GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 13 Januari 2011

Dating di Jeti Kuala Tembeling

Hari ini kerja luar lagi..kali ini dikawasan Jeti Kuala Tembeling..Pintu masuk ke Taman Negara melalui jalan Sungai..

Oleh kerana kome sampai pagi..maka persekitaran disini tidak sibuk dengan pelancong pelancong yang menaiki perahu / bot panjang untuk ke Taman Negara..

Kome kongsikan gambar gambar yang dirakam melalui kamera yang tidak seberapa harganya..tapi boleh lah..



* Sampai saja..terus meluru masuk kesebuah restoran yang ada di Jeti Kuala Tembeling ini.. apa lagi menu istimewa..nasi berlauk sama tea tarik gelas besar..masakan lauk ikan patin dan asam rom masih belum siap dimasak..



* Ini antara premis premis yang terdapat di Jeti Kuala Tembeling




* Ini sebuah tempat rehat di Jeti Kuala Tembeling..




* Jeti..tempat pelancong pelancong yang menaiki bot panjang..



* Kelihatan ada 2 sahaja bot panjang..



* Landasan..bukan landasan keretapi..tapi landasan untuk menurunkan beg serta barang barang keperluan pelancong..



* Permulaan landasan..jika waktu yang sibuk tentunya pelancong pelancong akan berbaris menunggu giliran untuk menurunkan beg serta barang keperluan di sini..




* Antara resort dan restoran yang terdapat di kawasan Jeti Kuala Tembeling..



* Penunjuk arah..




* Sampai disini jangan lupa untuk bergambar kenangan di tepi batu ini..



*** Selamat datang ke Jeti Kuala Tembeling.. untuk info tentang Taman Negara anda google lah sendiri..ada banyak website serta blog tentang Taman Negara..


Read more...

Fasha Sandha terasa hati?


Rupa nya Fasha Sandha terasa hati..lantas pergi bercuti bersama sama rakan rakannya ke Indonesia baru baru ini..

Petikan dari koSmo dibawah ini : -

SHAH ALAM - Pemergian Fasha Sandha bercuti ke Bali, Indonesia bersama rakan-rakannya baru-baru ini didakwa bukan untuk meraikan sambutan tahun baru 2011 seperti yang digembar-gemburkan, sebaliknya untuk melepaskan tekanan perasaan.

Kosmo! difahamkan, keputusan pelakon itu bercuti ke pulau peranginan berkenaan adalah kerana kekasihnya, Rizal Ashram Ramli, 35, atau Jejai menyertai keluarga serta bekas isterinya, aktres Nora Danish, 27, makan angin ke Jepun.

Menurut seorang rakan Fasha di sini, Jejai dikatakan pergi ke Jepun untuk meraikan hari jadi anak tunggalnya bersama Nora Danish, Putera Rayqal Rizal Ashram, 3, yang jatuh pada 7 Januari lalu.

"Jejai pergi ke Jepun selepas pemergian Nora, Rayqal dan keluarga Jejai terlebih dahulu sekitar awal Januari tahun ini.

"Fasha terasa hati, mungkin sebab itu dia membuat keputusan untuk bercuti ke Bali bersama rakan-rakannya itu selepas Jejai ke Jepun bersama bekas isterinya itu," beritahu rakan Fasha itu..

*** Iklan ( siNi ) ( siNi ) ( siNi ) ...


Read more...

Rabu, 12 Januari 2011

Pengawal keselamatan terima gaji baru akhir bulan ini


KUALA LUMPUR, 12 Jan. - Lebih daripada 100,000 pengawal keselamatan di negara ini dijangka menerima gaji minimum RM700 pada hujung bulan ini.

Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Datuk Sheikh Yahya Sheikh Mohammed berkata, kerajaan tidak berganjak daripada keputusan bahawa pelaksanaan gaji minimum itu adalah pada 1 Januari lepas.

Jika ada pengawal keselamatan tidak menerima gaji baru pada 31 Januari ini, mereka harus bertanya kepada majikan dan membuat laporan kepada Pejabat Tenaga Kerja berhampiran sekiranya masih tidak ada perubahan selepas itu, katanya di sini hari ini.

Sheikh Yahya berkata, jabatan itu telah berjumpa dengan Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia bagi menjelaskan keputusan kerajaan tersebut.

Sementara itu, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyambut baik keputusan kerajaan tersebut yang seiring dengan salah satu resolusi yang dibuat mereka pada persidangan bulan lepas. - Bernama

*** Bagus.. '' Boleh mohon kerja pengawal keselamatan part time ni ''...


Read more...

Masuk hutan

Hari ni kerja lain macam sikit..selalu ronda ronda dalam bandar tapi hari ini kena masuk hutan..jauh kira kira 65 km pergi dan balik..


* Lama tidak menikmati pemandangan hutan sebegini..sejuk dan boleh menyegarkan mata..



* Memang terasa sungguh kedinginan terutama di pagi hari..nyaman dan tenteram..kedengaran pula bunyi burung burung berkicau..




* Rasa sesuai sangat jika tinggal disini..jauh dari kesibukan dan hiruk pikuk dibandar..



* Oh.. tidak tak boleh tinggal disini..kerana disini kawasan pembuangan sampah..tujuan kerja hanya lah untuk membuat pemantauan disini..


*** Begitulah kerja macam kome ni adakala masuk hutan juga..ingatkan dalam bandar sahaja..


Read more...

Guru agama ditahan cabul gadis terkena sihir di bilik mandi

NIBONG TEBAL - Seorang guru agama ditahan polis selepas didakwa mengubati penyakit seorang gadis berusia 14 tahun dengan kaedah rawatan pelik iaitu mandi bersamanya pada Ahad lalu.

Mangsa dan ibunya dikatakan datang ke rumah suspek di sini kira-kira pukul 8.30 pagi kerana dikatakan terkena sihir dan kerap bergaduh dengan adik-beradiknya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supritendan Shafien Mamat berkata, sebelum rawatan dijalankan di dalam sebuah bilik tidur, suspek telah meminta ibu mangsa supaya menunggu di luar bilik...

* Sumber koSmo

*** Kalau pesakit lelaki kena rawat dengan mandi bersama jugak ke?..


Read more...

Selasa, 11 Januari 2011

TH bakal umum kadar dividen ‘memberangsangkan’


PUTRAJAYA, 11 Jan. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menjangka pendeposit Tabung Haji (TH) akan menerima kadar dividen yang ‘memberangsangkan’ bagi tahun kewangan 2010.

Beliau berkata, jangkaan itu berdasarkan keuntungan RM1.5 bilion yang dicatat Tabung Haji sepanjang tahun lepas.

"Kita sedang melihat dan mencongak, dan kita akan umumkan tidak lewat dari hujung Januari ini. Kita tentunya mengharapkan (kadar dividen) lebih tinggi tapi ia amat bergantung kepada keputusan akhir mesyuarat (Lembaga Pengarah) nanti,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Tahun lepas Tabung Haji mengumumkan bonus lima peratus untuk tahun kewangan 2009 yang diterima oleh 5.1 juta pendepositnya.

Mengulas perkembangan berbeza, Jamil Khir berkata, pihaknya sedang mengkaji untuk meningkatkan had umur kelayakan automatik menunaikan haji daripada 75 tahun sekarang kepada 65 atau 70 tahun, bagi memberi peluang mereka yang lebih muda menunaikan ibadat itu. - Bernama

Pada satu petang jam pukul 0245..

'' Nak pergi mana tergesa gesa ni ''..tanya Rosli Ghani kepada encik Topik..

'' Tabung Haji..nak masukkan duit ''..jawab encik Topik ringkas..

'' Uiks..tengah tengah bulan begini nak masukan duit yer? ''..kata lagi Rosli Ghani..

Encik Topik terus bergegas pergi..dalam poket ada rm13..nasib juga menabung secara potongan gaji melalui Tabung Haji..boleh juga buat lepas sesak bila situasi begini..

*** Selalu keluar masuk Tabung Haji..keluar duit masuk duit keluar dan masuk duit..selalu banyak keluar dari masuk.. haha!


Read more...

Facebook nak ditutup?

Elok tutup kot..



*** Selamat mendengar khutbah jumaat di atas..


Read more...

Hari tanpa seluar panjang di New York


SEJUMLAH orang mengambil bahagian dalam hari tanpa seluar panjang di New York kelmarin.

NEW YORK - Ratusan penduduk di bandar ini tidak memakai seluar panjang dan skirt petang kelmarin semasa menaiki tren bawah tanah walaupun dalam suhu yang sejuk.

Mereka cuma memakai seluar dalam dan seluar pendek selain pelbagai jenis baju bagi meraikan ulang tahun ke-10 hari menaiki tren tanpa memakai seluar panjang.

Terdapat seorang lelaki yang memakai baju kot dan bertali leher tetapi cuma berseluar pendek manakala sebahagian wanita hanya memakai seluar dalam pelbagai warna.

Trend itu bermula pada 2002 apabila kumpulan yang dikenali sebagai Improv Everywhere menggalakkan pengguna tren bawah tanah tidak memakai seluar panjang dan skirt.

Acara itu bermula pada pukul 3 petang dan hebahan mengenainya dibuat di laman web Facebook. - Agensi

* Sumber koSmo

*** Sedikit hari lagi mungkin ada pula hari tanpa seluar..hari tanpa seluar panjang dan seluar pendek maupun seluar kecik..


Read more...

Isnin, 10 Januari 2011

Lelaki dicekup rakam aksi wanita di tandas

KUCHING 10 Jan. – Kegiatan seorang lelaki merakam video wanita membuang air kecil di dalam tandas awam di sini, terbongkar apabila seorang mangsa warga Australia menyedari perbuatan itu lalu melaporkannya kepada polis.

Berikutan itu, suspek berusia 20-an ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana menceroboh hak peribadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 4 petang ketika mangsa, pelancong warga Australia melawat Muzium Kuching bersama teman lelakinya.

Difahamkan, mangsa berusia 20-an sebelum itu bertanyakan suspek yang dipercayai bekerja di situ untuk ke tandas.

Namun sebaik sahaja selesai menggunakan tandas, wanita itu terkejut apabila ternampak kelipan cahaya mencurigakan daripada sebuah kotak sabun.

Jurucakap polis berkata, hasil pemeriksaan mangsa menemui sebuah telefon bimbit di dalamnya.

“Mangsa terus memaklumkan kepada teman lelakinya yang kemudian membawa telefon itu ke pondok polis berdekatan untuk tujuan laporan.

“Suspek bagaimanapun nekad mengikuti mangsa dan meminta pegawai polis memulangkan telefon bimbit itu kepadanya.

“Rayuan suspek tidak diendahkan dan sebaliknya dia ditahan untuk disoal-siasat,” katanya di sini hari ini.

Kata jurucakap itu, hasil pemeriksaan, polis menemui kira-kira sembilan lagi klip video wanita membuang air kecil di dalam telefon bimbit suspek. - Utusan

*** Penyakit ni..orang kencing pun nak rakam..

Read more...

Fasha Sandha alahai


* Gambar ini dalam encik Google punya
..



* Gambar ini dipetik dari koSmo

Biarpun sudah seminggu berlalu..kawan nak ucap juga SeLamat tahun baru 2011 kepada Fasha Sandha
..

*** Ada yang tengok biasa jer..tapi ada pula yang tengok luar biasa..apa pun aurat sudah tercemar..

Read more...

AJL25 | Tahniah untuk Ana Rafali |


* Ana Rafali


Malam tadi layan sekejap saja AJL25 tv3..lepas saja Yuna menyanyi terus cari bantal dan tidor ..hahaha!..

Bila dekat keputusan bangun semula..

'' Tadi aboh kata Yuna menang ''..kata encik Amirul..

'' Dak arhh..aboh dah cakap Ana Rafali mesti menang punya ''..kata jawab Aboh encik Amirul..

Begitu lah..

Nak tau keputusan... sumber ada di blog ( akudansesuatu ) ( Uncle ) ( Sharinginfoz ) dan lirik lagu ada di ( Zulkbo )

*** FBI terbaik ..!

Read more...

Pendapatan terumpuk dari nuffnang.com.my


'' Aok tau tak apa makna pendapatan terumpuk? ''..tanya Azman Zahari

'' Entah mana kome tau..menda tu ''..kata Ahmad Zaki

'' Pendapatan terumpuk merupakan pendapatan yang dijana daripada kempen mCPM yang sedang berjalan di dalam blog anda. Jumlah pendapatan ini hanya akan digabung bersama jumlah pendapatan semasa anda selepas kempen mCPM tersebut tamat ''..jawab Azman Zahari

'' Buffered earnings are earnings for metered campaigns that are currently running on your blog. These will be added to your total earnings after the campaign ends..yang ni dalam Bahasa Ingeris ''..jawab Azman Zahari lagi..

'' Berlagak mentang mentang lah blog aok dapat Buffered earnings nuffnang ''..kata Ahmad Zaki terus berlalu dalam seribu kejelesan ''..

*** Selamat pagi iSnin..


Read more...

Ahad, 9 Januari 2011

Wang dalam kereta lesap

KOTA KINABALU: Seorang peniaga berputih mata apabila wang sejumlah RM107,000 yang sepatutnya digunakan untuk membeli saham lesap selepas keretanya dipecah dalam kejadian di tempat letak kereta pekan Inanam, kelmarin.

Kejadian berlaku jam 4.30 petang, di mana mangsa berusia 54 tahun berada di sebuah bank atas urusan membeli kereta baru sementara keretanya diletakkan di kawasan kejadian.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa pergi ke sebuah bank di pekan terbabit dan mengeluarkan wang RM200,000 untuk membeli kereta dan saham.

Sebaik tiba tempat kejadian, mangsa membawa bersama wang sejumlah RM93,000 untuk membeli kereta manakala bakinya RM107,000 ditinggalkan dalam kenderaan miliknya.

Sebaik urusan selesai, mangsa kembali semula ke keretanya namun terkejut apabila mendapati cermin pintu pemandu pecah.

Mangsa cuba mencari beg berisi wang tunai yang diletakkan di bawah tempat duduk pemandu dan terkejut mendapati ia hilang.

Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Inanam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan masih dijalankan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati modus operandi suspek ialah memecahkan tingkap di tempat duduk pemandu sebelum melarikan beg berisi wang tunai.

“Mangsa hanya menyedari kejadian itu apabila mendapati kaca bertaburan sebelum membuat pemeriksaan dan mendapati beg terbabit hilang,” katanya.

Ahmad Sofi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri dan orang ramai yang ada maklumat diminta menghubungi talian 088-242111..

*** Ini kes macam sudah menempah..sepatutnya bawa semua wang tersebut kemana mana jangan ditinggalkan dalam kereta walau pun 5 sen..

Read more...

Katanya isu minyak masak selesai '' elok lah makan masakan yang rebus rebus sahaja ''


* Ini daun ubi kayu celor / rebus sangat sedap cicah sama budu..


Betul ke isu minyak masak sudah selesai..tadi sempat masuk ke sebuah Pasaraya yang terkenal masih tiada lagi minyak masak..

Akak kat rumah suh beli pula santan kelapa kotak..ada lah tinggal 2 kotak..pergi pula tinjau tempat bawang...harganya naik..dalam Tv baru ini ada pegawai yang bagi alasan bahawa bawang cepat buruk / busuk disebab kan cuaca yang lembap..

'' Pergi pasaraya ke tadi aok ''..tanya Ahmad zaki..

'' A'ah..nak membeli minyak masak dan santan kelapa ''..jawab Azman Zahari..

'' Ishk..cuba lah jangan makan ngat makanan yang berminyak minyak tu..nanti badan aok tambah tambah bulat lagi ''..kata Ahmad Zaki..

Ada benar juga kata Ahmad Zaki itu..mas begini lah kalau nak diet..boleh kuruskan badan jika makan tanpa lemak ni..tapi tahan ke dengan masakan dengan celor / rebus..

Tak kan lah nak makan telur rebus sayur kobis rebus..ikan rebus daging rebus..masak asam pedas rebus..tomyam rebus..haha!

Selang beberapa hari..

'' Kenapa nampak lemah saja ni aok ''..kata Ahmad Zaki..

'' Slow je ni akibat selalu makan makanan yang rebus rebus sahaja ''..jawab Azman Zahari..

*** Orang dulu dulu selalu je makan ubi rebus..sihat sihat sahaja..jap lagi nak p cari ayam goreng KFC rebus..

Read more...

Sembang pagi minggu ( pinangan )

Hari minggu tiada acara apa apa encik Topik awal awal lagi sudah bersidai disebuah kedai kopi bersama rakan satu tamannya iaitu Rosli Ghani.. sambil minum pagi ( mgetea ) dan pekena nasik berlauk maka sempat lah dia orang berborak borak..

'' Semalam pergi ke rumah Pak Harun Rimau..majlis risik merisik untuk pertunangan anak dara beliau ''..kata encik Topik..

'' Dah tu guana ..senang ke Pak Harun Rimau terima..bukan ke dah 7 orang telah masuk meminang semua tidak mampu dengan hantaran yang di letakkan oleh keluarga Pak Harun Rimau tu..seorang pegawai kerajaan tak mampu..baru baru ni seorang guru cuba meminang..bila sebut sahaja hantaran terus guru itu tidak mampu ''..kata Rosli Ghani..

'' Memang betul..tapi kali ni Pak Harun Rimau letak hantaran 17 ribu serba satu terus pihak lelaki tidak menolak dan tidak pula mau potong harga ''..kata encik Topik..

'' Ohh..hebat tu..apa pekerjaan yang meminang kali ni ''.. tanya Rosli Ghani..

'' Penoreh Getah ''..jawab encik Topik.

*** Fuhhhh..!

Read more...

Sabtu, 8 Januari 2011

Malam minggu yang mesra ( Permintaan terakhir )


* Uji Rashid


Pengarah : Dato' Haji Jamil Sulong
Syarikat Penerbit : Merdeka Film Productions Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Drama
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 1987
Durasi : 90 min
Format : 35mm

Lakonan:

Sonny Abdullah: (Pelakon Utama)
Uji Rashid: (Pelakon Utama)
Dato' Yusof Haslam:( Pelakon Utama)
Dato' Ahmad Daud: (Pelakon Pembantu)
Nozie Nani: (Pelakon Pembantu)
Ogy Ahmad Daud:(Pelakon Pembantu)

Filem ini di tayangkan kawan masih lagi berada dalam darjah 6..Akak Uji Rashid cukup terkenal masa itu..seingat kawan pergi menonton bersama pak saudara kawan..dia yang bawa awek masa itu kawan di suruhnya duduk jauh jauh.. Ciss ..!

Sinopsis:


Cerita ini mengisahkan kehidupan, Salina seorang gadis yang terpaksa menjalani kehidupan baru setelah ibunya berkahwin dengan Datuk Mazlan, bapa Rohani yang merupakan musuh Salina di sekolah.

Salina terpaksa bersaing mendapatkan perhatian keluarganya. Keadaan ini berlanjutan sehingga dia mengetahui dirinya mengidap penyakit merbahaya dan merahsiakan daripada pengetahuan ahli keluarganya. Rahsianya terbongkar apabila Rohani terdengar doa yang dibaca oleh Salina..

* Ini Ogy Ahmad Daud

Layan Trailer pembukaan cerita Permintaan terakhir sila ketik ( siNi )

*** Naik basikal juga untuk pergi menonton filem ini..suka tengok mata Akak Uji Rashid ..ada penonton yang nangis nangis bila part ending..sedih ooo``..


Read more...

Cadangan untuk pindah pejabat akibat pejabat lama mengalami ketirisan

Tu dia tajuk..ada cadangan dari pihak pengurusan supaya kome pindah pejabat kerana pejabat kome yang lama sekarang ini sering mengalami ketirisan ( bocor ) apabila hujan turun..

Baru baru ini adalah melaporkan kepada tuan punya bangunan yang disewakan ini tapi respon yang diambil macam kura kura sakit perut sedang berjalan..justeru itu kome mengambil alternatif dengan mencari ruang untuk pejabat yang baru..

Kawasan yang sangat startegik..ditengah tengah bandar baru yang sedang pesat membangun..harga sewa sebulan boleh tahan..harap kompeni kome bersetuju dengan cadangan ini..



* Ini ruang pejabat cadangan yang telah kome cari..luas boleh main basikal didalamnya.. tapi kena tambah panel untuk membuat bilik..



* Ini pula ruang belakang..juga luas..sangat sesuai untuk bermain Carom ataupun dart maupun mengulau..



* Dan di tingkat bawah pula ada tempat membeli belah..pusat perniagaan yang terkenal juga..pastinya akan mengundang sedikit permasalahan sebab disini ramai anak anak gadis yang bekerja..maka rodong rodong pekerja tentunya ada yang akan mengaku bujang atau pun kembali bujang..


*** Kawan mungkin tak terlibat dengan perkara yang di bawah ..haha!

Read more...

Jumaat, 7 Januari 2011

Penduduk kampung gempar jumpa buaya sesat


* Ini buaya google


KUANTAN 7 Jan. - Penduduk Kampung Sungai Soi di sini gempar apabila menemui seekor buaya tembaga dipercayai sesat di kampung mereka hari ini.

Kejadian tersebut disedari seorang penduduk, Fauzita Othman, 28, yang menyangka reptilia berkenaan adalah longgokan sampah yang ditinggalkan di tepi lorong kecil berhampiran rumahnya. - Utusan

*** Tu dia..buaya sudah masuk Kampung..

Read more...

Telefon selular tidak boleh sebabkan barah


Baru baru ini memang ada berita menyatakan bahawa telefon selular boleh menyebabkan barah otak..kini WHO mengesahkan bahawa tiada kaitan antara risiko barah otak dan pengunaan telefon bimbit..

Jadi selamat lah kita menggunakan telefon selular ini..

KUALA LUMPUR 22 Dis. - Frekuensi elektromagnet telefon selular terbukti selamat dan tidak boleh mengakibatkan barah otak kerana ia tidak kaitan antara satu sama lain.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum berkata, frekuensi elektromagnet dari telefon selular itu berlainan dengan pendedahan kepada radiasi mengion seperti radiasi nuklear.

"Ini berikutan kenyataan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) tahun ini yang mengesahkan bahawa tiada kaitan antara risiko barah otak dan penggunaan telefon bimbit," katanya ketika menjawab soalan Senator Mohd. Khalid Ahmad di Dewan Negara hari ini.

Mohd. Khalid mahu mengetahui sejauh mana kebenaran dakwaan telefon selular boleh menyebabkan kesan negatif terhadap pengguna.

Joseph berkata, frekuensi elektromagnet telefon selular adalah tergolong dalam radiasi tidak mengion iaitu ia tidak mempunyai cukup tenaga untuk menukar molekul-molekul di dalam badan manusia.

Beliau berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga tidak menerima sebarang kes melibatkan penggunaan telefon selular dan impaknya terhadap risiko barah otak setakat ini.

"Bagaimanapun, SKMM menerima 43 aduan mengenai gangguan frekuensi yang berpunca daripada menara telekomunikasi dan tindakan sudah diambil ke atas semua aduan," katanya..

*** Selalu berdengung dan panas telinga saja..jika selalu SMS mungkin nanti jari akan menjadi kontot pula ''..haha!

Read more...

Senyum dipagi hari Jumaat ( barang naik )

Sana sinun ramai orang bercerita tentang kenaikan harga barang.. serta barang kawalan pun susah nak dapat ( hilang dipasaran )..ini juga menyebabkan Kak Zakiah dan Rozita membawa isu yang sama..

'' Senang ke nak dapat minyak kelapa Zita ''..kata Kak Zakiah..

'' Susah lah kak ..4 pasaraya masuk baru dapat sebotol..tu pun minyak jagung..nak tak nak belilah juga Kak ''..jawab Rozita..

''.. barang kawalan macam tu pun susah nak dapat..ini mesti nak naik harga punya..macam juga gula tempohari ''..kata Kak Zakiah..

'' Betul kak..bawang pun sudah naik harga..santan kelapa pun naik harga..tapi kak ada juga barang yang naik lepas tu turun..naik turun dan naik lagi lepas itu turun ''..kata Rozita..

'' A'ah la Zita..jangan nak buat lucah pagi pagi hari begini ''..kata Kak Zakiah..

Dan mereka berdua pun ketawa terkekeh kekeh ..

*** eheh?

Read more...

Khamis, 6 Januari 2011

Harga getah tertinggi dalam sejarah negara


* Double plan


LABIS 6 Jan. - Harga pasaran getah SMR 20 yang kini mencecah paras RM15.06 sekilogram merupakan kadar tertinggi kenaikan harga komoditi itu yang dicapai dalam sejarah negara.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, kenaikan harga berkenaan sekali gus memberi kebaikan kepada pekebun kecil dengan mendapat keuntungan yang tinggi kepada mereka.

"Unjuran kenaikan ini merupakan unjuran yang tinggi. Getah adalah komoditi yang stabil. Kalau harga turun pun, ia tidak banyak.

"Saya lihat dari segi purata, kalau mereka (pekebun kecil) mempunyai dua hektar tanah, mereka mendapat RM5,600 sebulan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen tanam semula peringkat Johor, di sini, hari ini. - Bernama

*** Harga getah naik lagi dan lagi..begitu juga harga barang naik lagi dan lagi..

Read more...

Ariel dipenjara 5 tahun


JAKARTA 6 Jan. - Penyanyi Ariel Peterpan tergamam dan tertunduk lesu sebaik hakim menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atasnya selepas didapati bersalah terlibat dalam penerbitan video lucah dengan Luna Maya dan Cut Tari.

Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Ilham juga dikenakan denda sebanyak Rp250 juta (RM85,000). - Utusan

*** Aduhh Pakk !..

Read more...

Pengunaan bahasa yang pelik


Pagi ini hujan..adakala lebat adakala renyai..nak turun kerja kat luar macam malas sahaja..tapi atas arahan kena juga melangkahkan kaki..

Lalu di satu kawasan premis kedai yang baru..ternampak signboard seperti diatas..mengunakan bahasa ( ejaan ) yang agak pelik..

** Oh ..indah bandar ku.. !!

Read more...

Surat terbuka dari Uncle ( PENGGUNAAN WIDGET MUSIC PLAYER AUTOMATIC DALAM BLOG )

Tuan / Puan

PENGGUNAAN WIDGET MUSIC PLAYER AUTOMATIC DALAM BLOG

Adalah dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sejak kebelakangan ini sudah wujud kembali sistem music player secara automatic dan ianya diguna secara berleluasa tanpa sekatan dan teguran dari pihak-pihak yang ingin membuat teguran. Kemungkinan ia datangnya dari blogger yang masih baru dan mungkin tidak tahu akan implikasi penggunaannya.

3. Tidak salah jika menggunakan music player didalam sesuatu blog, tapi seharusnya carilah yang boleh di "mute" kan supaya senang bagi blogger lain yang datang melawat, umpama jika ada tetamu datang ke rumah time kita pasang radio sampai nak pecah gegandang telinga, adalah tidak patut dan tidak sesuai sekali. Sesungguhnya implikasi akan wujud kerana ianya boleh menyebabkan perasaan kurang senang. kurang selesa dikalangan pelawat yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur.

4. Seharusnya kita perlu tahu, bukan semuanya line internet " laju tahap dewa " ada sesetengah dari kita hanya mempunya line "sekadar cukup makan " maka sewajar nya diberi perhatian. player music yang dibuka secara automatik akan menyebabkan loading atau akses ke blog anda menjadi semakin bertambah lambat. Itu uncle belum sentuh lagi pasal perletakan widget serba merepek yang tiada kena mengena dengan blog kita yang sungguh meriah alam. Bagaikan satu pesta seolah-olah berlumba ingin menjadi blog terchantek abad ini.

5. Uncle sekadar menasihati, jika ada wujud rasa keprihatinan dari pihak tuan / puan, maka ambilah nasihat uncle ini sebagai rujukan. kepada mereka yang masih baru, uncle mohon maaf jika teguran uncle meninggakan sedikit gurisan, tapi semuanya untuk kebaikan manusia sejagat sebelum isu ini akan dibangkitkan oleh blogger yang lebih senior. takut cakap-cakap mereka lebih memedihkan, lebih menyakitkan. boleh tinggal parut buat selamanya.

6. Jika ada perasaan mengatakan " Ini blog saya, suka hati saya lah " sebagai cogan kata kita setiap hari, maka tukarlah ianya dengan segera. dalam blog pun kita mesti lah hidup bermasyarakat. jika mahu jadi kera sumbang, atau nak buat hal sendiri, jangan lupa jadikan blog anda sebagai blog yang tidak boleh di akses oleh sesiapa.

7. Diharap kata-kata uncle ini akan diambil perhatian semua. Kerjasama anda amatlah uncle hargai.

Sekian terima kasih

SAYA YANG MENURUT PERINTAH

*
( UNCLEPUNYABLOG.COM )

s.k. boleh copy dan paste entry uncle sebagai edaran kepada semua

* disebabkan bahan bercetak maka tandatangan tidak perlu digunakan.

Read more...

Jaga kesihatan diri selalu selalu lah membuat timbangan


Tadi pergi ke blog AAP untuk membuat timbangan..rupa rupanya berat badan kawan yang melebihi berat blog.. Ha ha ha!..

* Kena berbuat sesuatu ni.. ''

Read more...

Rabu, 5 Januari 2011

Tiada rancangan naikkan harga minyak masak

PUTRAJAYA 5 Jan. - Kerajaan tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menaikkan harga minyak masak sebagaimana yang diuar-uarkan dilaksanakan sebelum Tahun Baru Cina ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang akhbar di sini hari ini. - Utusan

*** Tiada rancangan tiada mengapa lah..tapi minyak masak kemana menghilang..sampai susah sangat ada di paSaran !...

Read more...

Jadi lelaki paling gemuk di dunia kerana kecewa


* PAUL MASON menggunakan kerusi roda semasa dia keluar dari rumahnya di Ipwich baru-baru ini.


IPSWICH, Britain - Lelaki paling gemuk di dunia, Paul Mason, 49, memberitahu dia menjadi terlalu gemuk selepas ditinggalkan kekasih yang lebih tua daripadanya, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut Mason, dia makan 24 jam sehari selepas kekasihnya yang berumur 39 tahun bertunang dengan lelaki lain.

Bekas pekerja pos itu menyatakan, semasa bercinta dengan wanita itu, umurnya 21 tahun dan kekasihnya bertindak meninggalkannya ketika dia berusia 26 tahun pada 1986.

Sejak itu, dia makan 24 jam sehari dengan memakan sarapan pagi yang mengandungi 2,060 kalori, snek dengan jumlah kandungan 1,740 kalori dan makanan tengah hari mengandungi 2,200 kalori.

Jumlah kalori itu menyebabkan berat badannya meningkat kepada 444.52 kilogram (kg).

"Saya beralih kepada makanan, Apa yang saya mahukan adalah untuk mendapatkan keselesaan.

"Saya makan tanpa henti selama 24 jam pada setiap hari. Saya tidak tidur pada waktu malam kerana saya makan dengan konsisten," kata Mason yang kini bergerak dengan menggunakan kerusi roda elektrik..

Berat badannya kini 234.02kg berkurangan sebanyak 190.50kg dalam tempoh setahun selepas dia menjalani pembedahan gastrik yang dilakukan bagi mengelakkannya memakan terlalu banyak makanan. - Agensi

*** Kata Akak '' Ohh..tidak mungkin seandai akak frust mau jadi kurus melengking..bukan begini ''..

Read more...

Harga petrol RON97, minyak tanah naik

KUALA LUMPUR - Harga petrol RON97 dan minyak tanah masing-masing naik sebanyak 10 sen seliter mulai tengah malam tadi, kata Presiden Persatuan Penjual Petrol Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman.

Beliau berkata, dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 naik kepada RM2.40 seliter (sebelum ini RM2.30 seliter) sementara minyak tanah kepada RM2.50 seliter.

Hashim yang dihubungi berkata, beliau dimaklumkan mengenai kenaikan harga kedua-dua minyak tersebut oleh pihak berkuasa malam tadi..

*** Ha ha ha! lepas ni minyak maSak pula ..

Read more...

Suami tahan lebih lama


Samada sedar atau tidak bagi blog yang mengunakan Chat box jenama Shoutmix Chat termasuk kawan yang mengunakan benda alah ini..sudah lama terdapat iklan iklan yang semacam tidak berapa sedap je untuk di baca.. hehe!

Pernah juga nak cuba memadamkan iklan iklan ini tetapi bila Log in kat Shoutmix Chat..tiada pula iklan benda alah ini muncul..

Kini kawan mengambil keputusan untuk membiarkan saja benda alah ini ..asal jangan menyakitkan kawan sudah..

*** Ingat nak kenakan charge je bagi sesiapa yang mengunakan kotak Chat ini dengan tujuan pengiklanan..lepas juga duit tea tarik dan tembakau cap musang...nak di remove kotak Chat ini sayang pula..sebab ramai awek awek yang hantar mesej kat sini ...

Read more...

Selasa, 4 Januari 2011

Hujan di negeri pantai timur mulai esok sehingga Sabtu


KUALA LUMPUR 4 Jan. – Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang bermula esok sehingga Sabtu.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, kawasan yang terlibat di Kelantan ialah di daerah Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang dan Kuala Krai, manakala di Terengganu pula melibatkan daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman, sementara di Pahang melibatkan daerah Kuantan.

Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana yang kini berlaku di Sabah dijangka berlarutan hingga Jumaat.

Kawasan yang terlibat ialah di Kudat, Pitas, Kota Murudu, Ranau, Kota Belud, Beluran, Sandakan dan Kinabatangan.

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan yang berkedudukan rendah dan berdekatan tebing sungai, menurut kenyataan itu. – Bernama

*** Pesan Akak.. '' Bila memandu sila lah berhati hati..mana mana yang tinggal di kawasan rendah sila berhati hati juga ..Sila juga sediakan payung dan juga Sampan dan bagi anak anak kecil jangan main air banjir ''..

Read more...

Dapat pakaian percuma jika berpakaian dalam


* SEJUMLAH orang yang memakai pakaian dalam berbaris di luar kedai jenama Desigual di Lisbon, Portugal kelmarin.


MADRID - Sejumlah orang termasuk wanita yang memakai pakaian dalam sanggup beratur dalam suhu sejuk semata-mata untuk memperoleh pakaian mahal yang diberikan secara percuma di kedai-kedai cawangan Desigual di Madrid, Sepanyol dan Lisbon, Portugal kelmarin.

Hanya 100 orang yang paling awal memasuki kedai itu dibenarkan memperoleh pakaian mahal secara percuma.

Sebelum itu, seramai 200 orang memakai pakaian dalam sanggup berbaris di luar kedai tersebut untuk merebut tawaran unik itu.

Dua orang yang bertuah itu, Pedro Soares dan Ivan Silva mendakwa mereka tiba di kedai Desigual pada pukul 1 pagi waktu tempatan kelmarin di Lisbon.

Mereka berbaris selama lapan jam untuk menunggu pintu kedai itu dibuka.

"Saya mendapat sehelai baju sejuk dan sepasang seluar yang mungkin berharga AS$250 (RM766.125)," kata Soares.

"Saya suka jenama ini (Desigual) dan saya boleh memperoleh pakaian itu tanpa membuat sebarang pembayaran," tambahnya.

Seorang pegawai perhubungan awam jenama Desigual, Beatriz Almeida berkata, inisiatif itu dibuat bagi menandakan bermulanya jualan untuk musim sejuk. - Agensi

*** Rasanya ini bukan cerita yang pelik..jika disuruh berbogel pun tentu mereka mereka ini pun sanggup..

Read more...

Ibu latih anak jadi 'toyol' curi beg tangan


*Toyol kaler hijau !


KUALA LUMPUR 3 Jan. - Jika beg tangan wanita yang diletakkan bersebelahan pemilik ketika makan dan memilih barang di pusat membeli belah diambil oleh kanak-kanak ia akan dianggap budak itu sedang bermain bukannya mencuri.

Berikutan itu, seorang wanita warga Asia Barat dipercayai menggunakan kesempatan tersebut dengan melatih anak lelakinya berusia tujuh tahun untuk mencuri beg tangan wanita di beberapa pusat membeli belah terkemuka di ibu negara.

Kegiatan itu terbongkar selepas seorang pelajar perempuan berusia 25 tahun kehilangan beg tangan ketika sedang memilih kasut di Suria KLCC di sini kelmarin.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian pukul 3 petang itu, mangsa dan seorang sepupunya sedang memilih kasut sebelum menyedari didekati seorang wanita Asia Barat tengah memakai jubah dan purdah yang membawa anaknya.

"Mangsa yang mendapati suspek turut memilih kasut membiarkan kanak-kanak itu bermain berhampiran beg tangannya.

"Namun beberapa minit selepas itu, mangsa mendapati kanak-kanak tersebut hilang bersama beg tangan yang berisi wang tunai sebanyak RM3,000 itu," katanya di sini hari ini.

Jurucakap polis itu menambah, kejadian beg tangan hilang dicuri oleh kanak-kanak yang dipercayai dilatih ibu bukan perkara baru kerana terdapat laporan daripada mangsa lain.

"Siasatan awal percaya, suspek melatih anaknya untuk menjadi 'toyol' mencuri beg tangan yang diletakkan bersebelahan mangsa.

"Ini kerana, mangsa tidak akan curiga sekiranya kanak-kanak bermain berhampiran barangan berharga berbanding orang dewasa," jelasnya..

** Bertuah sungguh dapat ibu macam ini..

Read more...

Raja penipu tiduri 2,500 wanita

LONDON - Seorang penipu di Britain, Paul Bint, 48, mendakwa dia memperoleh lebih £2 juta (RM9.4 juta) milik sejumlah wanita yang diperdayakannya untuk membeli kereta sport, barangan kemas serta tinggal di hotel-hotel mewah, lapor sebuah akhbar semalam.

Digelar raja penipu kerana kelicikannya, Bint, 48, turut meniduri 2,500 wanita dengan menyamar sebagai seorang perunding hospital, peguam dan eksekutif bank untuk menggoda dan membawa mereka ke ranjang.

"Saya juga pernah menjalin hubungan dengan 10 wanita sekali gus dan menggunakan identiti berbeza apabila bersama mereka," katanya.

Lelaki itu memiliki rekod jenayah seawal usia 15 tahun tetapi menyedari dia pandai menipu selepas mencuri sebuah stetoskop ketika berusia 21 tahun untuk menyamar sebagai seorang doktor di beberapa wad hospital.

Bagi mengelak disyaki oleh mangsanya, Bint banyak membaca buku mengenai pelbagai kerjaya selain memiliki daya ingatan yang baik.

Dia yang dibebaskan setelah separuh jalan menjalani hukuman penjara tiga tahun beberapa hari lalu bagaimanapun, berikrar untuk tidak lagi menipu dan mahu menjalani kehidupan berlandaskan undang-undang. - Agensi

*** Wah !.. kerjaya yang hebat beliau ini..

Read more...

Isnin, 3 Januari 2011

Harga minyak masak tidak naik, bekalan mencukupi

PETALING JAYA 3 Jan. - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memberikan jaminan bahawa harga minyak masak tidak akan dinaikkan buat masa ini.

Timbalan menteri kementerian berkenaan, Datuk Tan Lian Hoe berkata, jaminan itu dibuat kerana bekalan minyak masak mencukupi dan tindakan diambil termasuk menyelaras dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk mempercepatkan bekalan kepada semua kedai.

Beliau berkata, kekurangan minyak masak disebabkan pembelian panik berikutan khabar angin bahawa harga barang keperluan ini akan dinaikkan.

"Minyak memang mencukupi untuk negara kita. Saya harap pengguna jangan dengar khabar angin sebegini.

"Kabinet belum mencadangkan untuk menaikkan harga (minyak masak), jadi tidak akan ada kenaikan harga buat masa ini melainkan ditentukan oleh Kabinet,” katanya kepada pemberita selepas melawat Tesco Mutiara Damansara di sini, hari ini.

Minyak masak adalah salah satu barang kawalan yang disenaraikan oleh kementerian itu.

Lien Hoe berkata, kementerian itu memantau keadaan ini dan memberikan amaran bahawa peniaga yang menaikkan harga barang berkenaan akan menghadapi risiko untuk didakwa mengikut Akta Anti-Pencatutan. — Bernama

*** Tidak percaya langsung jika tidak naik harga minyak masak ini..selalu macam ni lah..kita tengok yer kita akan tengok...

Read more...

Jualan rokok elektronik semakin meningkat di pasaran dunia


* BEBERAPA sampel rokok elektronik.


PARIS - Pihak pengurusan syarikat pengeluar rokok elektronik, EdSylver menyatakan jualan rokok itu meningkat sejak 2007.

Rokok elektronik merupakan alternatif buat perokok kerana ia kelihatan seperti rokok biasa, diperbuat daripada bahan plastik, tidak mengeluarkan abu dan menghasilkan asap tiruan.

Rokok yang menggunakan kuasa bateri yang boleh dicaj itu boleh digunakan di kawasan larangan merokok.

"Sejak dilancarkan pada tahun 2007 jualannya menunjukkan peningkatan sebanyak 30 peratus setiap tahun," kata seorang jurucakap syarikat EdSylver.

Rokok elektronik itu mula dicipta di China pada 2004.

Terdapat set rokok elektronik itu yang dijual di pasaran di AS pada harga AS$59.93 (RM184.85).

Rokok itu boleh diisi dengan nikotin yang terdapat dalam rokok biasa.

"Saya berasa gembira dengan rokok ini. Saya mahu mengulangi perasaan merokok tanpa nikotin," kata salah seorang pengguna rokok tersebut.

Pengasas bersama syarikat Rokok Elektronik Premium di Virginia, Amerika Syarikat (AS), Vitali Servutas berkata, jumlah jualan rokok elektronik keluaran pihaknya meningkat tetapi dia enggan mendedahkan jumlahnya.

Bagaimanapun, pakar tembakau di seluruh dunia menegaskan bahawa rokok elektronik itu tidak menyumbang terhadap kebaikan kesihatan dan menjejaskan kempen antimerokok.

Rokok itu turut mempunyai perasa seperti rokok Virginia Slims, Marlboro, Benson Hedges, 555, lemon dan vanila. - Agensi

*** Boleh juga kalu nak try ni..agak guana lah rasanya..agak tak ada kerja lain lah yer..kerja nak mengecaj bateri je..

Read more...

Minyak masak cap kelapa sawit sudah kurang di pasaran


* Minyak masak

Semalam masuk sebuah pasaraya yang terkenal di bandar ini..oleh kerana bekalan minyak masak di rumah sudah habis maka kawan pun menerima pesanan dari Akak yang sedang mengoreng kuih bom dirumah..

Sampai saja dikawasan minyak masak..yang peket habis yang botol habis..yang tinggal cuma minyak masak jagung..nak tak nak beli juga walaupun harganya sedikit mahal..itu pun cuma tinggal 2 botol kecil sahaja..

'' Adakah ini pertanda bekalan minyak masak kembali meruncing?..kemana minyak masak itu pergi..adakah disebabkan kelapa yang sudah tinggi harganya ataupun kenaikan harga kelapa sawit ''..atau mungkin ada kaki kaki sorok..tidak pun pengguna yang membuat pembelian panik...

* ketik koSmo untuk berita lanjut..

*** Dulu ada kuali yang boleh mengoreng tanpa gunakan minyak masak..sekarang kemana pergi kuali kuali itu yer..

Read more...

Ahad, 2 Januari 2011

Teh timbang bahaya kepada kesihatan - Jabatan Kesihatan

JELI, 2 Jan. - Teh timbang atau teh sukat yang amat digemari oleh penduduk di negeri ini sebenarnya boleh memudaratkan kesihatan mereka.

Ketua Penolong Pengarah Kanan (Keselamatan dan Kualiti Makanan) Jabatan Kesihatan Kelantan (JKK), Ahmad Nadzri Sulaiman berkata, teh berkenaan yang sering digunakan peniaga kedai kopi sebenarnya mengandungi bahan pewarna sintetik (bukan semula jadi) yang berbahaya kepada kesihatan.

"Teh berkenaan tidak mempunyai label dan dijual secara timbang di rata-rata kedai runcit di negeri ini. Ia berbahaya kepada kesihatan pengguna dalam jangka masa yang lama,” katanya.

Katanya, penjualan teh perlu mengikut Peraturan-Peraturan Makanan 1985 iaitu tidak membenarkan serbuk teh ditambah bahan pewarna.

Sesiapa yang didapati menjual, mengimport, mengguna dan menyimpan teh timbang ini, jika disabitkan kesalahan, boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun, katanya.

Beliau berkata berdasarkan rekod JKK dari Januari hingga Oktober 2010, sebanyak 1,858 kilogram serbuk teh timbang bernilai RM22,296 dirampas dalam operasi yang dijalankan JKK.

Peniaga restoran, Meriyam Sholah, 45, berkata beliau tidak mengetahui bahaya penggunaan teh itu dan telah menggunakannya sejak sepuluh tahun lalu.

“Makcik memang suka guna teh timbang ni, pekat molek untuk buat air teh terutama teh susu, kalau guna yang uncang tu nampak pucat dan tak sedap, pelanggan pun bising,” katanya. - Bernama.

*** Teh timbang ini sangat enak jika campor susu pekat lantas menjadikan ia tea tarik..tea tarik terlalu ramai pengemarnya..jadi macam mana yer..nak buat tea tarik kena guna tea bungkus lah..

Read more...

Aina dan Bapa beliau ( Selamat hari jadi Aina )

Semalam 1.1.11 genap lah usia Aina 11 tahun. Aina dilahirkan pada 1.1.00.. Sekarang Aina sudah masuk ke tahun 6 persekolahan..ini bermakna usia Aina baru 11 tahun telah menduduki tahun 6..Semasa pendaftaran sekolah untuk Aina dulu bapa beliau hampir tidak percaya bahawa Aina sudah boleh bersekolah pada tahun berikutnya..

Aina sempat bersekolah tadika hanya 1 tahun sahaja..semasa Aina didalam tahun 4 dulu pernah berlaku kekeliruan pada tarikh lahir Aina..cikgu penulisan BM Aina pada masa itu telah memangkah tanda kesalahan pada tarikh lahir Aina yang sepatutnya berada di tahun 3 pada masa itu..mungkin cikgu itu sedikit pening kerana tidak menyedari perkara ini..dan ini juga telah membawa bapa Aina bertemu gurubesar..



* kek harijadi Aina bapa beliau yang sponser..



Mungkin ini keistimewaan yang ada pada Aina iaitu berjaya memasuki sekolah dengan umur yang muda setahun..tahap pembelajaran Aina boleh di kategorikan dalam sederhana sahaja..tetapi Aina telah berjanji kepada bapa beliau akan mencuba yang terbaik untuk UPSR tahun 2011 ini..



* Aina sedang ralit menonton tv dalam rancangan kegemarannya '' Spongebob ''..

Ini yang membuatkan Aina telah bertekad untuk mengambil tuisyen di luar sekolah untuk semua mata pelajaran dalam UPSR..

'' Aina harap Aboh sediakan duit banyak banyak untuk kos Aina tuisyen dan juga untuk perbelanjaan makan minum selepas tuisyen ''..kata Aina..

'' Baik lah Aina ''..jawab Bapa Aina dengan layu..

*** Selamat hari jadi Aina .. ( Sharifah Aina Syafina AL Habshie adalah bayi yang ke 9 dilahirkan di Hospital Mentakab Pahang pada 01.01.2000.. millenium baby 2000 )

Read more...

Setahun pantang beli-belah


PONTYPOOL - Seorang ibu berusia 34 tahun di Britain, Bethan Brunell (gambar) berjaya menamatkan cabaran tidak membeli-belah selama setahun, kelmarin.

Selama tempoh itu, Brunell tidak membeli pakaian, menjalani rawatan kecantikan atau membeli barangan harga runtuh.

Dia, sebaliknya, meminjam pakaian daripada rakan-rakan di samping membuat sendiri dekorasi dan hadiah Krismas untuk suaminya, Steve, 42, serta anak perempuan mereka, Megan.

Wanita itu yang merupakan seorang bekas perunding pekerjaan di sini, Welsh, berkata, dia dapat menjimatkan lebih £1,000 (RM4,817) sepanjang tempoh tersebut selain berat badannya turun sebanyak 19 kilogram.

"Saya melakukan cabaran ini semata-mata kerana ingin bereksperimen. Walaupun tidak gembira melakukannya, ia dapat mendidik saya supaya kurang bersifat materialistik," katanya.

Menurutnya, dalam tempoh itu, dia cuma membeli beberapa keperluan asas iaitu makanan, petrol, barangan kelengkapan dandanan diri dan tidak terkecuali, seluar dalam tetapi bukan jenama mewah. - Agensi

*** Ini yang Akak nak bagi tau.. '' Akak sehari pun tidak boleh pantang untuk membeli belah ni ''..

Read more...

Sabtu, 1 Januari 2011

Malam minggu yang mesra ( Gila gila Remaja )


* Haa..ini dia filem melayu yang di tonton oleh Kapok bersama awek beliau sekitar tahun 1985 dulu..

Sinopsis..

Gila-Gila Remaja merupakan sebuah filem remaja Malaysia yang ditayangkan pada tahun 1985. Filem ini telah diarahkan oleh Hussein Abu Hassan dan diterbitkan oleh Shah Film Productions.

Seorang remaja nakal, Azroy bin Azlan (dipangil Azroy atau Roy) telah jatuh cinta pada seorang gadis pelajar baru bernama Suziana (Rehana Yassin) atau lebih mesra dengan panggilan Suzi dikalangan teman dan keluarga. Pada suatu hari, Roy (Faizal Hussein) dan kumpulannya telah terlibat dalam satu pergaduhan dengan kumpulan lain iaitu kumpulan "Gagak Hitam".

Akibat daripada pergaduhan tersebut, salah seorang daripada kawan Roy telah cedera parah. Farouk dan konconya, kumpulan Gagak Hitam yang masih tidak berpuas hati telah merogol adik Remy. Lantaran itu, Remy mengamuk dan pergi mencari mencari mereka untuk membalas dendam. Roy dan rakan-rakannya pergi mengejar Remy. Setibanya di sana Remy telah dibelasah beramai-ramai oleh Kumpulan Gagak Hitam. Roy dan rakan-rakan pun membantu Remy dan pergaduhan antara dua pihak pun berlaku. Dalam pergaduhan tersebut, Remy telah menikam Farouk dan membunuh ketua Kumpulan Gagak Hitam.



* Sebelah kanan tu Rosyam Noor



Polis tiba di tempat pergaduhan dan telah berjaya menangkap Remy. Remy dimasukkan ke dalam pusat pemulihan akhlak berikutan jenayah yang dia lakukan. Bagaimanapun, Farouk terselamat. Farouk yang terselamat telah mengapi-apikan ayah Suzi (Hussein Abu Hassan) agar membenci Roy. Ayah Suzi mengugut untuk memindahkan Suzi ke kolej lain sekiranya Roy dan Suzi masih bertemu. Roy berkorban dan meninggalkan kolej walaupun peperiksaan telah hampir..

'' Aok tengok wayang dengan mok we mana malam minggu te ''..kata Aduk..

'' Alah..mana ada..fitnah je aok semer ni ''..jawab Kapok..

'' Ha ha! ngaku saja lah..malam minggu te aok nipu kome seme..meredap katok ..rupa nya aok pergi tengok wayang dengan mok we aok yer ''..kata pula Micki..

Akhirnya Kapok tiada alasan lagi..

*** Meredap katok ada lah menangkap katak untuk di buat umpan pancing..

* Ada adegan breakDance dalam filem ini nak tengok ketik ( siNi )

Read more...

Bila tamat majlis Countdown

Macam biasa bila tamat sahaja sambutan Majlis tahun baru..pasti ada perkara perkara yang sudah di duga.. Ini baru di kawasan Daerah kome ..apa yang nak di paparkan di sini rasa nya semua sudah faham situasinya..




Kesedaran amat penting..



Tapi dimanakah kesedaran daripada pihak pihak yang menganjurkan..



Boleh di katakan masalah ini cuma kecil sahaja sebab ada pihak yang akan membuat kerja pembersihan..



Adakah nak disalahkan kepada peniaga peniaga yang berniaga pada malam itu..



Ataupun kepada orang ramai yang datang untuk menyambut malam tahun baru..



Ini hanya sebahagian..mungkin di daerah lain atau negeri lain berkeadaan begini juga atau sebaliknya..

*** Tepuk dada tanya selera.. kome juga yang dapat kerja lebih masa..

Read more...

Sanah sedia jadi teman hidup Ahmad


* SANAH (kanan) bersama anaknya, Sabaha membaca kisah
mengenai Ahmad yang disiarkan akhbar di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Hasrat seorang lelaki warga emas berusia 110 tahun, Ahmad Md. Isa untuk mendirikan rumah tangga mungkin tercapai selepas seorang wanita di sini terpaut hati padanya.

Wanita itu, Sanah Ahmad, 82, yang hidup sendirian sejak kematian suami 28 tahun lalu, menyatakan kesediaan untuk bersuamikan warga emas itu selepas membaca kisahnya dalam akhbar Kosmo! pada Rabu lalu.

Menurut Sanah, hatinya berdebar apabila menatap gambar Ahmad yang disifatkannya saling tak tumpah seperti arwah suami keduanya yang merupakan bekas tentera.

“Saya faham kesunyian yang dialami oleh Ahmad kerana saya sendiri pun sunyi tinggal seorang diri di rumah ini,” katanya ketika ditemui di Flat Desa Rejang, Setapak di sini semalam..

*** Baru ni pada hari rabu 29hb Disember 2010 ada kisah seorang lelaki berumur 110 tahun ingin berkahwin.. sila ketik ( siNi ) .. Haa.. kan hari ini sudah ada yang sudi..

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP