Polis berjaya lagi,Kumpulan samun bersenjata api tumpas
Tweet
Sumber myMetro
Read more...
ANGGOTA polis mengangkat salah satu daripada tiga penjenayah. FOTO Supian Ahmad
IPOH: Polis berjaya menumpaskan kumpulan samun bersenjata api yang merompak sebuah kedai emas membabitkan barang kemas bernilai RM1.8 juta dengan menembak mati tiga daripada empat lelaki dalam insiden berbalas tembakan di Bandar Meru Raya di sini kira-kira jam 11.10 pagi tadi.
Bagaimanapun, seorang daripada suspek berjaya meloloskan diri ke kawasan ladang kelapa sawit berhampiran dan dipercayai mengalami kecederaan, kata Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani
Polis kini menjalankan operasi mengesan suspek, katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, hari ini.
Dalam kejadian pagi tadi, suspek yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Waja warna perak berjaya disekat di persimpangan lampu isyarat berhampiran Tanah Perkuburan Islam Meru Raya, sebelum ditembak mati selepas insiden berbalas tembakan dengan polis.