GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 27 Disember 2013

Lelaki dihukum kerana Skodeng bekas isteri


Bayar ganti rugi RM8,975 ceroboh hal peribadi

Dubai: Mahkamah Dubai menjatuhkan hukuman penjara enam bulan ke atas seorang lelaki selepas didapati bersalah mengintip dengan memasang alat curi dengar dan pengesan di dalam kereta bekas isterinya. 


Beliau juga diarahkan membayar ganti rugi Dh10,000 (RM8,975) kerana menceroboh kehidupan peribadi wanita itu. 


Selepas itu saya sedar suami saya tahu semua perbualan saya dengan rakan dan di mana saya berada setiap masa” Mangsa

Mahkamah juga mengarahkan syarikat penyelesaian maklumat membayar denda Dh100,000 (RM89,749) dan sebanyak Dh100,000 lagi akan dibayar oleh pengurusnya kerana menjual dan menawarkan alat pengintipan tanpa memperoleh kebenaran daripada Pihak Berkuasa Pengendali Telekom.

Ketua Dana Pendakwaan, Ismail Ali Madani, yang menyiasat kes itu berkata, pada 2009 mangsa membeli kereta daripada suaminya.

Dengar perbualan

Pada 2010, suaminya meminta beliau memasang warna gelap pada cermin tingkap di kedai tertentu. Beliau mengikut nasihat itu dan meninggalkan keretanya seharian. 


“Selepas itu saya sedar suami saya tahu semua perbualan saya dengan rakan dan di mana saya berada setiap masa. Selepas setahun mengesyaki beliau mendengar perbualan saya dan mengesan saya, saya menghantar kereta untuk diperiksa. Tiada apa ditemui,” katanya.

Wanita berkenaan mendapat maklumat mengenai syarikat yang memasang peralatan curi dengar dan pengesan dalam kereta daripada komputer suaminya.

Beliau menghubungi syarikat berkenaan dan diberitahu alat itu dipasang di bawah stereng kereta atas permintaan suaminya.

Mangsa segera membuat aduan kepada pihak berkuasa. Bekas suaminya dan pengurus syarikat mengaku tidak bersalah. Lelaki terbabit mendakwa beliau memasang peralatan itu ketika kereta itu masih menjadi miliknya dan sebelum menjual kereta itu kepada wanita berkenaan yang masih isterinya ketika itu. 


- AGENSI


Read more...

Kecewa Dengan Media, Justin Bieber Umum Bersara

Justin Bieber
PENYANYI sensasi, Justin Bieber telah mengumumkan persaraannya sebagai penyanyi menerusi laman Twitter miliknya sehari sebelum sambutan Hari Krismas.
Menurut laporan Daily Mail, Justin, 19, berkata, keputusan itu dibuat selepas tidak mampu menghadapi media di Amerika Syarikat yang sentiasa mencari kesalahannya selain mereka (media) ingin melihat kerjayanya jatuh.
"Kepada semua Biliebers (panggilan Justin kepada peminatnya), saya secara rasmi bersara," katanya menerusi satu entri di Twitter.
Bagaimanapun kata Justin dia tidak akan sesekali meninggalkan para peminat setianya.
"Media sentiasa ingin menjatuhkan kerjaya saya dan menulis perkara buruk tentang saya namun saya tidak akan tinggalkan anda semua," katanya lagi.
Sebelum ini Justin telah melahirkan hasratnya untuk bersara selepas pelancaran album terbaharunya berjudul Journey pada minggu hadapan.
Namun para peminatnya hanya menganggap Justin cuma berjenaka mengenai perkara itu.
Untuk rekod, Single pertama Justin berjudul One Time pernah menduduki carta teratas di 30 buah negara selain album pertamanya mendapat pengiktirafan platinum di Amerika Syarikat.
Justin mengecap populariti di seluruh dunia dengan sekelip mata selain menjadi buruan paparazi.

Sumber mStar Online


Read more...

Berseronok tahap gila

SEKUMPULAN remaja menyembur kenderaan polis di Teluk Chempedak.
Kuantan: Tiga lelaki termasuk seorang pelajar tingkatan empat yang ditahan polis, malam kelmarin kerana melakukan khianat ke atas kenderaan awam termasuk sebuah kereta peronda polis di Teluk Chempedak, di sini, berada di bawah pengaruh alkohol.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Superintendan Abdul Aziz Ahmad berkata, tiga lelaki berusia 16 hingga 23 tahun itu dipercayai mabuk ketika menyembur buih pada kereta yang melalui kawasan berkenaan pada malam sambutan Hari Natal menyebabkan orang ramai menghubungi polis. 
“Mereka ditahan reman sehingga Sabtu ini dan polis sedang mengesan beberapa lagi remaja yang turut terbabit perbuatan itu,” katanya yang dihubungi, semalam. 

Beliau berkata, ujian air kencing terhadap tiga remaja itu bagaimanapun negatif dadah.
“Sehubungan itu, saya nasihatkan kalau mahu berseronok sekalipun pada musim perayaan, jangan sampai melakukan perbuatan mengganggu orang ramai terutama di tempat awam,” katanya
Sumber myMetro


Read more...

Khamis, 26 Disember 2013

LIVE STREAMING MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 MINGGU KE 7


Saksikan malam ini kumpulan mana pula yang tersingkir .. Nabil ? Sepahtu ?..

Saksikan 4 Video Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu ke 6 .. antara yang terbaik pada malam tersebut..

Video Sumber dailymotion.com

LINK ( ASTRO WARNA )

 



Read more...

Remaja Lahirkan anak dalam tandas


MELAKA - Tindakan seorang remaja perempuan berkurung dalam tandas rumah selama hampir satu jam terbongkar apabila dia sebenarnya baru melahirkan anak dalam tandas berkenaan, malam kelmarin.

Malah, remaja berusia 18 tahun itu dipercayai panik sebelum bertindak membuang bayi lelaki yang dikandung sembilan bulan itu melalui ruang udara di antara dinding dan bumbung tandas rumah di Batang Tiga, dekat sini dalam kejadian kira-kira 8 malam.

Bagaimanapun pelajar sebuah kolej di Masjid Tanah itu memaklumkan dia hanya mengalami buasir selepas ibu saudara terkejut melihat darah di lantai tandas sebelum membawanya ke Hospital Melaka kira-kira 9 malam untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Menurut sumber, ibu saudara mangsa berusia lingkungan 60-an itu bertindak masuk ke dalam tandas selepas remaja berkenan tidak keluar selepas 45 minit berada di dalam tandas berkenaan.

“Namun, rahsia pelajar yang baru enam bulan menyambung pelajaran di sebuah kolej itu terbongkar selepas doktor yang memeriksa mendapati dia baru saja bersalin berikutan terdapat uri masih tertinggal di dalam rahim,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, remaja yang berasal dari negeri ini sedang bercuti di rumah ibu saudaranya itu.

“Dia masuk ke tandas kira-kira jam 8 malam bagaimanapun tidak keluar-keluar dan berada hampir sejam dalam tandas menyebabkan makciknya curiga lalu masuk ke dalam tandas.

“Wanita berkenaan yang melihat anak saudaranya seolah-olah mengalami pendarahan segera membawanya ke hopsital untuk dapatkan rawatan,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Menurut Raja Shahrom, pihaknya menerima laporan daripada pihak hospital sebelum polis menemui bayi lelaki cukup sifat dan bertali pusat di luar rumah berhampiran tandas kira-kira jam 1 pagi.

“Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat, manakala suspek kini sedang menerima rawatan dan berada di dalam wad di hospital sama.

“Setakat ini kita masih menunggu laporan bedah siasat untuk pastikan bayi berkenaan mati sebelum atau selepas kelahiran. Siasatan terhadap suspek akan diteruskan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.


Sumber sinar


Read more...

Polis buru wanita larikan pokok Krismas

RAKAMAN kamera keselamatan menunjukkan seorang wanita membawa keluar sebatang pokok Krismas di London.

LONDON - Seorang wanita tidak menyedari perbuatannya mencuri pokok Krismas di sebuah rumah kebajikan dirakam kamera keselamatan (CCTV) fasiliti itu.

Suspek yang kononnya datang untuk menziarahi seorang rakannya di sebuah rumah kebajikan di Camberwell, membawa lari pokok berkenaan sebaik sahaja melihatnya.
Ketika kejadian pada 16 Disember lalu, pokok perhiasan itu diletakkan berhampiran pintu keluar bangunan berkenaan.
Polis kini memburu wanita tersebut dan menyebarkan imejnya yang dirakam oleh kamera CCTV tersebut.
Pokok itu disumbangkan oleh seorang rakan kakitangan rumah kebajikan berkenaan. 
- Agensi(kosmo!)


Read more...

Ikan 'serah diri' bukan petanda tsunami


RIBUAN ikan tamban memenuhi pantai Kampung Tambisan, Lahad Datu, Sabah pagi kelmarin.


KUALA LUMPUR - Kejadian beratus ribu tamban melompat dan terdampar di pantai Kampung Tambisan, Lahad Datu, Sabah kelmarin bukan petanda tsunami akan berlaku.
Ketua Kluster Sumber Asli dan Alam Sekitar Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Dr. Ibrahim Komoo berkata, insiden itu tidak mempunyai kaitan dengan tsunami kerana tiada sebarang gegaran atau gempa bumi dikesan.
"Tidak mungkin akan berlaku tsunami kerana tiada sebarang gempa walaupun pada skala kecil direkodkan di kawasan sekitar," kata Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu itu semalam.
Sumber kosmo!

Read more...

Zizan Razak Bangga Jika Emma Maembong Kekal Bertudung

Zizan Razak
PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak, Zizan Razak mengakui berasa bangga jika aktres yang sering dikaitkan bercinta dengannya, iaitu Emma Maembong membuat keputusan untuk terus bertudung.
Bagaimanapun, Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, 29, berkata, dia tidak pernah menyuruh wanita itu untuk berbuat demikian.
"Bapa saudara Emma ada hubungi saya untuk bertanya tentang perkara itu dan sama ada saya yang menyuruhnya bertudung, namun ketika itu saya pun tidak tahu tentang dia mahu bertudung.
"Dia baru mencuba-cuba untuk pakai tudung, bagi saya itu perkara yang baik dan membanggakan bagi seorang wanita, " katanya kepada mStar Online, di sini.
Emma Maembong
Tambah Zizan, Emma sudah lama memberitahu niat untuk berubah ke arah itu namun masih menunggu masa yang sesuai.
Sementara itu, Zizan yang juga Pengarah Urusan Wire Fame Entertainment berkata, dia masih belum mengetahui perancangan kerjaya artis di bawah naungannya itu selepas berhijab.
"Buat masa ini dia (Emma) sedang menjalani penggambaran drama yang memang memerlukannya bertudung iaitu Projek Memikat Suami (PMS) dan Yes Boss!.
"Untuk projek seterusnya saya tidak tahu lagi sama ada dia terus mengambil watak bertudung sahaja atau tidak," katanya.
Sumber mStar Online

Read more...

Rabu, 25 Disember 2013

5 Gambar,Soo Wincci antara 100 wanita tercantik di dunia

Soo Wincci
Kuala Lumpur: “Sebenarnya saya masih bersedih apabila pengurus promosi album Melayu berhenti secara tiba-tiba baru-baru ini. Tapi, apabila dimaklumkan nama saya tersenarai antara 100 wanita tercantik di dunia 2013, ia buat saya bangkit semula,” luah penyanyi Soo Wincci berhubung penyenaraian namanya pada kedudukan 91 dalam carta 100 Wajah Tercantik Di Dunia 2013 oleh Independent Critics yang berpangkalan di United Kingdom dan Amerika Syarikat, kelmarin.
Wincci yang berkongsi berita gembira itu dengan Harian Metro semalam berkata, pemilihan itu adalah motivasi paling bernilai untuknya terus melangkah selepas bersedih berikutan pengunduran pengurus promosinya di negara ini secara mengejut, baru-baru ini.
“Bayangkan album Melayu saya baru saja dilancarkan di pasaran dan tiba-tiba pengurus promosi untuk pasaran Melayu berhenti mengejut.
“Berita nama saya tersenarai dalam carta 100 Wanita Tercantik Di Dunia membuatkan saya bangun semula untuk bekerja keras mengharumkan nama negara,” katanya menerusi pesanan WhatsApp dari Taiwan, semalam.
Penyanyi lagu Musim Asmara itu dipilih laman web Independent Critics bagi senarai 100 Wajah Tercantik 2013 kali ke-24 berdasarkan profil sebagai ratu cantik, personaliti televisyen dan penyanyi.
Wincci tersenarai dalam carta di samping bintang-bintang besar dunia antaranya pelakon Kate Winslet (United Kingdom), Freida Pinto (India), Jennifer Lawrence (Amerika Syarikat) dan penyanyi Yoona (Korea Selatan).
Sumber myMetro





Read more...

Akhirnya percintaan Johan Asari dan Lana Nordin putus

Johan Asari dan Lana Nordin

WALAUPUN tidak sampai sebulan percintaan pasangan pelakon yang penuh dengan kontroversi Johan Asari dan Lana Nordin menghangatkan industri hiburan tanah air, namun hubungan itu dikhabarkan telah putus di tengah jalan.

Memetik laporan portal berita hari ini, Johan menyatakan hubungannya dengan pelakon itu telah putus secara rasmi sejak, kelmarin.

"Saya sebenarnya berat mahu melepaskan Lana. Tapi saya tidak mahu menyeksanya. Lebih baik, kami berpisah daripada terus menyeksa hati dan perasaan Lana," katanya.

Dalam pada itu, pelakon sekuel filem Juvana itu turut menyatakan beliau masih menyayangi Lana, namun terpaksa memilih keluarga ekoran tidak mahu dianggap sebagai anak derhaka.

"Saya minta maaf. Keputusan ini tentu melukakan hati Lana dan keluarga. Tetapi saya terpaksa buat keputusan kerana tidak ada harapan kepada Lana," ujarnya.

Sebelum ini, desas-desus keluarga Johan tidak merestui hubungan percintaannya dengan aktres seksi itu telah tersebar di media sosial.

Dalam perkembangan sama, Lana juga turut memberi respon tentang perkara tersebut.

"Saya bukan bodoh, tiga hari bertemu terus dilamar sebagai isteri, boleh percayakah?

"Saya beri Johan ruang untuk membuktikan janji dan ungkapan manisnya, tapi nampaknya baru sebulan lebih Johan sudah mengaku kalah," katanya.

Sementara itu, di akaun twitter Johan, peminatnya mula memberi kata-kata semangat kepada aktor tampan tersebut.


Sumber sinarharian


Read more...

Nenek 60 tahun lahir anak kembar

SHENG berehat selepas melahirkan anak kembar ketika berusia 60 tahun.
Beijing: Seorang wanita China melahirkan anak perempuan kembar pada usia 60 tahun melalui rawatan IVF selepas satu-satu anaknya meninggal dunia.
Kes yang luar biasa itu menyebabkan dia menjadi individu tertua yang melahirkan anak di negara itu, lapor media kerajaan semalam. 
Sheng Hailin, 63, kehilangan satu-satunya anak perempuan yang berusia lewat 20-an akibat kejadian keracunan gas pada 2009, lapor China Daily.

“Bagi mengelak kesunyian, saya memutuskan untuk mendapat anak lagi ketika usia tua,” katanya sebagaimana dipetik akhbar itu.
Sebuah hospital tentera di Hefei, timur China bersetuju untuk memberikan Sheng dan suaminya terapi IVF.
Dia melahirkan Zhizhi, 1.85 kilogram dan Huihui, 1.45 kilogram di hospital berkenaan.

Wanita tertua yang melahirkan anak menurut Buku Rekod Guiness ialah Maria del Carmen Bousada Lara dari Sepanyol yang mempunyai anak lelaki kembar melalui pembedahan Caesarean pada 2006. 

Maria berusia 66 tahun dan 358 hari ketika itu. Dia meninggal akibat kanser tiga tahun kemudian. 

Sheng, pesara pekerja perubatan dan suaminya mempunyai wang saraan mencukupi tetapi dia kembali bekerja dengan membuat perjalanan ke seluruh negara untuk memberi ceramah mengenai kesihatan bagi mendapatkan wang tambahan untuk membesarkan anaknya. 

Dia terpaksa membayar 10,000 yuan (RM5,424) sebulan untuk dua penjaga kerana tidak lagi larat untuk menjaga anaknya.
Sumber


Read more...

Penuntut kolej dapat bahana kerana ghairah beraksi lucah

imej google

KOTA BHARU - Seorang penuntut sebuah kolej hidup dalam kebimbangan apabila aksi lucah dilakukan ketika berbual secara panggilan video dirakam dan diugut untuk disebarkan di laman sosial.

Malah, remaja berusia 19 tahun yang beralamat di Kubang Kerian itu juga diperas ugut supaya membayar RM6,000 oleh seorang individu yang dikenali melalui akaun Facebooknya itu.

Ketua Polis daerah, Asisten Kormisioner Azham Othman berkata, pada jam 8 malam, 22 Disember lalu, akaun Facebook pengadu menerima pelawaan ‘add friend’ daripada seorang individu yang menggunakan nama, Nickaah Nayss.

Mereka  berbual sehinggalah pada jam 1.48 pagi, tarikh berikutnya, Nickaah Nayss kemudian menghantar mesej Facebook dan mengajak pengadu berbual melalui panggilan video, Skype.

“Di dalam perbualan tersebut, pengadu telah melakukan perbuatan lucah seorang diri sehinggakan Nickaah Nayss menyuruh pengadu menunjukkan perbuatan itu kepadanya.

“Hanya pengadu sahaja yang menunjukkan kemaluan dan wajah sementara Nickaah Nayss sebaliknya serta wajahnya pula kabur,” katanya kepada pemberita, semalam.

Tanpa diduga, perbuatan lucah yang berlangsung selama sejam antara 5 dan 6 pagi itu rupanya dirakam Nickaah Nayss dan dimuatkan ke dalam Youtube peribadinya.

“Pengadu kemudian diugut membayar RM6,000 sekiranya mahu video tersebut dipadamkan dan tidak disebar. Pengadu yang ketakutan meminta jumlah itu dikurangkan kepada RM4,000.

“Nickaah Nayss kemudian bersetuju dan meminta wang dimasukkan melalui akaun sebuah bank. Dia juga meminta pendahuluan RM2,000 tetapi jumlah itu dikurangkan kepada RM1,000, manakala bakinya dipersetujui untuk dijelaskan kemudian,” katanya.

Azham berkata, pengadu kemudian menceritakan kejadian itu kepada bapanya sebelum dia disuruh membuat laporan polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan.


Sumber sinar


Read more...

Nabila Huda sudah punya Kekasih baru ?

Nabila Huda
PETALING JAYA: Pelakon Nabila Huda mendedahkan hatinya sudah pun dimiliki oleh seorang lelaki yang baharu dikenalinya sejak beberapa bulan lalu.
Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi, 29, bagaimanapun berkata, dia enggan mengulas lanjut berhubung identiti lelaki tersebut memandangkan perkenalan mereka masih lagi baharu.
"Alhamdulillah, kehadirannya membuatkan saya cukup gembira. Kami masih lagi baru beberapa bulan menjalinkan hubungan.
"Apa yang boleh saya katakan, dia adalah lelaki yang saya cari selama ini. Bagaimanapun saya tidak mahu cerita panjang siapakah lelaki yang dimaksudkan itu," katanya.
Nabila ditemui pada majlis pelancaran drama Ariana Rose di Sri Pentas TV3, Bandar Utama, di sini pada Selasa.
Tambah anak kepada penyanyi Amy (Search) itu, dia sebenarnya terlalu teruja mahu menceritakan perasaan cintanya ketika ini untuk berkongsi kepada orang ramai.
Namun, dia enggan berbuat demikian kerana bimbang sekiranya perkongsian kisah cinta itu dimanipulasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Kalau nak ikutkan hati, saya cukup teruja mahu kongsi kisah cinta baru saya ini. Tetapi saya mahu buat azam baru, tidak mahu lagi menceritakan kisah peribadi terutamanya hal-hal cinta kepada umum.
"Saya belajar perkara ini daripada pengalaman. Apabila saya tidak hipokrit berkongsi hal peribadi, ada pula pihak lain yang cuba mengambil kesempatan terhadap saya. Itu yang saya tidak mahu ia berlaku," ujarnya.
Dalam pada itu, Nabila berkata, hal-hal peribadinya hanya akan dikongsi menerusi laman sosial Instagram, namun ia turut dihadkan agar dirinya tidak sewenang-wenangnya dipergunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Nabila yang merupakan janda beranak satu sebelum ini pernah dikaitkan bercinta dengan pelakon Johan As'ari, Nas-T dan Syazwan Zulkifly.
Sementara itu, lakonan Nabila dalam drama Ariana Rose bakal disiarkan di TV3 bermula 30 Disember ini setiap Isnin hingga Khamis pukul 7 malam.

Sumber mStar Online


Read more...

Selasa, 24 Disember 2013

Ibu jadi mangsa seksual anak sendiri

imej

KOTA BHARU - Seorang guru wanita mengalami igauan ngeri sepanjang hidupnya apabila menjadi mangsa pukul dan gangguan seksual anak sendiri yang berusia 19 tahun.

Mangsa berusia 54 tahun yang menetap di Lorong LPP Lundang itu menjadi mangsa anak lelakinya hampir setiap hari sehinggalah kejadian terakhir pada jam 6.30 petang, 21 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, mangsa yang berada di rumah ketika itu diserang suspek dengan kayu penyapu.

Tanpa mengetahui puncanya, suspek tiba-tiba sahaja mengamuk dan memukul wanita tersebut di punggung, belakang dan bahu kiri.

“Akibat daripada itu, ibu suspek cedera dan luka dengan kesan lebam, sakit serta pedih di bahagian yang dipukul suspek,” katanya kepada pemberita, semalam.

Suspek sebelum ini sering kali berkelakuan dan bercakap perkara-perkara lucah terhadap ibunya.

“Setiap hari, remaja lelaki tersebut akan menunjukkan aksi perhubungan seks serta pernah meletakkan tangan di atas dada dan punggung ibunya.

“Dia juga kerap kali datang ke sekolah untuk meminta wang dan mengugut pengadu menyebabkan pengadu ketakutan dan tidak dapat menumpukan perhatian terhadap tugasan seharian,” katanya.

Sudah tidak betah untuk bertahan, wanita terbabit kemudian membuat laporan polis menyebabkan pekerja kilang yang masih bujang tersebut ditahan bagi membantu siasatan.

“Suspek dipercayai penagih tegar dan ditahan reman mengikut Seksyen 324 dan 509 Kanun Keseksaan,” katanya.


Sumber sinarharian


Read more...

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN ONLINE DAN PENDAFTARAN BR1M 3.0


Syarat Kelayakan BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia  2014
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 Tahun Keatas
  • Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM3,000 dan Kebawah
  • Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM3,000- RM4,000
  • Individu Bujang yang Berpendapatan Bulanan RM2,000 dan kebawah
Semak Kelayakan diSIARAN MEDIA ( SINI

Tarikh Permohonan BR1M 3.0 Online

Tarikh permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014 (BR1M 3.0) secara online boleh diisi bermula 23 Disember 2013 hingga 31 Januari 2014.
Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014 (BR1M 3.0) akan dibuat pada Februari 2014 kepada yang layak.

Borang pendaftaran BR1M 3.0 boleh didapati secara online dilaman berikut:



Borang turut boleh didapati dilokasi seperti yang dinyatakan dibawah :


  • Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri

  • Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara

  • Jabatan Pembangunan Persekutuan

  • Jabatan Kebajikan Masyarakat

  • Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan

Sebarang maklumat lanjut mengenai BR1M 3.0 akan dinyatakan dari masa kesemasa .. 


Read more...

Pereka Fesyen Jawab Busana ‘Tanduk Rusa’ Rozita Che Wan

Gambar ini dimuat naik menerusi laman sosial peminat sambil mereka mempersoalkan busana dipakai Rozita Che Wan yang dikatakan menyamai tanduk rusa.
PETALING JAYA: Isu perkahwinan mewah Rozita Che Wan dan Zain Saidin masih lagi menjadi kontroversi biarpun ia sudah dua minggu berlalu apabila ada pihak mempersendakan persalinan yang dipakai wanita itu pada majlis berinai yang dikatakan seperti ‘fesyen tanduk rusa’.
Salah seorang pereka fesyen yang dikaitkan iaitu Rizman dari butik Rizman Ruzaini berkata, rekaan sanggul di kepala aktres tersebut adalah inspirasi daripada sanggul lintang tradisi masyarakat Melaka dan ia diubah mengikut konsep majlis berinai kedua-dua mempelai.
"Mungkin mereka tidak tahu bahawa sanggul seperti itu merupakan perhiasan kepala tradisi masyarakat Melaka yang diwarisi sejak berkurun lamanya. Ia turut dikenali sebagai sanggul bermahkota kerana perhiasan seperti mahkota pada kepala.
Majlis berinai Rozita dan Zain yang berlangsung pada 10 Disember 2013.
"Apabila mereka tidak tahu sejarah perhiasan itu, maka ia disamakan dengan tanduk rusa pula. Dan memandangkan timbulnya persoalan ini, saya sebagai pereka bagi busana berkenaan bertanggungjawab memperjelaskan rekaan sanggul tersebut agar ia tidak disalah ertikan," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.
Majlis berinai Rozita berlangsung pada 10 Disember lalu di Dewan N'Dah Shah Alam yang turut dihadiri oleh Zain.
Selain busana milik Rizman, pelakon itu turut memakai pakaian tajaan Bianco Mimosa serta memperagakan barang kemas bernilai RM11 juta tajaan Habib Jewels.
Rizman (kanan) dan Ruzaini.
Rozita dan Zain selamat diijabkabulkan sehari selepas majlis berkenaan bersempena tarikh unik 11.12.13 dengan sekali lafaz sementara majlis resepsi persandingan pula diadakan dua hari kemudian di Setia City Convention Centre, Shah Alam.
Kedua-dua pasangan itu masih berbulan madu di Itali.
Dalam pada itu, Rizman turut menjelaskan rekaan sanggul tersebut juga telah direka khas buat Rozita dengan ukiran motif bunga dan rama-rama serta elemen klasik, sesuai dengan tema majlis yang berkonsepkan tradisional.
Sanggul lintang menjadi satu kemestian dipakai ketika persandingan perkahwinan masyarakat Melayu Melaka .
Sanggul lintang dipercayai berasal daripada hiasan kepala oleh masyarakat Cina peranakan atau Baba dan Nyonya yang menjadi hiasan wajib dipakai ketika persandingan masyarakat Melayu Melaka zaman dahulu.
Dandanan sanggul itu turut mempunyai maksud tersendiri di mana ia menunjukkan keperibadian wanita terutama bakal pengantin apabila sanggul pada bahagian bawah menunjukkan sifat pemalu manakala sanggul tinggi pula menunjukkan wanita itu berani untuk bergaya.

Sumber mStar Online


Read more...

Fenomena aneh,ribuan ikan melompat ke darat di Lahad Datu

Penduduk mengambil kesempatan mengutip ikan yang terdampar di persisir pantai Pulau Tambisan.

SHAH ALAM - Beribu-ribu ikan yang kebiasaannya hanya berenang di tengah lautan, hari ini dilihat berpusu-pusu berenang ke pesisiran pantai dan melompat naik ke daratan.
Fenomena aneh yang mengejutkan penduduk setempat ini berlaku di Pulau Tambisan, Lahad Datu, kira-kira jam 9 pagi tadi.
Menurut pembaca Sinar Harian Online, Luludaprincess Oja yang berkongsi maklumat itu berkata, kejadian itu disedari oleh penduduk sekitar yang melalui kawasan itu secara tiba-tiba melihat ikan meloncat naik ke daratan.

Penduduk mengambil kesempatan mengutip ikan yang terdampar di persisir pantai Pulau Tambisan.
"..situasi ini disedari oleh orang kampung yang kebetulan berada di tepi pantai, melihat kelainan dalam air tersebut di mana ikan-ikan meloncat naik ke darat.
"Sesetengah penduduk mengambil kesempatan untuk memungut ikan tersebut.
"Ini merupakan fenomena pertama berlaku di kampung tersebut," katanya.
Dalam pada itu, Sinar Harian Online mendapati video mengenai peristiwa itu yang berdurasi dua minit tiga puluh lima saat telah dimuatnaikkan di laman Youtube.
Sebelum ini, kejadian tsunami yang berlaku di Acheh pada 26 Disember 2004 turut mencatatkan tanda-tanda pelik sebelum berlaku bencana alam tersebut.

Sumber sinarharian


Read more...

Bantahan larangan dedah payudara gagal

PETUGAS media mengelilingi seorang wanita yang menanggalkan colinya sebagai bantahan terhadap larangan agar tidak tampil separuh bogel di pantai Ipanema, di Rio de Janeiro, Brazil, Sabtu lalu.
Rio de Janeiro: Bantahan yang diuar-uarkan secara meluas bagi mempertahankan hak untuk tampil separuh bogel di pantai bandar raya ini tidak mendapat sambutan Sabtu apabila hanya segelintir wanita yang berbuat demikian.
Lebih 100 jurugambar bersesak di pantai berpasir Ipanema apabila wanita pertama menanggalkan bahagian atas bikininya bagi sebagai membantah undang-undang itu. Hanya tiga atau empat lagi wanita menyusulinya. 
“Payudara tidak berbahaya,” kata Olga Salon, 73, penduduk asal Rio sambil menanggalkan colinya. 

Brazil mempunyai reputasi sebagai negara seks liberal di peringkat antarabangsa dan berbogel bukan saja boleh diterima, malah turut diamalkan ketika karnival.
Ratusan ribu warga asing yang akan mengunjungi Brazil tahun depan untuk Piala Dunia dan Olimpik dua tahun berikutnya bakal menyaksikan bikini yang mendedahkan bahagian belakang pemakainya.
Namun, mengikut kanun jenayah Brazil bertarikh 1940-an, perbuatan separuh bogel dalam kalangan wanita ialah “tindakan lucah” dan boleh dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan hingga setahun atau denda. 

Malah, pengkritik undang-undang mengakui beberapa individu sudah disabitkan dengan kesalahan itu. 

Bantahan Sabtu lalu itu adalah kejadian terbaru dalam perdebatan mengenai bahagian tubuh yang dibenarkan didedah di pantai Rio. 

Penganjur memberitahu media, langkah itu adalah reaksi terhadap insiden November lalu apabila aktres Cristina Flores dimarahi pengawal pantai selepas dia menanggalkan bajunya ketika sesi penggambaran di pantai Ipanema. 

“Mereka meluru ke arah saya dan menjerit sambil mengarahkan saya memakai semula baju, seolah-olah ada bom yang akan meletup jika saya tidak mematuhi arahan,” katanya. 
- AP

Read more...

Gadis bedah Cuping telinga untuk jadi Orang Bunian

Ottawa: Seorang wanita dari Kanada menjalani pembedahan untuk memperoleh cuping telinga yang tajam kerana dia mahu kelihatan seperti orang bunian.
Melynda Moon, 23, percaya dia berasal dari dunia berbeza dan hidup dalam zaman pari-pari pada hayat lalu.
Melynda menjalani pembedahan bernilai RM1,350 itu bagi membolehkan dia berhubungan dengan susur galur keturunannya itu.

Pembedahan itu menyebabkan rawan telinganya dipotong dan serpihan yang dipotong dari bahagian hujung itu dibentuk runcing.
Keadaan itu membolehkan telinganya mempunyai bentuk meruncing sebagaimana watak dalam filem kegemarannya, Lord Of The Rings. Pembedahan itu mengambil masa dua jam.
Selain telinga orang bunian, Melynda juga menjalani implan di tangannya yang menggambarkan simbol kuasa tiga Legenda Zelda.

Model dari Ontario itu berkata, telinga runcing sudah lama menjadi idamannya.
“Inspirasi saya bermula daripada Lord Of The Rings: rambut panjang, baju yang labuh dan hubungan rapat dengan alam semula jadi.

“Saya sentiasa rapat dengan alam semula jadi,” katanya. 

Menurutnya, sejak zaman kanak-kanak lagi, dia memang obses dengan benda mistik.

MELYNDA menjalani pembedahan selama dua jam untuk mendapatkan bentuk telinga seakan-akan elf.

Ketika kecil, dia akan menggunakan mekap untuk tampil seperti orang bunuan dan turut menggunakan Photoshop untuk membuat telinganya runcing.

Mengenai pembedahan yang dijalaninya itu, Melynda berkata: “Saya sentiasa mempunyai fantasi untuk menjadi sesuatu yang lain daripada manusia. Kerana itu, saya ubah penampilan. 

“Saya tidak akan kembali dengan penampilan manusia. Kini, saya hanya kekurangan sesuatu iaitu sayap untuk terbang,” katanya.

- AFP(myMetro)


Read more...

Bapa campak anak, terjun dari bangunan 52 tingkat

Keluarga Kanarikov ketika saat bahagia. (Gambar kecil) Bangunan tempat kejadian berlaku. - Foto Agensi
MANHATTAN, New York - Seorang ayah mencampakkan anak lelakinya yang berusia tiga tahun dari bumbung pencakar langit setinggi 52 tingkat di sini kelmarin sebelum terjun dari bangunan berkenaan.
Polis berkata, lelaki itu, Dmitriy Kanarikov berusia 35 tahun, mati di tempat kejadian selepas terjun dari Menara Dataran Lincoln sekitar pukul 12.05 tengah hari (waktu Amerika Syarikat).
Polis mengesyaki lelaki tersebut yang merupakan seorang imigran dari Ukraine, berada dalam keadaan tertekan ekoran pertikaian mengenai hak penja- gaan anak mereka.
"Anak lelakinya, Kirill yang memakai pijama meninggal dunia tidak lama selepas dimasuk- kan ke Hospital St, Luke Roose- velt," kata polis.
Tragedi menyayat hati itu berlaku tiga bulan selepas Kanarikov menulis di laman Face- booknya bahawa dia mahu menjadi seorang ayah dan pasangan yang baik.
"Saya mahu menjadi bapa dan suami yang terbaik, tiada apa yang lebih penting daripada mereka sekarang ini," kata Kanarikov lagi.
Isterinya, Svetlana Bukharina pula bermegah di laman Facebooknya pada Mac lalu bahawa dia mempunyai suami dan anak lelaki yang terbaik di dunia.
Bagaimanapun, kehidupan rumah tangga mereka bertukar porak peranda sejak beberapa bulan lalu.
Kanarikov dan Bukharina bercerai manakala masa ayah untuk bersama anaknya pula terhalang ekoran perebutan hak penjagaan anak antara mereka.
"Perpisahan tersebut diselubungi kemarahan sehingga mereka terpaksa bertemu berhampiran balai polis untuk menghantar dan mengambil Kirill," kata satu sumber.
"Kanarikov mengambil Kirill pukul 10 pagi kelmarin di lokasi tersebut dan dia perlu menghantar anaknya tiga jam kemudian," tambah sumber sama.
Sementara itu, ibu Kirill, Bukharina enggan mengulas berhubung insiden tersebut.
"Perkara ini perkara peribadi melibatkan keluarga dan sahabat handai saya," kata Bukharina kepada akhbar New York Daily News.
Setakat ini, polis masih belum pasti punca Kanarikov bertindak untuk menamatkan nyawa anak lelaki kesayangannya. 
- Agensi(kosmo!)

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP