Sembang tengahari ini
Sewaktu sampai ke pusat membeli belah..ternampak encik Topik akan rodong lama beliau yang hampir 4 tahun tidak berjumpa..lalu dengan cara tidak sengaja encik Topik terus sahaja mempelawa rodong tersebut untuk makan tengahari di sebuah Restoran berhampiran..
'' Lama beno tidak berjumpa dengan aok ye Mizi ''..kata encik Topik memulakan bicara..
'' Agak dekat 4 tahun dah ke ''..jawab Mizi..
Setelah selesai makan tengahari maka kedua dua nya berebut pula untuk membayar..untuk membelanja antara satu sama lain..
'' Eh..kawan yang ajak kawan lah yang patut bayar ''..kata encik Topik..
'' Tak per lah Pik..kome lama dah tak jumpa aok ni..lagi pun koi dah niat untuk belanja aok masa nampak aok tadi ''..kata Mizi..
Encik Topik senyum sampai ketelinga kerana dapat menyelamatkan bajet untuk tengahari ini..
'' Untung juga kala lama tak jumpa dengan rodong ni ''..berkata encik Topik dalam hati..
*** Siapa mau belanja kawan ni..moh2 ''..
