GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 11 Februari 2011

Harga cili cecah RM33 sekilogram


Warga Jakarta marah kenaikan 10 kali ganda

JAKARTA: Penduduk Indonesia dianggap semakin marah kerana harga cili melambung sehingga 10 kali ganda dalam beberapa bulan kebelakangan ini menjejaskan kuasa beli sehingga menjadi perbincangan semua pihak daripada suri rumah hinggalah presiden.

Ada sesetengah pihak mencadangkan penduduk menggunakan sos cili botol. Tanaman cili musnah kerana hujan yang melebihi kebiasaan menyebabkan harganya meningkat antara AS$10 hingga AS$11 (RM30 hingga RM33) sekilogram, harga lebih tinggi daripada daging.

Harga cili merah dan hijau meningkat sehingga 600 peratus daripada AS$2.20 kepada AS$15 sekilogram (RM6.70 hingga RM45.60) pada Disember yang turut mencetuskan situasi panik di kalangan pembeli.

Beberapa hari pada Januari, harga meningkat 10 kali ganda kepada AS$22.20 (RM67.6) sekilogram.

Situasi ini menjadi serius, terutama bagi negara dengan kepadatan penduduk 237 juta orang dan pendapatan sekitar AS$200 (RM609) sebulan, tetapi ada sesetengah sanggup berbelanja untuk cili.

Di India, bukan hanya pengeluaran teh menurun, tetapi cuaca juga turut merubah rasa dalam minuman teh mereka.

Bagi peminat arak Perancis, anggur turut terjejas. Di Korea Selatan, hujan merosakkan tanaman kubis, sekali gus menjejaskan masakan kimchi.

Di Indonesia, indeks harga pengguna meningkat sehingga tujuh peratus pada Disember, paling tinggi dalam tempoh 10 bulan dan hampir satu peratus melepasi sasaran kerajaan, harga makanan yang tinggi dan cili terus mendapat tempat teratas.

Menteri Pertanian dan Perdagangan turut meminta pengguna mengurangkan penggunaan cili buat sementara waktu atau bertukar kepada sos cili botol.

Bagaimanapun, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono mempunyai ideanya sendiri, iaitu tanam di kebun sendiri. – AP

* Sumber Berita Harian Online

*** Tu dia..ini berita dari Indon.apa kurang pula dengan harga barang barang keperluan di negara kita Malaysia.. tengok harga bawang harga halia harga kangkung harga kerang dan juga harga bermacam macam keperluan asas yang lain.. meningkat terus meningkat..



Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP