GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 14 Julai 2013

HQbgbiZVu9AWcqoSZmChwgtMYTrM7HE3ObVWGepMeOsJf4iHMyNXMT1BrySA4d7 'kata laluan paling selamat'


Kemunculan iPad menambahkan lagi ruang untuk penggodam bergiat. - Foto AFP

Penggodam mudah atasi kawalan ceroboh bank, e-mel

Washington: Anda mencari kata laluan yang selamat? Apa kata anda pakai kata laluan ini – HQbgbiZVu9AWcqoSZmChwgtMYTrM7HE3ObVWGepMeOsJf4iHMyNXMT1BrySA4d7.

Selamat berjaya untuk anda mengingati 63 huruf dan nombor itu yang dianggap antara kata laluan terbaik. 

Jika anda mahu sesuatu berbeza seperti pengesahan dua kali, anda perlu bayar lebih” Per Thorsheim, Pakar online Norway

Pada masa sama, berjuta-juta pengguna internet sedar bahawa tiada kata laluan yang selamat dan tidak boleh dipecah oleh penggodam.

Apa jua kata laluan terdedah kepada kecekapan penggodam menceroboh bank, khidmat e-mel, peniaga atau laman web media sosial yang gagal melindungi sepenuhnya pelayan mereka.

Selain itu, ketika teknologi semakin maju, mengapa formula kata nama dan kata laluan masih diguna pakai?

Cara termudah 
“Jawapan paling mudah ialah cara itulah yang termudah,” kata Per Thorsheim, pakar online Norway dan pengatur ‘PasswordsCon’, persidangan tunggal dunia yang membincangkan isu kata laluan di Las Vegas, bulan ini.

“Jika anda mahu sesuatu berbeza seperti pengesahan dua kali, anda perlu bayar lebih,” katanya.

Mengimbas kembali keadaan pada awalnya amat mudah. Komputer pertama adalah peralatan yang terasing antara satu sama lain dan kata laluan hanya perlu diketahui beberapa pengendali yang saling mengenali.

Kemudian, internet muncul, membawa semakin banyak komputer, telefon pintar dan ‘tablet’ ke dalam web yang memerlukan cara ‘virtual’ bagi pengesahan.

Oleh itu kata laluan meningkat dengan pantas hingga pengguna menghadapi cabaran menggunakannya hingga sedozen setiap hari, bukan hanya di komputer peribadi tetapi peralatan lain.

Sindrom penggunaan kata laluan yang banyak itu diberi nama ‘letih guna kata laluan.’

“Orang ramai tidak serius mengenai kata laluan dan pencerobohannya memang agak besar beberapa kali,” kata Marian Merritt yang menjaga aspek keselamatan penyedia perisian Norton.

“Ketika semakin ramai orang mengakses laman web daripada telefon pintas dan tablet, menaip kata laluan semakin bermasalah,” kata Sarah Needham dari Confident Technologies yang membangunkan kata laluan bergambar.

Kajian 24 negara

Dalam kajian terhadap 24 negara tahun lalu, Norton mendapati, 40 peratus pengguna tidak cuba menggunakan kata laluan rumit atau gagal untuk kerap mengubah kata laluan.

McAfee pula menyatakan, penyelidikan menunjukkan lebih 60 peratus pengguna sering mengunjungi lima hingga 20 laman web memerlukan kata laluan dan mereka biasanya menggunakan kata laluan mudah.


 - AFP (BH)


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP