GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 25 Jun 2013

Skrip cinta penipu Awang Hitam

ANTARA warga Afrika yang ditahan dalam serbuan.
Kuala Lumpur: Buku nota mengandungi skrip dan puisi cinta yang dicipta khusus bagi memancing wanita antara yang ditemui dalam Ops Tiong oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman di Apartmen Ixora, Kepong, di sini, bagi mengesan sindiket penipuan cinta Internet atau Love Scam membabitkan warga Afrika, semalam.
Serbuan di kediaman berkenaan diketuai Ketua Penolong Pengarah (Operasi) JSJK Bukit Aman, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa dijalankan secara bersepadu bersama Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Imigresen, Kementerian Pendidikan serta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selepas polis menerima maklumat berhubung kegiatan sindiket terbabit melalui aduan awam dan risikan.
BUKU nota yang mengandungi skrip dan puisi cinta.
Timbalan Pengarah II, JSJK Bukit Aman, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof berkata, operasi berkenaan kali kedua dijalankan bagi tahun ini membabitkan 20 pasukan dari pelbagai agensi penguat kuasa untuk menumpaskan sindiket terbabit yang menjadikan apartmen itu sebagai markas operasi mereka.

“Berdasarkan statistik, kami menerima sebanyak 332 kes membabitkan kerugian kira-kira RM51.3 juta pada Januari hingga April tahun ini, manakala sebanyak RM40.9 juta lagi jumlah kerugian mangsa penipuan Internet dicatatkan pada tahun lalu membabitkan 967 kes.
“Kegiatan penipuan cinta Internet dilakukan warga Afrika ini dilihat semakin menjadi-jadi menyebabkan polis meningkatkan usaha untuk membanteras mereka yang segelintirnya masuk ke negara ini dipercayai menggunakan pas pelajar,” katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Read more...

Isnin, 24 Jun 2013

Mahasiswa perguruan Saman sekolah 2 juta US kerana edar Foto berbikini untuk acara Seminar

Gambar peribadi Chelsea yang sedang bercuti telah digunakan dalam seminar sekolah 

GEORGIA - Seorang mahasiswa perguruan tinggi di Georgia, Amerika Syarikat (AS) menggugat sebuah sekolah daerah lantaran menggunakan fotonya tengah berbikini yang diambil dari laman Facebooknya pada acara seminar tentang sosial media.

Menurut pemberitaan Foxnews.com, Isnin (24/6/2013), Chelsea Chaney menggugat sekolah District Fayette County, sebanyak 2 juta US Dollar, kerana dia merasa malu setelah foto seksinya dilihat oleh banyak mata dalam seminar yang dihadiri oleh guru dan murid tersebut.

"Saya merasa malu, dan ketakutan, saya sebelum ini tidak pernah berfikir, bahawa ini terjadi pada diri saya," kata Chaney.

Kuasa undang-undang Chelsea, Pete Wellborn menilai pihak sekolah telah salah berdasarkan hukum yang berlaku

"Dengan melakukan itu mereka sama saja dengan mencuri, dan itu salah secara moral dan undang-undang, (mereka) kemudian digunakan di luar konteks untuk menunjukkan bahawa Chelsea adalah penagih alkohol," tutur Pete. (foxnews.com)

* Sumber tribunnews.com


Read more...

Berita yang ditunggu tunggu oleh kakitangan kerajaan,PM Akan Tentukan Bonus Penjawat Awam 25 Oktober Ini - KSN

Najib Tun Razak
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan membuat keputusan berhubung pemberian bonus untuk penjawat awam tahun ini, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Beliau berkata keputusan itu akan dibuat Najib selaku Menteri Kewangan sempena pembentangan Belanjawan 2014 yang dijadual 25 Oktober ini.
"Saya rasa kerajaan akan membuat keputusan bila kerajaan buat bajet(pembentangan Belanjawan 2014), PM sendiri akan buat keputusan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Isnin.
Seramai 1,374 petugas dari 42 Jabatan/Agensi/Bahagian Jabatan Perdana Menteri menerima anugerah itu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) kepada kerajaan supaya bonus melebihi sebulan setengah gaji diberikan kepada kira-kira 1.4 juta penjawat awam.
Pada Ahad, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman menyarankan kerajaan agar bonus melebihi sebulan setengah gaji atau sekurang-kurangnya sebulan setengah gaji diberikan kepada kakitangan awam dengan pembayaran setengah bulan gaji dibuat sebelum perayaan Aidilfitri nanti.
Tahun lalu, penjawat awam menerima bonus sebulan setengah gaji dengan pembayaran dibuat sebanyak tiga kali; sebelum perayaan Aidilfitri, bulan Disember dan pada Januari tahun ini.
Terdahulu dalam ucapannya, Dr Ali yang genap setahun menjalankan tugas sebagai KSN, meminta penjawat awam supaya lebih peka dan mendekati nadi rakyat dengan mengambil langkah proaktif melalui Program Jejak Mesra Perkhidmatan Awam.
"Penjawat awam (menerusi program itu) akan turun untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat dan membawa perkhidmatan kepada mereka.
"Ini adalah satu pendekatan baharu di mana kita tidak boleh menunggu untuk rakyat datang kepada kita dengan masalah mereka tetapi sebaliknya kita mendekati mereka," katanya.
Beliau juga mengalu-alukan maklum balas, pandangan dan cadangan membina daripada seluruh penjawat awam demi mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan awam.
"Kita semua (penjawat awam) perlu senang dihubungi dan didekati. Saya berharap agar sebarang maklum balas yang ingin disampaikan dapat disalurkan melalui saluran yang bersesuaian," katanya. 
BERNAMA

Read more...

Misteri Patung purba bergerak sendiri

PATUNG Osiris yang misteri.
Manchester: Satu patung purba dari Mesir yang dipamerkan di sebuah muzium menimbulkan kegemparan apabila ia bergerak dan dipercayai ada kaitan dengan kewujudan semangat dalam objek itu yang cuba keluar dari situ.
Patung batu berusia 4,000 tahun itu dilaporkan berpusing perlahan-lahan sehingga 360 darjah walaupun berada dalam kotak kaca yang dikunci rapi. Patung setinggi kira-kira 25.5 sentimeter itu mula dipamerkan kepada orang awam sejak 80 tahun lalu dan didakwa menjadi persembahan kepada dewa Osiris.
Masyarakat Mesir purba menganggap Osiris sebagai dewa kematian. Hanya beberapa kakitangan Muzium Manchester dibenarkan mengakses patung berkenaan. Seorang daripada mereka ialah kurator artifak Campbell Price, 29, yang menjadi individu pertama mengesan keanehan berkenaan. Kata Price, kebanyakan pakar Mesir purba tidak percaya kepada benda karut, tetapi dia masih tertanya-tanya bagaimana kedudukan patung itu boleh berubah sendiri. “Pada satu hari saya dapati patung ini menghadap ke arah lain dan sehari kemudian, ia beralih ke arah lain.
KEDUDUKAN asal patung Mesir purba di Muzium Manchester membelakangi pengunjung.
“Tiada objek lain yang dipamerkan di muzium ini beralih kedudukan dan ia sangat luar biasa,” katanya. Menurut Price, masyarakat Mesir purba percaya patung dewa seperti itu boleh menjadi tempat alternatif kepada roh seseorang selepas kematiannya. “Tetapi mereka pun akan terkejut jika patung seperti ini bergerak sendiri,” katanya.
Disebabkan kejadian aneh itu, kakitangan muzium kemudian memasang kamera untuk merakamkan keadaan patung berkenaan setiap saat selama seminggu.
Berdasarkan rakaman itu, mereka terkejut apabila mendapati patung berkenaan membuat pusingan 360 darjah. Antara penjelasan yang dapat difikirkan ialah, kesan gegaran daripada tapak kaki pengunjung muzium, atau akibat trafik di luar bangunan.
Bagaimanapun, ia masih gagal menjelaskan mengapa patung itu tidak pernah bergerak sendiri sebelum ini. Price berkata, selama beberapa dekad patung itu diletakkan dalam bekas kaca dan ia tidak pernah bergerak sendiri. Sesetengah pihak percaya patung itu membawa sumpahan firaun dan membawa kecelakaan kepada sesiapa yang mencurinya dari kubur zaman silam. 
- Agensi (myMetro)

Read more...

Black505: Jumlah Khemah Kembali Bertambah

DEGIL... Para peserta perhimpunan Blackout 505 mendirikan kembali khemah masing-masing kira-kira 6 petang walaupun telah diturunkan setelah menerima notis oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkan agar khemah yang didirikan diturunkan di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada Ahad. -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Bilangan mereka yang berkhemah di Padang Merbok di sini, bertambah malam ini walaupun ibu negara merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.
Tinjauan Bernama pada pukul 10 malam tadi mendapati 50 khemah didirikan dengan kira-kira 200 orang termasuk anak kecil berhimpun di kawasan itu.
Pada pukul 4 petang tadi hanya terdapat 30 khemah di situ berikutan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan notis meminta mereka mengosongkan Padang Merbok pagi tadi.
Seorang peserta perhimpunan yang hanya mahu dikenali sebagai Norkiah, 43, memberitahu kesihatannya sudah terjejas selepas berkhemah di situ sejak semalam.
"Memang ada rasa sakit tekak, mata pedih tetapi untuk menyaksikan pembukaan persidangan Parlimen esok, saya rela berada di sini. Saya tak kiralah, pemimpin (pembangkang) duduk di rumah atau di mana sahaja, janji kami tetap memperjuangkan apa yang kami mahu," katanya yang berasal dari Kedah.
Faiz, 18, yang datang dari Kuantan, Pahang sejak Jumaat lepas untuk menyertai perhimpunan 'Black 505' itu, berkata dia tidak kisah dengan keadaan jerebu atau membersihkan diri di tandas awam, asalkan dapat menyampaikan hasrat perjuangannya.
Petang tadi, DBKL membuat laporan polis meminta polis bertindak mengusir peserta perhimpunan yang masih berkhemah di padang itu.
* Sumber mStar Online


Read more...

Achey Juara Bintang Mencari Bintang

Acheyl
SHAH ALAM: Peserta Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah dinobatkan sebagai Juara program realiti Bintang Mencari Bintang (BMB) pada konsert akhir program realiti itu yang diadakan secara langsung di Stadium Malawati di sini Ahad.
Dengan kemenangan itu, anak didik Harun Salim Bachik berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM200,000 berserta trofi.
Tempat kedua pula dimenangi oleh anak didik Afdlin Shauki iaitu kumpulan Bocik (Muhamad Fadzlie Mohd Nizam dan Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan) dengan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi.
Manakala kumpulan Titan (Fazlisham Mat Hussin dan Azizul Ammar Abu Hassan), iaitu anak didik Sabri Yunus mendapat tempat ketiga dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM60,000.
Tempat keempat iaitu kumpulan Tapaw (Mod Shah Rizal Sulaiman dan Khairul Faiz Sulaiman), anak didik Faizal Ismail mendapat RM30,000 beserta trofi.
Pada malam kemuncak itu, Bocik, Achay, Tapaw dan Titan dikehendaki membuat dua persembahan iaitu secara soli dan bergandibgan dengan sifu masing-masing yang merangkumi tiga minut sketsa komedi dan dua minit nyanyian.
Tirai pembukaan konsert akhir BMB dimulakan dengan peserta yang sudah tersingkir iaitu Bowl, Ajo, Awok, Kelawak, Tocai, Gegau, Xoxo dan Big Too dengan mempersembahkan lagu tema BMB serta lagu Goyang Inul bersama One Nation Emcees.
Dalam pada itu pelawak Datuk Jamali Shadat, Mat Sentol dan Hamid Gurkha turut membuat penampilan istimewa sebelum keputusan pemenang diumumkan.
Format pemarkahan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu 50 peratus(%) daripada juri profesional, 30% daripada undian khidmat pesanan ringkas (SMS) dan 20% daripada juri awam.
Program ini dihoskan oleh Adibah Noor manakala jurinya dibarisi Fauziah Ahmad Daud dab A.R Badul serta Ajai.
* Sumber mStar Online


Read more...

Ahad, 23 Jun 2013

3 Gambar : Calon Ratu Cantik Ini Dulunya Lelaki

Dani St James, 21, memenuhi semua keperluan sebagai calon ratu kecantikan. Tapi siapa mengira kalau perempuan dari Barry, South Wales itu dulunya seorang laki-laki.

Kini Dani yang dulu bernama Daniel St James tengah bersaing dengan 18 konstentan lain untuk dinobatkan sebagai Miss Diamond Queen 2013 pada Sabtu besok di London.

Seperti dilansir dari dailymail, Dani baru tiga tahun yang lalu membuat keputusan untuk meninggalkan kehidupannya sebagai laki-laki untuk menjadi wanita atau transgender. Namun sudah sejak kecil, Dani tak menyukai hal-hal yang berbau maskulin, sebaliknya ia lebih suka yang bersifat feminim.


"Bagi saya peralihan kepada seorang wanita adalah proses beransur-ansur, saya dibesarkan bermain dengan mainan gadis-gadis, aku mula memakai make-up ketika saya berusia 11 tahun dan saya memberitahu orang tua saya, bahawa saya gay ketika aku punya pacar pertama saya ketika berusia 12 , "kata Dani yang berprofesi sebagai pengurus di kelab malam di Camden.

"Ketika saya berumur tiga tahun, ibu saya membelikan saya kereta dorong bayi, saya selalu akan menyukai mainan gadis-gadis dan aku tidak pernah tertarik pada sukan. Action Man atau sesuatu seperti itu, tidak pernah seolah-olah alami bagi saya," katanya.

"Saya fikir pertama kalinya aku menyedari bahawa aku berbeza dari anak-anak lain adalah ketika saya berusia kira-kira lapan tahun," ujarnya.

Dia berkisah, saat itu dirinya pernah diundang ke ulang tahun teman lelakinya, sementara kawan-kawannya menghabiskan masa dengan bermain bola, Daniel hanya bermain dengan anjingnya.

Hingga akhirnya saat usia 18 dan pindah ke Ibiza, dia menemui doktor yang menetapkan dirinya hormon wanita. Kemudian ia merubah namanya dari Daniel menjadi Dani dan menjalani hidup barunya sebagai perempuan.

* Sumber inilah.com


Read more...

3 Gambar : Pierre Andre Sah Bergelar Suami orang

SELAYANG: Dengan sekali lafaz pelakon Pierre Andre, 28, sah begelar suami kepada Siti Nur Hidayah Hashim, 26, dalam majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Al-Ikhlas Taman Melati Selayang di sini pada Ahad.
Pierre atau nama sebenarnya Mohd Pierre Andre Nazrul Andre dan Hidayah dinikahkan oleh Imam masjid tersebut Mohamad Zuhdi Razali kira-kira pukul 2.10 petang.
Pihak lelaki membawa tujuh dulang hantaran berupa tepak sirih, sepasang kasut, seutas jam tangan dan beg jenama Guess, wang hantaran, telekung, set minyak wangi, telefon bimbit I-Phone 5 dan set barang kemas jenama Habib Jewels.
Sementara itu, pihak perempuan membalas dengan sembilan dulang hantaran terdiri daripada buku, sepasang kasut jenama New Ballance, coklat, seutas jam tangan Alexandre Christie, set kamera, set minyak wangi, barangan elektronik PSVita Wifi, sebentuk cincin dan sirih junjung Pengantin perempuan menerima RM300 sebagai mas kahwin dan RM20,000 sebagai wang hantaran.
Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 300 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.
Pierre menyarungkan cincin ke jari manis isterinya pada upacara membatalkan air sembahyang selepas selesai akad nikah.
Sebelum ini pasangan yang menyulami cinta selama lapan bulan itu telah mengikat tali pertunangan pada 9 Februari lalu di kediaman Hidayah di Pasir Gudang, Johor Bahru.
* Sumber

Read more...

Gambar Telanjang Guru disebar oleh murid murid

Ibu guru Joanne Salley (gambar) bekas miss Ireland Utara, pernah menjadi host sebuah acara televisyen dan bintang iklan peugeot 106 sepertinya harus menanggung malu kerana foto-foto telanjangnya beredar luas kerana ulah murid-muridnya.

Foto-fotonya diambil oleh jurugambar profesional dan sesama rakan pengajar seni, Fiona Corthine, untuk keperluan peribadi. Foto-Foto ini ditemukan oleh sejumlah murid di tempat penyimpanan foto di makmal fotografi dan kemudian disebarluaskan.

Atas kejadian ini Ibu Guru Salley sempat mengutarakan pada sebuah majalah bulan lalu bahawa: "Saya merasa di bawah tekanan untuk membuktikan sekali lagi saya serius untuk mengajar," katanya seperti dipetik dailymail 21 Jun 2013

Sementara pihak sekolah enggan mengulas mengenai foto-foto yang beredar, mereka hanya mengatakan: "Hal ini merupakan hal yang tidak pantas." Dan atas komen ini, Ibu guru Salley tidak dapat ditemui untuk diminta komentarnya.

* Sumber


Read more...

Diet pelik selebriti Hollywood


Bentuk badan menawan yang dimiliki selebriti Hollywood sentiasa menjadi perhatian. Pun begitu, pasti ramai tidak menyangka mereka sanggup melakukan pelbagai jenis diet, termasuk sanggup berlapar semata-mata untuk kelihatan langsing. Zass senaraikan antara selebriti dengan diet pelik mereka.



Fergie 

Vokalis utama Black Eye Peas ini mengambil dua senduk cuka setiap hari untuk memastikan perutnya sentiasa leper dan kecil.


Jennifer Lopez

Tubuh menggiurkan diva Hollywood ini hanya boleh dimiliki jika mengamalkan diet sepertinya iaitu dengan meminum air jeruk beraroma buah Anggur. Jlo akan minum jeruk ini apabila berasa lapar selama 15 minit semata-mata untuk menghilangkan rasa laparnya.

Beyonce


Penyanyi terkenal ini hanya perlu melakukan diet selama 14 hari dengan makan cili padi, sirap Maple dan minum berliter-liter air mineral sepanjang tempoh itu.


Victoria Bekham

Jika mahu bentuk badan seperti isteri David Bekham ini, anda hanya boleh makan Strawberi dan kacang sahaja setiap hari.


Nicole Kidman

Bagi aktres jelita ini, dia hanya menikmati telur rebus berminggu-minggu lamanya apabila berdiet. Setiap pagi dia akan makan sebiji telur rebus, manakala untuk malam, hanya 2 hingga ke 3 biji.



Kelly Osbourne

Pernah memiliki berat badan berlebihan menyebabkan Osbourne melakukan diet sihat, selain rajin  melakukan senaman dan mengawal pemakanannya dengan mengambil sebiji Epal sebelum tidur.

Gwyneth Paltrow

Bagi Paltrow pula, cukup dengan mengamalkan minum teh membuang toksin untuk memastikan lemak terkumpul dapat dibuang dengan mudah.

* Sumber



Read more...

Jerebu: PM Isytihar Darurat Di Muar, Ledang


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengisytiharkan status darurat di Muar dan Ledang di Johor berkuat kuasa serta merta selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 750 setakat 7 pagi ini.
   
Perkara itu diumumkan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel menerusi posting terbaharu dalam facebook beliau. 


- Bernama


Read more...

Punca kematian Michael Jackson kerana tidak cukup tidur ?

Michael Jackson
Los Angeles: Michael Jackson mungkin menjadi manusia pertama yang tidak mendapat tidur sewajarnya sehingga 60 hari yang membawa kepada kematiannya, kata seorang pakar.
Memberi keterangan dalam perbicaraan, pakar tidur dari Universiti Harvard, Dr Charles Czeisler berkata, disebabkan kekurangan tidur, Michael, 50, tetap berdepan risiko mati akibat serangan jantung walaupun dia tidak diberi ubat penahan sakit berlebihan. “Simptom dialami Michael konsisten dengan seseorang yang mengalami kekurangan tidur menyeluruh untuk tempoh yang sangat lama,” katanya.
Czeisler memberi keterangan itu dalam saman dikemukakan keluarga Raja Pop berkenaan yang menuntut syarikat penganjur konsert, AEG Live, membayar pampasan £26 bilion (RM128.5 bilion).
Jumlah itu dianggap pendapatan yang diperoleh waris Michael jika dia tidak meninggal dunia pada Jun 2009.
Doktor peribadi Michael, Conrad Murray - yang digaji AEC - didapati bersalah dan menjalani hukuman penjara. Mahkamah semalam turut diberitahu, pengambilan sesetengah ubat menyebabkan pengambilnya tidak mendapat tidur semula jadi dan dalam keadaan tertentu, mereka sebenarnya hidup dalam keadaan koma. Czeisler juga berkata, kegagalan Michael melakukan langkah baru tarian serta mengingati lirik lagunya juga disebabkan masalah tidak cukup tidur.
 “Petugas memberitahu, Michael kehilangan berat badan, paranoid dan ia adalah petanda seseorang yang tidak mendapat tidur sempurna,” katanya. Czeisler berkata, kekurangan tidur kemungkinan besar disebabkan pengambilan ubat penahan sakit propofol. Bagaimanapun, keterangan Czeisler itu dibuat dengan hanya bergantung kepada keterangan dikemukakan peguam plaintif. Dia juga mengaku tidak melihat keterangan sebenar daripada kes itu, termasuk kenyataan daripada beberapa eksekutif AEG Live yang tidak melihat sebarang petanda luar biasa pada Michael.
Untuk mengkaji kes itu, Czeisler dibayar AS950 (RM3,043) sejam.
 - The Sun (myMetro)

Read more...

Maksiat dalam pesta buih Sabun

SEBAHAGIAN daripada pengunjung sebuah pub yang ditahan selepas pihak berkuasa 

menyerbu pesta liar mandi buih di Jalan Yap Kwan Seng semalam.


KUALA LUMPUR - Sepasukan anggota penguat kuasa yang melakukan serbuan hanya mampu menepuk dahi apabila mendapati 47 remaja Melayu begitu asyik melakukan aksi sumbang sambil mandi buih ketika menghadiri satu pesta liar di sebuah pub di Jalan Yap Kwan Seng di sini kelmarin.
Lebih memeranjatkan apabila tiga daripada mereka merupakan pelajar perempuan tingkatan lima yang didapati turut terkinja-kinja dengan seluruh badan dilitupi buih. Baju yang dipakai lencun hingga menampakkan susuk tubuh mereka.
Serbuan pukul 12.30 tengah malam itu dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dengan dibantu anggota polis daripada Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Kuala Lumpur dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Daripada jumlah itu, 38 merupakan lelaki manakala bakinya perempuan berusia antara 17 hingga 30 tahun.
Difahamkan, pelanggan dikehendaki membayar RM40 untuk menyertai parti liar tersebut.
Parti itu sering dianjurkan di premis berkenaan tetapi ia tidak khusus pada hujung minggu sahaja. Penganjur akan mengadakan parti berkenaan pada hari-hari tertentu mengikut permintaan pelanggan tetap.
Dalam serbuan itu, pihak berkuasa turut menahan dua pemilik premis berusia dalam lingkungan 30-an yang dipercayai penganjur parti mengikut Seksyen 35 Akta Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan kerana menggalakkan maksiat.
Tinjauan mendapati, ketika diserbu, kesemua pelanggan tersebut sedang asyik menari mengikut alunan muzik rancak sambil tubuh mereka diselaputi buih serta memakai pakaian seksi seperti bikini.
Ikuti berita selanjutnya di akhbar Kosmo!

Read more...

Siang amah, malam tubuh dijamah

TIGA wanita ditahan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti pelacuran

Georgetown: Siang jadi amah, malam tubuh dijamah. Itu yang dilakukan segelintir pembantu rumah warga asing untuk mencari wang tambahan.
Bagaimanapun, perbuatan keji mereka terbongkar apabila sepasukan anggota Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang menyerbu sebuah pangsapuri di Lebuh Maccalum, awal pagi semalam.
Dalam serbuan itu, seorang wanita yang juga ‘ibu ayam’ serta dua wanita disyaki pelacur ditahan ketika berada dalam premis terbabit untuk menjalankan aktiviti tidak bermoral.

Seorang daripada wanita yang ditahan itu mendakwa kononnya bekerja sebagai pembantu rumah ketika siang dan bertukar profesion menjadi pelacur ketika malam.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Asisten Komisioner Mohd Nasir Salleh berkata, dalam operasi enam jam yang bermula jam 9 malam itu, pasukan polis turut menyerbu premis yang menjalankan aktiviti perjudian di negeri itu.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Read more...

Seorang Pelajar Malaysia Maut, Empat Cedera Dalam Kemalangan di Jordan

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Malaysia maut manakala empat lagi cedera apabila kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki terbabas dan terjunam ke dalam gaung di jalan antara Petra dan Aqabah kira-kira 320 kilometer dari Aman, Jordan pada Jumaat.
Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan, kemalangan yang berlaku antara pukul 5 dan 6 petang (waktu Jordan) itu meragut nyawa Sumaiyah Romli, pelajar tahun satu bidang astronomi fizik University College London (UCL) tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Pelajar yang cedera ialah Muhammad Nazirul Mubin Nasruddin, Mohamad ShukriAlias, Nur Ili Dayana Mazlan @ Masgelan dan Humairak Ibrahim.
Muhammad Nazirul dan Humairak merupakan pelajar tahun tiga dalam bidang ekonomi dan perbankan Islam di Universiti Yarmouk manakala Muhamad Shukri juga pelajar tahun tiga di universiti yang sama.
Nur Ili Dayana pula pelajar tahun empat di UCL tajaan Bank Negara Malaysia.
Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Queen Rania Abdullah di Petra.
Kenyataan itu menyebut Pejabat Pendidikan Malaysia di Jordan dan Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan JPA telah memeriksa keadaan semua mangsa dan dalam proses menguruskan jenazah serta mangsa yang cedera.
Keluarga mangsa yang meninggal dunia telah pun dimaklumkan.
Sementara itu, Rohana Jaafar, guru Sumaiyah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma di Alor Setar, Kedah menyifatkan Allahyarham seorang yang disenangi guru dan disayangi rakan.
"Allahyarham sejak kecil memang bercita-cita untuk menjadi ahli astronomi dan menjadikan Datuk Dr Mazlan Othman sebagai idola.
"Arwah memang seorang yang matang dan sangat suka bercerita berkaitan astronomi, dan saya sendiri pernah menghadiahkan artikel berkaitan astronomi kepada Sumaiyah," katanya.
Rohana juga berkata Sumaiyah merupakan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga.
Katanya, beliau dimaklumkan pemergian kesemua pelajar itu ke Jordan bukan semata-mata untuk bercuti, sebaliknya untuk menjejak sejarah para Anbia dan melihat sendiri peninggalan sejarah Islam seperti yang tercatat di dalam Al-Quran.
-BERNAMA


Read more...

Sabtu, 22 Jun 2013

Guru Bahasa Mengajar Sambil telanjang

Sebuah klip video dari penyiar Rusia membuat heboh dunia maya di China. Presenter wanita itu mengajar bahasa Mandarin sambil telanjang.

Penyiar berambut perang berdiri di depan kamera memakai skirt berpotongan rendah, ketat dan kasut hak tinggi.

Sementara dia menjelaskan Bahasa Mandarin, skrin di belakangnya menunjukkan gambar panda gergasi. Semua cukup standard setakat ini.


Tapi apabila skrin menunjukkan watak Cina yang dipermudahkan "Gantung kepala kucing tapi menjual daging beruang", dia mula melepas bajunya.



Tak lama kemudian dia telanjang bulat, sementara paparan menunjukkan watak Cina: "Buatlah beruang tapi itu berakhir seperti kucing. Hubungi beruang kucing.

"Tidak hairan belajar bahasa Cina menjadi begitu popular," tulis may daily edisi 10 Januari 2012, mengulas mengenai aksi tersebut.

* Sumber


Read more...

Naib Presiden PAS Husam Musa Ditahan

Datuk Husam Musa di bawa ke balai polis Ampang untuk disoal siasat. -Foto Ihsan Facebook Husam.
PETALING JAYA: Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 4, Akta Hasutan 1948 berkaitan kenyataannya mengenai 'mati syahid' di Kelantan baru-baru ini.
Penahanan Husam mengikut seksyen itu disahkan polis menerusi kenyataan yang disiarkan di laman Facebook PDRM (Polis Diraja Malaysia) pada Sabtu.
Kenyataan itu berkata Husam ditahan pada 4 petang ini di Kampung Pandan, Ampang, Selangor.
Husam di dalam laman twitternya sebelum ini memaklumkan beliau ditahan di Ampang oleh polis Bukit Aman dan dibawa ke Balai Polis Ampang.
"Akan dibawa ke Kelantan untuk siasat bawah Akta Hasutan," katanya.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Selangor A. Thaiveegan mengesahkan mengenai penahanan Husam dan berkata kes berkenaan dikendalikan Bukit Aman.
Husam seperti dilaporkan dalam Harakahdaily Ahad lalu berkata, peserta yang terkorban ketika menyertai perhimpunan pembangkang di Padang Merbok pada Sabtu dianggap sebagai mati syahid.
Kenyataannya itu bertentangan dengan pandangan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yang mahu ahli parti mematuhi pendirian serta nasihat Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa tiada paksaan untuk mereka menyertai perhimpunan itu.
-BERNAMA

Read more...

Rihanna belasah peminat


KONTROVERSI melibatkan penyanyi pop terkenal, Rihanna(gambar)  sudah menjadi lumrah dalam kariernya.

Terbaru, penyanyi lagu Diamonds ini mencipta kontroversi lagi apabila dia dikatakan memukul peminatnya dengan mikrofon ketika konsert Diamonds World Tour di United Kingdom (UK).

Menurut laporan media antarabangsa, insiden itu berlaku ketika Rihanna menyanyikan lagu We Found Love di kawasan penonton.

Namun, dia gagal mengawal perasaannya apabila dia ditarik oleh peminat fanatik. Rihanna terus menggunakan mikrofonnya dan memukul peminatnya itu.

Malang sekali, kejadian itu dirakam penonton yang berada di tempat kejadian. Pun begitu, reaksi Rihanna tidak menunjukkan rasa bersalah dan mengakui sengaja memukulnya.


* Sumber



Read more...

Lelaki miliki buah Z@kar besar kecewa selepas Pebedahan

WESLEY sebelum menjalani pembedahan membuang buah zakar.
Las Vegas: Seorang lelaki yang pernah memiliki buah zakar seberat 63 kilogram kecewa selepas menjalani pembedahan membuangnya kerana ia menyebabkan dia kini hanya memiliki kemaluan yang kecil.
Wesley Warren Jr baru-baru ini menjalani pembedahan selama 13 jam untuk membuang kantung zakarnya selepas ia membesar melampau sehingga dia terpaksa memakai baju bertutup kepala sebagai seluar bagi menampung buah zakarnya.
Lelaki 49 tahun itu tidak boleh mengadakan seks dan mengalami kesakitan yang amat teruk.

Bagaimanapun, warga Amerika itu berkata, dia mungkin tidak boleh menjalinkan hubungan dengan wanita selepas pembedahan itu menyebabkan kemaluannya menjadi terlalu kecil.
“Saya tahu ramai orang yang menjangka saya akan meluahkan rasa gembira selepas menjalani pembedahan itu. Tetapi ia tidak semudah itu.
“Memang saya merasa selesa sekarang. Tetapi ada yang buruk berlaku. Saya kehilangan kelakian saya. Kini, saya langsung tidak berani menjalinkan hubungan dengan wanita. 

“Saya umpama terselamat daripada kebakaran tetapi kini terpaksa berdepan dengan keadaan melecur yang amat teruk,” katanya.

Wesley dari Las Vegas mula berdepan masalah kantung zakar besar selepas memicit kemaluannya ketika tidur pada Jun 2008. Dia kemudian mendapatkan rawatan untuk mengurangkan bengkak. Tetapi, kantung zakarnya terus membesar.

“Saya hanya boleh berjalan seperti kanak-kanak,” katanya.

Jurujual itu menjalani pembedahan baru-baru ini. Tetapi sehingga sekarang masih belum dapat menjelaskan kos pembedahan itu.

Menurutnya, dia kini merancang menjual zakar gergasinya menerusi eBay untuk menjelaskan bil hospital.

“Saya sudah berbincang dengan pakar bedah di California dan sudah membawa zakar itu pulang. Saya mahu menjualnya,” kata Wesley. 
- Agensi (myMetro)

Read more...

Lelaki disyaki mati ketika cuba lakukan hubungan S3ks ganas

Jeffri
KUALA LUMPUR – Siasatan polis tidak menolak kemungkinan kematian Jeffri Mohd. Alee yang lehernya dijerut dengan tali pinggang di Flat Sri Lempah, Lorong Jugra, Jalan Klang Lama di sini pada Rabu lalu ada kaitan dengan cubaan melakukan seks ganas.
Mayat Jeffri, 25, dikatakan ditemui pada pukul 10 malam di dalam sebuah bilik di rumah tersebut dalam keadaan separuh bogel dan memakai rambut palsu wanita berwarna perang.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, mangsa dipercayai bersama seorang individu lain dan kemungkinan baru hendak mengadakan hubungan seks berdasarkan kepada keadaan mangsa ketika ditemui.
“Pemeriksaan forensik tidak menjumpai kesan air mani pada tubuh mangsa namun siasatan awal yang dijalankan seakan-akan menjurus ke arah cubaan melakukan seks,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP