GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 3 Januari 2013

Seorang lagi Gadis Brazil lelong Perawan


Rebecca Bernardo menawarkan keperawannya dilaman youtube.com

Brasil- Seorang lagi remaja wanita  Brazil, melelong keperawanannya kepada orang awam. Jika sebelumnya awam digegarkan oleh aksi Catarina Migliorini, yang melelong keperawanannya berharga 780 ribu Dollar Amerika, kali ini Rebecca Bernardo menawarkan keperawannya di laman www.Youtube.com.

Mengenakan atasan merah muda tanpa lengan dan berdiri di samping cermin ia menjajakan keperawanannya dalam video tersebut. "Hai, nama saya Rebecca. Saya di sini untuk melelong keperawanan saya," ujarnya seperti dipetik Tribunnews dari CNN, Khamis (2/1/2013).

Rebecca mengaku nekad mengemukakan tawaran tersebut lantaran ia memerlukan wang dalam jumlah besar untuk membantu ibunya yang sakit. Ia mengaku terinspirasi oleh Catarina Migliorini, seorang wanita Brazil yang dilaporkan menjual keperawanannya untuk 780 ribu Dollar AS pada sebuah laman web Australia mencari perawan.

"Saya mengambil keputusan tepat setelah saya merayakan ulang tahun ke-18," katanya.

Rebecca dalam sebuah wawancara dengan CNN, pada bulan lalu di rumahnya berkata, ibunya menderita stroke dan harus terbaring di tempat tidur. Selain itu ibu Rebecca tidak boleh menjalani kehidupan seorang diri, seperti makan atau pergi ke bilik mandi.

Gadis cantik berambut hitam tersebut mengaku, sudah cuba untuk mencari wang halal dengan menjadi penjual kosmetik, dan pelayan, tetapi kerana ia tidak memiliki ijazah sarjana, ia dibayar dengan upah yang murah.

"Saya hanya mendapat 150 reais ($ 75) untuk bekerja sepanjang hari, yang hanya mampu membayar seseorang untuk tinggal dan merawat ibu saya," katanya.

Namun semenjak ia menjadi terkenal, banyak orang yang mempersoalkan niat sebenar wanita berkulit putih tersebut ketika melelong keperawanannya. Sebuah rangkaian televisyen di Brazil menawarkan untuk membiayai rawatan ibunya dengan syarat Rebecca membatalkan rencananya.

* Sumber asal tribunnews.com



Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP