GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 1 September 2011

Kereta berusia 107 tahun masih berfungsi


* BRIAN CASELEY (kanan) memandu kereta berusia 107 tahun di Sherborne, Britain baru-baru ini.

SHERBORNE, Britain – Sebuah kereta dua tempat duduk yang dibina pada 1904 masih boleh bergerak dan didakwa tidak pernah mengalami kerosakan, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Kereta model Wolseley 6 itu dibeli oleh Brian Caseley, 65, pada 2004 daripada seorang rakannya yang merupakan pengumpul kereta vintaj.

Namun, harga kereta itu tidak didedahkan kepada media. Kereta tersebut mempunyai kelajuan maksimum 46.67 kilometer sejam. Namun, jumlah jarak pergerakan kereta itu tidak diketahui kerana ia tidak dilengkapi dengan meter perbatuan.

Isteri Brian, Pat, 63, berkata, kereta itu tidak pernah mengalami kerosakan dan masih berada dalam keadaan elok seperti ia baharu dikeluarkan.

“Kereta itu menggunakan 3.78 liter petrol untuk perjalanan di antara 48.28 kilometer hingga 64.37 kilometer dan ia lebih efisen daripada kebanyakan kereta pada hari ini,” katannya.

Pemilik pertama kereta itu ialah E. H. Greenly dari Titley Court, Herefordshire yang memilikinya pada 1905. – Agensi

* Sumber



Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP