GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 6 November 2009

Hujan lebat

Hujan lebat disatu dua tempat..puas kawan carik mana pekerja yang bertugas ditengah tengah bandar..rupa rupanya semua menyusun cakar penyapu dan wheel barrow/push cart dibawah tangga..kawan pun tidur dalam kereta..

Ini kes mengular dalam waktu tengkujuh..

Read more...

Khamis, 5 November 2009

Mari berkebun

Ada lebih kurang 550 lagi.. dah siap ditanam baru 350..ini bermakna kena mengali lubang lagi 550..hasil kena tunggu 5 tahun ..Prodak yang bakal terhasil dari tanaman ini ialah Kondom..

Read more...

Rabu, 4 November 2009

Anugerah 3

Anugerah yang kedua dari yang pertama bernama Sharifah Anis Syafrina..Hari jadi yang ke 13 tahun..bercita cita tinggi nak jadi pegawai Polis..ada kaa nak tangkap ayahnye nanti jika selalu melakukan kesalahan ber SMS dengan melampaui batas..ishk!

Read more...

Selasa, 3 November 2009

Harga rokok RM30 untuk 20 batang?


Beberapa pemimpin pertubuhan bukan kerajaan ( NGO ) menyambut baik cadangan harga sekotak rokok 20 batang dijual RM 30 dipercayai boleh mengurangkan jumlah rokok yang dihisap dan akhirnya menghentikan tabiat merokok...

Jawapan kawan tak boleh..bagi perokok tegar akan tetap berusaha untuk bekerja lebih keras lagi demi harga rokok..kerana merokok memberi daya inspirasi yang tinggi dalam kehidupan seharian..tanpa merokok segala kerja akan menjadi lembap biar pun semua tau..''merokok membahayakan kesihatan ''..

Kawan bukan menyokong perokok perokok semua.. kawan pun pernah menjadi perokok selama 16 tahun..dan kawan berhenti merokok bukan dengan alasan ''merokok membahayakan kesihatan ''..kawan berhenti merokok kerana tak larat dah dengan harga rokok yang ada sekarang ni..

Jadi untuk mengubah gaya.. kawan sekarang menghisap ''curut''..dengan penuh keterampilan yang lebih berwibawa..

Read more...

Isnin, 2 November 2009

Sembang merapu dipagi isnin

Makcik Memon seorang yang begitu aktif dalam berpesatuan dan mempunyai banyak idea yang bernas untuk diusulkan dalam mesyuarat pertubuhan persatuan wanita tetingkap daerah beliau..

'' Memandangkan sekarang belanja serta hantaran perkahwinan terlalu tinggi..saya ada cadangan untuk meringankan beban kaum lelaki ''.. kata Makcik Memon..

'' Ye Kak Memon apa cadangannya '' ..tanya pengerusi Mesyuarat..

'' Kita adakan program isteri isteri angkat untuk kaum lelaki yang tidak mempunyai kemampuan untuk belanja hantaran '' ..jawab Makcik Memon selamba...

Read more...

Ahad, 1 November 2009

Sama sama kita menukar kereta

Kawan nak khaborkan..moh kita sama sama nukar kereta kita yang lama kepada yang baru..sebabnya seperti berikut : -

1. Kereta yang berusia 10 tahun keatas insurannya mahal naik berganda ganda.. ( mujur ada insuran kelompok )

2. Kereta yang dah mencapai usia 15 tahun pula akan masuk PUSPAKOM untuk renew cukai jalan..

Jangan risau wehh..kita rakyat Malaysia semua kaya raya..Semoga kita semua bergaya dengan kereta baru masing masing..

Ingat kala guna beskal lagi baik dok?

Read more...

Sabtu, 31 Oktober 2009

Audit

Kerja kawan ni terlibat juga dengan urusan stor..iaitu stor barang barang peralatan kerja..seperti sarung tangan,cakar,cangkul,penggali,pongkis dan berbagai lagi..

Ada sekali dulu juruaudit dalamam Syarikat nak periksa stok..gelabah juga kawan akibat sarung tangan hilang sebelah..barang barang yang lain ok..setelah berhempas pulas kawan disiasat maka adjust sana sini sampai berpeluh jantan dahi kawan..nasib terlepas disebabkan sebelah daripada sarung tangan itu kesilapan daripada pihak Vendor hardware Syarikat..

Itu baru sarung tangan hilang sebelah dan hanya melibatkan perkakasan kerja yang menimpa kawan nyaris kawan tak dapat surat tunjuk sebab dan dibuang kerja..tapi akhir akhir ini kita dengar macam mana harga sebuah laptop mencecah puluhan ribu RM..dan juga harga minyak petrol 300RM seliter..macammana dia orang nak adjust..dan pada peringkat awal pengeluaran invois maupun nota hantaran boleh terlepas..pelik tapi itu lah kebenarannya..

Read more...

Jumaat, 30 Oktober 2009

Satu kisah sedih


Kawasan kediaman yang diduduki oleh En Ali seriing dilawati oleh pegawai pegawai dari Jabatan Kesihatan yang menjalankan pemeriksaan tempat tempat pembiakan nyamuk aedes.Pada suatu hari terdapat tempat pembiakan nyamuk aedes dirumah Encik Ali iaitu didalam kolah dan alas pasu bunga.Akibatnya Encik Ali dikenakan kompaun kerana kesalahan itu..

Pegawai dari Jabatan Kesihatan telah memberikan nasihat kepada Encik Ali supaya sentiasa membersihkan kawasan rumah dan membuat pemeriksaan seminggu sekali dipersekitaran rumah supaya tiada bekas bekas yang boleh menakung air dan seterusnya menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.Namun nasihat dari Pegawai Jabatan Kesihatan tidak diendahkan.Sehinggalah pada satu hari anak Encik Ali yang berumur 6 tahun mengadu sakit sakit sendi mendapat demam mengejut dengan suhu yang tinggi.Encik Ali yang memang mengambil berat akan anak anaknya segera ke Farmasi untuk membeli ubat disamping berubat kampung.Selepas 3 hari,demam anaknya itu masih belum kebah malah menjadi semakin teruk.Keesokannya muncul pula bintik bintik merah pada badan serta gusinya mengeluarkan darah.Anaknya juga meracau racau dan kekejangan..

Melihat keadaan anaknya yang semakin serius itu Encik Ali membawa anaknya ke hospital.Serentak itu juga,doktor yang merawat anaknya terus memasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi ( ICU ) dan disahkan mengalami Demam Denggi Berdarah.Menurut doktor, peluang untuk sembuh agak tipis kerana lambat mendapatkan rawatan.Setelah 2 hari berada di hospital,dengan penuh linangan air mata iaitu di suatu subuh yang hening anak Encik Ali menghembuskan nafasnya yang terakhir..

Kisah sedih Encik Ali ini adalah sebagai satu teladan supaya kita tidak membiarkan rumah kita menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes segeralah kita ke hospital jika ada ahli keluarga yang demam.Jangan bertangguh lagi kerana sesaat sesalnya tak sudah..

HAPUSKAN TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK AEDES
Pesanan daripada Jabatan Kesihatan
** Cerpen sedih ini kawan cedok dari satu risalah yang dihantar dari rumah ke rumah oleh Pegawai Jabatan Kesihatan yang bertungkus lumus dalam kempen membenteras nyamuk aedes dan demam denggi yang sentiasa akan menular jika kita kurang berkeperihatinan tentang gejala wabak ini..**

Read more...

Khamis, 29 Oktober 2009

Sehdeiy ngat

Pagi ini terasa badan suam suam kuku..selok dompet duit..ada 6rm lagi boleh lagi beli suratkhabar..oleh kerana akak tak sempat nak siapkan sarapan pagi..kawan terpaksa mgetea di warung saja..

Kat warung awek koner belakang pejabat pos ni ramai orang..pekerja pos dah tentu minum disitu...kawan order tea 'o sama koe tiow goreng bubuh sambal ikan bilis..

Sambil minum sambil mikir..bila lah nak kaya raya ni..tetiba datang rodong lama kawan yang telah 4 tahun bersara dengan Mercedes lampu belalang nye.. ''Siap lah ni karang..kot mboh dia membayor air dan makanan kawan ni..'' ..

'' Weih inCas..aok minum mender koi bayor ke oak ni..''kata rodong kawan setelah selesai minum..meski pun kome duduk berlainan kerusi dan meja..

'' Tea 'o dan koe tiow goreng jer '' jawab kawan..

'' Loh sehdeiy je aok makan yak ''..kata rodong kawan sambil terus membayar dan berlalu..

Minum air tea o' dan makan koe tiow dia kata sehdeiy?..Mentang dah jadi orang kaya ..dan kawan senyum dengan senang hati kerana 6rm kawan tak luak lagi lantas terus membeli suratkhabar baru 1.50rm saja..

** Untuk pengetahuan rodong kawan yang pakai Mercedes mata belalang tu..telah disara awalkan oleh majikan kerana menyalah guna kuasa dalam kerjanye.. ( ada ke buat kerja kontrak dalam waktu kerja dengan Syarikat ).. sehdeiy je..

( Sehdeiy membawa maksud dengan mengambil mudah..boleh juga diklasfikasikan sebagai Ledeiy dalam ertikata bermaksud senang )

Read more...

Rabu, 28 Oktober 2009

100

Banyak benda yang akan membabitkan dengan angka yang ke 100 ini.. bagi suri rumah yang lepas bersalin sanggup berpantang 100 hari..cuma si suami mungkin tidak akan sanggup menghadapi situasi demikian..

Begitu juga dalam masyarakat melayu lama kita akan membuat kenduri arwah kepada simati pada hari yang ke 3 ke 7 ke 40 dan ke 100 ( ada yang kata nak buat kenduri arwah buat jer lah..tak payoh lah nak mengira hari )..

Selalu kanak kanak bermain nyorok nyorok pun akan mengira sampai 100 baru boleh buka mata untuk mencari rodong lain yang menyorok..begitu juga jika menuntut ilmu kebal kena bertapa 100 hari juga dengan memakan bertih beras sehari sebiji hingga ke 100 biji.. ( ye ke? )

Ngapa hal nya kawan duk melalut dengan angka 100 ni.. Lor rupa rupanye entri ( publish p0st ) kawan dah mencapai angka yang ke seratus..

Tahniah kepada komputer dan internet pejabat kawan yang kawan pinjam..dan juga c.c mie cyber .. untuk Echam.com aok nanti kita jumpa dekat dangdut Bandar Inderpura sebelah Kopitiam kita celebrate buat yang ke 100 kali ni..

Read more...

Selasa, 27 Oktober 2009

Sapa kata dulu kawan tak rempit



Kawan terjumpa gambar ini terselit celah almari dapur rumah kawan..gambar kenangan ini sewaktu zaman kawan tengah mengganas..kawan abadikan gambar ini sewaktu selepas menuang minyak di sebuah stesen simpang 3 Jalan Temerloh - Mentakab..tahun tidak dapat dipastikan..yang kawan tau umur kawan masa te sekitar 24 tahun lebih kurang..

Motor ini telah dijual secara timbang kilo oleh anok sedara kawan..kira nye memang gempak time ni..zaman kemuculan motor Gpang serta RXS dan RXK yang pickup nye memang digilai waktu itu..

Zaman kegemilangan kawan ni tidak lah macam sekarang..rempit sana sini..wheelie serta weekang tak tentu arah serta usung anak dara orang kehulu hilir..Dulu dulu dia orang tak panggil Mat Rempit..gelaran cuma sekadar Mat Motor Clutch saja..Kome dulu ada team bernama R2 ( Road Runner )..cukup berdisiplin..bila berkonvoi jer pasti ada permit..

Ada juga ketika kawan nyaris di baling parang sewaktu test power pickup tepi jalan masuk Masjid ketika waktu maghrib..( patut pun )

Read more...

Protokol

Kawan sibuk dengan rondaan kawasan hari ini..memastikan setiap laluan terutama jalan jalan protokol berada dalam keadaan bersih..

Kawan pusing memasuki lorong belakang dikawasan bandar lama..ramai orang berkerumun disitu..ada yang berbaris mengikut aturan dengan penuh disiplin..ada yang tua yang muda yang jalan bertongkat...datang bermotor berkereta dan juga berjalan kaki..

Hampas..rupa rupa nya hari ini ada cabutan nombor ( Special draw )...

Read more...

Isnin, 26 Oktober 2009

Sembang Pemandu dan krew

Pagi tadi kawan kerja pusing pusing dengan Lori membuat pemantauan kawasan..sempat lah juga amik gambar sekeping dua buat tatapan..kawan pelik juga kenapa jalan jalan sekitar bandar tempat kawan ni lengang..ada masalah ke..




Rodong kawan pun pelik juga..kenapa kurang kenderaan berada diatas jalanraya disekitar bandar?..Kawan tengok jam..lor patut pun baru pukul 0730 pagi..kita masuk kerja pukul 0700 maka kenderaan kurang lagi berada diatas jalan raya..

'' Ce lalu kat kawasan sekoloh ke pasar ke..tentu rekok dengan orang dan kereta ''..kata rodong kawan tadi..

'' Ingat lima ke enam tahun lagi bandar daerah kita ni akan pesat membangun mengikut arus perdana ''..kata rodong kawan sambil memulas stering lori memasuki simpang..

'' Dan yang pastinye segala jenis maksiat akan bertambah tambah banyaknye dibandar daerah kita ni..'' kata pula krew lori disebelah..

Kawan hanya tersengih mendengar rodong pekerja setempat kawan ni bersembang..hebat juga sembang dia orang ni..

** Rekok adalah sama makna dengan banyak atau ramai ( menurut kamus bahasa kampung kawan )..

Read more...

Pay Day

Terasa hari ini macam hari gaji..tapi rupa rupanya gaji sudah dibayar sebelum perayaan deepavali tempohari..rupanya kawan terlupa sebab selalunya pada 26hb gaji akan keluar..

Kena tunggu 26hb November la pulak..adoi..kumpul kertas kumpul botol kumpul tin aluminium kumpul kotak kotak untuk cover..

Read more...

Ahad, 25 Oktober 2009

Sepohon Pokok yang pelik


Begitu banyak kejadian yang pelik pelik berlaku sekarang ini..terkini ditempat kawan pula ada sepohon pokok telah berbuahkan bekas sos cili/tomato dan juga kicap..

Pokok yang pelik ini adalah disebabkan oleh pemilik restoran yang berdekatan telah mengayutkan bekas bekas kosong tersebut.. Tindakan pemilik restoran itu terpuji kerana telah berjaya didalam pengurusan kitar semula bekas bekas kosong..

Tapi melampor lah..mencacatkan pemandangan dan tidak mesra alam terhadap pokok itu..

Read more...

Sabtu, 24 Oktober 2009

'' Tengkorok aok ''

Kerap kita menonton dimana mana saluran stesen tv yang berbayor maupun yang tak berbayor..menyiarkan drama mau pun filem baru atau pun filem melayu lama antara skrip berbunyi dengan sumpah seranah perkataan '' Tengkorok aok '' di sebut dengan sewenang dan senang hati..

Malah dalam sitcom lawak pun ada menyebut '' Tengkorok aok ''..kita yang menonton pula akan bergelak dengan senang hati..

'' Tengkorok aok '' juga boleh disebut sebagai '' Kepala otok aok '' atau '' Otok kamu '' dan juga '' korok mu ''..

** Bagi kawan seranahan begini tidak lah berapa sesuai untuk disiarkan..mungkin ia akan menjadi pengikis budaya orang kita yang semakin hari semakin merosot adap kesopanannya..

Read more...

Jumaat, 23 Oktober 2009

Belanjawan

Tahun 1985 kawan memulakan hidup dengan bekerja sebagai penjawat awam biasa di sebuah jabatan pihak berkuasa tempatan..

'' Kapok bila dapat gaji pertama nanti jangan lupa belanja Wan yak..kata Wan kawan ( Kapok adalah nama glamer kawan dikampong ketika itu )

'' Baiklah Wan dapat gaji nanti kawan belanja lah Wan ''..jawab kawan..

Kawan bangga dan terharu dengan gaji pertama yang kawan dapat membelanja Wan kawan..

Kini Wan kawan telah lama pergi..AlFatihah untuk Wan kawan..

** Wan adalah gelaran sepertimana Tok Wan..Nenek dan Uwek bagi sebutan disegelintir daerah Negeri Pahang..

Read more...

Khamis, 22 Oktober 2009

Suami curang harus disebat

Ini kisah dari bandar Seri Begawan Brunei..memetik sebuah berita daripada sebuah akhbar ternama di Malaysia..

Kebanyakan rakyat Brunei mahukan suami yang curang dikenakan sebatan,menurut tinjauan terbaru dinegara majoriti penduduk islam ini..

Tinjauan oleh laman web brudirect ( www.brudirect.com ) mendapati 76 peratus daripada responden berpendapat suami yang mempunyai hubungan sulit disebat..sementara hanya 55 peratus berpendapat kaum isteri juga perlu dikenakan hukuman yang sama..

'' Dan kawan mula mengambil langkah berhati hati..langkah yang pertama ialah handphone agar ia tidak terlalu terdedah kepada akak ''...aiyaaaaaaaaa :)

Read more...

Rabu, 21 Oktober 2009

Pay 0ff

Ikut hati mau tukar jer dengan yang baru..tapi kena tanggung hutang 9 tahun lagi.. yang ini pun ok lagi..bermula 20hb Sept 2002 menanggung hutang hinggalah 20hb Okt 2009 maka langsai lah..hati teringin juga dengan yang baru..tapi buat masa ini kawan tak berapa larat lagi...


Kelihatan en Amirul tersengih gumbira kerana berjaya membawa kereta ini merentasi kebun..

Usia baru 7 tahun tak banyak kerenah lagi..banyak dah berjasa kepada yang empunya..tu yang terasa sayang untuk dilepaskan.. ''Aok jangan nak mengada ngada nak tuko kereta baru..nanti makin tak kehala aok te..ingat seket aok te dah tua..pakai hok ni pun dah jenuh dibawoknye''..tiba tiba Akak mencelah...


Read more...

Selasa, 20 Oktober 2009

16 September

16 September diisytiharkan cuti umum..bertujuan mengajak rakyat mengingati sejarah penubuhan Malaysia.. kata PM

Kawan menyokong penuh kerana bertambah lagi sehari elaun kerja lebih masa kawan..Syarikat terpaksa membayar 3 x gaji pada hari tersebut..Syukur dengan pertambahan rezeki..

Read more...

Isnin, 19 Oktober 2009

Hari ini hari Isnin

Hari ini hari isnin.. ..lemoh jer nak pergi kerja..mungkin kawan banyak makan muruku..

Teringat kawan dengan satu Falsampah " SEMANGAT YANG LEMAH LEBIH MISKIN DARI POKET YANG KOSONG TAPI KALAU POKET SELALU KOSONG AKAN BERTAMBAH LEMAH LAH SEMANGAT ''..

Read more...

Sabtu, 17 Oktober 2009

Untuk renungkan bersama….( fwd dari email )

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang
ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan
mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air
sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari.
Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam mas jid sebelum azan lagi."

Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking.
Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat.. Panjangnya pula seperti
jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa
yang kau cari?"
Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam mas jid..
Kelima, orang yang suka minum arak."
Simpanlah baik2 amanat ini dan sebagai peringatan kita setiap hari.
Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga
menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah

Alangkah berbahagianya anda semua yang mempunyai anak lelaki dan dididik
pula melaungkan azan di mas jid2 maupun disurau2..Amin. Wasallam.

Semoga Allah merahmati kita semua dan mengampuni segala dosa2 kita yang
lalu dan hari ini. Azan adalah dakwah yang paling utama sekali kerana
ianya mengajak kita membuat kebaikan dan mengingati Allah swt. Secara
tidak sedar kita sentiasa didakwah sebanyak 5 X sehari. Cubalah hayati
setiap perkataan dan jawaplah seperti yang disarankan. Bagi orang yang
melaungkan azan pula jika dia berniat untuk seluruh alam (spt yang
disarankan olih Allah kepada Nabi Ibrahim alaihisallam) muazin itu akan
mendapat pahala umat islam seluruh alam yang bersolat pada hari itu.
begitulah kelebihannya yang Allah beri. Wassallam.

ADAB MENDENGAR AZAN

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita
ketahui.Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal
tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, k era s dan hanya mimik
mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' . Diriwayatkan sebuah
hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika
tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan
berkata apa-apa pun se mas a azan berkumandang . Sebagai orang beragama
Islam kita wajib
menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu kebangsaan kita diajar
agar berdiri tegak dan diamkan diri.

Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang
berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita
takut dengan kelunya lidah kita se mas a ajal hampir tiba maka kita
tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang
dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn
izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu
semasa nyawa kitasedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik
lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. .."
semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin
Yarobbala'lamin..."

*** Jika terdapat persamaan entri ini dalam blog kawan kawan blogger yang lain..pihak admin relevansokmo memohon maaf..tiada lah bertujuan untuk menciplak dalam menerbitkan...melainkan Untuk renungkan bersama kerana kita manusia biasa sering alpa dengan nikmat nikmat duniawi.. :) ***

Read more...

Jumaat, 16 Oktober 2009

Rendang Deepavali

Deepavali punya time kawan mau pergi kerumah mr Nadarajan a/l Subbiah kerana dia ada menu makanan tradisi yang orang Melayu buat untuk menyambut perayaan Hari Raya..

Mr Nadarajan ada order Lemang 15 batang dan rendang ayam 4 ekor..Tiap tahun kawan dan famili tak mis berdeepavali dirumah beliau..

Dia mau belajar buat rendang dari kawan tapi kawan tak bagi..kalau dia dah pandai habis lah bisnes akak kat rumah tu.. he he..

'' Encik Syed nanti mari rumah petang sikit lama sikit boleh mabuk mabuk''..pelawa en Nadarajan..

'' Wokeh2 nanti petang datang ''..jawab kawan..

'' Ler aok ni nak mabuk mabuk ke kat rumoh Nadarajan te '' sampuk akak..

'' Lorr..tak lah saja je melayan cakap dia ''...jawab kawan..

Dan kawan mula senyum sampai ketelinga kerana dapat lah jumpa anak en Nadarajan yang bekerja sebagai guru di daerah kawan ni..muka ada iras iras Rani Mukerhjee..

Read more...

Khamis, 15 Oktober 2009

Jumpa kartunis aZa


Pagi tadi kawan jumpa kartunis aZa..nama yang besar diarena kartun..kawan juga diantara salah seorang pelukis kartun disekitar tahun 1982 - 1988 tapi tak begitu menyerlah..hanya sekadar kartunis tempelan tapi boleh lah..sempat juga lah kawan merasa duit ganjaran melukis daripada majalah Gila gila..Gelihati..Batu Api..Kreko..begitu juga diantara akhbar akhbar tabloid seperti Mingguan wanita sedikit masa dulu..

Sambil mengetea kawan borak panjang lebar dengan kartunis aZa ni..macam mana dia meningkat naik..banyak cabaran yang terpaksa beliau tempohi..bukan senang nak capai tahap seperti dia sekarang ini..macam mana beliau bertatih nak mendapat tempat terbaik..

''Bro lu boleh aktif semula dalam bidang ni..pasti lu tak ilang lagi lu punya skill..'' kata aZa..

''Payah..kawan kena bertapa semula lah aZa..kalu nak aktif ''jawab kawan...

''Lu jangan fed up ..yang penting idea berkarya mesti mau baik ''..pintas aZa semula..

''Nanti lah kawan pikirkan'' ...jawab kawan..

Dan kawan mula memasang angan angan..andai kawan aktif semula ..kawan kene bermula dari bawah..dan bersaing dengan kartunis kartunis baru yang ternama..banyak saing kawan seperti kartunis Bor..Yusna..Aman..Whitesnake..Cabai..sekadar beberapa nama yang masih aktif..

Setelah selesai mengetea..kawan senyum sampai ketelinga..sebab dapat berjumpa dengan kartunis aZa yang kawan minat sejak dulu lagi..

Read more...

Rabu, 14 Oktober 2009

Bila online kat c.c


Tak puas hati betul kawan dengan satu cyber cafe didaerah kawan ni..mboh ngat problem loading page..ikut hati mau kawan hempok hempok dan gigit gigit jer tetikus..

Dah la desk top kawan rosak..masuk air akibat hujan lebat malam tadi..Ini membuatkan kawan terpaksa pergi ke cyber cafe yang nampak saja kemas dengan komputer yang terkini..

Dah tu budak budak macam masih bersekolah lagi duduk memekak sambil mendownload lagu..mau jer kawan sepak sorang sorang..

Nasib jer kawan pergi bersama akak..kalau tau mau nya kawan cucuh jer komputer tu satu persatu.. ** ( yang sebenornye mau nye kawan ngorat budak jaga kaunter cyber cafe tersebut yang manis menawan tu )..

Read more...

Selasa, 13 Oktober 2009

Beberapa perkara aneh pasti akan berlaku diJamuan Mega Hari raya

Beberapa perkara yang aneh pasti akan berlaku bila mana Jamuan Mega hari raya diadakan..diambil kira juga upacara Majlis belum lagi dirasmikan tapi orang ramai telah merasmikan upacara makan makan telebih dahulu..begitu juga yang tapau menapau.. dibawah ini petikan beberapa gambar yang dirasakan aneh juga untuk ditayangkan..

1. Orang ramai mundar mandir akan memilih gerai yang mana satukah untuk dituju..dengan harapan gerai yang terpilih dengan menu menu yang terhebat..
2. Terpaksa melupakan diet seimbang pada hari tersebut..
3. Makan sambil berdiri..

4. Hiasan dalaman diambil kira sehingga terpaksa mendirikan sebuah pondok kecil di celah celah tray..
5. Kira sempat dimana sahaja untuk membawa makanan..
6. Peningkatan sisa buangan 'polisterin' meningkat daripada kadar biasa..

7. Tong Sampah menjadi senak..
Mengikut kajian kawan masih ada banyak lagi perkara perkara pelik dengan isu diatas..Apa pun dengan Jamuan sebegini dapat meningkatkan lagi hubungan setia kawan mau pun setia kaum..


Read more...

Isnin, 12 Oktober 2009

Program tempat kerja bebas dadah

En Zulkifli bin Saad pembantu anti dadah AADK daerah Jerantut sedang memberi taklimat
Satu ceramah program tempat kerja bebas dadah di Syarikat tempat kawan bekerja telah diadakan oleh Agensi antidadah kebangsaan daerah Jerantut..

Banyak taklimat berguna dan tayangan slide serta video berkenaan dadah telah ditayangkan..

FAEDAH PROGRAM TEMPAT KERJA BEBAS DADAH

* Penurunan dalam kadar ketidakhadiran
* Penurunan dalam kadar kemalangan/kecederaan dan kecurian
* Produktiviti meningkat/kualiti barang lebih bermutu
* Penurunan dalam pemecatan pekerja
* Semangat atau moral pekerja meningkat
* Masalah disiplin menurun
* Imej syarikat atau organisasi
* Penurunan rekrut pekerja baru dan latihan kepada mereka
* Perhubungan interpersonal pekerja bertambah baik
* Mengamalkan budaya hidup yang lebih sihat
* Perhubungan kekeluargaan yang baik

Kawan tidak melepaskan peluang untuk menyertai Program rakan antidadah ( RADA ).. bertujuan untuk menyalurkan maklumat tentang aktiviti aktiviti menghisap dadah di kawasan setempat..

Read more...

Ahad, 11 Oktober 2009

Milik siapakah N31 si Bagan pinang

( Gambar sebagai rujukan )

Penentuan sekejap lagi..setelah janaan kiraan undian diputuskan maka tau lah kita siapa yang memiliki Bagan pinang..Biru atau hijau..


Bagi kawan biru atau hijau semua ada kelebihan atau kekurangan masing masing..Perancangan pembangunan adalah perlu..pemimpin yang berwibawa diutamakan..

Jangan semasa kempen begitu berapi dan semangat jitu dengan janji janji..tapi setelah bergelar juara semuanya menjadi hambar..Maka hamba rakyat yang tersiksa..

Rakyat sekarang mahukan pemimpin yang kuat bekerja..bukan nya pemimpin yang suka berbelanja..

Read more...

Sabtu, 10 Oktober 2009

Discaj

Setelah 3 hari 2 malam kawan melalui detik detik pahit dan manis diwad 4 maka kawan dibolehkan keluar daripada wad.. ( detik pahit ketika makan ubat..detik manis ketika kawan dapat tengok wajah Siti Rohaya jururawat pelatih ) pertama kali dia membuka mask yang dipakai untuk bersembang dengan kawan..

'' Esok en Syed kena datang Hospital lagi untuk ambil darah periksa kadar gula dan kolestrol...en Syed datang sebagai pesakit luar..malam ni kena kena berpuasa mula jam 10..ambil darah 3 kali tiap 1 jam satu kali ''.. kata Doktor yang bernama Renugah..doktor India..

'' Arhh..sudah tak habis lagi ''..kata kawan dalam hati..

Jam sudah pukul 2.30 ptg kawan mula mengemas untuk meninggalkan wad..setelah bersalaman dengan rodong rodong pesakityang lain..kawan melangkah ke unit Hasil untuk membuat bayaran..dengan ditemani akak..

'' en Syed.. ada barang tertinggal ni ''..teriak seorang jururawat pelatih..

''A'a..Siti Rohaya rupanya ''...kata kawan dalam hati..

Setelah selesai berurusan di unit Hasil..akak cubit pinggang kawan '' Tadi tu aok kawan nampok abang te bukan main ralit lagi tengok budak jururawat tu..ada menda menda ke?..dah sakit sakit macam ni nak mengatei lagi?..kata isteri kawan..

Kawan pandang ke langit..

Dan pada keesokan harinya kawan ditemani akak untuk membuat pemeriksaan darah..Tak ada chance dah nak jumpa Siti Rohaya..

Alhamdullilah result darah dan kolestrol kawan terkawal..bila berselisih jer dangan tiap jururawat pelatih kawan kerling kerling juga..mana tau salah seorang tu Siti Rohaya..

Read more...

Jumaat, 9 Oktober 2009

Bunga wad 4

Setelah pendaftaran dan diseparuh bogelkan untuk di x ray kawan terus dibawa ke wad 4.. Kawan ditempatkan di sebuah bilik bernama budiman 2..kiranya bilik ini ok juga ada peti talivisyen dan punya penghawa dingin..dan bermulalah agenda agenda yang amat mengerunkan kawan..

Segala perkakasan yang digunakan untuk merawat pesakit termasuk jarum kawan pandang dengan sepintas lalu..Dalam kepala kawan dah mula befikir '' bila kawan nak discaj ni ''..Ler baru masuk tak sampai 1 jam dah nak discaj '' jawab pula hati kawan..

'' Encik Syed baring dan berehat lah dikatil ni..duduk lah selama mungkin..kami akan merawat en Syed '' kata jururawat pelatih yang mengiring kawan ke bilik..kawan kerling name tag..Siti Rohaya nama nya..'' Ishkk..tak nampak muka lagi..bila lah H1N1 akan reda ni ''..bisik kawan..Tengok kerlingan matanya tentu manis orang nya..''...

Kawan terpaksa makan apa yang disediakan oleh pihak Hospital demi menjaga kestabilan tekanan darah kawan.. Checklist tekanan darah kawan dibuat pada setiap jam..maka setiap jam juga lah jururawat akan memegang lengan kawan..termasuk lah jururawat pelatih bernama Siti Rohaya...

Read more...

Khamis, 8 Oktober 2009

Menuju wad kecemasan


Pagi 05hb Okt.2009 kawan terasa sengal dibahagian buku lali..sakit yang teramat sangat hingga memaksa kawan memandu terus ke wad kecemasan Hospital Jerantut..

Dengan berjalan terhencot hencot kawan gagahi juga terus kekatil didalam wad tersebut..tanpa mengira apa dah..seorang pembantu Hospital berlari mendapatkan kawan..

" Sakit ni sakit tang sini ..kena inject ni '' kata kawan..

Ada tiga orang jururawat pelatih turut membantu pembantu hospital itu..sempat lagi kawan berkata dalam hati..'' lor knapa adik adik jururawat pelatih ni pakai mask..ishkk tak nampak lah muka..''

Setelah memeriksa tekanan darah..doktor suruh kawan berehat..selama hampir dua jam kawan baring tapi tekanan darah masih tinggi tak mau turun turun lagi..

'' Encik kena masuk wad hari ini ''..kata doktor tersebut dengan senyum..

Sudahh..ini lah pengalaman pertama kawan masuk wad..macam macam anggapan ngeri mula terbayang dikepala kawan bila berada didalam wad..

** Semua doktor dan petugas pertugas diwad kecemasan Hospital Jerantut memuaskan hati kawan..begitu juga buat adik adik jururawat pelatih.. he he..Kawan pelik juga ada yang tidak berpuas hati ( agak nya time dia orang masuk tu tak ada jururawat pelatih )...**

Read more...

Rabu, 7 Oktober 2009

Jalan pulang

Setelah 3 hari 2 malam kwn berada diwad 4 Hospital Jerantut..akhirnya kwn berjaya meloloskan diri dengan pulang kerumah..

Kesakitan yang kawan alami telah pulih seperti sekala..rindu kawan kepada teh tarik kian terasa..kepulangan kawan disambut ceria oleh anak anak dan isteri kawan...

Ini pun termasuk dalam katogeri bz juga..untuk rodong rodong blogger semua kawan akan menceriakan semula dunia memblog ini selagi termampu..

Untuk JaiJezz..kawan akan menghubungi anda secepat mungkin..

Read more...

Ahad, 4 Oktober 2009

Hari ahad yang bz

Lepas subuh..kwn bz dengan tidor lagi..mula jam 8 pagi kawan bz pula dengan menonton tv..tengah hari pula bz lagi untuk makan tengahari..lepas tu kawan bz semula dengan menonton tv sampai petang..hingga sekarang ni pun kawan bz lagi untuk makan malam..begitu lah kawan bz.. selalu nya pada hari ahad..

Read more...

Sabtu, 3 Oktober 2009

Signal awal di Bagan Pinang

1. Otai yang pernah buat hal dipilih semula untuk dijadikan calun..

2. Dengan serta merta bandar Port Dickson di isytiharkan sebangai bandar tentera darat..

3. Hampir 70 peratus pengundi adalah pengundi pos..

4. Seorang calun parti terkenal telah membebaskan diri untuk mendapatkan tiket bertanding..

5. Bayaran pencen untuk pesara awam mula dibayar pada hari isnin bagi menyambut perayaan Deepavali..

** Macam biasa yang telah menjadi juara akan mempertahankan kejuaraannya..yang bakal menjadi juara pula mula menabur harapan kepada para pengundi..

Read more...

Jumaat, 2 Oktober 2009

Sereban

Sereban mempunyai banyak maksud yang sebutan hampir sama..

Contoh ayat :-

1. Kain lilitan kepala kaum lelaki sikh dinamakan sereban..

2. Akibat kaki yang sereban tentu nya kita kan berjalan bertinjat dan terhencot hencot..

3. Habis ayam sereban dikerjakan oleh seekor Musang kaloi..

4. Kanak kanak suka bermain batu sereban untuk memenuhkan masa lapang..

5. Ibu negeri Sembilan adalah sereban..


Read more...

Khamis, 1 Oktober 2009

Penat bercuti

Esok kawan MC setelah penat bercuti..

Read more...

Rabu, 30 September 2009

Entri yang penuh sebulan 30 hari

Dengan bangga nya kawan dapat memenuhkan entri pada setiap hari selama 30 hari..mengikut kiraan kelendar orang putih..

Setelah berhempas pulas diantara kesibukan kawan bekerja dan juga dalam bulan Ramadan serta menghadapi Hari Raya Aidil Fitri..Julung julung kalinya kawan berjaya mengenapkan entri ini dicelah kemalasan yang sentiasa timbul..Akhir nya adalah sedikit hasil..kawan mengucapkan setinggi penghargaan kepada rodong rodong yang sentiasa memberi komen yang bernas dan panas..
<-- Untuk sistem penaja in Thank you very much..ada lah rezeki seket2 :) bak kata bro Pyan ( Lepas lah budget mengeteh )

Mari berjogging
Kembali bekerja dan bersekolah
Operasi sikap
Memohon cuti selepas raya
Bila rezeki datang mengolek
Rumah Terbuka
Makluman dari CELCOM ( fwd email )
Bila sendawa masih lagi berbau Lemang
Popaleh kome beraya 2
Popaleh kome beraya 1
Pantun rembat hari Raya
Antara Anok bulan dan Lemang
Berkereta baru menjelang Raya
Penghujung Ramadan ( Gaji belum keluar )
Penghujung Ramadan ( episod mengemas rumah )
Penghujung Ramadan ( episod buluh runcing )
Penghujung Ramadan ( episod pagi ahad yang cemerla...
Anak Semantan
Penghujung Ramadan ( episod penat )
Kisah dipertengahan Ramadan ( episod kuih batang b...
Kisah dipertengahan Ramadan ( episod skodeng )
Kisah dipertengahan Ramadan ( episod semanis gula ...
Kisah dipertengahan Ramadan ( episod ' port ' )
3 panggilan pelik
Kisah dipertengahan Ramadan ( episod karangan terb...
Menjawab Tag
Kisah dipertengahan Ramadan ( episod plastik bag )...
Kisah dipertengahan Ramadan ( episod mesej meraban...
Kisah dipertengahan Ramadan ( episod Moreh )

Dan kawan akan berusaha juga untuk sampai ke entri yang ke 100 dan ke sejuta kali barangkali..

Read more...

Selasa, 29 September 2009

Mari berjogging

Tentu banyak rodong rodong yang bertambah tambah berat badan..mana tak nya..yang tak boleh kawal nafsu makan..pasti melantak ikut dan saja..perut jadi boyot sebab bermacam macam jenama air yang diminum..siap dengan air yang berais sekali..


Jadi untuk me`mantainkan kembali badan yang dulu solid molid `slim`..kena lah membuat senaman..senaman ringan ke berat ke..untuk membakar kembali lemak lemak yang dah mula membentuk..Sekarang ada bermacam macam cara untuk kita bersenam..ada yang mengunakan mesin dan ada yang masuk Gym..Kawan mengambil alternatif dengan berjogging..

Semalam kawan menghadiri satu rumah terbuka..ada se orang rodong kawan kata kawan dah kurus ( turun berat badan ).. aiyaa..

Apa lagi kawan senyum sampai tak nampak telinga..bila waktu pulang akak kata ' nengok aboh aok te perasan dah'..

Lepas te Akak masam mencuka sebab yang cakap kawan kurus tu adalah janda kematian suami beranak satu...ishkk..

Read more...

Isnin, 28 September 2009

Kembali bekerja dan bersekolah

Hari ini badan masih lemau lemau kerana teringatkan lemang rendang..dah mula bekerja dan anak anak pula dah mula ke sekolah..

Masalah kepada yang bercuti panjang tentu liat nak memulakan kerja selepas lama bercuti..

Kawan tak ada masalah kerana hari ini kawan mula bercuti raya..

Read more...

Ahad, 27 September 2009

Operasi sikap


Dua orang rodong karib yang suka bersembang merapu telah menyentuh hal kemalangan jalanraya yang semakin sukar dibendung kerana sikap manusia..Lantaran itu salah seorang daripada rodong ini telah melahirkan satu idea..

Rodong terbabit..seorang bernama Pot dan seorang bernama Pet..

'' Koi ada idea untuk mengurangkan kemalangan jalanraya ni ''..kata Pot..

'' Haa..goner '' tanya Pet..

'' Pasang jerk bom jangka pada setiap kenderaan..moto,kereta,lori,bas dan juga motobot..set kan pada odometer disetiap kenderaan..bila pemandu bawa kenderaan melebihi had laju maka bom te akan meletop..''jawab Pot..

'' Lor gila nya idea aok '' kata Pet pelik..

'' Gila mender nya pulok?..tugas polis maupun penguatkuasa JPJ cuma memastikan setiap kenderaan dipasang bom jangka..dan juga memastikan bom itu aktif..jika tiada berkenaan saman akan dikenakan..tidak payoh lah lagi nak buat speed trap..'' jawab Pot lagi..

'' Idea aok ni langsung tak boleh pakai..kalu macam tu..tiada sape lah yang nak naik atau pun beli kenderaan '' jawab Pet pula..

'' Laaa..aok ni Pot..lagi bagus kalu orang tak nak naik dan beli kenderaan..langsung lah tak ada nya kemalangan dah..kalu ada pun cuma kemalangan antara pejalan kaki sesama pejalan kaki dan juga kemalangan beskal..'' jawab Pot dengan selamba..

Read more...

Sabtu, 26 September 2009

Memohon cuti selepas raya

Bila habis jer cuti musim cuti perayaan..nak memohon cuti selepas raya bukan main payahnya ( bagi yang kerja makan gaji swasta maupun gomen )..

Tapi rodong kawan ni bijak yang amat dalam menyakinkan pihak HR untuk memohon cuti..Cuti hanya diberi pada situasi yang benar benar kritikal sahaja..merangkumi cuti kecemasan/tergempar..

Alasan rodong kawan ni cukup senang dan tepat..

'' Saya nak cuti tiga hari encik..sebab ada orang sakit kat Hospital..''

Serta merta cuti beliau diluluskan..

Kawan terfikir sejenak.. ( memang lah tiap tiap masa ada orang sakit kat Hospital )

Read more...

Jumaat, 25 September 2009

Bila rezeki datang mengolek

Pagi semalam kawan bersama aboh kawan pergi ke satu Hardware tempat nak beli pagar jaring..bagi urusan tanam semula getah..

Selepas semuanya selesai segala urusan di Hardware tu kawan pun pulang..ternampak penjual ikan patin dan talapia ditepi jalan..antara jalan Temerloh - Jerantut ( Kawasan Kg megat segama dan Songsang ) memang banyak penjual penjual ikan patin berpayong di tepi tepi jalan raya..

Kawan amati salah seorang daripada nya..macam kawan lama jer ni..kawan seangkatan dalam kerja kerja part time ''teksi sapu"..lebih kurang 11 tahun dahulu di sekitar Jalan Mok Hee Kiang di bandar Mentakab..

'' Lor kawan lama rupanya en Mat Amin ''..berapa sekilo aok jual ke kawan ikan patin ni Mat..'' tanya kawan..

'' 14 Rm jerk wehh.'' jawab en Mat Amin..

'' Kalau nak order dengan aok ikan ikan ni untuk buat kenduri kendara berapa harga sekilo?...( borong )..''tanya kawan lagi..

'' 10 Rm sekilo jerk wehh..komisyen aok 5 %''.. balas en Mat Amin..

'' Macam tu yak..kawan nak beli sekor jer ni timbang lah''..kata kawan..

''Ishkk untuk aok yang pertama partama ni koi bagi free jer lah 2 ekor..tapi aok kene siang sendiri lah yek''..kata en Mat Amin..

Aboh kawan sengih jer dalam kereta..agoknya dalam hati dia berkata..'' cekap anok koi ni''

Selamat budget lauk kawan untuk tengahari semalam..

** Masak gulai tempoyak buat kuah pekat pekat bubuh pula daun kesing..buat kukus pun boleh juga bubuh halia banyak banyak colek dengan sambal pedas kicap lada burung.. pasti bila makan tak nampak telinga.. Slurppp!!..

Read more...

Khamis, 24 September 2009

Rumah Terbuka


** Rumah terbuka dalam erti kata lain adalah..

1. Rumah yang tidak siap sepenuhnya pembinaan disebabkan pemaju/kontraktor yang gulung tikar..
2. Terganggu kerja pembinaan kerana tuan punya rumah tidak cukup modal bagi menampung kos bahan bahan binaan yang meningkat naik..
3. Tukang buat rumah bawa lari duit dengan anak dara tuan punya rumah sekali..

*Jadi bila kita nak memulakan sesuatu projek hendak lah mempunyai modal yang kukuh..agar tidak menyusahkan mana mana pihak..






Read more...

Rabu, 23 September 2009

Makluman dari CELCOM ( fwd email )

Ada yang dah baca info berkenaan..tapi siaran ulangan bagi berkesan..

Subject:
FW: PESANAN DARI CELCOM



Jika anda menerima panggilan telefon dari seseorang
dengan no.telp yang tidak dikenal atau terdaftar di Tel.
Anda, berkata bahwa dia (lelaki/wanita) memanggil dari
division engineering/ teknikal sesuatu syarikat atau salah
satu vendor/operator cellphone yang ingin memeriksa
sambungan telefon atau signal atau dengan alasan apapun,
dan selanjutnya dia berkata bahawa kita harus menekan key
... 90 atau ..09 atau nombor apapun (boleh juga dengan kod
huruf).

cepat-cepat matikan/putuskan sambungan telefon tersebut
tanpa menekan key yang mereka minta. kerana ketika ini
ada penipu! -penipu yang menggunakan peralatan canggih
dimana jika anda menekan key ..90 atau ..09 maka
penipu-penipu tersebut dapat mengakses SIM card telepon
kita dan mereka dapat menggunakan line anda dan anda akan
membayar setiap panggilan yang mereka lakukan.

sila forwardkan kisah ini kepada semua sahabat/teman anda
untuk mencegah tindakan kriminal ini.

dan juga ada beberapa issue lainnya. jika anda menerima
panggilan di telepon bimbit/cellphone dan layar cellphone
menunjukkan/ display seperti ini :

(XALAN).

JANGAN TERIMA SAMBUNGAN TELEFON TERSEBUT, SILA MATIKAN
TELEFON ANDA DENGAN MENEKAN KEY POWER(ON/OFF) CELLPHONE
ANDA.

Kerana jika anda menerima sambungan telefon tersebut maka
cellphone anda akan terkena virus. virus ini akan
menghapus seluruh IMEI dan informasi IMSI dari cellphone
dan SIM card anda, anda selanjutnya akan terputus
hubungan sama sekali dari vendor/operator anda. (dimana
anda harus mengganti cellphone dan SIM card anda dengan
yang baru).

Informasi ini telah disah dengan Motorola and Nokia.
ketika ini terdapat lebih dari 3 juta telepon
bimbit/cellphone yang terkena virus ini.

anda juga dapat membaca berita ataupun informasi mengenai
hal ini di laman web CNN.

SILA SAMPAIKAN PESAN INI KEPADA RAKAN-RAKAN WARGA
SEKALIAN..
Regards,
Yaruddin Abu Bakar
CME Northern Region
Celcom (M) Berhad

Read more...

Selasa, 22 September 2009

Bila sendawa masih lagi berbau Lemang

Pagi tadi puas kawan mencari cari kalu ada restoren yang buka untuk kawan mengetea..puas pusing kanan kiri adalah terjumpa satu mini restoren yang buka..tapi sayang yang tinggal cuma minuman saja..makanan dah randang ( linyau @ habis )..

Biasa kawan jarang mengetea di rumah..mana hala kawan nak sarapan pagi ni..lebih baik berpuasa sunat 6 macam ni..kebiasaan pada kawan puasa sunat 6 kawan ambil bila time ujung ujung Syawal..he he..

Kawan telipon rodong kawan yang tinggal berdekatan dengan tempat kawan kerja ni..mentau jika ada saki baki lemang ketupat lagi..'' Kawan nak datang rumah ni buat kit air teh yak ''..

'' Haa..datang lah..koi suruh bini koi buatkan ni..ini tentu bini aok ter ada ket kampung lagi dak?..

Tak banyak cerita dah kawan setart enjin trus ke rumah kawan te..

''Amboih banyak lagi Lemang aok ni..berapa gantang aok buat..'' kata kawan pada rodong kawan te..

'' Banyak juga ada lah 5 gantang '' luak baru beberapa batang jer..puas bini koi ngukus semula takut basi ''.. jawab rodong kawan..

'' Ler..ngapa jadi gitu aok tak hidangkan tetamu ke atau tak ramai tetamu yang datang ''..tanya kawan..

'' Mana nak luak lemang ni..Raya pertama dan kedua koi bantai berjalan je ke rumoh orang sedara mara sahabat handai..baru hari ni ler koi ada di rumah..''jawab rodong kawan..

'' Lor ngapa aok tak bagi pada jiran jiran dan sedar mara aok jer lemang ni..'' tanya kawan..

'' Malu takot lemang tak sedap.. sebab ini lah first time koi buat dan bakar lemang sendiri..menjak kawin koi beli jer..koi ingat 5 gantang tu sikit..rupanya bapok lah banyok nye.. ''

'' Sedap juga Lemang rodong kawan ni..biar pun baru belajar buat lemang ''..kata kawan dalam hati..

Dan kawan juga hapah tak reti nak buat Lemang..

Read more...

Isnin, 21 September 2009

Popaleh kome beraya 2

0615 ~ Mandi dan Solat subuh
0730 ~ Sarapan pagi ( Menu : Nasik goring dan rendang semalam )
0820 ~ Bertolak ke kampomg halaman yang lama ditinggalkan..jumpa tok 4 Ketua kampong tersebut merangkap Pak sedara..
0935 ~ Ke kubur bertahlil ( kat situ ada kubur,atok,uwan,moyang dan monyeh )
1100 ~ Beraya sakan di kampong pergi kerumah awek lama.. dah beranak pinak dia..
1430 ~ Mandi dan Solat Zohor ( Waktu zohor dah tinggi ni )..
1520 ~ Beraya lagi ( Lupa nak makan tengahari )..
1745 ~ Mandi dan Solat Asyar ( Kat rumah Pak Sedara lagi ni )..
1800 ~ Bersiap nak balik kerumah sendiri pasal besok nak kerja..
1725 ~ Mandi dan Solat Maghrib..
1800 ~ Makan Malam ( Menu : Mee goreng dan soto )
2040 ~ Solat Isyak
2100 ~ Rehat rehat depan tv dan tutup pintu rapat rapat tak bagi orang datang pasal kome nak berehat dan tido..

Read more...

Ahad, 20 September 2009

Popaleh kome beraya 1

0615 ­~ Mandi Sunat Aidil fitri ( Solat Subuh )..
0745 ~ Cium tangan Mak dan aboh minta maaf sambil tengok isteri menangis teresak esak..
0800 ~ Sarapan pagi ( Menu : Lemang,ketupat,rendang,baulu dan samprit )
0830 ~ Ke Mesjid Solat Sunat Aidil fitri..
0930 ~ Bertahlil di Mesjid sambil tunggu duit sedekah tahlil tapi tukang bagi duit tu tak layan..dah dewasa kome ni..
1045 ~ Balik rumah melingkor sambil tunggu jiran tetangga datang..nak tengok anak pak weey jiran lat 3 buah rumah dari rumah aboh kawan..
1300 ~ Mandi dan Solat zohor..
1330 ~ Makan tengahari ( Menu : Laksa,soto dan tapai pulut hitam )
1416 ~ Beraya ke rumah jiran sebelah dan makan makan lagi..
1710 ~ Mandi dan Solat Asyar..
1725 ~ Bersiap nak balik ke rumah Mak Mertua..
1800 ~ Minum petang kat rumah Mak mertua ( Menu : Lemang,nasi impit dan maruku )
1920 ~ Mandi dan Solat Maghrib ‘ahh kacau Pak Mertua suruh jadi Iman’
2010 ~ Makan Malam ( Menu : Nasik tomato )
2045 ~ Solat Isyak ( Nak berjemaah kar Mesjid dah tak larat ‘’dah se`eh ‘ )
2135 ~ Rehat rehat depan tv sambil makan kuih dalam balang ada banyak..tat nenas ada,putu kacang ada,lepat ada?.. lepat?..
2310 ~ Tido..

Read more...

Sabtu, 19 September 2009

Pantun rembat hari Raya

Pantun ni kawan dapat dari email yang rodong kawan kirim kat kawan..jadi kawan pun rembat lah masuk ke sini..sama sama lah menghayati keunikan pantun ini..

Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo toksir laju
Nanti rayo dale sepita

Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung jangang gile

Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Hawau kau melilau merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal ponyamun dongan poncuri
(Org kolumpo jgn kocik ati!!)


Wa cakap lu wa mana tau
Tapi wa musti tipu sama lu
Itu Raya jangan buat tak tau
Angpau bagi sama gua dulu

Gulai tempoyak ikan mayong
Doroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal kome selamat sampai

Aloq Setaq berputaq-putaq
Lapaq perut makan kuih pau
Macam mana kami tak ketaq
Nak kena paksa bagi angpau

Nasi kandaq toksah dok sebut
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya toksah dok kemut
Kalu ceti mai kot dapoq

Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

Orang Siam kata Sawadeekap
Depa kata awat tak habaq
Tak sedaq ulaq sawa masuk kot tingkap
Minuman Raya pun jadi tawaq hebiaq


Sebelum kueh raya hang pulun
Periksa dulu kot kot ada semut
Berhati-hati bila bakaq mercun
Nanti bomba mai dengan hang hang kena pancut

Ampun dan maaf andainya..
TERmoody tak semena-mena
TERsilap bicara..
TERmarah yang tak kena..
TERtanya tak tentu hala..
TERsasul yang tak sengaja..
TERpinjam harta benda..
TERcuti balik kampung,
TERumpat bila-bila..
TERblur masa mesyuarat,
TERlambat buat kenaikan pangkat,
TERlewat proses elaun tanggung kerja,
TERmacam-macam lagi yang kena mengena dgn Cawangan HR..
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

KAWAN DISINI MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI PADA KALIAN RODONG RODONG KAWAN YANG MENJADI PENGIKUT KAWAN DAN JUGA KAWAN YANG MENGIKUT..AMPUN MAAF KAWAN PINTA PADA KALIAN.. MAAF ZAHIR BATIN..sepekara lagi jangan lah kita terlalu selok sangat makan minum main hentam saja bawa kereta tak ingat dunia..ingat lah orang orang tersayang..

Read more...

Jumaat, 18 September 2009

Antara Anok bulan dan Lemang

Anok bulan Syawal ada lah penentu perayaan Hari Raya Aidil Fitri..Sama sama kita merayakan hari yang mulia ini..
Manakala Lemang pula adalah makanan tradisi untuk menyambut Hari Raya


Itu pun tak tau kaa??..ishk ishk..

Read more...

Khamis, 17 September 2009

Berkereta baru menjelang Raya

Sepuluh orang pekerja Syarikat tempat kawan bekerja ini telah menerima kereta 'push cart' atau pun troli bin yang baru bagi memudahkan kelancaran Operasi pembersihan disekitar bandar terutama menjelang musim perayaan ini..

Peningkatan sisa pepejal pasti akan meningkat bila berlaku ditiap tiap musim perayaan..Justeru itu pihak Syarikat telah mengambil langkan drastik untuk menukarkan 'push cart' yang lama kepada yang baru..begitu juga pekerja pekerja yang megunakan 'wheel barrow' bagi kerja kerja pembersihan ini yang sudah tidak dianggap relevan lagi dengan pengunaan nya terpaksa juga 'push cart' mengambil alih..


Mudah dibawa kemana mana ( tempat mengayut penyapu pun disediakan )

Seorang pekerja bergaya dengan 'push cart' baru nya..

Semoga dengan ada nya kenderaan baru ini akan menambahkan lagi kualiti kerja para pekerja Syarikat.. demi menjamin persekitaran alam yang bersih dan yang paling utama..orang orang awam juga memainkan peranan bersama demi kebersihan bandar kita..

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP