GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 16 Januari 2012

Anugerah Golden Globes : 'The Artist', 'The Descendants' raih kemenangan besar


* Aktor Perancis Jean Dujardin memenangi kategori Aktor Terbaik dalam Muzikal/Komedi menerusi The Artist. - Foto AFP
BEVERLY HILLS: Filem bisu hitam putih The Artist dan drama komedi The Descendantsmeraih kemenangan besar di anugerah Golden Globes yang berlangsung pada malam Ahad, di sini.
The Artist memenangi kategori Filem Komedi atau Muzikal Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik di dalam kategori Muzikal atau Komedi menerusi Jean Dujardin.
Sementara, The Descendants turut berkongsi dua anugerah menerusi Filem Terbaik - Drama dan Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) menerusi George Clooney.
Kejayaan itu juga sekaligus memperlihatkan persaingan dua buah filem berkenaan untuk berpeluang besar disenaraikan dalam anugerah Academy Awards atau Oscar yang bakal berlangsung pada bulan depan.
Pemenang-pemenang lain pada anugerah ke-69 itu termasuklah Meryl Streep menerusi Iron Lady, Michelle Williams(My Week With Marilyn), Christopher Plummer (Beginners) dan Octavia Spencer (The Help), termasuklah anugerah Pengarah Terbaik kepada pengarah veteran Marton Scorsese (Hugo).
* Meryl Streep menggondol kategori Aktres Terbaik - Drama menerusi wataknya sebagai bekas Perdana Menteri Britain Margaret Thatcher dalamIron Lady
"Saya harus berterima kasih kepada rakyat England yang membenarkan saya melakonkan filem itu dan merosakkan sejarah mereka," kata Steep yang memperoleh anugerah Globe kelapannya menerusi watak sebagai bekas Perdana Menteri Britain Margaret Thatcher dalamIron Lady.
Pelawak British yang terkenal dengan jenaka sinis iaitu Ricky Gervais kembali ke pentas Globe sebagai pengacara.
Penganugerahan Scorsese sebagai Pengarah Terbaik dalam filem pengembaraan di kota Paris, Hugo merupakan kemenangan ketiga pengarah itu di pentas Globe dalam tempoh 10 tahun.
Sebelum ini, Scorsese diiktiraf dengan anugerah yang sama menerusi filem Gangs of New York dan The Departed.
* George Clooney memenangi kategori Aktor Terbaik dalam Drama menerusi The Descendants
Mengulas mengenai kejayaannya bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik dalam Muzikal atau Komedi menerusi My Week With Marilyn, Williams berkata dia mengucapkan terima kasih kerana diberi pengiktirafan serupa yang pernah diraih oleh Marilyn Monroe sebelum ini.
Williams juga sempat berjenaka dalam usaha untuk menghayati watak bintang lagenda itu, dia terpaksa menggunakan suara Monroe selama enam bulan setiap kali dia membacakan cerita kepada anak perempuannya sebelum tidur.
"Keutamaan saya adalah sebagai seorang ibu, dan kedua baru seorang aktres, jadi insan yang harus saya berterima kasih semestinya anak perempuan saya yang sentiasa menjadi perangsang dalam hidup dan kerja saya," katanya.
* Michelle Williams memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik (Muzikal atau Komedi) menerusi lakonannya dalam My Week With Marilyn.
Dujardin merupakan bintang filem pertama yang memenangi Aktor Terbaik menerusi filem bisu.
Pencapaian itu juga adalah platform terbaik buat aktor Perancis itu melebarkan jenamanya di Hollywood. Antara filem lakonannya termasuklah OSS 117: Cairo, Nest of Spies dan OSS 117: Lost in Rio.
Filem animasi Steven Speilberg yang diadaptasi komik penyiasat Belgium iaitu The Adventures of Tintin memenangi Filem Animasi Terbaik, manakala filem Iran A Separationmenggondol anugerah Filem Bahasa Luar Terbaik.
* Para pelakon filem animasi The Adventures of Tintin selepas memenangi anugerah Filem Terbaik Animasi.
Berikut adalah senarai penuh pemenang Anugerah golden Globes ke-69.
Filem Terbaik - Drama: The Desccendants
Filem Terbaik - Muzikal/Komedi: The Artist
Pelakon Lelaki Terbaik - Drama: George Clooney, The Desccendants
Pelakon Wanita Terbaik - Drama: Meryl Streep, Iron Lady
Pelakon Lelaki Terbaik - Muzikal/Komedi: Jean Dujardin, The Artist
Pelakon Wanita Terbaik - Drama/Muzikal: Michelle Williams, My Week With Marilyn
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Christopher Plummer, Beginners
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Octavia Spencer, The Help
Lakonlayar Terbaik: Woody Allen, Midnight in Paris
Skor Asal Terbaik: Ludovic Bource, The Artist
Filem Bahasa Asing Terbaik: A Separation, Iran
Lakon Layar Terbaik: Woody Allen, Midnight in Paris
Filem Animasi Terbaik: The Adventures of Tintin
Filem TV atau Mini Siri Terbaik: Downton Abbey
Pelakon Pembantu Lelaki dalam Siri, Mini Siri atau Filem TV: Peter Dinklage, Game of Thrones
Pelakon Pembantu Wanita dalam Siri, Mini Siri atau Filem TV: Jessica Lange, American Horror Story
Pelakon Lelaki Terbaik dalam Siri, Mini Siri atau Filem TV: Idris Elba, Luther
Pelakon Wanita Terbaik dalam Mini Siri, Filem TV: Kate Winslet, Mildred Pierce
Siri TV, Drama Terbaik: Homeland
Pelakon Lelaki Terbaik dalam Siri TV, Drama: Kelsey Grammer, Boss
Pelakon Wanita Terbaik dalam Siri TV, Drama: Claire Danes, Homeland
Pelakon Lelaki Terbaik dalam Siri TV, Komedi: Matt LeBlanc, Episodes
Pelakon Wanita Terbaik dalam Siri TV, Komedi: Laura Dern, Enlightened
Lagu Asal Terbaik: "Masterpiece," Madonna, Julie Frost and Jimmy Harry
Anugerah Cecil B. Demille (Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat): Morgan Freeman
- AFP


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP