GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 29 Mac 2013

Lelaki bakar diri kerana putus cinta


JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia yang gagal memenangi cinta seorang rakan sekerja wanitanya yang sudah berkahwin telah bertindak membakar dirinya sendiri di pejabat mereka, menurut polis dan media semalam.
Ketika kejadian, lelaki tersebut, Mochamad Zikra, 30, cuba menarik rakan sekerja wanita itu mendekati dirinya semasa api menyambar tubuhnya.
Jurucakap polis, Rikwanto berkata, Mochamad merupakan seorang pekerja logistik kargo menyimbah dirinya dengan minyak petrol sebelum membakar dirinya pada Rabu lalu.
Media tempatan melaporkan bahawa dia cuba menarik anggota badan wanita yang dicintainya itu, Santi Diosaka Gumelar, yang berusia 26 tahun mendekatinya supaya badan mereka disambar api.
Bagaimanapun, seorang pekerja wanita lain bertindak cuba menghalang Santi daripada turut terbakar bersama Mochamad.
"Kedua-dua wanita itu berjaya melepaskan diri daripada dirangkul Mochamad dan mereka kemudian melarikan diri keluar dari pejabat. Badan kedua-dua wanita tersebut turut melecur," kata Rikwanto.
Mereka kemudian dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan manakala Mochamad kemudian diisytiharkan meninggal dunia.
"Kami mengesyaki ia membabitkan masalah percintaan," kata jurucakap polis itu.
Seorang ketua detektif polis di Jakarta Timur, Entong memberitahu akhbar The Jakarta Globe, Mochamad telah bercinta dengan Santi selama dua tahun.
"Disebabkan telah berkahwin, Santi menolak Mochamad," kata Entong.
 - AFP


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP