Amy Search Kesal Anak Pakai Seksi
Tweet
Read more...
KUALA LUMPUR: Penyanyi rock Amy (Search) kesal dengan penampilan anaknya, Nabila Huda yang terlalu mendedahkan pada majlis Anugerah Blokbuster 2011 yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Sabtu lalu.
Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman berkata, dia tidak suka Nabila berpakaian gaun hitam yang mendedahkan sebahagian dada dan perutnya.
"Seperti bapa-bapa lain, saya tidak akan bersetuju dan suka jika anaknya berpenampilan begitu.
"Sebab itu, semasa Nabila menjadi penyampai anugerah bersama Zahiril Adzim, bahagian perut Nabila yang terdedah sudah ditutup dengan sehelai kainm" katanya kepada akhbar Kosmo.
Tambah Amy, sebagai seorang artis yang sudah lama dalam industri, Nabila seharusnya pandai membawa diri.
"Dia sudah cukup dewasa dan boleh berfikir sendiri. Jangan bagi sedikit pun ruang kepada orang untuk mengata dan menjatuhkan kita," tegasnya.
Sementara itu, Nabila meminta maaf kepada semua pihak kerana berpakaian seksi pada malam berkenaan.
"Saya minta maaf kepada semua pihak sekirangnya fesyen tersebut menimbulkan perasaan kurang senang dan saya bertanggungjawab," katanya.
Beritahu Nabila lagi, kerana mahu menjaga perasaan dan sensitiviti masyarakat, dia menutup bahagian dada dan perut yang terdedah dengan sehelai kain sewaku muncul sebagai penyampai anugerah.
* Sumber mStar Online