GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 17 Januari 2012

Permainan video ajak hapus adat hantaran



NEW DELHI: Perasaan marah dengan budaya pemberian hantaran mewah oleh pengantin perempuan kepada pengantin lelaki (dowri) sehingga menimbulkan pelbagai masalah, mendorong sebuah laman web mencari jodoh di India menghasilkan permainan video dikenali ‘Angry Brides’ bertujuan mendedahkan keburukan amalan ini. 

Naib Presiden Kanan Shaadi.com, Ram Bhamidi, berkata permainan video Angry Brides (Pengantin Perempuan Marah) mempunyai matlamat untuk memberi kesedaran mengenai kesan negatif amalan yang sudah diharamkan tetapi terus berleluasa di negara Asia Selatan itu.

Bhamidi berkata, sejak dilancarkan minggu lalu, lebih 270,000 pengguna internet lelaki dan wanita, sudah melayari dan bermain permainan ‘Angry Brides’ melalui laman www.facebook.com/shaadicom.
Permainan itu diilhamkan daripada satu lagi permainan teka-teki video dikenali ‘Angry Birds’ (Burung Marah) yang dihasilkan oleh pencipta permainan komputer berasal dari Finland, Rovio Mobile. 

‘Angry Birds’ diperkenalkan untuk kali pertama kepada pelayar internet pada Disember 2009, dengan gambar karikatur pengenalan berbentuk seekor burung tanpa sayap. 

“Laman pengenalan ‘Angry Brides’ bagaimanapun menggunakan karikatur seorang wanita yang mempunyai lapan tangan, menyerupai seorang dewi agama Hindu. Kelapan-lapan tangan itu pula memegang pelbagai peralatan termasuk kuali, penggiling, selipar dan kasut,” kata Bhamidi 

Beliau berkata, di bawah karikatur berkenaan, satu keterangan yang disediakan berbunyi: Seseorang wanita akan memberi anda kekuatan, perhatian dan kasih sayang yang anda perlukan... BUKAN ‘hantaran!’. 
“Bagi memulakan permainan, pengguna perlu cuba untuk memukul tiga karikatur ‘pengantin lelaki’, seorang juruterbang, seorang ahli bina badan dan seorang doktor. 

“Pelbagai jenis ‘senjata’ boleh dipilih untuk memulakan pukulan, termasuk kasut tumit tinggi, kuali, penyapu, tomato dan penggelek. 

“Setiap pengantin lelaki pula mempunyai tanda harga, bermula daripada 1.5 juta rupee (RM91,550). Setiap kali pemain berjaya memukul pengantin lelaki, nilai wang akan berkurangan dan wang itu akan dimasukkan ke dalam dana antihantaran,” katanya. 

Perangkaan yang dikeluarkan Biro Rekod Jenayah Kebangsaan menyatakan, sebanyak 8,391 kes kematian dan 90,000 penderaan berkaitan hantaran kahwin dilaporkan pada 2010. – Agensi 


* Sumber

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP