GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 10 Mei 2012

Tawar isteri rakan untuk dimakan


RUDEL...bekas penjenayah.

LONDON: Seorang ahli politik sadis menawarkan isteri dan anak rakannya untuk dimakan menyelamatkan rakannya daripada berdepan dengan kes perceraian yang rumit.

Hans Ulrich Rudel, 53, yang didapati bersalah kerana membunuh, dituduh menyiarkan iklan dengan menggunakan nama wanita itu dan anak perempuannya berusia 12 tahun.

Dia menulis dalam iklan itu: “Mencari orang yang tegas dan berpengalaman atau sadis yang boleh mengubah menjadi haiwan tanpa kerelaan sendiri.” Kandungan iklan itu seterusnya berbunyi: “Juga berminat untuk menemui lelaki yang bersedia untuk menyembelih dan ‘dolce’ serta suka untuk memanggang kami pada pencucuk.” Rudel didakwa menyiarkan iklan itu menerusi Internet untuk membantu rakannya, anggota polis, Peter Joachim, 50, yang berdepan dengan kes perceraian bersama isteri, Patricia, 27.

Rudel yang menggunakan nama Marquis el Diablo di kelab S&M miliknya, memberitahu polis: “Saya berharap Patricia akan hilang dari radar dan Joachim mendapat hak memelihara anak mereka.” Rudel yang berasal dari Winterthur, Switzerland, kemudian memberitahu polis, ‘dolce’, yang bererti makanan pembasuh mulut dalam bahasa Itali, adalah perkataan yang digunakannya untuk kegiatan kanibal.

Dia ditahan selepas seorang ejen polis menjadi seorang daripada 20 orang yang memberi reaksi terhadap iklannya.

Rudel ditahan pada 2010 kerana disyaki menyebabkan satu pembunuhan.
Joachim yang mengasaskan cawangan tempatan untuk Parti Konservatif Switzerland, BDP, bersama-sama Rudel, ditahan berhubung iklan itu dan dipenjara selama beberapa minggu sebelum polis menyedari dia tidak tahu menahu mengenai rancangan jahat itu.

Rudel yang bekerja di pejabat perancang bandar memberitahu polis, dia memasukkan iklan itu dengan harapan ada orang yang akan membunuh Patricia.
Katanya, dia yakin wanita itu akan terdorong untuk menyertai permainan seks sadis tanpa menyedari ia akan menyebabkan kematiannya.

“Saya berharap Patricia akan diambil oleh seorang penyembelih dan tidak muncul lagi.’ Rudel yang akan dibicarakan hari ini, sudah menjalani hukuman penjara selama 10 tahun kerana terbabit dalam pembunuhan ritual seorang wanita muda pada 1998.

Dia menembak mangsa sebelum memaku mayat itu pada dahan pokok.

Kes itu dijangka mendedahkan lebih banyak fantasi kanibal di Eropah yang mula terbongkar pada perbicaraan kanibal Jerman, Armin Meiwes pada 2003. - TS

* Sumber



Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP