Penyelidik temui asteroid akan hentam Bumi pada tahun 2880
Tweet
WASHINGTON - Sekumpulan penyelidik di Universiti Tennessee, Amerika Syarikat (AS) menjumpai sebuah asteroid gergasi yang berkemungkinan menghentam Bumi pada tarikh 16 Mac 2880, lapor akhbar MailOnline semalam.Semua kehidupan dijangka mati ekoran hentaman tersebut.
Read more...
GAMBAR lakaran artis menunjukkan sebuah asteroid menghentam Bumi.
WASHINGTON - Sekumpulan penyelidik di Universiti Tennessee, Amerika Syarikat (AS) menjumpai sebuah asteroid gergasi yang berkemungkinan menghentam Bumi pada tarikh 16 Mac 2880, lapor akhbar MailOnline semalam.Semua kehidupan dijangka mati ekoran hentaman tersebut.
Walaupun peluang untuk asteroid sepanjang satu kilometer yang dikenali sebagai 1950 DA menghentam Bumi adalah satu bagi setiap 300 tetapi bagi pandangan para saintis, peluang objek berkenaan berlanggar dengan Bumi tetap ada.
Menurut laporan yang disiarkan di jurnal Nature, para saintis memberitahu, asteroid berkenaan mempunyai diameter hampir satu kilometer dan bergerak dengan kelajuan kira-kira 14 kilometer sesaat menuju ke Bumi.
Asteroid berkenaan juga berputar dengan sangat pantas iaitu sekali dalam tempoh dua jam dan enam minit.
Dengan putaran sepantas itu, asteroid berkenaan sepatutnya berpecah tetapi satu tenaga yang dikenali sebagai van der Waals menjadikan batu angkasa itu tetap tidak terbelah.
Menurut para saintis, mereka tidak pernah menemui tenaga seperti itu pada sesebuah asteroid.
Sekiranya asteroid berkenan menghentam Bumi ia akan berlanggar pada kelajuan 61,155 kilometer sejam dan menghasilkan tenaga menyamai kuasa 44,800 megatan trinitrotoluena (TNT).
Impak pelanggaran itu menyebabkan letupan yang sangat besar dan kejadian tsunami serta mengubah iklim Bumi serta memusnahkan semua kehidupan di Bumi.
- AGENSI(KOSMO!)