GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan

Sabtu, 3 Mei 2014

DUDA BAWA DUKA

AISYAH melihat laporan kesihatan yang menunjukkan dia kini dijangkiti virus HIV.
Johor Bahru: Pada mulanya dia menyangka kehadiran seorang lelaki dalam hidup mampu menjadi pelindung, namun sebaliknya perkahwinan dengan duda berkenaan akhirnya menjadi detik hitam apabila dia disahkan dijangkiti virus HIV.
Sejak itu, hidup Aisyah (bukan nama sebenar), 46, bagai tenggelam punca kerana lelaki yang menjadi harapan untuk tempatnya berlindung sebenarnya pembawa virus HIV dan penyakit berkenaan dirahsiakan sehinggalah dia dijangkiti. 
“Dia yang menggelarkan dirinya sebagai penyelamat keluarga saya, tetapi merahsiakan status dirinya sebagai pembawa virus HIV. 

“Saya hanya menyedari dijangkiti virus berkenaan kira-kira dua bulan sebelum dia meninggal dunia.
“Kini saya nekad meneruskan kehidupan demi masa depan anak perempuan saya berusia 14 tahun hasil perkahwinan pertama saya sebelum ini,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.
Sumber myMetro

Read more...

Khamis, 1 Mei 2014

2 Gambar,Bintang filem porno Lakukan Pembedahan melampau

WAJAH sebelum dan selepas Rina menjalani pembedahan
Seorang bintang filem porno Jepun yang melakukan terlampau banyak pembedahan plastik akhirnya kelihatan seperti Dobby, orang bunian (elf) dalam filem Harry Potter.
Rina Nanase bagaimanapun berkata, mereka yang menggelarnya Dobby mencemburui hasil pembedahan itu.
Pelakon berusia 25 tahun ini menggunakan nama samaran Rumi Kanda dalam rakaman video lucahnya, tidak berahsia dengan keputusannya untuk melakukan pembedahan mengubah bentuk wajahnya.
Rina melakukan beberapa pembedahan pada mata, hidung dan dagu.
Dia berkongsi semua gambar hasil pembedahan itu termasuk rupa paling baru melalui akaun Twitternya.
Bagaimanapun, kebanyakan orang menyifatkannya sebagai keterlaluan.

Dalam gambarnya ketika berusia 17 yang dimuat naik ke Internet, dia menulis, “Saya kelihatan gemuk” dan berkata dia mempunyai “mata bulat dan bercahaya.” Model itu kemudiannya berkongsi gambar lain, kononnya dia berpendapat gambar berkenaan adalah zaman kegemilangannya.
Dia menyiarkan gambar sebelum menjalani pembedahan mengecilkan hidungnya.
“Saya tidak merasakan ia perubahan besar, namun terkejut dengan reaksi peminat,” kata Rina.
Gambar disiar ini menyebabkan dia digelar Dobby.
Bagaimanapun, terdapat beberapa komen positif mengenai wajah terbarunya itu dalam laman media sosial.
Seorang peminatnya menulis, “Dulu dia nampak lebih elok.
Sebelum pembedahan rupanya lebih baik.” Peminat lain pula menulis: “Dia mempunyai masalah pemakanan.”
Sumber

Read more...

Rabu, 30 April 2014

Minta cerai kerana suami kurus

Kuwait: Seorang lelaki obes mengambil keputusan menjalani pembedahan pintasan gastrik untuk menurunkan berat badannya bagi menggembirakan isteri barunya.
Namun, selepas kehilangan berat sebanyak 110 kilogram, isterinya memfailkan tuntutan cerai di mahkamah.
Wanita yang dirahsiakan identitinya itu memberitahu mahkamah dia bersetuju untuk mengahwini lelaki berkenaan kerana menyukai tubuhnya yang gemuk tanpa mengetahui dia menjalani rawatan perubatan untuk menurunkan berat badannya.
Katanya, dia tidak melihat suaminya untuk satu tempoh masa yang lama setelah mereka bersetuju untuk berkahwin.
Lelaki itu, menurut wanita berkenaan, tidak memberitahunya yang dia akan menjalani pembedahan pintasan berkenaan.
Selepas berkahwin, lelaki berkenaan buat pertama kalinya berjumpa isterinya dan masuk ke dalam bilik tidur ketika berbulan madu, wanita berkenaan berkata dia amat terkejut.
Menurut akhbar Al Watan, wanita itu memberitahu mahkamah: “Suami saya mempunyai berat 180 kilogram ketika saya mula mengenalinya. “Apabila kami melangsungkan perkahwinan dan masuk ke bilik tidur, saya amat terkejut. Dia telah kurus dan beratnya hanya 70 kilogram.” Akhbar itu memetik peguam wanita itu sebagai berkata kepada mahkamah: “Anak guam saya selalu ingin berkahwin dengan seseorang yang mempunyai bentuk badan istimewa. “Dia memberitahu saya dia impikan suami yang istimewa, yang akan membuatnya bahagia dan bangga.
“Tetapi apabila suaminya memasuki bilik, dia terkejut melihatnya dan hampa. “Dia berkata ketika melihat suaminya, segala impiannya musnah dan dia merasakan kehilangan zaman mudanya dan menjadi perempuan tua sekelip mata. “Dia sangat terkejut dengan paras suaminya dan benci melihat parut pembedahan pada badannya.” 
- Agensi

Read more...

Isnin, 28 April 2014

3 Gambar,Wanita paling gemuk mahu turun berat badan untuk berkahwin

Charity berusaha menurunkan berat badannya daripada 349kg kepada 226kg.

DES MOINES, Iowa - Wanita paling gemuk di dunia, Charity Pierce berikrar akan menurunkan berat badannya yang kini mencecah 349 kilogram(kg) supaya dia dapat menari pada hari perkahwinannya, lapor akhbar MailOnline.

Pierce, 38, mengimpikan untuk berkahwin dengan kekasihnya, Tony Sauer yang berusia 22 tahun.
"Saya mahu berkahwin seperti orang lain. Saya mahu memakai gaun pengantin dan saya mahu menari sepanjang malam," katanya.
Charity bersama Kekasih
Sebuah hospital di Amerika Syarikat sanggup melakukan pembedahan pintasan gastrik ke atas Pierce untuk membantu dia menurunkan berat badannya sekali gus merealisasikan impiannya.
Namun, wanita yang juga ibu tunggal kepada seorang anak itu perlu menurunkan beratnya kepada 226kg sebelum boleh menjalani pembedahan tersebut.
Selain itu, dia juga memerlukan wang AS$5,000 (RM16,350) untuk membayar kos ambulans persendirian yang akan membawanya ke hospital tersebut di Houston, Texas pada jarak sekitar 1,600 kilometer dari sini.
Pierce mempunyai tabung dalam talian, Go Fund Me untuk mengumpul dana bagi membiayai kos perjalanan jauh tersebut. 
- Agensi


Read more...

Isnin, 21 April 2014

KEMPEN HENTI BERAK DITEMPAT TERBUKA


Antara sedutan muzik video kempen kesedaran kesihatan dilancarkan oleh UNICEF India di India baru-baru ini. India melancarkan kempen kesedaran menggesa rakyatnya tidak membuang air besar di tempat terbuka. - Agensi

MUMBAI 20 April - Perbuatan penduduk India membuang air besar di tempat-tempat awam menyebabkan beberapa badan bukan kerajaan mengambil tindakan melancarkan kempen kesedaran.

Agensi berita UPI melaporkan Dana Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) India memperkenalkan maskot kempen tersebut dengan harapan dapat menyedarkan masyarakat India tidak membuang air besar di tempat terbuka.

Maskot dikenali sebagai Mr. Poo itu diperkenalkan melalui video mu­zik bertajuk Poo Party dan berjaya menyaksikan lebih 100,000 orang berikrar akan menggesa ketua kerajaan mereka untuk memastikan In­­­dia menghapuskan ‘perbuatan' tersebut.

Menurut UNICEF, lebih 620 juta penduduk India tidak menggunakan tandas dan 28 juta kanak-kanak tidak mempunyai kemudahan itu di sekolah mereka.

Justeru, pertubuhan itu berkata, mereka memperkenalkan kempen Poo2Loo untuk meningkatkan kesedaran di peringkat kerajaan dan masyarakat di negara ini.

"Lebih separuh daripada penduduk India membuang air besar berjumlah lebih 65 juta kilogram setiap hari.
"Jika ia berterusan, keadaan itu akan menyebabkan jangkitan kuman, penyakit dan epidemik." kata laman web Poo2Loo .

Penyelaras kempen UNICEF itu, Maria Fernandez berkata, keadaan itu berlaku di kawasan pedalaman dan juga bandar.

"Mereka membuang air besar di mana-mana sahaja. Justeru tindakan perlu diambil untuk mengelak perbuatan ini berterusan," katanya.

- Agency

Read more...

Ahad, 20 April 2014

SAWAN KETIKA LAKUKAN HUBUNGAN SEKS

imej
Miri: Seorang lelaki warga emas dikejarkan ke hospital selepas diserang sawan ketika melakukan hubungan seks dengan teman wanitanya di sebuah hotel, di sini, kelmarin.
Kejadian berlaku jam 11.30 pagi itu menyebabkan teman wanitanya berusia 20-an panik dan segera menghubungi talian kecemasan bagi mendapatkan bantuan selepas lelaki berusia 60-an itu mengalami kekejangan di seluruh tubuh.
Difahamkan, lelaki itu sudah mendirikan rumah tangga tetapi dipercayai mengunjungi hotel terbabit bagi memadu asrama dengan wanita berkenaan, dipercayai kekasih gelapnya.
Menurut sumber, sepasukan paramedik bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan.
“Tindakan pantas paramedik Hospital Miri berjaya menyelamatkan warga emas terbabit yang dipercayai kekejangan seluruh badan selain mulutnya berbuih.
“Lelaki itu dilaporkan stabil sebaik menerima rawatan di hospital dan dibenarkan keluar hari ini (semalam),” katanya.
Menurut sumber itu, selepas disoal siasat, wanita terbabit mengakui mangsa diserang sawan secara tiba- tiba ketika mereka melakukan hubungan seks.
Sementara itu, jurucakap Hospital Miri berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan sebelum membawa lelaki itu ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemeriksaan lanjut.
Sumber

Read more...

Ahad, 13 April 2014

IMPLAN PAYUDARA BERALIH KE BELAKANG BADAN DAN PERUT

TIAN terkejut mendapati implan payudaranya di belakang dan perut.
Beijing: Seorang wanita kelmarin mendedahkan rasa terkejut dan marahnya selepas mendapati implan payudaranya beralih ke belakang badan dan perutnya.
Tian Hui, 39, menjalani pembedahan plastik untuk membesarkan payudaranya pada 2002.
Dia mengharapkan pembedahan itu akan meningkatkan keyakinannya selepas mengetahui suaminya, Chiu, 41, berlaku curang dan menjalinkan hubungan dengan wanita lebih muda.

Tetapi, 10 tahun selepas pembedahanan, implannya mula beralih.
Meskipun dia berusaha menolaknya semula ke tempat sepatutnya, ia masih bergerak jauh dari payudaranya.
Tian berkata, keyakinannya musnah selepas suaminya bermain kayu tiga dan dia menjalani pembedahan itu dengan harapan untuk mendapatkan semula kasih sayang suaminya.
“Saya sangka rumah tangga kami bahagia sehinggalah saya mengetahui dia menjalinkan hubungan dengan wanita yang enam tahun lebih muda daripada saya,” katanya.

Pasangan yang berasal dari Guangzhou di wilayah Guangdong itu sudah mendirikan rumah tangga selama lapan tahun, membuka sebuah restoran dan membina perniagaan bersama sehingga mereka kaya. 

Selepas kecurangan suaminya terbongkar, mereka memutuskan untuk kekal semata-mata kerana keluarga. Tetapi, dia tetap merasakan tidak lagi menawan dan mengambil keputusan melakukan pembedahan plastik.

“Saya menghubungi seorang pakar bedah plastik berhampiran kediaman kami dan mengatur untuk membesarkan payudara saya. 

“Saya terkejut apabila bangun selepas beberapa tahun kemudian melihat implan itu beralih ke tempat lain. 

“Saya sungguh malu dan cuba mengalihkannya semula ke tempat asal. Tetapi, setiap kali bangun pagi, implan itu semakin jauh dari tempat sehari sebelumnya.

“Suatu hari apabila bangun saya mendapati satu implan itu berada di belakang dan satu lagi di perut. Saya menyedari saya perlu melakukan sesuatu.

“Saya bimbang sungguh mengenai kerosakan yang berlaku pada tubuh saya. Sebenarnya, ia sungguh menyakitkan,” 

Dia menjalani satu lagi pembedahan untuk membuang implan berkenaan dan meletakkan yang baru beberapa minggu lalu.

Doktor di Hospital Polis Guandong, Liang Hao, berkata, implan yang disuntik pada payudara Tian sebelum ini ialah gel polyacrylamide hydrophilic.

“Ia bahan berbahaya dan boleh merosakkan dalaman tubuh, menyebabkan barah serta menjejaskan buah pinggang,” kata Hao.

Penggunaan bahan itu diharamkan di China sejak 2006. 

Bagaimanapun, kesan peralihan payudaranya menyebabkan rumah tangganya lebih teruk.

“Suami saya sungguh kecewa dan menyebabkan hubungan kami lebih renggang,” kata Tian.
- Agensi

Read more...

Wanita Kini boleh Tampal DARA yang yang sudah RABAK

Kuala Lumpur: Teknik pembedahan kosmetik untuk memulihkan selaput dara menerusi kaedah tampalan atau istilah perubatannya ‘hymenoplasti’ makin popu­lar di ibu kota, terutama dalam kalangan gadis terlanjur, wanita berduit dan golongan kenamaan.
Golongan terbabit berbuat demikian dengan memberi alasan tersendiri. Gadis terlanjur lazim­nya untuk mengaburi bakal suami menjelang malam pertama perkahwinan, manakala wanita yang lama berkahwin pula bagi memuaskan hati suami. 
Dari segi perubatan ia bukan kesalahan tetapi bagi wanita Islam, kaedah itu haram kerana menipu bakal suami selain pembaziran bagi yang berkahwin. 

Hymenoplasti ialah pembedahan kosmetik bagi membina semula selaput dara selepas yang lama terkoyak akibat hubungan seks kali pertama, kecederaan ketika bersukan, terjatuh, senaman ekstrem atau onani dengan memasukkan objek keras.
Pembedahan itu membabitkan penampalan membran baru pada bahagian luar alat kelamin wanita dan mampu berfungsi seperti selaput dara asli.
Sumber myMetro

Read more...

Jumaat, 11 April 2014

PIL TAMBAH DOSA

JANIN yang digugurkan hasil daripada hubungan terlarang. Gambar kecil, pil Misoprostol berbentuk enam segi yang boleh menyebabkan keguguran.
Kuala Lumpur: Maut atau mandul. Itu risiko kepada wanita hamil luar nikah yang menggugurkan kandungan mereka bersendirian dengan menggunakan pil diperoleh daripada doktor tidak bertauliah yang berlambak di laman sosial.
Pakar sakit puan Dr Adilah Ahmat berkata, akibat terdesak selepas hamil tanpa berkahwin ramai wanita termasuk golongan remaja merujuk di Internet untuk menggugurkan kandungan mereka.
Menurutnya, maklumat diperoleh mendapati kaedah paling popular ialah menggunakan pil Misoprostol yang sebenarnya dijual untuk merawat penyakit ulser gastrik dengan cara menelannya.

“Bagaimanapun, pil itu disalahgunakan untuk menggugurkan janin dengan cara ia disumbat di dalam kemaluan. Hanya dalam tempoh tiga jam si pemakan akan turun darah dan berlakulah keguguran.
“Bunyinya memang mudah, tapi hakikatnya tidak begitu kerana ia amat bahaya,” katanya yang juga Perunding Perbidanan dan Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan Kaedah Persenyawaan Tabung Uji (IVF) Hospital Pantai.
Sumber myMetro

Read more...

Khamis, 10 April 2014

Budak 7 tahun derma organ kepada ibu

Xiaotian mendermakan buah pinggang kepada ibunya sebelum meninggal dunia.

Pada usia 34 tahun, Zhou Lu sudah mengalami dua kali kegagalan buah pinggang dan peluang untuk hidup agak tipis.

Bagaimanapun, wanita itu berpeluang meneruskan hidup apabila menerima buah pinggang baharu daripada anak lelakinya, Chen Xiaotian, 7, yang menderma organ untuk ibu kesayangannya. 

Zhou Lu menerima organ itu selepas dua hari Xiaotian meninggal dunia akibat kanser otak. 

Dua lagi organ Xiaotian turut didermakan dan membantu menyelamatkan nyawa dua individu lagi.

Zhou Lu dari wilayah Hubei, China, berkata beliau hanya menerima buah pinggang anaknya selepas keluarga memujuknya beberapa kali.

“Saya akui keputusannya menerima organ yang didermakan oleh Xiaotian adalah keputusan pilihan yang paling sukar buat diri saya. Organ anak saya bukan saja dipindahkan kepada saya, tetapi juga orang lain,” katanya.

Zhou Lu kini kian pulih selepas mengetahui memiliki buah pinggang anaknya. 


BH

Read more...

AIR MANDI MAYAT DIJADIKAN UBAT ?

INDONG (kanan) menunjukkan kain yang dijadikan tali untuk mengikat jenazah manakala pembantunya Siti Nor menunjukkan air mandian yang ditadah di dalam jag.
Kuala Terengganu: Air mandi mayat dijadikan ubat. Itu fahaman khurafat segelintir umat Islam di negeri ini yang masih menular dan sukar dibendung sejak puluhan tahun lalu.
Air mayat yang kotor dan berkuman itu digunakan semula sebagai air mandi kononnya untuk menghilangkan rindu kepada si mati, merawat kanak-kanak yang terkena badi mayat, sebagai air penerang hati dan mengubat ketagihan dadah.
Malah, ada juga ada yang meminta tali pengikat kain kafan dan sarung tangan digunakan tukang mandi mayat untuk membersihkan dubur si mati, juga dengan alasan dibuat ubat.

Tukang mandi jenazah wanita, Indong Awang, 66, yang berpengalaman selama 17 tahun dalam bidang itu, berkata, ada juga individu yang percaya air mandi mayat mampu menyembuhkan penyakit AIDS.
“Perbuatan khurafat ini sudah lama berlarutan dan masih berlaku sekarang, menyebabkan kami serba salah. Ini kerana apabila kami menolak permintaan mereka, ada yang marah dan ada juga berkeras melakukannya sendiri,” katanya.
Sumber myMetro

Read more...

Selasa, 8 April 2014

TAK BOLEH LAKUKAN HUBUNGAN SEKS,PASANGAN INI DIBAYAR US28 RIBU

imej

Keputusan mahkamah di Itali ini mungkin terdengar aneh . Mahkamah memberikan wang bernilai US $ 28 ribu pada pasangan dengan kehidupan seks tak harmoni .

Keputusan itu berdasarkan insiden kemalangan dua tahun lalu . Kala itu , seorang wanita yang tak disebutkan namanya dilanggar kereta ketika menyeberang jalan .

Alhasil , ia harus terbaring lemas di tempat tidur selama 3 bulan , seperti yang ditulis dalam laporan La Nazione . Mau tak mau , kejadian itu juga merosakkan kehidupan seksualnya .

Ia dan pasangan tak boleh bercinta seperti sebelum kemalangan . Tak hanya urusan ranjang . Suaminya merasa , kebahagiaan menjalani kehidupan bersama sehari - hari pun terasa menjadi beban .

Segala urusan memasak , membersihkan rumah , dan mencari nafkah dibebankan pada suami . Secara sosial dan rekreasi , sang suami pun merasa terbeban . Ia tak merasa hidupnya bahagia .

" Hubungan pasangan itu rosak selepas kemalangan , " kata peguam pasangan , Giuseppe Ricciotti . Hakim di Tuscany pun memerintahkan syarikat insurans pemandu membayar wang ganti rugi . 

Sumber : Newser


Read more...

Khamis, 3 April 2014

VIDEO PELIK JUGA ! LELAKI KETAGIH MAKAN BATU BATA

SEORANG lelaki di India mengajak orang ramai yang ingin mengamalkan diet supaya memakan batu bata seperti yang dilakukannya.
Pakkirappa Hunagundi yang mengalami ketagihan memakan bata yang diperbuat daripada lumpur sejak 20 tahun lalu.
Lelaki berusia 30 tahun itu juga sehingga kini hanya menjadikan bata tanah itu sebagai makanan diet dan menganggapnya sebagai diet sihat.
Ketika ditemuramah sebuah siaran televisyen sebelum ini, lelaki terbabit mengatakan bahawa dirinya tidak mengalami sebarang penyakit akibat memakan bata lumpur.
"Saya akan memakannya setiap hari kerana ia adalah makanan saya. Saya memerlukannya, saya tidak boleh berhenti," katanya bagi mengulas mengenai ketagihannya untuk memakan bata lumpur.
Berikutan ketagihan tersebut, isterinya akan mengumpul sebanyak tiga kilogram lumpur untuk membuat bata setiap hari.
Isteri Hunagundi perlu menyediakan makanan bata itu tersebut kerana bimbang lelaki terbabit memakan bata di dinding rumah mereka.
Sumber mStar Online

Read more...

Rabu, 2 April 2014

Biar kemaluan dimakan dubuk

Dubuk
Lusaka, Zambia: Seorang lelaki kini tiada kemaluan dan tiga jari kakinya selepas dimakan dubuk apabila seorang bomoh memberitahu dia boleh kaya jika kehilangan anggota badan.
Chamangeni Zulu dari Malawi dimasukkan ke Hospital Besar Chipata di Zambia yang terletak berhampiran sempadan Malawi selepas dia membiarkan dubuk itu memakan kemaluannya.
Katanya, seorang bomoh menjanjikan kekayaan jika dia ‘mengorbankan’ anggota badannya.

“Saya juga menemui beberapa orang yang giat dalam perniagaan yang juga memberitahu perkara sama,” katanya kepada akhbar Times of Zambia.
Sehubungan itu, katanya, dia memasuki kawasan semak sekitar jam 4 pagi Isnin lalu.
“Saya diarahkan berbogel. Seekor dubuk datang dan mula makan jari kaki saya sebelum turut memakan kemaluan saya,” katanya.

Menurutnya, bomoh itu tidak memberikan arahan jelas, malah dia juga tidak sangka akan kehilangan anggota badan berkenaan sepenuhnya jika bersetuju melakukannya.

Namun Zulu tidak putus harapan dan masih mengimpi untuk jadi kaya.

“Walaupun kehilangan anggota badan yang penting, saya tetap ingin kaya,” katanya yang bekerja di Zambia sejak empat bulan lalu.

Menurut jurucakap Hospital Chipata, keadaannya stabil selepas dibawa untuk rawatan oleh anggota polis.

Sebelum ini pada 2012, hanya 80 kilometer dari tempat kejadian, seorang lelaki turut diserang dubuk ketika keluar membuang air di tandas yang terletak di luar rumahnya. 
- Agensi

Read more...

Jumaat, 7 Mac 2014

Dibuang keluarga kerana penyakit


SAROTIN yang hidup sendirian selepas dibuang ahli keluarganya terpaksa meminta sedekah untuk meneruskan hidup.


BANDUNG, Jawa Barat - Seorang wanita Indonesia berusia 46 tahun di sini menderita selepas hampir keseluruhan tubuh badan termasuk mukanya dipenuhi ketumbuhan seperti bintil.
Lebih memilukan, wanita yang dikenali sebagai Sarotin itu telah dibuang oleh ahli keluarganya sendiri yang malu dengan keadaan anak mereka.
Sarotin mula menghidap penyakit kulit itu sejak tiga tahun lalu dan terpaksa meminta sedekah untuk menyara hidupnya.
Wanita itu pernah menjalani pembedahan yang dibiayai oleh kerajaan tempatan bagi membuang ketumbuhan seberat 70.5 kilogram itu, tetapi tumor tersebut tumbuh semula.
Separuh dari mukanya turut terjejas apabila terdapat satu ketumbuhan besar yang tumbuh sehingga menutup sebahagian penglihatannya.
Wanita malang itu mendakwa, dia tidak mampu untuk menanggung kos rawatan perubatannya dan sangat berharap untuk sembuh serta menjadi seperti wanita-wanita cantik yang lain.
 -Agensi(kosmo!)


Read more...

Khamis, 6 Mac 2014

PIL SEKS DARI THAILAND BOLEH KUAT MACAM KING KONG

ANTARA pil rangsangan seks yang mudah dibeli di Betong dengan harga serendah RM3.
Betong: “Pil seks Thailand boleh buat you kuat macam ‘king kong’. Ramai sudah cuba makan dan bawa balik ke Malaysia untuk dijual,” kata salah seorang peniaga kedai ubat di bandar Betong, selatan Thailand.
Wartawan Harian Metro yang menyamar sebagai pelanggan ditawarkan pelbagai jenis pil rangsangan seks oleh peniaga berusia 50-an itu yang mendakwa pil dan kapsul buatan Thailand lebih hebat berbanding pil Viagra atau Cialis yang diimport dari Amerika Syarikat. 
Pemilik kedai ubat dikenali sebagai ‘Bhicai’ yang fasih berbahasa Melayu itu memaklumkan terdapat pelbagai jenis pil rangsangan seks dijual bermula dari harga Bath30 (RM3) sehingga Bath200 (RM20) sebiji. 

“Kalau datang ke Betong memang wajib beli pil kuat seks. Harga di sini memang murah dan boleh bawa balik ke Malaysia sebagai cenderahati.
“Pil ini tak ada tarikh luput dan dijamin puas hati ‘lama’. Awak boleh beli banyak dan jual di Malaysia. Saya bagi harga murah pada ramai pelanggan Malaysia yang mahu buat bisnes di Kuala Lumpur,” katanya.
Sumber myMetro

Read more...

Rabu, 5 Mac 2014

TU DIA !! Dawai berus periuk dalam telur goreng

Beginilah keadaan dawai berus periuk yang ditemui Muhammad Azri dalam telur goreng.

MACHANG - Penemuan dawai berus periuk dalam telur goreng yang dipesan mengejutkan seorang pelanggan, di sini, baru-baru ini.

Muhammad Azri Awang, berkata, sekalipun peniaga berkenaan meminta maaf mengenai kejadian tersebut namun ia tidak seharusnya berlaku memandangkan kebersihan perlu dititikberatkan dalam penyediaan makanan kepada pelanggan.

Menurutnya, lebih membimbangkan jika dia atau pelanggan lain tertelan dawai itu yang mana mampu menimbulkan pelbagai masalah kesihatan.

“Jika tak tertelan, ia nampak biasa tetapi jika tertelan macam-macam masalah akan timbul terutamanya apabila ia membabitkan kanak-kanak. Saya harap kejadian ini menjadi iktibar kepada semua peniaga agar lebih berhati-hati.

“Saya faham, ia adalah satu kesilapan namun perkara ini tidak akan terjadi jika tukang masak itu peka dengan kebersihan dan sentiasa mengutamakannya,” katanya.

Muhammad Azri berkata, peniaga tersebut mengakui kesilapannya  dan  dia tidak bercadang untuk memperbesarkan perkara itu selain menjadikannya pengajaran kepada peniaga lain agar tidak berulang.


Sumber sinarharian


Read more...

Sabtu, 1 Mac 2014

Pelik! Gigi dalam otak bayi 4 bulan

Imbasan menunjukkan kedudukan gigi dalam otak bayi berkenaan.

Baltimore: Sekumpulan doktor pakar menemui gigi tumbuh dalam otak seorang bayi lelaki berusia empat bulan dan berjaya mengeluarkannya melalui pembedahan, lapor sebuah jurnal perubatan kelmarin

Jurnal Perubatan New England dalam laporannya menyatakan, gigi bayi itu kelihatan tumbuh awal daripada sepatutnya tetapi bukan di mulut, sebaliknya dalam otaknya akibat daripada sejenis tumor otak yang jarang berlaku, tetapi ada pada bayi itu. 


Jalani imbasan MRI 

Bayi itu yang berasal dari Maryland, mula menarik perhatian doktor selepas pemeriksaan kesihatan rutin menunjukkan kepalanya membesar lebih cepat berbanding kanak-kanak seusianya. Bayi itu kemudian menjalani pemeriksaan imbasan MRI yang menunjukkan tumor itu mengandungi struktur putih kecil yang kelihatan seperti gigi.

Sebaik doktor menyedari ada sesuatu yang pelik di dalam otak bayi itu, mereka melakukan pembedahan untuk mengeluarkan tumor berkenaan. 

“Ketika mengeluarkan sel tumor yang berbahaya itu, doktor terkejut apabila mendapati kandungan dalam tumor itu adalah gigi yang sudah terbentuk sepenuhnya seperti yang terdapat pada rahang bahagian bawah,” lapor jurnal berkenaan

Doktor mengesan tumor itu berhampiran kelenjar pituitari bayi itu, berukuran 4.1 sentimeter. Ujian selanjutnya ke atas tisu tumor itu menunjukkan ia adalah ‘adamantinomatous craniopharyngioma’, sejenis tumor otak tidak berjangkit yang jarang ditemui tapi mampu membesar sehingga sebesar bola golf. 


Pakar bedah neurologi Universiti Pusat Perubatan Maryland, Dr Narlin Beaty yang menjalankan pembedahan itu memberitahu Live Science: “Jarang ditemui gigi dalam mana-mana tumor otak. Ia craniopharyngioma, yang jarang didengar”.

“Bayi itu sekarang semakin pulih daripada pembedahan yang berjaya mengeluarkan sel tumor itu,” kata salah seorang doktor yang merawatnya. Bagaimanapun dia masih menjalani pemeriksaan rutin MRI sebagai sebahagian rawatan untuk memastikan dia bertambah baik.

“Dia semakin bertambah baik. Terdapat tumor besar betul-betul di tengah otaknya. Jika sebelum era pembedahan moden, kanak-kanak seperti ini mungkin tidak boleh diselamatkan,” kata Beaty.

AGENSI 



Read more...

Rabu, 26 Februari 2014

IMPLAN PAYUDARA PALING RINGAN DI DUNIA

gambar dailymail

Payudara yang berat pun tidak baik untuk kesihatan dan penampilan . Para saintis boleh mencipta implan payudara yang paling ringan .

Mereka yang menjalani pembedahan pemasangan implan payudara demi mendapatkan payudara besar , juga harus memperhatikan berat payudara mereka selepas . Kerana jika terlalu berat ini akan buruk bagi kesihatan dan tidak menarik dalam penampilan .

Para saintis di Inggeris berjaya mencipta implan payudara yang mereka tuntutan sebagai yang paling ringan di pasaran . Rencananya implan keluaran akhir 2014 .

Implan baru bernama B - Lite mempunyai berat 30 % itu lebih rendah berbanding yang ada di pasaran . Keuntungan lain , implan tidak mudah kendur seperti sejumlah implan lain selepas pemasangan .

Selama ini implan payudara diperbuat daripada silikon gel yang berat dan larutan air garam .

Sementara B - Lite diperbuat daripada shell silikon yang isinya bola - bola silikon gel . bentuk padat silikon gel , tapi jauh lebih ringan .

Si pencipta , Dael Govrin , jurutera biokimia Israel berkata , sejak keluaran pertama kali pada 1962 , implan tetap berat dan tidak pernah mengalami perubahan .

" Kami tahu bahawa selepas 10 atau 15 tahun , implan ini perlu diganti . Bila anda meletakkan implan di payudara itu adalah berat mati . Itu sebabnya mereka mula mengendur setelah beberapa tahun dan mengapa wanita melewati dua atau tiga set jika mereka ingin mengekalkan keindahan payudara , " kata dia melansir dailymail , Isnin ( 24/2/2014 ) .

Kerana menurutnya penting untuk membuat implan seringan mungkin .

Rata - rata implan konvensional beratnya lebih dari satu kilogram , sedangkan payudara asli rata - rata sedikit lebih ringan dari itu . Implan baru beratnya satu pertiga kurang daripada jenis konvensional

Sumber inilah.com


Read more...

Ibu sanggup temani anak untuk gugur Janin

Ariana
Banting: Klinik yang menyediakan khidmat menggugur janin secara haram di daerah ini bukan saja menerima kunjungan pasangan kekasih termasuk remaja, malah lebih mengejutkan ada antara ‘pelanggan’ membabitkan budak perempuan berusia 12 tahun ditemani ibunya.
Itu pendedahan dibuat seorang bekas pekerja klinik berkenaan yang mengambil keputusan berhenti kerja selepas tidak mahu lagi terus bersubahat dengan perkhidmatan yang melanggar hukum Tuhan dan manusia itu.
Wanita itu yang mahu dikenali sebagai Ariana, 30-an, berkata, dia juga insaf kerana seakan-akan menerima ‘balasan segera’ daripada Allah apabila tiga kali keguguran serta sukar mendapatkan zuriat selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.

“Sebagai seorang Islam, saya rasa seperti bersubahat ketika bekerja di situ, malah jika ditanya tempat bekerja, saya terpaksa menipu untuk mengelak daripada dipandang serong masyarakat sekeliling.
“Ini kerana kebanyakan penduduk di daerah ini sedia maklum yang klinik berkenaan amat dikenali kerana menawarkan khidmat menggugurkan janin secara haram,” katanya.
Sumber myMetro

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP