GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 29 Januari 2013

Pakaian Jennifer Lawrence terlondeh


Los Angeles: Tidak diragui ia adalah malam kemuncak karier lakonannya. Bagaimanapun, kegembiraan itu hampir bertukar menjadi kejadian yang memalukan bagi Jennifer Lawrence (gambar) pada majlis Anugerah Screen Actors Guild, semalam.
Di depan hadirin yang terdiri daripada bintang ternama, pelakon jelita berusia 22 tahun itu hampir kehilangan pakaiannya ketika berjalan untuk menerima hadiahnya.
Dia menderita akibat menghidap pneumonia dan bersaing dengan beberapa pelakon ternama Hollywood untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik. Bagaimanapun, Jennifer masih berani untuk memilih pakaian luar biasa untuk majlis berkenaan.
Apabila namanya diumumkan untuk mengiktiraf peranannya dalam filem Silver Linings Playbook, bencana menimpanya.
Sambil berdiri dan memeluk mereka di sekelilingnya, bintang Hunger Games itu tidak menyedari ada orang yang meletakkan kaki kerusi mereka pada gaun Christian Diornya yang mahal itu.
Aktres itu cuba berlari naik ke pentas, menyebabkan pakaiannya terlondeh, sehingga mendedahkan seluruh pahanya.
Pelakon siri Breaking Bad terkejut apabila berpaling ke belakang ketika Jennifer menyedari dia berdepan dengan masalah berhampiran meja mereka.
Rakan pelakon, Nicole Kidman dan Marion Cottilard juga terkejut dengan kejadian itu. Reaksi mereka dirakam oleh kamera, khususnya Cottilard, aktres Perancis, sehingga matanya terbeliak. -AFP
* Sumber 

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP