GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 6 Januari 2014

7 Gambar,Sanggup separuh Bogel untuk dapatkan Pakaian Percuma

Rom: Ratusan pembeli yang hanya berpakaian dalam sanggup beratur berjam-jam lamanya dengan harapan mendapat baju percuma dan diskaun daripada rangkaian pakaian kasual Sepanyol, Desigual.
Parti Separa Bogel dianjurkan Desigual itu menjanjikan pakaian percuma untuk 100 pelanggan pertamanya bagi jualan murah yang bermula jam 8 pagi di Turin dan Rome.
Ada yang mula beratur sejak malam sebelumnya, malah mereka yang tiba pada jam 3 pagi sekali pun tidak berjaya mendapat tempat dalam kalangan 100 pertama dijanjikan pakaian percuma.
Bagaimanapun, semua yang hadir tetap diberi diskaun separuh harga.
Parti seumpama itu yang pertama kali dianjurkan Desigual pada 2005 pernah diadakan di Madrid, Barcelona dan bandar lain di Sepanyol, selain bandar raya lain di Eropah seperti London, Berlin, Paris Amsterdam serta Lisbon.
Parti sedemikian juga pernah diadakan di Jepun dan New York.
Lebih 10,000 orang menyertai semua parti itu.
Parti Separa Bogel Desigual juga akan diadakan minggu depan di Paris.
Untuk mendapatkan pakaian percuma, peserta bukan saja perlu hadir dalam keadaan separuh bogel, malah dikehendaki menyertai lumba lari sejauh 100 meter. Ketika parti sama di London pada 2011, ada peserta mula beratur sejak jam 11 malam semata-mata mahu menjadi antara 100 pelanggan pertama pada jam 9 pagi keesokannya, malah sanggup meredah hujan dan angin sejuk untuk acara yang diadakan pada musim panas itu.
Peserta parti 2011 itu turut dihiburkan kumpulan Australia Set Sail selain diberi beg hadiah sepanjang mereka beratur.
Hasilnya, 100 yang pertama mendapat baju dan seluar percuma manakala yang lain mendapat diskaun 50 peratus bagi koleksi musim panas Desigual. 
- Agensi



Read more...

Sembunyi dadah dalam Coli

  • Seorang wanita berusia 32 ditahan di Felda Ketengah Jaya kerana memiliki pil kuda, manakala seorang lagi menyembunyikan dadah dalam coli dipakainya.

KETENGAH JAYA – Empat wanita termasuk dua ibu tunggal serta seorang pengantin baharu antara 15 kaki dadah yang ditahan dalam Ops Tapis dijalankan polis narkotik Dungun, di sini, pagi semalam.

Dua daripada wanita berkenaan disyaki memiliki dadah selepas penemuan lima pil methampethamine dalam coli dipakai wanita berusia 23 tahun dan seorang lagi berusia 32 tahun yang baharu mendirikan rumah tangga dua bulan lalu yang ditahan bersama lebih 30 pil dadah sama berada dalam genggamannya.

Turut ditahan, suami wanita terbabit berusia 31 tahun yang juga seorang penagih setelah aktiviti tidak bermoral pasangan suami isteri itu mula dihidu pihak berkuasa sejak beberapa bulan lalu.

Operasi sekitar Felda Kerteh 4, 5 dan 6 diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Assistan Superitendan Cheng Guan Ching serta Polis Ketengah Jaya itu dilakukan selepas maklumat risikan mendapati, aktiviti penyalahgunaan dadah semakin berleluasa di kawasan tanah rancangan Felda.

Hasil operasi bermula seawal jam 6.30 pagi, seramai 15 individu ditahan termasuk 11 lelaki berusia antara 17 hingga 42 tahun.

Sseorang daripada suspek lelaki terbabit turut memiliki 110 pil methapethamine dan tiga paket straw mengandungi serbuk putih disyaki heroin.

Dua wanita disyaki memiliki dadah itu disiasat mengikut Seksyen 39a(1) serta 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala dua lagi wanita termasuk seorang berstatus janda disiasat mengikut Seksyen 15(1) akta sama kerana positif dadah.

Ketua Polis Daerah, Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan tangkapan tersebut.

Sumber sinarharian


Read more...

Shiro Jawab Isu digam RTM dan Lawak bodoh depan Menteri

Shiro
PETALING JAYA: Kumpulan pelawak Shiro menolak dakwaan mereka digam Radio Televisyen Malaysia (RTM) berikutan lawak 'bodoh' dalam satu program terbitan stesen televisyen itu.
Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Bin Razak, 28, berkata, mereka tidak menerima sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara itu malah masih dipanggil untuk mengendalikan sebuah rancangan di RTM sempena malam tahun baharu 2014 pada Selasa lalu.
"Kami tidak tahu atau dimaklumkan apa-apa daripada pihak RTM tentang perkara tersebut, malah selepas rancangan itu, RTM masih memanggil kami untuk mengendalikan rancangan terbitan mereka.
"Boleh dikatakan hubungan Shiro dengan RTM setakat ini memang baik dan pihak stesen televisyen tersebut sentiasa memberi kami peluang dalam pelbagai rancangan mereka sejak kami muncul dalam industri," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.
Ajak berkata demikian ketika diminta mengulas tentang gosip di ruangan pojok akhbar mingguan yang mendakwa kumpulan tersebut bakal digam oleh RTM berikutan menyampaikan lawak 'bodoh' di hadapan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan beberapa artis veteran di Konsert Jubli Emas TV Malaysia, baru-baru ini.
Shiro dikatakan terlalu mencuba untuk menarik perhatian menteri tersebut dengan memanggil beliau sebagai bapa mentua setiap kali muncul di pentas.
Tambah Ajak, persembahan yang dilakukan pada malam tersebut hanya selingan ketika waktu iklan ke udara dan tidak disiarkan di televisyen.
"Ya...kami ada menyentuh tentang bapa mentua kerana kami tahu anak beliau baru sahaja berkahwin, namun bagi saya ia tidaklah sampai keterlaluan dan berniat untuk mempersenda-sendakan seperti dikhabarkan itu," ujarnya.
Bagaimanapun, mereka meminta maaf jika lawak tersebut ada mengguris hati mana-mana pihak yang menonton persembahan mereka pada malam tersebut.
Tambah Ajak, mereka akan lebih berhati-hati dalam membuat persembahan terutamanya program yang melibatkan orang kenamaan.

Sumber mStar Online


Read more...

Isteri dibelasah Suami hanya kerana tidak menyediakan Sarapan

imej
Gombak: Akibat enggan bangun daripada tidur dan menyediakan sarapan selepas dikejutkan, seorang lelaki yang hilang pertimbangan tergamak memukul dan menghentak kepala isterinya ke dinding selain memijak serta mengugut ingin membelasah wanita itu dalam kejadian di kediaman mereka di Selayang Baru, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 7 pagi itu, lelaki berusia 20-an itu yang terjaga daripada tidur mengejut isterinya berusia 25 tahun supaya bangun dan menyediakan sarapan.
Menurut sumber, wanita itu yang difahamkan kepenatan meminta kebenaran suaminya itu untuk menyambung semula tidur buat seketika dan akan menyediakan sarapan kemudian.
“Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang kemarahan suaminya yang bertindak mengamuk dan terus memarahi mangsa dengan menghamburkan kata-kata kesat.
“Suami mangsa mengambil pisau di dapur sebelum mengugut ingin membunuh mangsa, namun ditenangkan adiknya yang menyaksikan kejadian itu,” katanya.
Sumber berkata, suami mangsa yang masih tidak berpuas hati kemudian memukulnya.
Sumber myMetro

Read more...

Anak Sultan Brunei bayar Mariah Carey RM4.9 juta?

Mariah Carey

LONDON - UNITED KINGDOM. Penyanyi Amerika Syarikat, Mariah Carey dilaporkan dibayar sekitar RM4.9 juta bagi meraikan majlis sambutan hari jadi anak Sultan Brunei, Putera Azim pada malam tahun baru, Jumaat lalu.

Memetik laporan Daily Mail, Carey dijemput oleh Putera Azim itu ke parti hari jadi peribadinya di hotel lima bintang di Dorchester.

Dalam pada itu, wakil Carey berkata, penyanyi itu telah mempersembahkan nyanyiannya kepada Putera Azim, namun tidak mengesahkan berapa bayaran yang diterima penyanyi berkenaan.

"Ini adalah parti 'private' jadi kami tidak membincangkan yurannya. Carey telah lama kenal dengan Putera Azim sejak beberapa tahun lalu.

"Mereka adalah kawan dan banyak melakukan kerja amal bersama," katanya dipetik Daily Mail.


Sumber


Read more...

Ahad, 5 Januari 2014

Pencuri Sumbat Empat Ekor Lembu Dalam Proton Wira

DUA lelaki terpaksa meninggalkan sebuah kereta Proton Wira yang membawa empat ekor lembu yang dipercayai dicuri dari sebuah kandang ternakan, di Sungai Lembu, Bukit Mertajam selepas kereta tersebut mengalami kerosakan di Kampung Siam, Sungai Seluang, Lunas dekat Kulim, awal pagi Ahad. Foto BERNAMA
KULIM: Dua lelaki berputih mata selepas empat ekor lembu yang mereka curi terpaksa ditinggalkan di dalam kereta Proton Wira selepas kenderaan yang mereka naiki bersama haiwan itu mengalami kerosakan di Kampung Siam, Sungai Seluang, Lunas dekat sini Ahad.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, DSP Chin Soo Song berkata, kesemua lembu itu ditemui semula pada 7 pagi Ahad iaitu kira-kira 15 kilometer dari lokasi kandang ternakan haiwan itu dicuri, di Sungai Lembu, Bukit Mertajam.
"Keempat-empat ekor lembu itu disumbat di bahagian but dan tempat duduk penumpang belakang yang telah dibuang bagi membolehkan kesemua lembu itu diisidi dalam kereta itu," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Pemilik ternakan melaporkan kejadian itu di Balai Polis Lunas pada 5 pagi ini, katanya.
"Polis dengan kerjasama orang awam menjumpai semula ternakan itu yang ditinggalkan (dalam kereta) di tepi jalan di Kampung Siam, dekat sini," kata Chin.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua suspek diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, Asisten Supt C. Tharmalingham di talian 04-4906222 atau balai polis berhampiran.
 - BERNAMA

Read more...

Guru jual pistol tiruan dalam Facebook


Kota Bharu: Tindakan seorang guru mahu meraih pendapatan tambahan dengan menjual ‘pistol tiruan’ menerusi laman sosial Facebook membawa padah selepas ditahan polis dalam ‘Ops Cantas Khas’, kelmarin. 

Difahamkan, guru lelaki berusia 27 tahun itu ditahan di hadapan sebuah kedai runcit di Jalan Pasir Mas-Salor, jam 1.30 tengah hari selepas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan menerima maklumat orang awam. 


Berikutan itu, sepasukan anggota polis JSJ IPK Kelantan dikerahkan ke situ untuk menahan dan melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan dinaiki suspek. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Idris Abd Rafar, berkata anggota polis kemudian melakukan pemeriksaan terhadap bonet kereta suspek sebelum menemui satu bungkusan plastik berwarna hitam yang mengandungi tujuh kotak pistol tiruan terbabit.

Katanya, siasatan awal polis mendapati suspek membeli setiap pistol tiruan terbabit daripada seorang warga Thailand di Golok, pada harga RM60, sebelum dijual secara atas talian kepada pelanggan berminat.


BH


Read more...

INFO KESIHATAN,HENTI MEROKOK TIDUR NYENYAK

Seorang lelaki merokok ketika dalam perjalanan menghadiri mesyuarat di Beijing, China, suatu amalan yang mengganggu tidur. [FOTO AP]

London: Lupakan pil tidur atau senaman untuk membantu mendapatkan tidur nyenyak pada waktu malam kerana penyelidik menyatakan taktik terbaik adalah dengan berhenti merokok.

Penyelidik mendapati merokok boleh mengganggu tidur yang membawa kepada keadaan seperti kemurungan dan kegelisahan. 


Mereka menyatakan tabiat itu mengganggu sistem jam tubuh khususnya paru-paru dan otak. 

Akibatnya, perokok tidak dapat tidur nyenyak dan keadaan itu boleh menyebabkan kemerosotan kognitif, gangguan perasaan, kemurungan dan kegelisahan.

“Kajian ini mendapati laluan biasa yang menyaksikan asap rokok memberi kesan kepada pulmonari dan saraf,” kata Dr Irfan Rahman dari Pusat Perubatan Universiti Rochester, New York.

Sebabkan keradangan

Dr Rahman dan pasukannya mendapati, asap tembakan memberi kesan kepada ‘sistem jam’ tubuh khususnya paru-paru dengan menyebabkan keradangan dan dengan tahap kemurungan aktiviti otak. 
Mereka dapati, merokok dalam masa singkat pun mengurangkan molekul dikenali sebagai SIRTUIN1 dan pengurangan ini mengubah suai tahap protein yang mengawal keadaan tikus makmal.

Pengurangan sama dilihat pada tisu paru-paru perokok. Penyelidikan membuat penemuan menggunakan dua kumpulan tikus. 

Satu kumpulan didedahkan kepada udara bersih saja, dan sekumpulan lagi didedahkan asap beberapa batang rokok sepanjang hari.

Penyelidik memantau corak aktiviti harian haiwan itu dan mendapati tikus dianggap tidak aktif berikutan pendedahan kepada asap rokok.

Mereka juga mendapati, paras rendah molekul SIRTUIN1 boleh menyebabkan gangguan pada tikus dan manusia yang terdedah kepada asap rokok. Namun, mereka juga berkata keadaan itu boleh diubah. 

“Cuma jika anda mahu laksana satu azam Tahun Baru, berhenti merokok,” kata Ketua Editor The FASEB Journal, Gerald Weissmann, penerbit artikel itu.

Dr Rahman menegaskan, hasil kajian akan membuka jalan untuk rawatan memulihkan fungsi paru-paru dan otak di kalangan perokok, sekali gus memperbaiki tidur mereka.

“Hasil kajian menunjukkan nilai terapeutik menyasarkan laluan ini dengan bahan yang boleh memperbaiki fungsi paru-paru dan otak perokok.

“Kami jangka penemuan ini akan menjadi asas kepada perkembangan masa depan dalam rawatan kepada pesakit yang mengalami kecederaan dan penyakit berkaitan asap tembakau,” katanya.


-AGENSI

Read more...

Tabiat pelik ! Suka minum Cat

Alabama Heather Beal
Seorang ibu beranak dua mengakui mempunyai tabiat pelik apabila kemaruk menelan cat yang dianggap ‘panas dan lebih berkrim daripada susu.’
Agensi Alabama Heather Beal, 43, mengakui minum hampir tiga gelen cat sejak mula menggemari cat kira-kira tiga tahun lalu.
Pengambilan bahan kimia seperti itu boleh mengakibatkan kerosakan pada sistem saraf utama sama seperti dialami penagih alkohol.
Bagaimanapun, penyalahgunaan bahan kimia juga boleh mengakibatkan halusinasi, muntah, gangguan pertuturan dan mual.
“Memang sedap, rasanya seperti susu bila ditelan cuma ia mempunyai bau kimia terlalu kuat yang bagi saya amat sempurna,” katanya.
Dia mengakui lebih sukakan cat dalam bentuk dakwat digunakan untuk pen penanda.
Malah, setiap hari dia mencabut penutup sebatang pen penanda untuk memuaskan ketagihannya.
“Saya memilih dakwat pen penanda selepas mencuba beberapa jenis cat lain termasuk yang dijual secara pukal dalam tin, namun tidak cukup sedap untuk memuaskan kehendak saya,” katanya.
Heather kemudian menunjukkan bagaimana dia menggoncang pen penanda untuk memastikan dakwatnya sekata sebelum terus memasukkan hujung pen ke dalam mulut.
Matanya juga kelihatan menggerenyet ketika menikmati segelas kecil cat putih.
Heather berkata, tabiatnya itu bermula selepas kematian ibunya dan sehingga kini tidak siapapun pernah melihatnya minum cat, lebih-lebih lagi dua anaknya.
Bagaimanapun, Heather kini cuba mengatasi ketagihan itu selepas dimaklumkan doktor ginjalnya mengalami kerosakan.
Malah, dia berazam terus berhenti menelan cat selepas ditanya bagaimana perasaannya jika anaknya juga memulakan tabiat itu.
Menurut Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Penyalahgunaan Bahan, ketagihan bahan terlarang boleh mengakibatkan seseorang hilang keupayaan berjalan, bercakap dan berfikir.
Tanda lain yang dapat dilihat jelas termasuk hidung berdarah, mata merah selain perubahan sikap ketara dan ganas akibat kesan sampingan terhadap otak pengguna.
Sumber


Read more...

Habiskan RM64 Ribu sebulan Untuk Tampak Muda

Jennifer Anniston
AKTRES Jennifer Anniston dilaporkan dia sanggup menghabiskan wang sebanyak RM64 ribu sebulan untuk membeli produk- produk kecantikan anti penuaan.
Menurut laporan portal FemaleFirst, bintang sitkom Friends itu sanggup berhabis wang membeli produk termasuklah membuat rawatan laser untuk kelihat awet muda.
"Jennifer cukup serius dalam menjaga kulit wajahnya yang mahu sentiasa tampil terbaik dan muda.
"Untuk kekal cantik di usia 44 tahun, dia terlalu bersungguh-sungguh dan ternyata ia berhasil," kata sumber.
Sumber


Read more...

BR1M 3.0, 70% BELUM DAFTAR

SHAH ALAM - Lebih 70 peratus daripada 900,000 pemohon baru masih belum mendaftar untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 tahun ini.

Menurut sumber, mereka yang layak diminta segera mendaftar dan mengemas kini maklumat sebelum akhir bulan ini bagi memudahkan golongan berkenaan untuk menerima perlindungan caruman Takaful i-BR1M.

Katanya lagi, 70 peratus yang belum lagi belum mendaftar itu mempunyai dimana pendapatan sekitar RM3,000 ke RM4,000, manakala 35 peratus lagi belum mempunyai akaun bank.

Kerajaan kini sedang memperhalusi caruman takaful i-BR1M dengan Bank Negara Malaysia dan beberapa syarikat insurans untuk dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Untuk itu penerima BR1M 3.0 diminta tidak melewat-lewatkan pendaftaran sekali gus selain berharap agar kerajaan tidak melanjutkan tarikh pendaftaran itu.

Tahun ini, kerajaan menjangkakan 7.9 juta rakyat layak menerima BR1M 3.0 dengan peruntukan RM4.5 bilion berbanding RM3 bilion untuk BR1M 2.0.

Sementara itu, hanya 4.4 juta daripada 6.8 juta penerima sedia ada telah mengemas kini maklumat nombor akaun bank, manakala 2.4 juta lagi masih belum berbuat demikian.


Sumber sinar




Read more...

Sabtu, 4 Januari 2014

6 Tempat menikah paling ekstrem


Kebanyakan pasangan ingin pernikahan mereka diadakan di tempat yang indah. Namun anehnya, enam pasangan ini malah menyelenggarakan pernikahan mereka di tempat yang ekstrem dan berbahaya ..Jom terjah !

1 . Di puncak Gunung Everest

Merdeka.com - Pem Dorjee dan Moni Mulepati adalah sepasang kekasih dari Nepal yang berjaya mengikrarkan sumpah perkahwinan mereka di atas puncak tertinggi di bumi . Malangnya , mereka hanya boleh berada di sana selama 10 minit . Sesampainya di atas Gunung Everest , mereka akan melepas topeng oksigen mereka , lalu mengambil gambar dan mengucap sumpah perkahwinan .

2 . Di bawah laut

Merdeka.com - Pernikahan bawah laut telah dilakukan sejak tahun 1990 - an di Wilayah Trang di Thailand . Kedua pengantin akan menyelam ke bawah laut untuk mengikrarkan sumpah pernikahan mereka .

3 . Di atas kapalterbang

Merdeka.com - Darren McWalters dan Katie Hodgson mengikrarkan janji perkahwinan mereka dengan cara paling mengagumkan dan sekaligus berbahaya . Mereka menggunakan tiga pesawat jenis biplane dalam perarakan perkahwinan unik ini . Yang satu untuk Darren , satu untuk Katie , dan selebihnya untuk saksi . Mereka bertiga berdiri tepat di atas sayap pesawat itu sambil mengikrarkan sumpah suci pernikahan dengan menggunakan bantuan speaker wireless .

4 . Main bungee jumping

Merdeka.com - Sandra Eens dan Jeroen Kippers meraikan hari perkahwinan mereka dengan melakukan bungee jumping . Segera setelah menyematkan cincin di jari manis masing - masing , kedua-duanya melompat dari ketinggian 164 meter di atas permukaan tanah sambil berpelukan .

5 . Di dalam kandang yu

Merdeka.com - Michael Curry dan April Pignataro adalah salah satu pasangan paling berani di dunia . Mereka mengadakan perkahwinan mereka di Atlantis Marine World di Riverhead , New York . Michael dan April berkahwin di dalam sebuah tangki ikan yu yang diletakkan di dalam sebuah akuarium raksasa yang mengandungi banyak jerung .

6 . Naik roller coaster

Merdeka.com - Coney Island Cyclone atau boleh disebut Cyclone , adalah sebuah roller coaster kayu bersejarah , yang dibuka pada tarikh 26 Jun 1927 di Coney Island . Setiap tahun , beberapa pasangan menyelenggarakan perarakan perkahwinan mereka di sini . Mereka akan berkahwin di kerusi roller coaster bersama dengan tetamu perkahwinan mereka yang hadir .

Sumber merdeka.com


Read more...

Pelajar 'Punk' bawa Kerambit Serang Guru Ditahan

Pelajar tingkatan lima sebuah sekolah yang terbabit dalam kejadian mencederakan seorang guru lelaki dengan menggunakan kerambit dibawa oleh polis untuk mendapatkan perintah tahanan reman di Mahkamah Majestret Kangar, Perlis pada Jumaat. - fotoBERNAMA
KANGAR: Polis menahan seorang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Perlis dekat sini kerana didakwa mencederakan seorang guru lelaki dengan kerambit pada hari pertama persekolahan, Khamis.
Kejadian dipercayai berlaku selepas pelajar lelaki itu ditegur oleh guru berkenaan kerana menggayakan rambut ala 'punk.'
Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Supritendan Ismail Che Isa berkata, suspek lelaki berusia 17 tahun itu ditahan pada pukul 1 pagi Jumaat di rumahnya di Kuala Perlis dekat sini.
Ismail berkata, guru tersebut mengalami kecederaan di bawah mata kanannya dan mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Kuala Perlis.
"Kami telah mendapat perintah reman untuk menahan pelajar tersebut sehingga Isnin depan," katanya.
Sementara itu, guru yang terlibat dengan insiden itu enggan memberikan sebarang komen dan memberitahu pemberita bahawa dia menyerahkan kepada pihak polis untuk menyelesaikan kes tersebut.
Sumber mStar Online


Read more...

INFO KESIHATAN,KURANG TIDUR PUNCA OTAK ROSAK

Satu kajian yang dijalankan sebuah universiti Sweden mendapati, individu yang tidak tidur semalaman boleh berdepan kerosakan otak, sama seperti kesan dipukul di bahagian kepala.

Menurut penyelidik, kajian yang dijalankan ke atas belia lelaki yang tidak tidur menunjukkan peningkatan dalam jumlah kimia yang sama seperti kerosakan otak.

Pensyarah Universiti Uppsala, Profesor Christian Benedict berkata, bahan kimia NSE dan S-100B di dalam kepala merupakan petunjuk bagi kerosakan otak contohnya yang mengalami gegaran.

"Menurut penemuan kajian, jumlah dua bahan kimia itu yang berada dalam darah responden, meningkat jika mereka tidak tidur semalaman.

"Semasa tidur, otak menjalankan tugas pembersihan daripada bahan toksik, manakala bahan kimia NSE serta S-100B meningkat sebagai tindak balas kepada bahan-bahan tersebut,'' katanya.

Benedict berkata, penemuannya itu menyokong penyelidikan sebelum ini yang menyatakan bagaimana otak menggunakan waktu tidur untuk melakukan tugas pembersihan.

Selain itu katanya, penemuan tersebut turut menyokong kajian sebelum ini yang mengaitkan kurang tidur dengan risiko mendapat penyakit nyanyuk, Parkinson dan penyakit sclerosis.
Sebagai rumusan tambahnya, penemuan kajian itu menunjukkan tidur yang cukup pada waktu malam amat penting untuk mengekalkan kesihatan otak. 

- AGENSI

Read more...

Janda ditahan bersama kekasih

  • Seorang wanita berstatus ibu tunggal mendukung anaknya berusia 4 tahun untuk dibawa ke balai polis selepas ditahan di rumahnya kerana disyaki berkhalwat dengan teman lelaki selain turut mengambil dadah berbahaya.

DUNGUN - Rahsia hubungan sulit seorang ibu tunggal bersama teman lelakinya seorang kaki dadah terbongkar selepas pasangan terbabit ditahan pihak berkuasa, di sebuah rumah dekat sini, pagi kelmarin.

Perbuatan sumbang itu berjaya dihidu polis narkotik Dungun selepas maklumat risikan mendapati rumah kampung yang didiami janda berusia dalam lingkungan 30an di kampung Alor Tembesu itu dijadikan tumpuan penagih untuk melepaskan gian dan teman lelakinya dipercayai dalang utama kegiatan itu.

Ketika ditahan, wanita berkenaan difahamkan sedang tidur dalam sebuah bilik bersama anaknya manakala, teman lelakinya yang hanya berkain pelekat tanpa baju cuba melarikan diri dengan memanjat siling rumah sebaik menyedari kehadiran polis.

Bagaimanapun usaha lelaki tersebut untuk meloloskan diri gagal apabila dia berjaya ditahan.

Ekoran penahanan lelaki berkenaan, polis memasang perangkap lalu berjaya menahan 10 lagi yang lain.

Operasi sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah bermula jam 8.30 pagi diketuai Sub Inspektor Ismail Omar itu berakhir jam 11 pagi.

Semua suspek yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk siasatan lanjut.

Selepas ujian saringan air kencing dilakukan, semua yang ditahan termasuk ibu tunggal terbabit didapati positif dadah jenis methapethamine.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pasangan berkenaan juga diserahkan ke pihak penguat kuasa jabatan agama untuk tindakan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan khalwat dan mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Ketua Polis Daerah, Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan tangkapan tersebut.


Sumber sinarharian


Read more...

Padah tuduh artis berzina tanpa bukti

Penyanyi Kuwait Shams
Riyadh: Mahkamah di Arab Saudi memerintahkan seorang lelaki dipenjara tiga bulan dan disebat 80 kali selepas memfitnah penyanyi Kuwait sebagai penzina di Twitter tanpa bukti sahih.
Warga tempatan itu juga didenda 10,000 rial (RM8,757) kerana mendakwa penyanyi berkenaan, Shams, berzina tanpa menyertakan sebarang bukti, lapor laman berita Sabq memetik keputusan mahkamah, semalam.
Keputusan itu dibuat berdasarkan hukum syariah supaya mereka yang membuat tuduhan zina tanpa bukti dikenakan hukum sebat.
Shams memfailkan saman malu terhadap pemilik akaun Twitter ‘the lawyer of Queen Ahlam’ (peguam Queen Ahlam) penyanyi pop yang juga saingan Shams di negara Teluk itu.
Lelaki terbabit turut memuat naik gambar yang dipalsukan menunjukkan penyanyi berkenaan dalam keadaan yang dilapor Sabq sebagai tidak sopan.
 - Agensi(myMetro)

Read more...

Gadis trauma dituduh hamil

Siti Nor Hidayah menunjukkan notis yang dikeluarkan Pejabat Agama Islam Daerah Langkawi dan dokumen keluar wad daripada Hospital Langkawi, semalam.

Langkawi: Seorang gadis trauma dan menanggung malu susulan tindakan Hospital Langkawi (HL) di sini, yang didakwa cuai mengendalikan pemeriksaan ke atasnya sehingga menyebabkan dirinya dituduh mengandung anak luar nikah. 

Siti Nor Hidayah Abdul Rahman, 23, berkata dia kecewa dengan tindakan doktor yang merawatnya ketika itu yang menuduhnya mengandung anak luar nikah sedangkan berlaku kesilapan pada ujian dijalankan.


Justeru, Hidayah yang bekerja di sebuah hotel di sini, menuntut HL memohon maaf atas kecuaian dilakukan sehingga menyebabkan maruahnya tercemar dan dia tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang. 

Mengulas kejadian itu, beliau berkata, pada 24 Disember lalu, dia ke Klinik Kesihatan Kuah, di sini, bagi merawat kesakitan dialami pada bahagian kanan perut, sebelum dirujuk kepada seorang doktor. 

Katanya, hasil pemeriksaan, doktor terbabit memaklumkan ada sedikit masalah pada ovari kanannya yang dikesan lebih besar berbanding saiz di sebelah kiri dan doktor berkenaan mengesyaki mungkin disebabkan bengkak, sebelum dia diberikan ubat. 

Pada masa sama, doktor terbabit turut mengambil sampel darahnya, sebelum dia dibenarkan pulang tetapi selepas seminggu, kesakitan itu masih dirasai. 

Rujuk pakar sakit puan 

“Pada 31 Disember, saya sekali lagi ke klinik sama, sebelum dirujuk kepada pakar sakit puan di HL. 

“Saya menjalani ujian imbasan pada perut dan ujian air kencing di Unit Kesihatan Ibu dan Anak, sebelum doktor memberitahu ada masalah pada saluran kencing, namun puncanya tidak dapat dikenal pasti. 

“Saya dimasukkan ke wad dan keesokan harinya jam 10 pagi, tiga pegawai Pejabat Agama Islam Daerah Langkawi (PAIDL) datang menemui dan bertanyakan pelbagai soalan tidak masuk akal. 

“Paling mengejutkan, pegawai terbabit menuduh saya mengandung anak luar nikah. Ketika itu, jiwa saya luluh dan dunia rasa gelap, apatah lagi kata-kata pegawai terbabit turut didengar pesakit lain dalam wad sama,” katanya. 

Hidayah berkata, ketika soal siasat dilakukan, beliau beberapa kali cuba meminta penjelasan jururawat dan doktor mengenai status ujian air kencingnya yang dikatakan positif mengandung, tetapi tidak dilayan kakitangan terbabit. 

Perlu siasatan lanjut 

“Saya tertekan apabila pegawai agama itu menyerahkan notis supaya hadir di PAIDL untuk siasatan lanjut dan meminta saya berdiam diri. 

“Saya hanya menangis dan kemudian meminta ujian air kencing kali kedua dilakukan,” katanya. 

Hidayah berkata, hasil ujian kedua itu menunjukkan beliau tidak mengandung dan dibenarkan pulang selepas tiga hari berada di wad. 

“Saya rasa difitnah dan dianiaya secara melulu sehingga menjatuhkan maruah sebagai gadis yang belum berkahwin. Saya mahu mereka memohon maaf dan kini berbincang dengan keluarga untuk mengambil tindakan undang-undang,” katanya. 

Sementara itu, Pengarah Hospital Langkawi, Dr Mansor Ismail, ketika dihubungi berkata pihaknya sedang menyiasat kes itu dan berjanji mengambil tindakan sewajarnya jika aduan itu benar.


Sumber BH


Read more...

1,058 calon dipilih misi hidup di Marikh

GAMBAR fail menunjukkan penempatan yang akan dibina di planet Marikh oleh calon-calon yang berjaya tiba ke planet tersebut pada tahun 2024.

THE HAGUE - Sebanyak 1,058 calon telah dipilih daripada 200,000 orang yang memohon untuk dilatih dalam misi untuk hidup di planet Marikh, menurut pihak penganjur, Mars One kelmarin.

Kesemua mereka yang berumur di bawah 24 tahun dari 140 buah negara akan berlepas ke planet tersebut pada tahun 2024.
Sebanyak enam pelancaran roket akan membawa mereka ke planet tersebut.
Sebahagian dana yang digunakan untuk membawa mereka ke Marikh adalah dibiayai sebuah program realiti televisyen.
Kesemua mereka akan mengharungi penerbangan sejauh 55 juta kilometer selama enam bulan sebelum tiba di Marikh.
Para peserta itu tidak lagi akan pulang ke Bumi kerana kos untuk penghantaran pulang terlalu tinggi.
Menurut Mars One yang beribu pejabat di Belanda, semua calon itu telah diberitahu tentang pemilihan mereka ke Marikh pada 30 Disember lalu.
Pihak Mars One itu menyatakan, calon itu dipilih berdasarkan beberapa kriteria yang terdapat pada diri mereka.
Antara kriteria itu ialah bijak membuat keputusan, bebas dadah dan boleh berbahasa Inggeris.
"Malah, terdapat permohonan satu pasangan yang dibuat menerusi rakaman video yang menunjukkan mereka berada dalam keadaan bogel," kata pengasas bersama Mars One, Bas Landsdorp.
Menurut ketua perubatan Mars One, Norbert Kraft, calon-calon itu akan menjalani ujian fisikal dan emosi dalam tempoh lebih dua tahun. 
- AFP(kosmo!)


Read more...

Cari kepuasan melalui Sembang ghairah

Kuala Lumpur: Hanya bermodalkan telefon pintar murah berserta capaian Internet, sesiapa saja termasuk remaja di bawah umur kini boleh mengikuti perbincangan seks, gambar, klip video serta mesej lucah tanpa sebarang sekatan di laman sosial.
Jika sebelum ini negara digemparkan dengan penghasilan klip video, web serta blog lucah, aplikasi Twitter dikesan menjadi trend terbaru kepada generasi moden untuk memuaskan nafsu mereka.
Fenomena ini nyata membimbangkan terutama golongan ibu bapa kerana ramai remaja kini memiliki telefon pintar manakala capaian Internet pula boleh dilanggan dengan kos serendah RM5, malah ada tempat menyediakan perkhidmatan Internet tanpa wayar (WiFi) secara percuma.

Ungkapan seperti ‘I kat dalam bilik tengah bogel sayang’, ‘Hisapkan **** *** please’, ‘Cepatlah sayang, I tak tahan ni’ adalah antara pertuturan dan perbincangan seks secara terbuka di laman berkenaan dengan purata ribuan pengikut bagi setiap pemilik akaun.
Foto
Lebih membimbangkan, terdapat juga gambar, animasi dan klip video seks, humor seks, usikan terhadap pengikut seperti ajakan berasmara secara siber yang boleh mendatangkan kesan buruk jika tidak dipantau.
Sumber myMetro


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP