GILA GAJET II


Terkini dari relevan Sokmo

Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 31 Disember 2010

Selamat tahun baru 2011


* Aina dan Bapa beliau,Kak Zakiah dan Rozita,encik Topik dan Rosli Ghani,Ahmad Zaki dan Azman Zahari dan ramai lagi mengucapkan '' SELAMAT TAHUN BARU 2011 ''



* Dan terima kasih kepada rodong rodong blogger yang sering mengikuti relevan Sokmo..dan terima kasih juga untuk blogger BEN ASHAARI yang sudi menjejak ke relevan Sokmo..

*** Azam kawan mau tambah..bukan tambah cawangan lah..tapi mau tambah kualiti entri haha!

Read more...

Malam tahun baru 1989


* Tengok blog rodong ada dah yang letak bunga api..kome pun letak jugalah ( kredit Google )

Masih segar didalam ingatan pada malam tahun baru dalam tahun 1989..zaman itu zaman kome yang masih lagi sedang mengganas..

Mengganas dengan bermotosikal..kehulu hilir dengan senang..sambil menunggu detik 12 malam di dataran bandar dalam daerah kome ketika itu..

Ada anjuran hiburan dari sebuah Syarikat minuman terkenal dengan barisan artis yang top ketika itu..dan malam itu juga nak tengok bunga api..begitu teruja..

'' Jangan pergi kat Dataran malam ni..motor aok signal tak nyala..tentu polis banyak buat Operasi lebih baik ikut koi dengar tazkirah kat Surau kita malam ni''..kata Micki..

'' Nak tengok bunga api je..bukan selalu ''..jawab Kapok..

Itu kata Micki petang tadi..tetapi Kapok tidak mengendahkannya..degil ( babir ) sungguh..

Dataran sudah penuh dengan orang ramai yang nak berCountdown malam itu..macam macam jenis orang ada..yang besar yang kenit yang lawa yang tak lawa juga ada..ada yang datang berkapel kapel sambil pula berkepit kepit..

10..9..8..7..6..5..4..3..2..1.. Selamat Tahun Baru 1989 !..Kapok terdengar laungan orang ramai di Dataran..ketika itu beliau sedang menolak motor menuju kebalai polis yang berdekatan ..kesalahan hanya lampu signal tidak menyala sahaja..

*** Pengalaman ini tidak dapat di lupakan oleh Kapok sehingga sekarang..Polis cuma syak dia adalah seorang pelumba haram ketika itu..

Read more...

Selebriti Indonesia terpikat dengan bintang bola Malaysia


* RAHMA AZHARI


JAKARTA - Bintang sinetron dan model Indonesia, Rahma Azhari sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia mengakui terpikat dengan penyerang skuad bola sepak Malaysia yang dikenalinya sebagai Safee, lapor sebuah akhbar semalam.

Rahma, 29, atau nama sebenarnya, Rahma Syahidah Azhari, merupakan adik kepada aktres popular Indonesia, Ayu Azhari, 41.

Dia mencurahkan isi hatinya itu di akaun Twitter miliknya sebelum perlawanan akhir antara Malaysia dengan Indonesia di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta pada Rabu lalu.

"Sasaran saya seterusnya ialah SAFEE…," katanya.

Penyerang Malaysia yang dimaksudkan oleh bintang sinetron itu dipercayai ialah Mohd. Safee Bin Mohd. Sali.

Rahma dalam komennya di Twitter memberitahu, dia mahu keluar menonton wayang bersama Safee.

Sebelum ini, Rahma telah beberapa kali mencetuskan kontroversi apabila gambarnya dalam keadaan intim dengan beberapa lelaki tersebar di Internet. - Agensi

*** Blogger hensem tak ada orang mau minat ka?..

Read more...

Senyum dipagi hari Jumaat ( Khairul Fahmi Che Mat )


* Khairul Fahmi Che Mat ( penjaga gol Harimau Malaysia )


Kemenangan pasukan bolasepak Malaysia dalam piala Suzuki AFF 2010 masih hangat lagi diperkatakan..dimana sahaja termasuk dihadapan kejiranan Kak Zakiah dan Rozita..

'' Akhirnya setelah penantian selama 14 tahun untuk menjulang piala Suzuki telah berjaya..Tahniah kepada semua pemain pemain jurulatih dan sesiapa yang terlibat dengan pasukan ''..kata Kak Zakiah

'' Betul tu Kak..tahniah juga kepada penyokong penyokong..dan penjaga Gol Khairul Fahmi Che Mat ''..kata Rozita..

'' ye lah Zita..penjaga tu cekap sungguh...hensem pulak tu..dia dah berpunya ke?.. ''kata Kak Zakiah..

'' Entah le kak berpunya ke belum..memang hensem..geramm tak tahan ..hahaha! ''..kata Rozita..

'' Hehe Zita..ingat sikit tau ''..kata Kak Zakiah.

Begitu lah resam..bila kejayaan telah menempa..

*** Selamat bercuti !

Read more...

Khamis, 30 Disember 2010

Belia Sabah tersinggung dengan gelaran ‘Harimau Malaya’

TUARAN, 30 Dis. - Belia di Sabah yang teruja dengan skuad bola sepak Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 mahu gelaran “Harimau Malaya” yang dirujuk kepada skuad itu digantikan dengan “Harimau Malaysia”.

Ramai belia di Sabah dikatakan tersinggung dengan ungkapan Harimau Malaya yang sering digunakan oleh pihak media.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Jahid Jahim berkata, ramai golongan belia di Sabah menghubungi beliau yang mengadu tersinggung dengan pihak media yang sering merujuk pasukan Malaysia dengan gelaran Harimau Malaya atau Singa Malaya.

"Saya lihat memang ada asas mereka berperasaan begitu kerana ia tidak melambangkan semangat 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Sepatutnya perkataan Harimau Malaysia yang digunakan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jahid yang juga Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) berharap, media nasional terutama pengarang sukan sentiasa bertanggungjawab dan mengambil kira sensitiviti peminat bola sepak di Sabah khususnya golongan belia berhubung penggunaan perkataan Malaya yang jelas maksudnya secara literal, tidak membabitkan Sabah dan Sarawak.

"Walaupun penggunaan perkataan Harimau Malaya yang merujuk kepada pasukan Malaysia yang memenangi Piala AFF Suzuki itu hanya perkara kecil, namun ia bercanggah dengan aspirasi dan semangat 1Malaysia,” katanya. - Bernama


bighandesign


*** Kena tukar juga ni !..

Read more...

Aina dan Bapa beliau ( bila hujan ramai orang jadi sejuk )


Di petang hari begini hujan masih lagi menitis..kelihatan Aina menjenguk di muka pintu..Ibu Aina pula sedang sibuk menyediakan kuih Bom kegemaran Aina..

Sementara bapa Aina sedang sibuk berdengkur di dalam bilik..

'' Emak..kenapa bila hujan hujan begini ramai orang rasa sejuk ''..kata Aina kepada Ibunya..

'' Eh..tak juga Aina..ada juga yang rasa panas..macam emak ni rasa panas sebab sedang mengoreng kuih bom ''..jawab Ibu Aina..

'' Tapi tadi Aina tengok Aboh berselimut siap berdengkur lagi, tentu Aboh juga rasa sejuk kan emak''..kata Aina..

'' Aboh kau tu memang lah..balik saja dari kerja tadi terus saja masuk bilik..dan tak dan tidor..bila terjaga nanti tau pula nak makan nak minum..ada ke dia nak tolong kita masak ke hapa ke bla! bla! bla! bla!bla bla! bla! '' kata Ibu Aina dengan bebelannya..

Tiba tiba Bapa Aina pun terjaga ..

'' Kenapa Aboh bangun..tadi nampak macam tekun je tidur ''..tanya Aina..

'' Tu lah emak Aina tu sudah bikin panas sama Aboh dengan bebelannya itu ''..jawab Bapa Aina..

*** Jadi bila suhu menjadi sejuk...tidak semestinya kita merasa sejuk juga..adakala panas yer..


Read more...

Cerita bola dalam hujan

Sana sini dan sinun dalam pejabat dalam stor dalam rumah kopi mau pun restoran masih panas lagi cerita bolasepak dan kejayaan Malaysia menumpaskan Indonesia dalam kejohanan Piala Suzuki AFF 2010..Malaysia berjaya dengan agereget 4 - 2..

Ini menaikan semangat walaupun berada dalam kesejukan akibat hujan yang turun dari semalam lagi tanpa henti ( di daerah kome ini )..



* Ini pemandangan hujan yang sempat kome rakam dengan mengunakan kamera syarikat..



* Kelihatan sungguh nampak gelap..tiada tanda tanda lagi hujan akan berhenti..



Dan tadi dapat SMS dari eksekutif bahawa esok kome kerja..kerja lebih masa dapat 2 X ot serta gaji pada hari tersebut..menjadikan Triple pay.. ( Ini kereta siapa pula ni..)

*** Tahniah untuk K RajaGobal dan anak anak buah..

Read more...

Piala Suzuki AFF 2010 : MALAYSIA 4 INDONESIA 2


* Tahniah Tahniah Tahniah


Skuad bola sepak kebangsaan meraikan kejayaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 selepas menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2 di Gelora Bung Karno Jakarta, malam tadi.

Setelah menanti selama 14 tahun, Malaysia akhirnya berjaya muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010.

Biarpun tewas 1-2 kepada Indonesia pada final kedua di Stadium Utama Gelora Bung Karno malam tadi, Malaysia telah menang 3-0 pada final pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad lalu.

Kejuaraan tersebut mengesahkan status Malaysia sebagai raja bola sepak Asia Tenggara setelah saingan peringkat bawah 23 tahun iaitu Sukan SEA turut dijuarai Malaysia di Laos pada 2009..

*** Esok Cuti Umum ka?... o.t beb o.t hahaha!

Read more...

Rabu, 29 Disember 2010

Piala Suzuki AFF 2010: '' yakin boleh pak ..! ''


*** Kome mendoakan deme akan menempuh kejayan yang gemilang..harapan kome deme ini lah yang boleh mengembalikan kegemilangan era bolasepak zaman Santokh Singh,Soh Chin Aun Mokhtar Dahari dan ramai lagi yang seangkatan..



*** Malaysia boleh punya !

Read more...

100,000 banjiri Gelora Bung Karno sejak tengah hari



JAKARTA 29 Dis. - Hampir 100,000 rakyat Indonesia membanjiri Stadium Utama Gelora Bung Karno di sini seawal pukul 1 tengah hari (waktu tempatan) untuk memberi sokongan pada skuad Garuda.

Biarpun perlawanan final kedua Piala Suzuki AFF 2010 antara skuad tuan rumah dan Malaysia hanya akan bermula pukul 7 malam (8 malam waktu Malaysia) namun suasana di sini sehingga pukul 2.30 petang cukup meriah dengan kehadiran segenap lapisan usia peminat fanatik bola sepak negara ini.

Dijangkakan seramai 200,000 warga bandar raya ini akan hadir menjelang pukul 7 malam ini untuk memberi sokongan pada perlawanan yang akan menyaksikan pasukan mana yang akan membawa pulang trofi juara Piala Suzuki AFF musim ini.

Di perkarangan stadium yang boleh memuatkan kapasiti 80,000 penonton ini, warna merah dan putih (warna jersi pasukan Indonesia) melatari suasana selain hiruk pikuk beratus penjaja yang mengambil kesempatan mencari duit lebih.

Seperti yang dilaporkan, kerajaan negara ini turut mengerahkan 9,000 anggota polis untuk mengawal keadaan dan keselamatan para peminat bola sepak. - Utusan

*** Akan berada di skrin besar Lot 702 atau Inderapura Futsal Center atau pun korner..tidak pun dekat belakang pejabat pos..

Read more...

Piala Suzuki AFF : Sembang tentang bola


Sembang 1

'' Mana hebat antara Harimau dan Garuda ''..

'' Tentu lah Harimau..Harimau nyata sementara Garuda dalam cerita cerita mitos sahaja ''..

Sembang 2

'' Kamu semua kena sokong Malaysia tau ''..

'' Baikk Pakk..''..

Sembang 3

'' Abang rasa Indonesia boleh menang malam ni..jaringan 4 - 0

'' Ok..abang tidor luar malam ni ''..

Sembang 4

'' Nak tengok kat skrin besar mana malam ni ''..

'' Aduss..jiran sebelah rumah aku ada buat kenduri arwah ''..

Sembang 5

'' Kau tengok bola tak malam ni Final kedua Malaysia dan Indonesia..

'' Tak.. aku suka tengok Hoki je ''...

Sembang 1 antara peminat bola yang Fanatik..

Sembang 2 antara Majikan dan pekerja pekerja yang semuanya warga Indonesia..

Sembang 3 antara Suami dan isteri

Sembang 4 antara jiran tetangga satu perumahan..

Sembang 5 antara encik Topik dan Rosli Ghani..

*** Suka juga tengok bola..tapi main bola lisut juga yang sedap..haha!

Read more...

Lelaki 110 tahun ingin kahwin lagi


* AHMAD menunjukkan kad pengenalannya bagi membuktikan tarikh lahirnya semalam.


ALOR SETAR - Anda mungkin terkejut apabila seorang warga emas yang berusia lebih 100 tahun masih berkeinginan untuk berkahwin bagi mengubat kesunyian.

Biarpun mata kabur dan pendengaran kurang baik, namun Ahmad Md. Isa, 110, yang lahir pada 7 Oktober 1909 masih sihat dan mengingati kisah silamnya kelihatan bertenaga seolah-olah umurnya 70 tahun.

Beliau memberitahu, walaupun dia dijaga dengan baik oleh anak perempuannya, Fatimah, 64, namun dia masih berhajat untuk berumah tangga kerana mahukan teman untuk berkongsi hidup.

"Saya terasa sunyi tanpa teman. Tidur malam berasa takut, jika ada teman tidaklah berasa sunyi boleh bersembang dan bercerita kisah suka dan duka.


* Berita ini di ( siNi )

* AHMAD Md. Isa yang gemar makan sireh meluahkan hasrat mahu mencari seorang calon isteri bagi mengubat kesunyian di rumahnya di Kampung Alor Mengkudu, Alor Setar, semalam.

*** Gua caya sama lu abang Mat..

Read more...

Selasa, 28 Disember 2010

Piala Suzuki AFF: Skuad negara perlu kekal rentak serangan


IPOH 28 Dis. – Pasukan bola sepak negara yang menewaskan pasukan negara jiran Indonesia 3-0 Ahad lepas perlu mengekalkan rentak menyerang dalam perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF 2010, yang akan berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta esok.

Anggota Jawatankuasa Pengurusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin berkata skuad ”Harimau Malaya” bakal berhadapan serangan bertali arus skuad ”Garuda” dalam perlawanan yang dijangka sengit.

"Saya percaya skuad negara mempunyai harapan besar memastikan misi berjaya tetapi harus mengekalkan prestasi sepanjang 90 minit perlawanan.

“Perlawanan yang dimenangi di tempat sendiri sebelum ini berbeza dengan tempat lawan. Semua pemain harus sedar permainan di tempat lawan adalah berbeza dan mereka harus memastikan kesihatan mental dan fizikal berada di tahap terbaik,” katanya di sini hari ini.

Raja Ahmad, yang juga bekas Naib Presiden FAM, berkata, skuad negara tidak seharusnya berasa selesa dengan kelebihan tiga gol yang diraih menerusi perlawanan akhir pertama Ahad lepas.

"Jangan letakkan pasukan dalam keadaan selesa kerana kita pernah ditewaskan 1-5 sebelum ini... terlalu banyak implikasi akan timbul ketika bermain di tempat lawan,” katanya. – Bernama

*** Boleh punya !

Read more...

Kerja luar


* Jumpa buah yang nampak pelik..tak tau buah apa..nak kata timun macam bukan..

Hari ini dari pagi tadi banyak kerja kat luar sahaja..

'' Aok kerja mana tadi?..baru ni muncul ''..kata Rosli Ghani..

'' Kerja luar ..buat Invonteri untuk kawasan kawasan baru ''..jawab encik Topik..

'' Banyak lah aok punya klim yer ''..tanya lagi Rosli Ghani..

'' Boleh lah ''..jawab encik Topik..

'' Tapi tadi koi nampak aok naik kereta Syarikat..mana boleh klim ''..kata Rosli Ghani..

*** Ishk ishk ! Jangan sesekali..

Read more...

Wanita 292.1 kg makan 30,000 kalori

NEWARK - Seorang ibu yang mempunyai dua anak di negeri New Jersey, Amerika Syarikat (AS), Donna Simpson memakan makanan mengandungi 30,000 kalori yang boleh mengenyangkan lebih 12 orang, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia mengambil masa dua jam dan membelanjakan AS$231(RM717) untuk menghabiskan dua ayam belanda seberat 11.3 kilogram (kg), sejumlah daging, 6 kg kentang, lima buku roti, 2.2 kg herba, 1.8 liter kuah, 1.8 liter sos kranberi dan 9 kg sayur ketika makan malam Hari Krismas pada Sabtu lepas.

Simpson yang seberat 292.1 kilogram dan tinggi 1.57 meter itu merupakan ibu paling gemuk di dunia tetapi dia mahu menambahkan berat badannya sehingga 453.6 kilogram untuk bergelar wanita paling gemuk di dunia. - Agensi


*** Melantak !

Read more...

Isnin, 27 Disember 2010

Sinaran laser lemah tidak jejaskan pandangan mata - Pakar


KUALA LUMPUR 27 Dis. – Sinaran laser yang lemah tidak akan menjejaskan pandangan mata manusia jika dipancarkan dari jarak jauh contohnya ketika satu perlawanan bola sepak, menurut seorang pakar optometris.

Bekas Pakar Pandangan Mata Hospital Pulau Pinang, Dr Zahimi Chik berkata, sinaran laser akan berbahaya kepada mata sekiranya ia mempunyai daya kekuatan yang tinggi seperti yang digunakan untuk pembedahan.

"Sinaran ini akan merosakkan retina jika ia terkena pada titik pandangan visual mata iaitu mekula walaupun dalam jangka masa singkat.

"Bagaimanapun, jika sinaran itu hanya daripada penunjuk laser seperti “laser pointer” yang digunakan orang ramai sekarang, ia tidak berbahaya kecuali dalam jarak dekat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dr Zahimi mengulas dakwaan pasukan bola sepak Indonesia tentang gangguan pada mata mereka ketika perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF menentang skuad negara semalam di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini akibat pancaran sinaran laser oleh penyokong Malaysia.

Beliau berkata, sinaran laser yang mampu dibeli kini hanya mempunyai daya kekuatan yang lemah kerana ia dihasilkan dengan tujuan tidak membahayakan pengguna. – Bernama

*** Kalu Ultraman yang Fire baru habis segala..

Read more...

Kenapa kerja menjadi banyak


Satu persoalan..kenapa kerja menjadi banyak..terutama bila hujung hujung tahun begini..begitu juga dengan masa..adakala seakan tidak mencukupi..

'' Kau banyak masa habis di depan komputer..itu pasal masa tidak cukup..lagi pun suruh buat kerja kau buat lain kerja..itu yang kerja biasa jadi banyak ''...

'' Tidak lah..aku siapkan satu kerja tapi datang lagi kerja baru ''..

'' Kau curi masa buat blog dan main twitter sambil bekerja yer ''..


'' Tidak lah..aku amik time aku lapang saja ''..

'' Itu namanya guna juga internet pejabat..walaupun sikit2..patut lah kerja lain kau jadi berlambak lambak ..

'' Alah takper..kompeni tanggung ''..

'' Sudah menyalahi akta tu..lebih baik kau taubat ''..


Tiba tiba..aku terjaga..

'' Hoi..weyy !..sedang bekerja boleh lagi kau tidor yer ''..jerit eksekutif yang duduk bertentangan dengan bilik aku..

*** Ciss..macam mana boleh mimpi di siang hari ni..''



Read more...

Malaysia menang Final pertama piala Suzuki AFF


*** Gu caya sama lu beb ! ..

Sana sinun dalam pejabat tepi pasar dalam restoran pemborakan tentang bolasepak piala Suzuki AFF 2010 masih panas..Malaysia menang Final pertama 3 -0 ...begitu juga hal nya dengan Rosli Ghani dan encik Topik ini..

'' Aok nengok bola semalam Li ''..tanya encik Topik..

'' Tak..mana lawan siapa lawan siapa.. piala apa? ''..jawab Rosli Ghani..

Kira nasib baik juga Rosli Ghani pagi ini..sebab mood encik Topik berada dalam keadaan stabil..jika tidak mau di gigitnya telinga Rosli Ghani diatas kesengalan dan ketidakpekaan beliau..

Read more...

Ahad, 26 Disember 2010

Piala Suzuki AFF : Malaysia tewaskan Indonesia 3-0


KUALA LUMPUR 26 Dis. - Malaysia menang selesa 3- 0 ke atas Indonesia pada perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam ini.

Gol-gol Malaysia hasil jaringan Safee Sali pada minit ke-61 dan 73 manakala satu gol lagi daripada Mohamad Ashari Samsudin pada minit ke-68.

Perlawanan akhir kedua akan berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Rabu ini. - Utusan..

*** \o/

Read more...

Aliran trafik yang perlahan


Tadi semasa masuk bandar..nampak kereta bertali arus..tapi aliran trafiknya perlahan saja..ingat apa rupanya ada awek jatuh motor..

Bila pulang ke rumah..buka komputer..macam biasa acara sudah menjadi rutin..buka blog buka twitter buka Facebook buka email..

Bila buka blog nampak aliran trafik slow juga..patut lah bila masuk blog AAP tadi dia tutup kedai..tak meniaga dia hari ini..

Berkemungkinan trafik menjadi slow akibat beberapa perkara di bawah ini : -

1. Ramai blogger pergi kenduri kawin atau pun ada blogger yang berkahwin hari ini ( selamat pengantin baru )

2. Ramai blogger sedang menuju ke Stadium Bukit Jalil..

3. Ramai blogger sedang berhabis duit untuk memastikan pembelian perkara yang bersangkutan dengan persekolah anak anak ( ini bagi blogger yang sudah punyai anak ..tidak melibatkan Pakcik Kordi dan kawan kawan beliau )

4. Ada blogger muda yang kena bebel oleh ibu dan bapa mereka kerana cuti persekolahan begini tiada membuat kerja lain..hanya berkepit dengan Laptop mau pun desktop..

5. Segelintir blogger sedang dating sekarang ini ( termasuk Azman Zahari )..

*** Hah ! ada lah yang nak kena baling dengan peti sejuk ni..


Read more...

Malaysia boleh !


* Pasukan bolasepak Malaysia

FINAL pertama Piala AFF Suzuki 2010 antara Malaysia dan Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini..Sama sama kita menyokong.. MalaySia Boleh !

*** Membayangkan bahawa Malaysia membenamkan Indonesia dengan 2 gol...ajak budak Indon cop sawit ni betting dia tak nak..cis !

Read more...

Sabtu, 25 Disember 2010

Malam minggu yang meSra ( Bobby )


Hah ! ini filem Bobby..lakonan Dimple Kapadia sama Rishi Kapoor..seingat kawan filem ini ditayangkan lebih 1 bulan di panggung Lido Temerloh..ketika itu kawan masih dalam sekolah rendah lagi..kisah Cinta pasangan ini sangat berkesan hinga ada yang menangis meleleh leleh..

Fenomena filem filem Hindi ketika itu sungguh dahsyat sekali..kawan yang sekolah rendah pun ikut tengok masuk panggung.. nak beli tiket pasti rebut punya..

* Untuk keterangan lebih lanjut tentang filem ini sila ketik ( siNi )

* Nak dengar salah satu lagu popular dalam filem ini sila ketik ( siNi )

*** Titon..

Read more...

Perjalanan ke Kuantan minggu sudah

Pada 17 dis 2010 hari sabtu lalu..kome ke Kuantan sambil membeli perkara yang membabitkan persekolahan anak anak dan juga untuk bersantai santai..




* Singgah pagi di R&R Temerloh untuk mengetea..kelihatan Aina begitu berhati hati untuk menaiki tangga..




* Sini kome parking..nampak kelihatan cuaca yang redup..




* Makan malam ini di taja oleh kawan lama di kem Batu 9..terima kasih encik Mat sekeluarga.. ( beliau ni kawan lama bukan blogger yer )





* Pantai Taman Gelora..cuaca redup..




* Ini menara mesjid Taman Gelora..singgah solat zohor di mesjid ini..


*** Gambar kawasan penginapan tidak dapat di ambil kerana bateri kamera sudah habis.. Ha ha! ..



Read more...

Kesmes


25hb Disember setiap tahun penganut Kristian merayakan hari Krismas..

Ini cerita Uwan kawan..ingat lagi dia bersembang dengan kawan..

'' Kapok aok hari kesmes ni kerja juga ke? ''..tanya Uwan kawan..

'' A'ah lah Uwan..kome hari kesmes kerja juga serikat bayar gaji lebih ''..jawab kawan..

'' Gitu yak !..banyak duit lah nanti..aok lalu bandar nanti tolong belikan Uwan kesmes..lama tak makan ''..kata Uwan kawan..

'' Ok lah Uwan '..jawab kawan..

*** Ada yang tak faham?.. oh yer..sebutan Uwan kawan itu membawa maksud kesmes adalah kismis ''..alah kismis tu : Kismis merupakan anggur yang dikeringkan. Biasanya kismis terdapat dalam dua jenis iaitu kismis hitam dan kuning. Kismis boleh dimakan begitu sahaja..

* '' Merry Krismas mr Vincents..you tak da balik Sabah ka? ''.. mr Vincents adalah mekanik Vendor Serikat..hari ini pun dia kerja..

Read more...

Dua beradik peluk kekasih

KUALA LUMPUR: Gerak hati seorang ibu yang ingin melihat keadaan dua anak gadisnya sebaik terjaga daripada tidur kira-kira jam 3.30 pagi membawa kepada penemuan mengaibkan apabila dua beradik berusia 13 dan 15 tahun itu didapati tidur berpelukan bagai suami isteri bersama teman lelaki masing-masing.

Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Sri Gombak Indah, dekat sini, pada awal pagi Rabu lalu dan ia sesuatu yang amat mengejutkan ibu terbabit serta suaminya kerana tidak menduga anak gadis mereka yang masih bersekolah berani bertindak sedemikian.

Sedih dan kecewa dengan apa yang dilihatnya, ibu berkenaan lantas memberitahu suaminya dan si ayah turut tergamam melihat kedua-dua anak gadisnya tidur berpelukan dengan lelaki bukan muhrim dalam sebuah bilik.

Selepas dikejutkan daripada tidur, dua beradik itu dan teman lelaki masing-masing yang berusia 17 dan 20 tahun memohon maaf serta merayu supaya dimaafkan, namun si ayah yang terlalu kecewa nekad melaporkan kejadian itu kepada polis.

Polis menahan kedua-dua lelaki terbabit sebelum membawa mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk disoal siasat. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Menurutnya, kekasih gadis terbabit yang ditahan polis ketika kejadian kini reman hingga 28 Disember ini bagi membantu siasatan.

“Kes itu diklasifikasikan sebagai rogol kerana kedua-dua gadis terbabit masih di bawah umur dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Mereka dijangka dibawa ke Mahkamah Seksyen Shah Alam lusa untuk menghadapi pertuduhan,” katanya.

Sumber myMetro ..

*** Apa sudah jadi..mana punya Style di bawa ni..

Read more...

Jumaat, 24 Disember 2010

Hujan, ribut petir di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor


* Ini gambar kilat memancar mancar ( gambar hiasan )

KUALA LUMPUR, 24 Dis. - Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka berlaku di Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang serta Kulai Krai) dan Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun serta Kemaman) mulai Isnin malam hingga Khamis pagi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan terletak berhampiran tebing sungai.

Selain Kelantan dan Terengganu, Pahang (Kuantan, Maran, Temerloh, Pekan serta Rompin) dan Johor (Mersing) juga dijangka mengalami keadaan cuaca yang serupa.

Jabatan itu turut mengeluarkan amaran angin kencang timur laut berkelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam dengan ombak setinggi 4.5 meter yang dijangka berlaku di perairan Codore Reef North, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor timur, Sarawak (Miri), Labuan, Sabah (Pantai Barat, Pedalaman serta Kudat), selatan Samui, Pulau Tioman, Pulau Layang-Layang dan Palawan mulai Ahad ini hingga Jumaat.

Keadaan ini berbahaya kepada bot kecil, kegiatan rekreasi dan sukan laut. - Bernama

*** Sentiasa berhati hati bila nak ke laut atau pun sedang memandu apa jua..

Read more...

Contest sapa nak buku '' buat duit dengan blog ''


Ini Contest dari Sharinginfoz..hadiah dapat buku..bertajuk '' buat duit dengan blog ''..

'' Kawan sangat sangat berkehendakan buku yang macam ini lah..kalau dapat buku ini kawan nak study habis..nak jana duit banyak banyak dengan blog kawan ini..mana tau boleh kaya raya..hehe! ..duk ngadap komputer je duit masuk..ngadap lagi duit masuk..''

Justeru itu maka kawan dengan resminya masuk Contest ini yang di bawakan oleh Sharinginfoz ini..

*** Mana tau kan..

Read more...

Hujung tahun banyak mikir


Hari ini adalah hari gaji..sempat lagi kome bersembang dengan rakan rakan sekerja..ada yang punyai masalah kewangan dan ada yang kukuh...

Ada yang mengeluh nak membayar duit perbelanjaan segala yang bersangkutan persekolahan anak anak..masuk bab ini memang segelintir nya ada masalah tentang tabungan untuk perbelanjaan anak anak..

Jika tidak membuat persiapan awal begini lah jadinya..mula berhutang sana sini nak tampung duit gaji untuk kos perbelanjaan persekolahan..

Sepatutnya kena lah membuat persiapan awal seperti menyimpan sesuku atau sebahagian daripada duit gaji kita untuk keperluan ini..jadi tentu bila sampai hujung tahun tentu tiada masalah..tidak lah pening kepala nak mikir mencari duit sana sinun..

*** Ini yang kawan membebel tak tentu arah ni kenapa yer..kawan pun tengah senak mikir ni..nak cekau mana untuk kos ini..nasib ada Tabung ( Tabung Haji ) Ha ha ha !

Read more...

Dewi Perssik buat 'adegan buka-bukaan'


* GAMBAR yang disiarkan akhbar KOMPAS.com semalam menunjukkan beberapa kanak-kanak merakamkan aksi Dewi Perssik semasa dia membuat persembahan di restoran Shinta International di Banjarmasin, pada minggu lalu.

BANJARMASIN - Penyanyi dangdut terkenal, Dewi Perssik tidak menghiraukan peringatan pemimpin agama supaya jangan membuat 'adegan buka-bukaan' semasa menyanyi, lapor akhbar KOMPAS.com semalam.

Dewi Perssik yang merupakan bekas isteri penyanyi dangdut, Saipul Jamiil dan pelakon Aldi Taher itu tidak segan-segan membuka baju di depan beberapa kanak-kanak yang menyaksikan persembahannya di restoran Shinta International di Banjarmasin, pada minggu lalu.

Beberapa kanak-kanak dilaporkan merakamkan aksi penyanyi itu dengan menggunakan telefon bimbit berkamera.

Dalam persembahan itu, penyanyi itu menari 'goyang gergaji.'

Pada malam persembahan itu, Dewi Perssik meminta kebenaran daripada tetamu undangan untuk membuka jaketnya kerana berasa panas.

Selepas dia menanggalkan jaketnya itu, dia hanya memakai coli berwarna hitam.

Aksinya itu dianggap tidak sesuai untuk persembahan tersebut yang turut disaksikan oleh kanak-kanak. - Agensi

*** Tentu ramai yang suka sukaan begini ..rosakk..!

Read more...

Senyum dipagi hari Jumaat ( keputusan PMR )


PUTRAJAYA – Seramai 30,863 daripada 439,456 calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini memperoleh semua A meningkat 0.65 peratus berbanding 28,188 calon tahun lalu.. ( satu petikan akhbar hari ini )

Ini ada sembang antara Kak Zakiah dan Rozita sewaktu mengemaskini bahagian hadapan rumah masing masing..

'' Banyak dapat cemerlang keputusan PMR semalam ye Kak ''..kata Rozita memulakan bicara.

'' A'ah..berkat usaha masing masing..anak anak berjaya..ibu bapa tumpang bangga '..jawab Kak Zakiah..

'' Betul tu Kak..mengulangkaji di luar waktu sekolah pun amat penting begitu juga dengan kelas tuisyen...tentunya dapat membantu ''..kata Rozita..

'' Sebut pasal kelas tuisyen ni..Akak sungguh tidak berpuas hati dengan setesen Tv yang menyiarkan kisah anak anak penoreh getah dan juga petani tidak mampu untuk menghantar anak anak ke pusat tuisyen berbayar ''..kata Kak Zakiah..

'' Kenapa pula begitu Kak? ''..tanya Rozita..

'' Yer lah..Akak tak rasa kan anak penoreh getah adalah golongan yang susah sekarang ini..Zita tau tak berapa harga sekilo getah sekarang?..penoreh mendapat hasil berpurata 3k - 5k sebulan.. macam kita ni baru dikatakan susah gaji suami kita pun sedang sedang saja''..kata Kak Zakiah..

Perbualan mereka terhenti di situ..dalam hati masing masing berkata alangkah eloknya jika mereka ada kebun getah masing masing..

*** Tak tau ke betapa sakitnya pinggang ini ketika menoreh getah ..

Read more...

Khamis, 23 Disember 2010

Segak bergaya mengambil keputusan SRP ( 1978 )


Lokasi : Sekolah Menengah Abu Bakar Temerloh Pahang..

Mereka antara murid yang terkemudian untuk mengambil keputusan SRP pada tahun tersebut..

Sempat berborak dengan 2 orang kawan yang sememang nya masing masing malas belajar..


'' Kawan bercita cita nak jadi Guru kalau dapat melanjut ke tingkatan 4 ''..cetus Azman Zahari..

'' Koi pula nak jadi Pulis ( Polis ) Inspektor ''..kata Rosni bin Hassan..

'' Koi pulak nak jadi D.O ( District Officer ) ''..kata Hazaman bin Ismail..

Selepas keputusan di terima masing masing dengan segala senyum hambar dilemparkan.. Azman Zahari mendapat pangkat S.. Rosni pangkat C dan Hazaman pun pangkat C..

Ketiga tiganya tidak dapat melanjutkan pelajaran ke tigkatan 4..

Azman Zahari sempat menjadi Guru sementara kepada pohon pohon Getah Atuk beliau ketika itu..

Rosni bin Hassan menjadi Inspektor..Inspektor bas..

Manakala Hazaman bin Ismail kini menjadi Tok 4 @ Ketua Kampung ( kiranya harapan ingin menjadi D.O berkecai dapat juga menjadi Tok 4 )..

*** Cerita di atas bukan untuk melemahkan semangat sesiapa..ianya berupa cabaran untuk anak anak demi cita cita..

Read more...

Rabu, 22 Disember 2010

Pencarian blogger peramah 2011 anjuran ahsfantasy24 di bawakan disini oleh relevan Sokmo


ahsfantasy24 kini sedang mencari blog blogger peramah untuk dimuatkan dalam list blog blogger peramah sesi 2011. Ayuh mari kita rodong rodong semua membantu ahsfantasy24 untuk mengesan tidak kira blogger lama ataupun baru, asalkan tidak sombong.,bagi menjayakan hasrat murni adik ini..

Apa yang perlu anda lakukan selepas dijemput atau ditag?

1. Copy dan Paste entry ini beserta gambarnya ke dalam blog anda dengan menggunakan tajuk 'Pencarian Blogger Peramah 2011

2. Tag sekurang-kurangnya 4 orang rakan blogger anda yang peramah;

Ini dia diantara blogger peramah yang kome nak tags..

a) Dyna Yvonne
b) Manusia reptilia
c) Honey Bunny
d) Nancy Poh
e ) dan semua lah yang memberi komen mau pun pengikut relevan Sokmo nak sebut nama sorang sorang alamat sampai besok malam pun tak habis..

3. Setelah menyiapkan entry tersebut, sila tinggalkan link entry anda di sini > http://www.ahsfantasy24.com/2010/12/pencarian-blogger-peramah-2011.html

4. Tiada paksaan dalam menjadi follower ahsfantasy24.com namun berbesar hati jika ada yang sudi.

Tahniah, anda seorang blogger yang peramah! (:

*** Jadi tunggu apa lagi.. ahsfantasy24 adalah seorang blogger yang manis..mari ramai ramai meriahkan blog list beliau..

Read more...

Lady Gaga diraba di Paris

PARIS - Penyanyi terkenal yang gemar berpakaian pelik, Lady Gaga terkejut apabila seorang peminat wanita secara tiba-tiba meraba baju di bahagian payu daranya, lapor sebuah akhbar semalam.

Insiden itu berlaku ketika Lady Gaga ingin meninggalkan hotel yang didiaminya di Paris, baru-baru ini.

Wanita terbabit yang memakai sarung tangan kulit berwarna coklat dilihat mendekati Lady Gaga sebelum merabanya.

Semasa kejadian, Lady Gaga yang terkenal dengan lagu Poker Face memakai baju berwarna cerah dan tidak memakai coli.

Baju itu tidak mempunyai butang di bahagian tengah menyebabkan sebahagian payu daranya terdedah.

Dia turut memakai cermin mata hitam. - Agensi

* Memetik berita dari koSmo

*** Pulak dah..apa kena ini kes.. meraba tidak kenal lelaki atau perempuan..memang dasar peraba sungguh !..

Read more...

Malaysia perlukan 5,000 pakar makanan


KUALA LANGAT 21 Dis. — Kementerian Kesihatan merancang menambah jumlah pakar pemakanan dengan nisbah seorang pakar itu bagi setiap 10,000 penduduk di negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, negara ini memerlukan kira-kira 5,000 pakar pemakanan di lebih 800 klinik kerajaan untuk menyediakan kepakaran dan rundingan mengenai tabiat pemakanan berkhasiat.

“Kementerian telah mendaftarkan 283 pakar pemakanan tahun ni dan merancang menambah jumlah secara berperingkat-peringkat kepada 50 setiap tahun untuk mengatasi kekurangan ini.

“Kita perlukan jumlah pakar pemakanan yang mencukupi untuk memberikan nasihat mengenai pembinaan gaya hidup sihat,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan lebih 25 hamper makanan di Klinik Kesihatan Bukit Changgang dekat sini hari ini.

Menurutnya, kementerian itu telah mewujudkan jawatan tertentu dalam kumpulan perubatan untuk menasihatkan pesakit mengenai rancangan pemakanan mereka.

“Selama ini, kita serah kepada doktor untuk menasihatkan pesakit mengenai rancangan pemakanan mereka tetapi kini kita ada jawatan tertentu hanya untuk pakar pemakanan,” katanya sambil menambah bahawa terdapat tiga universiti awam kini menawarkan kursus pemakanan. - Bernama

*** Buka jawatan kosong pakar makanan nanti boleh mohon.. '' kome pakar melantak jer ''..haha!

Read more...

Selasa, 21 Disember 2010

Surat khabar lama


*** Erkk !.. kenapa jadi begini pulak yer..

Read more...

Laman web porno akan disekat di Britain


LONDON - Golongan dewasa di Britain yang ingin melayari laman web pornografi mungkin perlu memilih sistem pilihan untuk menonton laman berkenaan kerana ia akan di disekat secara automatik di komputer rumah, lapor sebuah akhbar semalam.

Langkah itu dibuat ekoran kerajaan Britain mahu mengubah situasi kini yang memberi kebebasan untuk melayari laman web lucah sehingga ia boleh diakses oleh sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak.

Rancangan tersebut juga memerlukan pengguna untuk meminta penyedia perkhidmatan jalur lebar mengalihkan sekatan itu.

Kerajaan juga berharap dapat memujuk firma-firma Internet agar mengaplikasikan sistem itu secara sukarela. Namun undang-undang mengenainya akan digubal jika ia tidak dilaksanakan.

Rancangan itu yang dicadangkan oleh Jabatan Perniagaan, Inovasi dan Kemahiran itu dibuat ekoran peningkatan penggunaan televisyen untuk melayari Internet. - Agensi

*** Tapi pelik juga yer dengan Sistem..sekat macam mana pun laman web porno ni tetap ada jugek !..

Read more...

Salji ganjil di Australia


* GAMBAR yang dirakamkan semalam menunjukkan sebuah kampung diselubungi salji di Mt. Hotham, Australia semalam.

SYDNEY - Salji muncul buat kali pertama di Australia semalam dalam bulan Disember yang pada kebiasaannya mengalami cuaca panas.

Beberapa tempat di negeri-negeri pantai timur seperti New South Wales dan Victoria diselubungi salji yang menyebabkan beberapa resort ski yang sebahagiannya bebas salji dalam bulan ini dipenuhi dengan salji setebal 10 sentimeter.

"Ia putih, semuanya putih," kata Pengurus Besar Hotel Kosciuszko, Michelle Lovius di Charlotte Pass.

Beliau berkata, pada kebiasaannya, jumlah salji itu adalah sesuatu yang luar biasa pada awal Disember.

"Kami berharap ia akan kekal selama lima hari lagi dan kami akan meraikan Krismas dalam suasana bersalji," katanya.

Di negeri Victoria, kawasan Mt. Hotman diselubungi salji setebal 10 sentimeter kelmarin manakala di Mt. Buller salji setebal sehingga lima sentimeter. - AFP

*** Cuaca sungguh tidak menentu sekarang ini..semua tempat di seluruh dunia ada mengalami cuaca yang ganjil dan tidak menentu..Fenomena begini tidak lah juga menjadi kehairanan pada sesetengah orang sebab mesti ada sesuatu pertunjuk oleh kententuan Nya..

Read more...

Isnin, 20 Disember 2010

Wakil rakyat tidak faham peraturan tidak layak dipanggil YB


KUALA LUMPUR 20 Dis. – Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang hari ini meluahkan perasaan kecewa terhadap sikap segelintir wakil rakyat yang tidak menghormati dan mematuhi peraturan di dalam dewan.

Beliau juga menyifatkan bahawa wakil rakyat yang bertindak mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya sesuka hati, mereka tidak layak dipanggil Yang Berhormat (YB).

"Di dalam dewan, kita ada dua peraturan yang perlu dipatuhi. Satunya ialah bersumpah akan mempertahankan Perlembagaan Negara sebelum seseorang itu menjadi Senator dan yang keduanya ialah mematuhi peraturan mesyuarat yang dibekalkan kepada semua anggota dewan,” katanya ketika berucap melancarkan buku ”Islam dan Persoalan Rasuah” di bangunan Parlimen hari ini.

Abu Zahar berkata, setiap kata-kata yang ingin dilontarkan mestilah berpandukan kepada peraturan tersebut di mana mereka perlu membaca, menghayati dan memahami peraturan mesyuarat. – Bernama




*** Kadang kadang bila tengok persidangan Dewan kat dalam Tv..ada yang macam bebudak jerit sana sini..yang setesen Tv pula duk tayang arah tertentu yang membuat isu jadi panas ..pernah anak anak kome tanya ''..Aboh dia orang ni nak bermesyuarat ke atau nak berbalah ''..

'' Kome angguk sahaja..tak tau nak kata apa.. Ha ha !

Read more...

10 sebab dilarang pilih suami orang


Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik apa yang cuba disampaikan. Moga boleh dijadikan panduan pada kita semua... .khususnya wanita

1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU

Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!

2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA

Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.

3. HUBUNGAN SECARA SULIT

Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!

4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG

Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami "kerugian" kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!

5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?

Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!

6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU

Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak "test market" saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.

7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN

Ingat ! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!

8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI

Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai "Action that speak louder than words" (pandai cakap tapi buatnya tidak!)

9. BERWASPADALAH DENGAN "BOOMERANG KESALAHAN"

Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !

10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA

Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!

*** Sumber dipetik dari e mail Zakiah binti Ibrahim.. sesiapa yang hendak menyalin cetak kongsi atau memindahkan entri ini ke blog masing masing dipersilakan..tiada larangan dikenakan..

Read more...

RM632,000 dividen tertunggak

TEMERLOH 19 Dis. - Sebanyak RM632,000 dividen tertunggak peserta Felcra Kerdau yang meninggal dunia tidak dapat diserahkan apabila pewaris atau anak-anak si mati membuat tuntutan tanpa mengemukakan surat kematian.

Pengurus Felcra Gugusan Kerdau, Yahaya Bokhari berkata, ketiadaan surat daftar kematian dan dokumen keluarga atau waris menyukarkan pihak agensi untuk melunaskan pembayaran dividen tersebut.

Katanya, tindakan awal menyerahkan surat daftar kematian bukan sahaja memudahkan Felcra membuat bayaran malah membolehkan pewaris atau anak-anak simati menerima dividen tersebut dengan lebih cepat.

''Pewaris peserta Felcra Gugusan Kerdau yang meninggal dunia perlu mengemukakan surat daftar kematian dan dokumen keluarga yang berkaitan bagi proses pembayaran dividen kepada mereka.

''Jika tiada tuntutan berterusan daripada keluarga atau pewaris, wang tersebut mungkin akan diserahkan kepada Amanah Raya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat dengan Ahli Jawatankuasa Kemajuan Projek Felcra Kerdau, dekat sini hari ini.

Yahaya memberitahu, jika tidak ada sebarang tuntutan daripada keluarga simati terhadap dividen tersebut, Felcra akan mencadangkan kepada kerajaan negeri untuk digantikan dengan pihak lain sebagai peserta baru Felcra.

Sehubungan itu, beliau berharap, pewaris peserta Felcra Kerdau dapat menghantar segera surat daftar kematian secepat mungkin bagi membolehkan tindakan segera diambil untuk proses pembayaran dividen..

*** Waris waris si mati ni tak nak buat tuntutan ke?.. Payah juga gini..

Ini ada pengalaman kome untuk interview menjadi peserta FELCRA ni..kome pergilah letak kereta jauh jauh..konon untuk tidak menampakkan kome ni ada kereta..

Tapi kome terperanjat kerana yang hadir untuk interview peserta FELCRA tu ada yang pakai kereta Storm ..Wish ..Waja ..Perdana dan macam macam jenama kereta lagi..dan ada pula bakal bakal peserta tu yang kome kenal..ada penjawat awam bergaji besar.. Ha ha!..

Keputusan untuk interview tu sampai sekarang pun kome tidak mendapat sebarang jawapan..sudah masuk 5 tahun..

Read more...

Ahad, 19 Disember 2010

Proton jual 4,000 unit model Inspira sejak dilancarkan

ALOR SETAR 19 Dis. – Proton Holdings Bhd berjaya menjual 4,000 unit Proton Inspira di seluruh negara sejak dilancarkan pada November lepas.

Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, Proton Inspira yang juga model terbaru syarikat berkenaan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada rakyat negara ini.

Ketika ditemui pemberita selepas perasmian Festival Proton 1Malaysia di sini hari ini oleh Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Khazali Din, beliau berkata, syarikat itu mempunyai perancangan masa depan untuk mengetengahkan model yang berkonsepkan Siri Pahlawan di pasaran negara ini.

"Kami namakan konsep ini berdasarkan kepada lima pahlawan yang termasyhur pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi,” katanya.

Lima model Proton Siri Pahlawan itu dipamerkan bersempena dengan Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) 2010 dari 3 hingga 12 Disember lepas di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. – Bernama



*** Idaman kalbu Akak ni..

Read more...

Motosikal unik dijual RM172,452


* SEORANG lelaki menunggang motosikal unik keluaran syarikat Parker Brothers Choppers di Florida.


MIAMI - Sebuah motosikal yang digerakkan program komputer seperti dalam filem sains fiksyen, Tron: Legacy kini direalisasikan ke dunia nyata oleh pembuat motosikal, Parker Brothers Choppers yang beribu pejabat di Florida, Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.

Motosikal yang dikenali sebagai Light Cycle itu sepanjang 2.43 meter, lebar 58.4 sentimeter dan seberat 215 kilogram. Ia boleh digunakan di atas jalan raya biasa dan mampu mencecah kelajuan sehingga 193 kilometer sejam.

Syarikat Parker Brothers Choppers menyatakan pihaknya hanya menghasilkan lima buah Light Cycle yang ditawarkan pada harga AS$55,000 (RM172,452) seunit.

Pengurus Operasinya, Jeff Halverson memberitahu ia menggunakan enjin TL1000R.

"Empat unit sudah dijual dan hanya sebuah lagi yang tinggal," kata Halverson.

Terdapat sambungan komputer tablet iPad yang membolehkan statistik tunggangan dimuat turun daripada komputer yang ada pada motosikal itu.

Gambar motosikal itu boleh dilihat di laman web YouTube.

Populariti motosikal itu di laman tersebut telah menarik perhatian syarikat perfileman Disney dan penerbit filem Tron: Legacy yang mahu menggunakan Light Cycle dalam acara promosi filem berkenaan. - Agensi

*** Mau sakit pinggang ni ..

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

Google+ Followers

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP