GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 31 Disember 2011

7 Fakta Tentang Payudara


Diakui oleh banyak pria, payudara adalah bahagian paling menarik dari tubuh wanita. Untuk kaum hawa pun, payudara juga menjadi bahagian tubuh yang paling diperhatikan. Perawatannya pun juga lebih maksimal dibandingkan dengan bagian tubuh lainnya.
Tapi, ternyata ada beberapa hal tentang payudara yang tak banyak orang tahu, seperti dikutip dari laman Times of India
1. Payudara sebelah kiri lebih besar dibandingkan dengan yang kanan. Memang, tak begitu kentara, tapi coba bandingkan antara payudara kiri dan kanan Anda. Yang kiri pasti lebih besar dibandingkan dengan yang kanan. Begitu juga dengan puting yang ukurannya tak sama antara kiri dan kanan. 
2. Di beberapa payudara wanita kadang ditumbuhi rambut di bagian aerola-nya (bagian hitam dekat yang melingkari puting).  Kadang rambut ini adalah salah satu faktor yang membuat pria turn-off. Tapi, rambut yang berjumlah sekitar 2-15 helai, yang tumbuh di bagian ini adalah hal alami yang tak perlu dirisaukan. Selain itu, makin gelap kulit seorang wanita, maka makin gelap juga wilayah aerola-nya. 
3. Berat payudara sekitar 0,5 kg.  Berat payudara ini adalah setara dengan 4-5% dari berat lemak tubuh dan 1% dari berat tubuh seorang wanita. Payudara juga makin berlemak saat seorang wanita menua. Bagi yang merokok, waspadai, karena payudara akan terasa lebih lembek dibandingkan dengan yang tak merokok. Ini karena wanita yang merokok punya lemak tubuh yang lebih sedikit dibandingkan yang tidak merokok.
4. Sekitar 2 juta wanita melakukan implan payudara. Mulai dari Pamela Anderson sampai Katie Price tak segan-segan untuk mengubah ukuran payudaranya agar lebih tampak berisi. Tapi, banyak juga yang tak puas dengan hasilnya setelah operasi. Rata-rata wanita yang melakukan implan payudara adalah yang berusia 34 tahun.
5. Payudara akan membesar jika wanita mendapatkan rangsangan Seperti halnya Mr. Happy pria. Begitu juga dengan bagian puting payudara yang akan mengeras saat sedang terangsang.
6. Jaga payudara agar tak 'berlarian'. Pengaruh olahraga seperti jogging atau aerobik bisa membuat payudara bergerak ke segala arah. Karena itu, gunakan bra yang sesuai, lebih baik jika sport bra, yang dapat 'memegang' erat payudara. Hal ini juga untuk meminimalisir cedera pada payudara.
7. Payudara dapat berubah bentuk. Salah satunya adalah tidur telungkup. Karena itu, hindari posisi tidur seperti ini. Paling baik adalah tidur dengan menghadap pada salah satu sisi dan sisipkan guling di bawah payudara Anda. 

* Sumber VIVAnews.com




Read more...

Chef Wan Tutup Akaun Facebook Elak Berbalah


SHAH ALAM: Chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan (gambar) mengambil langkah sempena tahun baru untuk menutup akaun Facebook miliknya berkuatkuasa 1 Januari 2012.
Chef Wan berkata, keputusan itu disebabkan dia tidak mahu menjadi punca pelbagai perbalahan yang berlaku antara peminat di dalam laman berkenaan.
"Setiap kali saya menulis sesuatu, ia akan menjadi perbalahan antara yang menyokong saya dan yang ingin menghentam.
"Jadi saya rasa ia adalah tidak bagus seolah-olah saya menjadi punca perbalahan kepada banyak pihak," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui selepas menjadi juri pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega (MLM) di Stadium Malawati di sini, malam Jumaat.
Beliau juga kesal kerana terlalu banyak pihak yang bersifat terlalu cepat menghukum atau menilai sesuatu perkara yang ditulisnya.
"Bukan sahaja cara saya mengkritik dalam MLM dihentam hebat tetapi juga paling menyedihkan saya dituduh cuba memurtadkan cucu saya hanya kerana membawanya ke majlis Hari Natal.
"Tuduhan-tuduhan begini membuatkan saya kecewa dan mengambil keputusan untuk menutup akaun tersebut," ujarnya.
Dalam pada itu, Chef Wan berkata, dia juga mahukan ketenangan dalam dan tidak mahu menghabiskan masa dengan melayari laman sosial itu.
Tambahnya terdapat banyak perkara lain yang menjadi tumpuannya pada 2012 seperti kerjaya masakan dan ingin menghabiskan masa bersama keluarga.
"Serina pun bakal melahirkan anak kedua pada bila-bila masa sahaja. Lebih baik saya tumpukan perhatian kepada cucu dan keluarga," ujarnya.
Sementara itu, ditanya sama ada dirinya akan menerima sebarang jemputan sebagai juri selepas ini, chef Wan berkata, dia masih belum memikirkan soal itu.
Bagaimanapun katanya, ada kemungkinan dia akan kembali ke pentas juri jika tawaran yang diberikan sesuai.
"Buat masa ini saya tidak mahu fikir mengenai perkara tersebut. Mungkin akan buat lagi (juri) dan mungkin tidak," ujarnya.
* Sumber mStar Online

Read more...

Gambar : Basikal antik dijual pada harga £50,000


Sebuah basikal antik yang sudah berkarat  dibuat pada tahun 1906 akan segera dilelong dengan harga fantastik. Basikal ini diyakini menjadi basikal dengan motor tertua di dunia. 
Menurut laporan, Indian Camelback 1906 ini merupakan basikal dengan motor tertua di dunia. Basikal ini akan dilelong dan diharapkan dapat terjual dengan harga GBP50 ribu. Pada tahun itu, hanya ada 1.698 basikal ini dibuat di pasaran.
Basikal ini dimiliki keluarga du Pont yang membelinya dari syarikat pembuatnya, Indian Motorcycle Manufacturing Company. Perusahaan ini merupakan pesaing Harley-Davidson yang kemudian bangkrap pada tahun 1953.
Basikal bermotor ini dilengkapi silinder tunggal dengan tenaga 2,25hP serta mampu mencapai kecepatan maksimum 50km/jam. Kenderaan yang terakhir dikeluarkan pada 1970an ini akan dilelong di Las Vegas pada 12 Januari seperti dipetik DM.
* Sumber



Read more...

Luna Maya belajar menembak


JAKARTA: Artis Luna Maya ( gambar ) dikatakan akan mengelilingi Indonesia dengan menaiki motosikal.
Media melaporkan, seorang pelatih dari luar negara juga telah diupah untuk melatihnya mengenai selok-belok menunggang motosikal. 

Bukan sahaja belajar menunggang, Luna ju ga diberi latihan menembak.

Menurutnya, dia dan rombongannya merancang untuk mengelilingi Indonesia, tahun depan.

“Pada asalnya, kami mahu membuat ekspedisi ini pada 2013, tetapi rancangan ini dipercepatkan,” katanya ketika ditemui di Pondok Indah Mall, Jakarta Selatan, semalam.

“Kami diberitahu, akan melalui Kalimantan, Sulawesi dan berakhir di Papua.

“Ini adalah kawasan yang sering dilanda konflik,” katanya.

Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini, Luna akan diberi latihan menembak.

“Tetapi bukan untuk menembak orang, cuma sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya. - DH

* Sumber



Read more...

Perancis laksana cukai 'gemuk'



PARIS 30 Dis. - Perancis meluluskan satu cukai 'gemuk' ke atas minuman berkarbonat dalam usaha membendung obesiti di kalangan kanak-kanak dan membantu meningkatkan pendapatan negara.

Majlis Perlembagaan Perancis, semalam meluluskan cukai baru minuman berkarbonat itu selepas mengumumkannya pada Ogos lalu.

Kerajaan mengumumkan bahawa cukai baru itu hanya akan menambah satu pence (RM0.50) kepada satu tin minuman berkenaan seperti Coca-Cola atau Fanta.

Bagaimanapun, minuman 'diet' akan dikecualikan daripada cukai berkenaan.

Pendekatan baru itu iaitu kenaikan cukai daripada tiga kepada enam sen euro itu dijangka meningkatkan pendapatan negara lebih 100 juta pound (RM498 juta) setahun.

Menurut pengumuman itu, perolehan itu dijangka digunakan bagi membiayai bayaran keselamatan sosial untuk petani.
Dalam pada itu, syarikat-syarikat minuman termasuk Coca-Cola mengecam cukai berkenaan.

Coca-Cola pada September lalu berkata, pihaknya menangguhkan rancangan pelaburan bernilai 17 juta euro (RM69.85 juta) untuk membina kilang di selatan Perancis sebagai bantahan kepada cukai tersebut.

Cukai itu diperkenalkan selepas kerajaan mengumumkan penurunan cukai sos tomaro dan garam di kantin sekolah. - Agensi

* Sumber


Read more...

Ditindih kereta tiga hari


* TERBALIK...keadaan kereta Deborah selepas terjunam ke dalam gaung.

SYDNEY: Seorang nenek yang terperangkap dalam keretanya yang terbalik akibat kemalangan pada Hari Krismas lalu, begitu terdesak untuk melepaskan diri hingga terfikir untuk memotong kakinya sendiri.

Menurut polis semalam, bateri telefon bimbitnya mati dan Deborah McKnight tidak dapat membuat panggilan kecemasan apabila keretanya terbalik di benteng di laluan kampung di kawasan terpencil, Ahad lalu.

Kata anak perempuannya, Ebony, Deborah cuba berbuat demikian tetapi tidak dapat memotong tulangnya.

Katanya dia tidak tahu senjata apa yang mahu digunakan untuk memotong kakinya.

“Saya tak mahu memikirkannya,” katanya.

DEBORAH

Ebony berkata, ibunya tidak tahu bagaimana dia boleh selamat.

“Katanya, dia hanya fikirkan anak dan cucunya. Dia sangat tabah,” katanya.

Deborah memandu berhampiran Batlow di tenggara Australia apabila keretanya terbabas ketika mengelak seekor kangaroo.

Keretanya kemudian melanggar pagar penghadang dan terus menjunam ke gaung.

Kereta jenis Holden Commodore itu terbalik dekat sebatang pokok menyebabkan separuh tubuh Deborah berada di luar kenderaan itu manakala kaki kirinya terhimpit antara bumbung kereta dan darat.


Dia akhirnya ditemui oleh seorang ramaja yang berjalan menuju ke rumah jirannya petang kelmarin apabila mendengar Deborah mengerang kesakitan. -AFP

* Sumber


Read more...

40 buah kenderaan berlanggar


* SEJUMLAH kenderaan yang terlibat dalam nahas di sebuah lebuh raya menuju ke timur New Orleans kelmarin.
NEW ORLEANS, Amerika Syarikat - Dua lelaki mati dan 61 lagi cedera kelmarin menjelang subuh dalam nahas yang melibatkan 40 buah kenderaan, kata polis.
Nahas yang turut melibatkan kereta dan van itu berlaku ketika pemandu memandu dalam keadaan kabus tebal yang membataskan penglihatan di sebuah lebuh raya menuju ke timur New Orleans.
Menurut beberapa orang yang melalui tempat kejadian, mereka mendengar mangsa yang terlibat dalam nahas tersebut meminta pertolongan.
"Anda baru mendengar semua bentuk panggilan dan orang ramai menjerit meminta pertolongan," kata seorang pemandu trak tunda, Wesley Ratcliff kepada stesen televisyen tempatan WWL-TV.
Menurutnya, dalam tempoh 13 tahun kerjayanya bertindak balas dengan nahas, kemalangan tersebut adalah yang paling buruk pernah dilihatnya.
Seorang jurucakap polis, Garry Flot tidak bercakap mengenai kemungkinan punca nahas.
Menurutnya, seorang mangsa yang mati itu merupakan pemandu sebuah trak pikap.
Dia berkata, seorang lagi mangsa yang mati ialah seorang penumpang sebuah trak pikap lain yang berusia 54 tahun.
Beberapa pemandu yang melalui lebuh raya itu ketika nahas menyatakan, mereka tiba-tiba berada dalam kegelapan dan tidak dapat melihat cahaya lampu kereta.
"Saya berpendapat ia kabus tetapi suami saya menganggap ia merupakan asap," kata seorang saksi, Stacie Williams kepada stesen televisyen WWL-TV. - Agensi
* Sumber

Read more...

Anak gajah enggan ditimbang


* SEORANG pekerja menarik belalai anak gajah itu supaya haiwan itu berdiri di atas alat penimbang di Zoo Wuppertal, Jerman kelmarin.
WUPPERTAL, Jerman - Dua keping gambar menunjukkan seorang pekerja menarik belalai seekor anak gajah untuk memujuk haiwan itu menaiki sebuah alat penimbang di Zoo Wuppertal, di sini kelmarin.
Pekerja berkenaan menarik belalai anak gajah bernama Uli itu untuk merekodkan berat haiwan tersebut dalam prosedur rutin di zoo berkenaan.
Namun, Uli yang ketakutan enggan memberi kerjasama apabila haiwan tersebut meundukkan kepalanya bagi mengelak ia ditarik ke atas penimbang tersebut.
Anak gajah itu kemudian akhirnya berdiri di atas penimbang tersebut dengan seorang kakitangan membelai kepala haiwan tersebut. - Agensi
* Sumber

Read more...

Penari tiang kian terdesak


* ANGGOTA polis menahan seorang GRO yang cuba melarikan diri selepas menyedari kelab malamnya diserbu.
KUALA LUMPUR - Penari-penari tiang berunsur seks di kelab malam di sekitar Lembah Klang mungkin boleh memikirkan 'kerjaya' lain ekoran pihak berkuasa secara berterusan menyerbu premis-premis tersebut selepas pendedahan Kosmo! mengenai kegiatan itu di Pandan Perdana, Ampang Jaya Khamis lalu.
Terbaharu, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur menggempur sebuah pub di Taman Maluri di sini yang turut menyajikan tarian tiang berunsur seks kepada pengunjung pada pukul 1.45 pagi.
Dalam serbuan itu, polis menahan seramai 55 pegawai perhubungan pelanggan (GRO) tempatan yang disyaki pelayan dan penari tiang berpakaian seksi berusia di antara 17 dan 40 tahun. Mereka ditugaskan untuk melakukan aksi mengghairahkan di pub itu.
Turut ditahan ialah 65 pelanggan termasuk seorang remaja perempuan berusia 17 tahun sebelum dibebaskan sebaik polis berpuas hati dengan keterangan masing-masing.
Seperti di kelab malam di Pandan Perdana, pelanggan di pub berkenaan yang berminat dengan mana-mana penari boleh membeli kalungan bunga, mahkota atau jubah khas pada harga di antara RM20 dan RM1,000 untuk diberikan kepada gadis-gadis yang berkenan di hati.
Layanan istimewa pula menanti pelanggan yang memberikan tiga barang itu kepada penari.
Modus operandi tersebut kelihatan hampir sama di setiap premis yang menawarkan perkhidmatan gadis penari tiang dan ia mendapat sambutan hangat pengunjung.
Pegawai Turus D7 Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Azman Mohd. Isa berkata, pub tersebut beroperasi sejak tiga tahun lalu dan disyaki turut menyediakan perkhidmatan seks kepada pelanggan.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Read more...

Gadis hubungi 999 elak dirogol lelaki lagak polis



KUALA LUMPUR: Tindakan seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun menghubungi talian kecemasan 999 berjaya menyelamatkannya daripada dirogol seorang lelaki menyamar polis biarpun dia sudah dikurung hampir 30 minit dalam sebuah bilik hotel di ibu kota, kelmarin.

Tindakan berjaya membuatkan suspek dicekup pihak berkuasa di bilik hotel berkenaan.

Semuanya bermula kira-kira jam 9.30 malam, ketika mangsa menunggu bas di Jalan Raja Laut, di sini, tiba-tiba ditegur lelaki berusia 30-an.

Menurut sumber, suspek berpakaian biasa memperkenalkan diri sebagai pegawai polis yang sedang melakukan rondaan dan pemeriksaan di kawasan berkenaan.

“Suspek kemudian memaksa mangsa mengekorinya dan jika enggan, mangsa diugut akan ditahan kononnya melakukan sesuatu kesalahan.

“Bimbang dengan ugutan itu, mangsa mengekori suspek. Lelaki terbabit kemudian membawa mangsa ke kedai makan di sebuah pusat beli belah di kawasan itu,” katanya.
Sumber berkata, selepas makan, suspek kemudian membawa mangsa ke sebuah hotel di sekitar kawasan berkenaan menyebabkan pelajar terbabit mula bimbang dengan keselamatan dirinya.

“Ketika suspek mendaftar di kaunter pendaftaran hotel berkenaan, pelajar terbabit menghubungi talian kecemasan 999 bagi meminta bantuan.

“Mangsa kemudian dipaksa suspek untuk masuk ke dalam bilik hotel. Selepas itu, mangsa diarah menanggalkan pakaiannya dan memakai tuala sebelum disuruh mandi,” katanya.

Difahamkan, sementara menunggu mangsa mandi, suspek menonton televisyen.

Sumber berkata, sebaik menerima laporan itu, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berusaha mengesan suspek.

“Tindakan pantas pihak berkuasa membuahkan hasil apabila kedudukan mangsa dan lelaki terbabit dikesan. Satu serbuan disertai empat anggota menahan suspek sekali gus menyelamatkan mangsa,” katanya.

Menurutnya, suspek dan mangsa dibawa ke balai polis untuk diambil keterangan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa mengesahkan penahanan suspek dan memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 340 Kanun Keseksaan (KK) kerana kurungan salah.

* Sumber



Read more...

Selebriti sesat


KUALA LUMPUR: Mengaku dirinya rasul, mampu mengampunkan dosa pengikut, tsunami berlaku atas kuasanya dan menafikan kewajiban menunaikan solat serta puasa antara fahaman sesat yang kini didakwa disebarkan seorang selebriti terkenal tanah air.

Selebriti terbabit bukan saja menyebarkan fahaman yang ternyata melanggar hukum syarak, tetapi lebih mengejutkan apabila dia mengakui dirinya mampu memberikan syafaat kepada pengikutnya pada hari akhirat kelak.

Sumber yang juga bekas pengikutnya, hanya mahu dikenali sebagai Fatimah, 30, berkata, penyebaran dakyah menyimpang itu mula dilakukan selebriti terbabit lebih dua tahun lalu selepas mendakwa dirinya mendapat wahyu dan petunjuk daripada Allah.

“Dia juga memberitahu di akhirat kelak, dia bakal ditempatkan di barisan hadapan apabila semua manusia dihimpunkan di Padang Mahsyar,” katanya kepada Harian Metro.

Selebriti lelaki yang terkenal dengan perwatakan warak itu sebelum ini jarang menimbulkan kontroversi sepanjang membabitkan diri dalam industri seni, justeru pendedahan dilakukan beberapa pengikutnya amat mengejutkan.

* Sumber myMetro


Read more...

Ahli KWSP boleh mendaftar haji mulai 3 Januari ini



KUALA LUMPUR 30 Dis. - Ahli-ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh membuat pendaftaran haji dengan Lembaga Tabung Haji (TH) mulai 3 Januari ini.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata, di bawah Kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP, ahli boleh membuat pendaftaran mengunakan simpanan Akaun 1 di semua cawangan TH untuk mendapatkan giliran menunaikan haji.

Pendaftaran haji itu juga boleh dibuat di semua cawangan Bank Rakyat dan Bank Islam seluruh negara mengikut prosedur yang ditetapkan oleh TH dan ahli KWSP hanya perlu membawa MyKad dan penyata KWSP terkini, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Ahli KWSP tidak perlu mengeluarkan simpanan untuk mendaftar haji. Untuk melayakkan diri membuat pendaftaran haji, ahli KWSP mestilah warganegara Malaysia atau pemastautin tetap beragama Islam.


"Mereka juga belum mencapai umur 55 tahun dan mempunyai akaun simpanan di TH. Ahli yang tidak mempunyai akaun TH boleh membukanya dengan deposit minimum RM2,” katanya.

Nik Affendi berkata ahli KWSP yang telah berdaftar di bawah prosedur TH sebelum ini, boleh menukarkannya kepada kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP tanpa melibatkan pertukaran tarikh giliran haji yang diberi sebelum ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa kemudahan itu tidak mempercepatkan tarikh mengerjakan haji kerana ia ditentukan TH.

Untuk maklumat lanjut, ahli KWSP boleh melayari laman web www.kwsp.gov.my atau www.tabunghaji.gov.my, atau menghubungi Pusat Panggilan KWSP di 03-89226000 atau Tabung Haji Contact Centre di 03-62071919. - BERNAMA

* Sumber


Read more...

Video : Maharaja Lawak Mega akhir | Juara Osbon





Tahniah orang lama !


SHAH ALAM - Kumpulan paling popular dalam Maharaja Lawak Mega (MLM), Osbon yang dianggotai oleh Os dan Abon menepati ramalan ramai apabila muncul juara sekali gus merangkul hadiah wang tunai RM350,000 pada final pertandingan itu di Stadium Melawati di sini malam tadi.
Mereka mengetepikan saingan terdekat iaitu kumpulan Boboi yang muncul naib juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM250,000 diikuti set meraih tempat ketiga dengan membawa pulang RM150,000.
Pada pertandingan peringkat separuh akhir di Johor Bahru, Johor pada 23 Disember lalu, Osbon dan Boboi mendahului semua peserta dengan masing-masing mendapat 72 markah diikuti Saehu (59), Syok (58) dan Pi Mai (49).
Sementara itu, kumpulan Syok menjadi pemenang keempat dengan meraih hadiah RM50,000 pada pertandingan yang disiarkan melalui saluran Astro Warna.
Pertandingan itu mengadili para pemenangnya menerusi 70 markah daripada para pengkritiknya manakala 30 markah lagi diperolehi menerusi undian khidmat pesanan ringkas (SMS) penonton di rumah.
Tiga pengkritik tetap MLM ialah Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan dan Zainal Abidin Hassan manakala pengkritik jemputan pada final pertandingan itu ialah pelakon Aaron Aziz.
Selain Osbon dan Boboi, MLM turut disaingi oleh dua lagi kumpulan iaitu SYOK yang dianggotai oleh Suhaimi, Ifa Raziah dan Arif Sudin dan Saehu (Eko, Bocil dan Vicha).
* Sumber

Read more...

Jumaat, 30 Disember 2011

Teruna 25 tahun tolak tawaran seks


* DRAGAS bergambar bersama penari-penari kelab tarian Secrets di London.
LONDON – Seorang pemuda berumur 26 tahun dan mendakwa masih teruna menjadi pengurus sebuah kelab tarian lucah, lapor sebuah akhbar semalam.
Pemuda itu, Dave Dragas mendakwa dia tidak tergoda dengan aksi ghairah di kelab tersebut dan berikrar tidak mahu mengadakan hubungan seks sebelum berkahwin.
“Saya menolak lebih 20 tawaran namun gadis-gadis itu tidak bernasib baik (gagal mengajaknya melakukan hubungan seks),” kata Dragas.
Dragas berkata, dia tidak pernah mempunyai teman wanita dan kerap mengunjungi gereja sekiranya mempunyai masa lapang.
Bagaimanapun, dia mengambil masa enam bulan untuk memberitahu bapanya bahawa dia bekerja di sebuah kelab tarian lucah.
Dragas berkata, bapanya tidak berasa gembira apabila mengetahui pekerjaannya.
Dia percaya gaji sebanyak £35,000 (RM186,042) setahun di kelab Secrets di London itu boleh membantunya membina sebuah keluarga pada masa depan.
“Tugas saya menyeronokkan tetapi ia adalah profesional,” katanya. – Agensi
* Sumber

Read more...

Guru lesbian dipenjara 15 bulan


LONDON - Seorang hakim sebuah mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 15 bulan terhadap seorang guru wanita yang berumur 26 tahun, Helen Goddard (gambar) kerana menjalin hubungan seks dengan pelajar perempuan di bawah umur, lapor sebuah akhbar semalam.
Namun, dia dibenarkan oleh hakim itu untuk menemui pelajar wanita tersebut selepas dibebaskan dari penjara.
Goddard membuat tumbukan ke udara sebagai isyarat kemenangan kerana hubungannya dengan mangsa dapat diteruskan berikutan keputusan hakim itu.
Hakim Anthony Pitts yang menjatuhkan hukuman itu berkata: "Kes ini amat serius dan satu hukuman penjara yang segera tidak dapat dielakkan."
Pitts menolak permintaan daripada pendakwa raya yang meminta guru itu dilarang daripada menghubungi mangsa selama lima tahun.
Guru itu turut dilarang untuk mengajar kanak-kanak.
Hubungan intim antara mereka sebelum ini hangat diperkatakan di sekolah di kalangan pelajar.
Ibu mangsa kemudian membuat perangkap dengan mengekori anaknya yang didapati pergi ke rumah guru itu untuk bermalam.
Polis kemudian dihubungi oleh ibu mangsa menyebabkan pelajar perempuan itu membuat pengakuan dengan menyatakan dia mencintai gurunya.
Semasa kes itu didengar pada bulan lalu, Goddard mengaku melakukan hubungan seks dengan pelajar tersebut. - Agensi
* Sumber

Read more...

Gambar : Inilah 10 Penyanyi Cewek Korea Terseksi 2011



Demam Kpop di seluruh dunia membuat apapun yang berbau Korea selalu dicari. Mulai dari artis atau selebriti, girlband, boyband, sampai penyanyi yang cantik dan seksi. Inilah foto 10 penyanyi cewek Korea terseksi.


1. Kill Hara (Harasora) 


2. Jeyin (Brave Girls) 

3. Yuri (SNSD) 

4. Lee Hyori
5. Min (Miss A) 

6. Nam Gyuri (KARA) 


7. Son Dam Bi 


8. Kim Hyuna (4Minute) 


9. Park Kahi (After School) 


10. Park Bom (2NE1) 

* Sumber VIVAnews

Read more...

VIDEO: Wanita Curi 24 Tin Arak Dan Sembunyikannya dicelah kangkang



Tu dia !

Read more...

Pesawat Mendarat Terbalik, Penumpang Selamat

* Pesawat yang terbalik (Foto: Daily Mail)

OSH - Kecelakaan pesawat terjadi di Kirgistan. Sebuah pesawat yang mendarat di Bandara Osh, dikabarkan tergelincir dan terbalik dengan roda pendaratan berada di atas. Ajaibnya tidak ada korban jiwa dalam kecelakaan ini.

Pesawat Kyrgyzstan Airlines terpaksa mendarat dalam kondisi landasan yang dipenuhi dengan salju. Parahnya kondisi landasan membuat pesawat jenis Tupolev ini tergelincir keluar landasan. Demikian diberitakan Daily Mail, Kamis (29/12/2011).

Saat tergelincir, dua sayap pesawat langsung patah dan badan pesawat pun terbalik. Beruntung tidak ada api yang muncul dalam kecelakaan ini, meskipun sempat terdengar ledakan.

Sekira 70 penumpang pesawat nahas itu patut khawatir, tetapi ajaibnya tidak ada satupun korban yang tewas. Hanya sekira 26 penumpang dilaporkan terluka dalam kecelakaan ini.

Penumpang pesawat berjenis Tupolev tersebut langsung diselamatkan oleh tim penyelamat. Sementara penyebab pasti dari kecelakaan belum dapat diketahui, kerana proses penyelidikan masih berlangsung.

* Sumber Okezone.com


Read more...

Hotel ais jadi tumpuan di Romania


* SEBUAH bilik tidur yang terdapat di dalam Hotel Balea Lac di Romania kelmarin.
BUCHAREST, Romania - Sebuah hotel yang diperbuat daripada ais di kawasan pergunungan Fagaras menjadi tumpuan orang ramai dan para pengunjung.
Hotel Balea Lac itu cuba menawarkan 10 bilik yang mempunyai katil besar dengan suhu di antara -2 dan + 2 darjah Celsius pada harga AS$45.73 (RM145.19) setiap orang.
Para pelancong juga boleh makan di restoran dalam hotel itu.
Hotel itu dibina pada setiap tahun supaya ruang dalaman tidak kelihatan sama setiap kali musim sejuk.
Pekerja-pekerja tempatan memotong lapisan ais di kawasan pergunungan itu untuk digunakan bagi membina dinding hotel ais tersebut. - Agensi
* Sumber

Read more...

Paderi bergaduh semasa menyapu


* Paderi-paderi Armenia dan Greece Ortodoks bergaduh di Gereja Nativiti di Baitulaham, Palestin kelmarin. - AP
BAITULAHAM - Sejumlah paderi bergaduh semasa membersihkan dengan penyapu lantai gereja Nativiti yang dipercayai tempat kelahiran Nabi Isa di sini, Tebing Barat kelmarin, kata beberapa saksi dan polis Palestin.
Pergaduhan itu melibatkan kumpulan paderi dari Armenia dan Greece Ortodoks.
Tiada laporan mengenai kecederaan berlaku dalam pergaduhan itu.
Pergaduhan itu berlaku selepas beberapa paderi menyapu di kawasan yang dikhaskan untuk kumpulan paderi lain.
Polis Palestin campur tangan bagi menamatkan pergaduhan itu. - Agensi
* Sumber

Read more...

Pegawai PTD dituduh pukul suami dengan fail


SEPANG – Seorang pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) berdepan hukuman penjara dan denda selepas dituduh memukul suaminya menggunakan fail pejabat sembilan bulan lalu.
Bagaimanapun, tertuduh, Kamaliah Basir ( gambar ), 35, yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut.
Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa mendatangkan kecederaan kepada suaminya, Zaihan Md. Lani, 48, dengan menggunakan fail pejabat pada bahagian badan mangsa.
Kejadian didakwa berlaku di dalam kereta di perhentian simpang tiga lampu isyarat Persiaran Semarak Api dan Persiaran Apec, Cyberjaya, Sepang di sini pada pukul 12.45 tengah hari 3 Mac lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Read more...

Harga televisyen makin murah



NEW YORK: Ini adalah masa untuk membeli televisyen tetapi Ram Lall, seorang penjual televisyen merasa tidak gembira.

Dalam bilik bawah tanah di bilik pameran J&R, sebuah kedai menjual alat elektronik terbesar di Lower Manhattan, Lall berkata, mereka tidak lagi untung menjual peti televisyen. 

Sambil menunjukkan televisyen bersaiz 55 inci jenama Sony, Lall berkata, beberapa tahun dahulu harganya RM19,000 tetapi harganya kini RM8,254.

“Kami tidak mendapat untung kerana syarikat itu memaksa kami mengurangkan harganya,” kata Lall yang berdiri di deretan set televisyen.

Harga televisyen menjadi murah, menyebabkan peniaga kekurangan untung.

Ia turut menyebabkan pengeluaran yang tinggi dan menyebabkan harga semakin jatuh akibat tekanan daripada pengeluar kos rendah dan saingan daripada penjualan Internet.

Pihak yang untung adalah pengguna kerana mereka dapat membeli televisyen dengan harga yang murah berbanding beberapa tahun lalu.

Tetapi ia ibarat mimpi ngeri kepada pengeluar dan penjual televisyen.

Pengeluar utama seperti Panasonic, Toshiba dan Sony menerima akibatnya.

Sebagai contoh, Sony terpaksa membuat perubahan dalam operasi pengeluaran televisyen kerana, menurut seorang eksekutifnya, mereka berada dalam “satu krisis besar jika mereka terus tidak membuat untung dalam penjualan televisyen”.

Malah pesaing baru seperti Samsung dan LG juga terpaksa bertungkus lumus untuk mendapatkan untung daripada pembuatan televisyen.

Untuk mengurangkan kerugian, Sony baru-baru ini mengumumkan akan menghentikan pembuatan skrin leper, projek usaha sama dengan Samsung yang dijalankan sejak 2004. - NYT 

* Sumber

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP