GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 28 Mac 2012

Liyana Jasmay & Fathuddin Nikah 24 Januari 2013


BAGAI PINANG DIBELAH DUA... Pelakon Liyana Jasmay akhirnya mengesahkan akan bernikah dengan seorang ahli perniagaan, Fathuddin Mazlan pada 24 Januari 2013. Majlis pertunangan mereka berlangsung pada tarikh 28 Mac sempena menyambut ulang tahun kelahiran Liyana yang ke-24. Pada majlis itu pihak perempuan memberikan tujuh dulang hantaran dan dibalas lima dulang oleh pihak lelaki. FOTO: Feride Hikmet Atak 
KUALA LUMPUR: Pelakon Liyana Jasmay mengesahkan akan bernikah dengan kekasihnya, Fathuddin Mazlan,28, pada 24 Januari 2013.
Pemilihan tarikh perkahwinan itu dipersetujui oleh kedua- dua belah pihak keluarga dalam sebuah majlis pertunangan yang berlangsung di kediamannya di Kemensah Height, di sini, malam Rabu.
Liyana yang mengenakan persalinan rekaan Rizman Ruzaini berkata, majlis pertunangannya itu sebagai bukti dia sudah bersedia memikul peranan sebagai isteri selain hadiah ulang tahun kelahirannya ke 24 yang jatuh pada 28 Mac.
"Walaupun ikatan percintaan kami hanya tiga bulan, saya harap jodoh kami berkekalan sehingga akhir hayat.
"Alhamdulillah, saya sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri," katanya selepas majlis pertunangan tersebut.
Pada majlis pertunangan itu, Liyana memberikan tujuh dulang hantaran kepada Fathuddin yang terdiri daripada senaskhah Al-Quran, kain samping, butang baju Melayu, minyak wangi jenama Dunhill, manisan, kek dan kek cawan.
Pihak lelaki pula membalas lima dulang hantaran yang terdiri daripada satu set wangian, telekung, kek, cincin dan sirih junjung.
Detik pertemuan mereka bermula selepas Liyana Jasmay berkenalan dengan Fathuddin melalui seorang kawan sehinggalah mereka mula berkomunikasi melalui telefon sebelum sambutan tahun baru lalu.
"Selepas pertemuan kali kelima, barulah saya merasakan kami agak serasi. Yang penting sekali, dia amat menyayangi ibu dan ayah saya dan juga memiliki sisi humor," ujarnya.
Dalam pada itu Liyana turut menghadiahkan sebuah lagu buat Fathuddin yang juga jirannya itu berjudul Cinta Bersatu dan akan dilancarkan 30 Mac ini.
Selain keluarga dan rakan-rakan media, antara selebriti yang hadir ialah, pasangan pengantin baru, Lisa Surihani dan Yusry KRU, Farish Aziz dan Tam.
Fathuddin merupakan seorang ahli perniagaan.
* Sumber mStar Online


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP