GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 1 Mac 2014

Anak Lelaki Kedua Pasangan Malaysia Di Sweden Beri Kenyataan Keliru

Anak pasangan warga Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Sweden, Aishah, 14, Ammar, 12, Adam, 11, dan Arif, 7, bersekolah di Sekolah Kebangsaan Padang Kala dan Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Kala. Foto: BERNAMA
STOCKHOLM: Anak lelaki kedua kepada pasangan Malaysia yang didakwa kerana memukul tangan anaknya dilihat lebih banyak memberi soalan berbanding menjawab soalan dan keliru ketika menerangkan kes penderaan.
Adam Azizul Raheem,11,cuba menggambarkan insiden apabila ibunya, Shalwati Nurshal dikatakan memukulnya menggunakan penyangkut baju apabila tidak melakukan cucian dengan betul.
Apabila diminta untuk menggambarkan kronologi tersebut, Adam tiba-tiba memberitahu insiden abangnya, Ammar dipukul sebelum berbalik kepada soalan, dan selepas itu turut menceritakan dia sesat di pusat membeli-belah ketika berusia 6 tahun.
Adam yang di dianogsis mengalami masalah pembelajaran, berusaha untuk menjawab soalan ketika temuduga dilakukan secara rekod, selalu terjatuh dan berdiam diri seketika.
Dalam satu temuduga, Adam kelihatan diam lebih kurang empat minit sebelum mahkamah memendekkan masa video itu.
Mengimbas kembali insiden yang melibatkan ibunya, Adam memanggil sarung tangan yang digunakan ketika memukulnya sebagai "muffin" sebelum soalan seterusnya dan penemuduga mendedahkan ia sebagai "mitten'.
Kedua-dua ibu bapanya, Shalwati dan Azizul Raheem Awalluddin menjalani perbicaan enam hari di Mahkamah Daerah Solna di atas dakwaan memukul anak-anak mereka.
Polis wanita itu telah bertanyakan Adam sama ada dia dipukul kerana tidak bersembahyang, dan turut menyatakan bahawa Azizul ada memberitahu pihak penyiasat bahawa ibu bapa muslim dibenarkan memukul anak-anak mereka jika tidak bersembahyang.
"Jika kami tidak sembahyang, bapa akan mengajak kami sembahyang dengannya. Tetapi jika dia tahu kami berbohong (tidak sembahyang), dia kadang-kala marah," jelas Adam.
Ketika ditanya apa yang terjadi apabila bapanya marah, Adam berkata dia akan menjerit kepadanya, kakak dan abangnya tetapi sentiasa "bercakap baik" dengan adiknya, Ariff.
Penemuduga itu bertanya kepada Adam bagaimana perasaannya ketika bercakap dengan polis, Adam segera menjawab dia bosan.
"Tetapi saya gembira hari ini, membuat rekod baru tamatkan temuduga dengan cepat," tambah Adam gembira, menyebabkan Azizul tersenyum melihat anaknya ketawa.
Temuduga terpaksa dipendekkan beberapa sesi selepas Adam enggan bercakap, dan bertanyakan "berapa lama" dan "bila soalan akan habis".
Tamat temuduga itu, Adam dilihat meninggalkan bilik, walaupun polis wanita itu bertanya sekiranya ada perkara lain yang hendak diberitahu.
"Tiada, tiada, tidak, tiada," jelas Adam, sambil bangun.
Pada 10 Februari lalu, Shalwati dan Azizul didakwa dengan pelbagai kekasaran dan melanggar integriti kanak-kanak, dengan memukul serta mendera anak-anak mereka.
Kesalahan-kesalahan yang didakwa berlaku di rumah keluarganya di SpÄnga, pinggir bandar Stockholm, antara September 15, 2010 dan 17 Disember 2013 .
Perbicaraan bersambung pada 3 Mac ini.
Sumber mStar Online

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP