GILA GAJET II


Terkini dari relevan Sokmo

Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 29 Januari 2013

FOTO: Hotel Terbesar di Dunia tapi tiada Berpenghuni


Hotel Prora, Jerman. (amusingplanet.com)

Sayang jika hotel yang terbesar di dunia ini tidak pernah dihampiri pengunjung. Namun, kenyataannya memang demikian. Hotel dengan 10,000 bilik yang terletak di Pulau Ruegen, Negara Bahagian Mecklenburg-Vorpommern, Jerman, ini tidak pernah didiami tetamu sejak selesai dibina.

Hotel Prora Jerman

Padahal, bagi saiz industri penginapan, hotel ini terbilang sempurna. Menghadap langsung ke Laut Baltik, dengan pasir pantai yang putih bersih. Hotel bernama Prora atau Prora Colossus ini dibina pada zaman Nazi, antara tahun 1936 hingga 1939.

Hotel Prora Jerman

Tujuannya sebagai wadah relaksasi bagi pekerja Jerman yang menyebarkan propaganda Nazi. Tata letak hotel ini seperti kompleks. Terdiri daripada lapan bangunan dengan panjang 4,5 kilometer. Sang pengasas pun telah merancang kemudahan pengangkutan yang luar biasa. Dermaga untuk kapal layar dan stesen perhentian kereta api dari Hamburg dan Berlin.

Hotel Prora Jerman

Menurut catatan, diperlukan 9.000 pekerja untuk membina hotel raksasa ini. Dan, orang di balik pembangunannya tidak lain adalah Adolf Hitler. Ia bercita-cita untuk membina hotel yang terbesar di dunia. Cita-cita ini pun pupus setelah pecah Perang Dunia II, tepat setelah hotel ini selesai dibina.

Hotel ini beralih fungsi menjadi barak ketenteraan. Kemegahannya pun pudar dan hanya menyisakan cerita sejarah perang dunia. Namun, pada 2011, satu blok hotel ini diubah menjadi youth hostel dengan 400 bilik tidur.

Hotel Prora Jerman

Pemaju sangat tertarik, kerana banyaknya pelancong yang berkunjung ke tempat ini, terutama ketika musim panas. Untuk ke depannya, bahagian hotel yang lain juga akan dibentuk menjadi resort pelancongan moden dengan 300 bilik tidur, lengkap dengan kemudahan gelanggang tenis, kolam renang, dan pusat membeli-belah

* Sumber life.viva.com


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

Google+ Followers

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP