan Spice Girl, Melanie Brown mendedikasikan acara itu kepada mereka yang menjadi mangsa taufan di Filipina. 
- AFP

Read more...

Guna patung Seks untuk Lempiaskan Nafsu

PATUNG seks yang ditemui.
Permaisuri: Sekumpulan lelaki warga asing dipercayai menjadikan alat boneka seks sebagai pemuas nafsu serakah susulan penemuan pelbagai alat perangsang seks dan anak patung menyerupai wanita dalam serbuan Jabatan Imigresen Terengganu di sebuah rumah kongsi di Kampung Telaga Putat, di sini, kelmarin.
Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Terengganu Mohd Shahrir Khalil berkata, pelbagai peralatan itu ditemui dalam sebuah kotak yang disembunyikan di salah sebuah bilik dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), sekali gus membongkar aktiviti ‘gelap’ penghuni di rumah kongsi berkenaan.
SEBAHAGIAN daripada pekerja asing yang ditahan
Beliau berkata, hasil siasatan lanjut, seorang daripada penghuni mengakui semua peralatan seks itu miliknya dan turut digunakan rakannya yang lain bagi memuaskan nafsu masing-masing.

“Walaupun warga asing itu mengaku hanya akan mencari peralatan itu bagi memuaskan nafsu dan tidak membabitkan wanita, kita bimbang ia membahayakan anak-anak gadis tempatan di lokasi berhampiran jika dibiarkan berleluasa.
“Jika aktiviti tidak bermoral ini tidak dibendung, ia boleh mendatangkan bahaya kerana lokasi rumah kongsi ini begitu hampir dengan kawasan perkampungan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Read more...

Ahad, 10 November 2013

Fizo Omar Sah Bergelar Suami Mawar dengan Sekali Lafaz

Dengan bersaksikan 1000 orang tetamu, pelakon terkenal Fizo Omar akhirnya selamat bergelar suami kepada Mawar Abdul Karim dengan sekali lafaz kira-kira jam 9.32 pagi tadi.
Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar diijabkabulkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Hulu Langat Ustaz Mohd Arif Abdul Samat berwalikan Hakim Pejabat Agama Islam Hulu Langat  dengan mas kahwin berjumlah RM506.
Majlis pernikahan ini menyaksikan pihak lelaki memberi tujuh dulang hantaran yang berupa mas kahwin, jam tangan, tas tangan, kasut, cincin berlian putih, motosikal, jongkong emas bertulis ‘Fizo Love Mawar’ seberat 1.011 kilogram.
Apa yang menariknya, terdapat tujuh orang selebriti lelaki diketuai oleh Datuk Rosyam Nor, Johan As’ari, Fahrin Ahmad, Shaheizy Sam, Kamal Adli, Karl Shafek dan Nazim Othman yang membawa dulang-dulang hantaran bagi pihak pengantin lelaki.
Manakala pihak perempuan pula membalas dengan hantaran yang mewakili tas tangan lelaki, jam tangan, kaca mata hitam, kasut, 2 naskah Al-quran, komputer riba, cincin, plat motosikal WWF120, jaket, motosikal berkuasa tinggi.
Untuk pengetahuan anda, majlis penuh meriah ini telah berlangsung di kediaman keluarga Mawar di Country Heights, Kajang sambil dihadiri oleh kaum keluarga serta kenalan terdekat.
Menurut pasangan pengantin baru ini, mereka akan mengadakan sebuah majlis resepsi di Kelantan, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur selepas mereka pulang dari berbulan madu di Eropah.

Sumber artikel www.ohbulan.com


Read more...

Rabu, 6 November 2013

Aeril Zafrel Anggap Fitnah Kahwini Ummi Nazeera Serangan Peribadi

Aeril menganggap fitnah kahwini Ummi Nazeera sebagai serangan peribadi terhadapnya.
PETALING JAYA: Pelakon Aeril Zafrel menganggap tuduhan bahawa dia pernah berkahwin dengan pelakon Ummi Nazeera adalah fitnah yang bertujuan memburukkan lagi dirinya di mata masyarakat.
Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, 25, berkata, dia dengan pelakon wanita tersebut tidak pernah berjumpa dan hanya bertegur di laman sosial secara terbuka.
"Saya sedar diri saya bukanlah popular pun, namun fitnah seperti ini seperti cubaan mahu mencemarkan dan menjatuhkan peribadi agar orang lain turut bertanggapan buruk pada saya.
"Secara jujurnyanya saya dengan Ummi hanya bertegur sapa di laman sosial sahaja dan kami tidak pernah berjumpa secara peribadi dengannya," katanya kepada mStar Online, di sini, Selasa.
Ummi Nazeera
Aeril berkata demikian ketika diminta mengulas tentang dakwaan pernah berkahwin dengan Ummi Nazeera sebelum kontroversi perkahwinannya dengan Wawa Zainal terbongkar pada Oktober lalu.
Dalam laporan tersebut turut memberitahu Aeril pernah berkawan baik dengan Ummi dan meminati lakonan wanita itu.
Jelas Aeril, dia kesal dengan tuduhan tersebut dan menganggap ia sebagai satu serangan peribadi.
Bagaimanapun, katanya, ia menerima perkara itu sebagai satu ujian daripada Allah taala untuk menjadikannya insan yang lebih kuat.
Sementara itu, Aeril mengakui kehidupannya kini lebih tenang dan bahagia disamping isteri dan anaknya Ahmad Fakharuddin Attar yang kini berusia hampir tiga bulan.
"Alhamdulillah kehidupan kami kini bahagia dan tenang, Wawa tinggal dengan saya di sini dan anak kami semakin membesar dan sihat.
"Kalau boleh biarlah masyarakat mengenali kami sahaja dan saya mahu dia membesar dalam dunia dia sendiri tanpa melibatkan sebarang publisiti," katanya.
Tambah Aeril, selepas kontroversi perkahwinannya itu ramai yang tampil memberi sokongan moral kepada kami sekeluarga.
"Setiap yang berlaku ada hikmahnya, selepas isu ini apa yang saya lihat lebih ramai yang memberi sokongan kepada kami," katanya.
Terdahulu pada 11 Oktober lalu pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal dalam satu sidang media menjelaskan mereka sudah bernikah sebanyak dua kali iaitu pada 25 Februari 2012 dan kali kedua, 4 Februari lalu.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ahmad Fakharuddin Attar, pada 24 Ogos lalu.
Sumber mStar Online

Read more...

Selasa, 5 November 2013

Hafiz Perjelas Gambar Mesra Bersama Adira

Hafiz dan Adira
PETALING JAYA: Penyanyi Hafiz menjelaskan gambar mesra dia bersama bekas kekasihnya, Adira yang dimuat naik menerusi Instagram milik penyanyi wanita itu hanyalah foto biasa sahaja.
Hafiz atau nama sebenarnya Mohd. Hafiz Mohd. Suip, 23, berkata, foto tersebut diambil ketika bertemu di sebuah majlis perkahwinan rakan mereka pada minggu lalu.
"Itu gambar biasa sahaja. Kami tiada apa-apa hubungan pun, hanya sekadar rakan sekerja. Harap mana-mana pihak tidak salah anggap berdasarkan foto yang dimuat naik itu," katanya kepada mStar Online.
Hafiz berkata demikian ketika diminta mengulas sekeping gambar mesranya dengan Adira yang dimuat naik melalui Instagram milik Adira. Foto tersebut turut memaparkan dua lagi rakan di samping mereka.
Dalam pada itu Hafiz meminta mana-mana pihak tidak mengaitkannya lagi dengan Adira kerana bimbang khabar angin tersebut melukakan hati kekasih penyanyi wanita itu.
Foto hafiz bermesra dengan Adira yang dimuatkan di Instagram milik penyanyi wanita itu.
"Memanglah dahulu saya dan dia (Adira) bercinta. Tapi itu tiga tahun lepas dan sekarang ini kami hanya kawan.
"Rasanya tak manis jika kami dikaitkan lagi. Nanti apa pula kata pasangannya yang mungkin terluka dengan gosip sebegini," ujarnya.
Sementara itu, Hafiz berkata dia akan berduet dengan penyanyi Indonesia Datuk Rossa menerusi lagu terbaharu berjudul Salahkah, ciptaan Charly Van Houten (Setia Band).
Penyanyi yang popular dengan lagu Bahagiamu Deritaku itu telah pun bertolak ke Jakarta pada Isnin (semalam) untuk mengadakan sesi rakaman sekali gus penggambaran klip video di sana.
"Jika sebelum ini saya berduet dengan Datuk Siti Nurhaliza menerusi lagu Muara Hati kini saya dapat berduet pula dengan Rossa. Kerjasama ini adalah satu penghargaan yang besar buat diri saya.
"Saya harap lagu ini akan membuatkan para pendengar berpuas hati. Tambah pula komposer yang mencipta lagu ini bukan calang-calang orang," tuturnya.
Sumber mStar Online


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP