GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 30 Oktober 2012

Gadis nakal dicucuk garpu panas


JEMPOL: Marah terhadap adik iparnya berusia 16 tahun yang dikatakan nakal dan gemar bersosial, seorang lelaki ‘mengajar’ gadis itu dengan cara kejam apabila menyimbah remaja berkenaan dengan air panas, mencucuk dengan garpu panas serta melibas dengan rantai anjing di rumah mereka di Pekan Jelai, di sini.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, mangsa yang sudah tidak bersekolah tinggal dengan kakaknya dan suspek berusia 40-an selepas kematian bapa manakala ibu mereka yang dikatakan pemabuk, sudah lama menghilangkan diri.

Menurutnya, akibat berang dengan sikap mangsa yang dikatakan gemar bersosial serta sering pulang lewat ke rumah, suspek mencurah air panas ke paha mangsa sehingga melecur teruk, Sabtu lalu.

“Mangsa yang kini masih dirawat di Hospital Jempol mendakwa dia juga dicucuk dengan garpu yang dipanaskan dan sebelum ini abang iparnya itu juga pernah memukulnya dengan rantai anjing.

“Bagaimanapun, pihak hospital belum memberi laporan penuh kecederaan mangsa yang belum dapat memberi keterangan terperinci berikutan masih trauma,” katanya.

Hamzah berkata, polis menahan suspek di rumahnya kira-kira jam 10 malam kelmarin, iaitu kira-kira setengah jam selepas polis menerima laporan kes berkenaan daripada Ketua Kampung Pekan Jelai yang prihatin nasib mangsa.

Menurutnya, suspek direman tujuh hari mulai semalam bagi membantu siasatan dan kes sudah dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Sementara itu, dalam kes berasingan seorang penganggur lelaki berusia 44 tahun ditahan reman empat hari bermula semalam, bagi membantu siasatan kes mencabul kanak-kanak berusia empat tahun, Sabtu lalu.

Menurutnya, dalam kejadian di Felda Palong 1, dekat sini, bapa mangsa membuat laporan polis selepas mangsa mengadu sakit di bahagian kemaluan ketika mereka mahu pulang ke Seremban selepas menyambut Aidiladha di kampung itu.

“Kanak-kanak itu yang juga anak kedua daripada tiga beradik kemudiannya dirujuk ke Hospital Jempol untuk pemeriksaan dan suspek yang juga jiran nenek mangsa, ditahan kira-kira jam 8 pagi (kelmarin) di rumahnya,” katanya.

Hamzah berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

* Sumber myMetro


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP