Catsoc Training ( Computer added Training Site Obervation checkliSt )
Satu Latihan kearah meningkatkan prestasi kerja yang cemerlang telah diadakan oleh Syarikat tempat kome bekerja 14hb March 2010 telah berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran perserta yang memberangsangkan..
Apa yang menarik Trainer hanyalah terdiri daripada pekerja pekerja biasa sahaja yang terpilih.. termasuklah kawan seorang daripadanya..Kursus berlangsung pada jam 0900 pagi hingga 0500 petang dan pengorbanan pekerja pada hari minggu juga boleh diambil kira kerana terpaksa melupakan segala perkara bersama keluarga pada hari tersebut..
Aktiviti berkumpulan sedang dijalankan ( kelihatan en Azrul dengan peacenya..beliau terpaksa melupakan dating bersama tunangnya pada hari tersebut )
Bertungkus lumus menyiapkan kertas kerja aktiviti berkumpulan dengan tajuk senang sahaja ( Ciri ciri menjadi seorang pekerja yang Cemerlang )
Kehadiran peserta dengan wajah ceria masing masing
Mr Fasilitator encik Saidon Yusoh
Ini acara selingan bila berada dalam kelenguhan peserta meramas bahu antara satu sama lain..ada seorang sahaja peserta perempuan tiada dalam gambar kerana beliau telah melarikan diri untuk acara selingan ini..Meski pun tiada slide Lcd maupun projektor..kursus dijalankan secara manual saja..kome dengan bangga berjaya menambat hati peserta..dan dapat menyampaikan apa yang diamanahkan oleh Majikan dengan cemerlangnya..

