Teruna 25 tahun tolak tawaran seks
Tweet
Read more...
* DRAGAS bergambar bersama penari-penari kelab tarian Secrets di London.
LONDON – Seorang pemuda berumur 26 tahun dan mendakwa masih teruna menjadi pengurus sebuah kelab tarian lucah, lapor sebuah akhbar semalam.
Pemuda itu, Dave Dragas mendakwa dia tidak tergoda dengan aksi ghairah di kelab tersebut dan berikrar tidak mahu mengadakan hubungan seks sebelum berkahwin.
“Saya menolak lebih 20 tawaran namun gadis-gadis itu tidak bernasib baik (gagal mengajaknya melakukan hubungan seks),” kata Dragas.
Dragas berkata, dia tidak pernah mempunyai teman wanita dan kerap mengunjungi gereja sekiranya mempunyai masa lapang.
Bagaimanapun, dia mengambil masa enam bulan untuk memberitahu bapanya bahawa dia bekerja di sebuah kelab tarian lucah.
Dragas berkata, bapanya tidak berasa gembira apabila mengetahui pekerjaannya.
Dia percaya gaji sebanyak £35,000 (RM186,042) setahun di kelab Secrets di London itu boleh membantunya membina sebuah keluarga pada masa depan.
“Tugas saya menyeronokkan tetapi ia adalah profesional,” katanya. – Agensi
* Sumber